mat ghilang bin ali v timbalan menteri dalam negeri ... untuk membuat representasi kepada lembaga...

9
Page 1 Malayan Law Journal Unreported/2013/Volume /Mat Ghilang Bin Ali v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors - [2013] MLJU 88 - 17 January 2013 [2013] MLJU 88 Mat Ghilang Bin Ali v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors HIGH COURT (KUALA LUMPUR) KAMARDIN BIN HASHIM H PERMOHONAN JENAYAH NO 44-176-10/2012 17 January 2013 N Sivananthan (Tina Wong with him) (Sivananthan) bagi pihak pemohon Natrah Fariha (Peguam Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri) bagi pihak responden-responden Kamardin Bin Hashim H ALASAN PENGHAKIMAN Permohonan [1] Pemohon, Mat Ghilang Bin Ali telah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan Darul Naim ("PPA Machang") untuk tempoh selama 2 tahun mulai daripada 18 Julai 2012 atas Perintah Tahanan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri di bawah seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 ("LLPK"). Perintah Tahanan tersebut telah dikeluarkan oleh Responden Pertama setelah berpuas hati bahawa Pemohon pernah ada kaitan dengan aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya dan adalah perlu bagi maksud ketenteraman awam supaya Pemohon ditahan. [2] Melalui Notis Usul di Lampiran 4 yang difailkan pada 31 Oktober 2012, Pemohon telah memohon kepada Mahkamah ini untuk mengeluarkan suatu Perintah writ Habeas Corpus bagi membebaskan Pemohon da- ripada tahanan di PPA Machang tersebut. Alasan-alasan bagi permohonan Pemohon adalah sepertimana yang terkandung dan diperincikan di dalam Afidavit Pemohon yang telah diikrarkan pada 25 Oktober 2012 oleh Pemohon sendiri dan telah dilampirkan bersama dengan Notis Usul tersebut seperti di Lampiran 3. Alasan Permohonan [3] Di dalam Afidavit Pemohon (Lampiran 3) yang difailkan bagi menyokong Notis Usul tersebut, Pemohon telah mengemukakan alasan-alasan yang berikut bagi menyokong pembebasan beliau dari PPA Machang. Alasan-alasan tersebut adalah seperti berikut: (a) Beliau tidak dimaklumkan akan alasan-alasan penangkapan dan penahanan beliau (perenggan 3 Afidavit Pemohon); (b) Beliau tidak dibawa ke hadapan Majistret untuk penahanan lanjut beliau oleh pihak polis (perenggan 6 Afidavit Pemohon); (c) Tiada siasatan berkaitan aktiviti pengedaran dadah semasa dalam tahanan reman (perenggan 8, 9,10 dan 11 Afidavit Pemohon); (d) Tiada laporan siasatan lengkap dikemukakan oleh pihak polis kepada Timbalan Menteri di bawah seksyen 3 LLPK (perenggan 7 dan 12 Afidavit Pemohon); (e) Telah dinafikan hak untuk mendapatkan khidmat peguambela (perenggan 13 Afidavit Pemo- hon);

Upload: tranthuy

Post on 07-Apr-2018

256 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mat Ghilang Bin Ali v Timbalan Menteri Dalam Negeri ... untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat (perenggan 25, 26, 27, 28, 29 dan 30 Afidavit Pemohon);

Page 1

Malayan Law Journal Unreported/2013/Volume /Mat Ghilang Bin Ali v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors - [2013] MLJU 88 - 17 January 2013

[2013] MLJU 88

Mat Ghilang Bin Ali v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors

HIGH COURT (KUALA LUMPUR) KAMARDIN BIN HASHIM H PERMOHONAN JENAYAH NO 44-176-10/2012 17 January 2013 N Sivananthan (Tina Wong with him) (Sivananthan) bagi pihak pemohon Natrah Fariha (Peguam Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri) bagi pihak responden-responden Kamardin Bin Hashim H ALASAN PENGHAKIMAN Permohonan

[1] Pemohon, Mat Ghilang Bin Ali telah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan Darul Naim ("PPA Machang") untuk tempoh selama 2 tahun mulai daripada 18 Julai 2012 atas Perintah Tahanan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri di bawah seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 ("LLPK"). Perintah Tahanan tersebut telah dikeluarkan oleh Responden Pertama setelah berpuas hati bahawa Pemohon pernah ada kaitan dengan aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya dan adalah perlu bagi maksud ketenteraman awam supaya Pemohon ditahan.

[2] Melalui Notis Usul di Lampiran 4 yang difailkan pada 31 Oktober 2012, Pemohon telah memohon kepada Mahkamah ini untuk mengeluarkan suatu Perintah writ Habeas Corpus bagi membebaskan Pemohon da-ripada tahanan di PPA Machang tersebut. Alasan-alasan bagi permohonan Pemohon adalah sepertimana yang terkandung dan diperincikan di dalam Afidavit Pemohon yang telah diikrarkan pada 25 Oktober 2012 oleh Pemohon sendiri dan telah dilampirkan bersama dengan Notis Usul tersebut seperti di Lampiran 3. Alasan Permohonan

[3] Di dalam Afidavit Pemohon (Lampiran 3) yang difailkan bagi menyokong Notis Usul tersebut, Pemohon telah mengemukakan alasan-alasan yang berikut bagi menyokong pembebasan beliau dari PPA Machang. Alasan-alasan tersebut adalah seperti berikut:

(a) Beliau tidak dimaklumkan akan alasan-alasan penangkapan dan penahanan beliau (perenggan 3 Afidavit Pemohon);

(b) Beliau tidak dibawa ke hadapan Majistret untuk penahanan lanjut beliau oleh pihak polis (perenggan 6 Afidavit Pemohon);

(c) Tiada siasatan berkaitan aktiviti pengedaran dadah semasa dalam tahanan reman (perenggan 8, 9,10 dan 11 Afidavit Pemohon);

