bmco 3105 : media digital dan komunikasi · kertas kerja program “hari media digital” 3 1.0...

25
Disediakan Oleh: NUR HAZWANI BINTI HASHIM (1616346) SITI MAHERAN BINTI ZAINAL (1617214) SITI NOR HAFIZAH BINTI RAMLI (1524586) NURUL SHAZANA BINTI RAMLI (1519050) No Matrik & HP/Whatssapp: 1616346 / 0174407004 1617214 / 0179010292 1524586 / 0179674918 1519050 / 0174320995 Tugasan #: Laporan II Tajuk Tugasan: LAPORAN PROJEK II : ISU BULI SIBER DI KALANGAN PARA PELAJAR UIAM, PAGOH (PEMBENTANGAN HARI MEDIA DIGITAL) Course Coordinator/Facilitator: ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN Tarikh Hantar: MARKS /100 /10 /15 /20 /30 Marker’s Signature: Date: Student’s Signature: Date: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

Upload: others

Post on 06-Dec-2019

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

Disediakan Oleh:

NUR HAZWANI BINTI HASHIM (1616346) SITI MAHERAN BINTI ZAINAL (1617214)

SITI NOR HAFIZAH BINTI RAMLI (1524586) NURUL SHAZANA BINTI RAMLI (1519050)

No Matrik & HP/Whatssapp:

1616346 / 0174407004 1617214 / 0179010292 1524586 / 0179674918 1519050 / 0174320995

Tugasan #:

Laporan II

Tajuk Tugasan:

LAPORAN PROJEK II : ISU BULI SIBER DI KALANGAN PARA PELAJAR UIAM, PAGOH

(PEMBENTANGAN HARI MEDIA DIGITAL)

Course Coordinator/Facilitator:

ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN

Tarikh Hantar:

MARKS

/100

/10 /15 /20 /30

Marker’s Signature: Date:

Student’s Signature: Date:

BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

Page 2: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

2

SENARAI ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT (M/S)

SENARAI KANDUNGAN 02

1.0.PENGENALAN 03

2.0.SOROTAN LITERATUR 04-05

3.0.METODOLOGI 06-08

4.0.DAPATAN / HASIL 08-11

5.0.KESIMPULAN 11

RUJUKAN 12

LAMPIRAN 13-20

Page 3: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

3

1.0 PENGENALAN

Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO 3105

(Media Digital dan Komunikasi) dan BMCO 4105 (Komunikasi Perantaraan Komputer).

Program ini telah mendapat kelulusan daripada Dekan Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan

(KLM), iaitu Prof. Dr. Nuraihan binti Md. Daud di bawah bimbingan pensyarah kami sendiri,

iaitu Dr. Rosseni binti Din. Program Hari Media Digital telah diadakan pada hari Ahad, 4

November 2018 bertempat di Lecture Theatre 2, Blok 4, Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan,

IIUM Pagoh. Program ini disertai oleh 29 orang pelajar dari subjek BMCO 3105 dan 11

orang pelajar dari subjek BMCO 4105. Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk

membentangkan projek video yang telah dihasilkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

3105 di samping membolehkan para pelajar dari subjek BMCO 4105 untuk membentangkan

brosur, poster dan video yang telah disediakan oleh mereka. Bukan itu sahaja, program ini

juga dapat memupuk semangat kerjasama dan toleransi antara ahli kumpulan, di samping

dapat menimba ilmu baru berkaitan media digital dan komunikasi. Untuk projek video

BMCO 3105, para pelajar telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Kumpulan pertama yang

diwakili oleh saudara Fadzli telah membentangkan tajuk “E-Jejak”. Walau bagaimanapun,

setiap kumpulan hanya menghantar seorang sahaja wakil untuk menghuraikan serba sedikit

mengenai video yang bakal dipersembahkan. Setelah selesai sesi pembentangan dari

kumpulan pertama, pembentangan diteruskan dengan kumpulan Fatin Ariffin selaku

kumpulan kedua dengan tajuk video mereka, iaitu “Pemanasan Global”. Seterusnya,

kumpulan ketiga, iaitu kumpulan Hanzalah telah mengambil tempat untuk

mempersembahkan video mereka yang bertajuk “Lawatan ke RTM” dan diteruskan dengan

kumpulan Khairi selaku kumpulan keempat dengan tajuk video mereka, iaitu “Sport Hub E-

Application”. Setelah selesai pembentangan dari kumpulan keempat, aturcara diteruskan

dengan pembentangan dari kumpulan kelima, iaitu kumpulan Eli Aima Shazila dengan

persembahan video mereka yang bertajuk “Food Panda”. Setelah itu, pembentangan video

diteruskan oleh saudari Nurul Jannah dengan videonya yang bertajuk “Sampah” dan diambil

alih pula oleh kumpulan ketujuh, iaitu kumpulan saya sendiri yang diwakili oleh Nur

Hazwani dengan video kami yang bertajuk “Buli Siber”. Seterusnya, pembentangan projek

video yang terakhir telah dipersembahkan oleh kumpulan Nurul Syamimi, selaku kumpulan

kelapan dengan projek video mereka yang bertajuk “Bencana Tsunami”. Durasi atau masa

yang telah ditetapkan untuk tayangan video dan persembahan dari setiap kumpulan hanyalah

selama 6-7 minit sahaja.

