garis panduan pencegahan penularan jangkitan …

31
1 GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Upload: others

Post on 20-Oct-2021

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

1

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Page 2: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

2

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

GARIS PANDUAN

PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19

DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN

VERSI 1.0 3 OGOS 2020

PUSAT PERUMAHAN PELAJAR

Page 3: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

3

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 4

2.0 OBJEKTIF 4

3.0 JAWATANKUASA BENCANA PERINGKAT PUSAT PERUMAHAN PELAJAR 4

4.0 PENGURUSAN PENTADBIRAN

4.1 PENGISTIHARAN KESIHATAN STAF

4.2 BEKERJA DARI RUMAH (BDR)

4.3 URUSAN KE LUAR NEGARA UNTUK SEMUA WARGA UniMAP (STAF DAN PELAJAR)

SAMA ADA ATAS URUSAN RASMI ATAU PERIBADI

4.4 MEREKOD KEHADIRAN BERTUGAS

4.5 PERINTAH PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN DI RUMAH

4.6 PENGANJURAN ATAU PENYERTAAN MESYUARAT/ SEMINAR/ AKTIVITI /

BENGKEL/ PERHIMPUNAN/ PROGRAM SUKAN DAN PROGRAM SOSIAL

5

5.0 PENGURUSAN PENGGUNAAN RUANG UMUM DI KOLEJ KEDIAMAN

5.1 PENGURUSAN KAUNTER

5.2 PEJABAT PENGURUSAN

5.3 PREMIS PERNIAGAAN

5.4 PENGGUNAAN LIF

5.5 BILIK MESYUARAT/PERBINCANGAN/BILIK SEMINAR

5.6 BILIK PENGINAPAN

5.7 SURAU/BILIK SEMBAHYANG

5.8 PENGGUNAAN TANDAS

5.9 KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN/PENGUBAHSUAIAN KERJA-KERJA PENCUCIAN

8

6.0 PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)

6.1 PENDAFTARAN PENGINAPAN LAMA DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS

PERUMAHAN

6.2 PELAJAR LAMA MOHON KEMBALI KE KOLEJ KEDIAMAN/KOMPLEKS PERUMAHAN

6.3 PENDAFTARAN PENGINAPAN LUAR

6.4 PELAWAT MOHON MEMASUKI KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN MEMASUKI PREMIS

KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN

15

LAMPIRAN 25

Page 4: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

4

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

1. PENGENALAN Garis Panduan Pencegahan Jangkitan COVID-19 Di Kolej Kediaman/ Kompleks Perumahan

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ini diwujudkan sebagai panduan serta rujukan kepada

staf pengurusan Pusat Perumahan Pelajar (PPP) dalam menguruskan penginapan pelajar

di Kolej Kediaman/Kompleks Perumahan sepanjang penularan wabak COVID- 19.

2. OBJEKTIF

Objektif utama adalah untuk meminimumkan penyebaran dan mengurangkan impaknya

di Kolej Kediaman/Kompleks Perumahan UniMAP meliputi perkara berikut:

2.1 Mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di Kolej Kediaman/Kompleks

Perumahan UniMAP.

2.2 Mengelakkan penularan COVID-19 berlaku di Kolej Kediaman/Kompleks

Perumahan UniMAP.

2.3 Menyediakan garis panduan dan SOP untuk pengurusan pencegahan jangkitan

wabak.

2.4 Meningkatkan pengetahuan dan pendidikan kesihatan berkaitan COVID-19

kepada staf Kolej Kediaman/Kompleks Perumahan.

2.5 Mewujudkan satu dokumen rujukan untuk dijadikan panduan dalam menghadapi

penyebaran wabak penyakit

3. JAWATANKUASA BENCANA PERINGKAT PUSAT PERUMAHAN PELAJAR

Page 5: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

5

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

4. PENGURUSAN PENTADBIRAN 4.1 PENGISTIHARAN KESIHATAN STAF

i. Semua staf adalah diwajibkan membuat pengakuan kendiri (self-declaration)

berkaitan status kesihatan masing-masing melalui borang elektronik yang

boleh didapati melalui pautan http://bit.ly/borangdeklarasikesihatan. Pengisian

pengakuan kendiri ini adalah bergantung kepada arahan/ pekeliling terkini

yang dikeluarkan oleh pihak UniMAP.

ii. Staf perlu jujur dalam membuat pengakuan kendiri (self- declaration) berkaitan

status kesihatan.

iii. Staf perlu memastikan tahap kesihatan adalah baik dan tiada gejala tidak sihat seperti demam, batuk, selesema dan sesak nafas sebelum hadir ke pejabat.

iv. Sekiranya disyaki, disahkan positif dan dikenakan arahan kuarantin di rumah

disebabkan oleh COVID-19, staf bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua Jabatan masing-masing dan Bilik Gerakan Bencana dengan kadar segera dan mematuhi segala arahan yang diberikan.

v. Staf hendaklah menyimpan maklumat sejarah kesihatan dan perjalanan 14 hari

sebelum, bagi tujuan pemakluman kepada petugas kesihatan sekiranya terdapat gejala-gejala tidak sihat.

4.2 BEKERJA DARI RUMAH (BDR)

i. Pertimbangan dan kelonggaran kepada mana-mana staf untuk bekerja dari

rumah (BDR) hendaklah berasaskan bahawa urusan atau tugasan staf berkenaan tidak memerlukan keberadaan pada setiap masa di pejabat.

ii. Kategori berikut boleh diberikan kelonggaran untuk tidak hadir ke pejabat dan perlu bekerja dari rumah iaitu:

a. Staf wanita yang sedang hamil.

b. Staf yang mempunyai masalah kesihatan atau penyakit kronik yang

terdedah kepada risiko jangkitan virus COVID-19.

c. Staf yang mempunyai tanggungan anak berusia 12 tahun ke bawah atau anak berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) yang bersekolah dan memerlukan penjagaan berterusan sehingga sekolah atau pusat jagaan dibuka semula.

d. Bagi pasangan suami isteri yang bekerja di UniMAP, hanya salah seorang

sahaja yang boleh menggunakan kemudahan bekerja dari rumah pada satu-satu masa sehingga sekolah atau pusat jagaan dibuka semula.

Page 6: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

6

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

iii. Syarat Berkerja Dari Rumah a. Bagi memastikan pelaksanaan tugas dapat dilaksanakan dengan lancar,

Ketua Jabatan boleh membenarkan staf membawa pulang aset keperluan seperti komputer. Staf perlu mengisi borang KEW-PA 6 – Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori untuk tujuan rekod. Staf perlu memastikan aset universiti dijaga dengan rapi dan tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan untuk tujuan peribadi. Staf juga boleh dibenarkan membawa pulang dokumen-dokumen yang bukan dikategorikan sebagai SULIT dan RAHSIA.

b. Ketua Jabatan dan staf perlu memastikan bahawa semua dokumen

dihantar melalui medium komunikasi elektronik yang bersesuaian dan tahap keselamatannya tidak mudah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

c. Staf yang diberi kebenaran oleh Ketua Jabatan untuk bekerja dari rumah

perlu memastikan perkara-perkara berikut:

o Melaksanakan arahan kerja mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

o Memastikan diri masing-masing boleh dihubungi oleh Ketua

Jabatan pada bila-bila masa dalam waktu bekerja sama ada melalui telefon bimbit, aplikasi Whatsapp/Telegram atau emel.

o Bersedia sekiranya diarahkan hadir ke pejabat pada bila-bila

masa. Staf yang masih berada di luar kawasan perlu menghubungi Ketua Jabatan masing-masing untuk mendapatkan arahan sama ada boleh terus bekerja dari rumah di lokasi masing-masing atau perlu kembali ke pejabat.

o Meneruskan tugas dengan penuh integriti dan kekal berada di

rumah. Tiada program-program lawatan atau aktiviti peribadi dibenarkan.

d. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap staf yang gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan melainkan mendapat kebenaran Ketua Jabatan. Staf adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 dan peraturan- peraturan lain yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa yang mana berkenaan.

e. Bagi staf yang bekerja dari rumah, staf adalah WAJIB merekod kehadiran masing-masing sekali sahaja dalam waktu bekerja rasmi melalui pautan seperti di https://id.unimap.edu.my/idloc (Check- in Lokasi)

Page 7: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

7

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

f. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menetapkan tugas yang

perlu dilakukan oleh setiap staf semasa bekerja dari rumah dan staf perlu melapor secara harian tahap pelaksanaan tugas yang telah diarahkan. Format jadual tugas dan pelaporan adalah seperti di Lampiran.

g. Staf yang bekerja dari rumah dan ingin memohon cuti rehat, perlu

membuat permohonan cuti sepertimana amalan biasa.

h. Staf yang ingkar dan tidak memberi kerjasama kepada Ketua Jabatan akan dikenakan tindakan tatatertib.

4.3 URUSAN KE LUAR NEGARA UNTUK SEMUA WARGA UniMAP (STAF DAN PELAJAR) SAMA ADA ATAS URUSAN RASMI ATAU PERIBADI

i. Sebarang perjalanan ke luar negara atas urusan rasmi atau peribadi

adalah tertakluk kepada arahan/ perkeliling terkini yang dikeluarkan oleh pihak UniMAP.

ii. Kepulangan semua staf dari luar Negara atas urusan rasmi atau peribadi perlulah mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dari masa ke semasa.

4.4 MEREKOD KEHADIRAN BERTUGAS

i. Staf yang bekerja di pejabat adalah DIWAJIBKAN untuk merekod kehadiran bertugas.

ii. Staf perlu merekodkan kehadiran waktu mula dan waktu berakhir tugas

masing-masing di pejabat.

iii. Tiga (3) kaedah merekod kehadiran telah disediakan sebagai alternatif menggantikan thumbprint seperti butiran berikut:

a. Merekod kehadiran menggunakan koordinat GPS melalui pautan https://id.unimap.edu.my.

b. Merekod kehadiran dengan login menggunakan Wifi UniMAP

melalui pautan https://id.unimap.edu.my.

c. Merekod kehadiran menggunakan Kad Staf pada sistem biometric.

iv. Staf adalah diingatkan untuk merekod kehadiran pada lokasi bertugas seperti yang ditentukan oleh pengurusan Universiti. Setiap staf diharap dapat memelihara integriti masing-masing, bertanggungjawab dan dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.

Page 8: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

8

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

4.5 PERINTAH PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN DI RUMAH

i. Sekiranya staf diarahkan untuk menjalani home surveillance oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pastikan anda mematuhi tatacara Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah yang telah ditetapkan. Untuk makluman Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah ini merupakan arahan yang termaktub dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

ii. Staf yang menjalani home surveillance perlu melaporkan dengan

segera kepada Ketua Jabatan masing-masing dan Bilik Gerakan Bencana bagi tujuan rekod dan pemantauan.

iii. Staf juga diminta mengisi permohonan cuti di bawah cuti kuarantin dan

melampirkan surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah untuk tujuan rekod.

4.6 PENGANJURAN ATAU PENYERTAAN MESYUARAT/ SEMINAR/

AKTIVITI/BENGKEL/ PERHIMPUNAN/ PROGRAM SUKAN DAN PROGRAM SOSIAL

i. Penerimaan lawatan (rasmi dan tidak rasmi) ke Universiti/ Kolej Kediaman/Kompleks Perumahan dari mana-mana sekolah/ institusi pendidikan /organisasi luar adalah tertakluk kepada arahan/ pekeliling terkini yang dikeluarkan oleh pihak UniMAP.

ii. Semua aktiviti perlu mendapat kelulusan dari pihak Pengurusan UniMAP sebelum sesuatu aktiviti itu dianjurkan. Penganjuran semua aktiviti yang telah mendapat kelulusan perlulah mengikut SOP yang ditetapkan.

iii. Kegagalan pihak-pihak yang menganjurkan sesebuah aktiviti mengikut

SOP yang ditetapkan boleh menyebabkan aktiviti tersebut dibatalkan oleh pihak Pengurusan UniMAP.