(d) Tiada laporan siasatan lengkap dikemukakan oleh pihak polis kepada Timbalan Menteri di bawah seksyen 3 LLPK (perenggan 7 dan 12 Afidavit Pemohon);

(e) Telah dinafikan hak untuk mendapatkan khidmat peguambela (perenggan 13 Afidavit Pemo-hon);

Page 2: Mat Ghilang Bin Ali v Timbalan Menteri Dalam Negeri ... untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat (perenggan 25, 26, 27, 28, 29 dan 30 Afidavit Pemohon);

Page 2

(f) Tiada siasatan lengkap oleh pegawai siasatan dan tiada laporan lengkap siasatan diserahkan kepada Timbalan Menteri di bawah seksyen 5 LLPK semasa tahanan selama 60 hari (pereng-gan 14,15,16, 18 dan 19 Afidavit Pemohon);

(g) Beliau mempertikaikan kelayakan dan perlantikan Pegawai Siasatan di bawah LLPK (pereng-gan 17 Afidavit Pemohon);

(h) Responden Pertama telah gagal untuk mengambilkira dengan secukupnya fakta-fakta dan alasan-alasan untuk menahan beliau dan gagal menggunakan mindanya dalam mengeluarkan Perintah Tahanan terhadap beliau (perenggan 21, 22, 23, 24 dan 25 Afidavit Pemohon);

(i) Beliau tidak diberitahu dan dijelaskan alasan-alasan penahanan beliau dan Perintah Tahanan yang dikeluarkan tidak mengikut undang-undang, di luar skop serta tidak dimaklumkan hak be-liau untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat (perenggan 25, 26, 27, 28, 29 dan 30 Afidavit Pemohon);

(j) Notis pendengaran representasi Lembaga Penasihat tidak diserahkan kepada beliau (pereng-gan 31 dan 32 Afidavit Pemohon);

(k) Lembaga Penasihat yang mempertimbangkan representasi beliau bukanlah satu badan yang sah (perenggan 33 Afidavit Pemohon);

(l) Lembaga Penasihat gagal mengemukakan laporan dan syor kepada Yang Di Pertuan Agong (perenggan 34 Afidavit Pemohon);

(m) Lembaga Penasihat gagal menimbangkan representasi beliau dengan secukupnya (perenggan 35 Afidavit Pemohon); dan

(n) Kesemua prosedur dan kaedah bawah LLPK dan Kaedah Lembaga Penasihat tidak dipatuhi sepenuhnya (perenggan 36 Afidavit Pemohon).

[4] Pemohon seterusnya menyatakan bahawa penahanan beliau adalah tidak sah atas alasan-alasan beri-kut:

- Tiada siasatan yang sempurna di bawah seksyen 5 LLPK; - Terdapat perlanggaran Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tidak diberitahu

sebab atau alasan tangkapan dan penahanan beliau; - Terdapat perlanggaran Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan oleh kerana tidak diberikan

khidmat peguambela; - Terdapat perlanggaran seksyen 3 LLPK kerana tangkapan dan penahanan lanjut beliau tidak

dilaksanakan dengan betul; - Tangkapan dan penahanan beliau tanpa alasan kukuh oleh kerana tangkapan telah dibuat atas

keterangan dan pengataan palsu oleh saksi-saksi awam; - Terdapat perlanggaran seksyen 3,4, 5, 6 dan 9 LLPK; - Lembaga Penasihat gagal menyerahkan notis persidangan bagi menimbang representasi be-

liau serta gagal menimbag dengan adil; - Lembaga Penasihat bukanlah badan yang betul dan sah untuk menimbangkan representasi

beliau; - Lembaga Penasihat gagal mengemukakan syor kepada Yang Di Pertuan Agong mengikut

masa dan prosedur; dan - Semua prosedur dan/atau peruntukan yang perlu gagal dipatuhi.

[5] Setelah menerima Afidavit Jawapan daripada pihak Responden-Responden, Pemohon telah memfailkan satu Afidavit Balasan Pemohon bertarikh 26 Disember 2012 di Lampiran 20. Dalam Afidavit Balasan Pemo-hon tersebut, Pemohon telah membangkitkan tiga isu berikut:

(a) Beliau mempertikaikan perlantikan Shaharaliza Binti Ab Razak sebagai Pegawai Siasatan yang sah di bawah LLPK oleh kerana tiada bukti dokumentari mengenainya (perenggan 3, 4, 5 dan 6 Afidavit Balasan Pemohon);

(b) Terdapat ketidakpatuhan Kaedah 5(1) Kaedah-Kaedah Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)(Prosedur Lembaga Penasihat) 1987 apabila Afidavit Jawapan oleh Murali A/L Arumugon menyatakan hanya menyerah dan menerangkan kandungan kedua-dua Borang II sedangkan terdapat tiga Borang II yang diterima oleh Pemohon (perenggan 7, 8, 9 dan 10 Afidavit Balasan Pemohon); dan

Page 3: Mat Ghilang Bin Ali v Timbalan Menteri Dalam Negeri ... untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat (perenggan 25, 26, 27, 28, 29 dan 30 Afidavit Pemohon);

Page 3

(c) Bahawa terdapat satu lagi Perintah Tahanan telah dikeluarkan oleh Timbalan Menteri untuk menahan Pemohon seperti di dalam Afidavit Jawapan oleh Mohd Ismawi Bin Sulong (pereng-gan 11, 12, 13, 14, 15 dan 16 Afidavit Balasan Pemohon).

