mekanisasi ladang bagi pengeluaran serai makan (field ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/03/mekanisasi...

8
33 Buletin Teknologi MARDI, Bil. 3(2013): 33 – 40 Mekanisasi ladang bagi pengeluaran serai makan (Field mechanization packages in lemongrass production) Anuar Abdullah, Eddy Herman Sharu dan Wan Mohd Aznan Wan Ahamad Pengenalan Serai atau serai makan (Cymbopogon citratus) ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Cymbopogon. Tanaman herba beraroma ini dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas ke kawasan tropika, termasuk Malaysia. Aroma yang dihasilkan daripada tanaman ini selalunya digunakan sebagai bahan perasa dalam makanan. Rasanya yang unik dapat menambah keenakan masakan dan meningkatkan selera. Bagi sesetengah negara pula, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati (ekstrak) yang boleh dijadikan sebagai salah satu bahan tambahan bagi penghasilan produk siap seperti sabun, bahan pencuci, syampu dan lain-lain. Menyedari nilai potensi dan permintaan yang tinggi sama ada untuk kegunaan tempatan dan eksport, penanaman tanaman ini semakin meningkat popular. Mengikut statistik daripada Jabatan Pertanian (DOA), jumlah keluasan bagi tanaman ini menunjukkan peningkatan sehingga 990 ha pada tahun 2008. Statistik daripada DOA ini juga menunjukkan kecenderungan peningkatan ini berkadaran langsung mengikut tahun bermula dari tahun 2005 – 2008. Oleh itu, aspek mekanisasi dilihat sangat penting dan diperlukan untuk membuka lembaran pertanian yang baru khususnya dalam pengeluaran serai makan bagi memenuhi keperluan pasaran terhadap tanaman ini yang semakin meningkat. Aplikasi mekanisasi pertanian merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dan meningkatkan kadar pengeluaran di kebun dan ladang pertanian. Adaptasi daripada sistem mekanisasi juga mampu meringankan beban buruh dalam mengendalikan proses berkaitan. Dalam pengeluaran serai makan, penggunaan jentera amat penting terutamanya dalam kerja penyediaan tapak tanaman, penanaman dan penuaian. Operasi pengeluaran serai makan pada masa kini dilakukan secara manual dan telah menimbulkan banyak kesulitan kepada petani kerana memerlukan tenaga kerja yang tinggi dan intensif. MARDI telah menjalankan aktiviti penyelidikan bagi mengatasi masalah di atas dengan mengenal pasti dan mengubah suai mesin yang berpotensi untuk digunakan dalam pengeluaran serai makan. Penyelidikan tersebut merangkumi tiga aspek utama iaitu penanaman, penjagaan tanaman dan penuaian. Langkah ini penting bagi membentuk satu sistem pengeluaran dan prasarana yang efisien terutamanya dalam aspek mekanisasi bagi membolehkan semua operasi utama di peringkat ladang dapat dilakukan menerusi operasi kejenteraan secara menyeluruh.

Upload: lynhu

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

33

  Buletin Teknologi MARDI, Bil. 3(2013): 33 –  40

Mekanisasi ladang bagi pengeluaran serai makan(Field mechanization packages in lemongrass production)