Page 4: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

4

2.0 SOROTAN LITERATUR

Masyarakat pada hari ini mempunyai akses yang mudah terhadap teknologi

komunikasi termasuklah melalui emel, blog, telefon selular dan jaringan sosial. Berhadapan

dengan perkembangan teknologi tersebut, satu isu yang muncul khususnya dalam kalangan

remaja ialah wujudnya isu buli siber (cyberbullying), iaitu satu bentuk gangguan berteknologi

tinggi yang melibatkan penggunaaan kata-kata yang tidak sopan secara berulang. Buli

bukanlah merupakan isu baru dalam masyarakat di Malaysia mahupun di peringkat dunia.

Namun, buli siber merupakan satu gejala buli yang baru muncul setelah berlakunya ledakan

teknologi komunikasi pada hari ini. Kajian-kajian terkini (Cankaya, 2010, Eksi, 2012 &

Tpocu, et.al, 2010) menunjukkan buli siber antara bentuk gangguan yang paling kerap

berlaku khususnya dalam kalangan remaja. Buli siber kini sudah berada di tahap skala global

yang mana insiden ini berlaku di kebanyakan negara di dunia seperti United States, Kanada,

Jepun, Scandinavia, dan United Kingdom, termasuk juga Australia dan New Zealand

(Accordino, et al, 2011). Perbezakan buli secara tradisional dan buli siber ialah buli siber

tiada sempadan fizikal. Buli yang berlaku di alam siber ini begitu mudah dilakukan tanpa

diketahui siapa pelakunya.

Tempoh penyebarannya kepada khalayak boleh berlaku dalam masa yang singkat

serta begitu pantas serta tidak mampu dihapuskan dengan begitu mudah. Namun demikian,

yang membimbangkan ialah ianya boleh meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada

mangsa. Secara khususnya, buli siber didefinisikan sebagai penggunaan komunikasi

berasaskan teknologi termasuk telefon selular, emel, mesej segera dan jaringan sosial

bertujuan untuk menimbulkan gangguan atau ugutan terhadap individu melalui mesej atau

ekspresi secara dalam talian (Brady, 2010). Lazimnya, pelaku yang tidak dikenali di ruang

siber menghantar kandungan mesej yang bertujuan melukakan atau bertujuan menghina dan

boleh menjatuhkan maruah mangsa. Pelaku juga merasa bebas untuk memperkatakan apa

sahaja perkataan yang tidak boleh diterima dalam interaksi interpersonal biasa. Selain itu, jika

dibandingkan dengan buli secara bersemuka di sekolah, risiko diperhatikan oleh guru dan

pelajar lain adalah tinggi namun risiko ini tidak wujud di ruang siber. Kewujudan laman

sosial yang begitu menarik perhatian kanak-kanak mendedahkan mereka kepada situasi buli

siber dalam usia yang sangat mentah. Menurut Li (2006), perubahan teknologi telah

menggalakkan gaya tingkahlaku negatif, seperti e-pornografi, kecurian siber dan ketagihan

internet mempercepatkan lagi penyebaran jenayah bentuk baharu.

Page 5: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

5

Kajian oleh Global Youth Online Behavior Survey (Microsoft survey) pada Januari

2012 ke atas 7,600 kanak-kanak berusia lapan hingga tujuh belas tahun menunjukkan satu

daripada tiga kanak-kanak di Malaysia adalah mangsa buli siber. Kajian tersebut juga

menunjukkan tahap kesedaran ibu bapa di Malaysia terhadap buli siber agak rendah di mana

hanya 38% responden bimbang dengan isu tersebut dan hanya 27% ibu bapa yang berbicara

dengan anak-anak mereka tentang risiko komunikasi atas talian. Selain itu juga, hanya 13%

ibu bapa bertanyakan anak mereka sama ada mereka pernah dibuli secara atas talian

(berbanding purata global sebanyak 30%). Laporan statistik oleh Cyber Security Malaysia

pada tahun 2007 menunjukkan sebanyak 60 kes buli siber telah dilaporkan. Walaupun

laporan tersebut menggambarkan seolah-olah ianya merupakan kes terpencil, namun isu ini

sebenarnya telah berlaku di kebanyakan negara di dunia. Maka, tidak mustahil dalam dunia

tanpa sempadan kini, perkara yang sama juga boleh berlaku di negara Malaysia. Jika

dibandingkan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, masalah buli siber sudah

dianggap serius, di mana hampir 40 peratus pelajar di negara tersebut pernah menjadi mangsa

buli siber sehingga ada yang sanggup membunuh diri kerana tidak tahan dengan hinaan dan

fitnah yang disebarkan rakan sekolah menerusi e-mel, laman web dan sistem pesanan ringkas

(Ahmad Zaharuddin, 2012). Masalah yang sama juga turut dirasai oleh negara Britain

sehingga memaksa kerajaan negara itu untuk mengenakan denda sehingga RM7000 ke atas

ibu bapa pembuli siber atau pelajar yang terbabit membuat ancaman kepada rakan menerusi

telefon bimbit, emel, sms dan laman sosial di internet.

Sementara itu, laporan tersebut juga menunjukkan kebanyakan pembuli siber adalah

kenalan rapat mangsa sama ada rakan, bekas pasangan dan juga bekas rakan sekerja.

Berdasarkan kepada laporan kajian oleh Norton Online 2010, kanak-kanak di Malaysia telah

menghabiskan secara purata 19 jam seminggu di internet (Utusan Malaysia, 20 Oktober

2011). Kajian yang sama juga mendapati bahawa sembilan daripada sepuluh kanak-kanak di

Malaysia pernah terdedah kepada pengalaman negatif menerusi penggunaan dalam talian.

Kajian-kajian di peringkat global menunjukkan buli siber boleh mendatangkan beberapa

kesan dan impak terhadap mangsa. Kajian berdasarkan gender menunjukkan pelajar

perempuan yang menjadi mangsa buli akan kehilangan fokus (Goddard, 2008). Bukan itu

sahaja, pelajar yang menjadi mangsa buli siber ini menunjukkan simptom depresif yang

tinggi (Erdur-Baker & Tanrikulu, 2010). Kajian terhadap pembuli siber pula menunjukkan

mereka mempamerkan tingkahlaku yang lebih agresif di alam siber berbanding kehidupan

sebenar (Ybarra & Mitchell, 2004).

Page 6: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

6

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah kajian merupakan salah satu daripada aktiviti penyelidikan yang dilakukan

untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu seseorang. Penyelidikan dilaksanakan untuk

mengembangkan ilmu atau mendapatkan maklumat baru tentang sesuatu topik. Ia merupakan

suatu kaedah saintifik berdasarkan formula-formula tertentu yang digunakan oleh para

pengkaji secara teratur dan disiplin tertentu. Menurut Ahmad Mazhab Ayob (1985), kaedah

kajian merupakan bagaimana tiap-tiap suatu objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai.

Metodologi kajian merupakan pengumpulan maklumat serta data terbaharu yang berkaitan

tinjauan yang dilakukan. Kaedah kajian juga biasanya mengambil kira aspek pemilihan

kaedah kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur menganalisis data.

Oleh itu, pengkaji telah memilih empat kaedah dalam perlaksanaan kajian ini, iaitu

kaedah wawancara, kaedah rakaman, kajian perpustakaan dan internet. Dalam kajian ini,

beberapa kaedah telah diaplikasikan bagi mendapatkan data dan maklumat. Antaranya ialah

kaedah internet. Pengkaji telah membuat beberapa pemerhatian melalui internet berkenaan

isu siber buli dan kesannya kepada masyarakat umum. Pengkaji telah mendapati bahawa isu

siber buli sering berlaku dalam kalangan remaja lingkungan umur di antara 15 tahun sehingga

26 tahun. Statistik juga menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang 38 kes yang diterima oleh

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dalam tempoh Januari hingga

November 2017. Hal ini membuktikan bahawa kes siber buli sangatlah berlaku dengan pesat

sehingga mengakibatkan kesan-kesan yang sangat buruk terutamanya terhadap mangsa.

Pengkaji juga telah membuat kaedah kajian secara dalam talian, iaitu internet dengan melihat

laman sesawang berita online seperti Berita Harian Online, Wikipedia, Wordpress, Slideshare

dan berita-berita di atas talian. Berdasarkan maklumat yang telah dikumpul, para pengkaji

telah mendapati bahawa jenayah buli siber ini sering terjadi dalam kalangan remaja melalui

aplikasi media sosial Instagram. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah mendapat ilham

untuk menjadikannya sebagai salah satu isu yang akan diketengahkan sebagai tugasan kali

ini.

Seterusnya, para pengkaji juga telah menggunakan metod pemerhatian di laman sosial

Youtube dengan mencari ilham untuk merakam dan menjadikannya sumber untuk

penghasilan video ini. Para pengkaji mendapati bahawa muzik video sangat sesuai dilakukan

bagi menghasilkan isu dan cara menangani isu ini. Hal ini kerana, para pengkaji

memerhatikan bahawa sudah banyak video yang sama dilakukan, jadi pengkaji ingin mencari

Page 7: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

7

kelainan dalam tugasan kali ini. Selain itu, metod wawancara juga digunakan dalam

menghasilkan tugasan kali ini. Wawancara merupakan proses menanyakan sesuatu bagi

tujuan mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sahih berkenaan pandangan seseorang

terhadap sesuatu tajuk ataupun isu. Dalam metod wawancara kali ini, para pengkaji telah

mewawancara seseorang yang ahli dalam bidangnya, iaitu kaunselor dari UIAM Pagoh

sendiri bagi mendapatkan maklumat mengenai isu buli siber ini dan cara yang betul untuk

menanganinya dari perspektif kaunselor ataupun ahli psikologi sendiri. Kaedah wawancara

yang dilakukan juga melibatkan proses rakaman video dan suara bagi mendapatkan video

untuk dimasukkan ke dalam klip tugasan ini. Kerjasama yang telah diberikan oleh kaunselor

ini sangat baik sehinggakan para pengkaji mampu melaksanakannya dalam tempoh yang

singkat sekaligus mampu mendapat input yang berguna bagi menjayakan tugasan kali ini.

Seterusnya, para pengkaji juga telah menggunakan kaedah perpustakaan bagi mencari

maklumat dan bahan untuk projek kali ini. Kaedah ini merupakan kaedah yang sering

digunakan oleh semua pengkaji apabila ingin melaksanakan sesebuah kajian. Begitu juga

dengan kami. Bagi mendapatkan maklumat dan input yang sahih, kami juga telah

menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan pengenalan mengenai buli siber, data dan

statistik yang ada serta kesan-kesan yang dialami oleh mangsa buli siber. Melalui kaedah ini,

para pengkaji telah mendapati bahawa jenayah buli siber merupakan jenayah yang paling

tinggi dicatatkan di dunia dan Malaysia menduduki tempat yang ke-17 dalam carta ini. Hal

ini sangat membimbangkan selururuh warga dunia kerana umum mengetahu, jenayah ini

mampu membawa kepada kesan yang sangat membahayakan pihak yang dibuli, iaitu boleh

membawa kepada kes bunuh diri akibat tidak tahan cemuhan dan mengalami kemurungan.

