mencari sesuatu: baiki mesin basuhroslanrahmat.blogspot.com/p/blog-page_4578.htmlbaiki mesin basuh...

Download Mencari Sesuatu: Baiki mesin basuhroslanrahmat.blogspot.com/p/blog-page_4578.htmlBaiki mesin basuh perkara asas yg perlu anda tau sekiranya barangan elektrik tak berfungsi - periksa

If you can't read please download the document

Upload: trinhtruc

Post on 10-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Mencari Sesuatu: Baiki mesin basuh

Mencari Sesuatu

Pages

Home

Baiki mesin basuh

Baiki Komputer

Baiki Android

Baiki Kipas angin

Tempah Muruku

Order Baju kurung

borang pesanan

Baiki mesin basuh

perkara asas yg perlu anda tau sekiranya barangan elektrik tak berfungsi - periksa pada plug utama pd dinding samada ada arus lektrik ke tidak dgn menggunakan test pen@ test barangan letrik lain pada plug yg sama. - periksa ac cord samada di makan tikus atau terputus akibat hentakan - tukar plug 3 pin yg baru.pastikan kedudukan wire penyambungan yg betul. warna coklat@merah adalah life sebelah kanan plug.warna biru@hitam adalah neutral sebelah kiri plug.Hijau adalah bumi,atas plug. - sekiranya anda on barangan letrik berlaku trip satu rumah,barangan letrik anda itu sudah mengalami kerosakan.

1.MESIN BASUH AUTOMATIC

Banyak perkara yang menyebabkan komponennya sering rosak. Salah satu sebabnya adalah kerana penggunaan atau karena faktor usia komponen itu sendiri.

Apa sahaja barang yg kita perlukan untuk membaiki mesin basuh:

-pemutar skru

-spana

-multi meter

-alat pemeteri

-dll

Apa sahaja kerosakan yang selalu kita jumpa pada mesin basuh?

-air tidak keluar.

-air tidak masuk.

-air keluar perlahan - lahan

-air masuk perlahan - lahan

-tidak boleh membasuh

-tidak boleh mengeringkan

-bunyi bising di waktu pengeringan

-basuhan tidak bersih,kurang kuat daya pusingan

Getah pembuangan air

1.Air tidak keluar.

Ini disebabkan paip pembuangan air sudah tersumbat, biasanya akibat kotoran yang melekat disitu atau termasuk duit siling.

Caranya periksa getah dekatan pangkal paip saluran air keluar, keluarkan kotaran atau duit siling yang melekat disitu.

Water pam

2.Air tidak masuk.

Hidupkan mesin basuh dan periksa volt ac menggunakan multi meter pada water pam biasanya 230v ac, Jikaada, pam airharus diganti baru.

3.Air keluar perlahan - lahan.

Ini disebabkan paip pembuangan air sudah tersumbat, ini juga disebabkankotoran atau duit siling.

4.air masuk perlahan - lahan

Anda hanya perlu menukar pam airnya sahaja, ini karena ianya juga sudah tersumbat. Lihat contoh gambar di atas.

5.Tidak boleh membasuh

Selalunya terdapat beberapa sebab kenapa tidak boleh membasuh antaranya:

-Alarm berbunyi ketika hendak membasuh. Ini selalunya disebabkan kerosakan pada suis pintu atau magnet pada pintu sudah hilang.

Getah pada motor

getah pengikat pada motor...kalau anda lihat getah sudah terlalu longgar sebaiknya nya tukar dengam getah baru.

Level air

Jika level air tidak berfungsi dengan baik untuk meyukat air, ini disebabkan getah sudah bocor. Jadi ianya tidak akan boleh membasuh..Getah ini selalunya ia terletak bahagian atas belakang...ciri ciri nya terdapat 2 atau 3 wayar dan terdapat saluran getah yang menuju ke tamble bahagian bawah.

6.Tidak boleh mengeringkan.

cth: Selenoid

Lihat bahagian bawah dekat paip air yang mula mula keluar, di situ terdapat selenoid yang berfungsi untuk menarik getah supaya air dapat keluar. Cuba hidupkan mesin basuh dan cuba spin, lihat adakah selenoid tersebut menarik getah? Jika tidak, periksa voltannya dan ia mesti pada 220v ac. Tukarkan selenoid tiada bacaan meter ditemui.

Sewaktu anda menekan butangspin, alarmnyaberbunyi, ini adalah masalah pada magnet pintu atau suis pintu bukan selenoid.

7.Bunyi bising sewaktu pengeringan

Ini berpunca dari bearing pada gearbox, selalunya lebih mudah anda tukarkan satu settamble. Inikarena cara membukanya komponen ini terlalu rumit dan memerlukan banyak masa.

8.Basuhan tidak bersih atau kurang kuat daya pusingannya.

Cuba periksa getah pada motor mungkin ia sudah longgar.

Jika ianya sudah longgar, tukar dengan yang baru.

atau piring bahagian dalam sudah longgar, cuba buka dan lihat gigi bahagian tengah tersebut. Adakah ianya sudah haus??

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

lieseli seliAugust 22, 2014 at 3:07 AM

terima kasih

ReplyDelete

Add comment

Load more...

Home

Subscribe to:Posts (Atom)

About Me

roslan rahmat

View my complete profile

Blog Archive

August (1)

Simple theme. Powered by Blogger.