masalah sosial remaja

15
MASALAH SOSIAL REMAJA Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah". Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Pada lazimnya, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, merokok, melepak, merempit, hisap rokok dan seumpamanya. Mereka semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang- undang negara. Namun begitu apabila pelajar sekolah mulai bertindak lebih jauh daripada itu, sesuatu perlu dilakukan segera untuk membendung mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini.

Upload: muhammadfarid2112

Post on 28-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Artikel ini menceritakan mengenai masalah remaja sosial masa kini.

TRANSCRIPT

Page 1: Masalah Sosial Remaja

MASALAH SOSIAL REMAJA

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun

atau 13 hingga 25 tahun. Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami

pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa.

Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa

"bermasalah".

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota

masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur

ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

Pada lazimnya, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar

kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, merokok, melepak,

merempit, hisap rokok dan seumpamanya. Mereka semakin berani melakukan pelbagai

perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara. Namun

begitu apabila pelajar sekolah mulai bertindak lebih jauh daripada itu, sesuatu perlu dilakukan

segera untuk membendung mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini.

Page 2: Masalah Sosial Remaja

VANDALISME

Vandalisme atau laku musnah merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam

dan juga harta benda orang lain. Jenayah laku musnah biasanya merujuk kepada perbuatan merosakan

harta benda awam seperti papan tanda, kerusi awam, perhentian bus, telefon awam dan juga tandas awam.

Kelakuan ini biasanya diasiosiasikan remaja yang terlibat dalam budaya lepak.

Motif untuk vandalisime adalah terletak pada aspek emosi. Vandalisme biasanya dianggap

sebagai satu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara untuk menghilangkan kebosanan

semata-mata. Walaupun motif mereka adalah begitu ringan, tetapi masyarakat awam terpaksa

menanggung kerugian yang besar untuk memenuhi nafsu mereka yang hina.

Page 3: Masalah Sosial Remaja

PONTENG SEKOLAH

Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas

di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.

Punca gejala ponteng

1. Suasana persekitaran sekolah yang berubah akibat proses urbanisasi, seperti pembinaan arked

permainan video, kafe siber atau pusat membeli-belah berhampiran sekolah

2. Pengaruh media elektronik

3. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa

4. Pengaruh rakan sebaya

5. Persekitaran sekolah yang kurang kondusif serta dibebani tekanan, umpamanya guru yang terlalu

garang

Page 4: Masalah Sosial Remaja

GANGSTERISME

Isu gengsterisme ini bukan saja berlaku dalam kalangan dewasa, ia juga di sertai oleh pelajar

sekolah yang berumur antara 13 tahun hingga 19 tahun. Antara ciri gengsterisme yang ada pada pelajar

sekolah ialah suka pulang lewat dari sekolah dan mempunyai rekod kehadiran yang teruk. Pelajar ini suka

melepak dengan ahli kumpulan lain selepas pulang sekolah. Mereka ini akan memenuhi pusat-pusat

membeli belah dan cyber café. Mereka suka menghabiskn masa dengan kawan-kawan berbanding dengan

ibu bapa,mereka bertujuan untuk mendapatkan kebebasan tanpa kekangan ibu bapa di rumah.

Keseronokan ynag mereka perolehi ini menjerat mereka hinggakan Ia menjadi suatu tabiat yang sukar

dilepaskan. Kadang kala mereka sanggup ponteng sekolah untuk menyertai dan mengenali mana-mana

pertubuhan gangster lain

Ciri lain yang ada pada pelajar yang menyertai gangster ialah mempunyai rekod akademik yang

kurang memuaskan. Hal ini disebabkan kerana pelajar tidak lagi focus kepada pembelajaran yang menjadi

Page 5: Masalah Sosial Remaja

tanggungjawab mereka kepada diri dan ibu bapa.Pelajar pada tahap ini lebih focus kepada gengsterisme

yang di sertai mereka, yang mana lebih mbanyak mebawa keseronokan pada diri mereka berbanding

belajar. Ini menyebabkan mereka tidak member perhatian yang penuh sewaktu sesi penbelajaran,

tambahan lagi apabila sikap mereka suka pulang lewat malam menjadi tabiat seperti gangster dewasa

yang lain. Tabiat ini akan menyebabkan pelajar tidur pada waktu siang, yang akan menyebabkan pelajar

lambat ke sekolah atau pin tidur sewaktu sesi pembelajaran.

