matlamat hidup manusia di dunia

Upload: azmi-bahari

Post on 13-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Matlamat Hidup Manusia Di Dunia

    1/5

    1 | M a k t a b a h A b u U m a r

    Matlamat Hidup Manusia Di Dunia

    Mengapakah kita didatangkan atau mengapa kita dijadikan oleh Allah

    Subhanahuwataala?

    Jawapan kepada persoalan ini terdapat di dalam firman Allah Subhanahuwataala :

    Terjemahannya:

    Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan)

    diri kepada Ku (Surah Adz Dzariyaat ayat 56)

    Ini bermakna, tujuan utama manusia didatangkan kemuka bumi ini ialah untuk beribadah

    kepada Allah Subhanahuwataala.

    Para ulamak muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar,

    yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya) dan mempunyai

    ruang lingkup yang luas, tidak terbatas atau terhad semata-mata kepada fardhu solat,

    puasa, zakat dan haji sahaja. Tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan

    memperhambakan diri kepada Allah Subhanahuwataala berdasarkan kepada firmanNya

    tersebut.

    Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini, maka setiap perbuatan yang

    kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah Subhanahuwataala serta mengikut

    betul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah Sallallahualaihiwasallam.

    Jika demikian, segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikan jasmani,

    perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan atau faktor-faktor yang

    membantu kita untuk taatkan Allah Subhanahuwataala serta teguh beribadah kepadaNya.

    Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah Subhanahuwataala.

    Ini bermakna rumah, sekolah, kilang, pejabat, sawah ladang, padang permainan , gedung

    perniagaan dan sebagainya adalah medan ibadah. Bahkan seluruh bumi AllahSubhanahuwataala ini merupakan masjid , tempat menunaikan ibadah dalam realiti

    kehidupan.

    Sehubungan dengan Syaikh al Islam Ibn Taimiyyah telah menyatakan bahawa:

    Setiap perkara yang telah Allah Subhanahuwataala perintahkan hamba-hambaNya

    melaksanakan adalah dikira sebagai ibadah.

  • 7/27/2019 Matlamat Hidup Manusia Di Dunia

    2/5

    2 | M a k t a b a h A b u U m a r

    Ibadah meliputi apa sahaja yang diredhai oleh Allah Subhanahuwataala, samada tutur kata,

    perbuatan dan tingkah laku.

    Professor Dr Yusuf Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya al Ibadah Fi al Islam bahawa:

    Sesungguhnya beribadah kepada Allah Subhanahuwataala tidaklah terhad kepada

    mengerjakan solah, puasa, zakat dan haji dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya

    seperti tilawah al Quran, zikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya sebagaimana fahaman

    sesetengah golongan Islam (yang mendakwa Islam). Ramai yang telah menyangka bahawa

    apabila mereka telah menunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar yang tersebut bererti

    mereka telah menyempurnakan haq Allah Subhanahuwataala terhadap mereka sepenuhnya.

    Mereka menyangka sudah sesesai menunaikan kewajipan Ubudiyyah terhadap Allah

    Subhanahuwataala. Pada hal tanggapan tersebut adalah meleset dari hakikatnya yangsebenar

    Beliau membuat penjelasan lagi bahawa:

    Tidaklah dikira ibadah kepada Allah Subhanahuwataala jika seseorang itu berfahaman -

    aku solah, aku berpuasa, aku berzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas memakan

    daging babi, minum arak, makan riba, berjudi serta menolak hukum-hukum syariat Allah

    Subhanahuwataala yang tidak sesuai dengan pandanganku.

    Juga tidak dikira ibadah kepada Allah Subhanahuwataala bagi orang yang menganggap

    ibadahnya hanya ketika berada di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan

    menceburkan diri dalam bidang-bidang kehidupan lain, dia menjadi hamba kepada

    kehendak dirinya sendiri, bebas mengikut hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan

    hukum-hukum Allah Subhanahuwataala.

    Oleh kerana itu maka setiap orang yang terkeliru mestilah membetulkan kefahamannya

    dan kembali mengenal Islam dan ibadah kepada Allah Subhanahuwataala. Semoga

    seluruh kehidupannya berada dalam keredhaan Allah Subhanahuwataala. cukuplah bagi

    seseorang Muslim itu berfikir bahawa dia adalah khalifah Allah Subhanahuwataala di

    muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah Subhanahuwataala semata-

    mata. Memadai dia berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannya dengan

    corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya itu menjadi ibadah

    kepada Allah Subhanahuwataala.

