melayu islam beraja dalam sains dan teknologi

10
Melayu Islam Beraja dalam Sains dan Teknologi PENDAHULUAN Sebelum beralih kepada tajuk perbincangan adalah lebih baik kita menyentuh sedikit mengenai konsep Melayu Islam Beraja. Melayu Islam Beraja yang dihasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam serta seluruh isi di dalamnya sebagai “Baldatun Taubatun Warabbatun Ghafur” iaitu Negara yang sejahtera, sentiasa di bawah perlindungan Allah. Negara Brunei Darussalam akan sentiasa menuju ke arah kesejahteraan jika raja, kerajaan dan rakyat benar-benar mengamalkan dan menghayati falsafah Melayu Islam Beraja berdasarkan kepada prinsip-prinsip Islam. Negara Brunei Darussalam bukanlah Negara sekular yang menganggap perubahan diri atau kehidupan seorang individu itu berlaku dari hasil perubahan sekitar (sains dan teknologi). Konsep perubahan yang diajukan oleh Barat (sekular) sangat berbeza dengan pandangan Islam kerana Islam mentafsirkan bahawa konsep perubahan itu ialah hasil dari manusia itu sendiri, bukan sekitaran yang mengelilingi manusia (Ahmad, 1979: 231) seperti yang termaktub dalam firman Allah dalam surah al-Ra’d:11 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka berusaha merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” 1

Upload: silvia-li

Post on 18-Jun-2015

1.473 views

Category:

Documents


31 download

TRANSCRIPT

Page 1: Melayu Islam Beraja dalam Sains Dan Teknologi

Melayu Islam Beraja dalam Sains dan Teknologi

PENDAHULUAN

Sebelum beralih kepada tajuk perbincangan adalah lebih baik kita menyentuh sedikit

mengenai konsep Melayu Islam Beraja. Melayu Islam Beraja yang dihasrat menjadikan Negara

Brunei Darussalam serta seluruh isi di dalamnya sebagai “Baldatun Taubatun Warabbatun

Ghafur” iaitu Negara yang sejahtera, sentiasa di bawah perlindungan Allah. Negara Brunei

Darussalam akan sentiasa menuju ke arah kesejahteraan jika raja, kerajaan dan rakyat benar-

benar mengamalkan dan menghayati falsafah Melayu Islam Beraja berdasarkan kepada prinsip-

prinsip Islam.

Negara Brunei Darussalam bukanlah Negara sekular yang menganggap perubahan diri

atau kehidupan seorang individu itu berlaku dari hasil perubahan sekitar (sains dan teknologi).

Konsep perubahan yang diajukan oleh Barat (sekular) sangat berbeza dengan pandangan Islam

kerana Islam mentafsirkan bahawa konsep perubahan itu ialah hasil dari manusia itu sendiri,

bukan sekitaran yang mengelilingi manusia (Ahmad, 1979: 231) seperti yang termaktub dalam

firman Allah dalam surah al-Ra’d:11 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka berusaha merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

Dalam firman di atas ini dapatlah ditafsirkan bahawa manusia diberi kebebasan untuk

bertindak secara mutlaq dan terhad. Manusia juga mampu membuat perubahan dalam dirinya

dengan adanya jiwa dan akal yang dikurniakan oleh Allah untuk manusia memilih dan berfikir.

Menurut Imam Hasan Al-Banna mengatakan bahawa Islam membebaskan akal, mendorong

supaya menganalisis dan mengamati kejadian alam sekeliling. Islam mengangkat tinggi

kedudukan ilmu dan ahli-ahli ilmu serta mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat”

Beralih pula kepada Konsep Sains dan Teknologi yang ingin dikaitkan dengan tajuk

pembentangan. Konsep Sains dan Teknologi yang dimaksudkan di sini ialah ilmu pengetahuan

1

Page 2: Melayu Islam Beraja dalam Sains Dan Teknologi

yang teratur berdasarkan kebenaran yang berkaitan dengan perbuatan hasil, industri yang dicipta

dari akal manusia. Selain daripada itu, ada yang mentafsirkan bahawa ilmu sains dan teknologi

merupakan maklumat-maklumat dan penemuan-penemuan yang sistematik, progresif dan

dinamik hasil pemikiran dan kebijaksanaan manusia dengan membuat kajian-kajian yang teliti

dan teratur pada alam yang Allah ciptakan. Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa

sains dan teknologi itu adalah hasil dari pemikiran manusia untuk mencipta sesuatu yang luar

biasa untuk kepentingan, kemudahan atau menjadikan sesuatu itu unik dan berguna serta untuk

mengisi kehidupan yang lebih sempurna.

Jadi dapat diaplikasikan hasil sains dan teknologi yang dimaksudkan itu telahpun

tertanam dalam kehidupan manusia sehari-hari tanpa disedari. Beberapa contoh yang dapat

dilihat, jika dahulu orang harus menempuh jarak yang lama hingga beberapa tahun untuk pergi

ke sebuah negeri atau tempat namun sekarang hanya ditempuh beberapa jam sahaja (kenderaan).

Seorang anak di Brunei dapat berbicara langsung dengan ayahnya di New York dengan hanya

mengangkat genggang telefon (alat komunikasi; telefon bimbit, internet, MSN dan lain-lain).

Begitu juga halnya mengetahui berita-berita terkini dengan hanya melihat pada kaca televisyen

dan mendengar radio dan banyak lagi teknologi-teknologi yang dihasilkan oleh saintis.

Oleh yang demikian hasil huraian mengenai Konsep Melayu Islam Beraja dengan

Konsep Sains dan teknologi dapatlah kita kaitkan satu persatu. Di Negara Brunei Darussalam

juga tidak terlepas dalam menghadapi perubahan era globalisasi dan ilmu sains teknologi,

walaupun masih berpegang pada konsep Melayu Islam Beraja. Perkara ini dapat dilihat dari segi

aspek kebudayaan, kemudahan, undang-undang, kesihatan, pertahanan, pendidikan, sosial dan

juga ekonomi.

Dari aspek kebudayaan sebenarnya merangkumi pelbagai aspek antaranya adat resam,

kepercayaan, kesenian, perundangan dan sebagainya. Kebudayaan di Negara Brunei Darussalam

juga kini sudah terpengaruh dengan sains dan teknologi. Penggunaan sains dan teknologi dalam

kebudayaan bangsa Brunei semakin diguna pakai pada masa ini. Salah satu contoh yang ketara

kini ialah dalam adat memanggil-manggil (memohonkan) untuk sesuatu majlis doa selamat, jika

dahulu tuan rumah yang berhajat untuk menjemput seseorang ke majlisnya akan datang kerumah

2

Page 3: Melayu Islam Beraja dalam Sains Dan Teknologi

seseorang itu dan yang berhajat itu sendiri akan menyampaikan hajatnya melalui empat mata.

Akan tetapi kini orang lebih senang menggunakan telepon ataupun teks pesanan ringkas (SMS).

Perkara ini terjadi adalah disebabkan adanya kemudahan teknologi IT yang penggunaanya

memudahkan lagi para penggunanya untuk berhubung. Namun nilai-nilai murni yang diterapkan

dalam Melayu Islam beraja masih wujud seperti beramah mesra sesam insan, mengunjungi sanak

saudara dan jiran berhampiran dan saling tolong-menolong tetangga dan sanak saudara akan

berita semasa.

Di lihat dari aspek perubatan, sebelum adanya ilmu sains dan teknologi, masyarakat

melayu mengamalkan perubatan bomoh dan dukun. Dengan kemunculan ilmu sains dan

teknologi, ianya melahirkan pakar-pakar perubatan moden dan kini masyarakat lebih memilih

untuk menggunakan perubatan moden berbanding perubatan bomoh dan dukun. Ini adalah

kerana dalam perubatan bomoh dan dukun terdapatnya amalan syirik dan kurafat(menyembah

benda lain selain Allah) yang mana ianya dilarang keras dalam agama Islam. Dalam firman

Allah, surah al-Jinn: 18 yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya, masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah”.

