membaiki motor

14
MEMBAIKI KEROSAKKAN PADA MOTOR Pelatih-pelatih tahu bagaimana membaiki kerosakan pada motor. Diantara objektifnya ialah bagi mengesan serta mengenal jenis-jenis kerosakan pada motor dan bertindak untuk menbaiki kerosakan pada motor dengan sempurna. Kerosakan Elektrik dapat dikesan jika wujudnya keadaan keadaan seperti berikut:- a. Motor tidak dapat dihidupkan b. Bunyi bising dan gegaran yang kuat c. Motor menjadi panas bila beroperasi dan mungkin berasap. d. Pemutus litar akan terpelantik atau fius terputus sebaik sahaja ia dihidupkan. e. Motor tidak capai kepada kelajuan yang dikadarkan. f. Bagi motor arus terus, terdapat arka-arka diberus berus karbon. Bekalan elektrik hendaklah dimatikan lebih dahulu sebelum kerja-kerja membaiki kerosakan dibuat. Setelah bekalan dimatikan papan tanda hendaklah diletakkan di setiap susi dan kawalan bagi mengelakkan daripada orang lain menghidupkannya kecuali dirinya sendiri.

Upload: nazaaaaaaaaaaaaaaa

Post on 28-Sep-2015

190 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Penerangan berkaitan kerosakan dan cara membaikpulih motor elektrik

TRANSCRIPT

  • MEMBAIKI KEROSAKKAN PADA MOTOR

    Pelatih-pelatih tahu bagaimana membaiki kerosakan pada motor.

    Diantara objektifnya ialah bagi mengesan serta mengenal jenis-jenis

    kerosakan pada motor dan bertindak untuk menbaiki kerosakan pada

    motor dengan sempurna.

    Kerosakan Elektrik dapat dikesan jika wujudnya keadaan keadaan seperti berikut:-

    a. Motor tidak dapat dihidupkan

    b. Bunyi bising dan gegaran yang kuat

    c. Motor menjadi panas bila beroperasi dan mungkin berasap.

    d. Pemutus litar akan terpelantik atau fius terputus sebaik sahaja ia

    dihidupkan.

    e. Motor tidak capai kepada kelajuan yang dikadarkan.

    f. Bagi motor arus terus, terdapat arka-arka diberus berus karbon.

    Bekalan elektrik hendaklah dimatikan lebih dahulu sebelum kerja-kerja

    membaiki kerosakan dibuat.

    Setelah bekalan dimatikan papan tanda hendaklah diletakkan di setiap

    susi dan kawalan bagi mengelakkan daripada orang lain

    menghidupkannya kecuali dirinya sendiri.

  • Terdapat beberapa kerosakkan yang biasa berlaku pada beberapa jenis

    motor seperti di bawah:-

    1. Motor sangkar Tupai

    Motor Tidak Dapat Dihidupkan

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    1

    Pemutus litar terpelantik atau fiud

    terputus disebabkan oleh lebihan

    beban.

    Rujuk kepada carta mekanikal yang

    tertentu untuk mengesan punca lebihan

    beban. Kurangkan beban kepda

    peringkat yang boleh dikawal.

    2 Voltan rendah

    Periksa nilai voltan pada pelit nama.

    Naikkan voltan kepda peringkat yang

    diperlukan dengan beberapa cara.

    3 Litar terbuka atau litar pintas di lilitan

    motor

    Jika ini disahkan dengan beberapa

    ujian, lilitan baru pada motor hendaklah

    dilkukan.

    4 Grease di dalam alas menjadi kejal Sistem pelinciran dibersihkan dan

    grease baru dimasukkan ke dalam alas

    5 Sambungan tidak kemas dipunca

    sambungan

    Periksa dipunca sambungan yang tidak

    kemas

    6 Rotor dan Stator bersentuhan Perbetulkan kelawasan antara rotor dan

    startor mengikut nilai yang tersebut

    7 Kerosakan pada alas Pastikan alas diganti dengan yag baru

    remetaling bagi alas jernal.

  • Motor Berbunyi Bising yang Kuat

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    1 Motor beroperasi di dalam satu fasa

    Matikan motor. Jika beroperasi dalam

    satu fasa, ia tidak dapt dihidupkan

    semula. Periksa jika ada litar terbuka

    2 Aci tidak berputar dengan betul di alas

    (sleeve bearing) Periksa pelurusan (Alignment)

    3

    Gegaran disebabkan oleh rotor tidak

    seimbang atau gegaran yang berpunca

    dari mesin yang dipandu

    Asingkan motor dari mesin yang

    dipandu. Jika ia masih lagi berbunyi

    bising atau bergegaran ketika dijalankan

    bersendiriran, rotor hendaklah

    diseibangkan semula. Periksa bar yang

    longgar/patah.

