memo aduan.doc

3

Click here to load reader

Upload: matthew-gibbs

Post on 24-Dec-2015

52 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 3 & 4, BLOK E2, KOMPLEKS E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

MEMO DALAMANKepada:En.Ab.Rahim bin OthmanSektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin

Daripada:Timbalan Pengarah ( Sekolah )Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Salinan Kepada:Pengarah Timbalan Pengarah ( Murid )

Rujukan:KP(BPSHSQGTP2.0)901/04/01 Jld.9 ( )

Tarikh: Disember 2014

Perkara:MAKLUM BALAS ADUAN TIDAK PUAS HATI DENGAN SURAT LANTIKAN SISC+ YANG BELUM DIPEROLEHI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.2. Sukacita dimaklumkan bahawa memo yang diterima dari bahagian tuan/puan bertarikh 2 Disember 2014 dengan rujukan KP(BPSH-SPKD ) S.603/1/Jld.26 ( 18 ) Kes PSH0422/14 berkaitan bertajuk tidak puas hati dengan surat lantikan SISC+ yang belum diperolehi telah diterima oleh pihak kami.3. Sehubungan dengan itu,pihak kami telah berhubung dengan Pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan juga Jabatan Pendidikan Negeri yang berkaitan pada tarikh 2 Disember 2014 dan mendapati bahawa masalah ini telahpun dimaklumkan kepada pihak yang berkaitan dan tindakan lanjut akan dilakukan dalam masa terdekat.4. Untuk makluman pihak tuan/puan juga, Bahagian Kenaikan Pangkat Negeri Sabah telah menghantar nama kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Atas sebab itu, pihak kami tidak berani untuk menghantar semula nama kepada pihak yang berkaitan untuk mengelakkan berlaku pertindihan penerimaan oleh pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.5. Pihak kami akan menyusul semula permasalahan ini kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia agar dapat diselesaikan dengan segera.Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

DR. ZAHARIAN BIN ZAINUDDINTimbalan Pengarah ( Sekolah )Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Kementerian Pendidikan Malaysia

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN