buku format pentaksiran prinsip perakaunan spm 2011

Upload: amirul-asyraf

Post on 29-May-2018

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    1/40

    1

    LEMBAGA PEPERIKSAAN

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    PRINSIP PERAKAUNAN

    3756

    MULAI SPM 2011

    FORMAT PENTAKSIRAN

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    2/40

    2

    Prakata

    Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan kurikulum bagi mata pelajaran Prinsip

    Perakaunan yang telah disemak semula pada 18 November 2008. Pelaksanaan pengajarandan pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut di Tingkatan 4 bermula pada tahun 2010.

    Mata pelajaran tersebut ditawarkan sebagai mata pelajaran pada peringkat Sijil PelajaranMalaysia, (SPM). Format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkanhasrat dan kandungan kurikulum berkenaan, seperti yang ternyata dalam dokumen rasmisukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Format pentaksiran ini telah diluluskanoleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 23 November 2009 dan akan digunakan mulaitahun 2010 (Tingkatan 4) dan SPM 2011.

    Format pentaksiran ini direkabentuk dengan mementingkan prinsip asas pentaksiran,terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti.

    Aspek keserasian dengan kurikulum turut diberi keutamaan. Ini bermakna pentaksiranmemberi fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran, yang merangkumi bidangpengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam perakaunan.

    Dokumen ini dikeluarkan dengan hasrat utama mendekatkan pentaksiran denganmasyarakat, terutama para guru, ibu bapa dan para pelajar sendiri. Adalah diharapkanmaklumat yang terkandung di dalam dokumen ini dapat memberi gambaran jelas tentangapa yang ditaksir dan bagaimana pentaksiran itu dilaksanakan. Usaha ini dianggap pentingbagi memberikan keadilan kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan serta menjaminintegriti sistem pentaksiran negara.

    DATO DR. SALBIAH BINTI ISMAILPengarahLembaga PeperiksaanKementerian Pelajaran MalaysiaPutrajaya

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    3/40

    3

    FORMAT PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARANPRINSIP PERAKAUNAN MULAI SPM 2011

    1.0 PENGENALAN

    Penyemakan semula sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan SekolahMenengah telah dilakukan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KementerianPelajaran Malaysia dan telah diluluskan oleh Jawatan Kuasa Kurikulum Pusat padatahun 2008.

    Mata pelajaran Prinsip Perakaunan ditawarkan sebagai mata pelajaran elektif kepadacalon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon SPM yang lulus denganbaik akan mendapat pengiktirafan antarabangsa iaituLevel 2 SijilLondon Chambersof Commerce and Industry (LCCI) olehEducational Development International (EDI)dan pengecualian menduduki Certified Accounting Technician One (CAT 1) olehThe Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA) England.

    Format pentaksiran ini memenuhi matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran MataPelajaran Prinsip Perakaunan serta LCCI dan The Association of Chartered CertifiedAccountants (ACCA) untuk melahirkan modal insan profesional perakaunan peringkatsekolah bertaraf antarabangsa, berilmu dan dapat memanfaatkan ilmu pengetahuandan kemahiran untuk diri sendiri, masyarakat, agama dan negara serta menyumbangkepada pembangunan negara maju 2020.

    Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk instrumen pentaksiranberdasarkan Sukatan Pelajaran yang disemak semula. Pembinaan instrumen pentaksiranadalah berdasarkan jadual spesifikasi ujian yang piawai untuk menjamin mutukesetaraan serta kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian.

    2.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

    Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses perekaan bentuk formatpentaksiran ialah:

    2.1 Kesahan

    Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan bentukinstrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir)

    dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran Prinsip Perakaunan 2009. Item-itemyang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyaikesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandunganinstrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yangdiperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan olehkurikulum.

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    4/40

    4

    2.2 Kebolehpercayaan

    Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan.Satu spesifikasi ujian direkabentuk bagi instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaiandalam pembinaan instrumen. Ini adalah untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan

    ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun.

    2.3 Kebolehlaksanaan

    Format pentaksiran ini telah mengambilkira aspek yang memastikan pentadbiranpentaksiran boleh dilaksanakan.

    2.4 Penjaminan Kualiti

    Format pentaksiran ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanansebagai mekanisme dalam memastikan bukan sahaja semua yang diharapkan dalamkurikulum mata pelajaran Prinsip Perakaunan dapat direalisasikan tetapi juga menepati

    tahap kualiti yang dihasratkan.

    2.5 Keserasian Dengan Kehendak Kurikulum

    Format pentaksiran dan jenis item yang dicadangkan mengambil kira pengetahuan,kemahiran dan nilai yang ingin diperkembangkan dalam pengajaran dan pembelajaranmata pelajaran Prinsip Perakaunan.

    3.0 KELULUSAN

    Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan formatpentaksiran bagi Prinsip Perakaunan SPM mulai 2011. Format tersebut telah diluluskandalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat, Kementerian Pelajaran Malaysiapada 23 November 2009.

    4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN

    Prinsip Perakaunan merupakan satu pengajian asas perakaunan yang bertujuan untukmelahirkan individu yang mempunyai kemahiran perakaunan, berakauntabiliti,berfikiran kritikal dan reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahirandalam teknologi maklumat, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyaikemahiran komunikasi yang baik melalui pendekatan pembelajaran bermakna dankesepaduan teori dan amalan perakaunan seperti yang dinyatakan dalam objektifpembelajaran. Matlamat ini diperincikan satu demi satu dalam definisi yang ditunjukkandi bawah:

    4.1 Perakaunan sebagai satu pengajian asas

    Pengajian asas merangkumi kebolehan menyepadukan ilmu kitaran perakaunan dengannilai murni, adab dan etika kerja perakaunan untuk memahami dan menilai prestasiperniagaan.

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    5/40

    5

    4.2 Akauntabiliti

    Bertanggungjawab kepada Pencipta, diri, masyarakat dan negara ke atas keputusandan tindakan yang diambil.