Beberapa prosedur bagi pengumpulan data adalah dengan melakukan proses berikut, iaitu

pemerhatian, internet, perpustakaan dan wawancara serta rakaman. Prosedur bagi

menganalisis data pula adalah proses menemubual informan telah dirakam dalam bentuk

video. Rakaman tersebut telah ditranskripsikan ke dalam bentuk teks. Hasil transkripsi tek

telah dimasukkan ke dalam video dalam bentuk sari kata.

Secara keseluruhannya, kaedah yang dipilih oleh para pengkaji terkandung kepada

empat. Antaranya, kaedah pemerhatian, kaedah wawancara, kaedah perpustakaan dan kaedah

rakaman. Semua kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah kaedah yang sesuai digunakan

terhadap kajian ini. Dalam kajian ini, penggunaan kaedah yang tepat dan bersesuaian adalah

penting bagi mendapatkan data dan maklumat yang betul agar hasil yang diperoleh tidak

Page 8: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

8

dapat dipertikaikan. Pemilihan metodologi kajian dan informan kajian merupakan dua benda

yang penting dan sangat berkait rapat kerana ia bakal menentukan hasil kajian di akhir nanti.

4.0 DAPATAN / HASIL

Berdasarkan kajian, pengkaji mendapati bahawa isu buli siber semakin berleluasa

dalam masyarakat. Terdapat beberapa punca, kesan yang berlaku terutamanya kepada mangsa

buli serta langkah yang diketengahkan bagi mengatasinya. Isu ini telah menjadi topik pilihan

bagi pengkaji kerana buli siber menjadi isu hangat diperkatakan dan sangat berkait rapat

dengan penggunaan media sosial dalam masyarakat.

1. Punca Buli Siber

1.1 Faktor Kurang Pemantauan daripada Ibu Bapa

Ibu bapa yang kurang memberikan perhatian dan belaian kasih sayang kapada anak juga

menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan

bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Kajian oleh Global Youth Online Behavior Survey (Microsoft survey) pada Januari 2012 ke

atas 7,600 kanak-kanak berusia lapan hingga tujuh belas tahun menunjukkan satu daripada

tiga kanak-kanak di Malaysia adalah mangsa buli siber. Kajian tersebut juga menunjukkan

tahap kesedaran ibubapa di Malaysia terhadap buli siber agak rendah di mana hanya 38%

responden bimbang dengan isu tersebut dan hanya 27% ibubapa yang berbicara dengan anak-

anak mereka tentang risiko komunikasi atas talian. Selain itu juga, hanya 13% ibubapa

bertanyakan anak mereka samada mereka pernah dibuli secara atas talian (berbanding purata

global sebanyak 30%).

2.1 Faktor ketagihan Internet

Semakin lama seseorang berada dalam alam siber, maka semakin lama ia mendedahkan

dirinya untuk menjadi mangsa atau pembuli siber. Didapati juga ada remaja yang melayari

Internet untuk satu tempoh yang agak lama dan menggunakannya untuk tujuan yang kurang

berfaedah iaitu, bagi menghilangkan rasa bosan. Situasi tersebut telah membuka ruang

berlakunya buli siber dalam kalangan remaja.

3.1 Faktor Hasad Dengki

Kebanyakan pembuli siber adalah kenalan rapat mangsa sama ada rakan, bekas pasangan dan

juga bekas rakan sekerja. Kelakuan buli muncul apabila pembuli cemburu dengan kelebihan

Page 9: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

9

yang dimiliki oleh mangsa tiada pada diri pembuli. Hasad dengki boleh berlaku disebabkan

paras rupa, tahap pencapaian akademik, kaya, memiliki ramai kenalan dan disukai ramai

telah menyebabkan mangsa tidak disukai secara diam. Oleh itu, sikap pembuli yang

berkelakuan drastik dengan menyebar video atau gambar mangsa tanpa memikirkan kesannya

hanya sekadar ingin membuat mangsa dijauhi . Namun, penularan berlaku begitu pantas

mengakibatkan penyebaran itu hangat diperkatan oleh masyarakat sekeliling.

2. Kesan-Kesan Buli Siber

Secara umumnya, buli siber boleh mendatangkan kesan sebagaimana buli tradisional

(Kowalski et al., 2012). Kejadian buli memberi kesan yang mendalam kepada mangsanya.

Mangsa buli akan menghadapi kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan perbuatan

buli bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal atau emosi malah memberi kesan juga

kepada sistem pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

1.2 Kesan Psikologikal

Bagi kesan jangka pendek, Beale (2001), Roberts dan Coursel (1996), menyatakan mangsa

yang sedang dibuli, mengalami satu atau lebih daripada perkara berikut iaitu ketidak hadiran

ke sekolah yang kronik, penurunan prestasi akademik, peningkatan perasaan untuk

menentang, kesunyian serta rasa disingkirkan dan timbul rasa ingin membunuh diri. Perkara

ini juga disokong oleh pandangan Lereya, Winsper, Heron (2013) di mana mangsa buli juga

menunjukkan peningkatan mencederakan diri sendiri (self harm) dan kecenderungan untuk

membunuh diri. Amin Al Haadi (2013) dalam kajiannya di sekolah di Malaysia, menjelaskan

bahawa mangsa buli merasa rendah diri, malu sedih, disebabkan diejekan sehingga mereka

merasa tidak yakin diri, mudah rasa tersinggung (sensitif), murung, takut atau tidak suka ke

sekolah.