Anuar Abdullah, Eddy Herman Sharu dan Wan Mohd Aznan Wan Ahamad

PengenalanSerai atau serai makan (Cymbopogon citratus) ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Cymbopogon. Tanaman herba beraroma ini dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas ke kawasan tropika, termasuk Malaysia. Aroma yang dihasilkan daripada tanaman ini selalunya digunakan sebagai bahan perasa dalam makanan. Rasanya yang unik dapat menambah keenakan masakan dan meningkatkan selera. Bagi sesetengah negara pula, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati (ekstrak) yang boleh dijadikan sebagai salah satu bahan tambahan bagi penghasilan produk siap seperti sabun, bahan pencuci, syampu dan lain-lain. Menyedari nilai potensi dan permintaan yang tinggi sama ada untuk kegunaan tempatan dan eksport, penanaman tanaman ini semakin meningkat popular. Mengikut statistik daripada Jabatan Pertanian (DOA), jumlah keluasan bagi tanaman ini menunjukkan peningkatan sehingga 990 ha pada tahun 2008. Statistik daripada DOA ini juga menunjukkan kecenderungan peningkatan ini berkadaran langsung mengikut tahun bermula dari tahun 2005 – 2008. Oleh itu, aspek mekanisasi dilihat sangat penting dan diperlukan untuk membuka lembaran pertanian yang baru khususnya dalam pengeluaran serai makan bagi memenuhi keperluan pasaran terhadap tanaman ini yang semakin meningkat. Aplikasi mekanisasi pertanian merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dan meningkatkan kadar pengeluaran di kebun dan ladang pertanian. Adaptasi daripada sistem mekanisasi juga mampu meringankan beban buruh dalam mengendalikan proses berkaitan. Dalam pengeluaran serai makan, penggunaan jentera amat penting terutamanya dalam kerja penyediaan tapak tanaman, penanaman dan penuaian. Operasi pengeluaran serai makan pada masa kini dilakukan secara manual dan telah menimbulkan banyak kesulitan kepada petani kerana memerlukan tenaga kerja yang tinggi dan intensif. MARDI telah menjalankan aktiviti penyelidikan bagi mengatasi masalah di atas dengan mengenal pasti dan mengubah suai mesin yang berpotensi untuk digunakan dalam pengeluaran serai makan. Penyelidikan tersebut merangkumi tiga aspek utama iaitu penanaman, penjagaan tanaman dan penuaian. Langkah ini penting bagi membentuk satu sistem pengeluaran dan prasarana yang efisien terutamanya dalam aspek mekanisasi bagi membolehkan semua operasi utama di peringkat ladang dapat dilakukan menerusi operasi kejenteraan secara menyeluruh.

34

Nafas baru petaniMesin penanam yang telah dibangunkan adalah diadaptasi daripada mesin penanam tembakau yang telah diubah suai bagi kegunaan tanaman serai makan. Memandangkan tanaman tembakau sudah tidak lagi ditanam secara meluas di Malaysia khususnya di kawasan tanah bris di pantai timur, pelbagai infrastruktur serta mesin yang sedia ada perlu dimanfaatkan dan sekali gus dapat membantu petani menjana pendapatan.

Prasarana ladangReka bentuk asas plot penanaman serai makan yang sesuai dengan penggunaan jentera adalah seperti dalam Gambar rajah 1. Reka bentuk plot yang dilengkapi dengan prasarana ladang yang sesuai adalah penting dalam membentuk sistem yang sistematik untuk memudahkan operasi ladang serta pengendalian lepas tuai terutamanya untuk aplikasi jentera. Prasarana ladang yang disyorkan dalam pengeluaran serai makan secara mekanisasi mestilah mempunyai kemudahan jalan ladang selebar 3 m untuk memudahkan pergerakan traktor semasa melakukan operasi ladang seperti penanaman, penjagaan tanaman, pengangkutan input serta aktiviti penuaian. Selain itu, sistem pengairan yang betul sama ada jenis renjis berputar (sprinkler) atau penembak hujan (rain gun) hendaklah disediakan bagi memastikan tanaman mendapat air yang cukup pada peringkat awal pertumbuhan jika tiada hujan. Oleh itu, sumber air seperti telaga tiub, kolam buatan atau anak sungai mestilah berhampiran dengan tapak ladang. Contoh pemasangan sistem pengairan jenis tembakan hujan (rain gun) yang disyorkan bagi sehektar kawasan adalah seperti dalam Gambar rajah 2.