Afidavit Jawapan Responden-Responden

[6] Bagi menjawab segala tohmahan dan dakwaan yang terkandung dalam Afidavit Sokongan pihak Pemo-hon tersebut, pihak Responden-Responden telah memfailkan sejumlah 13 Afidavit Jawapan seperti berikut:

(a) Afidavit Jawapan oleh Mastura Binti Abu Bakar, Setiausaha Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri bertarikh 17 Disember 2012 di Lampiran 6;

(b) Afidavit Jawapan oleh Mohd ismawi Bin Sulong, Peguasa dan Pengarah PPA Machang bertar-ikh 17 Disember 2012 di Lampiran 7;

(c) Afidavit Jawapan oleh SAC Jamaludin Bin Kudin, Pegawai Kanan Polis di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Di Raja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur bertarikh 17 Disember 2012 di Lampiran 8;

(d) Afidavit Jawapan oleh Zulkifli Bin Abdul Manah, Timbalan Penguasa dan Pegawai yang men-jaga PPA Machang bertarikh 17 Disember 2012 di Lampiran 10;

(e) Afidavit Jawapan oleh YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia yang bertarikh 17 Disember 2012 di- Lampiran 9;

(f) Afidavit Jawapan oleh D/Sjn K. Sundararajan A/L Krishnan, Pegawai Kanan Polis di Pejabat D7 Tahanan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur bertarikh 17 Disember 2012 di Lampiran 11;

(g) Afidavit Jawapan oleh Koperal Hisham Bin Abdullah, Pegawai Polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Terengganu bertarikh 17 Disember 2012 di Lampiran 12;

(h) Afidavit Jawapan oleh Inspektor Polls Azizan Bin Aziz, Pegawai Kanan Polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu bertarikh 17 Disember 2012 di Lamplran 13;

(i) Afidavit Jawapan oleh Inspektor Polis Mohd Hafizul Ashraff Bin Mohamed, Pegawai Kanan Po-lis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Terengganu bertarikh 17 Disember 2012 di Lampiran 14;

(j) Afidavit Jawapan oleh Murali A/L Arumugon, Warder di PPA Machang bertarikh 17 Disember 2012 di Lampiran 15;

(k) Afidavit Jawapan oleh Anis Binti Mohd Mokhtar, Penolong Setiausaha di Kementerian Dalam Negeri, Malaysia bertarikh 17 Disember 2012 di Lampiran 16;

(l) Afidavit Jawapan oleh Shaharaliza Binti Ab Razak, Pegawai Siasatan di Kementerian Dalam Negeri, Malaysia bertarikh 17 Disember 2012 di Lampiran 17;

(m) Afidavit Jawapan oleh Inspektor Polis Shahrul Effendy Bin Mohammad, Pegawai Kanan Polis di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Kontinjen Terenggan bertarikh 17 Disember 2012 di Lampiran 18;

[7] Pihak Responden-Responden turut memfailkan 4 Afidavit Pembetulan dan Balasan bagi menjawab pengataan-pengataan dalam Afidavit Balasan Pemohon, seperti berikut:

(a) Afidavit Pembetulan dan Balasan oleh Murali A/L Arumugon bertarikh 2 Januari 2013 di Lam-piran 22;

(b) Afidavit Balasan oleh Shaharaliza Binti Ab Razak bertarikh 3 Januari 2012 di Lampiran 23; (c) Afidavit Balasan oleh Mohd Ismawi Bin Sulong bertarikh 2 Januari 2012 di Lampiran 24; dan (d) Afidavit Balasan oleh Dato' Lee Chee Leong bertarikh 3 Januari 2012 di Lampiran 25.

[8] Pihak Pemohon tidak ada memfailkan sebarang Afidavit balasan bagi menjawab kepada 4 Afidavit Pem-betulan dan Balasan yang telah difailkan oleh pihak Responden-Responden dalam kes ini. Undang-Undang mengenai Habeas Corpus

Page 4: Mat Ghilang Bin Ali v Timbalan Menteri Dalam Negeri ... untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat (perenggan 25, 26, 27, 28, 29 dan 30 Afidavit Pemohon);

Page 4

[9] Dalam kes Lee Kew Sang v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors (2005) 3 CLJ 914, telah di-putuskan oleh Mahkamah Persekutuan bahawa hanya jika terdapat berlakunya ketidakpatuhan atau pelanggaran kepada mana-mana kehendak atau keperluan prosedur maka barulah permohonan semakan kehakiman boleh dibenarkan. Abdul Hamid Mohamed HMP (ketika itu) telah menggariskan prinsip un-dang-undang mengenai semakan kehakiman dalam kes-kes tahanan pencegahan, seperti berikut:

"In our view, courts must give effect to the amendments. That being the law, it is the duty of the courts to apply them. So, in a habeas corpus application where the detention order of the Minister made under s.4(1) of the Ordinance or, for that matter, the equivalent ss. In ISA 1960 and DD(SPM) Act 1985, the first thing that the courts should do is to see whether the ground forwarded is one that falls within the meaning of procedural non-compliance or not. To determine the question, the courts should look at the provisions of the law or the rules that lay down the procedural requirements. It is not for the courts to create procedural requirements because it is not the function of the courts to make law or rules. If there is no such procedural requirements then there cannot be non-compliance thereof. Only if there is that there can be non-compliance thereof and only then that the courts should consider whether, on the facts, there has been non-compliance."

[10] Kedudukan undang-undang adalah jelas bahawa hanya isu ketidakpatuhan prosedur adalah merupakan satu-satunya isu yang boleh dicabar di dalam permohonan writ of Habeas Corpus. Sebarang kecacatan yang berlaku semasa tangkapan dan tahanan untuk tujuan siasatan tidaklah berkaitan. Prinsip ini telah di-putuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohd Faizal Haris v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors (2005) 4 CLJ 613, di muka surat 628 YA Hakim Augustine Paul FG telah memutuskan sep-erti berikut:

"The corollary is that a detention order can be made against a person under s.6 (1) even when his detention under s.3(2) was irregular. The general rule that a writ of habeas corpus must be directed against the current order of deten-tion therefore applies where a detention under s.6(1) has been made subsequent to an arrest and detention under s.3(1) and (2). It follows that where a detention order has been made under s.6(1) the writ of habeas corpus must be directed only against that order even if the earlier arrest and detention are irregular."

