memahami format kertas bahasa melayu 2 spm

Upload: zahri71zahra

Post on 04-Nov-2015

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

  • 1/1/2014 Laman Bahasa Melayu SPM: MEMAHAMI FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU 2 SPM

    http://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2013/01/memahami-format-kertas-bahasa-melayu-2.html 1/3

    MEMAHAMI FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU 2 SPM

    Mari Berkenalan Kertas Bahasa Melayu 2 SPM(Markah 110)

    Sebagai seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM, tidak kira anda pelajar Ting. 4 apatah lagi sekiranya anda pelajar

    ting. 5, sepatutnya anda faham setiap pecahan soalan kertas 2. Kefahaman pelajar terhadap format soalan kertas ini akan membantu anda

    menjawab soalan tersebut lebih baik dan seterusnya membuat persediaan untuk menghadapi Peperiksaan SPM kelak.

    Sungguh malang, jika pelajar menengah atas tidak faham format soalan kertas bahasa Melayu 2 kerana pepatah Melayu ada

    mengatakan jika tak kenal maka tak cinta. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang

    kemudian.

    Kertas ini mengandungi soalan:-Soalan Bahagian 1 a: Rumusan Teks ( 30 markah) ( Rujuk nota berkaitan cara menjawab soalan rumusan teks)

    Soalan Bahagian 2 A: Pemahaman Teks Umum / Rumusan ( 9 markah) i) Soalan berkaitan maksud rangkai kata (2m) ii) Soalan berkaitan petikan teks ( 3m ) iii) Soalan berdasarkan pendapat ( 4 m) ( Soalan Bahagian 2 B,C, dan D Berdasarkan Kajian Komsas Antologi)Fokus soalan Ting. 4: Antologi Harga RemajaFokus soalan Ting. 5: Antologi Dirgahayu BahasakuSoalan Bahagian 2B : (9 Markah)Soalan berkaitan ( Prosa Moden Cerpen atau Drama) Soalan i) Berdasarkan teks dan jawapan ada dalam teks. ( 3 m)Soalan ii) Berdasarkan pendapat anda. ( 3 m)Soalan iii) Berkaitan kajian komsas persoalan, watak dan perwatakan, latar, nilai dan pengajaran. ( 3 m) ( Fokus soalan 1 berdasarkan dalam teks dan 1 soalan di luar teks)

    Soalan Bahagian 2C: ( 8 Markah)Soalan berkaitan ( Prosa Tradisional )Soalan i) Berdasarkan maksud rangkai kata. (2m)Soalan ii) Berdasarkan teks dan jawapan ada di dalam teks ( 3 m)Soalan iii) Meminta pendapat anda dan jawapan berdasarkan pandangan anda sendiri ( 3 markah)

    Soalan Bahagian 2 D: (9 Markah)Soalan berdasarkan ( Puisi Moden atau tradisional)Soalan i) Berdasarkan teks puisi. ( 2 m)Soalan ii) Berdasarkan pendapat anda ( 3 m)Soalan iii)Berdasarkan kajian komsas persoalan, nilai, masyarakat dan pengajaran. ( 4 m )

    ( Soalan 3 Berdasarkan Tatabahasa)

    Soalan bahagian 3 (a) ( Tatabahasa- Morfologi atau Kajian Kata- 6 Markah)

    Soalan 3 (A) Membina ayat daripada perkataan atau frasa diberikan. Terdapat enam perkataan atau frasa disenaraikan dan anda perlu membina ayat yang gramatis untuk menunjukkan anda faham maksudnya. Anda tidak boleh menggunakan kata nama khas, peribahasa dan tidak boleh menambah imbuhan pada perkataan diberikan. Soalan ini mudah untuk pelajar mendapat 6 markah.

    ** Peringatan soalan SPM 2012, arahan soalan bahagian 3a

    membenarkan pelajar menambah imbuhan semasa membina

    ayat tetapi tidak boleh menggunakan perkataan tersebut

    sebagai kata nama khas. Oleh sebab itu, pelajar perlu

  • 1/1/2014 Laman Bahasa Melayu SPM: MEMAHAMI FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU 2 SPM

    http://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2013/01/memahami-format-kertas-bahasa-melayu-2.html 2/3

    berhati-hati semasa membaca arahan soalan.

    Soalan Bahagian 3B ( Sintaksis) ( 6 Markah )Pelajar dikehendaki menguasai aspek sintaksis (kajian ayat) contoh :- i) ayat tunggal dan ayat majmuk. ii) Jenis ayat ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. iii) Ragam ayat ayat aktif dan ayat pasif. iv)Menukar ayat cakap ajuk ke cakap pindah dan sebaliknya. v) Menganalis ayat pola ayat. ( FN-FN,FN-FK, FN-F Adj, FN-FS) vi) Mencerakinkan ayat kepada subjek dan prediket. ( Binaan ayat gramatis)

    ** Soalan ini memerlukan pelajar menguasai setiap pecahan

    soalan seperti di atas.

    Soalan Bahagian 3C : Mengesan dan membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan. ( 6 Markah ) Soalan bahagian ini memerlukan pelajar mengesan dan membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan.

    Pelajar diminta mengesan dan membetulkan 3 kesalahan ejaan dan 3 kesalahan imbuhan.

    Anda boleh menjawab dengan menulis kedua-dua kesalahan berkenaan dengan menulis jawapan salah dan pembetulannnya:

    contoh: Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.

    Pada tahun 2008 pelajar diberikan satu petikan mengandungi keenam-enam kesalahan ejaan dan imbuhan.

    kesalahan pembetulan

    Eko-pelancongan Ekopelancongan ( ejaan)

    mengayakan Kekayaan ( imbuhan)

    Soalan Bahagian (D) mencari tiga soalan kesalahan penggunaan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. ( 6 markah) Soalan bahagian ini meminta anda mencari tiga soalan kesalahan penggunaan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa.

    Anda akan diberi tiga ayat yang mengandungi satu kesalahan istilah dan satu kesalahan tatabahasa.

    Calon boleh menjawab seperti soalan di bawah:-

    Stesen- minyak-minyak di bandar utama kita mengamalkan konsep layan sendiri.

    kesalahan pembetulan

    Stesen minyak-minyak Stesen minyak ( tatabahasa)

    Layan sendiri Layan diri ( istilah)

    Soalan Bahagian 3 (E ) PERIBAHASA ( 6 Markah )

    Soalan ini menguji kemahiran peribahasa ( terdiri daripada perumpamaan, bidalan, pepatah, simpulan bahasa, perbilangan, lidah

    pendita, kata-kata hikmat) anda. Soalan mungkin meminta anda mengisi tempat kosong dengan mengaitkan peribahasa yang sesuai dengan petikan.

    Calon mungkin juga diminta mengisi tempat kosong dengan atau dialog dengan peribahasa yang sesuai.

    Calon juga mungkin diminta membina ayat menggunakan peribahasa yang diberikan.

    Markah akan diberi sekiranya peribahasa yang ditulis tepat dengan maksud petikan atau pernyataan yang diberikan.

    (SOALAN MERUJUK KOMSAS NOVEL)

    Novel Ting. 4 ( Azfa Hanani) Novel Ting. 5 ( Kembara Amira)

    Soalan Bahagian 4 (Novel) ( 15 Markah )

    Soalan bahagian ini membawa 15 markah dan terbahagi kepada soalan bahagian 4 (a) dan 4(b).

    Soalan 4 (a) membawa 7 markah Soalan 4 (b) membawa 8 markah.

  • 1/1/2014 Laman Bahasa Melayu SPM: MEMAHAMI FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU 2 SPM

    http://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2013/01/memahami-format-kertas-bahasa-melayu-2.html 3/3

    Dicatat oleh MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN di 1:48 PG

    Markah Isi Bahasa

    Soalan 4 (a) 4 3

    Soalan 4 (b) 6 2

    SEMOGA ANDA MENGUASAI FORMAT SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2