masalah kesihatan akibat penggunaan komputer

Upload: harisfazillah-jamel

Post on 03-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Masalah Kesihatan Akibat Penggunaan Komputer

    1/4

    Masalah Kesihatan Akibat Penggunaan Komputer

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Bukan Sekadar Internet Sahaja

    Nota kali ini adalah mengenai dua kesan terhadap kesihatan yang mungkin anda akan hadapi jika

    tidak mematuhi cara-cara penggunaan komputer yang betul.

    Dua kesan ini adalah Repetitive Strain Injury (RSI) dan Computer Vision Sydrome (CVS). Kita

    mulakan dengan RSI.

    RSI atau dengan nama lain "cumulative trauma disorder" atau "repetitive motion injury" adalah

    sejenis kecederaan yang berlaku kepada tisu lembut di dalam badan seperti tisu otot, saraf dan sendi

    menjadi sakit dan membengkak. RSI sering dilaporkan berlaku kepada mereka yang melakukan

    kerja yang sama berulang kali seperti di kilang pemasangan, bahagian penbungkusan, menjahit,

    bermain alatan muzik dan pekerja komputer. Banyak pekerjaan yang melibatkan tugas anggota

    badan melakukan kerja yang sama boleh pada jangka masa yang lama terdedah kepada masalah ini.

    Sebab-sebab RSI belum diketahui. Namun RSI telah dikaitkan dengan

    - Aktiviti atau pergerakan berterusan tanpa henti.

    - Melakukan aktiviti dalam posisi yang kekok dan tidak natural.

    - Mengekalkan posisi yang tetap untuk jangka masa yang panjang.

    - Tidak berhenti untuk berehat sekejap.

    - Keadaan sekeliling dan faktor sosial.

    Laporan tambahan juga menyebut RSI juga dikaitkan dengan penggunaan papan kunci, tetikus dan

    lain-lain alat input komputer. Mereka yang mempunyai penyakit seperti sakit sendi, kegemukan dan

    kencing manis juga terdedah kepada kecederaan ini.

    Sesetengah pengguna komputer mungkin merasai sakit atau tidak selesa apabila menggunakan

    komputer. Rasa tidak selesa ini mungkin tanda-tanda RSI.

    Anda perlu menggunakan komputer dengan cara yang betul. Menggunakan peralatan yang baik dan

    diletakkan dengan baik mungkin tidak banyak membantu. Anda perlu sentiasa dalam posisi dan

    kedudukan yang sesuai akan memberikan anda keselesaan yang anda mahukan.

    Nota diatas hanya cadangan dan penerangan yang tidak lengkap. Jika anda merasakan tidak selesa

    dan sakit sewaktu menggunakan komputer dapatkan pendapat doktor tentang itu. Lebih awal

    https://www.facebook.com/Bukan.Sekadar.Internet.Sahajahttps://www.facebook.com/Bukan.Sekadar.Internet.Sahaja
  • 7/28/2019 Masalah Kesihatan Akibat Penggunaan Komputer

    2/4

    penyakit anda dikenal pasti lebih cepat ia diubati dan mengelakkan anda mengalami masalah

    kesihatan yang lebih panjang.

    CVS dipercayai disebabkan oleh cara bagaimana text dipancarkan di skrin komputer. Berbanding

    dengan tulisan atau cetakan pada kertas, text pada skrin komputer adalah cantuman pixel yang tebal

    ditengah tetapi berjerigi di tepi. Jika text di komputer diperiksa dengan kata pembesar kita akandapat melihat kesan tidak rata dan tidak licin pada sempadan huruf text ini.

    Kesan ini menyebabkan mata tidak dapat memberikan fokus yang betul kepada huruf-huruf yang

    dipaparkan. Amata akan sentiasa membetulkan fokusnya dan ini akan meletihkan mata.

    Jika anda mengalami sakit kepala, pedih mata, rasa mual anda mungkin telah terlalu lama

    menggunakan komputer dan memandang lama skrin komputer anda mungkin mengalami masalah

    CVS.

    Langkah-langkah yang anda perlu lakukan untuk memastikan persekitaran penggunaan komputer

    anda adalah sesuai untuk anda,

    Kawasan kerja

    Kawasan kerja perlulah selesa dan mempunyai suhu dan kelembapan yang sesuai untuk komputer.

    Suhu yang terlalu panas bukan sahaja menyebabkan anda tidak selesa malah menyebabkankomputer anda mudah rosak.

    Suhu yang dicadangkan adalah sekitar 19 ke 23 darjah Celcius dan kelembapan sekitar 40 ke 60

    peratus.

    Anda juga perlu pastikan kawasan penggunaan komputer mempunyai edaran udara yang baik.

    Pastikan keadaan sekeliling adalah senyap dan jauh daripada gangguan. Gangguan seperti kawasan

    laluan atau jika di rumah ia berdekatan kawasan TV atau radio. Gangguan bunyi bising akan

    mengganggu tumpuan anda. Bunyi sekeliling perlulah dibawah 55 dBA.