Amin Al Haadi (2013) menyatakan kesan jangka panjang kejadian buli ini kepada mangsa

adalah meliputi pembelajaran, sosial dan emosi. Mangsa sering merasakan bahawa diri

mereka merupakan punca kepada situasi buli yang dihadapi oleh dirinyai. Anggapan ini

memberi impak kepada harga diri mereka dan seterusnya menyebabkan mereka mengalami

tekanan dalam hidup. Ortega, Mora-Meerchan, Calmasters dan Vega (2009) telah

menjalankan kajian di Sepanyol, di mana mereka mengkaji kesan buli dalam kalangan

mangsa buli dengan memberikan fokus kepada emosi mangsa. Buli dilihat dari beberapa

aspek iaitu buli secara langsung, secara tidak langsung dan yang terbaru buli yang

menggunakan teknologi seperti telefon dan internet. Sampel kajian terdiri daripada 1,671

Page 10: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

10

orang remaja yang menjawab persoalan 1) Adakah mereka mangsa kepada buli dan 2)

Apakah kesannya. Keputusan kajian menunjukkan walaupun buli secara tradisional

melibatkan lebih ramai remaja, namun didapati seorang dari setiap sepuluh orang remaja

terlibat dengan buli siber. Kajian ini juga menunjukkan sebilangan besar responden berasa

marah, melalui buli secara langsung dan beberapa bentuk emosi negatif yang lain seperti

sedih, tertekan, tidak berdaya, berasa sendirian dan malu.

2.2 Kesan Fizikal

Kajian juga mendapati mangsa buli bagi kesan jangka pendek, mangsa berhadapan dengan

masalah kesihatan dan fizikal seperti hadapai masalah somatik, contohnya selsema dan juga

masalah psychosomatik seperti pening kepala, sakit kepala, sakit perut, masalah tidur dan

berkemungkinan terlibat dengan dengan tabiat merokok (Gini dan Pozzoli, 2009; Wolke D,

Lereya, 2014). Mangsa-mangsa buli juga menujukkan simptom-simptom ke arah

permasalahan keresahan dan juga kemurungan. Permasalah ini juga telah dibuktikan dengan

kajian yang telah dilakukan oleh Arseneault, Milne, Taylor (2008), bahawa buli adalah antara

faktor yang yang menyebabkan seseorang mangsa buli itu berhadapan dengan permasalahan

dalaman secara sedar atau tidak.

Manakala kesan jangka panjang secara fizikal terutamanya tahap kesihatan mangsa buli

menunjukkan kesan yang ketara. Mangsa dilaporkan dan dilihat mengalami masalah

kesihatan seperti mengalami kesakitan badan, menghadapi masalah pening kepala dan sakit

kepala dan juga masalah lambat pulih dari kesakitan (Sigurdson, Wallander, Sund, 2014;

Wolke, Copeland, Angold, 2013). Mangsa buli juga menunjukkan beberapa simptom masalah

lain yang menyumbang kepada masalah fizikal jangka masa panjang seperti masalah

kemurungan (anxiety disorder) dan mengalami kemurungan apabila mereka mencapai umur

awal dewasa dan pertegahan dewasa (Takizawa, Maughan, Arseneault, 2014; Tapinski,

Bowes, Shakoor, 2010; Haynie, Nansel , Eitel, 2001). Kesan-kesan ini bukan sahaja memberi

kesan kepada biologi atau tubuh badan seseorang tetapi kepada fizikal bagaimana seseorang

berfungsi dalam masyarakat.

3.2 Kesan Pembelajaran Dan Persekolahan

Kajian menunjukkan buli siber berkaitan dengan penurunan pembelajaran di sekolah serta

tekanan dan kebimbangan (Bauman, 2012). Kajian berdasarkan gender menunjukkan pelajar

perempuan yang menjadi mangsa buli akan kehilangan fokus (Goddard, 2008). Patchin dan

Hinduja (2012) mendapati mangsa buli siber menghadapi masalah penurunan prestasi

Page 11: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

11

akademik, ponteng sekolah, menipu dalam peperiksaan, terlibat dengan ketagihan alkohol

dan kes juvana. Amin Al Haadi (2013) didalam kajiannya mendapati bahawa masalah buli

menyebabkan suasana pembelajaran yang kurang sihat dan tidak memberangsangkan kepada

mereka yang terlibat sama ada pembuli, mangsa buli, atau penonton kejadian buli. Manakala

kesan jangka panjang ,

Kshirsagar, Agarwal dan Bavdekar (2007) mendapati kesan buli pada jangka masa yang

panjang membawa kepada kepada ketidak hadiran ke sekolah yang teruk. Weinhold (1998)

menyatakan bahawa buli menggalakkan pelajar untuk tidak menghadirkan diri ke sekolah dan

10% pelajar yang tidak menamatkan persekolahan disebabkan dibuli di sekolah. Fried dan

Fried (2003) dalam National Association of School Psychologist menyatakan bahawa seramai

160,000 pelajar sehari di Amerika Syarikat tidak pergi ke sekolah disebabkan diri mereka

dibuli. Perkara ini juga disokong oleh Rigby (1999) dalam kajiannya yang menyatakan

bahawa mangsa buli berhadapan dengan masalah perhubungan yang negatif dengan pelajar

lain dan pihak sekolah. Mereka juga menghadapi masalah konsentrasi dalam pelajaran serta

dalam menguasai kemahiran yang diajar di sekolah. Mangsa juga menghadapi kesan-kesan

yang lain seperti tidak pergi ke sekolah berpanjangan atau mengelakkan diri dari menghadiri

aktiviti sekolah.

3. Langkah-Kangkah Bagi Mengatasi Isu Buli Siber

1.3 Peranan Ibu Bapa

Kajian lepas menunjukkan peranan ibu bapa amat signifikan dalam menangani buli siber.

