masalah sosial dalam kalangan remaja

82
Masalah sosial dalam kalangan remaja Pengenalan Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit. Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini

Upload: hazel04

Post on 08-Dec-2015

83 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

o

TRANSCRIPT

Masalah sosial dalam kalangan remaja

Pengenalan

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap :a) Tahap awal kanak-kanakb) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanakc) Tahap baligh dan remaja

Peringkat pertama

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi

perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.

Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.

Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.

Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr. Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku', beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam Islam.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan akhlak yang luhur.

Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role model) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.

Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja

Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal kanak-kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan 'sense of belonging' kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin hidupnya mula terbentuk.

Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang-undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya.

Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan akal, kejiwaan dan sosial. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kalian menjadi pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika orang baik kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian melakukan."

Remaja dan AIDS : Media, Nilai, Personaliti dan Tingkahlaku: Kementerian Kesihatan Malaysia, 1996Kajian ini telah dilaksanakan pada tahun 1996 keatas 4347 remaja (termasuk 885 remaja yang sedang menjalani pemulihan di pusat-pusat Serenti. Kajian ini menyingkap pengetahun remaja tentang AIDS, nilai, personaliti dan beberapa tingkahlaku yang memungkinkan mereka terdedah kepada HIV

Pengenalan

Kajian terokaan ini bertujuan untuk meninjau beberapa aspek kehidupan remaja yang dijangka mempunyai hubung kait dengan gejala AIDS yang sedang merebak dengan cepat bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. WHO menganggarkan bahawa dalam tahun 2000 akan terdapat 40 juta orang yang akan dijangkiti HIV dan 12 juta akan mati akibat penyakit AIDS. Di Malaysia pula, sehingga Mac 1996, terdapat 15,471 orang yang telah dijangkiti HIV dan 388 disahkan mengidap penyakit AIDS.

Oleh kerana masih belum ada penawar untuk AIDS, usaha terbaik untuk menangani penyakit ini adalah melalui usaha pencegahan. Di antara usaha pencegahan yang dilakukan adalah mendidik orang ramai tentang AIDS. Mesej pendidikan AIDS sama ada di dalam atau di luar negara sekarang ini banyak tertumpu kepada gaya tingkah laku seksual seperti menggunakan kondom, melakukan hubungan seks yang selamat, mengelakkan bertukar-tukar pasangan seks, atau mengelak daripada mengunjungi pekerja seks. Mesej pendidikan AIDS juga memberi tumpuan kepada mengelakkan perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah, juga menggalakkan penggunaan jarum suntikan yang bersih, atau pun menyediakan kemudahan mendapatkan jarum suntikan yang bersih.

Kajian ini berpendapat bahawa usaha pencapaian yang lebih sesuai dilaksanakan adalah dengan mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi punca dan pendorong kepada individu yang akhirnya membuatkan mereka terjebak dengan penyakit AIDS. Dengan itu pendekatan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana perkara-perkara yang berkaitan dengan peribadi remaja seperti pengetahuan, nilai dan personaliti remaja yang diramal akan menjadi penyumbang terhadap tingkah laku remaja yang memungkinkan mereka terjebak dengan jangkitan AIDS. Penyakit AIDS ini pula diandaikan sebagai satu kesinambungan tingkah laku yang mempunyai kaitan rapat dengan merokok, mengambil dadah dan eksperimentasi dengan hubungan seks sebelum kahwin.

Maklumat tentang perkara-perkara di atas diharapkan akan dapat digunakan bagi membentuk satu strategi pendidikan AIDDS yang berlainan dengan pendekatan konventional. Usaha pendidikan AIDS yang akan dicadangkan lebih tertumpu kepada pembentukan nilai keperibadian, dan kemujaraban dan ketahanan diri remaja yang akhirnya akan menjadi benteng yang kukuh untuk menangani jangkitan wabak AIDS di Malaysia.

Responden Kajian

Sejumlah 4,347 remaja daripada pelbagai kaum yang berumur antara 13 – 25 tahun telah ditemubual. Kajian lapangan selama 2 bulan antara 15 Mac hingga 15 Mei 1996 telah dijalankan di seluruh negara. Dua golongan remaja telah dipilih untuk kajian ini iaitu 3,462 remaja yang masih bersekolah dan telah bekerja (remaja awam), dan seramai 885 remaja yang sedang menjalani pemulihan diu pusat serenti (remaja pelatih). Remaja pelatih bertindak sebagai kumpulan kawalan untuk melihat perbezaan pengetahuan, nilai, personaliti dan tingkah laku remaja yang dikaji.

Untuk mempastikan pemilihan remaja mewakili taburan remaja sebenar, usaha telah dibuat untuk memilih remaja dariapda pelabagai lapisan umur, pendapatan keluarga, jantina, dan juga kumpulan etnik yang terdapat di negara ini. Kawasan tempat tinggal juga diberikan perhatian agar tempat-tempat tinggal di bandar, pinggir bandar, luar bandar, kawasan rancangan pembangunan tanah, kawasan sempadan, dan kawasan setinggan diberikan perhatian.

Hasil Kajian

Fokus hasil kajian ini adalah kepada empat tingkah laku remaja yang dianggap boleh menyumbang kepada jangkitan AIDS. Tingkah laku

tersebut adalah merokok, mengambil dadah, melakukan hubungan seks sebelum kahwin, dan gaya hidup yang tidak sihat yang boleh menghampiri AIDS. Merokok dan mengambil dadah dihubungkaitkan dalam kajian ini kerana sebahagian besar jangkitan AIDS di negara ini adalah berpunca daripada perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah. Merokok pula ada kaitannya dengan AIDS kerana remaja yang mengambil dadah lazimnya bermula dengan menghisap rokok.

Tingkah Laku Remaja

Di kalangan remaja awam peratusan yang pernah mencuba dan kerap mengambil dadah adalah rendah iaitu di sekitar 5 peratus sahaja berbanding dengan 95 peratus remaja pelatih. Bila dilihat kepada tingkah laku merokok pula, 34 peratus remaja awam pernah merokok sementara sejumlah 99 peratus remaja pelatih pernah merokok.

Kajian ini juga mendapati dengan jelas hubungan positif yang signifikan antara merokok dengan mengambil dadah (r = .27 di kalangan remaja awam dan r = .32 di kalangan remaja pelatih). Keputusan ujian korelasi ini membawa maksud bahawa remaja yang kerap menghisap rokok juga mempunyai kecenderungan yang kerap untuk menghisap dadah. Pengaruh ini lebih kuat di kalangan remaja pelatih berbanding dengan remaja awam.

Berhubung dengan tingkah laku hubungan seks sebelum kahwin pula, 6 peratus daripada remaja awam mengaku pernah atau kerap melakukannya. Peratusan di kalangan di kalangan remaja pelatih adalah lebih tinggi iaitu 54 peratus. Apabila diselidik adalah gaya hidup mereka akan memudahkan mereka dijangkati AIDS, 45 peratus remaja pelatih dan 32 peratus remaja awam mengakui bahawa gaya hidup mereka akan memudahkan mereka dijangkati AIDS.

Ujian korelasi yang dilakukan dalam kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antar tingkah laku seks sebelum kahwin denga gaya hidup yang mudah dijangkati AIDS. (r = .18 di kalangan remaja pelatih dan r = .12 di kalangan remaja awam. Penemuan ini membawa maksud bahawa remaja yang kerap melakukan hubungan seks sebelum kahwin mempunyai kecenderungan bergaya hidup yang tidak sihat sehingga memungkinkan mereka dijangkati AIDS.

Selain daripada itu, ujian korelasi jyga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara tingkah laku mengambil dadah dengan tingkah laku hunungan seks sebelum kahwin (r = .19 di klaangan remaja pelatih dan r = .23 di kalangan awam). Ini menunjukkan bahwa remaja

yang kuat menagih dadah juga berkemungkinan kerap melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Mengambil dadah juga didapati menyumbang secara positif ke arah bergaya hidup yang boleh dijankiti AIDS (r = .14 di kalangan pelatih dan r = .09 di kalangan remaja awam).

Selaras dengan huraian penemuan yang dinyatakan di atas, terbuktilah bahawa antara empat tingkah laku yang menjadi fokus kajian ini mempunyai hubung kait. Tingkah laku merokok menyumbang ke arah tingkah laku mengambil dadah. Begitu juga tingkah laku mengambil dadah menyumbang ke arah kecenderungan melakukan hubungan seks sebelum kahwin dan juga bergaya hidup yang tidak sihat yang memungkinkan jangkitan AIDS. Sama ada pengaruh tngkah laku itu besar atau kecil ia tidak seharusnya menjadi persoalan, kerana telah terbukti bahawa ia menyumbang secara signifikan kepada fenomena AIDS.