Kini di Negara Brunei Darussalam yang memegang konsep Melayu Islam Beraja juga

tidak ketinggalan dalam mengikuti perubahan arus kemodenan dalam mempunyai teknologi-

teknologi perubatan yang canggih. Kebawah Duli Baginda Sultan sangat mengutamakan dalam

melahirkan warga yang sihat dan sejahtera bagi meneruskan kesinambungan pembangunan dan

menentukan hala tuju masa depan negara. Baginda berasa bersyukur kini Negara Brunei

Darussalam telah setanding dengan negara-negara maju. Kita bolehlah berbangga dengan

kedudukan dan status yang kita kecapi itu yang tidak lain dan tidak bukan ialah hasil kerja keras

raja yang kita sayangi yang sentiasa menitikberatkan kesihatan rakyat dan penduduk negara ini.

Beralih kepada aspek pertahanan Negara dalam memfokuskan mengenai peralatan dan

senjata. Islam menuntut umatnya mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan teknologi yang

perlu untuk menghadapi musuh, dan persiapan ini termasuk dalam tuntutan fardu kifayah. Allah

berfirman dalam surah al-Anfal: 60 yang bermaksud:

3

Page 4: Melayu Islam Beraja dalam Sains Dan Teknologi

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu)

kamu menggentarkan musuh”.

Dalam firman ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Allah menyuruh umatnya

menyiapkan diri atau bala tentera dengan apa saja cara untuk mencari jalan demi

mempertahankan umat Islam. Di Negara Brunei Darussalam dengan berkonsepkan Melayu Islam

Beraja telah menubuhkan Angkata Bersenjata Di-Raja Brunei berserta peralatan-peralatan

senjata, satu angkatan yang terpenting yang memegang tanggungjawab untuk memastikan

keselamatan negara terjamin dan rakyat dilindungi daripada sebarang ancaman dan bahaya.

Dengan menggunakan senjata api hasil dari ilmu sains dan teknologi yang dicipta, dapatlah

digunakan untuk tujuan tertentu. Walaupun di Negara Brunei Darussalam menggunakan senjata

api yang dapat dikatakan bahaya di mata masyarakat Brunei, namun undang-undang yang dibuat

sangat ketat dan terkawal supaya masyarakat tidak memegang dan menggunakan senjata

tersebut dalam kegiatan sehari-hari. Segala yang dibuat mempunyai tujuan tertentu seperti

menanamkan sikap mempertahankan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan Negara di

samping menolong penduduk supaya dalam keadaan selamat dan tenteram.

Mengenai aspek kemudahan pula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menyediakan beberapa jabatan

kerajaan untuk memberi kemudahan-kemudahan kepada rakyat seperti talian telefon, bekalan

elektrik, saluran air dan banyak lagi yang disediakan. Dari segi undang-undang pula seperti

undang-unang jalan raya, Kebawah Duli juga menyediakan tiang lampu isyarat untuk memberi

kemudahan kepada pengguna jalan raya supaya mengikut peraturan berhenti atau berjalan.

Semuanya dari hasil ilmu sains dan teknologi. Di lihat di kedai-kedai juga ada menjual keperluan

harian seperti seterika, penghawa dingin, mesin pengisar dan banyak lagi dan semuanya hasil

dari ilmu sains dan teknologi. Tujuan utama tersedianya kemudahan-kemudahan tersebut adalah

supaya penduduk Negara Brunei Darussalam akan dapat mencari rezeki halal, tidak mencuri

serta menolong rakyat dalam mencari keperluan harian.

4

Page 5: Melayu Islam Beraja dalam Sains Dan Teknologi

Aspek pendidikan dapat dilihat dalam kurikulum sekolah yang mengadakan pelajaran

komputer atau “computer studies” yang menggunakan komputer untuk membuat tugasan di

samping melayari internet untuk kemudahan mencari sumber-sumber dari luar. Selain komputer

terdapat juga mesin fotokopi, ‘projector’, OHP, airkon, kipas angin, segala media cetak dan

elektronik dan baru-baru ini muncul teknologi jalur lebar (broadband) semua yang disebutkan di

atas adalah lahir dari ilmu sains dan teknologi yang dapat digunakan demi kesejahteraan dan

kesenangan rakyat di Negara Brueni Darussalam. Rakyat dan penduduk juga akan dapat

menimba ilmu pengetahuan lebih di samping untuk memberi kemudahan dalam mengerjakan

tanggungjawab.

Sebagai kesimpulannya, Melayu Islam Beraja menerima sains dan teknologi yang telah

dicipta kerana terdapatnya kemudahan dan mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada

pengguna. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang dicipta tersebut, manusia tidak rugi dan

bertambah maju serta celek akal untuk mengetahui sesuatu yang baharu. Allah Ta’ala mencipta

manusia intuk menggunakan ilmu pengetahuannya bukan sahaja untuk mengenal Tuhan tetapi

juga untuk berbakti sesama insan dengan menggunakan cara yang baik lagi halal untuk mencapai

tujuan dan tidak melanggar batas-batas ajaran Islam.

Agama Islam juga tidak sepenuhnya menerima kemunculan ilmu sains dan teknologi ini

selagi tidak melanggar dari batas-batas Islam. Firman Allah dalam surah Al-Imran: 104 yang

bermaksud:

“Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, mereka itulah orang-orang yang

beruntung.”

Walaupun perkembangan sains dan teknologi di Negara Brunei Darussalam sederhana

dan tidak begitu maju namun negara masih kekal aman, makmur dan bahagia dengan apa adanya

dibandingkan negara yang maju dan berkembang dengan sains dan teknologi walhal

kemerosotan dan ketidakamanan terjadi. Antara perbuatan yang boleh ditegah dalam penggunaan

ilmu sains dan teknologi ialah seperti melanggar dan menjejaskan kehormatan, kedaulatan dan

ketinggian yang selayaknya bagi raja yang menjadi ululamri.

5

Page 6: Melayu Islam Beraja dalam Sains Dan Teknologi

"Kenakalan-kenakalan yang kita maksudkan itu kelihatannya adalah oleh segelintir orang. Mungkin saja dari luar negara, tetapi dengan kecanggihan ICT- teknologi perhubungan dan maklumat ianya mudah melarat-melarat yang mengundang juga kenakalan orang-orang di

dalam negeri,"

Demikian lain halnya dengan sekarang, dimana maklumat yang diisi dan dimuatkan

dalam komputer dan alat-alat perhubungan tidak semuanya betul dan berfaedah yang

memerlukan kepada penggunanya berhati-hati dan meneliti maklumat berkenaan. Kerana itu

Allah Subhanahu Wataala awal-awal lagi memberikan peringatan sebagaimana firman-Nya

dalam Surah Al-Hujuraat:6 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasakh membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan

sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".

Bibliografi

Abu Bakar Haji Kassim (1993). Islam, Sains dan Teknologi, cetakan Zafar Sdn. Bhd, cetakan

pertama, Kuala Lumpur.

Haji Mohd. Sanusi Mahmood (1975). Mengenal Islam dan hubungannya dengan Sains dan

Teknologi, dicetak oleh Al-Ahmadiah, Johor Baharu.

M.T. Zen (1984). Sains, Teknologi dan Hari Depan Manusia, penerbit PT Gramedia, cetakan

ketiga, Jakarta Indonesia.

Zainuddin Sardar terjemahan Rosnani Hashim dan Abdul Karim Abdul Ghani (1991). Sentuhan

Midas: Sains, Nilai dan Persekitaran menurut Islam dan Barat, penerbit dewan Bahasa

dan Pustaka, Kuala Lumpur.

6

Page 7: Melayu Islam Beraja dalam Sains Dan Teknologi

http://abuhanis.blogspot.com/2006/08/islam-mementingkan-sains-dan-teknologi.html

http://www.brunet.bn/news/pelita/18jan/berita16.htm

http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/15julai/kk.htm

7