mencintai rasulullah dengan meninggalkan segala bid'ah

8
1 MENCINTAI SUNNAH RASULULLAH DENGAN MENINGGALKAN SEGALA BID'AH ا ل د م ح ات ئ ي س ن م او ن س ف ن أ ور ر ش ن م ا ب وذ ع ن و ه ي د ه ت س ن و ه ن ي ع ت س ن و ه د م ح ن ه ل ي اد ه ف ه ل ل ض ي ن م و ه ل ل ض م ف ا ه د ه ي ن ا، م ن ال م ع أ, إ ه ل إ ن أ د ه ش أ ر ش ه د ح و ا ه ل و س ر و ه د ب اع د م ح م ن أ د ه ش أ ،و ه ل ك ي. ى ل ع م ل س و ل ص م ه ل ال ن ي الد م و ىي ل ا ان س ح ا ب م ه ع ب ت ن م و ه اب ح ص أ و ه ى آل ل ع و د م ح م. . د ع اب م أ, ا اب ت ك ث ي د الح ق د ص أ ن ا ف, ىا ل ص د م ح م ي د ه ي د ه ال ر ي خ و م ل س و ه ي ل ع, ا ه ات ث د ح م ر و م ا ر ش و, ة ع د ب ة ث د ح م ل ك و, ة ل ض ة ع د ب ل ك و, ل ك و ار ى الن ف ة ل ض. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT Sekalian , Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh , mengerjakan apa yang disuruh, dan menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t, mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendapat nikmat kejayaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat . Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah : " MENCINTAI RASULULLAH DENGAN MENINGGALKAN SEGALA BID'AH.

Upload: tajul-aiman-tajul-anuar

Post on 29-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Cinta Rasul

TRANSCRIPT

Page 1: Mencintai Rasulullah Dengan Meninggalkan Segala Bid'Ah

1

MENCINTAI SUNNAH RASULULLAH DENGAN

MENINGGALKAN SEGALA BID'AH

د ل ا يئ اتح م س ش ر ورأ ن ف سن او من دي هو ن ع وذ باهللمن ت ه ن ه و ن س ت عي م د ه و ن س هللن ح ل ه لل ه ف ال ه ادي ي ض دهاهلل ف ال م ضلل ه و م ن ي ه الن ا،م ن أ نالإله إال,أ ع م ه د أ ش

ه ال ش ر د ل ه اهلل و ح أ نم ح مداع ب د ه و ر س و ه د ل ه ،و أ ش ع ل ى.ي ك الله مص لو س لم مالدي ن س انال ىي و باح ت بع ه م ابهو م ن .م ح مدو ع ل ىآلهو أ ص ح

.

ب ع د أ ما اهلل, كت اب دي ث الح أ ص د ق ف ان م ح مدص لىاهلل , ي يه د ال ه د ر ي و خ ث ات ه ا,ع ل ي هو س لم د رم ح األ م و ع ة ,و ش ر بد ث ة د م ح ل ة ,و ك ل ع ةض ال بد و ك ل,و ك ل

ل ةفىالنار .ض ال Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT Sekalian ,

Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada

Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh , mengerjakan apa yang

disuruh, dan menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah

oleh Allah s.w.t, mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan

orang-orang yang mendapat nikmat kejayaan di dunia dan kesejahteraan

di akhirat . Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah : " MENCINTAI

RASULULLAH DENGAN MENINGGALKAN SEGALA

BID'AH.”

Page 2: Mencintai Rasulullah Dengan Meninggalkan Segala Bid'Ah

2

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian

Sunnah membawa maksud apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah

dari segi ucapan atau perbuatan atau perakuan atau sifat tubuh serta

akhlak rasulullah . Apa jua yang dilafazkan oleh Baginda Rasulullah

bukanlah terbit dari hawa nafsunya, tetapi merupakan kata-kata yang

berpandukan wahyu Allah sebagaimana Firman Allah , sebagaimana

dalam surah An- Najm ayat 3-4 yang berbunyi :

Maksudnya : " Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berbohong dengan

Agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri, Segala yang

diperkatakan itu (samada Al-Quran ataupun Hadis ) tidak lain melainkan

wahyu yang diwahyukan kepada-Nya " .

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Dalam usaha mengikuti As-sunnah dan beramal dengannya, tidak dapat

tidak seseorang itu perlu terlebih dahulu mempelajari sunnah itu sendiri.