[11] Mahkamah ini sedar akan keputusan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes SK Tangakaliswaran Krishnan v Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2009] 6 CLJ 705 yang telah memutuskan bahawa dalam kes-kes melibatkan tahanan, beban pembuktian terletak atas pihak Responden-Responden untuk membuk-tikan bahawa tahanan tersebut adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang dan Pemohon tidak berhak untuk mendapatkan relif yang dipohon. YA Hakim Gopal Sri Ram FG di muka surat 710 kes itu menyatakan prinsip tersebut seperti berikut:

"[5] In my considered judgment the point at stake falls to be resolved with reference to the principles governing the burden of proof in an application for habeas corpus. It is settled law that on an application for habeas corpus the bur-den of satisfying the court that the detention is lawful lies throughout on the detaining authority. See, Chng Suan Tie v The Minister of Home Affairs & Ors And Other Appeals [1988] 1 LNS 162. In Mohinuddin v District Magistrate, Beed AIR [1987] SC 1977, the Supreme Court of India observed as follows in the context of art.22 of the Indian Constitution from which is drawn our art. 151:

'It is enough for the detainee to say that he is under wrongful detention, and the burden lies on the detaining authority to satisfy the Court that the detention is not illegal or wrongful and that the petition-er is not entitled to the relief claimed. This Court on more occasions than one has dealt with the ques-tion and it is now well-settled that it is incumbent on the State to satisfy the Court that the detention of the petitioner/detainee was legal and in conformity not only with the mandatory provisions of the Act but also strictly in accord with the constitutional safeguards embodied in Art. 22(5)'. "

Hujahan Pemohon

[12] Datuk N. Sivananthan, peguambela terpelajar yang mewakili Pemohon telah pada 28 Disember 2012 memfailkan Ringkasan Hujahan Pemohon dan Ikatan Otoriti Pemohon. Melalui Ringkasan Hujahan Pemo-hon tersebut, peguambela terpelajar telah membangkitkan sebanyak 3 isu untuk pertimbangan Mahkamah ini bagi membebaskan Pemohon.

[13] Sejumlah 3 isu yang dibangkitkan oleh peguambela terpelajar dalam Ringkasan Hujahan Pemohon adalah seperti berikut:

Page 5: Mat Ghilang Bin Ali v Timbalan Menteri Dalam Negeri ... untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat (perenggan 25, 26, 27, 28, 29 dan 30 Afidavit Pemohon);

Page 5

(a) Pelanggaran seksyen 5 LLPK berkaitan dengan perlantikan dan kelayakan Shaharaliza Binti

Ab Razak sebagai Pegawai Siasatan; (b) Pelanggaran Kaedah 5(1) Kaedah-Kaedah Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan

Khas)(Prosedur Lembaga Penasihat) 1987 berkaitan dengan penyerahan dan penerangan Borang II kepada Pemohon; dan

(c) pelanggaran seksyen 6(1) LLPK berkaitan dengan dakwaan bahawa terdapat satu lagi Perintah Tahanan yang di keluarkan terhadap Pemohon yang bertarikh 26.9.2010.

[14] Sebelum meneruskan dengan hujahannya, peguambela terpelajar telah membangkitkan satu bantahan awalan terhadap 4 Afidavit Pembetulan dan Balasan yang difailkan oleh Responden-Responden seperti di Lampiran 22, 23, 24 dan 25 tersebut di perenggan [7] diatas. Peguambela berhujah 4 afidavit tersebut tidak wajar diterima oleh kerana 4 afidavit itu telah hanya difailkan selepas Ringkasan Hujahan Bertulis Pemohon difailkan dan diserahkan kepada Responden-Responden dan bahawa pemfailan 4 afidavit tersebut telah dibuat dengan tanpa mendapat kebenaran Mahkamah ini terlebih dahulu. Selain itu, 4 afidavit tersebut juga difailkan setelah Afidavit Balasan oleh Pemohon diserahkan kepada Responden-Responden yang men-imbulkan tiga isu ketidakpatuhan prosedur berdasarkan kepada affidavit-afidavit jawapan yang telah difailkan oleh Responden-Responden sebelum itu.

[15] Peguam Persekutuan, Cik Natrah Fariha dalam hujahan balasnya atas isu bantahan awalan tersebut menyatakan bahawa Afidavit Balasan oleh Pemohon telah diterima pada 27.12.2012 manakala Ringkasan Hujahan Pemohon secara bertulis hanya diterima pada 28.12.2012. Peguam Persekutuan menyatakan ba-hawa mereka memerlukan lebih sedikit masa untuk memfailkan 4 afidavit tersebut oleh kerana dua orang deponent berada di PPA Machang, Kelantan. Oleh itu 4 afidavit balasan dan pembetulan tersebut hanya dapat difailkan pada 4.1.2013.

[16] Semasa Pengurusan Kes pada 9.11.2012, pihak-pihak telah diarahkan untuk memfailkan hujahan ber-tulis 3 hari sebelum tarikh perbicaraan. Tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan ialah pada 11.1.2012. Peguambela bagi Pemohon bagaimana pun telah memfailkan hujahan bertulis beliau pada 28.12.2012 dan telah menyerahkannya kepada Peguam Persekutuan pada hari yang sama. Peguambela turut memfailkan Afidavit Jawapan oleh Pemohon di Lampiran 20 pada 28.12.2012 tetapi telah menyerahkan yang sama kepada Peguam Persekutuan sehari sebelum itu iaitu pada 27.12.2012. Oleh itu jelas Afidavit Balasan Lam-piran 20 yang diserahkan kepada Peguam Persekutuan adalah salinan yang belum bermetrai.

[17] Setelah mendengar penjelasan daripada Peguam Persekutuan mengenai kelewatan dalam memfailkan 4 afidavit yang dibantah, walau pun penjelasan tersebut dari 'bar table', saya telah menerima penjelasan yang diberikan sebagai penjelasan yang munasabah. Oleh itu saya telah menerima masuk 4 afidavit terse-but di Lampiran 22, 23, 24 dan 25. Saya percaya Mahkamah ini mempunyai budi bicara untuk menerima 4 afidavit tersebut dan budibicara itu hendaklah dijalankan secara kehakiman (judiciously). Dalam kes ini, 4 afidavit yang dibantah tersebut telah difailkan dan diserahkan kepada peguambela Pemohon pada 4.1.2013 iaitu kira-kira satu minggu sebelum tarikh perbicaraan yang ditetapkan (11.1.2013). Penyerahan 4 afidavit tersebut dan penerimaannya oleh Mahkamah ini tidak memprejudiskan Pemohon oleh kerana Pemohon mempunyai masa yang cukup untuk menjawab kepada 4 afidavit yang dibantah tersebut. Wala pun begitu, Pemohon memilih untuk tidak menjawab kepada pengataan-pengataan di dalam 4 afidavit tersebut dan se-baliknya telah memilih untuk menimbulkan satu bantahan awalan terhadap penerimaan masuk 4 afidavit tersebut di Mahkamah ini. Saya juga percaya bahawa berlandaskan kepada prinsip yang telah diputuskan dalam kes Ng Hee Thong, pengataan-pengataan di dalam 4 afidavit tersebut yang gagal dibalas oleh Pemohon adalah dianggap diakui oleh Pemohon.

[18] Peguambela bagi Pemohon dalam hujahan lisannya di Mahkamah ini hanya meneruskan dengan dua alasan bagi membebaskan Pemohon daripada tahanan. Dua alasan tersebut berkaitan dengan dua isu da-lam hujahan bertulis telah difailkan oleh pegumbela sebelum ini. Dua isu tersebut berkaitan dengan dakwaan bahawa terdapat perlanggaran terhadap Kaedah 5(1) Kaedah-Kaedah Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)(Prosedur Lembaga Penasihat) 1987 dan berkaitan dengan dakwaan terdapat perlang-garan seksyen 6(1) LLPK. Manakala isu ketiga berkaitan perlanggaran seksyen 5 LLPK mengenai perlanti-kan dan kelayakan Cik Shaharaliza Binti Ab Razak sebagai Pegawai Siasatan telah ditinggalkan (aban-doned).

Page 6: Mat Ghilang Bin Ali v Timbalan Menteri Dalam Negeri ... untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat (perenggan 25, 26, 27, 28, 29 dan 30 Afidavit Pemohon);

Page 6

Isu mengenai perlanggaran terhadap Kaedah 5(1) Kaedah-Kaedah Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)(Prosedur Lembaga Penasihat) 1987

[19] Peguambela berhujah bahawa Kaedah 5(1) menghendakki Lembaga Penasihat menyerahkan kepada Pemohon yang memohon untuk mengemukakan representasi kepada Lembaga Penasihat, Borang II untuk memberitahu tarikh, masa dan tempat pendengaran representasi Pemohon. Perkataan yang digunakan da-lam Kaedah 5(1) tersebut adalah "shall" yang membawa maksud wajib (lihat Lock Wee Kock v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Anor [1993] 4 CLJ 211). Peguambela telah merujuk kepada perenggan 5, 7 dan 9 dalam Afidavit Jawapan oleh Murali A/L Arumugon di Lampiran 15 di mana deponent tersebut menyatakan beliau telah menyerahkan Borang II kepada Pemohon sebanyak tiga kali iaitu yang bertarikh 6.8.2012, 5.9.2012 dan 28.9.2012. Deponen tersebut turut menyatakan beliau telah menerangkan isi kandungan Borang II tersebut kepada Pemohon mengenai tarikh, masa dan tempat pendengaran representasi Pemo-hon. Sebaliknya di perenggan 12 Lampiran 15, deponent yang sama menyatakan bahawa beliau "...telah menerangkan isi kandungan kedua-dua Borang II tersebut yang mengandungi maklumat berkenaan masa, tarikh dan tempat di mana pendengaran representasi Pemohon...".

[20] Berdasarkan kepada kandungan Afidavit Jawapan Lampiran 15 tersebut, peguambela berhujah bahawa terdapat ketidakpatuhan prosedur di bawah Kaedah 5(1) tersebut. Walau pun Kaedah 5(1) tidak mem-peruntukkan mengenai penjelasan isi kandungan Borang II namun 'case law" memutuskan bahawa untuk menjadikan hak seseorang tahanan menjadi bermakna maka isi kandungan Borang II hendaklah diterang dan di jelaskan kepada orang tahanan. Dalam kes ini walau pun itu telah dilakukan oleh deponent Murali A/L Arumugon tetapi penerangan dan penjelasan hanya telah diberikan terhadap dua daripada tiga Borang II yang telah diserahkan kepada Pemohon. Peguambela berpegang kepada nas-nas SK Tangakaliswaran Krishnan v Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors (supra), Ahmad Jani Ab Ghani lwn Ketua Polis Negara & 2 Lagi [2007] 1 LNS 211, Parasuraman A/L Velu v Ketua Polis Negara, Malaysia & Ors [2006] 5 MLJ 764 dan Sim Kim Fatt v Dato' Fu Ah Kiow & Ors [2009] MLJU 0003. Oleh kerana terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur mandatori di bawah Kaedah 5(1), maka dihujahkan oleh peguambela bahawa Perintah Tahanan bertarikh 18.7.2012 terhadap Pemohon adalah tidak sah dan penahanan lanjut Pemohon di PPA Machang juga menjadi tidak sah. Peguambela memohon supaya Pemohon dibebaskan dengan serta merta.

[21] Peguambela terpelajar seterusnya berhujah bahawa oleh kerana terdapat ketidakpatuhan prosedur mengenai penyerahan dan penjelasan isi kandungan Borang II kepada Pemohon, fakta bahawa representasi Pemohon telah didengar oleh Lembaga Penasihat dan Pemohon tidak diprejudiskan dengan kerana itu, menjadi tidak lagi berkaitan dalam permohonan Pemohon disini. Peguambela merujuk kepada keputusan dalam kes Puvaneswaran Murugiah v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Anor [1991] 3 CLJ (Rep) 649. Dalam kes tersebut Edgar Joseph JR J (ketika itu) telah memutuskan berikut:

"It follows, therefore, that there has been a serious breach of the mandatory requirements of r. 3(2) the effect of which is to render the detainee's continued detention unlawful. It matters not one whit that the detainee did in fact make rep-resentations to the Advisory Board which considered the same and made recommendations thereon which led to the detainee's continued detention. In other words, once a breach of a mandatory statutory requirement is established the fact that the detainee was not prejudiced is irrelevant. It is only where a breach of a directory provision is involved that it would be material to consider whether a detainee has suffered any ensuing prejudice".

[22] Peguambela turut mempersoalkan kandungan Afidavit Pembetulan dan Balasan oleh Murali A/L Ar-umugon di Lampiran 22 sebagai satu pemikiran terkemudian bertujuan untuk memenuhi kehendak un-dang-undang dan prosedur semata-mata. Dalam Lampiran 22, deponen yang sama telah menyatakan ba-hawa terdapat kesilapan menaip yang tidak disengajakan apabila perenggan 12 Afidavit Jawapan beliau di Lampiran 15 menyatakan bahawa beliau telah menjelaskan isi kandungan kedua-dua Borang II. Deponen telah membetulkan pengataan beliau kepada ketiga-tiga Borang II melalui Lampiran 22. Peguambela me-nyerahkan kepada Mahkamah untuk menentukan samada untuk menerima Lampiran 22 dalam keadaan di mana Lampiran 22 telah difailkan selepas isu ketidakpatuhan tersebut di timbulkan dalam Afidavit Balasan Pemohon di Lampiran 20.

[23] Peguam Persekutuan dalam hujahan balasnya merujuk kepada Afidavit Pembetulan dan Balasan Murali A/L Arumugon di Lampiran 22 dan berhujah bahawa terdapat kesilapan menaip pada perenggan 10 dan 12 dalam Afidavit Jawapan di Lampiran 15. Di perenggan 5, 8, 9 dan 10 di Lampiran 22, deponen telah menya-

Page 7: Mat Ghilang Bin Ali v Timbalan Menteri Dalam Negeri ... untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat (perenggan 25, 26, 27, 28, 29 dan 30 Afidavit Pemohon);

Page 7

takan bahawa beliau telah menyerahkan Borang II yang bertarikh 6.8.2012, 5.9.2012 dan 28.9.2012 kepada Pemohon di PPA Machang dan beliau juga telah menerangkan isi kandungan ketiga-tiga Borang II tersebut kepada Pemohon. Peguam Persekutuan turut merujuk kepada ekshibit "MAB-2" dalam Afidavit Jawapan oleh Mastura Binti Abu Bakar di Lampiran 6 di mana jelas menunjukkan terdapat tandatangan Pemohon atas ketiga-tiga Borang II yang diserahkan dan diterangkan isi kandongannya kepada Pemohon oleh Murali A/L Arumugon. Ketiga-tiga Borang II tersebut telah diserahkan masing-masingnya pada 9.8.2012, 20.9.2012 dan pada 28.9.2012. Representasi Pemohon telah di dengar oleh Lembaga Penasihat pada 3.10.2012 di PPA Simpang Renggam. Oleh itu dihujahkan tiada ketidakpatuhan terhadap Kaedah 5(1) seperti didakwa oleh Pemohon.

[24] Dalam kes Ahmad Jani Ab Ghani (supra) yang dirujuk oleh peguambela Pemohon, telah diputuskan bahawa walau pun Kaedah 5(1) tidak menetapkan tempoh notis yang minima bagi pendengaran representa-si namun bagi menjaminkan hak representasi yang diberi kepada Orang Tahanan di bawah Kaedah-Kaedah tersebut adalah satu hak yang bermakna dan benar (o real and meaningful right), maka Orang Tahanan itu perlulah diberi suatu tempoh notis yang mencukupi dan munasabah untuk menyediakan representasi beliau termasuklah untuk mendapatkan perkhidmatan seseorang peguambela. Dalam kes itu notis hanya diberikan selama 1 hari telah diputuskan sebagai tidak munasabah dan bukanlah satu "real and meaningful right of representation" tetapi merupakan satu notis yang diberikan seolah-olahnya hanya untuk memenuhi "the let-ter of the law rather than the spirit of if. Kaedah 5(1) memperuntukkan:

"(1) Subject to the provisions of this Act, when any representation is received by the Secretary, the Chairman shall ap-point a time and place for the consideration by the Board and shall cause a notice thereof in Form II in the Schedule to be served on the detained person and his advocate if such advocate is named in Form 1."