    4.3 Pemikiran kritikal dan reflektif

    Berkeupayaan berfikir secara kritis serta reflektif (mengimbas kembali) dalam pelbagaisituasi perniagaan dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh dan melakukanmuhasabah diri.

    4.4 Budaya kerja yang beretika

    Mengamalkan budaya kerja yang beretika berasaskan sifat teliti, teratur, tekun, menepatimasa dan mematuhi peraturan serta boleh membezakan antara amalan kreatif denganamalan penipuan (fraudulent practices).

    4.5 Berpengetahuan dalam teknologi maklumat

    Berupaya dan mahir menggunakan TM (internet, perisian asas dan perisian perakaunan).

    4.6 Pembelajaran sepanjang hayat

    Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat melalui pembelajaran akses kendiri,terarah kendiri dan penilaian kendiri.

    4.7 Kemahiran berkomunikasi

    Berkemahiran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan dengan berkesan yakni berupayamenyampaikan idea dengan jelas dan yakin. Berkemahiran untuk menjadi pendengaryang baik dan berkomunikasi secara interpersonal dengan beradab, sama ada dalammenjalankan tugas yang berkaitan perakaunan atau yang lain.

    4.8 Pendekatan pembelajaran bermakna

    Mewujudkan pembelajaran bermakna dengan menghubungkaitkan teori dan amalanperakaunan dalam pendekatan kontekstual dan autentik (berkebolehan berfikir,menaakul dan merealisasikan dalam persekitaran perniagaan sebenar).

    (Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan 2009 - Bahagian Pembangunan

    Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia)

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    6/40

    6

    5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM) PRINSIP PERAKAUNAN

    Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya tersendiri bagi membolehkanmurid-murid :

    5.1 Menghuraikan konsep dan kitaran perakaunan yang diamalkan dalam organisasiperniagaan dan bukan perniagaan.

    5.2 Menyediakan satu set akaun yang lengkap untuk perniagaan milikan tunggal secaramanual dan komputer, akaun penamat untuk perkongsian, kelab dan persatuanserta menghitung nilai pendapatan, aset dan liabiliti dalam keadaan rekod taklengkap.

    5.3 Mengaplikasikan prinsip pengurusan tunai dalam menyediakan belanjawan tunai,penyata penyesuaian bank dan buku tunai (jurnal penerimaan dan pembayarantunai) termasuk tunai runcit sistem panjar (imprest system).

    5.4 Membuat perbandingan antara jenis perniagaan dari aspek perakaunan bagipemilikan perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat dan organisasi bukanperniagaan.

    5.5 Mengaplikasikan analisis kos-volum untung untuk membuat keputusan.

    5.6 Menilai prestasi kewangan sesebuah perniagaan dengan menggunakan analisisnisbah asas.

    5.7 Mempamerkan kemahiran berkomunikasi, kerja berkumpulan, pengurusan dankepimpinan serta etika profesional dalam melaksanakan aktiviti perakaunan.

    5.8 Mampu menggunakan teknologi maklumat dalam bidang perakaunan.

    ( Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan 2009 - BahagianPembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia)

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    7/40

    7

    6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN PRINSIPPERAKAUNAN

    Berdasarkan objektif mata pelajaran, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) PrinsipPerakaunan yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan pelajar dalam

    mempamerkan:

    6.1 Pengetahuan dan Kefahaman berkaitan Perakaunan

    Konstruk ini mengukur pengetahuan dan kefahaman tentang fakta-fakta khusus,pengelasan dan tafsiran. Perlakuan yang berkaitan termasuklah menyatakan,mengenal pasti, menjelaskan, menerangkan, menyenaraikan, mengelaskan,membanding dan membezakan.

    Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur:

    Kebolehan mengingat semula fakta khusus dan membuat pengelasan mentafsirfakta dan maklumat dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan.

    6.2 Kemahiran Mengaplikasi

    Konstruk ini mengukur kebolehan mengamal, mengguna, mempraktikpengetahuan dan kefahaman mengikut piawaian perakaunan. Perlakuan yangberkaitan termasuklah menghitung, menyediakan, merekod, dan menunjukkanmaklumat perakaunan.

    Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur:

    Keupayaan menggunakan pengetahuan dan kefahaman konsep dan maklumatperakaunan dalam konteks organisasi perniagaan dan bukan perniagaan.

    Keupayaan menggunakan pengetahuan dan kefahaman konsep dan maklumatperakaunan untuk menunjukkan, menghitung, merekod dan menyediakan penyatakewangan dalam konteks organisasi perniagaan dan bukan perniagaan.

    6.3 Kemahiran Menganalisis

    Konstruk ini mengukur kemahiran menganalisis unsur dan perkaitan tentang datadan maklumat secara perbandingan dalam organisasi perniagaan dan bukan

    perniagaan. Perlakuan yang berkaitan termasuklah menganalisis, membandingdan menghubungkait.

    Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur:

    Keupayaan menggunakan pengetahuan, kefahaman konsep dan data untukmencerakinkan maklumat perakaunan dalam konteks organisasi perniagaan danbukan perniagaan.

    6.4 Kemahiran Membuat Keputusan

    Konstruk ini menilai dan mentafsir maklumat perakaunan untuk membuat

    keputusan.

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    8/40

    8

    Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur keupayaanmenggunakan maklumat perakaunan untuk membuat keputusan dalam organisasiperniagaan.

    6.5 Kemahiran Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

    Keupayaan menggunakan perisian asas komputer/ TMK untuk merekod datadan maklumat perakaunan bagi penyediaan akaun penamat.Berkeupayaan mengemukakan idea, saranan dan pendapat dalam kumpulan,interaksi harian dan membuat pembentangan.

    6.6 Nilai-nilai Murni dalam Perakaunan

    Kesediaan untuk mengikut peraturan dalam aktiviti merekod dan menyimpan datadan maklumat. Mengamalkan akauntabiliti dan integriti dalam hal-hal berhubungdengan etika perakaunan.