Pendedahan Media dan Pengetahuan AIDS

Pendedahan media untuk mendapatkan maklumat AIDS adalah sederhana (purata sktor pendedahan 18.5 berbanding dengan skor maksima 27). Begitu juga dengan pengetahuan remaja tentang AIDS. Secara umum remaja lebih berpengetahuan tentang punca jangkitan AIDS (skor pengetahuan 2.0 untuk remaja awam dan 1.6 untuk remaja pelatih, daripada skor maksimum 3). Pengetahuan tentang pencegahan jangkitan AIDS adalah lebih rendah (skor pengetahuan 1.6 untuk remaja awam dan 1.5 untuk remaja pelatih daripada skor maksimum 3).

Jika dilihat daripada sudut pendidikan, didapati remaja yang berpendidikan rendah adalah golongan yang mempunyai pengetahuan AIDS yang paling rendah. Pengetahuan tentang AIDS meningkat selaras dengan peningkatan umur remaja yang dikaji.

Maklumat yang sering remaja perolehi melalui sumber maklumat adalah AIDS membawa maut, AIDS merbahaya, AIDS sukar diubati, cara jangkitan AIDS, dan cara mencegah AIDS. Maklumat utama tentang AIDS yang diperolehi ini secara langsung mempengeruhi tanggapan remaja terhadap AIDS. Apabila diselidik tentang anggapan mereka majoriti daripada remaja menyatakan AIDS adalah kematian, AIDS adalah penyakit yang tidak ada penawar, AIDS penyakit merbahaya dan perasaan takut.

Berhubung dengan apakah maklumat tentang AIDS yang paling remaja diperlukan, keputusan kajian ini mendapati dua maklumat utama yang dinyatakan iaitu pertamanya maklumat tentang cara pencegahan dan

keduanya maklumat bagaimana AIDS boleh dijangkati. Remaja menyatakan maklumat tersebut penting untuk diperolehi kerana ia akan membuatkan mereka lebih berhati-hati di masa hadapan. Di samping itu mereka juga menyatakan bahawa maklumat tersebut berguna kepada meraka kerana mereka percaya bahawa ia dapat membantu menjauhkan diri daripada jangkitan AIDS.

Kajian ini menunjukkan bahawa remaja menerima banyak maklumat tentang AIDS melalui media massa seperti televisyen, akhbar, dan risalah/poster/pameran. Apabila diselidik apakah maklumat lanjut yang mereka perlukan tentang AIDS, dan apakah sumber maklumat yang akan mereka rujuk, majoriti mereka mengatakan mereka akan merujuk kepada doktor dan kakitangan hospital, guru dan ibu bapa atau risalah/poster/pameran. Jelas kelihatan bahawa sumber yang digunakan untuk mendapatkan maklumat AIDS adalah berbaza dengan sumber maklumat AIDS yang ingin dirujuk oleh remaja.

Persoalan kenapakah sumber peribadi lebih diutamakan oleh remaja untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AIDS? Kajian ini mendapati bahawa ciri-ciri sumber yang arif dan berpengalaman, maklumat yang lengkap, dan maklumat yang mudah diperolehi adalah antara kriteria untama yang diberikan perhatian apabila merujuk untuk mendapatkan maklumat tentang AIDS.

Kajian ini juga meninjau sejauh mana remaja terlihat dalam aktiviti tentang pendidikan AIDS yang dijalankan di negara ini. Hanya 22 peratus remaja awam dan 25 peratus remaja pelatih yang mengatakan mereka pernah terlibat. Keterlibatan mereka sekadar mendengar ceramah tentang AIDS, mengambil bahagian dalam acara sukan dan kempen AIDS, memberi nasihat kepada orang lain, menampal poster, dan juga menyertai peraduan menulis esei.

Satu perkara yang mungkin di luar dugaan kepada pengamal pendidikan AIDS ialah pengetahuan tentang AIDS tidak banyak membantu perubahan tingkah laku. Kajian ini menunjukkan bahawa pengetahuan tentang AIDS tidak mempengaruhi untuk mengurangkan tingkal laku negatif yang boleh menyebabkan remaja terjebak dengan jangkitan AIDS.

Nilai Remaja

Kajian ini mengandaikan nilai remaja secara langsung atau tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku remaja. Aras nilai remaja terhadap kekurangan, pendidikan, keagamaan, dan melapak telah dikaji. Seperti yang telah diramalkan, remaja yang terlibat dengan menghisap

rokok, mengambil dadah, melakukan hubungan seks sebelum kahwin, dan bergaya hidup yang memungkinkan jangkitan AIDS menunjukkan aras nilai yang secara relatifnya rendah daripada mereka yang terlibat. Atas nilai melepak pula adalah tinggi di kalangan remaja yang terlibat dengan tingkah laku tersebut.

Nilai kekurangan yang tertinggi adalah di kalangan remaja awam berumur 13 – 16 tahun. Nilai terendah adalah di kalangan remaja pelatih yang juga berumur 13 – 16 tahun. Jika dilihat daripada sudut pendidikan dan pendapatan keluarga, remaja pelatih yang berpendidikan rendah dan datang daripada keluarga berpendapatan lehin RM1,000 mempunyai nilai kekeluargaan yang paling rendah.

Dari segi nilai pendidikan pula, remaja pelatih menunjukkan nilai yang secara relatifnya rendah. Ini menunjukkan remaja awam mempunyai nilai pendidikan yang lebih tinggi. Nilai pendidikan tertinggi adalah kalangan remaja awam berumur 13 – 16 tahun. Remaja pelatih berumur 17 –21 tahun mempunyai nilai pendidikan yang terendah.

Dari segi nilai keagamaan, remaja pelatih yang terlibat dengan dadah menunjukkan nilai yang rendah berbandingdengan remaja awam. Keputusan ini jelas membuktikan bahawa pendidikan mempengaruhi nilai keagamaan terendah adalah di kalangan remaja pelatih yang berpendidikan sekolah rendah sahaja. Nilai keagamaan juga meningkatkan selaras dengan umur seseorang remaja.

Remaja sering dikaitkan dengan melepak iaitu berpeleseran di tempat-tempat awam tanpa tujuan tertentu. Keputusan menunjukkkan remaja awam kurang melepak berbanding dengan remaja pelatih. Pusat karoke/pub/disko, tempat permainan video dan snooker, dan pusat membeli-belah adalah tempat yang kerap dikunjungi oleh remaja. Semakin meningkat umur remaja, mereka lebih banyak melepak. Dari segi pendidikan dan pendapatan keluarga pula, kumpulan yang paling tinggi melepak adalah remaja pelatih yang berkelulusan STPM ke atas tetapi datangnya daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM500.

Ujian korelasi menunjukkan hubungan nilai kekeluargaan, pendidikan dan keagamaan mempunyai hubungan yang negatif dengan beberapa tingkah laku yang dikaji. Di antaranya remaja yang menunjukkan nilai pendidikan yang tinggi adalah remaja yang kurang merokok (r = -.20 untuk remaja awam dan r = -.04 untuk remaja pelatih), mengambil dadah (r = -.11 untuk remaja awam dan r = -.06 untuk remaja pelatih), hubungan seks sebelum kahwin (r = -.16 untuk remaja awam dan r = -.09 untuk

remaja pelatih) dan gaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS (r = -.05 untuk remaja awam dan remaja pelatih). Ujian korelasi antara nilai keagamaan dan kekeluargaan juga menunjukkan trend yang sama.

Kajian ini mendapat bahawa remaja awam yang banyak melepak mempunyai kecenderungan untuk melakukan tingkah laku negatif. Dengan kata lain, lebih banyak remaja awam melepak maka lebih kerap mereka akan menghisap rokok (r =.39 untuk remaja awam dan remaja pelatih), mengambil dadah (r = .20 untuk remaja awam dan r = .09 untuk remaja pelatih), melakukan hubungan seks sebelum kahwin (r = .31 untuk remaja awam dan r = .18 untuk remaja pelatih), dan bergaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS (r = .07 untuk remaja awam dan r = .06 untuk remaja pelatih).

Personaliti Remaja

Sebanyak 6 jenis personaliti remaja diukur dalam kajian ini aiitu tekanan dan kemurungan, orientasi pencapaian, penghargaan kendiri, asertif, autonomi dan mengambil risiko. SSecara keseluruhannya, remaja awam menunjukkan personaliti yang lebih positif berbanding remaja pelatih.

Kajian ini menunjukkan bahawa remaja awam mempunyai ciri personaliti yang lebih baik dalam aspek orientasi pencapaian, penghargaan kendiri, asertif dan autonomi di samping kurang menghadapi tekanan dan kemurungan. Remaja pelatih pula memperlihatkan mereka lebih banyak menghadapi tekanan dan kemurungan di samping lebih mahukan sesuatu yang mencabar dan berisiko.