    Untuk keselesaan mata bilik yang anda gunakan perlu dicat dengan cat yang tidak menyerlah. Ia

    perlu dicat dengan warna yang lembut, tidak terlalu terang dan menyejukkan mata.

    Untuk mengelakkan kejang otot, pastikan anda mempunyai ruang pergerakan yang baik dan luas.

    Cuba jangan berada dalam posisi yang sama untuk jangka masa yang lama.

    Cahaya yang sesuai adalah penting untuk keselesaan mata. Sinaran lampu yang ada membolehkan

    anda membaca dokumen dan melihat huruf-huruf di papan kunci. Takat pencahayaan yang sesuai

  • 7/28/2019 Masalah Kesihatan Akibat Penggunaan Komputer

    3/4

    adalah antara 300 dan 500 Lux. Lebih daripada 1000 lux dianggap terlalu terang. Untuk kerja- kerja

    skrin komputer 300 lux adalah sesuai. 500 lux sesuai untuk tujuan membaca dokumen. Adalah

    dicadangkan lampu utama (lampu bilik) sekitar 300 lux dan sebuah lambu khas yang menyuluh

    dokumen anda dalam 500 lux boleh disediakan. Jika tiada kemudahan itu lampu utama perlulah

    berada dalam takat 500 lux.

    Pastikan tiada balikan lampu atau sumber cahaya yang terang pada skrin monitor anda. Sesuaikan

    supaya bahagian paling atas monitor berada bawah mata.

    Pastikan pancaran monitor anda tidak berkelip atau bergoyang. Ini boleh meletihkan mata.

    Keadaan Anda

    Pastikan jarak mata anda dengan skrin monitor sekitar 46 ke 76 cm. (sekitar 2 kaki). Jika anda

    mendapati diri anda mendekat diri kepada monitor kurang daripada jarak ini, pastikan anda

    membuat pemeriksaan mata.

    Kedudukan kepala anda sepatutnya 20 darjah menunduk kebawah.

    Apabila anda duduk, pastikan anda boleh duduk dengan tegak dan disokong dengan penyokong

    kerusi. Pastikan tangan anda oleh bergerak dengan bebas dan pergelangan tangan digunakan dalam

    keadaan LURUS. Papan kunci anda sepatutnya ada bahagian untuk meletakkan pergelangan tanganyang memolehkan pergelangan tangan dalam keadaan lurus.

    Anda sepatutnya tukarkan keadaan diri anda selalu. Jangan berada dalam satu kedudukan untuk

    jangka masa yang lama. Berhenti untuk berehat 5 ke 10 seminit dalam jangka masa sejam

    penggunaan komputer. Rehat sekejap adalah lebih baik daripada berehat panjang tetapi

    menggunakan komputer dua hingga tiga jam tanpa henti.

    Tukaran antara tugas antara menaip, berhenti sekejap untuk membaca, menulis, mengemas fail dan

    bergerak sekitar kawasan kerja boleh megelakkan masalah kekejangan urat. Lakukan senamanringan pada tangan, kaki, bahu, leher dan belakang selalu, sekurangnya

    sejam sekali.

    Panduan diatas hanya pandangan peribadi hasil bacaan bahan-bahan di Internet dan buku-buku

    kesihatan. Anda PERLU mendapat nasihat doktor jika anda menghadapi masalah kesihatan yang

    mungkin bukan datang daripada RSI dan CVS.

    Bahan-bahan menarik untuk rujukan lanjut.

    HP Working in Comfort. http://www.hp.com/ergo/

    http://www.hp.com/ergo/http://www.hp.com/ergo/
  • 7/28/2019 Masalah Kesihatan Akibat Penggunaan Komputer

    4/4

    Carian di http://www.google.com/ untuk Cumulative trauma disorders atau Repetitive Stress

    Injuries (RSI). Computer Vision Syndrome.

    Wassalam.

    : )

    Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan

    maklum balas diterima.

    Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan menghantar email kosong kepada

    [email protected]

    atau melalui link ini http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital

    Dapatkan nota-nota dan email terus daripada saya dengan menyertai senarai terhad Harisfazillah

    Bin Jamel. Anda hanya mendapat email hanya daripada saya sahaja yang mungkin hanya sekali

    sehari. (Buat masa ini hanya dua atau tiga email sebulan, saya masih sibuk dengan tugasan lain).

    Hantarkan email kosong kepada

    [email protected]

    atau melalui link ini

    http://www.harisfazillah.info/

    http://www.yahoogroups.com/subscribe/haris

    Disclaimer Pelepasan

    Nota ini hanyalah pengkongsian peribadi tanpa ada kaitan dengan mana-mana pihak secara rasmi

    atau tidak rasmi. Tiada juga sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan liabiliti.

    Used it at your own risk.

    Terima Kasih.

    Harisfazillah Bin Jamel

    20 Aug 2002.

    http://www.google.com/http://www.google.com/http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digitalhttp://www.harisfazillah.info/http://www.yahoogroups.com/subscribe/harishttp://www.google.com/http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digitalhttp://www.harisfazillah.info/http://www.yahoogroups.com/subscribe/haris