    Menurut al Qaradhawi lagi, bahawa ibadah itu merangkumi dua tugas besar yang menjadi

    teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugas tersebut adalah:

  • 7/27/2019 Matlamat Hidup Manusia Di Dunia

    3/5

    3 | M a k t a b a h A b u U m a r

    1) Menyeru kepada kemakrufan (kebaikan) dan mencegah daripada kemungkaran(kejahatan)

    2) Berjihad di jalan Allah Subhanahuwataala.Menurut huraian asy Syahid Sayyid Qutb, bahawa kerja-kerja menyuruh kepada makrufserta mencegah mungkar tidak boleh dipandang ringan. Umat ini tidak berjaya selagi

    makruf tidak tertegak sebagai makruf dan mungkar tidak dimusnahkan sebagai mungkar.

    Untuk melaksanakan tugas yang besar ini maka perlulah kepada pembentukan Ummah.

    Ummah yang tertegak di atas dasar Iman kepada Allah Subhanahuwataala dan

    Persaudaraan kerana Allah Subhanahuwataala agar hukum-hukum Allah

    Subhanahuwataala terlaksana, kerja-kerja makruf berjalan dengan senang, kebenaran

    mengatasi kepalsuan, kebaikan sentiasa disokong dan kemungkaran sentiasa di tentang.

    Untuk sampai kepada ummah Islam sedemikian , maka jihad yang berterusan diperlukan

    dan mengikut jalan-jalan yang betul sebagaimana yang telah digariskan oleh Rasulullah

    Sallallahualaihiwasallam.

    Ad-Dar al-Akhirah (Kampung Akhirat)

    Melalui konsep ibadah Islam menentukan pandangan hidup yang lebih luas iaitu

    merangkumi kehidupan dunia dan Akhirat. Bahkan kehidupan Akhirat menjadi tujuan

    utama manakala dunia ini hanyalah medan persiapan dan mencari bekalan untuk

    kehidupan Akhirat yang kekal abadi.

    Sesungguhnya kehidupan di dalam tasawwur Islam bukan sekadar kehidupan di dunia

    yang amat terbatas ini, malah ia menjangkau lebih jauh daripada itu, hingga ke alam mautdan alam akhirah. Justeru itu permasalahan kebangkitan semula, hisab dan balasan di

    akhirat adalah merupakan permasalahan aqidah yang paling asas sesudah terbina aqidah

    tauhid.

    Setiap sudut daripada tasawwur Islam memandang kepada hakikat kehidupan di akhirat.

    Malah kehidupan Islam tidak akan lurus tanpa memberi perhatian dan yakin kepada

    akhirat. Al-Quran sendiri amat menekankan hakikat ini.

    Bagi orang-orang yang beritikad bahawa kehidupan hanya di dunia tanpa beriman dengan

    hari akhirat, maka tasawwur dan nilai perjuangan hidup mereka hanyalah sekadar di duniayang sempit ini sahaja. Adalah mustahil akan lahir di atas keyakinan sedemukian

    kehidupan yang mulia.

    Peraturan dan undang-undang yang lahir di bumi yang hanya memberi perhatian kepada

    sudut yang sempit ini, tidak akan melahirkan keadilan dan kerahmatan. Ia tidak akan

    mempunyai kriteria yang jelas dan tetap, malah akan berleku pertentangan dan

  • 7/27/2019 Matlamat Hidup Manusia Di Dunia

    4/5

    4 | M a k t a b a h A b u U m a r

    pertembungan antara satu sama lain. Umat yang hidup di atas konsep yang sempit ini tidak

    mungkin akan dapat mengembalikan kemuliaan manusia, kecuali jika mereka berpindah

    kepada konsep hidup yang luas yang melewati batas dunia ini. Bertolak dari konsep atau

    tasawwur yang luas dan berbeza ini, akan lahir perbezaan dalam nilai, akhlak, suluk dan

    peraturan hidup. Allah Subhanahuwataala mengetahui bahawa mana-mana umat tidak

    akan layak memimpin manusia, kecuali keyakinan terhadap akhirat nyata di dalam dhamir

    (hati) mereka.

    Sebab-sebab Islam menekankan akhirat:

    1) Ia hakikat kebenaran yang telah diterangkan Allah Subhanahuwataala.2) Keyakinan kepada akhirat penting demi mendapatkan kesempurnaan kemanusiaan -

    baik dalam tasawwur, itiqad, akhlak, suluk, syariat mahu pun nizam.