Floros et al. (2013) menyatakan pendidikan terhadap ibu bapa secara praktikal berkaitan

dengan keselamatan internet mungkin menjadi langkah berkesan dalam menangani buli

siber.Oleh itu, bagi mengelakkan penularan gejala, ini pencegahan di peringkat awal perlu

dilakukan dengan memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk membuat pemantauan terhadap

anak-anak mereka khususnya berkaitan penggunaan internet. Robinson (2013)

mencadangkan beberapa strategi penglibatan ibu bapa dalam membuat pemantauan aktiviti

dalam talian anak-anak. Antaranya ialah memantau penggunaan Internet iaitu memeriksa

laman web yang dilawati dan sentiasa memerhatikan skrin komputer anak-anak, wujudkan

kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa bagi mendidik anak-anak tetang keselamatan

siber serta mengambil inisiatif bagi membina polisi berkaitan. Beliau juga mencadangkan ibu

bapa perlu meningkatkan pengetahuan dan kepakaran dengan teknologi baharu yang

digunakan oleh anak-anak dan berperanan secara aktif berbincang dengan anak-anak

Page 12: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

12

bagaimana untuk menangani buli siber serta tingkah laku negatif dalam talian. Ibu bapa juga

perlu mengenal pasti tret personaliti anak mereka dan seterusnya cuba memahami tingkah

laku serta dalam masa yang sama membimbing anak-anak agar dapat bertingkah laku dengan

sewajarnya.

2.3 Peranan Kerajaan

Melihat kepada implikasi buli siber, maka adalah penting untuk mengenal pasti faktor

pencetus kepada berlakunya buli siber ini dan seterusnya membina dan menilai program

intervensi pendidikan yang memperkasakan remaja untuk menggunakan internet secara

selamat dan berfaedah bagi meningkatkan tingkah laku prososial dalam talian dan

mengurangkan tingkah laku negatif dalam talian. Selain itu, kerajaan perlu menyediakan

perkhidmatan kaunseling kepada semua ibu bapa dan penjaga serta remaja bermasalah.

Mangsa buli boleh dirujuk kepada kaunselor untuk menyelesaikan isu ini. Pihak kerajaan

perlu menyediakan kaunselor bagi mengadakan bekerjasama dengan ibu bapa serta kanak-

kanak bermasalah supaya bimbingan serta kaunseling boleh diberikan. Kerajaan haruslah

memainkan peranan utama dalam menentukan prasarana ICT yang selamat dengan

melaksanakan polisi-polisi yang efektif. Selain itu, undang-undang siber haruslah dikaji dari

semasa ke semasa agar selaras dengan tahap ancaman global yang selalu berubah-

ubah. Pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitik

beratkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu

seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.

3.3 Peranan Pihak Sekolah

Guru-guru juga harus mempunyai kesedaran mengenai isu buli dan mempunyai kemahiran

untuk mengenal pasti perbuatan buli di sekolah. Guru-guru harus mengambil tindakan segera

melaporkan kes-kes buli kepada pengetua, pihak kaunselor sekolah atau polis sekiranya kes

buli bertambah serius. Pihak sekolah harus meningkatkan kehadiran polis di persekitaran

sekolah agar dapat memantau kes-kes buli daripada berlaku. Pihak sekolah yang telah

menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan

bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati

sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan

berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri

dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh

pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah perlu lebih komited dalam

Page 13: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

13

menangani isu ini dengan mengadakan dasar perlindungan kanak-kanak di sekolah yang

mengandungi proses bagi mengenal pasti buli, cara pelaporan, pihak-pihak yang

bertanggungjawab seperti agensi-agensi mahupun perkhidmatan atau khidmat sokongan yang

ada. Selain itu, pihak sekolah perlu mengenakan kawalan dan peraturan tentang penggunaan

gajet di sekolah bagi mengelakkan berlakunya buli siber dalam waktu persekolahan.

4.3 Kempen Kesedaran

Kempen kesedaran perlu lebih banyak dipergiatkan lagi sama ada di sekolah ataupun luar

sekolah. Ceramah atau kempen seperti kempen anti buli boleh diadakan secara berterusan

dalam komuniti dari semasa ke semasa bagi membuka minda dan pengetahuan masyarakat

tentang isu ini .Semua pihak termasuk ibubapa, sekolah, masyarakat perlu memainkan

peranan bagi mewujudkan persekitaran yang mampu mencegah berlakunya gejala buli siber

ini dan menjadi punca kepada berlakunya kecederaan sama ada berbentuk emosi, mental,

fizikal serta masalah sosial yang lain.

Justeru itu, setelah mengenal pasti masalah, punca dan kesan isu buli siber ini,

pengkaji mengambil langkah seterusnya bagi mengatasi masalah ini. Pengkaji memandang

serius isu ini dan telah bersepakat untuk menghasilkan satu video pendek tentang Buli Siber.

Tujuannya bagi memberi pendedahan, kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat

tentang buli siber kerana isu ini semakin hangat dalam masyarakat seiring dengan

perkembangan teknologi. Pada tahun 2017, kes telah mencatat hampir 400 kes sehingga

membawa kematian. Video yang dihasilkan telah disampaikan dalam bentuk sebuah cerita

bagi merungkai permasalahan buli siber.