Published: Selasa Mei 25, 2010 MYT 1:08:00 PMUpdated: Selasa Mei 25, 2010 MYT 2:11:39 PM 'Neraka' Geng Samseng Sekolah

Oleh ANDREW SAGAYAM dan WONG PEK MEI

RAWANG: Mereka bukan lagi pembuli biasa di sekolah - pada umur antara 14 dan 16 tahun, mereka kini samseng tegar dan seronok merogol.

Mereka bukan sahaja melakukan keganasan terhadap pelajar sekolah malah kepada guru, penduduk yang menetap di dua kawasan kejiranan berdekatan sekolah - dan kesemua mereka hidup dalam ketakutan.

Kerana takut diapa-apakan oleh remaja yang sanggup melakukan apa sahaja terhadap mereka, guru, ibu bapa dan penduduk memilih untuk berdiam diri dengan aktiviti tidak bermoral mereka.

Lebih menyedihkan kes pencabulan terhadap remaja perempuan dikatakan berleluasa di kawasan itu, namun hampir kesemua kes tidak dilaporkan berikutan mangsa takut akan menerima akibat yang lebih teruk daripada samseng tersebut.

Bagaimanapun, perkara itu akhirnya diketahui setelah satu laporan polis dibuat mengenai kes rogol terhadap seorang gadis berumur 14 tahun oleh rakan sekolahnya dan dipercayai kejadian berlaku di sekolah mereka.

Berita yang telah menggemparkan negara itu menghairankan semua pihak kerana masyarakat tertanya-tanya bagaimana seorang pelajar boleh diserang di dalam sekolahnya sedangkan keselamatan pelajar di dalam kawasan sekolah sepatutnya terjamin.

Difahamkan beberapa pelajar sekolah terbabit telah mengadu kepada seorang penjaga rumah anak yatim mengenai kejadian itu sebelum ia bertambah buruk.

Gadis berkenaan didakwa telah berulang kali dirogol oleh beberapa rakan sekelasnya di beberapa lokasi di sekolah itu dalam tempoh tiga minggu.

Satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan terhadap gadis tingkatan dua itu dan telah mendedahkan sebatang pensel berukuran empat sentimeter ditemui di dalam kemaluannya.

Hampir empat minggu pasukan Starprobe cuba mencari kebenaran mengenai masalah itu dan ternyata ketakutan mencengkam penduduk di kawasan itu.

Page 6: Masalah Sosial Remaja

Lebih daripada 20 penduduk yang ditemuramah termasuk pelajar, penduduk, ibu bapa dan guru turut melahirkan rasa sama.

Pasukan penyiasat diberitahu gadis tersebut bukan sahaja dirogol malah telah diseksa oleh kumpulan pelajar lelaki yang sama.

Kumpulan pelajar lelaki terbabit bagaimanapun telah ditahan oleh polis tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Seorang kenalan mangsa turut mendakwa sebotol minyak angin cap kapak telah dimasukkan ke dalam bahagian kemaluan mangsa.

"Mereka turut memasukkan ketulan ais ke dalam kemaluan mangsa," katanya lagi.

Ternyata usaha pasukan Starprobe untuk menemubual mangsa gagal dan hanya bercakap melalui kelakuannya - menutup kesemua pintu dan tingkap, menutup langsir dan menguatkan suara televisyen.

Mereka gelisah dengan soalan-soalan yang ditanya, tetapi akhirnya mendedahkan terdapat 'tiga serangkai' mendalangi aktiviti samseng disekolah – dikenali sebagai 08, 21 dan 36 yang menjalankan aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah.