    7.0 FORMAT PENTAKSIRAN

    Pentaksiran Prinsip Perakaunan SPM 2011 menggunakan tiga instrumen:

    7.1 Kertas 1 (3756/1)Kertas 1 ujian objektif

    7.2 Kertas 2 (3756/2)Kertas 2 ujian subjektif

    7.3 Kertas 3 (3756/3)Kertas 3 projek

    8.0 PERINCIAN FORMAT

    Perincian format pentaksiran adalah seperti Lampiran 1

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    9/40

    9

    9.0 HUBUNGAN ANTARA OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) DENGANINSTRUMEN PENTAKSIRAN

    10.0 ITEM CONTOH

    Item contoh bagi 3756/1, 3756/2 dan3756/3 di Lampiran 2.

    Penerangan akhir di setiap item adalah merujuk kepada perkara-perkara berikut :

    (i) Konstruk- Perkara yang ditaksir

    (ii) Konteks- Kandungan/topik di dalam sukatan pelajaran

    (iii) Aras

    - Aras kesukaran item iaitu:R (aras rendah)

    S (aras sederhana)T(aras tinggi)

    Penerangan tersebut adalah bagi tujuan makluman dan tidak akan diterakan dalamkertas soalan sebenar.

    3756/1

    OP 1

    OP 2

    OP 3

    OP 4

    OP 5

    OP 6

    KERTAS

    3756/2 3756/3OBJEKTIF

    PENTAKSIRAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 01 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 01 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 01 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 01 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 01 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 01 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 01 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 01 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 01 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    10/40

    10

    LAMPIRAN 1 FORMAT PENTAKSIRAN

    PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN

    PRINSIP PERAKAUNAN (3756)

    MULAI SPM 2011

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    11/40

    11

    FORMAT PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARANPRINSIP PERAKAUNAN 3756 (MULAI SPM 2011)

    Bil.

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    10

    Perkara

    Jenis Instrumen

    Jenis Item

    Bilangan Soalan

    Tugasan

    Jumlah Markah

    Pemberatan

    Tempoh Ujian

    Wajaran

    Konstruk

    Cakupan Konteks

    Aras Kesukaran

    Rendah - R

    Sederhana - S

    Tinggi - T

    Alatan Tambahan

    Kertas 1 (3756/1)

    Ujian Objektif

    Aneka Pilihan Dan

    Gabungan

    40 soalan

    (Jawab semua)

    40

    20%

    1 jam 15 minit

    Pengetahuan dan

    kefahaman - 70%

    Kemahiran Aplikasi-

    30%

    Semua bidang

    pembelajaran dari

    Tingkatan 4 dan 5

    R:S:T=6:3:1

    Kalkulator

    Kertas 2 (3756/2)

    Ujian Subjektif

    Respons Terhad dan

    Struktur

    Bahagian A

    3 soalan (Wajib)

    (60 markah)

    Bahagian B

    3 Soalan (Pilih 2)

    (40 markah)

    100

    60%

    2 jam 30 minit

    Pengetahuan dan

    kefahaman - 10%

    Kemahiran - 90%

    - Aplikasi

    - Analisis

    - Membuat keputusan

    Semua bidang

    pembelajaran dari

    Tingkatan 4 dan 5

    R:S:T=4:3:3

    Kalkulator

    Buku Tunai

    Jurnal

    Lejar

    Kertas Graf

    Kertas 3 (3756/3)

    Projek

    Menyelesaikan

    tugasan

    menggunakan

    kemudahan ICT

    Dua tugasan:

    Tingkatan 4

    satu tugasan

    Tingkatan 5

    satu tugasan

    Gred elemen

    20%

    Ogos - Sept (Ting. 4)

    April - Mei (Ting. 5)

    Pengetahuan dan

    kefahaman- 10%

    Kemahiran - 80%

    - Aplikasi

    - Analisis

    - Membuatkeputusan

    - Kemahiran TMK

    Nilai - 10%

    Tingkatan 4

    Penyediaan satu set

    akaun yang lengkap

    berdasarkan catatan

    urus niaga dan

    dokumen sumber

    Tingkatan 5

    Penyediaan satu set

    akaun yang lengkap

    Keseluruhan

    R:S:T = 5:3:2

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    12/40

    12

    LAMPIRAN 2 ITEM CONTOH

    PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN

    PRINSIP PERAKAUNAN

    KERTAS 1 (3756/1)

    MULAI SPM 2011

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    13/40

    13

    Penggajian

    1 Apakah maksud penggajian?

    A Salah satu daripada urus niaga perakaunan yang menguruskan kaedah pembayarankepada pekerja di atas perkhidmatan yang diberikan.

    B Jumlah pendapatan yang dibayar untuk satu tempoh masa sebelum potongandibuat.

    C Satu sistem yang diamalkan oleh sesebuah organisasi untuk pembayaran gaji.

    D Jumlah wang yang dibayar bagi perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja.

    Jawapan : A

    [Konstruk: Pengetahuan dan Kefahaman/Konteks: 9.1 Dokumen penggajian/

    Aras: R]

    2 Apakah butiran yang diambil kira dalam pengiraan gaji kasar?I Elaun

    II Gaji Pokok

    III Pinjaman Perumahan

    IV Yuran Koperasi

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    Jawapan : A

    [Konstruk: Pengetahuan dan Kefahaman/Konteks: 9.2 Pengiraan Gaji/Aras: R]

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    14/40

    14

    3 Maklumat berikut adalah berkaitan dengan penggajian Ahmad, seorang kerani bagibulan Januari 2009:

    RM

    Gaji Pokok 1 200

    Pinjaman Kenderaan 218

    KWSP 48Elaun 200

    Berapakah gaji bersih yang diperoleh Ahmad bagi bulan Januari 2009?