    3) Daripada tasawwur Islam yang luas ini akan melahirkan jiwa yang lapang, berperasaantinggi dan berhati-hati bertindak terhadap sesuatu. Daripada itiqad yang penuh

    terhadap keadilan dan besarnya ganjaran di akhirat kelak, menyebabkan jiwa bersedia

    untuk bekorban di jalan Allah Subhanahuwataala. Apabila wujud keyakinan terhadap

    akhirat, maka baiklah akhlak dan luruslah perjalanan hidup. Juga tidak akan berlaku

    sebarang penyelewengan tehadap Din Allah Subhanahuwataala yang lengkap.

    Seterusnya, tidak akan wujud sifat berdiam diri apabila melihat kerosakan, kerana sifat

    berdiam diri bukan sahaja menyebabkan kehilangan kebaikan di dunia, tetapi

    kehilangan ganjaran yang besar di akhirat kelak.

    Dunia ladang akhirat

    Dunia, dalam tasawwur Islam adalah ladang akhirat. Berjihad untuk memperbaiki

    kehidupan adalah suatu yang dituntut syara. Berusaha menentang kejahatan dan

    kezaliman, mengembalikan kekuasaan Allah Subhanahuwataala, mencegah pelampauan,

    menegakkan dan menjalankan keadilan serta kebaikan untuk manusia sehingga gugur

    syahid, maka kesemuanya adalah bekalan untuk akhirat. Dengan bekalan ini akan

    terbukalah pintu-pintu syurga bagi para mujahid. Akan diberi gantian yang lebih baik

    terhadap apa yang telah hilang daripada mereka. Segala penderitaan yang ditempuhi ketika

    menentang kebatilan di dunia akan dibalas dengan kesenangan yang abadi.

    Peranan di dunia

    Nilai kehidupan dunia berbanding dengan kehidupan akhirat telah dijelaskan Allah

    Subhanahuwataala dalam firman-Nya:

  • 7/27/2019 Matlamat Hidup Manusia Di Dunia

    5/5

    5 | M a k t a b a h A b u U m a r

    Dan tiada kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan

    sesungguhnya kampung akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu

    memahaminya.(Surah al-Anam: ayat 32)

    Namun, Islam tidaklah bersikap negatif terhadap dunia. Seseorang yang beriman tidaklah

    bersifat cuai dan menyisihkan diri daripada dunia. Sesungguhnya jalan ke akhirat adalahmelalui kehidupan di dunia. Walaupun dunia itu sempit dan terbatas, tetapi ia juga adalah

    nimat Allah Subhanahuwataala. Daripada dunia ini mukmin akan memperolehi

    kebahagiaan dan kenikmatan Allah Subhanahuwataala yang besar di akhirat kelak. Contoh

    yang jelas dalam hal ini ialah generasi sahabat Rasulullah SAW yang telah berjaya

    mengecapi kehidupan dunia mengikut neraca Allah Subhanahuwataala. Kehidupan mereka

    adalah amalan untuk akhirat. Mereka menjadi khalifah Allah Subhanahuwataala,

    menjalankan perintah-Nya, memakmur dan mengindahkan bumi ini, mendaulatkan bumi

    Allah Subhanahuwataala, mencari keredhaan Allah Subhanahuwataala dan mengharapkan

    kebahagiaan di akhirat. Mereka telah mendahului ahli dunia semasa di dunia dan merekaakan terus mendahului ahli dunia itu semasa akhirat nanti.

    Islam amat memberi penekanan terhadap keyakinan kepada akhirat supaya ia bersemadi

    dan hidup segar di dalam hati mengatasi kecintaan kepada dunia. Dengan ini hati menjadi

    damai dan kehidupan pula menjadi tenteram.

    Apakah yang boleh menghindarkan manusia daripada sifat tamak dan haloba serta

    terpengaruh dengan hawa nafsu? Apakah yang boleh memenangkan manusia dalam

    pertarungan yang tidak berkesusahan? Apakah yang boleh menguatkan manusia dalam

    marakah antara haq dan batil, antara kejahatan dan kebaikan? Jawapannya, tiada lain

    kecuali keyakinan terhadap akhirat.

    Umat yang mempunyai keyakinan seperti inilah yang layak memimpin manusia

    sepertimana yang pernah berlaku dalam sejarah.