5. PENGURUSAN PENGGUNAAN RUANG UMUM DI KOLEJ KEDIAMAN

5.1 PENGURUSAN KAUNTER

i. Setiap kaunter perlu di tanda dengan standing spot pada jarak yang sesuai

dan pengguna perlu berdiri pada lokasi yang ditanda.

ii. Garis panduan penjarakan fizikal perlu ditampal di setiap kaunter.

iii. Tempat duduk di ruang menunggu perlu dijarakkan. Pelawat/pelanggan yang berurusan di kaunter hanya dibenarkan duduk di tempat yang telah dikhaskan dengan kedudukan jarak satu (1) meter di antara satu sama lain.

iv. Hand sanitizer perlu disediakan di setiap kaunter untuk kegunaan semasa

berurusan di kaunter.

Page 9: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

9

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

v. Pelawat /pelanggan digalakkan membuat temujanji terlebih dahulu bagi

urusan di kaunter berkaitan.

vi. Pelawat/pelanggan DIWAJIBKAN memakai pelitup muka dan perlu menjalani saringan suhu badan di pos keselamatan atau semasa berada di kaunter.

vii. Semua Pelawat/pelanggan yang berurusan di kaunter perlu mengimbas QR

Code My Sejahtera bagi tujuan rekod dan sekiranya tiada aplikasi tersebut bolehlah menulis nama di buku rekod yang disediakan.

viii. Kegagalan mengikut SOP yang ditetapkan boleh menyebabkan

pelawat/pelanggan tidak dibenarkan berurusan di kaunter.

5.2 PEJABAT PENGURUSAN

i. Staf yang hadir ke pejabat dikehendaki menjalani saringan suhu badan di lokasi yang ditetapkan berdasarkan kedudukan Jabatan/PTj masing-masing. Staf yang didapati mempunyai suhu badan melebihi 37.5c akan dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dengan segera dan diarahkan pulang.

ii. Semua staf perlu menyediakan rekod suhu badan harian di Jabatan/PTj masing-masing.

iii. Staf yang mempunyai simptom seperti demam, batuk, selesema dan sesak

nafas tidak dibenarkan untuk hadir ke pejabat. Mereka dikehendaki terus ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

iv. Staf yang hadir ke pejabat perlu mengambil langkah pencegahan terbaik

sebagaimana yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti berikut:

a. Semua staf digalakkan memakai pelitup muka.

b. Staf yang diklasifikasikan sebagai petugas barisan hadapan (frontliner)

DIWAJIBKAN memakai pelitup muka sepanjang bertugas.

c. Menjaga jarak fizikal sekurang-kurangnya satu (1) meter antara satu

sama lain sama ada di ruang pejabat, pantri atau bilik mesyuarat.

d. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand

sanitizer dan memastikan meja, kerusi dan peralatan yang digunakan

di pejabat sentiasa bersih.

e. Mengelakkan sentuhan/bersalaman atau body contact dengan rakan

sekerja yang lain.

f. Mengelakkan perkongsian makanan di tempat kerja dan mematuhi

Prosedur Operasi Standard (SOP) di kafeteria.

v. Ketua Jabatan perlu memastikan staf yang benar-benar sihat sahaja yang dibenarkan hadir ke pejabat. Staf perlu bertanggungjawab memaklumkan kepada Ketua Jabatan keadaan kesihatan masing-masing.

Page 10: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

10

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

5.3 PREMIS PERNIAGAAN

i. Pengusaha perlu memastikan pelanggan yang datang memakai pelitup muka

dan mengamalkan penjarakan fizikal dengan penyediaan standing spot pada jarak satu (1) meter pada lantai terutama di kawasan sebelum memasuki ruang niaga, ruang makanan, barangan dan peralatan serta kaunter bayaran.

ii. Pengusaha diwajibkan untuk mengambil dan merekod suhu badan semasa

pelanggan tiba di premis.

iii. Pengusaha perlu memastikan semua pelanggan mengimbas QR Code My Sejahtera sebelum berurusan di Premis Perniagaan masing-masing.