Faktor pendidikan dan pendapatan keluarga didapati mempunyai pengaruh terhadap personaliti remaja. Secara keseluruhannya, remaja yang mempunyai latar pendidikan sekolah rendah umumnya mempunyai ciri personaliti yang relatif yang rendah berbanding dengan remaja yang mempunyai latar pendidikan yang lebih tinggi. Begitu juga apabila dilihat berdasarkan pendapatan keluarga, remaja yang datang daripada keluarga yang berpendapatan yang lebih tinggi lebih baik personalitinya. Pola ini konsisten bagi kedua-dua kumpulan remaja awam dan remaja pelatih bagi kesemua ciri personaliti yang dikaji, kecuali tekanan dan kemurungan. Bagi tekanan dan kemurungan remaja yang datangnya dari keluarga berpendapatan tinggi menghadapi tekanan hidup yang lebih tinggi berbanding dengan remaja yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.

Ujian korelasi yang diperolehi menunjukkan personaliti remaja mempengaruhi tindakan mereka terhadap tingkah laku negatif. Empat

daripada enam ciri personaliti remaja yang dikaji iaitu orientasi pencapaian, penghargaankendiri, asertif dan autonomi secara keseluruhannya mempunyai hubungan yang negatif dengan tingkah lakumerokok, menagih dadah, melakukan hubungan seks sebelum kahwin dan bergaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS. Ini bermakna bahawa semakin tinggi ciri-ciri personaliti ini wujud dalam diri remaja, maka semakin rendah tendensi mereka untuk terlibat dengan tingkah laku negatif. Berbeza dengan cua ciri personaliti yang lain, tekanan dan kemurungan serta mengambil risiko, kedua-dua ciri personaliti ini menunjukkan hubungan yang positif dengan tingkah laku negatif.

Kepuusan ini menunjukkan bahawa lebih tinggi tekanan dan kemurungan yang dialami oleh remaja, maka lebih kerap mereka akan menghisap rokok (r = .13 untuk remaja awam; r = .05 untuk remaja pelatih), mengambil dadah (r = .10 untuk remaja awam; r = .04 untuk remaja pelatih), melakukan hubungan seks sebelum kahwin (r = .12 untuk remaja awam; r = .13 untuk remaja pelatih), dan bergaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS (r = .08 untuk remaja awam; r = .07 untuk remaja pelatih). Begitu juga dengan personaliti mengambil risiko, lebih tinggi keinginan remaja kepada sesuatu yang berisiko, maka lebih bertendensi mereka untuk terlibat dengan empat tingkah laku negatif yang dikaji. Pola ini adalah konsisten bagi kedua-dua kumpulan remaja awam dan remaja pelatih.

Hubungan Sosial

Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya tidak wujud perbezaan yang ketara dari segi hubungan dengan ibu bapa di kalangan remaja awam dan remaja pelatih. Namun hubungan dengan ibu bapa yang rendah didapati mempunyai pengaruh terhadap tingkah laku yang negatif. Remaja yang dikenalpasti terlibat dengan tingkah laku merokok, mengambil dadah, melakukan hubungan seks sebelum kahwin dan bergaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS mempunyai hubungan yang rendah dengan ibu bapa mereka berbanding dengan remaja yang tidak terlibat. Pola ini adalah konsisten antara remaja awam dan remaja pelatih.

Hubungan degan ibu bapa yang paling tinggi didapati wajud di kalangan remaja awam yang berumur 13 – 16 tahun. Jia dilihat daripada sudut pendidikan dan pendapatan keluarga, faktor kelulusan akademik kurang memberi pengaruh terhadap hubungan dengan ibu bapa. Sebaliknya, faktir pendapatan keluarga memberi pengaruh di mana pendapatan keluarga yang tinggi (>RM1000), hubungan remaja dengan ibu bapa adalah lebih rendah berbanding dengan remaja yang datang dari keluarga berpendapatan rendah (<RM500). Pola ini hanya dapat dilihat bagi

kumpulan remaja awam, sebaiknya bagi remaja pelatih pula, faktor pendidikan dan pendapatan keluarga tidak menunjukkan pengaruh terhadap hubungan dengan ibu bapa. Hubungan dengan ibu bapa yang paling tinggi dapat dilihat di kalangan remaja pelatih yang berkelulusan sekolah rendah dan datang dari keluarga berpendapatan tinggi (>RM1000).

Dari segi hubungan dengan rakan sebaya pula, didapati remaja pelatih mempunyai jaringan hubungan dengan rakan sebaya yang lebih tinggi berbanding remaja awam. Kajian ini menunjukkan bahawa kumpulan remaja yang terlibat dengan tingkah laku negatif mempunyai hubungan dengan rakan sebaya yang lebih tinggi berbanding dengan remaja yang tidak pernah terlibat.

Jaringan hubungan dengan rakan sebaya didapati paling tinggi di kalangan remaja pelatih yang berumur 17 21 tahun, manakala yang paling rendah adalah di kalangan remaja awam yang berumur 13 – 16 tahun. Jika dilihat berdasarkan faktor pendidikan dan pendapatan keluarga, hubungan dengan rakan sebaya yang paling tinggi adalah di kalangan remaja pelatih yang berkelulusan tinggi (SYPM ke atas) dan datang dari keluarga berpendapatan tinggi (>RM1000).

Ujian korelasi yang diperolehi dalam kajian ini menunjukkan bahawa hubungan dengan ibu bapa mempunyi korelasi negatif yang signifikan dengan tingkah laku yang negatif. Ini memberi maksud bahawa semakin baik hubungan remaja dengan ibu bapa mereka, maka semakinkurang kecenderungan mereka untuk terlibat dengan tingkah laku merokok (r = -.14 untuk remaja awam; r = -.09 untuk remaja pelatih), mengambil dadah (r = -.09 untuk emaja awam; r = -.06 untuk remaja pelatih), melakukan hubungan seks sebelum kahwin (r = -.14 untuk remaja awam; r = -.12 untuk remaja pelatih), dan bergaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS (r = -.11 untuk remaja awam; r = -.09 untuk remaja pelatih).Dengan konteks hubungan dengan rakan sebaya pula, keputusan menunjukkan korelasi yang positif dengan tingkah laku negatif. Dengan kata lain, semakin tinggi jaringan hubungan sosial dengan rakan sebaya, semakin bertendensi remaja untuk terlibat dengan tingkah laku negatif. Pola hubungan ini hanya wujud di kalangan remaja awam. Sebaiknya bagi remaja pelatih pula, hubungan rapat dengan rakan sebaya membantu mengurangkan tingkah laku mengambil dadah (r = -.60) dan melakukan hubungan seks sebelum kahwin (r = -.09).

Implikasi Kajian

Huraian di atas membawa kita kepaa satu dimensi baru untuk melihat isu AIDS di Malaysia. Selama ini kebanyakkan mesej pendidikan AIDS terlalu menumpukan kepada isu pencegahan yang mempunyai kaitan langsung dengan penyakit AIDS seperti yang berkaitan dengan tingkahlaku seksual dan penyalahgunaan dadah.

Kajian ini telahmenerokai punca-punca yang mungkin membabitkan remaja dengan beberapa tingkah laku yang ada hubung kait dengan jangkitan AIDS. Selaras dengan itu usaha pencegahan dalam pendidikan AIDS perlu juga memberikan perhatian yang lebih kepada punca-punca yang boleh mendorong remaja melakukan tingkah laku yang akan memungkinkan mereka dijangkiti AIDS. Punca-punca tersebut berkaitan dengan nilai, personaliti, dan juga hubungan sosial remaja. Begitu juga aspek persekitaran remaja juga perlu ditangani agar faktor-faktor persekitaran yang tidak sesuai yang mempengaruhi nilai dan personaliti, dan hubungan sososial remaja dapat dipertingkatkan lagi.

Kajian ini juga mendapati bahawa pendedahhan remaja kepada maklumat AIDS tidak semestinya meningkatkan kesedaran di kalangan remaja tentang AISS. Perhatian juga perlu diberikan kepada medium yang membawa maklumat pendidikan AIDS. Perlukah cara pendekatan sekarang yang dipertanggungjawabkan kepada kerajaan dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) diteruskan. Bagaimana pula keterlibatan masyarakat dalam usaha pendidikan AIDS ini. Maklumat pendidikan AIDS mungkin tidak dapat memberikan kesan yang mendalam jika usaha pendidikan itu tidak dilakukan secara sistematik dan berterusan. Dengan melibatkan masyarakat dalam usaha pendidikan ini diandaikan maklumat pendidikan AIDS akan dapat memberikan kesan yang lebih bermakna.

Berdasarkan huraian di atas, kajian ini mengemukakan beberapa cadangan:

Strategi komunikasi dalam pendidikan AIDS yang beralih daripada terumpu kepada media massa kepada sumber antara peribadi yang lebih berkredibiliti. Maklumat melalui media hanya dapat membantu memberikan kesedaran tetapi kurang dapat menerapkan pengetahuan yang mendalam dan seterusnya membawa perubahan sikap, nilai dan tingkah laku. Selain itu, pendekatan komunikasi juga beralih daripada kerajaan dan NGO kepada masyarakat sebagai community participation program.

