masala h

3
Masalah Yang Dihadapi Antara masalah-masalah perniagaan yang dihadapi oleh Encik Chin adalah ikan kelisanya sakit. Hal ini disebabkan oleh jangkitan virus. Badan Ikan yang dijangkit virus akan kelihatan merah ataupun reput dan perut mereka juga akan kembang. Jika tidak dikuarentin dengan cepat, penyakit ini akan menjangkit kepada semua ikan dalam kolam tersebut dan akhirnya menyebabkan kerugian yang besar. Di samping itu, masalah pencemaran air juga mencabar perniagaan penternakan ikan di mana ikan tidak dapat bernafas dan akan mati akhirnya. Masalah pencemaran air juga akan menyumbang kepada jangkitan virus kerana dalam air yang cemar terdapat banyak kuman ataupun chemical. Masalah pencemaran air ini adalah disebabkan oleh pembinaan rumah dekat dengan kawasan kolam penternakan Encik Chin. Salah satu masalah yang dihadapi oleh perniagaan Encik Chin adalah kecuaian pekerja. Kadang-kala mereka akan lupa ataupun malas membela ikan dan menyebabkan ikan tersebut mati kelaparan. Di samping itu, mereka juga tidak memberi perhatian kepada suhu air kolam-kolam ini. Hal ini akan menyebabkan kematian ikan-ikan kelisa kerana suhu optimum dalam kolam adalah antara 26’C-28’C. Kalau suhu terlalu rendah ataupun tinggi, ikan-ikan tersebut akan mati.

Upload: zi-yan

Post on 01-Oct-2015

223 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

rbt

TRANSCRIPT

Masalah Yang DihadapiAntara masalah-masalah perniagaan yang dihadapi oleh Encik Chin adalah ikan kelisanya sakit. Hal ini disebabkan oleh jangkitan virus. Badan Ikan yang dijangkit virus akan kelihatan merah ataupun reput dan perut mereka juga akan kembang. Jika tidak dikuarentin dengan cepat, penyakit ini akan menjangkit kepada semua ikan dalam kolam tersebut dan akhirnya menyebabkan kerugian yang besar. Di samping itu, masalah pencemaran air juga mencabar perniagaan penternakan ikan di mana ikan tidak dapat bernafas dan akan mati akhirnya. Masalah pencemaran air juga akan menyumbang kepada jangkitan virus kerana dalam air yang cemar terdapat banyak kuman ataupun chemical. Masalah pencemaran air ini adalah disebabkan oleh pembinaan rumah dekat dengan kawasan kolam penternakan Encik Chin. Salah satu masalah yang dihadapi oleh perniagaan Encik Chin adalah kecuaian pekerja. Kadang-kala mereka akan lupa ataupun malas membela ikan dan menyebabkan ikan tersebut mati kelaparan. Di samping itu, mereka juga tidak memberi perhatian kepada suhu air kolam-kolam ini. Hal ini akan menyebabkan kematian ikan-ikan kelisa kerana suhu optimum dalam kolam adalah antara 26C-28C. Kalau suhu terlalu rendah ataupun tinggi, ikan-ikan tersebut akan mati.

Aspek Penyelesaian Masalah

ZY: Apakah langkah yang Encik ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut?HY: Saya akan mengkuarantinkan ikan yang sakit di dalam akuarium yang telah dibubuh ubat dan ikan tersebut hanya akan kembali ke kolam selepas ia sembuh. Masalah pencemaran air pula akan dielakkan dengan meningkatkan kerja penapisan air supaya sentiasa bersih dan sesuai untuk kehidupan ikan kelisa. Untuk menyelesaikan kecuaian pekerja, saya akan memberi amaran kepada dia terlebih dahulu dan memberi peluang untuk dia berubah. Sekiranya kecuaian ini diulangi, saya akan memotong upah gajinya sebagai dendaan. Biasanya, pekerja tidak akan membuat kesalahan selepas itu.