    4 Kelawasan tidak sama disekeliling antar

    rotor dan startor

    Perhatikan kedudukan rotor terletak

    betul-betul dipusatnya.Jika perlu

    gantikan alas baru untuk mendapatkan

    pemusatan yang betul.

    5 Motor memandu mesin melalui kapeling

    yang tidakkemas

    Periksa pelarasan kapeling dengan

    menggunakan tolok perasa (feeler

    gauge) dengan memutarkan kapeling

    perlahan-lahan. Ktatkan kapeling jika

    perlu.

    6 Kemasukan benda asing Keluarkan benda asing dan pastikan

    sesekat berkeadaan baik

    7 Kerosakan pada alas Pastikan punca kerosakan pada alas dan

    digantikan yang baru.

  • Motor Panas dan Kadangkala Berasap

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    1 Motor beroperasi dengan

    lebihan beban yang berat

    Rujuk kepada bahagian mekanikal yang

    mempunyai penerangan mengenai lebihan

    beban.Kurangkan beban. Jika terdapat lebihan

    beban yang berat.

    2 Motor beroperasi di dalam satu

    fasa

    Perisa semua litar tersebut. Bagi mengetahui

    samada motor beroperasi dalam satu fasa ialah

    motor tidak dapat dihidupkan semula setelah ia

    dimatikan

    3

    Kedudukan motor yang tidak

    sesuai di mana peredaran udara

    tersekat atau ruang udara melalui

    motor tersumbat

    Baiki kawasan sekeliling motor supaya dapat

    peredaran udara yang baik serta bersihkan

    ruang udara di motor.

    4 Motor beroperasi did lam voltan

    dan ulangan yang tidak sesuai

    Perbetulkan voltan dan buat ulangan seperti

    yang tercatat dipelit nama motor.

    5 Alas terlalu ketat

    Catat suhu alas. Periksa geseran ketika rotor

    diputar dengan tangan serta

    diperbetulakannya. Sahkan jenis pelincir pada

    alas.

    6

    Jika motor tersebut memandu

    melalui tali (belt) mungkin tali

    terlalu ketat.

    Perisa ketegangan tali. Longgarkan jika ia

    terlalu ketat.

    7 Grease berlaianan dari yang

    disyorkan oleh pereka motor

    Bersihkan system pelinciran dan grease semula

    dengan bahan yang ditentukan

    8 Geris berlebihan di alas Keluarkan geris lama dan gantikan geris yang

    abru sebanyak hingga isipadu ruang.

  • Motor Panas dan Kadangkala Berasap

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    9 Kelunturan sifat pelincir

    Kelunturan disebabkan oleh suhu alas yang tinggi,

    benda asing dalam geris dan geris tidak ditukar

    pada jadual yang ditetapkan. Gantikan geris baru.

    10 Kapeling yang tidak kemas Pastikan kapeling dijajar dan diikat dengan kemas

    11 Daya tujah dari mesin yang

    dipandu

    Pastikan aci mempunyai kelawasan untuk

    bergerak sepanjang paksinya.

    2. Motor Rotor Berlilitan

    Motor Beroperasi kurang daripada Kelajuan yang ditetapkan

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    1

    Terdapat itar terbuka di litar

    rotor, termasuk kabel ke panel

    kawalan

    Periksa setiap litar. Perbaiki litar setelah

    kerosakan tersebut dapat dikesan.

    Getaran yang Kuat pada motor

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    1 Kapeling yang tidak kemas Penjajaran kapeling dibetulkan dan kapeling

    diikat kemas

    2 Rotor tidak seimbang Periksa punca masalah ini dan rotor dikeluarkan

    untuk diseimbangkan semula

    3 Alas tidak dipasang dengan

    betul

    Periksa nombor alas dan betulkan kedudukan

    alas

    4 Voltan bekalan tidak seimbang

    Kemungkinana disebabkan oleh beban tidak

    seimbangan. Pastikan semua sambungan

    adalah kemas dan voltan bekalan seimbang

    semula.

  • Kenaikan suhu yang tinggi di dalam gelung stator dan badan Motor

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    1 Lebihan beban

    Uji geganti lebihan beban dan laraskannya

    semula jika perlu. Kurangkan beban mekanikal

    mengikut keupayaan motor.

    2 Kenaikan arus disebabakan

    oleh voltan rendah

    Periksa punca bekalan dan naikkan semula

    voltan mengikut kadaran

    3 Voltan bekalan tidak seimbang Pastikan punca sambungan adalah kemas dan

    voltan bekalan diseimbangkan semula

    4 Kendalian dalam satu fasa Periksa litar jika ada litar terbuka

    5 Suhu sekeliling yang tinggi

    Pastikan peredaran udara disekitar motor

    beredar dengan baik dan pastikan sesekat

    tidaktersumbat

    6 Peredaran udara sejuk tersekat

    oleh selaput habuk

    Cuci bersih saluran penyejuk dan pastikan ia

    tidak tersumbat.

  • 3. Motor Segerak

    Motor tidak dapat Dihidupkan

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    1 Litar terbuka disatu fasa Uji tiap-tiap fasa untuk mengesan kerosakan

    serta baikinya

    2

    Motor yang tidak dapat

    mengatasi geseran yang

    terlalau kuat ketika ia mula

    dihidupkan.

    Periksa geseran alas di motor serta pelinciran

    als (bearing lubrication). Periska peluruan

    kapeling antara motor dengan mesin

    3 Voltan rendah

    Periksa voltan yang tercatat dipelit nama

    dengan voltan bekalan. Jika ada perbezaan,

    voltan bekalan hendaklah diubah supaya sama

    dengan voltan di motor.

    Pemutus litar terpelantik sebaik sahaja motor dihidupkan

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    1 Voltan penguja (exciter)

    rendah Tinggikan nilai pengujaannya (excition)

    2 Litar terbuka/litar pintas di

    dlaam litar medan di motor

    Uji untuk mengesan litar terbuka / litar pintas

    dan betulkan. Gunakan penunjuk kutub

    (polarity indicator) utnuk emngesan litar pintas.

    3 Perubahan beban terlalu

    ketara

    Rujuk kepada bahagian mekanikal bagi

    mengawal beban.

  • Motor panas di bahagian-bahagian tertentu

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    1

    Panas di startor yang mungkin

    disebabkan oelh rotor yang

    terkeluar dari titik pusat (Off-

    Centre)

    Periksa kedudukan rotor. Alas ditukar, jika perlu

    bagi memebetulkan rotor kepada titik pusatnya

    2 Litar terbuka di satu fasa Periksa di fasa yang rosak dan perbetulkan

    3 Panas bertumpu kepada satu

    atau lebih gelung motor

    Ini berpunca dari litar pintas. Gelung yang rosak

    boleh dikeluakan dari litar sebagai langkah

    pembetulan sementara (temporaray repair)

    4 Panas bertumpu digelung

    medan

    Tukar atau perbetulkan gelung tersebut oleh

    kerana ia berpunca dari litar pintas di gelung.

    Kepanasan tersebut juga boleh berpunca dari

    arus medan yang mempunyai nilai yang tinggi.

    Kurangkan arus kepada nilai yang tercatat di

    pelit nama.

  • Motor panas di semua bahagian

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    1 Beroperasi didalam lebihan

    beban yang tinggi

    Rujuk kepada bahagian mekanikal untuk

    mengawal beban. Jika beban tidak boleh

    dikurangkan, motor hendaklah ditukar kepada

    yang lebih besar. Nilaikan tahap geseran di atas

    serta keupayaan pelinciran

    2

    Pengujian (exitation) tidak

    mengikut seperti dipelit nama

    atau tidak ada pengujaan

    lansung.

    Laraskan pengujaan mengikut nilai dipelit nama

    3

    Suhu disekitar motor adalah

    tinggi dari nilai suhu yang

    boleh diterima oleh motor

    mengikut rekaan motor

    tersebut.

    Adakan kawasan di mana ia dapat memberi

    suhu yang berpatutan kepada motor

    4

    Ruang udara dimotor

    tersumbat denfgan habuk atau

    lain-lain bahan

    Bersihkan motor di bahagian ruang udara

    tersebut

  • 4. Motor Arus Terus

    Motor tidak dapat di hidupkan

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    1 Litar terbuka di system

    kawalan

    Periksa perintang penghidup, dan perhatikan

    jika ada susi terbuka atau fius terputus.

    2 Voltan di punca rendah Bandingkan voltan bekalan dengan voltan

    dipelit nama dan ubah jika perlu

    3 Lebihan beban di motor

    Bandingkan beban yang dikadarkan dengan

    beban yang sebenar ke atas mesin yang

    dipandu (pam, pemampat dan sebagainya).

    Kurangkan beban. Jika ini tidak boleh dilkukan,

    gantikan dengan motor yang lebih besar.

    4 Terdapat geseran dalam yang

    amat ketara di motor

    Sahkan ini dengan mengasingkan motor dari

    dipandu. Catatkan rintangan kepda putaran

    rotor dan kenaikan suhu. Periksa pelinciran di

    alas atau sesuatu gegas yang terlalu ketat. Baiki

    apa yang perlu. Jika terdapat juga geseran,

    buka motor dan periksa kawalan (clearance)

    dan gegas bagi tiap-tiap bahagian. Jiaka ia

    berpunca dari aci (shaft) yang bengkok,

    perbetulkannya atau tukarkan kepda yang baru.

  • Motor mengeluaran arka-arka yang besar di berus karbon

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    1 Permukaan komutator tidak

    berada di dalam keadaan baik

    Bersihkan dan canaikan komutator dan berus

    karbon. Tentukan kedudukan berus karbon

    dengan betul. JANGAN GUANKAN KAIN EMERY.

    Habuknya berlogam dan akan menyebabakan

    pentasan (short)

    2 Angker (armature) tidak

    seimbang

    Ini akan membentuk gegaran yang kuat.

    Asingkan motor dengan mesin dan pastikan

    gegaran itu berpunca dari motor dan bukan dari

    mesin. Angker hendaklah diseimbangkan

    semula.

    3 Litar pintas di motor

    Uji untuk pintasan (short) di angker. Bersihkan

    dari cebisan bahan logam yang bebas di mana

    mungkin telah terkumpul dicelah-celah.

    4 Berus kabon tidak diletakkan

    dengan betul

    Bersihakn berus serta pemegangnya dan

    letakkannya dengan betul

    5 Cat atau bahan kimia mendap

    di atas komutator

    Bersihkan dengan sempurna. Anggapkan motor

    digantikan dengan motor yang direka untuk

    dikendalikan dengan terhindar dari pencemaran

    udara.

  • Motor hidup tetapi geganti beban lampau terpelantik dengan serta

    merta dan motor berhenti

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    1 Medan electromagnet digelung

    lemah atau tiada

    Bagi motor yang mempunyai kawalan kelajuan

    (adjustable-speed) periksa perintang (rheostst).

    Jika terdapat setting yang tidak betul atau ada

    dilaraskan. Periksa gelung medan utnuk

    mengesan litar terbuka serta sambungan dawai

    longgar atau putus.

    2 Beban melebihi daya kilas

    mula motor

    Gantikan dengan motor yang boleh

    menganggung beban ketika mula dari ketika

    kendalian.

    Motor beroperasi pada kadar kelajuan yang tinggi ketika beban penuh

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    1

    Berus karbon tidak berada

    dikedudukan neutral tetapi di

    belakang neutral

    Perbetulkan berus kepda kedudukan neutral

    2 Voltan lebih tinggi dari yang

    dikadarkan

    Periksa voltan dipunca dan bandingkan dengan

    pelit nama

    3 Medan gelombang motor

    lemah Periksa punca negative yang dibumikan.

  • Motor tidak mencapai kelajuan yang dikadarkan ketika ada beban

    NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN

    1 Motor didalam keadaan lebihan

    beban

    Bandingkanbeban yang dikadarkan dengan

    beban yang sebenar. Kurangkan beban atau

    gantikan dengna motor yang lebih besar

    2 Voltan rendah

    Periksa voltan bekalan dn voltan yang terdapat

    dipelit nama. Jika ia terlalu rendah, periksa

    rintangan di bahagian yang menyebabakan

    susutan voltan tersebut.

    3

    Berus karbon tidak berada di

    neutral yang tepat, terutama

    bagi yang agak lama tidak

    disenggarakan di mana ia akan

    mendahului neutral.

    Perbetulkan berus kepda kedudukan neutral.

  • Ujian-Ujian yang dilakukan selepas Motor Rombak Rawat.

    1. Ujian penebatan ( Bacaan mestilah melebihi 1M.

    2. Ujian Keterusan Gelung

    3. Ujian Kekutuban

    4. Bekaolan seketika untuk memastikan pusingan motor

    5. Bekalan sepenuhnya untuk memastikan:-

    Bunyi normal

    Getaran

    Suhu pada bahagian motor