membina dan menilai perisian mengenai “pergerakan bahan ... · bahan merentas membran plasma”...

21
MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dinhtu

Post on 01-Apr-2019

236 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN

BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI

TINGKATAN 4

ANGELA BT. JOSEPH

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

Saya / kami* akui bahawa saya telaj membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami*karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Biologi).

Tandatangan :

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Mohd Nor bin Bakar

Tarikh : 14 hb Oktober 2004

* Potong yang tidak berkenaan

Page 3: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

PSZ 19:16 (Pind 1/97)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4.

SESI PENGAJIAN : 2004/2005

ANGELA BT. JOSEPH

(HURUF BESAR)

Saya :

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

PROF. MADYA DR. MOHD NOR BIN BAKAR

Nama Penyelia

Tarikh : 14 Hb Oktober 2004

Alamat Tetap: PETI SURAT 1224, 89808 BEAUFORT, SABAH. Tarikh : 14 Hb Oktober 2004

Page 4: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN

MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

ANGELA BT. JOSEPH

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2004

Page 5: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : ANGELA BT. JOSEPH

Tarikh : 14 HB Oktober 2004

Page 6: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

iii

Istimewa untuk Suami & Puteri tercinta;

Kapt. Robert Edward TUDM & Rosanne Hazel

Pemangkin semangat & harapan…

Kepada kedua Ibu & Bapa yang disanjung dan disayangi;

En. Joseph Gihod & Pn. Rufina Galantis

Terima kasih atas pengorbanan sejati mu…

Kepada Ibu & Bapa Mertua yang dihormati dan dikasihi;

En. Edward Ngayong ak Uja & Pn. Mary Noria @ Lidang ak Dana

Juga kepada semua ahli keluarga yang mendoakan kejayaan ini.

Tidak dilupakan kepada semua teman-teman dalam perlayanan GIFT, Skudai yang

banyak berkongsi suka-duka kehidupan kampus yang mencabar.

Page 7: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

iv

PENGHARGAAN

Dalam kesempatan ini, penulis ingin mengabadikan perhargaan yang tidak

terhingga buat PM. DR. Mohd Nor bin Bakar selaku penyelia projek yang banyak

memberikan panduan, ,bimbingan dan kepercayaan untuk saya menyiapkan projek

sarjana muda ini.

Penghargaan istimewa untuk PM. DR Aziz bin Nordin iaitu Penasihat

akademik yang begitu dedikasi dalam membantu dan membimbing selama pengajian

di UTM..Ucapan terima kasih Kepada En. Rosli di unit audio dan video di Jabatan

Multimedia Fakulti Pendidikan yang sudi meluangkan masa membantu menyiapkan

pengambilan video ; Petugas-petugas di Makmal Kimia Fakulti Pendidikan yang

memberikan kerjasama semasa pengambilan video.

Seterusnya, penghargaan kepada Pihak sekolah Menengah Taman. Universiti

1; Unit Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan

Malaysia atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan projek ini.

Tidak dilupakan, kepada rakan-rakan seperjuangan , terutama sekali saudara

Raizal Dunggi yang banyak membantu semasa proses penilaian perisian ini. Buat

keluarga tercinta yang sentiasa memberikan sokongan moral sepanjang tempoh

penghasilan projek ini . Akhir sekali, penulis ingin merakamkan penghargaan kepada

semua pihak yang telah memberikan bantuan sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam merealisasikan Kertas Projek Sarjana Muda.

Page 8: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

v

ABSTRAK

Kajian projek sarjana muda yang dilakukan oleh Leow Siew Hung (2003) dalam

tajuk pergerakan bahan merentas membran plasma ke atas pelajar tingkatan 4

menunjukkan terdapat salah konsep yang signifikan . untuk membantu mengatasi

masalah tersebut khusus dalam tajuk “ Pergerakan bahan merentas membran plasma”,

satu perisian dibina untuk kegunaan pelajar. Perisian ini di bina berdasarkan pendekatan

multimedia interaktif yang menggabungkan teks, grafik, audio, dan video untuk

menyumbangkan kepada suatu persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan dan

menarik. Matlamat pembinaan PBK untuk membantu pelajar dalam pembelajaran

kendiri khusus untuk menyampaikan konsep-konsep berkaitan dalam topik ini. PBK ini

menggunakan kaedah bercabang bagi tutorial dan kaedah rawak bagi soalan-soalan

latihan. PBK ini dibina menggunakan perisian utama ialah Marcomedia Authorware 6.5

dan perisian-perisian sokongan Ulead Cool 3D, Ulead Gif Animator 5, Macromedia

Flash MX, Sound Forge 6.0 dan Window Movie Maker. PBK ini menjalani dua proses

penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Hasil daripada penilaian sumatif

mendapati pengguna sasaran dapat menerima perisian ini.

