terkini - akademibinaan.com.my · bagaimanapun, sebelum membeli tanah lot, sa ya nasihatkan supaya...

4
11/27/2017 Adip Nurhasan kontraktor muda - Lanai - Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/lanai/adip-nurhasan-kontraktor-muda-1.762857 1/4 NURULFATIHA MUAH 27 NOVEMBER 2017 Adip Nurhasan kontraktor muda Adip Nurhasan A- A+ (Ubah saiz teks) MEMILIKI syarikat sendiri pada usia 18 tahun memang amat mengagumkan, namun banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan. Perkara itu diakui Pengurus Next Innovation Solutions, Adip Nurhasan Abdullah, 21, yang terpaksa mengorbankan usia mudanya dengan bekerja keras untuk bertapak dalam industri pembinaan menerusi syarikat kontraktor dimilikinya. Pada awalnya, Adib Nurhasan menceburi bidang pembinaan disebabkan dorongan bapanya dan bukan atas minat sendiri, namun lama kelamaan ia menjadi sebati dalam dirinya sehinggakan dia membuka perniagaan sendiri kerana permintaan tinggi rumah mampu milik di pasaran. “Saya tidak belajar secara formal dalam bidang ini, tetapi sejak dari tingkatan satu lagi saya sudah mula bekerja makan gaji di tapak pembinaan, pasang batu-bata, bertukang dan lain-lain, ketika cuti sekolah. Saya juga turut tidur sekali di tapak pembinaan bersama pekerja yang lain. Advertisement 1 'Kisah percintaan mereka bermula di dusun' 2 Lan sah keluar Kristal? 3 Perjuangan Elyana dalam GV4 terhenti 4 Ketua Pembangkang Kedah sertai Bersatu 5 Amiruddin masih ada tanggungjawab bai'ah Custom Search TOP 5 VIDEO PALING HANGAT DAPATKAN BERITA SINAR HARIAN SETIAP HARI DI EMAIL ANDA. Nama Email Langgan! Saya telah memahami dan bersetuju dengan Polisi Data Peribadi Karangkraf di: http://www.karangkraf.com/ppdpk Apakah kesediaan parti politik membenarkan SPRM menyaring TERKINI dah lepasi Polis Kelantan beku cuti anggota Abdullah Ketua Polis Daerah Pasir Mas yang baharu ‘Dah dua kali sawah tenggelam’ Jumlah pekerja asing menurun i SEKSYEN

Upload: hahanh

Post on 14-May-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

11/27/2017 Adip Nurhasan kontraktor muda - Lanai - Sinar Harian

http://www.sinarharian.com.my/lanai/adip-nurhasan-kontraktor-muda-1.762857 1/4

NURULFATIHA MUAH27 NOVEMBER 2017

Adip Nurhasan kontraktor muda

Adip Nurhasan

A- A+ (Ubah saiz teks)

MEMILIKI syarikat sendiri pada usia 18 tahun memang amat mengagumkan, namun banyak pengorbanan yangterpaksa dilakukan bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan.

Perkara itu diakui Pengurus Next Innovation Solutions, Adip Nurhasan Abdullah, 21, yang terpaksa mengorbankanusia mudanya dengan bekerja keras untuk bertapak dalam industri pembinaan menerusi syarikat kontraktordimilikinya.

Pada awalnya, Adib Nurhasan menceburi bidang pembinaan disebabkan dorongan bapanya dan bukan atas minatsendiri, namun lama kelamaan ia menjadi sebati dalam dirinya sehinggakan dia membuka perniagaan sendirikerana permintaan tinggi rumah mampu milik di pasaran.

“Saya tidak belajar secara formal dalam bidang ini, tetapi sejak dari tingkatan satu lagi saya sudah mula bekerjamakan gaji di tapak pembinaan, pasang batu-bata, bertukang dan lain-lain, ketika cuti sekolah. Saya juga turuttidur sekali di tapak pembinaan bersama pekerja yang lain.

Advertisement

1 'Kisah percintaan mereka bermula di dusun'

2 Lan sah keluar Kristal?

3 Perjuangan Elyana dalam GV4 terhenti

4 Ketua Pembangkang Kedah sertai Bersatu

5 Amiruddin masih ada tanggungjawab bai'ah

Custom Search

TOP 5 VIDEO PALING HANGAT

DAPATKAN BERITA SINAR HARIANSETIAP HARI DI EMAIL ANDA.