Maklumat pendidikan AIDS juga perlu berusaha menerapkan nilai (seperti nilai keagamaan, kekeluargaan, dan pendidikan) dan personaliti (seperti asertif, orientasi pencapaian, penghargaan kendiri) positif di

kalangan remaja. Maklumat sedemikian tidak harus dianggap sebagai maklumat sampingan tetapi sebagai maklumat utama kerana nilai dan personaliti yang tidak dipupuk dengan baik akan menjadi pendorong kepada tingkah laku negatif yang memungkinkan jangkitan AIDS.

Beberapa pendekatan dasar perlu diberikan perhatian. Remaja yang banyak berpeleseran dan melepak didapati banyak terbabit dengan tingkah laku negatif. Usaha perlu dibuat untuk menggalakkan majikan terlibat sama dalam pembentukan gaya hidup positif dengan mengadakan kemudahan rekreasi selepas waktu kerja. Begitu juga kemudahan rekreasi seperti premis permainan video dan snooker yang semakin menjadi tumpuan remaja dikawal pertumbuhan dan syarat-syarat kemasukan ke peremis berkenaan.

Kajian Mengenai Budaya Lepak Di Kalangan Remaja

Kajian ini cuba menyingkap budaya lepak dikalangan remaja dan meneliti tingkahlaku yang sering di kaitkan dengannya. Dalam usia ini

remaja ber sikap ingin tahu serta mencuba sesuatu yang baru. Jika tanpa bimbingan dan tunjuk ajar, mereka mudah terjebak dengan aktiviti-

aktiviti yang tidak bermoral.

Kajian ini telah dilaksanakan pada tahun 1994 oleh Prof. Madya Dr. Samsudin A. Rahman dan telah dibentangkan dalam Laporan Kajian Kementerian Belia dan Sukan. Hasil kajian ini mendapati 18 peratus

daripada 6,110 remaja yang ditemubual menyatakan mereka mempunyai rakan-rakan yang pernah terlibat dalam hubungan seks sebelum kahwin.

Remaja yang berprestasi lemah menunjukkan kadar yang lebih tinggi iaitu 26 peratus berbanding dengan remaja yang berprestasi cemerlang 17

peratus. Perkara ini ada kaitan dengan pendedahan remaja terhadap bahan-bahan lucah yang sememangnya mudah diperolehi. Hampir 40 peratus remaja menyatakan mereka pernah menonton video lucah atau

pun membaca majalah lucah.

MASALAH LEPAK DI KALANGAN REMAJA DI JOHOR BAHRU:SEJAUHMANAKAH REMAJA MELAYU TERLIBATDr Azizi Hj. Yahaya

Jamaludin RamliYusof BoonFakulti PendidikanUniversiti Teknologi MalaysiaSkudai JohorABSTRAK: Kajian ini bertujuan mengetahui faktor – faktor yang mempengaruhi remajauntuk keluar melepak dan juga untuk mengetahui bagaimanakah remaja berinteraksidengan keluarga dan rakan sebaya. Kajian ini dilakukan dengan kaedah tinjauan dansampel rawak mudah. Data–data kajian diperolehi dari soalselidik dan dianalisis secaraSPSS. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah remaja yang berumur dalamlinkungan 12 hingga 20 tahun yang melepak di Stesen bas Larkin dan Pasaraya Angsana.Hasil soal selidik amat memuaskan, Ini berdasarkan maklumalas yang diberikan olehresponden memenuhi kehendak soal selidik yang diedarkan. Hasil kajian ini dapatmenyelesaikan persoalan kajian. Oleh itu ibu bapa dan masyarakat akan lebih prihatinterhadap peranan masing – masing untuk membentuk keperibadian remaja selaras dengankehendak agama dan aspirasi negara.Pengenalan.Isu remaja melalui dada akhbar, majalah serta media cetak yang lain berkaitandengtan tajuk “Lepak, Inikah Masalah Sebenar Remaja”( Tamadun; Ogos 1994.)“ Polis menahan 128 remaja di Johor Bahru” ( Harian Metro; 16 Julai 2001).Semua isu di atas adalah berkaitan masalah lepak dan menjadi perbualan hangat dikalangan individu dan masyarakat. Fenomena ini masih tidak berubah di kebanyakantempat seperti pusat membeli belah atau menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidakberfaedah. Akhir-akhir ini masalah ini dipandang serius kerana tekut merosakkkan nilaiserta keperibadian remaja, di mana remaja menjadi aset penting kerana remaja adalahpemangkin kepimpinan negara di masa akan datang.

Isu lepak semakin kerap diperkatakan sekarang. Tingkahlaku remaja yang sukamenghabiskan masa lapang di tempat awam seperti kompleks membeli belah, perhentianpengangkutan awam dan tempat tumpuan orang ramai dikenali sebagai aktiviti lepak.Masalah ini telah menjadi satu budaya kepada golongan remaja khasnya. Budaya inisemakin memperlihatkan remaja masa kini yang tidak menyedari yang mereka adalahpewaris masa hadapan bagi menjayakan wawasan negara. Banyak media massa yangmemberi kenyataan menyatakan pemimpin-pemimpin negara, masyarakat tempatan danindividu telah meletakkan lepak dikalangan remaja ini sebagai salah satu aktiviti sosialdan budaya yang setanding dengan isu penyalahgunaan dadah, penyakit AIDS danpembuangan anak. Semua gejala ini kaum Melayu adalah kaum yang tertinggi sekalibilangannya berbanding dengan kaum lain.Menurut Lidah Pengarang (Berita Harian, Isnin 6 Ogos 2001), apa yangmenyedihkan ialah majoriti, jikapun tidak keseluruhan kes jenayah yang berlakusekarang ini membabitkan orang Melayu yang beragama Islam yang terdidik dengan sifattoleransi serta hormat.Memandangkan isu ini semakin hangat diperkatakan sehingga ianya tidak dapat ditanganiwalaupun sehingga ke peringkat nasional. Kajian awal telah melibatkan para cerdikpandai dari beberapa pusat pengajian tinggi tempatan. Disamping itu, beberapa buahkementerian seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Negaradan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Pendidikan telah turut serta memberikerjasama mereka. Polis Diraja Malaysia dan Majlis Belia Malaysia juga turutmembantu. Kajian yang telah dijalankan itu mendapati bahawa antara punca-puncaremaja melepak ialah disebabkan longgarnya sistem kekeluargaan. Hasil kajian yangdibuat oleh Razali (1994) merumus bahawa melepak adalah disebabkan oleh ibu bapa

yang tidak prihatin terhadap anak-anak mereka. Akibatnya, tiada wujud keharmonian didalam keluarga sehingga anak-anak dibiarkan bergaul bebas tanpa kawalan. Kajian itumembuktikan bahawa peranan ibu bapa amat diperlukan dalam menangani masalah lepakdikalangan remaja masa kini. Sebagai pemimpin keluarga ibu bapa seharusnya pekadengan kehendak remaja. Mereka perlu mengenalpasti tuntutan-tuntutan remaja supayasetiap masalah yang dihadapi dapat dibendung dengan lebih berkesan. Peringkat remajamerupakan peringkat peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa.Tambahanpula diusia beginilah remaja sering memberontak dan mencari-cari identiti sendiri.Melakukan sesuatu yang dilarang dianggap satu cabaran yang perlu disahut. Diusiabeginilah remaja sering memberontak dan mencari-cari identiti sendiri. Melakukansesuatu yang dilarang dianggap satu cabaran yang perlu disahut. Terkadang setiapperbuatan adalah ikutan rakan-rakan dan hinggakan terkadang membakar hati muda yangmendorong remaja menyertai bersama-sama “geng lepak” (Remaja, bil : 357, 1 Julai2001).Latar Belakang MasalahMasalah ini berlaku sejak lebih berapa kurun yang lalu. Melepak bukanlah perkarayang baru dan bukan hanya berlaku di Malaysia . Di Jepun contohnya, orang Jepundikenali dengan sifat kuat bekerja tetapi disebabkan pertubuhan sosialnya yang cepatkemerosotan semangat jenerasi mudanya dapat dilihat dari sikap berpuashati akibatkemewahan ( Rustam 1994 ).Ann Wan Seng ( 1994), tingkah laku melepak ini asalnya dimulakan oleh remaja yangtersisih daripada masyarakat atas sebab-sebab seperti tidak mempunyai pekerjaansehingga menunjukkan perangai yang tidak baik dan bosan tinggal bersama keluarga.Satu kajian telah dijalankan oleh Kementerian Belia Dan Sukan dengan

