matematik surat panggilan mesyuarat dan minit mesyuarat 2013 kali-1

Upload: khab765

Post on 10-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG DUSUN

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKIT,KM31, Jalan Naka, 06400 POKOK SENA

KEDAH DARUL AMAN.

Minit Mesyuarat Panitia Matematik Kali-1, 2013Tarikh

: 21 Januari 2013Masa

: 1.30 hingga 3.00 petangTempat: Bilik Mesyuarat GuruPenasihat: En. Muhammad Azhar bin Ahmad (PK Pentadbiran)Hadir: 1) Puan Rahayu binti Hamzah (Pengerusi/Ketua Panitia)

2) En Kamal Husni bin Ahmad Badri (S/U Panitia Matematik)

3) Pn. Haslinda binti Johari ( )

2) Pn. Nahaliza binti Nayan ( )

3) Pn. Rasyadah binti Hj. Isa ( )

4) En. Abdul Rahman bin Saad ( Pemulihan Khas)

5) En. Rosli bin Abdul Rashid (Pemulihan) Tidak Hadir:1) Pn. Roziah binti Hamid (Bersebab)

2) Azizah binti Osman (Bersebab)Agenda 1: Ucapan Aluan Pengerusi

Ketua Panitia mengalu-alukan kehadiran semua guru dan juga kepada Penolong Kanan 1. Ketua Panitia seterusnya menyatakan tujuan mesyuarat diadakan. Seterusnya Ketua Panitia meminta Penolong Kanan 1 memberikan ucapan.Agenda 2: Perutusan PenasihatPenolong Kanan 1 mengalu-alukan kehadiran semua guru dalam mesyuarat. Beliau menyatakan harapan agar mesyuarat kali ini, guru-guru dapat berbincang dan mencari kelemahan-kelemahan dan mengatasinya. Seterusnya beliau juga berharap guru-guru dapat mencari jalan penyelesaian dan penambahbaikan bagi mengatasi kelemahan murid yang pelbagai. Guru-guru diharap dapat menguruskan kurikulum dengan baik agar PdP dapat berjalan lancar dimana guru mengajar dan murid belajar. Pesanan akhir beliau ialah agar setiap murid mendapat pendidikan terbaik dari sekolah ini.

Makluman: Semua Guru

Agenda 4: Analisis Peperiksaan Ketua Panitia membentangkan keputusan peperiksaan Matematik tahun 2012. Bagi UPSR 2013, unjuran yang dibuat adalah 90% dan ini memerlukan sekurang-kurangnya 63 orang murid lulus. Ini berkamsud 37 murid dari Kelas Tahun 6 Cemerlang mesti semua lulus dan 26 dari 33 murid dari Kelas 6 Pintar juga lulus. Cikgu Nahaliza memberikan keyakinan bahawa beliau dan guru-guru lain akan berusaha untuk mendapatkan bilangan murid lulus tersebut dengan beberapa program yang akan dilaksanakan kelak.

Ketua Panitia seterusnya meminta guru-guru dari tahun 5,4,3,2 dan 1 untuk menyatakan perkembangan murid pada awal tahun 2013 ini.

Kelas 3 Cemerlang:

Cikgu Rahayu menyatakan bahawa murid kelas beliau kurang memberi tumpuan. Murid agak hiperaktif. Untuk mengatasi masalah ini beliau telah membuat aktiviti kuiz dan permainan atau kerja berkumpulan. Kelas 3 Pintar:

Cikgu Kamal Husni menyatakan bahawa beliau menghadapai masalah murid tidak fasih berbahasa dan murid masih mengeja serta murid linus. Murid tidak memahami apa yang dibaca. Setiap kali aktiviti latihan melibatkan buku teks atau buku aktiviti, maka guru terpaksa menerangkan apa yang perlu murid buat. Ini akan menimbulkan masalah kepada murid apabila menghadapai ujian. Ini juga menjadikan pembelajaran murid lembab dan kurang memberi tumpuan. Beberapa langkah telah diambil tapi masih kurang berkesan. Cikgu Kamal seterusnya meminta guru-guru sama-sama mencari jalan bagi mengatasi masalah ini.Kelas 4 Cemerlang:

Cikgu Haslinda menyatakan bahawa murid beliau masih teraba-raba sebab murid baru naik Tahap 2. Walau bagaimanapun masalah itu akan dapat diatasi sedikit masa lagi.