Nama

Email

Langgan!

Saya telah memahami dan bersetuju dengan

Polisi Data Peribadi Karangkraf di:

http://www.karangkraf.com/ppdpk

Apakah kesediaan parti politikmembenarkan SPRM menyaring

TERKINI

dah lepasi Polis Kelantan beku cutianggota

Abdullah Ketua Polis DaerahPasir Mas yang baharu

‘Dah dua kali sawah tenggelam’ Jumlah pekerja asing menurun

i

SEKSYEN

11/27/2017 Adip Nurhasan kontraktor muda - Lanai - Sinar Harian

http://www.sinarharian.com.my/lanai/adip-nurhasan-kontraktor-muda-1.762857 2/4

“Walaupun kadang kala jiwa muda saya mendesak untuk membuat perkara yang saya suka seperti rakan-rakansebaya lain, tetapi saya terpaksa korbankan semuanya dan cuba menyelami bidang pembinaan yang menjadipunca rezeki papa, Abdullah Ismail, selama ini. Papa saya berpengalaman 20 tahun dalam bidang pembinaan danpernah mempunyai syarikat pemaju hartanah,” katanya.

Adip Nurhasan (kanan) berbincang bersama Penasihat Next Innovation Solutions, Abdullah Ismail (kiri) yang jugabapanya dan juruteknik, Aqilah Jamberi.

Ketika memulakan perniagaan, Adip Nurhasan mengakui banyak kesilapan yang dilakukan ketika mengubahsuaikediaman pelanggan, tetapi dia tidak mudah berputus asa, malah terus memperbaiki kelemahannya.

“Ketika saya buat kerja-kerja pengubahsuaian, saya pernah ditegur papa, saya buat sistem paip tidak betul,bumbung bocor dan sebagainya. Mujur saya mempunyai papa yang memang pakar dalam bidang ini dan menjadipenasihat syarikat saya.

“Saya perbaiki sendiri semua kesilapan yang saya lakukan untuk terus mendapat kepercayaan pelanggan,”katanya.

Bermula dengan projek mengubahsuai kediaman, Next Innovation Solutions kini mendapat kepercayaan ramaiuntuk projek pembangunan rumah individu di atas tanah milik pelanggan sejak dua tahun lalu.

Hampir empat tahun di pasaran, syarikat yang lebih dikenali sebagai Kontraktor Rumah Selangor di laman sosialFacebook berjaya menyiapkan 21 rumah pelanggan dan sedang membangunkan tujuh buah rumah pada masakini.

Adip Nurhasan berkata, kebanyakan projek pembangunan dijalankan di sekitar Selangor antaranya KualaSelangor dan Jalan Kebun, Shah Alam dan lain-lain.

“Kami mula dikenali selepas saya mempromosikan untuk membina rumah pada 2015 menerusi Kontraktor RumahSelangor. Harga yang ditawarkan pula rendah mengikut bajet pelanggan untuk membantu masyarakat memilikikediaman sendiri.

“Sebelum melakukan pemasaran secara besar-besaran, saya juga ambil kursus untuk kerja-kerja besi danaluminium di Akademi Binaan Malaysia bagi memantapkan kemahiran sedia ada,” katanya yang turut mempunyaibengkel tingkap sendiri.

Menurutnya, Next Innovation Solutions menawarkan pembinaan rumah menggunakan konsep konvensional danSistem Binaan Berindustri (IBS), bagi memenuhi permintaan pasaran.

“Biasanya, projek pembinaan rumah pelanggan akan ambil masa sekitar tiga hingga empat bulan untuk siapkerana kami mempunyai pekerja yang mahir,” katanya.

Selain terlibat dalam bidang pembinaan, Adip Nurhasan turut aktif dalam bidang motivasi sebagai penceramah disekolah.

Rumah kos sederhana dominasi pasaran

Tahun 2018 bakal menyaksikan permintaan rumah kos sederhana yang berharga RM200,000 ke bawah dijangkaakan terus mendominasi pasaran bagi kategori kediaman individu yang dibina di atas tanah sendiri.

