melindungi ekonomi malaysia daripada covid-19

4
PNB INSIGHTS Isu 1/2020 MELINDUNGI EKONOMI MALAYSIA DARIPADA COVID-19

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MELINDUNGI EKONOMI MALAYSIA DARIPADA COVID-19

PNB INSIGHTSIsu 1/2020

MELINDUNGI EKONOMI MALAYSIA DARIPADA COVID-19

Page 2: MELINDUNGI EKONOMI MALAYSIA DARIPADA COVID-19

1PNB Insights, Isu 1/2020

Bermula 10 Jun 2020, Malaysia telah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang dijadualkan berakhir 31 Ogos 2020. Walaupun penjarakan sosial masih berkuat kuasa, aktiviti ekonomi yang hampir sepenuhnya dibuka dijangka dapat menjana semula pertumbuhan ekonomi negara yang terkesan teruk akibat daripada kawalan pergerakan sepanjang tempoh enam minggu ianya dilaksanakan. Namun begitu, terdapat persoalan mengenai sejauh mana tahap kesegeraan pemulihan ekonomi dapat dicapai ekoran pembukaan semula aktiviti perniagaan.

Secara keseluruhan, PKP yang dilaksanakan dalam tiga fasa ini telah berjaya meratakan lekuk (flattening the curve) pandemik COVID-19 di seluruh negara. Malah, dalam tempoh tersebut juga semangat #kitajagakita telah dizahirkan dalam kalangan rakyat Malaysia, tidak mengira latar belakang, bekerjasama menghulurkan bantuan kewangan dan barangan kepada golongan yang terjejas akibat daripada pandemik, khasnya kumpulan barisan hadapan (frontliners) dan yang kurang berkemampuan. Beberapa syarikat besar juga tidak ketinggalan memberikan bantuan dalam memerangi COVID-19. Sebagai contoh, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah memberikan sumbangan sebanyak RM23 juta, kesinambungan daripada usaha serupa yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat strategiknya seperti Malayan Banking Bhd, Kumpulan Sime Darby, Sapura Energy Bhd, dan lain-lain. Di samping itu, terdapat pelbagai badan dan individu lain yang telah memperuntukkan lebih daripada RM25 juta dana di bawah anjuran The Edge iaitu The Edge’s COVID-19 Pandemic Funds.

MENGURANGKAN KESAN KELEMBAPAN EKONOMI AKIBAT COVID-19

Walau bagaimanapun, langkah-langkah pembendungan pandemik COVID-19 telah memberikan kesan serius kepada ekonomi negara. Walaupun PKP hanya dikuatkuasakan di penghujung suku pertama 2020, pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)Malaysia telah mencatat pertumbuhan perlahan 0.7% dalam tempoh tersebut, penurunan ketara berbanding kadar pertumbuhan 3.6% pada suku sebelumnya. Indeks pengeluaran perindustrian (IPP) menjunam sebanyak 32% tahun ke tahun pada bulan April 2020, selepas mencatat kejatuhan 4.9% pada bulan Mac, manakala perdagangan borong dan runcit negara menguncup sebanyak 36.6% pada bulan April 2020.

Menyedari keadaan ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa pakej rangsangan ekonomi dengan sasaran untuk mengurangkan kesan kegawatan ekonomi, pada masa yang sama merangsang pemulihan ekonomi jangka pendek dan sederhana. Secara keseluruhan, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM315 billion dalam empat pakej berasingan, seperti yang dinyatakan dalam Jadual di bawah:

Jadual 1: Pakej Rangsangan Ekonomi COVID-19

MELINDUNGI EKONOMI MALAYSIA DARIPADA COVID-19

TARIKH PENGUMUMAN

PERUNTUKAN (RM BILION)

