manual sistem maklumat kantin(sismakan)

34
MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT KANTIN VERSI 1.0 BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2008 - 1 -

Upload: khairul-fahmi-ab-wahab

Post on 30-Jun-2015

1.737 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

MANUAL PENGGUNA

SISTEM MAKLUMAT KANTINVERSI 1.0

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2008

- 1 -

Page 2: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

- 2 -

Page 3: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 PEMASANGAN PERISIAN

3.0 MEMULAKAN PERISIAN SISMAKAN DAN SETTING PERISIAN

4.0 IMPORT MAKLUMAT SEKOLAH DARI SISTEM MAKLUMAT MURID

5.0 MAKLUMAT PENGUSAHA

6.0 MAKLUMAT KONTRAK

7.0 MAKLUMAT PEKERJA

8.0 MAKLUMAT PEMARKAHAN BORANG KENDIRI 2

9.0 MAKLUMAT PEMBAYARAN SEWA KANTIN

10.0 MAKLUMAT KERACUNAN

11.0 MENGEKSPORT DATA

12.0 MENGIMPORT DATA

13.0 MENCARI DATA

14.0 MEMADAM DATA

15.0 MENYEMAK MAKLUMAT SISMAKAN

16.0 MENCETAK LAPORAN-LAPORAN

LAMPIRAN

- 3 -

Page 4: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

1.0 PENGENALAN

Sistem Maklumat Kantin (sisMAKAN) telah dibangunkan bertujuan untuk membinasatu pangkalan data berkaitan dengan maklumat pengusaha kantin sekolah,pekerja-pekerjanya serta beberapa maklumat penting seperti maklumat kontrak,pembayaran sewa kantin, markah pemantauan kendiri serta kes-kes keracunanyang berlaku.

Dengan adanya pangkalan data pengusaha kantin, maka akan memudahkanpihak-pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklumat atau mengesanpengusaha kantin tertentu. Di samping itu, dapat mengenal pastipengusaha-pengusaha kantin yang berada pada tahap cemerlang, memuaskan atauberisiko tinggi dengan menganalisa markah melalui Borang Kendiri yang disediakandalam pangkalan data ini dan perlu dilengkapkan setiap bulan oleh pihak sekolah..

Sehubungan dengan itu, diharapkan dengan pelaksanaan sisMAKAN di semuasekolah di seluruh negara ini akan dapat membantu Jawatankuasa Induk 3K,Kementerian Pelajaran Malaysia dalam misinya untuk menjadikan pengurusan kantinsekolah pada tahap yang terbaik di samping dapat mengurangkan kes-keskeracunan makanan.

Pihak sekolah dikehendaki memahami dan melaksanakan sisMAKAN ini denganberkesan agar dapat memastikan pengurusan kantin sekolah berada di tahapterbaik dan dapat menyediakan makanan dan minuman yang selamat kepadamurid-murid.

- 4 -

Page 5: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

2.0 MEMASANG PERISIAN SISMAKAN

Sebelum pemasangan perisian sisMAKAN, pastikan komputer anda memenuhispesifikasi berikut:

Sistem Pengoperasian : Windows XP atau Windows VistaMicrosoft Access : XP, 2002, 2003 SP3 (ada HotFix)RAM : 512Mb atau lebihCD Drive : 1 atau lebihUSB Drive : 1 atau lebihFloppy Drive : 1 atau lebih

Langkah-langkah untuk memasang perisian adalah seperti berikut:

1. Masukkan CD sisMAKAN ke dalam pemacu CD2. Skrin 2.1 akan dipaparkan seperti dibawah

Skrin 2.1: Skrin Utama Pemasangan sisMAKAN

3. Klik butang Next sehingga Skrin 2.2 dipaparkan. JANGAN tukarsebarang setting yang telah ditetapkan.

Skrin 2.2: Skrin Akhir pemasangan sisMAKAN

4. Klik butang FINISH. Perisian akan menyalin fail sisMAKAN.MDE kedalam folder C:\sisMAKAN dan membina ikon pintasan di Desktopkomputer anda

- 5 -

Page 6: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

Untuk memulakan perisian sisMAKAN, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Pastikan anda berada di desktop. Dwi-klik ikon seperti dalam Rajah 1 dibawah

Rajah 1: Ikon Pintasan Sistem Maklumat Kantin

2. Skrin Utama sisMAKAN akan dipaparkan seperti skrin 2.3

Skrin 2.3: Skrin Utama sisMAKAN

- 6 -

Page 7: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

3.0 MEMULAKAN PERISIAN SISMAKAN DAN SETTING PERISIAN

Bagi memastikan sisMAKAN dipaparkan lebih baik, pastikan Resolusi Skrin ialah1024 x 768. (Sila rujuk manual Windows XP atau Vista untuk menukar resolusi skrin)

Sebelum sebarang data dimasukkan pastikan Setting komputer anda mematuhikehendak sisMAKAN. Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mensetkan komputeranda.

1. Klik menu Kemudahan - Regional Setting. Skrin 3.1 akan dipaparkan

Skrin 3.1: Regional Setting

2. Jika terdapat perkataan SALAH dipaparkan, sila klik butang Betulkan SecaraAutomatik. Pastikan Bahasa/Negara ialah English (United States)/UnitedStates. Jika Bahasa/Negara yang lain dipaparkan, sila klik butang BetulkanSendiri (Buka Control Panel). Skrin 3.2 akan dipaparkan

- 7 -

Page 8: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

Skrin 3.2: Regional and Language Options

3. Pilih English (United States) dan klik butang OK. Restart komputer andaterlebih dahulu untuk memastikan setting dapat berfungsi.

- 8 -

Page 9: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

4.0 IMPORT MAKLUMAT SEKOLAH DARI SISTEM MAKLUMAT MURID

Sebelum maklumat Pengusaha dimasukkan, pastikan maklumat sekolah telahdisimpan di dalam sisMAKAN. Untuk memastikan maklumat sekolah telah wujud didalam pangkalan data sisMAKAN, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Klik butang senarai Negeri dan pilih negeri yang dikehendaki2. Klik butang senarai PPD dan pilih PPD yang dikehendaki

Satu lagi cara untuk memaparkan maklumat sekolah ialah dengan menggunakankaedah Carian. Taipkan KOD SEKOLAH atau NAMA SEKOLAH dan Klik Butang

. Nama sekolah tidak semestinya ditaip dengan lengkap.

Sekiranya nama sekolah anda tidak dipaparkan dalam SENARAI SEKOLAH,maklumat sekolah perlu dimasukkan terlebih dahulu. Terdapat 3 cara untukmemasukkan maklumat sekolah

Cara 1: Import maklumat sekolah dari Sistem Maklumat Murid yang telah dipasangdalam komputer anda

Cara 2: Import maklumat sekolah dari Sistem Maklumat Murid yang dipasang dalamkomputer yang lain

Cara 3: Menaip maklumat sekolah dari sisMAKAN (Elakkan mengguna cara ini bagimemastikan maklumat sekolah sejajar dengan Sistem Maklumat Murid)

Cara 1: Import dari SMM yang telah ada di dalam komputer anda. Sila ikutilangkah-langkah berikut:

1. Buka SMM dan eksport semua maklumat tanpa menggunakan disket2. Pastikan anda telah berada di skrin utama sisMAKAN. Klik butang IMPORT

SEKOLAH DARI SMM yang terletak di bawah Senarai Sekolah. Namasekolah akan dipaparkan di dalam Senarai Sekolah seperti dalam Skrin 4.1.

- 9 -

Page 10: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

Skrin 4.1: Senarai Sekolah

Cara 2: Import Maklumat Sekolah dari SMM yang dipasang di komputer lain. Silaikuti langkah-langkah berikut:

1. Sila dapatkan bantuan guru data SMM. Eksport Semua Maklumat dari SMMtanpa menggunakan disket

2. Buka windows explorer dan salin fail TLBSek dari C:\HEM ke dalam disketatau USB Drive.

3. Tukar nama fail TLBSek yang telah disalin dalam disket atau pemacu USBkepada tblSekolah (pastikan file extension dikekalkan .txt)

4. Masukkan disket / Pemacu USB ke komputer yang telah dipasangsisMAKAN

5. Klik butang Kemudahan - Import Data. Skrin 4.2 akan dipaparkan.

Skrin 4.2: Skrin Import Data

- 10 -

Page 11: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

6. Klik butang SUMBER dan pilih sumber yang mengandungi fail tblsekolah(disket atau pemacu USB)

7. Klik butang IMPORT DATA KE PANGKALAN DATA SEMENTARA. Jikamesej seperti Rajah 2 dipaparkan, sila klik butang OK. Paparan status Importhanya menunjukkan tblSekolah OK tetapi fail-fail lain GAGAL seperti dalamskrin 4.3

Rajah 2: Mesej fail tblPengusaha tiada dalam sumber yang dipilih

Skrin 4.3: Fail tblSekolah telah berjaya diimport dari sumber yang dipilih

8. Klik butang TAMBAH DAN KEMASKINI KE PANGKALAN DATA UTAMA.Skrin 4.4 akan dipaparkan

Skrin 4.4: Tambah dan Kemaskini telah berjaya

9. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama sisMAKAN. PilihNegeri dan PPD. Senarai sekolah akan dipaparkan.

- 11 -

Page 12: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

Cara 3: Menaip maklumat sekolah dari sisMAKAN

Sekiranya sekolah tidak mempunyai maklumat SMM, maklumat sekolah boleh ditaipmenggunakan sisMAKAN. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Klik menu Rekod - Maklumat Sekolah dari Skrin Utama. Satu mesej ralatakan dipaparkan. Klik OK. Skrin untuk memasukkan maklumat sekolah akandipaparkan seperti Skrin 4.5

Skrin 4.5: Maklumat Sekolah

2. Taipkan maklumat sekolah. Jika ada butang senarai, sila pilih dari butangsenarai. Apabila telah tamat, klik butang SKRIN UTAMA untuk kembali keSkrin Utama. Jika sekolah tiada kantin, sila pilih TIADA KANTIN dari butangpilih STATUS.

3. Pilih Negeri dan PPD untuk memaparkan maklumat sekolah4. Klik nama sekolah dari Senarai Sekolah. Maklumat Sekolah akan

dipaparkan dalam ruangan Maklumat Sekolah seperti dalam Skrin 4.6

- 12 -

Page 13: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

Skrin 4.6: Maklumat Sekolah

- 13 -

Page 14: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

5.0 MAKLUMAT PENGUSAHA

Sebelum maklumat-maklumat lain dimasukkan, maklumat pengusaha perlulah diisidengan lengkap terlebih dahulu. Borang Maklumat Pengusaha boleh dicetak darimenu Laporan - Borang Kosong - Maklumat Pengusaha. Serahkan borangberkenaan kepada pengusaha kantin untuk diisi. Pengusaha kantin perlumenyertakan salinan sijil-sijil kursus pengendalian makanan, sijil suntikan, sijilpendaftaran syarikat (jika ada) dan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan(jika ada).

Setelah borang diterima, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk memasukkanmaklumat Pengusaha

1. Pilih Negeri, PPD dan klik nama sekolah dari Senarai Sekolah terlebihdahulu

2. Klik menu Rekod - Maklumat Pengusaha. Skrin 5.1 akan dipaparkan

Skrin 5.1: Maklumat Pengusaha

3. No KP Baru - Nombor Kad Pengenalan Baru pengusaha kantin ditaipterlebih dahulu sebelum memasukkan maklumat lain. Tujuannya supaya KodPengusaha boleh dibina dalam pangkalan data. No KP Baru ini hendaklahditaip tanpa tanda '-'. Pastikan digit No KP Baru ialah 12