Penyediaan tanahSemasa penyediaan tanah, pastikan segala tunggul dan sisa-sisa tanaman dibuang untuk mengelak jangkitan penyakit serta menjamin bilangan pokok yang optimum boleh ditanam. Bagi kawasan baru, tanah perlu dibajak dengan bajak piring sedalam 25 cm, seelok-eloknya pada musim panas dan dibiarkan selama 14 hari untuk mematikan benih rumpai yang terdapat dalam tanah. Kemudian bajak putar (rotovator) digunakan dengan kedalaman 25 cm untuk mengecilkan saiz tanah sekaligus menggemburkan tanah seperti Gambar 1. Bagi kawasan yang mempunyai masalah saliran, penggunaan batas adalah disyorkan dengan saiz batas ialah 1.2 m dari parit ke parit.

Bahan tanamanTanaman serai makan ditanam menggunakan benih berakar. Benih serai tersebut perlu diambil daripada rumpun yang telah matang, berumur 8 – 9 bulan. Di dalam satu-satu rumpun, hanya pokok yang sihat dan besar sahaja boleh digunakan sebagai benih tanaman.

35

Sumber air

Jalan Ladang

Plot penanaman

Jalan LadangStor input dan rumah pam

Perparitan

Senarai semak prasarana ladang

1. Jalan ladang untuk kemudahan:

– pusingan traktor – pengangkutan input – pengangkutan hasil ladang2. Perparitan untuk saliran3. Sumber air seperti kolam

buatan/perigi (tube well) untuk sistem pengairan.

4. Stor input, rumah pam serta kemudahan teduhan untuk aktiviti pengendalian lepas tuai.

Gambar rajah 1. Susun atur kemudahan ladang yang sesuai untuk pengeluaran serai makan secara berjentera

Jalan Ladang

Jalan Ladang

Jalan LadangStor input dan rumah pam

Sumber air

100 m

Paip utama (laten)Paip utama (main)PerparitanPam gunLiputan air – 22 m (mengikut kekuatan pam)

Petunjuk

Senarai semak untuk kemudahan pengairan di ladang:1. Pam: – 7 hingga 12 Hp2. Rain gun: – Bil per ha : 9 biji – Model : PY 40 – Nozel : [14 mm : Tekanan air keluar

daripada nozzle, 350 – 450 kPa (mengikut kekuatan pam)

– Raiser : [2‘3. Paip – Utama (Main) : [3‘ – Sisi (Lateral) : [2‘

*Nota: Dengan kekuatan pam antara 7.12 Hp, rain gun hanya boleh dipasang sebanyak 2 unit untuk satu masa bagi mendapat lebih liputan air.*Kekuatan yang boleh dicapai:4.61 – 4.78 mm/jam

[32

Gambar rajah 2. Contoh susun atur sistem pengairan jenis penembak hujan untuk ladang berkeluasan 1 hektar

3 m

3 m

36

Selain itu, bagi meningkatkan kadar kecekapan penanaman menggunakan mesin penanam, panjang benih tanaman yang disyorkan adalah antara 15 – 20 cm (Gambar 2).

Alat penanam mekanikalAmalan semasa bagi penanaman serai makan adalah secara manual menggunakan teknik tugal (dibble). Teknik ini sangat memenatkan dan mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Namun begitu, hasil penyelidikan dan pembangunan berterusan yang dibuat oleh pihak MARDI, operasi penanaman boleh dilakukan dengan mudah menggunakan alat penanam mekanikal. Alat penanam mekanikal yang digunakan adalah jenis penanam sebaris (single row transplanter). Secara ringkasnya, alat penanam mekanikal ini dioperasikan dengan menggunakan traktor 4 roda, 60 – 70 hp sebagai penggerak utama (prime mover). Dengan menggunakan alat penanam mekanikal, serai makan berupaya ditanam mengikut jarak tanaman 80 cm di antara pokok dan 120 cm di antara baris (Gambar 3). Walau bagaimanapun, jarak tanaman antara pokok boleh diubah pada alat penanam mekanikal dengan sedikit penalaan dibuat dan mampu mencapai jarak antara 50 – 80 cm. Secara umumnya, kadar kerja bagi penanaman serai makan menggunakan mesin penanam ialah 5 – 6 jam bagi sehektar kawasan dengan kecekepan melebihi 93%.