Sumbangan Langsung Kerajaan Sumber Lain Jumlah

Pakej RangsanganEkonomi 27 Februari 2020 3.5 16.5 20

Pakej RangsanganEkonomi Prihatin 27 Mac 2020 21.5 228.5 250

Pakej RangsanganEkonomi Prihatin SME 6 April 2020 10 - 10

Pelan Jana SemulaEkonomi Negara (PENJANA) 5 Jun 2020 10 25 35

JUMLAH 45 270 315

1

2

3

4

Page 3: MELINDUNGI EKONOMI MALAYSIA DARIPADA COVID-19

2PNB Insights, Isu 1/2020

Pakej PRIHATIN yang disediakan kerajaan sebahagian besarnya bertujuan untuk mengurangkan impak kelembapan ekonomi akibat daripada pandemik. Manakala, pakej PENJANA pula memberi tumpuan kepada pemulihan aktiviti ekonomi jangka pendek khasnya tempoh baki tahun 2020. Namun begitu, sejumlah besar suntikan dana langsung kerajaan bagi kesemua empat pakej rangsangan berjumlah RM45.0 bilion masih bertunjangkan matlamat menyediakan bayaran tunai dan mencegah kehilangan pekerjaan. Daripada jumlah tersebut, RM11.5 bilion telah diperuntukkan untuk program Bantuan Prihatin Nasional (BPN), lanjutan daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang disasarkan untuk golongan isi rumah dan individu dalam kategori B40. Di samping itu, kerajaan juga memperuntukkan RM13.8 bilion dan RM380 juta bagi program subsidi gaji dan pengekalan pekerjaan yang diuruskan oleh PERKESO. Selain daripada bayaran wang tunai,

pakej PRIHATIN dan PENJANA juga merangkumi langkah-langkah memastikan keberlangsungan perniagaan seperti kemudahan bantuan khas, pinjaman mudah dan pelepasan cukai.

KRISIS DAPAT DIATASI?

Walaupun langkah-langkah yang telah diambil sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesan negatif terhadap ekonomi negara, masih terdapat beberapa tindakan tambahan yang perlu dilakukan. Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terhadap kesan COVID-19 kepada firma-firma perniagaan mendapati hampir 70% daripada responden melaporkan tiada sebarang jualan atau hasil dicatatkan sepanjang tempoh PKP, manakala 42.5% memerlukan masa lebih dari enam bulan untuk pulih. Selain itu, perkara yang turut membimbangkan ialah kebergantungan kepada insentif seperti subsidi upah dan moratorium pinjaman yang akan tamat dalam tempoh kurang enam bulan.

Situasi negatif yang dialami perniagaan secara langsung menjerumus kepada berlakunya pengangguran dan kekurangan peluang pekerjaan. Seperti dijangka, kadar pengangguran di Malaysia telah melonjak kepada 5.0% pada April 2020. Angka ini, bagaimanapun, tidak termasuk kumpulan pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, ataupun mereka yang telah dikenakan potongan gaji, dan lain-lain langkah penjimatan kos buruh yang menyebabkan pendapatan individu berkurangan. Sesungguhnya, pengangguran dan kurangnya peluang pekerjaan memberi kesan besar kepada golongan belia yang terdedah dengan risiko dibuang kerja, manakala pekerja yang lebih berpengalaman, cenderung untuk dikenakan potongan gaji sahaja.

Selain itu, program bantuan kewangan di bawah pakej PRIHATIN juga mungkin tidak mencukupi. Menurut PERKESO, bantuan di bawah Program Pengekalan Pekerjaan (layak untuk pekerja yang diberikan cuti tanpa gaji) telah dilanggan penuh hanya dalam jangkamasa dua minggu selepas program ini diperkenalkan. Sementara itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaporkan bahawa sebahagian besar daripada 4.1 juta permohonan pengeluaran akaun i-Lestari adalah daripada kumpulan B40. Malah, terdapat ahli yang telahpun menghabiskan baki akaun mereka melalui pengeluaran had maksimum RM1,000 yang dibenarkan.

Menurut PERKESO, lebih daripada 18,000 pekerja hilang pekerjaan pada bulan Jun yang lalu. Ini melebihi jumlah bagi tempoh tiga bulan pertama 2020. Laporan terkini daripada PERKESO juga menyatakan sebanyak 3,239 orang telah kehilangan pekerjaan bagi tempoh tiga hari pertama pada bulan Julai. Ini menunjukkan bahawa kelonggaran kawalan pergerakan tidak memberi jaminan pemulihan ekonomi secara automatik.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pertumbuhan ekonomi negara berpotensi mencatatkan penguncupan lebih daripada 0.2% yang disifatkan sebagai “senario terburuk” oleh bank pusat tersebut.