4. Nama Pengusaha - Taipkan seperti di dalam Kad Pengenalan. Isikanmaklumat pengusaha dengan lengkap.

5. No KP Lama - Taipkan No KP Lama tanpa {space} jika ada

6. Tarikh Lahir - Sistem akan memasukkan tarikh lahir berdasarkan No KPBaru. Jika ada kesilapan, sila betulkan secara manual. Format tarikh lahirialah hari/bulan/tahun (hh/bb/tttt). Contohnya 23/06/1971

- 14 -

Page 15: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

7. Telefon (R) - Taipkan No Telefon Rumah pengusaha kantin jika adamengikut format XX-XXXXXXXX. Contohnya 03-55610097. Pastikan kodnegeri dimasukkan.

8. Telefon (H/P) - Taipkan No Telefon Bimbit pengusaha kantin jika adamengikut format XXX-XXXXXXXX. Contohnya 019-2218760. Pastikan kodnegeri dimasukkan.

9. Jantina - Pilih dari senarai Jantina. L = Lelaki, P = Perempuan

10. Agama - Pilih dari senarai. 01 = Islam, 02 = Bukan Islam

11. Kaum - Pilih dari senarai

12. Status Perkahwinan - Pilih dari senarai

13. Kewarganegaraan - Pilih dari senarai. Jika Bukan Warganegara dipilihmaka Negara Asal dimasukkan sebagai Indonesia. Jika Warganegaradipilih, maka negara asal dimasukkan Malaysia. Sekiranya dua digit ditengahdalam No KP Baru ialah 71, maka taraf kewarganegaraan pengusahaberkenaan ialah Penduduk Tetap.

14. Pengalaman - Pengalaman Pengusaha mengusahakan kantin dari tahunpertama kali mengusaha kantin sehingga sekaran. Jawapan diberi dalamtahun. Jika kurang setahun, maka dimasukkan sebagai 1 tahun.

15. Ada Syarikat (Y/T)? - Sekiranya pengusaha mengendalikan kantin atasnama syarikat, pilih 'Y' pada ruangan Ada Syarikat?. Isikan maklumat syarikatdengan lengkap.

16. Nama Syarikat - Nama yang digunakan di dalam Sijil Pendaftaran Syarikat.Jika menggunakan nama sendiri, pilih Y pada Ada Syarikat (Y/T)?

17. Alamat - Alamat yang dinyatakan di dalam Sijil Pendaftaran Perniagaan atauAlamat terkini Pengusaha jika telah bertukar alamat.

18. Poskod - Taipkan poskod berdasarkan alamat yang dinyatakan. Pastikanbilangan digit ialah 5

19. Bandar - Taipkan bandar berdasarkan alamat yang dinyatakan.

20. Negeri - Pilih dari senarai

21. Telefon (P) - Nombor telefon pejabat (Jika ada). Ditaip mengikut formatXX-XXXXXXXX. Contohnya 03-51628901

22. Nombor Pendaftaran Perniagaan (ROB) - Taipkan nombor pendaftaranperniagaan seperti yang terdapat di dalam sijil pendaftaran perniagaan.Taipkan TIADA jika pengusaha tidak mendaftarkan perniagaannya dankosongkan ruang Tarikh Pendaftaran Perniagaan dan Tarikh TamatPendaftaran Perniagaan.

- 15 -

Page 16: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

23. Tarikh Pendaftaran Perniagaan - Taipkan tarikh pendaftaran perniagaandiluluskan seperti yang tercatat di dalam Sijil Pendaftaran Perniagaanmengikut format hh/bb/tttt. Kosongkan bahagian ini jika pengusaha tidakmendaftarkan perniagaannya.

24. Tarikh Tamat Pendaftaran Perniagaan - Taipkan tarikh tamat pendaftaranperniagaan seperti yang tercatat di dalam Sijil Pendaftaran Perniagaanmengikut format hh/bb/tttt. Kosongkan bahagian ini jika pengusaha tidakmendaftarkan perniagaannya.