Ia didorong oleh penjualan tanah-tanah lot terutama di kawasan pinggir-pinggir bandar yang dijual dalam hargalebih rendah.

Melihat potensi itu, Next Innovation Solutions yang terkenal sebagai Kontraktor Rumah Selangor di laman sosialFacebook, berhasrat untuk terus menawarkan rumah berkualiti mengikut bajet pelanggan.

calon beri imej bersih kepada partiitu?

Ya Tidak

Lihat Keputusan

Sinar@Social & Video Sepang Malaysia GP F1

8 h

Haas F1 Team@HaasF1Team

Guenther Steiner, our@Haas_Automation team principal, satdown with @Inc prior to the seasonending.

https://t.co/wGjCgqMSbI

SEKSYEN

11/27/2017 Adip Nurhasan kontraktor muda - Lanai - Sinar Harian

http://www.sinarharian.com.my/lanai/adip-nurhasan-kontraktor-muda-1.762857 3/4

Ikuti pandangan Pengurusnya, Adip Nurhasan Abdullah tentang pasaran hartanah untuk kediaman individu danmisi syarikatnya.

Boleh jelaskan perkhidmatan ditawarkan Next Innovation Solutions?

Perkhidmatan kami tawarkan adalah menyeluruh sehingga rumah siap kerana Next Innovation Solutionsmempunyai pekerja tetap yang masing-masing mempunyai kepakaran dalam bidang pertukangan, elektrik,tingkap dan sebagainya, sekali gus menjadikan harga ditawarkan adalah lebih rendah.

Kami juga mempunyai juruteknik sendiri yang juga merupakan adik-beradik saya yang membantu dalammelicinkan perjalanan syarikat. Jadi pelanggan tidak perlu risau jika tidak mempunyai pelan atau reka bentukrumah yang ingin dibangunkan. Selain itu, kami turut menawarkan khidmat ubah suai kediaman.

Apakah cabaran dihadapi sepanjang terlibat dalam industri pembinaan?

Saya agak terkesan apabila berlaku kes rumah mampu milik yang dikaitkan dengan scammer. Syarikat kami turutmenerima tempiasnya kerana kami juga membina rumah dalam harga yang agak rendah.

Sebelum itu, saya agak kurang menonjolkan diri di khalayak, namun disebabkan perkara itu, saya bangkit dantunjukkan diri saya dan buktikan syarikat kami benar-benar dapat merealisasikan impian mereka yang mahumemiliki kediaman sendiri, bukan seperti didakwa.

Kakitangan Next Innovation Solutions menyiapkan kerja-kerja besi dan aluminium untuk rumah pelanggan.

Bagaimana pandangan saudara mengenai pasaran hartanah untuk kediaman individu tahun ini?

Memang tidak dapat dina�kan pasaran hartanah untuk kediaman individu agak menurun pada tahun ini. Iamemang sangat mencabar terutama bagi syarikat kecil seperti kami. Tambahan pula, kami juga perlu bersaingdengan banyak syarikat kontraktor lain.

Pada tahun lalu, kami boleh menjalankan sembilan projek pembinaan pada satu-satu masa dalam tempohsebulan atau dua bulan. Namun, pada tahun ini, kami hanya boleh jalankan tiga projek serentak dalam sebulankerana permintaan projek perumahan yang berkurangan.

Sebagai kontraktor, kami sendiri kena cari projek dan kebanyakan projek kami ini hanyalah kecil-kecilan danmelibatkan rumah perseorangan. Tidak seperti pemaju yang boleh membangunkan projek perumahan dalam unityang banyak kerana mereka mempunyai tanah, boleh membangunkan rumah dan menjualnya.

Bagi mengatasi masalah itu, kami perlu menyediakan perkhidmatan dan produk yang betul-betul memenuhikehendak rakyat Malaysia.

Sebab itu kami menyediakan perkhidmatan membangunkan rumah menggunakan konsep konvensional danSistem Binaan Berindustri (IBS). Sepanjang tahun ini, rata-rata pelanggan kami memilih rumah kos sederhanayang bernilai RM200,000 ke bawah.

Adakah trend rumah kos sederhana akan berterusan pada tahun depan?

Ya, rumah kos sederhana dijangka akan terus menjadi pilihan pelanggan pada tahun depan. Ini kerana, jika dilihatdari segi penjualan tanah-tanah lot, ia sedang rancak dijual bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, terutamadi kawasan pinggir-pinggir bandar.

Kebanyakan pelanggan kami menggunakan transaksi secara tunai sama ada simpanan sendiri, Kumpulan WangSimpanan Pekerja (KWSP), wang pencen dan lain-lain dalam pembinaan rumah mereka mengikut prosespembinaan.

Sebelum ini, dilaporkan banyak kes yang berlaku melibatkan penjualan tanah lot seperti pemilik tanah cagartanah kepada bank tanpa pengetahuan pembeli dan sebagainya. Adakah pembelian tanah lot ini selamat?

Sebagai kontraktor dan pernah juga membeli tanah lot pada tahun lalu, saya melihat, pejabat tanah sudahmelakukan penambahbaikan bagi mengatasi masalah ini.

Memang kita sedia maklum sebelum ini banyak laporan mengenai tanah lot yang sudah dibeli orang, tetapi tuantanah kemudian mencagarkan kepada bank atau masalah seperti tanah tidak dituntut selepas tuan tanahmeninggal dunia.

Kini, pejabat tanah telah melakukan penambahbaikan supaya nama pembeli tanah itu itu dimasukkan ke dalamgeran agar tidak berlaku penipuan dalam jual beli hartanah.

Bagaimanapun, sebelum membeli tanah lot, saya nasihatkan supaya pembeli lakukan carian persendirian dipejabat tanah untuk mengetahui maklumat berkaitan dengan tanah lot tersebut dan tanya pada mereka yangberpengalaman atau merujuk peguam hartanah yang berpengalaman dalam urusan jual beli tanah lot.

Boleh kongsikan perancangan syarikat pada masa akan datang?

SEKSYEN

Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Video Global Hiburan Sukan Sisipan

11/27/2017 Adip Nurhasan kontraktor muda - Lanai - Sinar Harian

http://www.sinarharian.com.my/lanai/adip-nurhasan-kontraktor-muda-1.762857 4/4

UMUM

Tentang KamiKerjayaPelaburSyarat & Pena�an

BERHUBUNG

Hubungi KamiAppsRSSKlasi�ed

IKUTI KAMI

  Facebook  Twitter  Youtube  Instagram

BERITA

EnglishNasionalPolitikEdisiSemasaSinar TVBisnesGlobalHiburanSukan

SINAR HARIANLot 1, Jalan Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor,

Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Bina Puri sasar lancar hartanah RM500 jutaBINA Puri Holdings Bhd (Bina Puri) menyasarkan untuk melancarkan projek pembangunan hartanahbernilai RM500 juta pada tahun depan.

Puteri Harbour bandar pintar dan digitalUEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) melengkapkan Puteri Harbour dengan kemudahan digital yang akanmenjadi salah satu perkembangan pemangkin di Iskandar Puteri, Johor sebagai pembangunan bandardigital dan pintar.

Pasaran hartanah kekal stabilHARGA hartanah kediaman secara keseluruhan kekal stabil dengan hanya 0.2 peratus penurunan darisuku kedua 2017 hingga suku ketiga 2017.

MK Land kebanggaan bumiputeraLEBIH tiga dekad di pasaran, syarikat hartanah terkemuka, MK Land Holdings Berhad (di bawahKumpulan EMKAY sebelum disenaraikan di Bursa pada tahun 1999) mempunyai kelasnya yangtersendiri sejak ianya ditubuhkan.

Kami sedia meluaskan perkhidmatan kami di luat Selangor pada masa akan datang jika mempunyai permintaandi negeri-negeri lain. Pada masa ini, projek pembinaan Next Innovation Solutions tertumpu di Selangor sahajadengan permintaan tertinggi di Jalan Kebun, Kebun Baru dan Kuala Selangor.

Pada masa sama, kami juga berhasrat untuk berkembang daripada syarikat kontraktor kepada pemajuperumahan pada masa akan datang. Sebagai permulaan ke arah itu, kami sedia bekerjasama dengan mana-manasyarikat atau tuan tanah untuk membangunkan projek perumahan.

ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf

SEKSYEN