MELINDUNGI EKONOMI MALAYSIA DARIPADA COVID-19

Page 4: MELINDUNGI EKONOMI MALAYSIA DARIPADA COVID-19

3PNB Insights, Isu 1/2020

MELINDUNGI EKONOMI MALAYSIA DARIPADA COVID-19

Ini bermakna lebih banyak inisiatif diperlukan bagi memastikan keselamatan pekerja, isi rumah, dan firma, sehingga ekonomi betul-betul pulih. Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk pihak kerajaan mengambil langkah sedemikan, memandangkan arah tuju ekonomi negara pada ketika ini banyak bergantung kepada perkembangan pandemik itu sendiri, dengan kebanyakan ahli ekonomi menyatakan bahawa catatan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik dan kembali pada para sebelum pandemik, sama ada di peringkat global atau dalam negeri, hanya akan berlaku sekiranya vaksin untuk melawan COVID-19 ditemui. Berdasarkan ramalan, vaksin penting ini hanya akan tersedia paling awal pada pertengahan tahun 2021.

Bagi Malaysia, keupayaan kerajaan untuk menyediakan bantuan secara langsung agak dikekang oleh ruang fiskal negara yang terhad. Pendapatan kerajaan akan terjejas lanjutan daripada kekurangan hasil cukai dan kejatuhan harga minyak dunia. Sebelum ini, Kementerian Kewangan ada menyatakan bahawa defisit fiskal dianggarkan sekitar 5% hingga 6% daripada KDNK, meningkat daripada 3.4% pada 2019. Sementara itu, hutang kerajaan telah mencapai tahap 53% daripada KDNK, berbanding dengan had dibenarkan iaitu 55% daripada KDNK.

Mengambil kira cabaran pandemik yang belum pernah berlaku, serta kesan jangka panjang ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat, kerajaan harus mempertimbangkan sama ada konsolidasi fiskal boleh dihentikan buat sementara waktu. Secara perbandingan, suntikan fiskal secara langsung bagi Malaysia untuk program rangsangan ekonomi berjumlah kira-kira 5% daripada KDNK, berbanding hampir 10% bagi negara-negara seperti Jerman, Jepun, Thailand, dan United Kingdom. Memandangkan tekanan inflasi yang agak rendah dan syarat perundangan yang boleh diubah, kerajaan mempunyai ruang untuk meningkatkan dana melalui pasaran terbuka dan pelbagai kaedah lain. Sebelum ini, BNM telah memberikan isyarat untuk menambah kecairan dalam sistem pasaran dengan mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 1.75%, iaitu kadar terendah pernah diambil.

Sehubungan itu, kerajaan hendaklah melakukan perbelanjaan fiskal tambahan ke arah pengukuhan sistem perlindungan sosial di Malaysia, program pemulihan peluang pekerjaan bagi sektor paling terjejas, dan pelaburan awam dalam penjagaan kesihatan serta pendidikan adalah sangat diperlukan.

PEMULIHAN PERLU BANTUAN BERTERUSAN

Akhir kata, pemulihan ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada kejayaan mengelakkan gangguan aktiviti ekonomi disebabkan oleh peningkatan semula kes COVID-19. Menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), ekonomi sesebuah negara dianggarkan kehilangan 2% pertumbuhan KDNK bagi setiap tempoh sebulan kawalan pergerakan. Jika kita semua memainkan peranan masing-masing dalam memastikan bahawa lekuk COVID-19 kekal rata, pertumbuhan dan pemulihan ekonomi pasti akan menyusul.

1 Jabatan Perangkaan Malaysia (2020), Tinjauan Khas ‘Kesan COVID-19 kepada Ekonomi dan Syarikat/Firma Perniagaan’ - Pusingan 1

Ketika artikel ini diterbitkan pada 30 Julai 2020, jumlah kes positif terkini yang dicatatkan adalah sebanyak 8. Kita tidak seharusnya alpa, perlu terus mengamalkan penjarakan fizikal dan menjaga kebersihan diri, bagi mencegah penularan wabak ini.