Maka, dari sinilah pentingnya aspek ilmu. Supaya apabila kita berilmu,

kita akan dapat mengenal pasti apa yang sunnah dan apa yang

bukan.Tidaklah nanti kita hanya bersangka-sangka sahaja suatu amalan

itu sunnah dan mendatangkan kebaikan, tetapi rupanya tidak. Dengan

ilmulah kita mampu mengenal pasti sumber-sumber yang betul dalam

Page 3: Mencintai Rasulullah Dengan Meninggalkan Segala Bid'Ah

3

mengambil As-sunnah dan agama ini, mengetahui sesuatu hadis itu

sahih atau pun tidak, memahami maksud suatu hadis secara yang benar,

memahami tafsir ayat-ayat al-Qur’an yang ditafsirkan oleh As-Sunnah

sahihah, dan seumpamanya. Sepertimana yang dianjurkan oleh

Rasulullah dalam sebuah hadis yang sahih riwayat Ibnu Majah:

لم ك لم س ال عل مف ريض ة ع ل ى ط ل ب Ertinya; “ Menuntut Ilmu itu wajib ( hukumnya ) keatas setiap orang

Islam ( lelaki dan perempuan )”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kita seharusnya merasa bangga jika mutiara As-Sunnah Rasulullah

yang merupakan khazanah peninggalan yang amat tinggi nilainya,

sentiasa menjadi bahan rujukan kepada setiap percakapan atau

penulisan. Kerana suasana hari ini, terdapat orang yang lebih berbangga

jika pengucapan atau penulisannya bersandarkan kepada pendapat

sarjana-sarjana barat yang tidak diketahui asal-usulnya dan boleh

membawa kepada penyelewengan aqidah, Ibadah dan Akhlak, sementara

itu sangat sedikit usaha membawa hujah-hujah dan dalil-dalil yang

bersandarkan As-Sunnah. Ada dikalangan umat Islam mendakwa

bahawa mereka telah mengamalkan As-Sunnah. Namun, kita tetap

melihat bahawa ramai dikalangan mereka yang terus menerus

melahirkan pelbagai kesalahan didalam memahami As-Sunnah dan

melakukan amalan yang menyalahi petunjuk As-Sunnah. Ini adalah

Page 4: Mencintai Rasulullah Dengan Meninggalkan Segala Bid'Ah

4

kerana cara dalam mengambil dan memahami As-Sunnah itu tidak

menurut kaedah yang benar. Maka, untuk menghapuskan kesalahan

tersebut, maka hendaklah kita kembali memahami As-Sunnah menurut

kefahaman para Salafussoleh iaitu para sahabat, para ulama At- Tabi'in,

dan para ulama Tabi'ut Tabi'in, golongan ini diiktiraf oleh Rasulullah

sebagai tiga generasi terbaik dikalangan umatnya untuk kita contohi dan

ikuti didalam memahami Assunnah , sepertimana tersebut didalam

sebuah hadis riwayat imam Al Bukhari :

أ ص لىالله ع ل ي هو س لم ق ال الناس:نالنبي ر ي ث مالذين خ ي ل ون ه م ق ر نيث مالذين

............)ي ل ون ه م

Maksudnya : Bahawasanya Nabi telah bersabda : Sebaik-baik manusia ialah

mereka yang hidup sezaman dengan aku ( iaitu para sahabat

radiyyallahu,anhum ) kemudian generasi selepas mereka ( iaitu para Tabi’in)

kemudian generasi selepas mereka ( iaitu para Tabi’ut Tabi’in ).

Mereka inilah sebaik-baik generasi yang diiktiraf oleh Rasulullah ,

yang paling memahami Islam, yang paling tepat dalam memahami

assunnah, mejelaskannya dan mengamalkannya dalam kehidupan

seharian mereka.

Page 5: Mencintai Rasulullah Dengan Meninggalkan Segala Bid'Ah

5

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Diantara amalan yang menyalahi As-Sunnah dari sudut Aqidah, Ibadah

dan Akhlaknya ialah:

YANG PERTAMA: Melakukan Amalan-amalan khusus pada hari

Nisfu Sya’ban seperti berpuasa, solat pada malamnya, membaca surah

yasin sebanyak 3 kali dan berdoa dengan doa-doa tertentu.

KEDUA: Berzikir dan berdoa bersama imam selepas solat secara

berjemaah setiap hari dan setiap kali selepas solat fardu dimasjid-masjid

dan disurau-surau dengan mengangkat suara.

KETIGA: Mengadakan kenduri arwah, yang dilarang keras oleh Nabi

melalui hadis Jabir .

KEEMPAT: Mengadakan tahlil kematian yang tiada sandaran nasnya

yang sahih dari As-Sunnah,

KELIMA: Membaca Surah Al-Fatihah pada setiap langkah ketika

mengeluarkan jenazah dari rumah.

KEENAM: Menetapkan dan mewajibkan bacaan surah Yasin secara

beramai-ramai untuk disedekahkan pahalanya kepada arwah si mati pada

setiap malam jumaat.

KETUJUH: Membaca Al-Quran sehingga khatam 30 juzuk diatas

kubur si mati untuk disedekahkan pahala bacaan tersebut.

KELAPAN: Mendakwa bahawa mereka hanya beramal dengan

petunjuk Al-Quran sahaja, seperti golongan anti hadis.

Page 6: Mencintai Rasulullah Dengan Meninggalkan Segala Bid'Ah

6

KESEMBILAN: Mengamalkan selawat yang tiada sandaran dari

Sunnah nabi yang sahih disetiap kali sebelum tidur supaya dijauhkan

dari pelbagai jenis penyakit dan makna selawat itu pula akan membawa

pengamalnya kepada maksud mensyirikkan Allah .

Kesemua amalan tersebut, bila diteliti, dikaji dan difahami kita pun tidak

tahu dari mana datangnya kaedah dan bentuk-bentuk pengamalan seperti

ini. Tidak dari As-Sunnah dan tidak juga dari amalan para sahabat

Rasulullah . Sudah pastilah, bahawa kesemua amalan-amalan ini

adalah bid’ah yang direka, tertolak dan menjadi suatu amalan yang sia-

sia. Allah berfirman dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 31 :

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu

mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu

serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al-Imam Ibnu Kasir menjelaskan ayat ini dalam kitab tafsirnya:“Ayat

yang mulia ini menghukumi setiap mereka yang mengaku mencintai

Allah tetapi mereka tidak mengikuti petunjuk Muhammad . Maka

jelaslah pengakuannya itu hanya suatu pendustaan sehingga mereka

mengikuti syari’at Muhammad dan agama nabawi di dalam setiap

ucapan dan perbuatannya. Ini adalah sebagaimana yang terdapat

dalam kitab Shahih Muslim, daripada Rasulullah (beliau bersabda):

Page 7: Mencintai Rasulullah Dengan Meninggalkan Segala Bid'Ah

7

ع مل ع م ال» ر دم ن ع ل ي هأ م ر ن اف ه و «ل ي س

Ertinya: “Sesiapa yang melakukan suatu amal (Ibadah) yang tidak

ada perintahnya daripada kami (Allah ), maka amalan tersebut

tertolak (tidak diterima Allah ).”

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Setiap orang daripada kita tentu tidak mahu sekiranya apa yang kita

amalkan setiap hari menjadi sia-sia dan tidak diterima oleh Allah .

Sedangkan kita telah berusaha bersungguh-sungguh dan menghabiskan

segenap kudrat untuk melakukan amalan itu dengan sebaik-baiknya.

Tidakkah kita bimbang menjadi orang yang sia-sia amalannya lalu

menjadilah kita orang-orang yang rugi di hari akhirat kelak? Dengan ini,

mimbar ingin menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah

kita bersama-sama menilai kembali segala bentuk amalan kita adakah

ianya menepati kehendak Rasulullah dan diterima oleh Allah ?

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang selamat didunia

dan diakhirat kerana mengamalkan As-Sunnah dan diterima amal

ibadahnya disisi Allah . Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi Ayat

102-106 :

Page 8: Mencintai Rasulullah Dengan Meninggalkan Segala Bid'Ah

8

Maksudnya: Maka Adakah orang-orang kafir menyangka Bahawa

mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk Yang

disembah, selain daripadaku, dapat menolong mereka? Sesungguhnya

Kami telah sediakan neraka jahannam bagi orang-orang kafir itu

sebagai tempat tetamu. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah

Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang Yang paling rugi

amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang Yang telah sia-sia

amal usahanya Dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka

menyangka Bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja

Yang mereka lakukan". merekalah orang-orang Yang kufur ingkar

akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengannya; oleh

itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan

memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari

kiamat kelak. (Mereka Yang bersifat) demikian, balasannya neraka

Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula

menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.