Kelas 4 Pintar:

Cikgu Kamal Husni menyatakan masalah beliau sama dengan masalah murid Tahun 3 Pintar.

Kelas 5 Cemerlang:

Cikgu Nahaliza menyatakan bahawa 4 orang murid boleh kuasai kemahiran matematik, selebihnya masih perlu dibimbing. Beliau memberi keyakinan perkara ini akan dapat diatasi.Kelas 5 Pintar:

Cikgu Haslinda menyatakan bahawa 2 orang murid dapat kuasai kemahiran matematik. Manakala selebihnya masih perlu dibimbing secara intensif.

Ketua Panitia mengucapkan terima kasih di atas pernyataan yang diceritakan dan berharap agar semua guru dapat sama-sama bantu-membantu dan mencari jalan penyelesaian serta penambahbaikan dalam menghadapai masalah pembelajaran murid.

Tindakan: Semua Guru Agenda 5: Rancangan Tahunan dan Program Peningkatan MatematikKetua Panitia bertanya tentang Rancangan Tahunan Matematik, jika ada guru yang masih belum siapkan atau belum dapat bahan. Guru-guru menyatakan bahawa mereka telah memiliki dan telah siap Rancangan Tahunan Matematik. Seterusnya Ketua Panitia berbincang tentang Program Peningkatan Matematik. Hasilnya adalah seperti berikut:1. Bijak sifir- dibuat setiap hari dalam kelas iaitu terdiri dari hafalan dan mengisi kotak

sifir.

2. Latihan hujung minggu.

3. Bulan Matematik kuiz dibuat seminggu sekali setiap bulan bermula bulan April.

4. Pemantapan Matematikdilaksanakan dalam kelas bagi mengenalpasti murid

(kemahiran asas) lemah dan dibuat latihan intensif.5. Kelas Tambahan Tahun 6 sahaja yang akan diuruskan oleh Cikgu Haslinda.

6. Latih-tubi Soalan Matematik Melibatkan perkara asas operasi matematik dan

soalan mencabar.

7. Program Motivasi (murid/waris) Panitia Matematik dengan kerjasama Unit bimbingan kaunseling.8. Teknik Menjawab Soalan Matematik dilaksanakan mengikut keperluan.9. Bijak Linus dilaksanakan selepas saringan 1 dan diajar setengan jam selepas Waktu bailk pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.

Tindakan: Semua Guru Agenda 6: Kewangan

Ketua Panitia menyatakan bahawa baki kewangan untuk Panitia Matematik adalah sebanyak RM4.80 (dari tahun 2012). Tahun ini tidak tahu lagi. Untuk alat bantu mengajar, setelah persetujuan guru-guru memperuntukkan sebanyak RM500 bagi membeli apa-apa peralatan yang dirasakan sesuai dalam PdP dan kesesuaian dengan kemahiran murid. Bagi setiap pembelian perlulah mengisi borang nota minta.Tindakan: Semua Guru Agenda 7: Linus

Cikgu Rosli

Agenda 8: Protim Tahun 4 dan Tahun 5Ketua Panitia memberitahu bahawa soalan Ujian Saringan belum diperolehi. Walau bagaimanapun guru perlulah bersiap sedia bagi penyediaan murid menduduki ujian tersebut.Tindakan: Semua Guru Protim Tahun 4 dan Tahun 5Agenda 9: SPPBS/SAPSKetua Panitia menyatakan bahawa semua guru yang terlibat dengan SPPBS dan KSSR perlu proses sendiri fail masing-masing. Fail ambil daripada guru kelas dan masukkan ke dalam fail besar.Tindakan: Semua Guru

Agenda 10: Headcount

Ketua Panitia memberitahu bahawa semua guru perlu menampal headcount 3 di belakang buku ringkasan atas arahan guru besar. Pengisian SPBBS mungkin bermula bulan Mac.

Makluman: Semua Guru

Agenda 11: Hal-hal lain

Cikgu Rasyadah meminta supaya diadakan sudut matematik pada Aras 1 bangunan blok A. Ini kerana murid selalu berulang-alik dan menggunakan terowong tersebut samada untuk ke tandas atau ke kelas atas dan murid juga selalu lepak di situ pada waktu rehat. Semua guru bersetuju.Makluman: Penolong Kanan 1 dan Ketua Panitia.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang Disediakan Oleh :

Disemak Oleh : ...................................................... ......................................................

(Guru Besar)