    A RM1666

    B RM1570

    C RM1230

    D RM1134

    Jawapan : D[Konstruk: Kemahiran Aplikasi/Konteks: 9.2 Pengiraan Gaji/Aras: S]

    Maklumat Pengurusan

    4 Pilih pasangan yang betul berkaitan dengan Perakaunan Kewangan danPerakaunan Pengurusan sesebuah organisasi.

    Jawapan : A

    [Konstruk: Pengetahuan dan Kefahaman/Konteks:Maklumat Pengurusan/Aras:

    S]

    Perakaunan Kewangan

    Proses meringkaskan data kewangan

    dan menyediakan penyata kewanganuntuk kegunaan pengguna luar.

    Proses menyediakan laporanmingguan atau bulanan seperti hasil

    jualan, bahan mentah, analisis variansdan lain-lain.

    Proses menyediakan laporankewangan untuk membuat keputusan

    jangka pendek.

    Proses menyediakan maklumatperakaunan untuk pengguna dalaman.

    Perakaunan Kewangan

    Proses menyediakan dan

    membekalkan maklumat kewangandan statistik yang diperlukan olehpengurus.

    Proses menyediakan laporankewangan seperti Penyata Pendapatandan Kunci Kira-kira.

    Proses menyediakan maklumatpengurusan untuk membuat

    keputusan jangka panjang.

    Proses membekalkan maklumatperakaunan kepada pengguna luaran.

    A

    B

    C

    D

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    15/40

    15

    LAMPIRAN 3 ITEM CONTOH

    PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN

    PRINSIP PERAKAUNAN

    KERTAS 2 (3756/2)

    MULAI SPM 2011

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    16/40

    16

    Bahagian A (60 markah) (Wajib)

    Arahan : Bahagian ini mengandungi 3 soalan.Jawab semua soalan. Jawapan hendaklah ditulis pada helaian tambahan.

    Contoh Soalan 1

    1 (a) Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Aishah pada 31 Disember 2008:

    Modal pada 1 Januari 2008 RM 20 000Ambilan RM 5 000Modal Tambahan RM 3 000Modal pada 31 Disember 2008 RM 32000

    Kira :

    (i) Untung bersih [2 markah]

    (Konstruk: Kemahiran / Konteks : 13.3 Penentuan Pendapatan / Aras:R)

    (ii) Peratus untung bersih atas modal [2 markah]

    (Konstruk: Kemahiran / Konteks: 15.2 Analisis Penyata Kewangan danAnalisis Nisbah / Aras: R)

    (b) Pada 10 Januari 2009, Ali membeli sebuah televisyen secara kredit daripadaPerniagaan Jaya dengan harga RM8 000. Diskaun niaga adalah 10% dan syarat

    bayaran adalah seperti berikut:

    10% 5 hari ; 5% 10 hari

    (i) Sekiranya Ali menjelaskan hutang pada 18 Januari 2009, kira jumlah bayaranyang perlu dijelaskan olehnya. (Tunjukkan pengiraan) [2 markah]

    (Konstruk : Kemahiran / Konteks: 3.1 Fungsi dan jenis Dokumen DalamPerniagaan / Aras: R)

    (ii) Apakah tujuan Perniagaan Jaya memberi diskaun niaga dan diskaun tunai?[2 markah]

    (iii) Namakan 2 jenis dokumen yang terlibat dalam urus niaga di (b).

    [2 markah]

    (Konstruk : Pengetahuan dan Kefahaman / Konteks: 3.1 Fungsi dan jenisDokumen Dalam Perniagaan / Aras: R)

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    17/40

    17

    1 (a) Lengkapkan jadual berikut :

    [3 markah]

    (Konstruk: Kemahiran / Konteks: 2.8 Persamaan Perakaunan /Aras: R)

    (b) Maklumat berikut diambil daripada Perniagaan Ahmad pada 31 Disember 2008:

    Anda dikehendaki mengira;

    (i) Kos barang untuk dijual(ii) Kos jualan

    (iii) Untung atau rugi kasar [3 markah]

    (Konstruk : Kemahiran / Konteks: 7.3 Penyata Pendapatan / Aras: S)

    (c) Rekodkan perkara berikut ke dalam Jurnal Am. (keterangan tidak diperlukan)

    Jan. 4 Hutang lapuk dihapuskan daripada penghutang RM 500. [2 markah]

    Jan. 8 Mengambil barang niaga RM 400 untuk kegunaan keluarga. [2 markah]

    JualanBelianPulangan jualanStok awal

    RM400002000050001000

    Pulangan belianAngkutan masukAngkutan keluarStok akhir

    RM1000

    500200

    2000

    (i)(ii)

    (iii)

    Aset

    RM

    20000

    10000

    Liabiliti

    RM

    10000

    8000

    Ekuiti Pemilik

    RM

    500020000

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    18/40

    18

    Contoh Soalan 2 dan 32 Berikut adalah ringkasan penerimaan dan pembayaran Kelab Sukan Akil bagi

    tahun berakhir 30 Jun 20X9:RM

    Penerimaan

    Jualan restoran 200 600Yuran tahunan 115 400

    PembayaranGaji pekerja restoran 40 890Pemiutang restoran 110 560Alatan sukan 30 025Honorarium 5 500Sewa 10 080Elektrik dan air 30 080Insurans 5 160Caj bank 520Gaji pengurus kelab 15 360Angkutan masuk 800

    Maklumat tambahan:(i) Baki-baki aset dan liabiliti adalah seperti berikut:

    1 Julai 20X8 30 Jun 20X9RM RM

    Stok restoran 11 090 6 050Sewa terakru - 840Tunai di tangan 470 470

    Tunai di bank 30 890Alatan sukan 119 400 144 700Pemiutang restoran 6 010 8 050Yuran tertunggak 4 850 5 010Yuran terdahulu 3 005 3 010Insurans terdahulu - 160

    (ii) 40% daripada elektrik dan air adalah untuk restoran.