Randy (bukan nama sebenar), bekas ahli kongsi gelap itu mendedahkan, memeras ugut rakan-rakan sekolah menjadi aktiviti harian mereka.

Dedahnya, jumlah wang yang diperas ugut daripada mangsa adalah mengikut nombor ahli kongsi gelap itu.

"Jika nombor kongsi gelap ialah 08, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM8,” katanya yang menambah mereka yang enggan membayar wang tersebut akan dipukul di luar sekolah.

Dia juga mendakwa beberapa ahli-ahli kumpulan itu turut mengedar dadah seperti ganja, ketamin dan Eramin 5 di sekolah.

“Sumber dadah mereka perolehi daripada samseng-samseng di luar," katanya.

Dalam pada itu, seorang pelajar tingkatan empat di sekolah itu memberitahu dia pernah ternampak seorang pelajar tingkatan tiga diserang dalam dua kejadian di tandas perempuan dan di dalam sebuah kelas yang kosong pada Mac lalu.

“Saya hairan bagaimana mereka begitu berani melakukan perbuatan itu tanpa sebarang rasa takut dan sesal dengan tindakan mereka itu," tambahnya.

Sementara itu, seorang penduduk di kawasan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sarimah berkata, keluarganya sentiasa menghadapi masalah dengan pembuli tersebut yang menggunakan satu jalan pintas berhampiran rumahnya untuk ke sekolah.

“Anak-anak perempuan saya takut untuk keluar bermain di kawasan sekitar jika pembuli itu berada di situ," kata ibu kepada tiga anak ini.

Lebih mengecewakan apabila dia melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah, mereka menyuruhnya berpindah ke tempat lain jika tidak tahan dengan perlakuan samseng itu.

Dalam pada itu, seorang penjaga tanah perkuburan Islam di sebelah sekolah tersebut berkata, pembuli itu akan mabuk dan menghisap dadah di kawasan tanah perkuburan itu bertujuan mempersenda-sendakannya.

Page 7: Masalah Sosial Remaja

“Semasa mereka sibuk minum minuman keras itu mereka akan membaling saya dengan batu dan apabila saya bertanya sebab mereka membaling batu ke arah saya mereka akan memaki saya kembali dan mengugut untuk memukul saya," katanya yang turut memberitahu telah memgambil gambar aktiviti pelajar tersebut dan menyerahkan gambar tersebut kepada pihak sekolah namun tiada tindakan yang diambil.

Pemeriksaan menunjukkan grafiti yang diconteng pada dinding sekolah menggambarkan nombor yang mewakili ahli kumpulan kongsi gelap tersebut.

Mereka juga turut merosakkan kereta yang diletakkan di dalam kawasan sekolah, memecahkan cermin dan merosakkan kenderaan kepunyaan guru sekolah itu.

Happy hour kumpulan samseng itu bermula pada setiap Jumaat petang dekat tanah perkuburan yang terletak bersebelahan sekolah.

MEREMPIT

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan

haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di

Malaysia sekarang.

Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara

berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota

pada malam hujung minggu.

Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah

diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak

membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi

Page 8: Masalah Sosial Remaja

litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit.

Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.

Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja

ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar

malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur. Mereka beraksi di

celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala

Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang.

Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja

belasan tahun.

SEKS BEBAS DAN KES BUANG BAYI

Kebelakangan ini kita sering disajikan dengan kejadian-kejadian pembuangan bayi di

negara kita. Lebih parah lagi kebanyakkan si pembuang bayi itu adalah berasal daripada agama

Islam.

Pernahkah kita berfikir sebelum ini, kenapakah terjadinya pembuangan bayi ini? Cuba

fikirkan anak itu tidak akan lahir kedunia dengan sendirinya, jadi sudah tentu ada perbuatan yang

menjadikan anak yang tidak berdosa itu lahir ke dunia. Apakah perbuatan itu? Ya, ianya adalah

hubungan seks rambang ataupun bebas yang menjadi kegilaan di kalangan remaja kita pada hari

ini.