kerjasamaUniversiti tempatan telah merumuskan beberapa faktor/punca timbul tingkahlakumelepak dikalangan remaja diantaranya :i- Penghijrahan remaja ke kota.ii- Kelonggaran dalam instutusi keluarga seperti tiada keharmonian, bebas tiadakawalan, kurang perihatin terhadap remaja.iii- Sikap remaja yang mengagongkan konsep “ Kebebasan dalam masyarakat” yangtelah diterapkan oleh remaja barat.iv- Falsafah masyrakat telah dikuasai unsur individulisme dan meterialisme,masyarakat tidak mahu menegur dan nasihat menasihati.v- Keadaan rumah yang kurang selesa.vi- Daya tarikan pusat hiburan dan komplek membeli-belah.vii- Kurang kegiatan rekriasi, riadah, aktivitiu di tempat tinggal dan sebagainya.( Razali 1994 ).viii- Tren Remaja Masa kini.ix- Mudah berjumpa kawan.x- Merasa seronok kerana ada hiburan.xi- Suasana di tempat-tempat melepak dikatakan sesuai untuk berehat.Pada masa kini, banyak ibu bapa memperkatakan tentang lepak. Media massajuga sering menyiarkan berita tentang bertapa tingginya kejadian lepak di kalanganremaja khususnya remaja melayu. Antara faktor-faktor yang menunjukkan bahawaberlakunya gejala lepak pada masa kini ialah:i- Perbuatan para pelajar sekolah duduk bersenag-senang dan berbual-bual kosongtanpa tujuan di pusat membeli belah dan di tempat tertentu.ii- Remaja duduk seorang diri tanpa membuat apa-apa pun.iii- Terdapatnya kes-kes seperti memeras ugut, menganggu orang ramai di jalanan,penyeluk saku dan lain-lain yang melibatkan golongan remaja.Penyataan MasalahMasalah tingkah laku dikalangan remaja akan membimbangkan dan akan menjadikritikal jika tidak dibendung dari awal. Oleh itu, ibubapa dan masyarakat perlu prihatindan peka terhadap isu ini. Jika ianya dibiarkan dan tidak ditangani segera maka golongan

remaja tidak akan dapat memainkan peranan mereka untuk memajukan negara danbangsa menjelang tahun 2020.Dalam proses merialisasikan wawasan 2020, masalah-masalah yang berkaitandengan tingkah laku remaja melayu pada masa kini amat merisaukan. Di dalam kajian inipenyelidik cuba mendapat informasi dari remaja melayu dengan memfokuskan kepadaciri-ciri seperti berikut:i- Perbuatan remaja melayu yang suka melepak.ii- Interaksi dan hubungan di antara remaja melayu dengan rakan sebaya dankeluarga.iii- Latar belakang diri dan matlamat hidup remaja melayu.iv- Peranan media.v- Aktiviti-aktiviti masa lapang remaja.Kepentingan Kajian.Penyelidik mengharapkan hasil dari kajian itu akan dapat menyedarkan ibubapadan masyarakat tentang peranan masing-masing untuk membentuk keperibadian remajaselaras dengan kehendak agama dan aspirasi negara. Di samping itu juga paracendiakawan di universiti tempatan dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan danKementerian Pendidikan boleh berganding tenaga dalam menanggani masalah ini keranakita inginkan sebuah negara yang maju dengan golongan genarasi mudanya yangberakhlak mulia.Batasan KajianKajian ini dijalankan dikalangan remaja yang berumur 12 hingga 21 tahun.Mereka yang terlibat adalah golongan remaja yang melepak di sekitar bandaraya JohorBaharu seperti di kawasan stesen bas Larkin dan di pusat membeli-belah Angsana. DiDalam menjalankan kajian ini terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh penyelidikuntuk mendapatkan maklumat dari respondan antaranya:i- Terpaksa memujuk untuk menjawab soal selidik yang disediakan.ii- Pendekatan dalam berinteraksi dengan remaja agak sukar.iii- Memerlukan masa yang lama untuk mengenal pasti remaja yang suka

melepak.METODOLOGI.Rekabentuk Kajian.Kajian yang dijalankan merupakan satu penyelidikan yang berbentukDeksriptif yang dilakukan secara tinjauan . Rekabentuk ini dipilihkerana ia bersesuaian untuk mendapatkan maklumat tentang satuperistiwa yang sedang berlaku . Menurut Ahmad Lisot (1988) kajianberbentuk ini adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bertujuanuntuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Dalam kajianini persoalan yang dikaji adalah fenomena budaya lepak di kalanganremaja Melayu merujuk di persekitaran Bandaraya Johor Baharu.Lokasi Kajian.Pemilihan lokasi kajian adalah tempat tumpuan awam di sekitarBandaraya Johor Baharu. Berikut adalah senarai tempat - tempat tersebutseperti :-i. Pasaraya Angsana.ii. Stesyen Bas LarkinPemilihan tempat di atas dilakukan oleh kumpulan penyelidik keranabeberapa ciri tertentu seperti:-a. Memandangkan kedudukannya di tengah-tengah Pusat Bandar inimenjadikannya tempat yang paling digemari oleh remaja.b. Terdapatnya kemudahan-kemudahan awam seperti tandas , telefon ,gerai menjual makanan dan tempat meletak kenderaan .c. Merupakan pusat tumpuan perniagaan di Bandaraya JohorBaharu.d. Merupakan tempat tumpuan orang ramai dan golongan remajabersiar-siar dan berkumpul di sekitar Bandaraya Johor BaharuSampel Kajian.Dalam melaksanakan kajian ini , kumpulan penyelidik memberikantumpuan subjek terdiri daripada golongan remaja lelaki dan perempuan yangberumur antara 12 hingga 20 tahun kerana dalam usia begini sesuaidikategorikan sebagai remaja. Kumpulan penyelidik tidak mengambil kirakategori remaja samaada mereka di kalangan pelajar sekolah ataupun remajayang sedang menganggur .Rekabentuk persampelan yang digunakan adalah persampelan jenisrawak. Persampelan ini sesuai kerana terdapat keseragaman yang tinggimengenai ciri populasi yang dikaji. Penyelidik telah memilih 50 orang yangterdiri daripada remaja lelaki dan remaja perempuan untuk sampel kajian.Instrumen Kajian.Kajian ini menggunakan kaedah soal–selidik sebagai instrumen yang

terdiri daripada enam bahagian manakala kaedah soal-selidik yang digunakanialah kaedah Skala Likert. Setiap bahagian terdiri daripada sepuluh soalanSebelum kajian dijalankan , penyelidik membuat tinjauan dari segimasa dan hari yang sesuai di mana lokasi kajian yang dipilih menjaditumpuan remaja. Ini adalah bertujuan untuk penyelidik mendapatkanresponden yang lebih tepat dan sampel yang dipilih secara rawak.Kaedah Analisis Data.Data yang telah dikumpul telah dianalisis dengan menggunakankaedah ‘Statiscal Package For Social Severees.’ (SPSSWIN) dandipersembahkan dalam bentuk pemeratusan. Cara ini bertujuan untukmemperoleh perkaitan hubungan antara hasil kajian dengan jumlah respondendalam setiap pembolehubah (item) yang dipersoalkan.Pembincangan DapatanMengapa Remaja MelepakDalam menghadapi perkembangan masa transisi, remaja sentiasa menghadapi masalahpenyesuaian. Penyesuaian ini sering kali menyebabkan remaja melakukan tindakan antisosial yang seterusnya menyebabkan masalah kenakalan remaja seperti melepak. Oleh itudidapati hasil dapatan kajian mendapati sebab-sebab mengapa remaja melepak adalahsederhana Remaja melepak disebabkan hendak berjumpa dengan kawan-kawan.Mengikut seorang ahli psikologi Robert J. Havighurst, salah satu daripada tugas pentingbagi remaja yang perlu diberi perhatian ialah membentuk perhubungan baru dan lebihmatang dengan kawan-kawan yang sama umur, tidak kira lelaki atau perempuan. Inimenunjukkan bahawa mereka tidak begitu suka melepak secara perseorangan tetapimereka melepak secara kumpulan.Analisis mengenai perhubungan mesra dengan rakan sebaya memperolehi dapatanyang menggalakkan iaitu 64.8% (Rujuk jadual: 1). Oleh itu cara berinteraksi seseorangremaja dengan rakan sebaya adalah lebih terbuka kerana ahli-ahli kumpulan tersebutmempunyaio minat serta kegemaran yang sama. Selain daripada itu Manja (1990),apabila seseorang remaja itu sudah yakin dengan pemikiran dengan