Page 9: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

vi

ABSTRACTS

Previous research conducted by Leow Siew Hung (2003) on “the movement of

substances through plasma membrane” shows that secondary student had significance

misconception. This project purpose is to develop multimedia software for the topic “the

movement of substances through plasma membrane” for secondary student. This

software based on interactive multimedia that integrates texts, graphic, audio, video and

animation to create interesting learning environment. The aim of this software is to help

student in self learning especially to understand the concepts in this topic. This software

built by using branching method for tutorial and random method for exercise questions.

The main application software to develop this software is Macromedia Authorware 6.5

and other software Ulead Cool 3D, Ulead Gif animator 5, Macromedia Flash MX and

Window Movie Maker. This project had two assessments; formative assessment and

sumatif assessment. Findings indicated that this software get positive respond from user.

Page 10: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Matlamat 4

1.5 Objektif 5

1.6 Skop Projek 5

Kepentingan Projek 6

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 7

2.2 Teori Pembelajaran 7

2.3 Pembelajaran kendiri menggunakan PBK 10

2.4 Multimedia Interaktif 11

2.5 Pembelajaran berbantu Komputer (PBK) 12

2.5.1 PBK di luar negara 12

2.5.2 PBK di Malaysia 13

2.6 Aspek Penting Pembinaan Perisian PBK 14

2.6.1 kandungan 14

2.6.2 Jenis perisian 15

2.6.3 Persembahan 16

2.6.4 Kaedah 17

2.6.5 Pedagogi 18

2.7 Kelebihan PBK dalam pembelajaran kendiri 19

2.7.1 Pelajar mendapat pengetahuan secara individu 19

Page 11: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

viii

BAB PERKARA HALAMAN

2.7.2 Mencapai pembelajaran kognitif dari aras

rendah ke tinggi

20

2.7.3 Kawalan terhadap kelajuan pembelajaran 20

2.7.4 Mengekalkan minat dan motivasi pelajar 20

2.7.5 Bebas memilih pelajaran yang diminati 20

2.7.6 Penilaian dibuat oleh pelajar 21

2.7.7 Pelajar terlibat secara aktif 21

2.7.8 Meningkat penguasaan kandungan

pembelajaran

21

2.7.9 keboleh-ulangan pembelajaran 21

2.7.10 Memendekkan masa untuk menguasai

kandungan pelajaran

22

2.8 PBK dalam matapelajaran Biologi

22

3 REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk am 24

3.3 Model Pembinaan Perisian 26

3.4 Struktur Perisian 28

3.4.1 Teks 29

3.4.2 Warna 29

3.5 Alat Pengarangan 30

3.6 Perkakasan 31

3.7 Perisian 31

3.8 Proses Penilaian 31

3.8.1 Penilaian Formatif 32

3.8.2 Penilaian Sumatif 32

3.8.3 Prosedur Penilaian Sumatif 32

3.9 Hasil Penilaian Sumatif 33

3.10 Carta Alir Perisian

34

Page 12: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

ix

BAB PERKARA HALAMAN

4 BAHAGIAN SATU : PEMBINAAN PERISIAN

MULTIMEDIA PERGERAKAN BAHAN

MERENTAS MEMBRAN PLASMA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Kaedah penggunaan perisian 38

4.3 Kandungan perisian 39

4.3.1 Bahagian pengenalan perisian 39

4.3.2 Bahagian menu utama 40

4.3.3 Paparan muka subtajuk 41

4.3.4 Struktur membran plasma 42

4.3.5 Resapan ringkas 43

4.3.6 Osmosis 43

4.3.7 Resapan berbantu 45

4.3.8 Pengangkutan aktif 45

4.3.9 Glosari 46

4.3.10 Kuiz 47

4.4 Komponen perisian 48

4.4.1 Teks 48

4.4.2 Grafik 48

4.4.3 Gambar 49

4.4.4 Audio 50

4.4.5 Animasi 50

4.5 Pendekatan perisian 50

BAHAGIAN DUA: PENILAIAN PERISIAN

4.6 Penilaian perisian 51

4.6.1 Penilaian formatif 51

4.6.2 Penilaian sumatif 51

4.6.2.1 Analisis penilaian pelajar

52

4.6.2.2 Analisis penilaian pakar 53

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 56

Page 13: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

x

BAB PERKARA HALAMAN

5.2 Perbincangan 54

5.3 Rumusan 57

5.4 Cadangan kajian lanjutan 58

5.5 Cadangan am 59

RUJUKAN 60

LAMPIRAN A - J 64

Page 14: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1 Aliran kerja model ADDIE 26

2 Carta alir utama 34

3 Carta alir bahagian menu utama 35

4 Carta alir bahagian kuiz 36

5 Carta alir bahagian osmosis 37

6 Carta alir rangka utama perisian 41

7 Paparan muka subtajuk 42

8 Carta alir konsep larutan isotonik 44

9 Carta alir glosari 46

10 Carta alir kuiz 47

11 Carta alir pergerakan molekul merentas membran

plasma

50

Page 15: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

xii

SENARAI SINGKATAN

ABM Alat Bantuan Mengajar

ADAM™ Animated Dissection Anatomy for Medicine

CAI Computer Assisted Instruction

CD Compact Disc

CLEs Constructivism learning environments

dpi dot per inch

GB Gigabyte

GUI Graphic User Interface

MB Megabyte

MSC Multimedia Super Coridor

PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer

PKG Pusat Kegiatan Guru

PSPN Pusat Sumber Pendidikan Negeri

RAM Random Access Memory

TICCIT Time-shared Interactive

VGA Video Graphic Array

Page 16: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Paparan masukan nama 64

B Paparan panduan pengguna 65

C Paparan menu utama 66

D Paparan melabel membran plasma 67

E Paparan Jawapan yang tepat bagi konsep isotonik 68

F Paparan sel haiwan di dalam larutan isotonik 69

G Paparan glosari 70

H Borang penilaian A: pelajar 71

I Borang penilaian B : pakar 75

J Surat kebenaran menjalankan kajian 79

Page 17: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perubahan pendidikan tidak pernah berhenti dari zaman silam. Sering berubah

cara dan kaedah pengajaran seiring dengan pencapaian teknologi. Daripada kaedah

tradisional “chalk and talk” kepada penggunaan media pengajaran seperti radio dan

televisyen pendidikan pada zaman 70 an. Kini, dengan kecanggihan teknologi

komputer, pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik(Iza Sulaiman, 1986)

dengan kemampuan alat tersebut mengintegrasikan pelbagai media dalam satu pakej.

Di abab ke 21 ini, seiring dengan kepesatan pembangunan perkakasan dan

perisian komputer menjadi cabaran bagi para pendidik untuk maju seiring menghadapi

zaman ledakan maklumat. Para guru sebagai golongan yang berpengaruh ke atas

pelajar-pelajar di sekolah harus memulakan menggunakan teknologi sebagai satu

budaya profesional berasaskan maklumat dapat di semai di sekolah. Raja Maznah

Raja Hussain (1993b) menyatakan prasarana untuk kemajuan teknologi sudah

disediakan dan akan terus ditambah oleh pihak kerajaan, pembinaan Pusat Sumber

Pendidikan Negeri (PSPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dibina sebagai pusat

logistik untuk guru mengadakan sesi perbincangan bagi membudayakan teknologi

pendidikan.

Page 18: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

2

Menurut Zainudin Abu Bakar, 2000 Perkembangan pesat bidang teknologi

akan menjadi pemangkin kemajuan pendidikan di Malaysia. Lantas langkah awal

untuk menyokong perkembangan ini dengan pelancaran Perdana Koridor Raya

Multimedia (MSC) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 1 Hb Ogos

1996. Perdana MSC mengandungi 7 aplikasi dan salah satu ialah mewujudkan

sekolah bestari.

Konsep sekolah bestari dibina untuk membantu pelajar mencapai

pembangunan yang menyeluruh dan seimbang dalam semua aspek. Penggunaan

multimedia menjadi satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

untuk mewujudkan generasi yang celik teknologi komputer dan maklumat untuk

mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Menurut Menteri Pendidikan Dato’

Seri Najib Tun Haji Razak (1997) konsep sekolah bestari akan mewujudkan generasi

yang berfikiran kreatif dan inovatif selaras dengan falsafah Pendidikan Malaysia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Hasrat negara untuk melahirkan masyarakat yang celik komputer agar negara

tidak ketinggalan dalam arus perdana dunia. Ia pernah disuarakan oleh Perdana

Menteri Malaysia dalam penulisan Sharifah Alwiwah Alsagof(1996) :

“Computer Literacy is a must if we want to progress and develop. No effort

must be spared in he creation of an information-rich Malaysian society”

Pelajar-pelajar di era baru sentiasa didedahkan kepada teknologi yang serba

canggih. Memandangkan mereka sering didedahkan kepada teknologi komunikasi dan

Page 19: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

3

komputer di persekitaran mereka, pelajar lebih cenderung menggunakan alat dan

bahan terkini dalam proses pembelajaran mereka (Baharuddin dan Maizah

Hura,1995). Pandangan ini turut dinyatakan oleh Park & Hannafin (1993) dalam

penulisan Ester Gnanamalar Sorojini Daniel (1999) dan menyatakan pendekatan yang

mungkin berkesan adalah sekolah mula menggunakan alat zaman baru akan tetapi

penggunaan teknologi baru harus dirancang berasaskan teori pembelajaran.

