mc kem motivasi upsr 2015

Upload: cikgu-eta

Post on 05-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teks kem motivasi skss

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARAMAJLIS PENUTUPAN KEM MOTIVASI DAN CERAMAH IBU BAPADiumumkan ketibaan yang berhormat Datuk Joseph mauh anak ikeh

Alu-aluanKe Pekan Kuala membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara;salam sejahtera, mulanya kata,Saya sembah pembuka bicara.

Selamat pagi,salam sejahtera, salam satu Malaysia dan salam selangau pegari, salam fly kenyalang fly,fly high.

SapaanYang Berbahagia,Yb Datuk Joseph mauh anak ikeh,ADUN N.52 Tamin,selangau.

Yang Berusaha Dr.Ali Puji, Penceramah jemputan

Yang BerusahaEncik _______________ ,______________wakil PPD daerah selangau

Yang BerusahaEncik Jemat anak Agan, Guru besar Sekolah Kebangsaan Sungai Sepiring.

Yang DihormatiEncik Swat ak Awan, Yang dipertua PIBG SK sg sepiring

Yang dihormati,Penolong kanan-penolong kanan, ahli Exco PIBG, tuai-tuai rumah, Fasilitator-fasilitator, guru-guru,anggota pelaksana sekolah, ibubapa-ibubapa

Yang dikasihi anak-anak didik peserta KEM MOTIVASI UPSR 2015 serta murid-murid sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita berkumpul di sini pada pagi yang ceria ini bagi meraikan Majlis Penutupan Kem motivasi upsr 2015 dan ceramah motivasi ibu bapa.

Nyanyian lagu Negaraku & lagu Ibu PertiwikuTema pend sarawakBagi memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu ibu pertiwiku dan juga lagu tema pendidikan sarawak FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH

*********

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan doa.

Kalau pergi Tanjung Belipat,Anak Manis jangan disebat;Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkat.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati tuhan..bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz Mohammad Shariff untuk memimpin bacaan doa.Majlis mempersilakan.

(bacaan doa)

Majlis mengucapkan terima kasih kepda ustaz Mohd Shariff bin sulaiman atas pimpinan doa itu tadi

Hadirin yang dihormati sekalian,Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,Kem motivasi citra diri adalah salah satu usaha warga sekolah dalam memupuk semangat daya saing & dan kemenjadian modal insan yang gigih demi mencapai kejayaan disamping memberi pendedahan ttg bentuk2 & cara menjawab soalan dalam peperiksaan.hadirin sekalian,Kem ini telah berjaya dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 5 Mei hingga 7 Mei. Ada seramai 40 orang murid tahun 6 yang terlibat.

Kem ini bertujuan :1. Memberi pendedahan ttg bentuk2 soalan dlm peperiksaan2. Memupuk motivasi & mencetuskan semangat murid agar terus berusaha demi mencapai kjayaan dlm upsr3. Memupuk kerjasama & daya saing dikalangan pelajar.

Ucapan Guru Besar Para hadirin sekalian,

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Encik Jemat anak Agan , Guru Besar SK Sg sepiring untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*****.Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar di atas ucapan beliau itu tadi.

Ucapan PPD selangauPelikat bersulam bertekat tujuhcindai berbunga dipakai dayangGelap malam tiada bersuluhTuan datang membawa dian.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha,Encik_________________________________________________________________________________________________________________ untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***** Terima kasih diucapkan kepada atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan perasmian penutupan oleh YB Datuk joseph mauhIkan sepat ikan belut,Hasil tangkapan si dara sunti ,Besar hajat kami menjemput,Besar niat di dalam hati.

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan pula Yang Berbahagia Yb Datuk Joseph Mauh ak ikeh bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kem Motivasi Upsr Peringkat sekolah kebangsaan sungai sepiring bagi sesi 2015.Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan tuan YB.

***** Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian tuan Yb merasmikan majlis pada pagi ini.

Persembahan Nyanyian lagu tema motivasiMajlis diteruskan dengan satu persembahan khas daripada peserta Kem motivasi tahun 6

Untuk itu, dipersilakan semua peserta kem berdiri untuk menyanyikan lagu tema kem motivasi iaitu lagu Gemuruh......

*****Begitulah tadi persembahan bertenaga dan bersemangat daripada semua peserta kem .

Penyampaian hadiah/ sijil kepada peserta

Penyampaian insentif upsrMajlis dengan ini diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada peserta kem motivasi.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ___________________________ bagi mengiringi __________________naik ke pentas untuk menyempurnakan upacara ini.

Dijemput _______________ untuk mengambil hadiah.

Terima kasih atas penyempurnaan upacara sebentar tadi.

Bila memandang kemuka laut,Nampak sampan mudik ke hulu,Bila terkenang mulut menyebut,Budi yang baik ingat selalu.

Terbang di awan burung jentayu,Kerana penat gugur kebumi;Tampillah tuan kami merayu,Bersama amanat bekalan kami.

Pada tahun 2014. Keputusan upsr sekolah sg sepiring menunjukkan peningkatan di mana 2 org pelajar berjaya mendapat 5a dan 2 org memperolehi 4a 1b. Sebagai tanda penghargaan dan galakan, secara tradisinya, pihak PIBG sk sg sepiring menghulurkan sumbangan insentif berjumlah RM100 bagi murid memprolehi 5a manakala rm50 kepada murid mendapat 4a 1b.

Bagi menyempurnakan penyampaian insentif ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput __________________________________________________________________dengan diiringi ____________________________________________untuk menyampaikannya.

Majlis mempersilakan.

Dimulakan dengan pelajar memperolehi 5a iaitu adik Gary Ferdinand ak wissly atau wakil

Seterusnya adik Alicia Martha ak Benjamin atau wakil

Seterusnya adik______________________________

Penerima seterusnya _________________________________****

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _________________________________________________-______, atas kesudian beliau menyempurnakan upacara penyampaian sijil sebentar tadi.

Penyampaian Cenderamata kepada penceramah dan jemputan YBSeterusnya,

Sebagai tanda kenang-kenangan dan terima kasih, majlis mempersilakan Encik ________________________, Guru Besar sk sg sepiring untuk menyampaikan cenderahati kepada tuan penceramah kita iaitu Dr.Ali Puji,

Seterusnya , dijemput _________________________ dengan diiringi oleh _____________________ untuk menyampaikan cenderahati kepada Yg Berbahagia YB datuk Joseph mauh ak ikeh yang sudi hadir bagi merasmikan penutupan kem motivasi upsr 2015.

Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan YB datuk untuk naik ke pentas untuk menerima cenderahati.***** Terima Kasih di atas penyampaian cenderamata tersebut.

Majlis bersuraiDengan penyampaian hadiah dan cenderamata sebentar tadi, maka dengan itu berakhirlah sudah Kem Motivasi upsr 2015 dan ceramah ibu bapa skss.

Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari di susun maaf dipinta.

Kalau tuan pikat cemara,Buatlah bara bakar selasih;Sudilah tuan jamu selera,Hidangan mesra pengikat kasih

Pihak majlis mempersilakan Tuan Guru Besar, Encik Jemat ak Agan untuk mengiringi Yang Berbahagia, YB Datuk Joseph Mauh anak Ikeh , serta semua tetamu-tetamu jemputan ,ke dewan makan untuk menikmati sedikit jamuan ringan. Dipersilakan.

Makanan untuk ibu bapa turut disediakan di dewan makan murid asrama.

Untuk itu,

Sekian sahaja daripada kamiSekian terima kasih, di lain masa bersua lagi...