    Anda dikehendaki menyediakan:

    (a) Penyata mengira Dana Terkumpul pada 1 Julai 20X8. [3 markah][Konstruk: Kemahiran / Konteks: 12.6 Kunci Kira-Kira / Aras: T]

    (b) Akaun Kawalan Pemiutang Restoran. [2 markah][Konstruk: Kemahiran / Konteks: 5.2 Akaun Kawalan Penghutang danAkaun Kawalan Pemiutang / Aras: T]

    (c) Akaun Perdagangan Restoran bagi tahun berakhir 30 Jun 20X9. [7 markah][Konstruk: Kemahiran/Konteks: 12.5 Penyata Pendapatan danPerbelanjaan / Aras: T]

    (d) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 30 Jun 20X9.[13 markah]

    [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 12.6 Kunci Kira-Kira / Aras: T]

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    19/40

    19

    3 Abu dan Bakar adalah pekongsi dalam Perkongsian ABBA. Perjanjian perkongsianadalah seperti berikut :(i) Faedah atas pinjaman pekongsi 5% setahun.(ii) Faedah atas modal 10% setahun.(iii) Gaji tahunan Abu dan Bakar RM5 000 dan RM8000 masing-masing.

    (iv) Untung atau rugi dibahagi dengan nisbah 3:2.

    Maklumat perakaunan berikut diperoleh untuk tempoh perakaunan berakhir31Disember 2008 :

    RMPada 1 Januari 2008:Modal: Abu 50 000

    Bakar 40 000Akaun Semasa: Abu 2 800

    Bakar 2 200Pada 31 Disember 2008:Pinjaman Abu 10 000

    Premis (kos) 96 400Alatan pejabat (kos) 14 600Stok 4 550Perabot (kos) 17 450Ambilan: Abu 6 750

    Bakar 6 250Penghutang 12 000Pemiutang 6 440Bank (overdraf) 6 560Untung bersih bagi tahun berakhir 31 Disember 2008 40 000

    Maklumat tambahan:(i) Untung bersih perkongsian hendaklah diselaraskan dengan perkara berikut :(a) Faedah atas pinjaman.(b) Susut nilai alatan pejabat 10 % setahun atas kos.

    Anda dikehendaki menyediakan:

    (a) Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2008.[9 markah]

    [Konstruk: Kemahiran / Konteks:10.3 Akaun Penamat / Aras: T]

    (b) Akaun semasa setiap pekongsi dalam bentuk beruangan. [8 markah][Konstruk: Kemahiran / Konteks:10.2 Ekuiti Pemilik Dalam Perkongsian /Aras: T]

    (c) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2008. [8 markah][Konstruk: Kemahiran / Konteks: 10.4 Kunci Kira-Kira /Aras: T]

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    20/40

    20

    Bahagian B (40 markah)

    Arahan: Jawab mana- manadua soalan sahaja.

    4 Pada 31 Mac 2010, akaun bank perniagaan Fotostat Suliza menunjukkan baki

    RM15 000. Anggaran penerimaan dan pembayaran bagi tiga bulan berakhir 30 Jun2010 adalah seperti berikut:(i) Pada bulan April, beliau bercadang untuk membeli 2 buah mesin fotostat bernilai

    RM6 750 seunit. Bayaran pendahuluan sebanyak RM7 500 dan bakinya dibayarsecara ansuran dalam tempoh 1 tahun bermula dari bulan Mei.

    (ii) Sewa bulanan premis RM800 sebulan.(iii) Dua orang pekerja diambil pada bulan April dengan gaji bulanan RM360 seorang.

    Pada bulan Jun, seorang lagi pekerja diambil dengan gaji RM300 sebulan.(iv) Hasil kutipan daripada perkhidmatan fotostat adalah seperti berikut:

    (v) Kadar bayaran dianggarkan sebanyak RM570 sebulan.(vi) Anggaran belian kertas fotostat dan toner adalah seperti berikut:

    Jumlah penerimaan dan pembayaran sebenar untuk tempoh tiga bulan berakhir30 Jun 2010 adalah seperti berikut:

    RMPenerimaanHasil perkhidmatan fotostat 12 000

    PembayaranMesin fotostat 10 000Belian kertas fotostat dan toner 8 200Sewa premis 2 550Gaji 2 160Kadar bayaran 1 545

    Anda dikehendaki menyediakan:(a) Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2010. [14 markah](b) Penyata Varian untuk membandingkan belanjawan dengan prestasi sebenar.

    [6 markah][Konstruk: Kemahiran / Konteks: 8.3 Belanjawan Tunai Dan Varian / Aras:S]

    April

    MeiJun

    RM2 800

    3 3604 032

    AprilMeiJun

    RM310019802700

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    21/40

    21

    5 Berikut adalah maklumat daripada Perniagaan Maria sepanjang bulan Ogos 2009 :RM

    Pada 1 Ogos 2009:Baki debit lejar jualan 9 022Baki kredit lejar jualan 165

    Baki debit lejar belian 97Baki kredit lejar belian 5 476Peruntukan hutang ragu 230

    Pada 31 Ogos 2009:Bayaran kepada pemiutang 37 417Jualan kredit 54 128Diskaun diterima 1 210Belian kredit 41 195Pulangan masuk 2 205Jualan tunai 15 000Hutang lapuk dihapuskan 192

    Diskaun diberi 1 744Belian tunai 5 600Cek tak layan 376Hutang lapuk terpulih 300Penerimaan daripada penghutang 49 178Yuran peguam dikenakan atas penghutang 90Pindahan baki dari lejar jualan ke lejar belian 345Pulangan keluar 1 068Baki debit lejar belian 133Baki kredit lejar jualan 214

    Anda dikehendaki:(a) menyediakan Akaun Kawalan Lejar Belian [8 markah](b) menyediakan Akaun Kawalan Lejar Jualan [10 markah]

    (Konstruk: Kemahiran / Konteks : 5.2 Akaun Kawalan Penghutang &Akaun Kawalan Pemiutang / Aras: S)

    (c) mengira jumlah jualan dan jumlah belian. [2 markah](Konstruk: Kemahiran / Konteks : 13.3 Penentuan Pendapatan / Aras : S)

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    22/40

    22

    6 Puan Bibi, pemilik Kedai Runcit Bibi tidak menyimpan rekod-rekod perakaunanperniagaannya menggunakan sistem catatan bergu. Berikut adalah ringkasan BukuTunai perniagaannya pada 31 Disember 20X8 :

    Aset dan liabiliti Perniagaan Bibi adalah seperti berikut:

    Anda dikehendaki:

    (a) menyediakanPenyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8.[10 markah]

    [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 13.3 Penentuan Pendapatan / Aras: S]

    (b) menyediakanKunci Kira-kira pada 31 Disember 20X8. [6 markah][Konstruk: Kemahiran / Konteks: 13.4 Penentuan Aset dan Liabiliti danKunci Kira-Kira / Aras: S]

    (c) menghitung:

    (i) kadar pusing ganti stok(ii) margin untung bersih

    [4 markah][Konstruk: Kemahiran / Konteks : 15.2 Analisis Penyata Kewangan danAnalisis Nisbah / Aras: S]

    1 Januari 20X8 31 Disember 20X8RM RM

    Alatan kedai 8 000 7 600Stok 600 800Tunai 20 870Bank 1 000 4 210Sewa terakru - 50Insurans terdahulu 70 -Gaji terakru 50 -Penghutang 780 1 200

    BUKU TUNAITunai Bank Tunai Bank

    RM RM RM RMBaki b/b 20 1 000 Belian 1 300Jualan 100 Ambilan 50Penghutang 4 980 Gaji 200Komisen 800 Insurans 120

    Sewa 150

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    23/40

    23

    LAMPIRAN 4 ITEM CONTOH

    PENTAKSIRAN MATA PELAJARANPRINSIP PERAKAUNAN

    KERTAS 3 (3756/3)

    MULAI SPM 2011

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    24/40

    24

    MAKLUMAT TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4

    Arahan Tugasan

    Calon dikehendaki:

    1. Menyediakan satu set akaun yang lengkap berdasarkan catatan urus niaga dandokumen sumberbagi perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaanmenjual barangan keperluan harian seperti:(a) barangan runcit(b) kek (c) buah-buahan

    2. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam penyediaan tugasan.i Jenis Perniagaan : Milikan tunggal

    ii Status perniagaan : Memulakan perniagaaniii Tempoh urus niaga : 1 bulan tahun semasa

    3. Urus niaga yang terlibat mestilah disokong dengan dokumen yang lengkap berdasarkanperkara berikut:

    Bilanganurusniaga

    40

    2

    6

    4

    9

    7

    2

    2

    Butiran

    Bilangan urus niaga

    Garis panduan urus niaga

    i Catatan permulaan

    ii Komponen kos jualan

    iii Komponen jualan bersih

    iv Komponen pembayaran

    v Komponen Penerimaan

    vi Perolehan aset

    vii Catatan kontra

    Ringkasan Urus niaga

    - Belian kredit- Belian tunai- Pulangan belian- Angkutan masuk, duti import,upah belian, insurans belian

    - Jualan kredit- Jualan tunai

    - Pulangan Jualan

    - kepada pemiutang- belanja

    - daripada penghutang- hasil

    - tunai- kredit

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    25/40

    25

    4. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam urus niaga:

    i Peniaga menggunakan duit simpanan di bank sebanyak RM20 000 untukmenjalankan perniagaanii Seorang pekerja diambil bekerja sebagai pembantu kedai dengan bayaran gaji

    sebanyak RM500 sebulaniii Peniaga memberi diskaun 2% untuk belian tunai yang melebihi RM500 dan

    diskaun tunai 2.5% untuk belian melebihi RM1 000 dan dibayar dalam tempoh 7hari

    5. Semua maklumat berkaitan tugasan hendaklah menggunakan perisian komputer yangsesuai.

    6. Tugasan projek mestilah dicetak dengan mesin pencetak komputer dan perlu mematuhi

    perkara berikut:i Saiz kertas : A4ii Saiz font : 12iii Jenis font : Times New Romaniv Jarak antara baris : 1.5v Dokumen perniagaan : Saiz font, jarak antara baris dan bentuk tulisan

    mengikut kesesuaian

    7. Calon diperuntukkan 8 minggu untuk menyiapkan tugasan (Ogos - September).

    8. Hasil projek yang lengkap mesti dikemukakan oleh calon secara individu.

    9. Setiap calon mesti mempamer kemahiran komunikasi sama ada dalam bentukpembentangan projek atau interaksi sepanjang pelaksanaan tugasan projek.

    10. Format Pendokumentasian:

    a. Muka Depan terdiri daripada maklumat diri.i Nama calon

    ii Angka Giliraniii No Kad Pengenalan

    Bilanganurusniaga

    2

    1

    1

    Butiran

    vii ambilan

    ix Pinjaman

    x Stok akhir

    Ringkasan Urus niaga

    - kegunaan sendiri

    - kegunaan perniagaan- tujuan promosi/derma- maklumat debit/ kredit

    -ditentukan berdasarkan bakidaripada kad stok

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    26/40

    26

    b. Kandungan

    i Perakuan Calonii Penghargaan

    iii Pengenalan perniagaan

    iv Profil perniagaanv Perancangan urusniagavi Dokumen perniagaan

    vii Buku Catatan Pertamaviii Lejar

    ix Imbangan Dugax Penilaian Stok Akhir

    xi Penyata Pendapatanxii Kunci Kira-kira

    xiii Rumusan

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    27/40

    27

    MAKLUMAT TUGASAN PROJEK TINGKATAN 5

    Arahan Tugasan

    Calon dikehendaki:

    1. Menyediakan satu set akaun yang lengkap berdasarkan catatan dalam Buku CatatanPertama dalam Lampiran A.

    2. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam penyediaan tugasan:

    i Pada 1 Mac 2009, Encik Saleh telah menubuhkan Perniagaan Salihin Enterpriseyang menjual peralatan sukan di Bandar Kuantan, Pahang. Beliau telahmenubuhkan perniagaan dengan modal permulaan sebanyak RM60000. Beliau

    juga di bantu oleh seorang pembantu kedai yang di bayar gaji RM1 200 sebulan.ii Stok akhir dinilaikan pada harga kos RM24 500 dan harga pasaran RM31 850.iii Susutnilaikan sekurang-kurangnya dua aset bukan semasa dengan menggunakan

    kaedah berikut:- Baki berkurangan- Garis lurus/Ansuran tetap

    iv Peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan ke atas baki penghutang bersih.v Dua item belanja terakruvi Satu item belanja terdahuluvii Satu item hasil terakruviii Pembetulan kesilapan:

    - Ketinggalan catatan- Kesilapan prinsip

    ix Nisbah yang perlu diambil kira untuk membuat keputusan:

    - Nisbah Keberuntungan- Nisbah Kecairan- Nisbah Kecekapan

    3. Semua maklumat berkaitan tugasan hendaklah menggunakan perisian komputeryang sesuai.

    4. Tugasan projek mestilah dicetak dengan mesin pencetak komputer dan perlu mematuhiperkara berikut:i Saiz kertas : A4ii Saiz font : 12

    iii Jenis font : Times New Romaniv Jarak antara baris : 1.5v Dokumen perniagaan : Saiz font, jarak antara baris dan bentuk tulisan

    mengikut kesesuaian

    5. Calon diperuntukkan 8 minggu untuk menyiapkan tugasan (Ogos - September).

    6. Hasil projek yang lengkap mesti dikemukakan oleh calon secara individu.

    7. Setiap calon mesti mempamer kemahiran komunikasi sama ada dalam bentukpembentangan projek atau interaksi sepanjang pelaksanaan tugasan projek.

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    28/40

    28

    LAMPIRAN A

    JURNAL AM

    Tarikh Butiran Folio Debit Kredit

    2011 RM RMMac 1 Bank 24500

    Tuna 1500Stok 18800Lengkapan 30000Kenderaan 40000Penghutang: Suria Tarading 7850

    Perniagaan Venice 6440Zubaidah Enterprise 4560

    Pemiutang: Pemborong Jaya 1320Pembekal Ramli 2470Syarikat Meers Sdn. Bhd. 3460

    Pinjaman (10% matang Disember 2014) 24000Pinjaman (12% matang Disember 2011) 8400Peruntukan Hutang Ragu 500Susut Nilai terkumpul Lengkapan 6000Susut Nilai terkumpul Kenderaan 11100Modal 76400

    133650 133650(Aset, Liabiliti dan modal pada tarikh ini)

    18 Promosi 2500

    Belian 2500(keluarkan barang niaga untuk tujuan promosi)

    25 Ambilan 1800Belian 1800

    (keluarkan barang niaga untuk hadiah harijadi anak)

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    29/40

    29

    JURNAL BELIAN

    Tarikh Butir Folio No. Invois Amaun

    2011 RM

    Mac 2 Pemborong Jaya 3 8803 Pembekal Ramli 2 9205 Syarikat Meera Sdn. Bhd. 4 5508 Pemborong Jaya 2 44010 Syarikat Meera Sdn. Bhd. 3 60015 Pembekal Ramli 2 85018 Kedai Sukan Swee Lee 7 24021 Pemborong Jaya 3 33025 Syarikat Meera Sdn. Bhd. 4 24028 Pembekal Ramli 1 130

    31 Akaun Belian Debit 36 180

    JURNAL PULANGAN BELIAN

    Tarikh Butir Folio No. nota kredit Amaun

    2011 RMMac 3 Pemborong Jaya 880

    10 Pembekal Ramli 1 920

    21 Kedai Sukan Swee Lee 1 640

    31 Akaun Pulangan Belian Kredit 4 440

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    30/40

    30

    JURNAL JUALAN

    Tarikh Butir Folio No. Invois Amaun

    2011 RMMac 3 Perniagaan Venice 4 5004 Suria Trading 3 2806 Zubaidah Enterprise 8 4608 Suria Trading 10 14010 Zubaidah Enterprise 3 65011 Lakshna & Co 7 11015 Suria Trading 3 54018 Perniagaan Venice 8 52021 Maju Enterprise 6 23023 Zubaidah Enterprise 1 25828 Suria Trading 4 326

    31 Akaun JualanKredit 61 014

    JURNAL PULANGAN JUALAN

    Tarikh Butir Folio No. nota kredit Amaun

    2011 RMMac 5 Perniagaan Venice 450

    8 Zubaidah Enterprise 125821 Lakshna & Co 111029 Suria Trading 326

    31 Akaun Pulangan Jualan Debit 3144

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    31/40

    31

    Tarikh

    B

    utir

    Fol

    Disk

    Tunai

    Bank

    Ta

    rikh

    Butir

    Fol

    Disk

    TunaiBa

    nk

    2011

    RM

    RM

    RM

    2011

    RM

    RM

    R

    M

    Mac

    1

    B

    aki

    b/b

    1500

    24500

    Mac3

    Belian

    2

    100

    3

    Jualan

    5000

    4

    Ambilan

    300

    6

    Sewa

    600

    5

    PemborongJaya

    260

    4

    940

    7

    SuriaTrading

    7850

    5

    Insurans

    800

    8

    Jualan

    3000

    6

    Kadarbayaran

    1

    200

    12

    ZubaidahEnterprise

    651

    12369

    8

    AngkutanMasuk

    300

    15

    Tunai

    K

    3000

    10

    SyarikatMeeraSdn.B

    hd.