rakan-rakan sebayayang sama minat, maka hubungan mereka menjadi lebih erat. Apa yang rakan lakukanmaka ia juga akan turut melakukannya. Sehubungan dengan itu, sabda nabi s.a.w.sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Al-Muslim:“ Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang jahat ialah laksana wangiwangiandan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, samada dia memberinyasedikit, ataupun anda dapat mencium daripadanya bau-bauan yang wangi. Adapuntukang besi, samada dia memakai bajumu, ataupun anda akan mencium daripada baubauannyayang busuk ”.Bagaimanakah Remaja Berinteraksi Dengan Keluarganya.Menurut Nelson (1992), keluarga meyediakan sosialisasi peringkat awal kanakkanakiaitu perkembangan dari segi fizikal, psikologi dan emosi. Oleh itu analisis kajianmerujuk menunjukkan tahap perhubungan keluargaan Remaja berinteraksi dengan ibubapa adalah tahap sederhana 74% responden mempunyai perhubungan mesra denganibubapa. Dengan itu menunjukkan bahawa perhubungan mesra dengan ibubapa dapatmenghindar remaja dari terlibat dengan perkara-perkara yang kurang sihat.Sehubungan dengan itu menurut Ahmad Lisot (1998), ibubapa yang ideal perlumemainkan peranan mereka sebagai ibubapa hanya dengan cara mengetahui asasperhubungan sesama manusia. Ibubapa boleh mmembesarkan anak-anak yangbertanggungjawab, berdisiplin dan bekerjasama tanpa bergantung kepada perasaan takut.Mereka boleh belajar mempengaruhi anak supaya berkelakuan lebih baik seperti yangdikehendaki oleh ibubapa daripada takut hukuman yang akan dikenakan ataukeistimewaan mereka ditarik balik.Rancangan Matlamat Hidup.Daripada analisis kajian yang telah didapati menunjukkan Rancangan matlamat hidup

diri remaja berada pada tahap yang sederhana iaitu 54%. Ini menunjukkan setiap remajamempunyai matlamat hidup mereka yang tersendiri. Setinggi manapun pendidikan yangremaja perolehi namun matlamat hidup tetap tersemat disanubari masing-masing.Pendedahan MediaMenurut Mohd Salleh (1999) Pengaruh media khasnya TV , kadang-kadang bolehmemberi kesan yang buruk kepada pembentukan peribadi remaja, khasnya aktivitimelepak. Daripada analisis kajian menunjukkan tahap pendedahan media kepadaresponden adalah pada tahap yang rendah iaitu 60%. Ini menunjukkan tahap pendedahanmedia kepada remaja Melayu Johor Bharu masih berada pada tahap yang rendah. Namundemikian keadaan ini harus dikawal dari semasa kesemasa oleh ibubapa, kerana jika tidakdikawal ianya berpotensi untuk mempengaruhi remaja ke arah aktiviti yang tidakbermanafaat seperti melepak. Menurut Mohd Salleh lagi, personality remaja mudahberubah dari semasa ke semasa. Cerita-cerita TV siri jenayah, persermbahan dramakeluarga dan banyak lagi , sesetengahnya boleh mempengaruhi remaja. Jadi adalahmenjadi tanggungjawab ibubapa untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada anakanakagar tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak berfaedah.Kegiatan Masa Lapang.Menurut Mohd Salleh(1999) Kegiatan masa lapang remaja mestilah dipenuhi denganaktiviti yang berfaedah supaya remaja tidak mudah berasa bosan.Kegiatan masa lapangtersebut mestilah sesuai dengan usia remaja. Dengan ini pemikiran remaja akan menjadilebih matang dan bertanggungjawab seperti cara kehidupan seorang dewasa. Daripadaanalisis kajian yang telah dibuat menunjukkan tahap kegiatan masa lapang respondenberada pada tahap sederhana iaitu 74%. Dengan itu kegiatan masa lapang memainkanperanan yang penting agar remaja tidak terjebak kearah kegiatan yang

tidak sihat. Remajayang selalu bergaul dengan masyarakat, akan menjadikan diri mereka lebihbertanggungjawab.Tanggungjawab yang dimaksudkan seperti menghormati hak individu,masyarakat, negara, berlaku adil dan bertingkahlaku baik.RumusanDalam menangani masalah remaja memerlukan kebijaksanaan dan rasionalseseorang. Instituisi keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masingmasing.Bermula daripada institusi keluarga, segala masalah sosial dalam masyarakatdapat dibendung. Selain daripada itu masalah sosial juga dapat dibendung melalui kasihsayang yang disertai dengan unsur-unsur lain yang membantu. Sememangnya terbuktihanya ibubapa sahajalah sebagai individu yang paling hampir dapat menangani masalahanak-anak mereka.Selain daripada itu, rakan sebaya turut sama memberikan pendidikan tidak formalkepada remaja. Kebiasannya remaja akan mengikuti apa yang dibuat oleh rakan mereka.Tingkah laku yang dipelajari daripada rakan-rakan sebaya samada berunsur positif ataunegatif secara tidak langsung boleh menyebabkan remaja cenderung kepada sikaptersebut.Sekarang di zaman langit terbuka dengan kecanggihan teknologi maklumat ataukemajuan media massa kini, di mana berbagai bentuk maklumat dapat diterima terus olehremaja tanpa tapisan. Hasilnya remaja lebih terpengaruh kepada media massa berbandingdidikan ibubapa atau pendidikan sekolah.CadanganAdalah menjadi satu masalah besar untuk mengatasi masalah sosial sebeginikerana ianya melibatkan orang perseorangan norma, nilai budaya dan juga agama dalammasyarakat yang giat mengejar kemajuan, banyak perkara dibelakngkan. Nilai danperkara yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit dianggap “lekeh”

dan tidak penting.Apa yang perlu dan mustahak adalah nilai kebendaan. Kemungkinan nilai dan budayaserta ciri-ciri ketimuran akan mudah hanyut mengikut arus perkembangan dunia yangpesat membangun.Kita tidak harus lupa bahawa remaja hari ini adalah pemimpin hari hari esok jikagolongan pelapis ini telah lemah dan bermasalah, tidak dapat dinafikan bahawa negarajuga akan menghadapi masalah. Oleh itu kita amat memerlukan satu ramuan yangberkesan untuk mengatasi segala ini sebelum ianya terlewat. Terdapat beberapa kaedahyang dirasakan dapat membantu menyelesaikan masalah.Cadangan kepada mengatasi masalah keruntuhan akhlak. ini, semua pihak mestilahbertanggungjawab termasuklah :- Ibubapa- Masyarakat- Kerajaan- Kementerian Pendidikan- Individu.Di antara cara-cara menangani masalah ini ialah :-1) Memberi Pendidikan Agama Kepada Anak-Anak.1.1. Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak seawalyang mungkin kerana pendidikan bermula di rumah.1.2. Ibubapa hendaklah menunjukkan tingkahlaku dan teladan yang baik kepadaanak-anak seterusnya menjadi ‘role model’ kepada mereka.Ibubapa juga bertanggungjawab untuk menyerapkan nilai-nilai murni kepadaanak-anak.2. Pengukuhan Institusi Keluarga.2.1 Bila kita lihat, kebanyakkan institisi keluarga gagal berfungsi dengan baik.Contohnya : Banyak keluarga yang porak peranda, cerai berai, anak-anakterbiar dan sebagainya. Bila keadaan ini berlaku bagaimanakah kita dapatmewujudkan generasi muda yang dapat membentuk sahsiah yang diadundengan nilai adab dan ahklak yang tinggi.2.2.Sesetengah ibu bapa juga kabur dengan peranan yang perlu dimainkanoleh mereka. Mereka tidak lagi menunjukkan ‘role model’ yang baik

kepada anak-anak.2.3. Mereka mengabaikan keperluan anak-anak terutama kasih sayang.Ibubapa hendaklah meluangkan masa sekurang-kurangnya 5 minit untukbersama anak-anak.2.4.Yang menyedihkan ada dikalangan ibubapa meletakkan tanggungjawabmendidik anak-anak mereka kepada guru-guru. Tugas guru hanyalahmemberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak dan sebenarnya tugasmendidik terletak kepada ibubapa kerana pendidikan memerlukan prosesyang agak lama.3 . Membentuk Setiap Individu Yang Cemerlang3.1. Seorang ahli falsafah Cina menyatakan :-“ Pendidikan individu adalah persiapan kepada masyarakat yang beradab”.3.2. Ini bermakna setiap individu menstilah menanamkan rasa tanggungjawabkeatas dirinya sendiri dengan berusaha membentuk sahsiah dan akhlakmereka dengan sempurna.3.3. Kerana ini akan memberi kesan yang besar terhadap pembentukan negara dimasa akan datang.4. Membina Generasi Muda.4.1.Semua pihak perlulah ada usaha yang objektif dan ikhlas untuk menilaikeberkesanan pemikiran yang menjadi teras pembentukan generasi mudamahupun pembinaan sebuah tamadun yang gemilang sesebuah negara.4.2.Kita juga perlu membina genarasi muda yang berdaya tahan, bersikap kreatif,kritis serta mampu memilih mana yang serasi dan mana yang bertentangandengan budaya kita.5. Sistem Pendidikan Yang Berkesan.1.1. Pendidikan dan pembinaan akhlak adalah proses seiring yang tidak bolehdipisahkan. Sistem pendidikan Rasulullah membuktikan bagaimana melaluiTarbiyah Nubuwwah berjaya melahirkan muslim yang berkualiti dan mempunyaiakhlak yang tinggi.1.2.Sebenarnya dalam sistem pendidikan masa kini telahpun ada penyerapan nilainilaimurni tetapi ianya kurang perlaksanaanya. Kenapa? Adakah kita bakal guruyang harus memikul tanggungjawab ini?