[25] Saya merujuk dan menarik perhatian kepada Afidavit Jawapan oleh Mastura Binti Abu Bakar di Lam-piran 6 dan Afidavit Jawapan oleh Murali A/L Arumugon di Lampiran 15 dan Afidavit Pembetulan dan Bal-asan oleh deponen yang sama di Lampiran 22. Dalam kes terhadap Pemohon, Lembaga Penasihat telah menetapkan tarikh representasi Pemohon pertama kalinya pada 28.8.2012 jam 9.00 pagi di PPA Machang. Notis dalam Borang II bertarikh 6.8.2012 telah diserahkan kepada Pemohon pada 9.8.2012 (perenggan 4 dan 5 Lampiran 15). Namun pada 28.8.2012 pendengaran representasi Pemohon telah ditangguhkan atas permohonan oleh Cik R. Vinothini, peguam yang menyebut bagi pihak peguambela Pemohon. Alasan yang diberikan adalah kerana peguambela Pemohon Datuk N. Sivananthan sedang bercuti di London selama 3 minggu (perenggan 5 Lampiran 6). Tarikh pendengaran representasi Pemohon kemudiannya telah ditetap-kan pada 25/9/2012 jam 9.00 pagi di PPA Machang, Kelantan. Pihak Lembaga Penasihat telah mengeluar-kan notis dalam Borang II bertarikh 5.9.2012 yang telah diserahkan kepada Pemohon pada 20.9.2012 oleh Murali A/L Arumugon (perenggan 6 dan 7 Lampiran 15). Namun sekali lagi pendengaran representasi Pemohon yang dijadualkan pada 25.9.2012 terpaksa ditangguhkan atas permintaan peguambela Pemohon Datuk N. Sivananthan oleh kerana beliau terlibat dalam satu kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam (pereng-gan 8 Lampiran 6). Pendengaran representasi Pemohon kemudiannya telah ditetapkan pada 3.10.2012 jam 9.00 pagi di PPA Simpang Rengam, Johor Darul Ta'zim. Notis dalam Borang II bertarikh 28.9.2012 telah pun dikeluarkan oleh Lembaga Penasihat. Borang II tersebut telah diserahkan dan diterangkan isi kandungannya oleh Muarli A/L Arumugon kepada Pemohon pada hari yang sama iaitu pada 28.9.2012 di PPA Machang sebaik pendengaran representasi Pemohon di tangguhkan (perenggan 8 dan 9 Lampiran 15). Pada 3.10.2012, representasi Pemohon telah di dengar oleh Lembaga Penasihat dalam kehadiran peguambela Datuk N. Sivananthan, Cik R. Vinothini dan Cik Syazlin Mansor (perenggan 16 Lampiran 6). Dalam pen-dengaran tersebut peguambela Pemohon telah memanggil dan menyoal balas pegawai 'case file', Inspektor Polis Azizan Bin Aziz (perenggan 14 Lampiran 6).

[26] Jelas daripada 'factual mattrick' kes terhadap Pemohon bahawa seawal bulan Ogos 2012 lagi Pemohon telah bersedia dengan seorang peguambela bagi mewakili beliau dalam menegakkan haknya untuk membu-at representasi di hadapan Lembaga Penasihat. Setiap penangguhan pendengaran representasi Pemohon telah dibuat dihadapan Pemohon sendiri yang diwakili oleh seorang peguambela pada setiap kali pen-dengaran representasi beliau di hadapan Lembaga Penasihat. Pada masa yang sama tarikh, masa dan tempat pendengaran baharu diberitahu oleh Lembaga Penasihat kepada Pemohon dan peguam beliau. Selain dari itu notis pendengaran representasi pada tarikh berikutnya telah diberikan melalui Borang II yang diserahkan dan diterangkan kepada Pemohon. Oleh itu tidak timbul keadaan di mana Pemohon telah di-

Page 8: Mat Ghilang Bin Ali v Timbalan Menteri Dalam Negeri ... untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat (perenggan 25, 26, 27, 28, 29 dan 30 Afidavit Pemohon);

Page 8

prejudiskan. Saya berpendapat dalam keadaan kes in, Pemohon telah diberikan "real and meaningful right of representation".

[27] Atas alasan-alasan tersebut diatas, saya mendapati bahawa tidak berlaku perlanggaran terhadap Kaedah 5(1) dalam kes ini. Saya juga mendapati dan memutuskan bahawa tidak berlaku ketidakpatuhan kepada prosedur berkaitan dengan kehendak-kehendak di bawah Kaedah 5(1) dalam kes ini. Isu Mengenai Perlanggaran Terhadap Seksyen 6(1) Akta LLPK berkaitan Dakwaan Terdapat Satu Lagi Perintah Tahanan Bertarikh 26.9.2010 Terhadap Pemohon

[28] Untuk isu ini peguambela terpelajar bagi Pemohon merujuk kepada Afidavit Jawapan oleh Mohd Ismawi Bin Sulong di Lampiran 7 terutama kepada ekshibit "MIS-1" yang merupakan Perintah Pengemukaan yang dikeluarkan oleh deponen di bawah seksyen 16 LLPK. Perintah Pengemukaan tersebut bertarikh 1.10.2012 dikeluarkan bertujuan untuk memindahkan dan mengemukakan Pemohon ke PPA Simpang Rengam, Johor Darul Ta'zim bagi tujuan pendengaran representasi selaras dengan notis Borang II bertarikh 28.9.2012 yang dikeluarkan oleh Lembaga Penasihat (ekshibit "MAB-2" dalam Afidavit Jawapan Mastura Binti Abu Bakar di Lampiran 5). Di dalam Perintah Pengemukaan tersebut menyatakan bahawa Pemohon telah ditahan di bawah "...suatu Perintah bertarikh 26hb. September 2010...". Peguambela berhujah ini telah memprejudis-kan pemohon oleh kerana Pemohon hanya telah ditahan di bawah LLPK pada 20.5.2012 oleh pihak polis dan diletakkan di bawah Perintah Tahanan pada 18.7.2012. Afidavit Jawapan Dato' Lee Chee Leong di Lampiran 9 mengesahkan Perintah Tahanan terhadap Pemohon bertarikh 18.7.2012. Oleh itu dihujahkan kemuingkinan terdapat satu lagi kes fail yang telah diwujudkan terhadap Pemohon oleh pihak polis di mana kes fail tersebut berkemungkinan besar telah turut dirujuk kepada Timbalan Menteri. Jika ini berlaku maka keputusan Timbalan Menteri mengeluarkan Perintah Tahanan bertarikh 18.7.2012 terhadap Pemohon ada-lah bukan berdasarkan kepada laporan lengkap penyiasatan yang dikemukakan oleh Inspektor Polis Azizan Bin Aziz pada 22.6.2012 dan juga laporan Pegawai Siasatan pada 11.7.2012 sepertimana di dakwa dalam Afidavit Jawapan Timbalan Menteri tersebut di Lampiran 9.