Page 9: Masalah Sosial Remaja

Masalah buang bayi begitu membimbangkan dikalangan masyarakat hari ini.Setiap hari

dilaporkan begitu banyak kes buang bayi ini.Ada yang dilaporkan dan ada  yang tidak

dilaporkan.Itu masalah buang bayi.Kalau masalah buang bayi begitu tinggi,itu tidak termasuk

lagi hubungan seks bebas dikalangan masyarakat terutama golongan muda.

Takut, malu punca remaja buang bayi – 2010/07/02

KUALA LUMPUR: Sebilangan besar individu yang terbabit dengan kes pembuangan bayi dikesan berusia antara 18 hingga 25 tahun mengikut statistik bermula 2004 hingga 2009 yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Saei Kie berkata, sebanyak 20 kes dikesan PDRM membabitkan individu berusia bawah 18 tahun dan sebanyak 33 kes buang bayi dicatatkan individu berumur 25 tahun ke atas, manakala 403 individu gagal dikesan peringkat umur mereka.

Katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang.

Katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang.

Page 10: Masalah Sosial Remaja

“Faktor lain yang turut dikenal pasti adalah kerana perasaan takut dan malu oleh remaja dan wanita yang hamil luar nikah kerana tidak mendapat sokongan keluarga dan masyarakat mengenai kehamilan mereka.

“Pembuangan bayi juga disebabkan kurang pendidikan agama dan nilai murni serta tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sosial yang disediakan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata usaha menangani gejala sosial golongan muda ketika ini perlu diteliti bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mengelak kes itu daripada berleluasa. Sebagai contoh, katanya, cadangan menguatkuasakan larangan remaja bawah umur 18 tahun keluar rumah selepas jam 12 malam, perlu dibincangkan dengan mendalam kerana ia membabitkan hak kebebasan individu.

“Tidak salah jika remaja keluar lewat malam bersama keluarga tetapi jika keluar bersendirian atau bersama kawan, tidak bermakna mereka membuat perkara tidak elok,” katanya.

- Berita Harian Online

KESIMPULAN

Sekolah merupakan satu medan dalam membantu menyelesaikan masalah sosial remaja. Oleh itu

adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat malalui interaksi mereka di

sekolah. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar

dengan hukuman. Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan

negara. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi supaya

ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.

Sebenarnya, punca utama adalah disebabkan oleh keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar

itu. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan.

Page 11: Masalah Sosial Remaja

Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ini

menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah displin di kalangan pelajar. Anak-

anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Jadi tidak hairanlah jika anak-

anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih

rapat dengan mereka.

Selain itu, pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah k sosial di kalangan

pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda

pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana

rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap

munasabah bagi mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktiviti ponteng sekolah untuk

menenangkan fikiran menjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan

menjadi satu faktor berlakunya masalah social di kalangan remaja.

Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah yang kian

menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna

dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak langsung mempengaruhi

pembentukan peribadi mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh

menyebabkan mereka tidak berupaya untuk berfikir secara rasional mengenai kesalahan yang mereka

lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan

daripada ibu bapa yang kurang sempurna secara tidak langsung mempengharuhi

timbulnya gejala sosial tersebut.

Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah dengan

mengetatkan peraturan sedia ada. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang terjebak dalm

kancah ini bagi memastikan masalah yang mereka hadapi dahulu boleh ditangani.

Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak mereka dan memberi perhatian

yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka. Kebebasan bergaul dengan rakan di luar

sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan anak-anak dipengaruhi dengan amalan-amalan yang tidak

berguna. Didikan tidak formal sejak kecil lagi perlu dilakukan kerana melentur buluh biar

dari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk bersikap lebih bertanggungjawab dalam berupaya berfikir

secara rasional.

Page 12: Masalah Sosial Remaja

Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini

dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan.

Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di

kalangan masyarakat.

Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan dengan keburukan

kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mewujudkan

kesedaran dalam diri pelajar-pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah kerana belakang parang

diasah, lagikan tajam.

Kesimpulan, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi

bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan juga, langkah drastik daripada

semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi,

sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.