Tarikh 23 September 2018 merupakan hari pembentangan draf pertama video

kumpulan pengkaji. Pengkaji membentangkan lakaran sebenar tentang draf papan cerita dan

jalan cerita bagi video pengkaji. Semasa pembentangan berlangsung, pengkaji

mengusulkan draf Buli Siber tentang perjalan cerita, pengkaji membentangkan tentang

pernyataan masalah, objektif dan sebab utama pengkaji memilih isu Buli Siber. pengkaji juga

mengetengahkan idea tentang papan cerita dan jalan yang berlaku sebagai gambaran awal

perjalanan cerita dalam video pengkaji sebelum berlangsungnya proses pengembaraan video.

Tajuk bagi isu yang dibentangkan telah diterima oleh Dr Rosseni Din. Ulasan dan kritikan

membantu penambah baikan draf pengkaji. Setelah draf video pengkaji diterima, pengkaji

telah diamanahkan untuk melakukan pembelajaran kendiri bagi mengetahui teknik rakaman

Page 14: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

14

video yang bagus. Pengkaji dikehendaki mempelajari teori-teori dan teknik fotografi dan

videografi. Hasil daripada pembelajaran kedua-dua teknik ini telah membantu dalam

menghasilkan video yang kreatif dan menarik.

Setelah menghadam ilmu-ilmu teori fotografi dan videografi, pengkaji telah merangka

jalan cerita dan membuat papan cerita. Hal in bertujuan bagi mendapatkan gambaran

berkenaan video yang akan dibuat. Setelah menyiapkan papan cerita, kerja diteruskan dengan

merekod setiap babak berpandukan cerita yang telah dibincangkan. Pengkaji mengambil

langkah selanjutnya dengan memulakan sesi rakaman video yang bertajuk “Buli Siber”

dengan menggunakan papan cerita dan jalan cerita sebagai rujukan dan panduan. Pengkaji

telah membahagikan skop tugasan masing-masing bagi setiap ahli. Nurul Shazana selaku juru

foto yang ditugaskan merakam video manakala Hazwani Hashim sebagai pelakon yang

memegang watak mangsa buli dan Siti Maheran sebagai watak pembuli serta Hafizah

ditugaskan untuk menemu duga kaunseling. Lokasi pengembaraan video pertama telah

dilakukan di kawasan Mahallah sahaja bagi babak 2, 3, 4, 5dan 6.

Page 15: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

15

Pada 23 Oktober 2018, sekali lagi telah berlangsungnya pembentangan kedua bagi

melaporkan perkembangan pembikinan video pengkaji. Tujuan pembentangan ini dilakukan

bagi memaparkan perjalanan cerita video pengkaji yang telah separuh suntingan dan babak

video yang hampir disiapkan. Antara kelebihan pembentangan kedua yang dilakukan ini,

pengkaji dapat memperbaiki kekurangan dan menambah baik kualiti penghasilan video

pengkaji berdasarkan ulasan dan pandangan Dr Rosseni Din.

Video yang dihasilkan secara ringkas dan padat mengisahkan seorang mangsa buli

yang pada mulanya seorang yang ceria, namun disebabkan oleh hasad dengki rakan sendiri

yang secara diam telah menyebarkan fitnah dan memburukkan mangsa di dalam media sosial.

Kisah dalam video ini menonjolkan sikap sebenar pembuli yang secara fizikalnya kelihatan

baik serta memberi pendedahan terhadap kesan-kesan buli terutama kepada mangsa buli

seperti gelisah, takut, menganggu pembelajaran dan nekad mencederakan diri. Bagi

mendapatkan solusi kepada isu buli siber ini, pengkaji telah wawancara seorang kaunselor

berkenaan isu-isu buli siber dan langkah-langkah yang perlu diatasi bagi menangani isu buli

siber ini. Pengkaji telah mendapatkan seorang kaunselor iaitu, Cik Atikah dari Jabatan

Perhubungan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Pagoh. Berdasarkan lakonan

cerita yang dihasilkan dalam video, pengkaji menghasilkan satu solusi terbaik antara

penyelesaian yang ada bagi menangani masalah tersebut. Pengkaji telah memaparkan

tindakan yang perlu diambil oleh mangsa buli sendiri iaitu, mendapatkan bimbingan

kaunseling.

Langkah yang dibuat oleh mangsa buli ini mampu menyelamatkan mangsa daripada

membuat tindakan terburu-buru seperti mencederakan diri. Bimbingan kaunseling dapat

membantu mangsa mengawal emosi serta mengetahui tindakan lanjut yang perlu diambil.

Pengkaji mendapati bahawa kes bunuh diri akibat buli siber belum pernah menjadi tajuk

laporan akhbar di Malaysia walaupun isu ini menjadi satu isu besar di negara barat.

Kelewatan pihak berkuasa di sana menanggani isu ini telah menyebabkan fenomena buli

siber menjadi pengalaman ngeri kepada ramai pelajar sama ada di peringkat sekolah

mahupun di peringkat universiti.

Hasil kajian dan perbincangan yang telah dilakukan, pengkaji telah membina papan

cerita dan membentuk satu jalan cerita yang ringkas dan kreatif. Jalan cerita yang dirangka

ini telah diisnpirasikan daripada iklan atau kempen kesedaran di kaca televisyen. Sudut-sudut

Page 16: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

16

penting dititik beratkan semasa rakaman supaya video yang dihasilkan dapat difahami dan

dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Proses rakaman video telah dilakukan menggunakan

VIVO V9. Rakaman video telah diambil di beberapa lokasi berbeza di sekitar Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia, Pagoh. Setelah proses rakaman berakhir, pengkaji beralih

kepada proses penyuntingan video dengan menggunakan video suntingan Filmora. Pengkaji

memilih Filmora kerana, di samping berpengalaman dalam penyuntingan video

menggunakan Filmora, sememangnya Filmora mudah dan senang untuk digunakan. Pengkaji

memasukkan pelbagai elemen yang boleh membantu menarik perhatian penontion. Antara

suntingan yang dilakukan adalah seperti sari kata, memasukkan bunyi latar bertepatan dengan

situasi serta muzik yang bersesuaian telah dipilih. Pengkaji mengambil kira panjang video

yang disunting supaya penonton tidak bosan. Rakaman dan suntingan yang dibuat telah

menghasilkan sebuah video yang berdurasi selama 7 minit.