    180

    3

    420

    18

    Jualan

    2800

    11

    Alattulis

    250

    20

    PerniagaanVenice

    6440

    13

    Iklan

    350

    22

    K

    omisen

    600

    15

    Bank

    K

    3000

    24

    Lakshna&Co

    300

    5700

    18

    PembekalRamli

    84

    1

    596

    28

    Jualan

    2150

    21

    KedaiSukanSweeLe

    e

    280

    5

    320

    23

    Belian

    1100

    24

    Derma

    400

    25

    Belanjaam

    300

    30

    Pinjaman(matang201

    1)

    350

    Faedahpinjaman

    84

    30

    Pinjaman(matang201

    4)

    400

    Faedahpinjaman

    200

    31

    Gaji

    1

    000

    31

    Baki

    h/b

    2000

    46

    099

    951

    8500

    67009

    804

    8500

    67

    009

    April1

    B

    aki

    b/b

    2000

    46099

    BUKU

    TUN

    AI

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    32/40

    32

    CONTOH LAMPIRAN PROJEK

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    33/40

    33

    LAMPIRAN YANG DICADANGKAN

    LAMPIRAN 1

    Perakuan Calon Tentang Ketulenan

    Tugasan Projek Kertas 3756/3

    Saya memperakui bahawa Tugasan Projek yang dikemukakan untuk memenuhi syaratPeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan3756/3 adalah tulen.

    Tandatangan Calon :

    Nama Calon :

    No. Kad Pengenalan :

    Angka Giliran Calon :

    Borang perakuan ini mestilah disertakan di bahagian hadapan Tugasan Projek.

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    34/40

    34

    1 2 3 4 1 2 3 4 5 1 2 3 4

    Mengorganisasi

    Perancangan

    Perancangan awal

    Struktur folio

    Proses Tugasan

    Penyediaan Dokumen Sumber

    Mencatat Buku Catatan Pertama

    Pengeposan ke LejarPenyediaan Imbangan Duga

    Penyediaan Penyata Kewangan

    Menganalisis

    Penilaian

    Pengiraan Analisis Nisbah

    Rumusan

    Merumus Nisbah

    Mentafsir dan Membuat Keputusan

    Membuat keputusan

    Cadangan

    Rasional

    Berkomunikasi

    Pembentangan Tugasan

    Pentadbiran

    Pemantauan LPM

    Pengumpulan dan Semakan Tugasan

    Penilaian dan Pentaksiran

    Kemasukan Markah

    MINGGU

    OKT

    KEMAHIRAN

    OGOS SEPT

    MINGGU MINGGU

    LAMPIRAN 2

    JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    35/40

    35

    LAMPIRAN 3

    Kertas Cadangan Tugasan.

    Maklumat Perniagaan

    i Nama perniagaan

    ii Nama Pemilik

    iii Lokasi / Alamat

    iv Jenis perniagaan

    v Tempoh perakaunan

    vi Tempoh rekod

    vii Modal perniagaan

    viii Jumlah pekerja

    ix Status perniagaan

    x Nama dan alamat bank

    xi Nombor Akaun

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    36/40

    36

    LAMPIRAN 4

    Senarai nama dan alamat pembekal.

    Urus niaga secara kredit

    Pembekal 1 Pembekal 2

    Urus niaga secara kredit

    Pembekal 3 Pembekal 4

    Urus niaga secara tunai

    Pembekal 1 Pembekal 2

    Urus niaga secara tunai

    Pembekal 3 Pembekal 4

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    37/40

    37

    LAMPIRAN5

    Bil

    UrusNiaga

    Dokume

    n

    Nombor

    Siri

    Dokumen

    Bilangan

    Asal

    Salinan

    Tarikh

    Elemen

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    38/40

    38

    Bil

    TarikhDokumen

    No.

    Dokumen

    Masuk

    Kuantiti

    Amaun

    (RM)

    Harga

    Seunit

    (RM)

    Keluar

    Ku

    antiti

    Amaun

    (RM)

    Harga

    Seunit

    (RM)

    Baki

    Kuantiti

    Amaun

    (RM)

    Harga

    Seunit

    (RM)

    KADSTOK

    JenisBarang:

    LAMPIRAN

    6

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    39/40

    39

    LAMPIRAN 7

    Senarai Semak dan Penilaian Guru

    Bil Fasa Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Catatan

    Proses Tugasan1 Profil Perniagaan2 Perancangan Urus niaga3 Penyediaan Dokumen

    Perniagaan4 Penyediaan Buku Catatan

    Pertama5 Pengeposan ke lejar6 Penyediaan Imbangan duga7 Penilaian Stok Akhir8 Penyediaan Penyata

    Kewangan9 Menghitung Nisbah PenyataKewangan

    Menganalisis9 Analisis Penyata Kewangan

    & Analisis Nisbah

    Membuat keputusan10 Keputusan Perniagaan11 Pernacangan Perniagaan

    Penggunaan TMK11 Penggunaan Komputer12 Komunikasi

    Nilai Murni13 Sistematik14 Akauntabiliti15 Rasional16 Ketepatan

  • 8/9/2019 Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Spm 2011

    40/40

    No. Siri : SMKST A 0001

    SMK TENGKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

    21020 KUALA TERENGGNAU

    SIJIL PENCAPAIANPROJEK PRINSIP PERAKAUNAN

    3756/3

    SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

    Dengan ini disahkan bahawa

    Wan Muhammad Qhairul Daniel b. Wan AliNo. K/P : 920202-11-5007

    Angka Giliran :TEA3087 A0381

    telah berjaya menyempurnakan Projek Prinsip Perakaunan 3756/3dengan pencapaian berikut:

    Elemen Gred

    Pengetahuan dan Kefahaman DKemahiran Mengaplikasi BKemahiran Menganalisi AKemahiran Membuat Keputusan AKemahiran Menggunakan TMK ANilai-Nilai Murni Dalam Perakaunan A

    Jumlah Skor 76

    GRED KESELURUHAN B

    PengetuaTarikh: 26-Jun-2010 SMK Tengku Mizan Zainal Abidin

    21020 Kuala Terengganu

    LAMPIRAN 8