1.3.Walaubagaimanapun sedikit sebanyak tanggungjawab ini haruslah dipikul olehpara guru, peranan guru bukan setakat menyampaikan pengajaran tetapi mereka1.4.haruslah mampu membentuk kefahaman dan cara fikir pelajar berteraskan nilaiadab dan ahklak serta berpandukan prinsip keagamaan yang tinggi.1.5.Seperti kata Al-Ghazali dalam bukunya Adab Pelajar Dan Pengajar menyatakan“Guru menunjukkan sikap kasih sayang dan ikhlas terhadap pelajarnya, melarangsecara halus dan menunjukkan sikap yang baik”1.6.Seandainya ianya berjaya dilaksanakan maka tidak ada pelajar yang melakukansalahlaku seperti membakar sekolah, peras ugut dan sebagainya. Merekamelakukannya kerana tidak ada perasaan sayang dalam diri mereka terhadapsekolah dan rakan–rakan.1.7.Ibubapa juga bertanggungjawab untuk menyerapkan nilai-nilai murni kepadaanak-anak.PENUTUPDari kajian ini, diharap masalah remaja yang terjebak dengan tingkah lakumelepak akan dapat di atasi. Faktor-faktor kekeluargaan sepatutnya bukan merupakanpunca gejala ini berlaku. Keluarga seharusnya bertindak mempamerkan latar belakangyang menunjukkan imej positif. Peranan yang besar perlu dimainkan supaya remaja yangbakal mewarisi kepimpinan akan datang dapat menjadikan negara ini sebagai sebuahnegara yang pesat membangun dan berteknologi tinggi. Hasil dari tinjauan kajian ini jugadiharap dapat menyedarkan semua pihak terutama ibubapa yang mempengaruhi tingkahlaku melepak. Selain daripada itu agensi-agensi lain dan masyarakat sekeliling jugasepatutnya memainkan peranan yang sama dalam membantu remaja menjalankanaktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah. Denga cara ini, akan dapat membantu menyalurkanpemikiran mereka supaya lebih kreatif dan bukan disempitkan dengan masalah sosial

pada masa akan datang. sebagainya.BIBLIOGRAFIAbdullah Ahmad Badawi “ Ada Kumpulan Dikesan Pesongkan Aqidah Remaja”dalam. Berita Harian, 17 Ogos 2001 .Ahmad Lisot (1988). Peranan Ibubapa Yang Berkesan. Kertas Kerja Konvensyen Perkara Ketiga Di Subang.Ann Wan Seng (1994). Kerenah Remaja Hari Ini. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.Aishah K. Ahmad . “ Rumah sempit punca remaja berpeleseran “ dalam. Ummi Ogos1993, halaman 50 – 51.Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan PustakaDan Kementerian Pelajaran Malaysia.Ee Ah Meng (1997). Psikologi Pendidikan II. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Hakim Sungap. “ Lepak. Inikah Masalah sebenar Remaja” dalam. Tamadun, 2 Ogos1994, halaman 8 – 17.Havinghurst, R.J. (1952). Developmental Tasks And Education. New York :Longman Green.Kamus DwiBahasa (1979). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Laster D.C (1994). Psychology Of Human Adjustment. New York. Alfred A. KnoffInc.Lidah Pengarang. “ Masalah Lepak adalah Majoriti Remaja Melayu yang BeragamaIslam” dalam. Harian Metro, Isnin 6 Ogos 2001.Lorch (1966). Psychology Of Human Adjustment. New York. Alfred A. Knoff Inc.Mahathir Mohamed. “ Mahathir Bimbang Bahan Lucah berleluasa” dalam.Mingguan Malaysia, 15 Julai 2001.Mahadir Mohd Khir. “Black Metal : Kementerian Minta Laporan Sekolah” dalam.Utusan Malaysia, Jumaat 20 Julai 2001 ).Majalah Remaja, “Ponteng Sekolah Gejala Semasa” bil : 357 1 Julai 2001.Manja Mohd Ludin (1990). Psikologi Sosiologi Dan Falsafah Dalam Pendidikan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Mansor Abu Talib . “Perkembangan remaja melibatkan Tiga Domain” dalam.Mingguan Famili, Ogos 2001, Halaman 24-26.Mohd Salleh (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Publications andDistrubutors Sdn. Bhd.Muhammad Hatta Sharom (1989). Ke arah Rumahtangga Bahagia. Kuala Lumpur:Pustaka Salam.Nelson, G.F. (1992). Keluarga dan Persekitaran Perspektif Ekosistem. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.Noor Shakirah Mat Akhir. “ pengaruh Ibubapa Terhadap Tingkah laku Anak-anak”dalam. Visi, Julai 2001, halaman 24-26.

Zulkifli Yusuf (1990). Panduan Khidmat Bimbingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka.

MINDA PEMBACA

MINDA pembaca yang terpilih minggu ini daripada tajuk yang telah kami kemukakan iaitu ‘Ponteng Sekolah/Lepak

Semakin Berleluasa ’. Mereka akan menerima hadiah sebanyak $40.00. Pendapat yang berjaya itu adalah seperti

berikut :

Utamakan didikan agama

Di era yang serba moden dan canggih ini, masih terdapat pelbagai masalah berlaku di kalangan generasi muda yang masih bersekolah khasnya, terutamanya masalah ponteng sekolah dan lepak. Masalah disiplin seperti inilah yang sangat dikhuatiri kerana ianya semakin berleluasa.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya ponteng sekolah dan lepak di kalangan penuntut. Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya menuding jari kepada satu pihak sahaja iaitu menyalahkan pihak sekolah. Ini mungkin berpunca daripada pelbagai masalah yang dibebani oleh penuntut itu sendiri seperti masalah keluarga, kewangan, pergaulan dan diri murid itu sendiri.

Faktor yang terbesar ialah masalah, keluarga, di antaranya ialah kes ibu bapa, masalah membawa kesan buruk sehingga memberikan tekanan

emosi kepada penuntut. Apabila masalah ini membebani mereka, konsentrasi terhadap akademik semakin menurun. Penuntut beranggapan dengan ponteng sekolah dan lepak dapat melupakan masalah yang sedang dihadapi.

Masalah kewangan juga satu faktor mengapa masalah ponteng sekolah dan lepak semakin berleluasa. Contohnya, ibu bapa tidak berkemampuan untuk memenuhi perbelanjaan sekolah anak-anak mereka seperti tidak dapat melunaskan pembayaran yuran sekolah atau tidak berkemampuan untuk membeli peralatan-peralatan sekolah dan buku-buku pelajaran yang hendak digunakan. Jadinya, mereka rasa malu untuk berdepan dengan guru dan rakan-rakan yang lain.

Manakala, pergaulan dengan rakan sebaya yang sememangnya mempunyai masalah disiplin seperti terpengaruh dengan hasutan, pujukan dan cabaran-cabaran yang tidak mendatangkan faedah.

Pengaruh daripada rakan-rakan seperti inilah yang boleh merosakkan akhlak dan kehidupan penuntut tersebut contohnya bermula dengan ponteng sekolah dan lepak di tempat-tempat yang digemari kemudian terjerumus dengan pengambilan dadah. Dimaksudkan dengan diri murid itu sendiri ialah berkaitan dengan minat penuntut tersebut terhadap satu-satu mata pelajaran.

Dari itu, pihak sekolah dan ibu bapa serta pihak-pihak tertentu perlulah bekerjasama dalam menangani masalah ponteng sekolah dan lepak ini. Ibu bapa dan guru juga sentiasa berkomunikasi untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka sama ada dari segi akademik mahupun tingkah laku di sekolah. Didikan agama dan akhlak juga sangat penting diserapkan dalam diri setiap penuntut. Dengan lahirnya generasi muda yang berdisiplin insya-Allah akan dapat lagi memajukan Negara Brunei Darussalam di masa-masa hadapan.

Azlina binti Zahari,No. 98 Simpang 82 Lot 26 STKRJ Kampong Rimba Gadong,BE 3119.No. k/p: 00-289552.

Berganding bahu atasi budaya lepak

Lepak ditakrifkan sebagai satu aktiviti yang dilakukan untuk menghabiskan masa lapang di tempat-tempat awam seperti kompleks membeli- belah, perhentian bas, di tempat-tempat hiburan dan

sebagainya. Gejala lepak di kalangan remaja menjadi bahan isu yang sering diperkatakan kerana gejala tersebut semakin merebak di kalangan remaja.

Aktiviti lepak semakin berleluasan kini kerana bertambahnya kompleks membeli-belah. Apa yang paling mengecewakan ialah aktiviti melepak ini banyak melibatkan penuntut sekolah. Mereka berpeleseran dan merayau-rayau di pusat membeli-belah tanpa tujuan tertentu dengan masih berpakaian sekolah. Dengan ini, menimbulkan lagi masalah yang penuntut ini ponteng sekolah.

Jika diselidiki masalah ini kebanyakan mereka menghabiskan masa untuk berjumpa kawan-kawan, di samping itu juga menghilangkan rasa bosan serta runcing. Aktiviti yang mereka lakukan ini adalah memerhatikan keadaan sekeliling seperti memerhatikan orang lalu lalang, berjalan-jalan di sekitar kedai, berehat, berbual-bual kosong, makan atau minum dan seumpamanya.

Kebanyakan remaja yang tertarik untuk menghabiskan masa lapang di pusat membeli-belah ialah terdiri daripada kalangan remaja yang bermasalah. Masalah yang dihadapi sama ada dari rumah ataupun di sekolah. Dengan cara aktiviti lepak ini, akan dapat memberikan kepuasan dan ketenangan kepada mereka kerana dapat berjumpa kawan-kawan yang senasib dan kecenderungan yang sama dengan mereka.

Masalah yang mereka hadapi di rumah ialah seperti ibu bapa yang suka berleter, disuruh melakukan kerja-kerja rumah dan merasa kesunyian apabila ketiadaan ahli keluarga yang lain di rumah. Begitu juga masalah yang dihadapi di sekolah, banyak kerja sekolah yang patut disiapkan, ulang kaji untuk peperiksaan dan sebagainya. Semua ini memberikan tekanan yang amat sangat kepada mereka. Oleh sebab itu, mereka ingin ketenteraman dan mencari ketenangan di luar dengan berjumpa dan berbual-bual dengan kawan-kawan untuk menghilangkan tekanan.

Remaja harus sedar bahawa aktiviti lepak ini memberikan banyak kesan negatif. Kebanyakan salah laku remaja adalah berpunca dari aktiviti melepak seperti merokok, penyalahgunan dadah, mencuri dan sebagainya.

Aktiviti lepak ini perlu mendapat perhatian dari pelbagai pihak agar tidak mendatangkan gejala yang lebih buruk. Dengan itu, semua pihak kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sama-sama berganding bahu untuk mengatasinya, insya-Allah masalah ini mungkin berkurangan walaupun tidak secara keseluruhan, sekurang-kurangnya usaha dalam

menangani masalah ini berbaloi. Oleh itu, kesedaran perlu ada dalam diri seorang remaja itu juga akan kesan akibat aktiviti melepak ini supaya suatu hari nanti tidak menjadi sesalan kepada diri mereka sendiri.

Hajah Muhsinah binti Haji Othman,No. 9 Simpang 14, Jalan Padnunuk, Kampong Lamunin, Tutong,TG 2343. No. k/p :00-307995.

Disiplin sekolah perlu diketatkan Perkara utama yang sering terjadi di kalangan para remaja di zaman moden ini sungguh memilukan hati kerana kebanyakan remaja tidak memahami akan erti kehidupan yang sebenar. Mereka lebih suka budaya melepak bersama rakan-rakan sekolah sehingga sanggup ponteng tidak menghadiri sekolah mereka.

Guru-guru yang mengajar pula tidak dapat memberikan didikan kepada murid-murid mereka kerana hanya sebilangan sahaja yang hadir dan terpaksa menangguhkan pengajaran kerana masalah murid-murid yang tidak hadir ke sekolah. Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini?

Budaya melepak di kalangan remaja selalunya berpunca daripada terikut-ikut rakan sekolah mereka dan remaja ini merasa dunia hiburan yang menyeronokkan sehingga mereka tidak terfikir bahawa perbuatan mereka ini akan mendatangkan perkara-perkara yang mengundang kepada gejala-gejala sosial yang memudaratkan diri mereka sendiri, kurangnya perhatian ibu bapa kerana sering kali sibuk dengan pekerjaan dan hal masing-masing sehingga menyebabkan kurang memberi perhatian terhadap anak-anak mereka dan ianya juga adalah berpunca dari pengaruh negatif media massa.

Remaja yang sering kali mengamalkan budaya melepak akan mudah terlibat dengan penyalahgunaan dadah, meminum arak, merokok, keruntuhan akhlak, merosakkan harta benda awam dan mencemarkan alam sekitar.

Langkah-langkah yang sewajarnya perlu dilaksanakan supaya budaya melepak ini tidak berleluasan lagi, semua masyarakat adalah bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa adalah yang utama sekali memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan memantau anak-anak mereka, memberikan perhatian penuh terhadap kemajuan dan apa jua perkembangan yang berlaku kepada anak-anak

mereka dan tidak hanya menyerahkan tanggungjawab pendidikan kepada pihak sekolah.

Kemudian, guru-guru di sekolah perlulah menyemaikan disiplin diri, menekankan kepada murid-murid pendidikan moral, bimbingan dan pendidikan yang sewajarnya untuk masa depan mereka.

Oleh itu, negara akan dapat melahirkan anak bangsa yang penuh dengan pendidikan dan ilmu pengetahuan yang berguna dan mereka akan membesar menjadi remaja yang membanggakan dan mengharumkan nama baik negara kita.

Siti Hairani binti Haji Taha,No. 4 Simpang 57-10 Jalan 64,Kampong Perpindahan Lambak Kanan, BC 3115.No. k/p : 00-287300.

Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan Masalah disiplin pelajar memang telah lama berlaku. Sekolah-sekolah menengah banyak menghadapi masalah-masalah disiplin di kalangan pelajar. Selain dari ponteng sekolah dan melepak, juga pelbagai masalah lain yang hangat diperkatakan antaranya ponteng kelas, merokok, mewarnakan rambut, merosakkan harta benda awam dan apa yang lebih menakutkan para ibu bapa masa kini jika disiplin menular kepada kesalahan jenayah ‘juvenil’ yang berat seperti penyalahgunaan dadah, membawa atau meminum minuman keras, berjudi, buli dan ‘gangtsterisme’.

Kebanyakan pelajar yang ponteng ini, mereka akan pergi ke kedai-kedai yang menyediakan servis internet untuk ber‘chatting’, bermain permainan internet, bermain snuker, merokok, melayari internet untuk tujuan pornografi dan menonton wayang. Masalah-masalah ini selalunya terjadi kerana pelajar sendiri muda terpengaruh dengan budaya asing dari media dan hiburan dan hasutan kawan-kawan yang mempunyai moral tidak baik.

Selain daripada itu masalah disiplin pelajar yang timbul juga berkait rapat dengan cara didikan dan asuhan di rumah. Faktor kawalan, persefahaman, tingkah laku dan sumbangan ekonomi ibu bapa, komunikasi baik antara anak dan ibu bapa serta kelapangan masa untuk keluarga juga penting.

Wujudkan keadaan stabil di rumah agar anak-anak tidak terganggu emosi kerana keadaan kucar-kacir seperti pergaduhan dan perceraian memberi

kesan mendalam ke atas anak-anak. Keadaan seperti ini mungkin juga dilalui di sekolah. Merasa terasing dari rakan-rakan kerana tidak diterima dalam persahabatan, mengalami masalah dalam hubungan sosial dan masalah dalam peperiksaan. Ini menyebabkan mereka membawa diri dengan ponteng kelas, ponteng sekolah, melepak dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, anak-anak sepatutnya mengambil pengajaran sekiranya keadaan kucar-kacir berlaku, jangan perkara ini dijadikan alasan untuk melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri dan mengalami masalah pelajaran.

Dalam usia remaja ini, mereka hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bercanggah dengan syariat. Dalam usia ini mereka mempunyai sifat ingin tahu yang ada dalam diri dan cuba melakukan perkara-perkara yang bermanfaat atau sebaliknya. Pada peringkat ini juga pelajar semestinya memmikirkan tentang kejayaan dan kecemerlangan yang perlu dicapai demi masa depan diri yang cerah. Ingatlah wahai pelajar, walau apa pun dan perkara hebat yang bergolak di kelilingmu jangan lupa sempadankan kelakukan. Terima nasihat ini untuk peringatan bersama.

Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan atau orang asing yang berniat merosakkan akhlak pelajar haruslah pandai memilih rakan sebaya yang serasi dan boleh dipercayai, ikut contoh tauladan yang baik, ikuti ceramah atau motivasi mengenai pelajar cemerlang, beriadah sebaiknya bersama keluarga, aktif dalam kelab sukan yang diminati dan kokorikulum sekolah dan memiliki didikan agama yang intensif dan lengkap.

Fahrina binti Mohammad Sarif,Blok B, No. B10 Flat Puteri-Puteri Pusar Ulak, Jalan Tutong, BS 8511.No. k/p : 00-281524.