Pada 4 November 2018 telah berlangsungnya hari Media, video-video yang telah

dihasilkan oleh pelajar daripada kelas Media Digital dibentangkan kepada hadirin dan juri-

juri. Walaupun pengkaji tidak memenangi pertandingan video terbaik, tetapi pengkaji telah

berjaya menghasilkan sebuah video yang berkualiti dan baik kerana terdapat kumpulan lain

yang menghadapi masalah semasa menayangkan video disebabkan masalah teknikal atau

kualiti video kurang baik. Setelah mengerahkan segala keringat bersama-sama ahli kumpulan

selama 5 minggu, idea-idea pengkaji telah menghasilkan sebuah video yang dapat disaksi

dan dihayati oleh haadirin dengan baik dan jelas.

5.0 KESIMPULAN

Hasil dapatan menunjukkan bahawa buli siber telah mula menjadi satu jenayah baru

yang bakal mendatangkan implikasi yang negatif sekiranya tidak ditangani secara serius oleh

semua pihak. Bagi tujuan membentuk remaja yang membangun dengan sihat fizikal, mental,

rohani dan emosi serta memiliki kecemerlangan akademik, semua pihak termasuk ibubapa,

sekolah, masyarakat perlu memainkan peranan bagi mewujudkan persekitaran yang mampu

mencegah berlakunya gejala buli ini yang menjadi punca kepada berlakunya kecederaan

samada berbentuk emosi, mental, fizikal serta masalah sosial yang Che Hasniza Che Noh and

Mohd Yusri Ibrahim Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ). Sudah tiba

masanya fenomena buli siber ini tidak lagi di anggap sebagai kes terpencil dan pihak

berkenaan perlu menerima hakikat bahawa buli siber ini adalah kesan sampingan dari ledakan

Page 17: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

17

teknologi yang perlu ditanggani secara serius. Di samping itu, pengkaji juga mendapat

banyak input-input baru dan pengalaman menarik yang dipelajari sepanjang proses

pembikinan video. Belajar kendiri membantu pengkaji menerapkan ilmu yang dipelajari

sendiri. Pengkaji perlu mendapatkan kefahaman lebih daripada pembacaan dan penyelidikan.

Pengkaji didedahkan dengan perkara-perkara baru seperti cara-cara membuat rakaman, sudut-

sudut yang perlu dititik beratkan bagi mendapatkan rakaman yang menarik. Pengalaman yang

tidak dapat dilupakan sudah pastinya kegigihan pengkaji dalam menghasilkan sebuah video

telah mengajar pengkaji untuk belajar mendapatkan sesuatu yang diinginkan dalam hidup

dengan usaha keras. Kejayaan daripada titik peluh dan usaha sendiri pastinya membuahkan

hasil dan lebih bermakna.

RUJUKAN

Jurnal/Artikel:-

Accordino, D.B., & Accordino, M.P. (2011). An exploratory study of face-to-face and

cyberbullying in sixth grade students. American Secondary Education, 40(1),

14-30.

Ahmad Zaharuddin Sani Sabri. (2012). Ancaman baru lautan biru. Buli siber. Mstar

Online, 19 Mac 2012.

Brady, K. P. (2010). Cyberbullying. Encyclopedia of law and higher education. Sage

Publications, Inc.

Cankaya, I.H., Tan, C. (2010). Effect of cyber bullying on the distrust levels of

preservice teachers: considering internet addiction as a mediating variable.

Procedia computer science 3, 1353-1360.

Erdur-Baker, O., & Tanrikulu, I. (2010). Psychological consequences of cyber

bullying experiences among Turkish secondary school children. Procedia

Social and Behavioral Sciences, 2, 2771-2776.

Goddard, C. (2008). ”Cyber world bullying”, Education Digest, 73(7), pg 4-9.

Li, Q. (2006). Cyberbullying in schools: a research of gender differences. School

Psychological International, 27, 157-170.

Ybarra, M.L., & Mitchell, K.J. (2004). Online aggressor/targets, aggressors, and

targets: A comparison of associated youth characteristics. Journal of Child

Psychology and Psychiatry, 45, 1308-1316.

Utusan Malaysia (20/10/2011). Mangsa buli di laman sosial.

Page 18: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

18

LAMPIRAN

(Para pelajar dari subjek BMCO 3105 dan BMCO 4105)

(Para juri untuk Program Hari Media Digital)

Page 19: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

19

(Saudari Hazwani, iaitu wakil dari kumpulan kami telah membentangkan hasil projek video

kami yang bertajuk “Buli Siber”)

Di bawah ini merupakan storyline dan storyboard projek video kumpulan kami yang bertajuk

“Buli Siber”

Page 20: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

20

Page 21: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

21

Page 22: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

22

Page 23: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

23

Page 24: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

24

Page 25: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL” 3 1.0 PENGENALAN Program Hari Media Digital dianjurkan oleh para pelajar dari subjek BMCO

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

KERTAS KERJA PROGRAM “HARI MEDIA DIGITAL”

25