Menurut kajian tinjauan yang dilakukan oleh Nik Nor Asiah Mahmud (2003)

menyatakan matapelajaran biologi dianggap mata pelajaran yang membosankan di

kalangan pelajar luar bandar. Kajian yang dilakukan oleh Komathi A/P Soma

Sundaran, (2003) pula menyimpulkan pembelajaran biologi secara tradisional

(menggunakan buku teks) menyebabkan pemahaman konsep kurang tepat dengan idea

saintifik, pelajar menjadi cenderung menghafal dengan cara mengambil istilah dan

perkataan penting daripada mempelajari dan memahami biologi.

Penyebaran penggunaan perisian pembelajaran di pasaran masih terhad, ini

disebabkan kos pembinaan perisian yang tinggi (Hamidah Baba,2000). Syarikat yang

berminat membangunkan perisian berkenaan juga amat sedikit dan harga perisian

pembelajaran tempatan yang berada di pasaran kini adalah tinggi.

1.3 Pernyataan masalah

Proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah amat penting dalam

usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Namun, bagi memastikan semua pelajar

mendapat semua kandungan pelajaran di sampaikan dalam kelas adalah sukar.

Pembelajaran secara individu adalah penting untuk pemahaman individu.

Halangan seperti kebolehan pelajar yang berbeza tidak dapat dielakkan.

Page 20: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

4

Bagi mengatasi kelemahan ini, kebanyakan pelajar memilih untuk mengulang-kaji

sendiri isi pelajaran tersebut dengan bantuan buku-buku rujukan yang dipercayai

pelajar dapat membantu mengatasi masalah mereka.

Pembelajaran biologi melibatkan konsep dan istilah, serta rajah yang abstrak.

Pembelajaran bagi tajuk yang melibatkan topik-topik berikut menggunakan buku teks

adalah tidak memadai kerana ia tidak dapat menunjukkan proses yang kompleks

seperti menggambarkan pergerakan sel merentas membran plasma.

Perkembangan teknologi komputer kini banyak membantu dalam proses

pembelajaran kendiri. Pelajar boleh menggunakan perisian pembelajaran berasaskan

komputer dan internet. Namun kini kebanyakan perisian pembelajaran terdapat di

pasaran dan web internet tidak berasaskan sukatan kurikulum kebangsaan. Ini

menjadikan pelajar harus selektif dan bijak dalam menentukan topik untuk di beri

penekanan.

1.4 Matlamat

Matlamat projek ini ialah untuk membina sebuah perisian yang dapat

membantu pelajar dalam proses pembelajaran kendiri berasaskan komputer. Isi

kandungan perisian ini menekankan pengajaran konsep dalam tajuk yang dipilih iaitu

“pergerakan bahan merentas membran plasma” mengikut sukatan pelajaran kurikulum

biologi tingkatan 4.

Tajuk ini dipilih kerana tajuk ini melibatkan beberapa konsep yang abstrak

seperti konsep resapan, osmosis dan konsep larutan isotonik, konsep larutan hipotonik

dan konsep hipertonik, konsep pengangkutan aktif. Konsep-konsep dalam tajuk ini

Page 21: MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4 ANGELA BT. JOSEPH FAKULTI PENDIDIKAN ... and other software

5

melibatkan proses yang dinamik dan melibatkan hubungan pergerakan-

pergerakan molekul dengan perbezaan kepekatan larutan. Melalui persembahan

multimedia diharap perisian yang dibina mampu menyampaikan dengan jelas konsep-

konsep yang perlu dikuasai oleh pelajar ini.

1.5 Objektif

Projek ini bertujuan untuk:

i. Membina sebuah perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK)

bagi tajuk “pergerakan bahan merentas membran plasma”.

ii. Menyampaikan pembelajaran konsep-konsep abstrak yang terdapat dalam

topik pergerakan bahan merentas membran plasma dalam bentuk yang

mudah dan sesuai bagi tahap pelajar tingkatan 4.

iii. Menilai penerimaan pelajar dan guru terhadap perisian pergerakan bahan

merentas membran plasma yang di bina.