Komponen utama pada mesin penanamAntara komponen utama yang terdapat pada mesin penanam ini ialah penugal, pengumpan benih (hopper) dan roda pemampat tanah (press wheel). Hasil gabungan komponen-komponen ini telah menghasilkan satu mekanisme lengkap bagi penanaman serai makan.

PenugalPenugal berfungsi untuk membuat alur sebelum proses penanaman dilakukan. Untuk mendapatkan pertumbuhan yang baik, kedalaman alur yang sesuai adalah diperlukan. Kedalaman penanaman ditentukan oleh jenis tanaman dan jenis tekstur tanah. Bagi tanaman serai makan, kedalaman alur yang sesuai adalah sedalam 5 – 7 cm. Mengikut kajian yang telah dibuat, pertumbuhan serai makan adalah sangat baik pada kedalaman ini iaitu mencapai 93% kadar pertumbuhan pokok. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan pertumbuhan yang optimum, beberapa faktor lain juga perlu diambil kira iaitu penyediaan kawasan tanaman yang baik, kualiti bahan tanaman, sistem pengairan dan saliran serta aspek penjagaan tanaman.

Pengumpan benih (Hopper)Ia digunakan untuk memegang dan menjatuhkan benih ke dalam alur yang telah dibuat mengikut jarak yang telah ditetapkan iaitu 80 cm bagi setiap pokok. Bagi operasi ini, seorang operator

37

diperlukan untuk memasukkan benih serai makan ke dalam kotak pengumpan benih pada mesin penanam (Gambar 4).

Roda penekan (Press wheel)Alat penanam mekanikal dilengkapi dengan mekanisme roda pemampat seperti dalam Gambar 5. Ia berfungsi untuk menekan dan memampatkan tanah di sekitar benih tanaman yang telah ditanam oleh mesin penanam. Sebaiknya, roda pemampat ini perlu ditala sebelum proses penanaman dilakukan mengikut jenis bahan tanaman dan jenis tanah yang akan digunakan.

Kawalan rumpai secara berjenteraLadang tanaman perlu dikawal daripada rumpai terutamanya di peringkat awal pertumbuhan. Kawalan rumpai di antara batas tanaman boleh dilakukan secara berjentera iaitu menggunakan mesin penepur pembatas seperti dalam Gambar 6a dan 6b. Kadar kerja bagi operasi ini ialah 3 – 4 jam bagi sehektar kawasan.

Gambar 1. Aplikasi bajak putar (rotovator) untuk aktiviti penyediaan kawasan tanaman

Gambar 2. Benih serai yang sedia untuk ditanam

Gambar 3. Serai makan yang ditanam mengikut jarak tanaman yang sesuai

38

PenuaianSerai makan biasanya akan mencapai tahap kematangan setelah berusia 6 – 8 bulan selepas ditanam. Kebiasaannya, rumpun serai digali secara manual menggunakan cangkul. Walau bagaimanapun, kaedah penuaian secara berjentera juga boleh dilakukan dengan menggunakan mesin penuai jenis API (Gambar 7a dan 7b). Alat penuaian perlu ditarik oleh traktor 4 roda, 60 – 70 hp sebagai penggerak utama semasa operasi penuaian. Kadar kerja bagi operasi penuaian secara berjentera adalah antara 4 – 5 jam bagi sehektar kawasan. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, mesin penuai ini amat sesuai digunakan bagi menggantikan operasi menuai secara manual kerana peratus kecederaan serai makan akibat tuaian menggunakan mesin penuai ini adalah sangat minimum iaitu ~3%.