iv. Bagi kafeteria, meja perlu disusun dengan jarak sekurang-kurangnya dua (2)

meter supaya ada ruang yang luas untuk laluan pelanggan atau pekerja dan ada jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di kafeteria berkenaan.

v. Pengusaha kafeteria perlu memastikan meja dikemas segera selepas pelanggan makan dan membersihkannya dengan bahan disinfeksi yang dibenarkan.

vi. Pengusaha perlu meletakkan sabun atau hand sanitizer yang mencukupi untuk

kegunaan pelanggan.

vii. Pengusaha dan pekerja adalah diwajibkan memakai pelitup muka. Pengusaha dan pekerja kafeteria perlu kerap mencuci tangan menggunakan sabun semasa melaksanakan proses penyediaan makanan.

viii. Pengusaha dan pekerja adalah diwajibkan mengambil dan merekod suhu

badan pekerja pada awal waktu bekerja.

ix. Pengusaha kafeteria hanya dibenarkan memakai utensil makanan secara pakai buang sahaja dan memastikan makanan dijual secara bungkus.

x. Kegagalan Pengusaha Premis Perniagaan mengikut SOP yang ditetapkan boleh

menyebabkan Premis Perniagaan tersebut ditutup.

Page 11: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

11

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

5.4 PENGGUNAAN LIF

i. Penggunaan lif hanya dihadkan kepada maksimum empat (4) orang pada satu-

satu masa.

ii. Setiap lif perlu ditanda dengan standing spot pada jarak yang sesuai dan pengguna perlu berdiri pada lokasi yang ditanda. Garis panduan penjarakan sosial perlu ditampal dalam setiap lif.

iii. Staf perlu mengelak kontak rapat (direct contact) dengan permukaan pada lif seperti bersandar atau memegang susur tangan (railing).

iv. Staf perlu membasuh tangan menggunakan sabun atau menggunakan hand

sanitizer selepas

5.5 BILIK MESYUARAT/PERBINCANGAN/BILIK SEMINAR

i. Mesyuarat atau perbincangan di pejabat digalakkan diadakan secara

dalam talian.

ii. Sekiranya mesyuarat secara bersemuka diadakan, urusetia perlu memastikan mesyuarat diadakan dalam kumpulan kecil.

iii. Jumlah ahli mesyuarat hendaklah tidak melebihi 10 orang dengan

penjarakan fizikal sekurang- kurangnya satu (1) meter antara satu sama lain dan semua.

iv. Semua ahli mesyuarat yang hadir perlu memakai pelitup muka dan

menggunakan kemudahan hand sanitizer yang disediakan di dalam bilik mesyuarat.

v. Mesyuarat-mesyuarat penting dibenarkan bersidang dengan kebenaran

Naib Canselor dan digalakkan secara dalam talian. Sekiranya diadakan secara bersemuka, urusetia perlu memastikan syarat SOP Keselamatan dan Kesihatan dipatuhi.

Page 12: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

12

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

5.6 BILIK PENGINAPAN

i. Alat pengimbas suhu badan perlu disediakan di Pos Pengawal Kolej

Kediaman/Kompleks Perumahan dan pelajar perlu mengimbas suhu badan setiap kali hendak memasuki kawasan kolej kediaman atau Kompleks Perumahan.

ii. Makluman dan peringatan berkaitan penjarakan fizikal dalam kalangan

pelajar perlu dilaksanakan sepanjang berada dalam kawasan Kolej Kediaman/Kompleks Perumahan.

iii. Pelawat yang ingin memasuki kawasan Kolej Kediaman/Kompleks

Perumahan perlu mendapat kebenaran daripada Pegawal Keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke Kawasan Kolej Kediaman/Kompleks Perumahan.

iv. Pelawat adalah DILARANG untuk memasuki bilik penginapan pelajar dan

hanya dibenarkan berjumpa pelajar di kawasan yang telah ditetapkan untuk pelawat sahaja.

v. Perhimpunan/perjumpaan (melebihi 10 orang) dalam kalangan pelajar di

asrama tidak dibenarkan.

vi. Katil pelajar dijarakkan satu (1) meter antara satu sama lain.

vii. Tanda penjarakan satu (1) meter disediakan untuk pelajar beratur bagi semua bilik khas yang bersesuaian (tandas, bilik air/mandi, bilik cuci, bilik dobi dan pantri).

viii. Pengurusan Kolej Kediaman/Kompleks Perumahan perlu menyediakan

Jadual bertugas Penolong Pengetua sebagai rujukan pelajar sekiranya berlaku kes-kes kecemasan selepas waktu pejabat.

ix. Pelajar hendaklah melaporkan dengan segera kepada Pen. Pengetua

sekiranya diri sendiri atau rakan mengalami tanda-tanda demam, batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas

x. Pelajar yang tidak sihat perlu dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan

atau dimaklumkan untuk dibawa pulang oleh ibu bapa/penjaga.

xi. Pemantauan secara berkala oleh Pengurusan Kolej Kediaman/Kompleks Perumahan perlu diadakan bagi memastikan pelajar sentiasa mematuhi penjarakan fizikal dan berada dalam keadaan sihat.

Page 13: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

13

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

5.7 SURAU/BILIK SEMBAHYANG

i. Staf /pelajar/pelawat perlu mengimbas QR Code My Sejahtera bagi tujuan

rekod dan sekiranya tiada aplikasi tersebut bolehlah menulis nama di buku rekod yang disediakan sebelum memasuki Surau/ Bilik Sembahyang.

ii. Kegunaan Surau/Bilik Sembahyang adalah untuk tujuan solat sahaja dan perlu mengamalkan penjarakan fizikal.

iii. Staf dan Pelajar perlu bergilir-gilir menggunakan surau/bilik sembahyang.

iv. Staf dan Pelajar tidak dibenarkan berkumpul beramai-ramai di dalam

surau/bilik sembahyang. v. vi. Staf dan Pelajar dikehendaki membawa dan mengguna peralatan solat

sendiri seperti telekung dan sejadah.

vii. Aktiviti seperti ceramah/tazkirah adalah tidak dibenarkan di dalam surau/bilik sembahyang.

viii. Sentiasa memastikan sabun atau hand sanitizer disediakan di ruang solat.

5.8 PENGGUNAAN TANDAS

i. Staf dan Pelajar perlu bergilir-gilir menggunakan tandas sekiranya ruang terhad.

ii. Staf dan Pelajar perlu membasuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas menggunakan tandas.

iii. Staf dan Pelajar perlu memastikan kebersihan tandas selepas digunakan.

iv. Pekerja cucian perlu memastikan tombol pintu dan ruang/peralatan dalam tandas dinyahkuman secara kerap pada setiap hari bekerja.

v. Jabatan Pembangunan perlu memastikan bekalan air adalah stabil.

vi. Jabatan Pembangunan perlu memastikan syarikat pembersihan yang dilantik membekalkan sabun, tisu tandas atau lain-lain peralatan yang bersesuaian.

vii. Setiap tandas perlu diletakkan poster cara-cara cucian tangan yang betul.

Page 14: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

14

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

5.9 KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN/PENGUBAHSUAIAN

i. Kerja-kerja penyelenggaraan/ pengubahsuaian adalah tertakluk kepada kebenaran pihak Universiti.

ii. Jabatan Pembangunan perlu menyerahkan senarai nama syarikat yang dilantik, butiran penyelenggaraan/ pengubahsuaian dan butiran diri pekerja kepada Jabatan Keselamatan untuk tujuan pemeriksaan dan kawalan.

iii. Syarikat perlu memastikan hanya pekerja yang benar-benar sihat sahaja dibenarkan hadir bekerja.

iv. Pekerja kontrak penyelenggaraan/pengubahsuaian perlu melapor diri di pos keselamatan dan menjalani saringan suhu badan.

5.1 KERJA-KERJA PENCUCIAN

i. Jabatan Pembangunan perlu menyerahkan senarai nama syarikat yang dilantik, dan butiran diri pekerja kepada Jabatan Keselamatan atau pegawai yang dilantik di PTj tertentu (yang tiada pos keselamatan) untuk tujuan pemeriksaan dan kawalan.

ii. Syarikat perlu memastikan hanya pekerja yang benar- benar sihat sahaja dibenarkan hadir bekerja.

iii. Pekerja kontrak cucian perlu melapor diri di pos keselamatan atau pegawai yang dilantik di PTj tertentu (yang tiada pos keselamatan) dan menjalani saringan suhu badan.

iv. Pihak syarikat perlu membuat kawal selia bagi memastikan pekerja tidak berkumpul setempat dan mengamalkan penjarakan sosial.

v. Syarikat dikehendaki membekalkan kepada setiap pekerja alat pelindung diri yang bersesuaian seperti topeng muka dan sarung tangan yang bersesuaian secukupnya mengikut keperluan.

vi. Bagi pekerja yang ditugaskan dalam proses sanitasi perlu

menggunakan Personal Protective Equipment (PPE) asas seperti

pelitup muka atau face shield, apron dan sarung tangan.

vii. Syarikat hendaklah mengurus dan menyimpan rekod pekerja seperti rekod kehadiran, saringan kesihatan, pergerakan pekerja dan butiran peribadi pekerja.

viii. Kerja-kerja sanitasi dan pembersihan ruang gunasama perlu dilaksanakan berdasarkan dokumen kontrak sedia ada sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari iaitu sebelah pagi dan petang. Ruang gunasama ini termasuklah lif, lobi bangunan, tandas, ruang pejabat dan pantry.

ix. Pekerja cucian perlu lap permukaan yang kerap disentuh seperti

butang lif, rel pemegang tangan (railing), tombol pintu, kerusi, meja, kaunter, suis lampu, telefon, papan kekunci komputer dengan bahan disinfeksi yang dibenarkan (dengan kadar minimum 60% alkohol).

Page 15: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

15

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

6 PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) 6.1 PENDAFTARAN PENGINAPAN PELAJAR BAHARU DI KOLEJ KEDIAMAN/

KOMPLEKS PERUMAHAN

Page 16: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

16

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

No Aktiviti TanggungJawab

1. Melengkapkan borang Deklarasi Kesihatan di pautan:

http://www.coshe.my/borang-deklarasi-kesihatan-pelajar

Pelajar Baharu

2. Makluman Jadual Kehadiran Pelajar ke Kolej Kediaman Pusat Pengurusan Akademik

Pusat Perumahan Pelajar

3. Pemeriksaan suhu badan pelajar & pengiring semasa tiba di

kampus

Jab. Keselamatan

4. Menurunkan pelajar di lokasi pendaftaran penginapan Ibu/Bapa/Pengiring

5. Pemeriksaan suhu badan pelajar & penyediaan bilik kuarantin

sementara

Pusat Perumahan Pelajar

6. Melakukan sanitasi menggunakan Hand sanitizer dan merekod

Kehadiran melalui aplikasi My sejahtera

Pelajar Baharu

Pusat Perumahan Pelajar

7. Mendaftar penginapan dan Pengambilan kunci Pusat Perumahan Pelajar

8. Masuk ke bilik penginapan maksimum masa dibenarkan adalah

30 minit

Pelajar Baharu/Pengiring

Jab.Keselamatan

Pusat Perumahan Pelajar

Page 17: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

17

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

6.2 PENDAFTARAN PENGINAPAN LAMA DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN

Page 18: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

18

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

No Aktiviti TanggungJawab

1. Melengkapkan borang Deklarasi Kesihatan di pautan:

http://www.coshe.my/borang-deklarasi-kesihatan-pelajar

Pelajar

2. Makluman Jadual Kehadiran Pelajar ke Kolej Kediaman Pusat Perumahan Pelajar

3. Pemeriksaan suhu badan pelajar & pengiring semasa tiba di

kampus

Jab. Keselamatan

4. Menurunkan pelajar di lokasi pendaftaran penginapan Ibu/Bapa/Pengiring

5. Pemeriksaan suhu badan pelajar & penyediaan bilik kuarantin

sementara

Pusat Perumahan Pelajar

6. Melakukan sanitasi menggunakan Hand sanitizer dan merekod

Kehadiran melalui aplikasi My sejahtera

Pelajar

Pusat Perumahan Pelajar

7. Pengesahan kehadiran dan pendaftaran bilik penginapan di

pejabat kolej kediaman

Pelajar

8. Masuk ke bilik penginapan Pelajar Baharu

Jab.Keselamatan

Pusat Perumahan Pelajar

Page 19: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

19

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

6.3 PELAJAR LAMA MOHON KEMBALI KE KOLEJ KEDIAMAN/KOMPLEKS PERUMAHAN

Page 20: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

20

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

No Aktiviti TanggungJawab

1. Membuat permohonan Kembali ke Asrama Pelajar

2. Melengkapkan borang Deklarasi Kesihatan di pautan:

http://www.coshe.my/borang-deklarasi-kesihatan-pelajar

Pelajar

3. Kemaskini Status Kelulusan Permohonan Pengetua

4. Pemeriksaan Dokumen Status Kelulusan semasa tiba di kampus Jab. Keselamatan

5. Pemeriksaan suhu badan pelajar semasa tiba di kampus Jab. Keselamatan

PKU

6. Merekod Kehadiran melalui aplikasi Check In Location Pelajar

7. Melakukan sanitasi menggunakan Hand sanitizer Pelajar

8. Memasuki Bilik Penginapan mengikut tempoh masa yang

ditetapkan

Pelajar

9. Merekod daftar keluar melalui aplikasi Check In Location Pelajar

Page 21: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

21

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

6.4 PENDAFTARAN PENGINAPAN LUAR

Page 22: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

22

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

No Aktiviti TanggungJawab

1. Melengkapkan borang Deklarasi Kesihatan Tetamu

2. Hadir mengikut Tarikh kelulusan Pusat Perumahan Pelajar

Tetamu

3. Pemeriksaan suhu badan semasa tiba di kampus Jab. Keselamatan

4. Memasuki Pejabat Pengurusan Wakil Tetamu

5. Pemeriksaan suhu badan Pusat Perumahan Pelajar

6. Melakukan sanitasi menggunakan Hand sanitizer dan merekod

Kehadiran melalui aplikasi My sejahtera

Pelajar

Pusat Perumahan Pelajar

7. Pengesahan kehadiran dan pendaftaran bilik penginapan Pusat Perumahan Pelajar

Tetamu

8. Masuk ke bilik penginapan Tetamu

Page 23: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

23

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

6.5 PELAWAT MOHON MEMASUKI KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN MEMASUKI PREMIS KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN

Page 24: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

24

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

No Aktiviti TanggungJawab

1. Pelawat memaklumkan tujuan memasuki kolej kediaman/ kompleks perumahan

Pelawat

2. Pemeriksaan suhu badan semasa tiba di kampus Jab. Keselamatan

3. Memasuki Pejabat Pengurusan Pelawat

4. Pemeriksaan suhu badan Pusat Perumahan Pelajar

5. Melakukan sanitasi menggunakan Hand sanitizer dan merekod

Kehadiran melalui aplikasi My sejahtera

Pelawat

Pusat Perumahan Pelajar

6. Mendaftar keluar setelah selesai urusan Pelawat

Jab. Keselamatan

Page 25: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

25

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

LAMPIRAN

Page 26: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

26

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Page 27: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

27

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Ruang Kaunter Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman/Kompleks Perumahan

Page 28: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

28

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Ruang Kafeteria Kolej Kediaman/Kompleks Perumahan

Page 29: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

29

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Ruang Lif Kolej Kediaman/Kompleks Perumahan

Page 30: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

30

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Kaunter Parcel Kolej Kediaman/Kompleks Perumahan

Page 31: GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN …

31

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI KOLEJ KEDIAMAN/ KOMPLEKS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Kaunter Pejabat Kolej Kediaman/Kompleks Perumahan