melioidosis apakah agen penyebab dan punca jangkitan

1
MELIOIDOSIS Apakah Agen Penyebab dan Punca Jangkitan? Penyakit melioidosis ialah sejenis penyakit jangkitan bakteria yang jarang belaku yang dikesan di kawasan beriklim tropika, terutamanya di Asia Tenggara, Australia Utara, Afrika Barat dan Amerika Selatan. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan sejenis bakteria Burkholderia pseudomallei yang berada di dalam permukaan air dan tanah. Bakteria ini hidup melata di dalam tanah. Manusia boleh dijangkiti penyakit ini apabila terdedah secara langsung kepada tanah dan sumber air yang tercemar dengan bakteria tersebut. Jangkitan sering berlaku terutamanya sewaktu monsoon atau musim hujan. Ini mungkin disebabkan air hujan akan membawa bakteria ini ke permukaan tanah. Cara jangkitan ialah melalui saluran pernafasan (inhalation of contaminated dust or water droplets), terminum air tercemar atau melalui luka di kulit. Apakah Gejala Penyakit Ini? Anggaran masa pengeraman (incubation period) iaitu tempuh dari masa terdedah sehingga timbul gejala adalah di antara 2 hingga 7 hari. Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja yang terdedah tetapi golongan yang lebih berisiko tinggi ialah mereka yang mengidap penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit hati, sakit buah pinggang, thalassemia, kanser atau lainlain keadaan daya tahan badan (imuniti) yang rendah. Penyakit ini menunjukkan pelbagai gejala klinikal. Seseorang yang dijangkiti bakteria ini berkemungkinan: o tidak menunjukkan apaapa simptom (asymptomatic), atau o menunjukkan beberapa simptom dan gejala jangkitan seperti; o Tandatanda jangkitan setempat (acute or localized infection) jangkitan melalui luka pada kulit selalunya menyebabkan ulser, bonjolan (nodul), atau bernanah pada kulit, demam dan sakit otot. o Tandatanda jangkitan paruparu yang akut (acute pulmonary infection) seperti; demam yang tinggi, batuk, sakit dada, sakit kepala, tiada selera makan dan bisa seluruh badan (general muscle soreness). o Tandatanda jangkitan salur darah yang akut (acute bloodstream infection) ianya biasa berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit kronik (kencing manis dan kegagalan buah pinggang) seperti demam, sakit kepala, sesak nafas, sakit perut, sakit sendi dan otot, dan kecelaruan masa dan tempat (disorientation). o Tandatanda jangkitan menyeluruh (disseminated melioidosis) melibatkan belakunya pernanahan pada pelbagai organ badan (hati, paruparu, limpa, prostat, sendi, tulang dan otak), demam, kehilangan berat badan yang ketara, sakit perut, sakit dada, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala serta sawan. Bagaimana Jangkitan ini disahkan? Jangkitan Melioidosis boleh disahkan melalui: o Penemuan bakteria Burkholderia pseudomallei melalui kultur sampel darah, air kencing, kahak, atau luka di kulit, atau nanah. o Penemuan antigen bakteria dalam ujian serologi darah. Adakah Penyakit Ini Boleh Dirawat? Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik tertentu. Rawatan awal dengan antibiotik adalah perlu bagi mengelakkan pesakit, terutama bagi mereka yang terdiri daripada golongan berisiko, mendapat jangkitan yang lebih teruk dan menggelakkan dari kematian. Buat masa ini tidak ada ubat yang boleh digunakan sebagai profilaksis, iaitu untuk menggelakkan dari mendapat jangkitan tersebut. Apakah Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Yang Boleh Diambil. Buat masa ini tiada vaksin untuk pencegahan jangkitan melioidosis. Di antara langkahlangkah kawalan yang boleh diambil ialah: o Mengelak pendedahan kepada tanah dan sumber air yang tercemar terutamanya mereka yang mempunyai luka pada permukaan kulit dan mempunyai penyakit kronik penyakit seperti kencing manis dan sakit buah pinggang. o Pengunaan kasut kalisair bagi mereka yang terlibat dengan kerjakerja yang terdedah kepada sumber tercemar di tanah dan air. Jika terdapat sebarang luka pada anggota badan, cuci dan balut dengan sempurna. o Segera mendapatkan rawatan jika mempunyai tandatanda penyakit bagi mereka yang terdedah. Sumber: Laman Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Upload: duongtuong

Post on 15-Jan-2017

241 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MELIOIDOSIS Apakah Agen Penyebab dan Punca Jangkitan

MELIOIDOSIS

  Apakah Agen Penyebab dan Punca Jangkitan?  

• Penyakit  melioidosis  ialah  sejenis  penyakit jangkitan  bakteria  yang  jarang  belaku  yang dikesan  di  kawasan  beriklim  tropika, terutamanya di Asia Tenggara, Australia Utara, Afrika Barat dan Amerika Selatan. Penyakit  ini disebabkan  oleh  jangkitan  sejenis  bakteria Burkholderia  pseudomallei  yang  berada  di dalam  permukaan  air dan  tanah. Bakteria  ini hidup melata di dalam tanah.  

• Manusia  boleh  dijangkiti  penyakit  ini  apabila terdedah  secara  langsung  kepada  tanah  dan sumber  air  yang  tercemar  dengan  bakteria tersebut.  Jangkitan  sering  berlaku terutamanya  sewaktu  monsoon  atau  musim hujan.  Ini mungkin disebabkan air hujan akan membawa  bakteria  ini  ke  permukaan  tanah. Cara jangkitan ialah melalui saluran pernafasan (inhalation  of  contaminated  dust  or  water droplets),  terminum air  tercemar atau melalui luka di kulit.   

Apakah Gejala Penyakit Ini?  

• Anggaran  masa  pengeraman  (incubation period)  iaitu  tempuh  dari  masa  terdedah sehingga  timbul  gejala  adalah  di  antara  2 hingga  7  hari.  Penyakit  ini  boleh menjangkiti sesiapa  saja  yang  terdedah  tetapi  golongan yang  lebih  berisiko  tinggi  ialah  mereka  yang mengidap  penyakit  kronik  seperti  kencing manis,  penyakit  hati,  sakit  buah  pinggang, thalassemia,  kanser  atau  lain‐lain  keadaan daya tahan badan (imuniti) yang rendah.  

• Penyakit  ini  menunjukkan  pelbagai  gejala klinikal.  Seseorang  yang dijangkiti bakteria  ini berkemungkinan:   

o tidak menunjukkan  apa‐apa  simptom (asymptomatic), atau 

o menunjukkan beberapa  simptom dan gejala jangkitan seperti; 

o Tanda‐tanda  jangkitan  setempat (acute  or  localized  infection)  – jangkitan  melalui  luka  pada  kulit 

selalunya  menyebabkan  ulser, bonjolan (nodul), atau bernanah pada kulit, demam dan sakit otot.  

o Tanda‐tanda jangkitan paru‐paru yang akut  (acute  pulmonary  infection)  – seperti;  demam  yang  tinggi,  batuk, sakit  dada,  sakit  kepala,  tiada  selera makan  dan  bisa  seluruh  badan (general muscle soreness).  

o Tanda‐tanda  jangkitan  salur  darah yang  akut  (acute  bloodstream infection)  –   ianya  biasa  berlaku kepada  pesakit  yang  mempunyai penyakit  kronik  (kencing  manis  dan kegagalan  buah  pinggang)  seperti demam,  sakit  kepala,  sesak  nafas, sakit perut,  sakit  sendi dan otot, dan kecelaruan  masa  dan  tempat (disorientation).  

o Tanda‐tanda  jangkitan  menyeluruh (disseminated  melioidosis)  – melibatkan  belakunya  pernanahan pada  pelbagai  organ  badan  (hati, paru‐paru,  limpa,  prostat,  sendi, tulang dan otak), demam, kehilangan berat badan yang ketara,  sakit perut, sakit  dada,  sakit  otot,  sakit   sendi, sakit kepala serta sawan.    

Bagaimana Jangkitan ini disahkan?  

• Jangkitan Melioidosis boleh disahkan melalui:  o Penemuan  bakteria  Burkholderia 

pseudomallei  melalui  kultur  sampel darah, air kencing, kahak, atau luka di kulit, atau nanah. 

o Penemuan  antigen  bakteria  dalam ujian serologi darah.  

Adakah Penyakit Ini Boleh Dirawat?  

• Penyakit  ini  boleh  dirawat  dengan menggunakan  antibiotik  tertentu.  Rawatan awal  dengan  antibiotik  adalah  perlu  bagi mengelakkan  pesakit,  terutama  bagi  mereka yang  terdiri  daripada  golongan  berisiko, 

mendapat  jangkitan  yang  lebih  teruk  dan menggelakkan dari kematian. 

•  Buat  masa  ini  tidak  ada  ubat  yang  boleh digunakan  sebagai  profilaksis,  iaitu  untuk menggelakkan  dari  mendapat  jangkitan tersebut.  

Apakah Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Yang Boleh Diambil.  

• Buat masa  ini  tiada  vaksin untuk pencegahan jangkitan melioidosis. 

•  Di antara langkah‐langkah kawalan yang boleh diambil ialah:  

o Mengelak  pendedahan  kepada  tanah dan  sumber  air  yang  tercemar terutamanya  mereka  yang mempunyai  luka  pada  permukaan kulit dan mempunyai penyakit kronik penyakit  seperti  kencing  manis  dan sakit buah pinggang.   

o Pengunaan kasut kalisair bagi mereka yang  terlibat dengan kerja‐kerja yang terdedah kepada sumber  tercemar di tanah dan air.  Jika  terdapat sebarang luka  pada  anggota  badan,  cuci  dan balut dengan sempurna. 

o Segera  mendapatkan  rawatan  jika mempunyai  tanda‐tanda  penyakit bagi mereka yang terdedah.  

 Sumber: Laman Rasmi Kementerian Kesihatan 

Malaysia