Gambar 4. Penugal dan pengumpan benih yang terdapat pada mesin penanam 

Gambar 5. Roda penekan diperlukan untuk memampatkan tanah bagi operasi penanaman

Gambar 6a. Mekanisme penepur pembatas untuk kawalan rumpai

Gambar 6b. Keadaan tanah selepas operasi menepur

39

KesimpulanPakej mekanisasi ladang dalam pengeluaran serai makan telah dihasilkan untuk membantu pengusaha dalam pengeluaran tanaman ini di peringkat ladang. Pakej mekanisasi ini bukan sahaja dapat membantu meringankan beban kerja petani dalam pengeluaran tanaman tersebut, namun ia juga menjadikan kerja-kerja ladang menjadi lebih menarik dan senang dilakukan di samping meningkatkan kadar pengeluaran. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dibuat, pakej mekanisasi ini yang terdiri daripada mesin penanam, mesin penepur pembatas untuk kawalan rumpai dan mesin penuai adalah sangat efisien digunakan dalam pengeluaran serai makan. Bagi mesin penanam, kadar kecekapannya diukur berdasarkan kadar pokok hidup (survival rate) iaitu sekitar 93%, manakala kadar kerosakan serai makan akibat tuaian menggunakan mesin penuai ini sangat minimum iaitu sekitar 3%.

PenghargaanPenulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Aziz Abdul Wahab, Tn. Hj. Abdul Ghani Abdullah dan En. Hong Ding Long atas bantuan mereka dalam pengumpulan dan penyelenggaraan data, juga kepada semua kakitangan sokongan di Pusat Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi dan Bahagian Pengurusan Stesen, Stesen MARDI Telong, Bachok, Kelantan yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini.

BibliografiIndu Bala, J. dan Lean, N.T. (2000). Herbs the green pharmacy of Malaysia. 126 hlm.

Serdang: MARDI dengan kerjasama Vinpress Sdn. Bhd.Kamarudin, M.S. dan Latiff, A. (2002). Tumbuhan Ubatan Malaysia. 797 hlm.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar

Musa, Y., Azimah, A.K. dan Zaharah, H. (2009). Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia. 212 hlm. Serdang: MARDI

Gambar 7b. Keadaan hasil selepas operasi penuaian

Gambar 7a. Operasi penuaian menggunakan mesin penuai model API

40

RingkasanPengeluaran serai makan (Cymbopogon  citratus) memerlukan teknologi yang melibatkan aspek kejenteraan khususnya di peringkat ladang dan lepas tuai. Dimensi baru dalam pengeluaran tanaman ini diperlukan kerana permintaan pasaran yang sangat tinggi berikutan nilai komersial yang melibatkan pasaran segar mahupun pemprosesan sebagai produk siap. Bagi memenuhi permintaan tersebut, aspek mekanisasi diperlukan bagi membolehkan tanaman ini dikeluarkan secara komersial. Mekanisme kejenteraan yang dibangunkan merangkumi aspek penanaman, penjagaan tanaman dan penuaian. Ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan dan memberi impak yang besar dalam membantu petani meningkatkan pengeluaran serai makan. Kajian menunjukkan pakej mekanisasi ladang yang digunakan dalam pengeluaran serai makan sangat efisien dengan kadar kecekapan 93% bagi mesin penanam dan 97% bagi mesin penuai.

SummaryProduction of lemongrass (Cymbopogon  citratus) through adoption of mechanization technology, especially during farm and post-harvest processes, is very necessary in order to fulfil its demand. Transformation in lemongrass production must be introduced to sustain continuous supply either for fresh market or processed product. Despite the commercial value of the lemongrass being very high, it will encourage farmers to cultivate this crop at commercial scale. Therefore, each stage of the process especially planting, crop maintenance and harvesting should be mechanized to enhance the productivity. Based on our research findings, utilization of mechanization package technology in lemongrass production is very efficient especially for planting and harvesting processes at a rate of 93% and 97% respectively.

PengarangAnuar AbdullahPusat Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi,Stesen MARDI Telong, 16310 Bachok, KelantanE-mel: [email protected] Herman Sharu dan Wan Mohd Aznan Wan AhamadPusat Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur