membina ayat

3
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA (Soalan 3 : 30 markah) Pengenalan: Lima bahagian soalan yang merangkumi pelbagai aspek dikemukakan dalam bahagian ini. Antaranya ialah: i. Pengetahuan dan Kefahaman tentang morfologi (3a) ii. Pengetahuan dan Kefahaman tentang sintaksis (3b) iii. Pengetahuan dan Kefahaman tentang sistem ejaan (3c) iv. Pengetahuan dan Kefahaman tentang kosa kata dan istilah (3d) v. Pengetahuan dan Kefahaman tentang peribahasa (3e) Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 30 markah Penting : Pelajar mesti menjawab semua soalan dalam bahagian ini. 1. Soalan Membina Ayat: ( 6 markah ) Panduan Umum: 1. Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendaknya / tugasannya. 2. Bina ayat yang gramatis. Pastikan ayat yang dibina: Menepati makna perkataan yang diuji Penggunaan kata dalam ayat tepat Tentukan Kelas kata sama ada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas. Bentuk kata tersebut, sama ada bentuk asal, aktif, pasif, terbitan (berimbuhan, gandaan, atau majmuk. 3. Makna sesuatu kata akan berubah melalui proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. 4. Pelajar dapat menunjukkan perbezaan makna kata-kata yang diuji sekiranya kata berpasangan. 5. Dengan mengetahui kelas kata, pelajar dapat ,mengetahui fungsinya dan kedudukan sama ada sebagai subjek, predikat, objek , penerang, dan sebagainya. 6. Perkara ini dapat membantu pelajar membina ayat yang gramatis iaitu betul dari segi makna dan tatabahasa. Jenis Kata untuk Membina Ayat: a. kata ganda b. kata yang hampir sama maknanya c. kata dasar dan kata terbitan d. pasangan kata dasar dan kata ganda seluruh e. pasangan kata homograf f. pasangan kata terbitan g. pasangan kata ganda seluruh dan kata majmuk h. pasangan kata dasar dan kata ganda berimbuhan i. pasangan kata dasar dan kata majmuk j. pasangan kata ganda seluruh dan kata terbitan k. pasangan kata yang berbeza makna tetapi hampir sama bunyinya l. kata banyak makna Pesan Bestari:

Upload: rohiexa-aaron

Post on 31-Oct-2014

564 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Soalan 3a Kertas 2 Bahasa Melayu SPM

TRANSCRIPT

Page 1: Membina Ayat

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA (Soalan 3 : 30 markah)

Pengenalan:

Lima bahagian soalan yang merangkumi pelbagai aspek dikemukakan dalam bahagian ini. Antaranya ialah:

i. Pengetahuan dan Kefahaman tentang morfologi (3a)ii. Pengetahuan dan Kefahaman tentang sintaksis (3b)iii. Pengetahuan dan Kefahaman tentang sistem ejaan (3c)iv. Pengetahuan dan Kefahaman tentang kosa kata dan istilah (3d)v. Pengetahuan dan Kefahaman tentang peribahasa (3e)

Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 30 markahPenting : Pelajar mesti menjawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Soalan Membina Ayat: ( 6 markah )

Panduan Umum:

1. Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendaknya / tugasannya.2. Bina ayat yang gramatis. Pastikan ayat yang dibina:

Menepati makna perkataan yang diuji Penggunaan kata dalam ayat tepat Tentukan Kelas kata sama ada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata

tugas. Bentuk kata tersebut, sama ada bentuk asal, aktif, pasif, terbitan (berimbuhan,

gandaan, atau majmuk. 3. Makna sesuatu kata akan berubah melalui proses pembentukan kata seperti

pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan.4. Pelajar dapat menunjukkan perbezaan makna kata-kata yang diuji sekiranya kata

berpasangan.5. Dengan mengetahui kelas kata, pelajar dapat ,mengetahui fungsinya dan kedudukan

sama ada sebagai subjek, predikat, objek , penerang, dan sebagainya.6. Perkara ini dapat membantu pelajar membina ayat yang gramatis iaitu betul dari segi

makna dan tatabahasa.

Jenis Kata untuk Membina Ayat:a. kata gandab. kata yang hampir sama maknanyac. kata dasar dan kata terbitand. pasangan kata dasar dan kata ganda seluruhe. pasangan kata homograff. pasangan kata terbitang. pasangan kata ganda seluruh dan kata majmukh. pasangan kata dasar dan kata ganda berimbuhani. pasangan kata dasar dan kata majmukj. pasangan kata ganda seluruh dan kata terbitank. pasangan kata yang berbeza makna tetapi hampir sama bunyinyal. kata banyak makna

Pesan Bestari:

Page 2: Membina Ayat

1. Ayat yang dibina dapat membezakan/menerangkan makna kata yang diuji2. Jangan gunakan pasangan kata yang diberikan dalam satu ayat saja3. Jangan letakkan sebarang imbuhan pada kata yang diberikan ketika membina ayat4. Jangan bentuk kata majmuk daripada kata yang diberikan5. Jangan gandakan kata yang diberikan 6. Jangan bentuk ungkapan, kiasan, cogan kata, atau simpulan bahasa daripada kata yang

diuji.

CONTOH-CONTOH SOALAN DAN PANDUAN JAWAPAN:

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran BahasaSET 1:(a) Binaan ayatTulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.(i) sauk – sauh(ii) timpa – timba(iii) selekeh – selekoh

[6 markah]

SET 2 :(a) Binaan ayat.Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.(i) air hangat(ii) hangat air(iii) orang rumah(iv) rumah orang(v) air mata(vi) mata air

[6 markah]

SET 3: (a) : Binaan ayatTulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.(i) laut(ii) lautan(iii) ulas(iv) ulasan(v) angkat(vi) angkatan

[6 markah]

Page 3: Membina Ayat

Panduan dan contoh jawapan: Set 1(a) Binaan ayat:(i) – Adik menangkap belalang menggunakan sauk. – Kelasi kapal perlulah membongkarkan sauh terlebih dahulu bagi membolehkan kapal belayar.(ii) – Kertas itu saya timpa dengan buku agar tidak diterbangkan angin. – Timba itu buruk dan bocor pula.(iii) – Pakaian peminta sedekah itu selekeh sungguh. – Jalan ke kampung Radzi banyak selekoh.

Panduan dan contoh jawapan: Set 2(a) Binaan ayat(i) Nenek hendak mandi air hangat kerana cuaca pagi ini sejuk.(ii) “Tolong hangat air kopi ini,” kata ayah kepada kakak.(iii) Orang rumah Faiz peramah dan suka membantu jiran.(iv) Semalam ada rumah orang di kampung ini dimasuki pencuri.(v) Air mata Ruziah mengalir apabila dia terkenang akan peristiwa itu.(vi) Mata air yang terdapat di gunung itu dikatakan banyak mempunyai khasiat.

Panduan dan contoh jawapan: Set 3(a) Binaan ayat:(i) Pak Malau ke laut untuk menangkap ikan.(ii) Puan Normala sering mengenangkan suaminya yang kini bekerja di seberang lautan.(iii) Adik makan dua ulas limau.(iv) Kami diarahkan oleh Cikgu Lina agar membuat ulasan novel yang baru kami baca.(v) Beg di depan pintu saya angkat lalu saya letak di atas meja.(vi) Internet kini tidak asing bagi angkatan muda.