[29] Peguambela turut berhujah bahawa pihak polis dan Timbalan Menteri telah bertindak secara mala fide dalam penangkapan dan penahanan Pemohon. Perintah Tahanan bertarikh 18.7.2012 dikatakan telah memberi kesan langsung terhadap Perintah Tahanan bertarikh 18.7.2012 dan berhujah Perintah Tahanan kedua tersebut adalah defektif dan tidak sah. Perintah Pengemukaan yang dikeluarkan di bawah Perintah Tahanan bertarikh 26.9.2010 adalah juga dihujahkan ex-facie defective. Oleh itu dihujahkan terdapat ketid-akpatuhan dari segi prosedur di bawah seksyen 16 LLPK oleh kerana Perintah Pengemukaan tidak sem-purna dan tidak sah.

[30] Peguam Persekutuan dalam hujahan balasnya telah merujuk kepada Afidavit Jawapan Mohd Ismawi Bin Sulong di Lampiran 24 di mana deponen tersebut telah menjelaskan bahawa terdapat kesilapan menaip yang tidak disenghajakan pada tarikh Perintah Tahanan yang dikeluarkan keatas Pemohon. Tarikh 26.9.2010 dalam Perintah Pengemukaan tersebut adalah satu kesilapan dan tarikh yang sepatut dan sebenarnya adalah 18.7.2012. Peguam Persekutuan berhujah ini satu "genuine mistake" oleh kerana mus-tahil Perintah Pengemukaan bertarikh 1.10.2012 dan tarikh pendengaran representasi Pemohon pada 3.10.2012 sekiranya Perintah Tahanan ke atas Pemohon itu bertarikh 26.9.2010. Terdapat jarak masa 2 ta-hun antara tarikh Perintah Tahanan 26.9.2010 dengan tarikh Perintah Pengemukaan dan tarikh representasi Pemohon membuktikan bahawa tarikh 26.9.2010 atas Perintah Pengemukaan itu suatu kesilapan menaip.

[31] Peguam Persekutuan juga telah merujuk kepada Afidavit Jawapan Dato' Lee Chee Leong di Lampiran 9 di perenggan 5 yang mengesahkan bahawa deponen tersebut telah mengeluarkan hanya satu Perintah Ta-hanan keatas Pemohon yang bertarikh pada 18.7.2012. Ini seperti dibuktikan melalui ekshibit "DLCL-1" da-lam Lampiran 9 tersebut. Peguam Persekutuan berhujah tidak wujud ketidakpatuhan prosedur berkaitan dengan seksyen 6 (1) LLPK.

[32] Setelah meneliti Afidavit Jawapan di Lampiran 6, Lampiran 7, Lampiran 9 dan Lampiran 24 dan setelah meneliti hujahan peguambela Pemohon dan hujahan Peguam Persekutuan atas isu yang sama, saya mendapati bahawa tiada merit dalam hujahan peguambela Pemohon. Saya mendapati kesilapan yang ber-laku pada tarikh yang dinyatakan atas Perintah Pengemukaan tersebut adalah merupakan satu kesilapan yang tulen semasa menaip tarikh atas Perintah Pengemukaan tersebut. Seseorang Orang Tahanan yang memilih untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat seperti Pemohon di sini, maka represen-

Page 9: Mat Ghilang Bin Ali v Timbalan Menteri Dalam Negeri ... untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat (perenggan 25, 26, 27, 28, 29 dan 30 Afidavit Pemohon);

Page 9

tasi beliau serta syor kepada Yang Di Pertuan Agong hendaklah diselesaikan dalam tempoh 90 hari da-ripada tarikh Borang I diterima oleh Lembaga Penasihat seperti di peruntukkan di bawah seksyen 10 LLPK. Dalam kes ini Borang I oleh Pemohon telah diterima oleh Lembaga Penasihat melalui pos pada 26.7.2012 (perenggan 4 dan ekshibit "MAB-1" dalam Afidavit Jawapan Mastura Binti Abu Bakar di Lampiran 6). Oleh itu mustahil Perintah Tahanan atas Pemohon bertarikh 26.9.2010 sedangkan Borang 1 diterima oleh Lembaga Penasihat daripada Pemohon hanya pada 26.7.2012, lebih 2 tahun selepas tarikh Perintah Tahanan yang dipertikaikan. Konklusi

[33] Dalam kes sekarang, Mahkamah ini mendapati Pemohon telah gagal untuk menunjukkan bahawa ter-dapat ketidakpatuhan atau pelanggaran mana-mana kehendak atau keperluan prosedur seperti digariskan di bawah LLPK tersebut, Kaedah-Kaedah atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain. Tim-balan Menteri telah mengarahkan mindanya dalam membuat keputusan untuk mengeluarkan Perintah Ta-hanan keatas Pemohon. Seterusnya, Mahkamah ini mendapati Perintah Tahanan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri untuk menahan Pemohon selama 2 tahun di PPA Machang, Kelantan telah dibuat dengan menggunakan kuasa di bawah peruntukkan undang-undang yang sah. Penahanan Pemohon disini adalah sah dan berkuatkuasa mengikut undang-undang.

[34] Sebagai kesimpulannya, berpandukan kepada alasan-alasan yang dihuraikan di atas, Mahkamah ini menolak permohonan Pemohon dalam Notis Usul di Lampiran 4 bagi pengeluaran writ Habeas Corpus.