25. No Pendaftaran Sijil Kewangan (ROT) - Jika syarikat tersebut berdaftardengan Kementerian Kewangan, maklumat Nombor Pendaftaran SijilKewangan (ROT), Tarikh Pendaftaran Sijil Kewangan dan Tarikh TamatPendaftaran Sijil Kewangan hendaklah diisi. Taipkan TIADA pada NomborPendaftaran Sijil Kewangan jika syarikat tidak berdaftar dengan KementerianKewangan dan kosongkan Tarikh Pendaftaran Sijil Kewangan dan TarikhTamat Pendaftaran Sijil Kewangan

26. Tarikh Pendaftaran Sijil Kewangan - Taipkan tarikh pendaftaran denganKementerian Kewangan diluluskan seperti yang tercatat di dalam sijilmengikut format hh/bb/tttt. Kosongkan ruangan ini jika pengusaha tidakberdaftar dengan Kementerian Kewangan

27. Tarikh Tamat Pendaftaran Sijil Kewangan - Taipkan tarikh tamatpendaftaran dengan Kementerian Kewangan seperti yang tercatat di dalamsijil mengikut format hh/bb/tttt. Kosongkan ruangan ini jika pengusaha tidakberdaftar dengan Kementerian Kewangan

Setelah maklumat dimasukkan. klik butang simpan. Rekod pengusaha berkenaanakan dipaparkan diruangan senarai pengusaha. Untuk mengedit semula maklumatpengusaha, sila klik semula Rekod pengusaha yang dikehendaki dari senaraipengusaha

Klik butang tambah Rekod jika kantin sekolah mempunyai lebih dari satu pengusahadan ulang semula langkah 1 hingga 27.

Klik butang Skrin Utama untuk kembali semula ke Skrin Utama sisMAKAN

- 16 -

Page 17: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

6.0 MAKLUMAT KONTRAK

Untuk mengisi maklumat Kontrak, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, pilih Negeri, PPD dan Sekolah2. Klik nama pengusaha kantin dari Senarai Pengusaha. Jika markah

pemantauan kantin berasaskan borang Kendiri 2 telah dimasukkan,maklumat pemarkahan akan dipaparkan di Skrin Utama

3. Klik menu Rekod - Maklumat Kontrak. Skrin 6.1 akan dipaparkan

Skrin 6.1: Maklumat Kontrak

4. Tarikh Mula Kontrak - Taipkan tarikh kontrak bermula berdasarkanmaklumat di dalam Perjanjian yang telah ditandatangani. Format tarikh ialahhh/bb/tttt

5. Tarikh Tamat Kontrak - Taipkan tarikh kontrak tamat berdasarkanmaklumat di dalam Perjanjian yang telah ditandatangani. Format tarikh ialahhh/bb/tttt.

6. Tarikh Tandatangan Kontrak - Tarikh Kontrak ditandatangani. Formattarikh ialah hh/bb/tttt

7. Pengalaman Kontrak di Sekolah Ini - Nyatakan bilangan tahun pengusahatersebut mengendalikan kantin di sekolah tersebut sahaja.

8. Jumlah Sewa Setiap Bulan (RM) - Nyatakan jumlah sewaan berdasarkankontrak yang telah ditandatangani. Tanda RM tidak perlu dimasukkan

9. Adakah Kontrak Disambung Setahun Lagi? - Pilih Y jika kontrakpengusaha tersebut disambung setahun lagi setelah tamat kontrak. Pilih Tjika kontrak tidak disambung setahun lagi.

10. Tarikh Kontrak Mula Disambung - Jika kontrak disambung setahun lagioleh pihak sekolah, nyatakan tarikh mula kontrak tersebut disambung. Formattarikh ialah hh/bb/tttt

- 17 -

Page 18: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

11. Tarikh Kontrak Disambung Tamat - Jika kontrak disambung setahun lagioleh pihak sekolah, nyatakan tarikh tamat kontrak tersebut. Format tarikhialah hh/bb/tttt

12. Tarikh Amaran Pertama - Jika kontrak ditamatkan sebelum tarikh tamatkontrak, nyatakan tarikh Amaran Pertama diberikan kepada pengusaha.Format tarikh ialah hh/bb/tttt

13. Tarikh Amaran Kedua - Jika kontrak ditamatkan sebelum tarikh tamatkontrak, nyatakan tarikh Amaran Kedua diberikan kepada pengusaha. TarikhAmaran Pertama perlulah dinyatakan terlebih dahulu. Format tarikh ialahhh/bb/tttt

14. Tarikh Amaran Terakhir - Jika kontrak ditamatkan sebelum tarikh tamatkontrak, nyatakan tarikh Amaran Terakhir diberikan kepada pengusaha.Tarikh Amaran Pertama dan Kedua perlulah dinyatakan terlebih dahulu.Format tarikh ialah hh/bb/tttt

15. Tarikh Kontrak Ditamatkan - Nyatakan Tarikh Kontrak pengusaha tersebutditamatkan sebelum tarikh tamat kontrak yang sepatutnya. Pastikan prosespenamatan mengikut prosedur yang ditetapkan dan tarikh-tarikh amaran telahdinyatakan. Format tarikh ialah hh/bb/tttt

16. Sebab-Sebab Penamatan Kontrak - Jika kontrak ditamatkan sebelumtarikh tamat kontrak, klik sebab-sebab kontrak tersebut ditamatkan. Jika adasebab yang tidak disenaraikan, sila taip sebab tersebut dalam ruanganSebab lain (tidak lebih dari 255 huruf).

17. Klik butang Simpan Rekod. Maklumat kontrak akan dipaparkan dalamsenarai kontrak.

18. Klik butang Tambah Rekod untuk menambah maklumat kontrak pengusahayang sama.

19. Klik butang Padam Rekod jika maklumat kontrak yang dimasukkan adalahsalah. Elakkan memadam maklumat kontrak pengusaha kantin tersebut.

20. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama sisMAKAN

- 18 -

Page 19: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

7.0 MAKLUMAT PEKERJA

Borang kosong maklumat pekerja boleh dicetak melalui menu Laporan. Setiappekerja diberikan satu borang untuk diisi. Salinan sijil kursus asas pengendalianmakanan dan sijil suntikan Ty2/Ty6 perlulah diperolehi dan disimpan di dalam fail.

Pengusaha juga perlu dimasukkan sebagai salah seorang pekerja yang bekerja dikantin berkenaan. Tujuannya adalah untuk merekodkan maklumat suntikan Ty2/Ty6dan Kursus Asas Pengendalian Makanan.

Untuk mengisi maklumat Pekerja, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, pilih Negeri, PPD dan Sekolah2. Klik nama pengusaha kantin dari Senarai Pengusaha. Jika markah

pemantauan kantin berasaskan borang Kendiri 2 telah dimasukkan,maklumat pemarkahan akan dipaparkan di Skrin Utama

3. Klik menu Rekod - Maklumat Pekerja. Skrin 7.1 akan dipaparkan

Skrin 7.1 Maklumat Pekerja

4. Warganegara - Pilih dari senarai Warganegara. Jika pekerja adalahwarganegara, maklumat negara asal dimasukkan sebagai Malaysia. Jikapekerja bukan warganegara, maklumat negara asal dimasukkan sebagaiIndonesia.

5. No KP Baru - Jika Pekerja adalah warganegara, sila masukkan No KP Baru.Maklumat Warganegara dan NO KP Baru diperlukan untuk menjana kodpekerja bagi warganegara

6. No Passport - Jika Pekerja bukan warganegara maka No Passport perlulahdimasukkan untuk menjana kod pekerja. Jika pekerja ialah warganegara, NoPassport tidak perlu dimasukkan.

- 19 -

Page 20: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

PERINGATAN: Maklumat Warganegara-No KP Baru dan Warganegara-NoPassport mestilah dimasukkan terlebih dahulu sebelum memasukkanmaklumat lain. Urutan memasukkan data mestilah Warganegara-No KP Baruatau Warganegara-No Passport

7. Nama Pekerja - Taipkan nama pekerja seperti yang tercatat dalam No KadPengenalan Baru atau Passport.

8. Jantina - Pilih dari senarai jantina

9. Agama - Pilih dari seanrai agama

10. Tarikh Lahir - Taipkan tarikh lahir pekerja mengikut format hh/bb/tttt

11. Kaum - Pilih dari senarai kaum

12. Status - Pilih dari senarai Status

13. Tarikh Mula Kerja - Taipkan tarikh pekerja mula bekerja dengan pengusahaberkenaan. Jika pekerja adalah juga pengusaha, taipkan tarikh mulamengusahakan kantin sekolah berkenaan

14. Negara Asal - Pilih dari senarai

15. Status Kerja - Pilih dari senarai status kerja. Aktif bermakna pekerjaberkenaan masih bekerja dengan pengusaha. H=Pengusaha digunakanuntuk maklumat Pengusaha.

16. No Permit Kerja - Jika pekerja bukan warganegara, maklumat ini perludimasukkan. Jika pekerja tidak mempunyai permit Kerja, sila taipkan TIADA.

17. Jenis Permit - Pilih dari senarai Jenis Permit

18. Tarikh Tamat Permit - Taipkan tarikh tamat permit kerja mengikut formathh/bb/tttt

19. Isikan Tarikh Mula Suntikan Ty2/Ty6 dan Tarikh Tamat Suntikan serta No SiriSijil Suntikan. Maklumat ini boleh diperoleh dari kad suntikan pekerja

20. Isikan Tarikh Mula Kursus (Tarikh Sijil Kursus Sah digunakan) dan TarikhAkhir Kursus (Tarikh Sah Sijil Kursus Tamat) Pengendalian Asas Makanan.Taipkan Institusi Latihan yang mengendalikan kursus tersebut.

21. Klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat

22. Klik butang Tambah untuk mengisi maklumat pekerja berikutnya.

23. Untuk mengedit semua maklumat yang telah disimpan, klik rekod pekerja dariSenarai Pekerja. Selepas perubahan dibuat, klik butang Simpan semula

- 20 -

Page 21: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

8.0 MAKLUMAT PEMARKAHAN BORANG KENDIRI 2

Borang Kendiri 2 adalah borang pemarkahan yang dilakukan oleh guru bertugasmingguan yang melibatkan kebersihan kantin sekolah. Hanya markah keseluruhandari Borang Kendiri 2 sahaja yang dimasukkan ke dalam sisMAKAN.

Untuk memasukkan maklumat Pemarkahan Borang Kendiri 2, ikuti langkah-langkahberikut:

1. Pastikan anda berada di Skrin Utama sisMAKAN. Pilih Negeri, PPD,Sekolah dan Nama Pengusaha Kantin

2. Klik menu Rekod - Pemarkahan. Skrin 8.1 akan dipaparkan

Skrin 8.1 Maklumat Pemarkahan Borang Kendiri 2

3. Taipkan Tahun Pamarkahan yang hendak direkodkan

4. Taipkan markah bagi setiap bulan. Simbol peratus tidak dimasukkan. Markahpurata akan dikira secara automatik oleh komputer. Maklumat yang telahdimasukkan akan disimpan secara automatik oleh komputer. Anda tidakperlu klik butang Simpan.

5. Untuk mengisi markah bagi tahun berikutnya, klik pada tahun bagi rekod yangbertanda *. Masukkan tahun dan markah setiap bulan.

6. Klik butang Padam untuk memadam rekod bagi tahun yang dipilih.

7. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama sisMAKAN

- 21 -

Page 22: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

9.0 MAKLUMAT PEMBAYARAN SEWA KANTIN

Rekod bayaran sewa kantin boleh diperolehi daripada Kerani Akaun di sekolah. Borang Kosong untuk merekodkan bayaran sewa kantin boleh dicetak dari menuLaporan - Borang Kosong.

Untuk memasukkan maklumat Pembayaran Pembayaran Sewa Kantin, ikutilangkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, Pilih Negeri, PPD dan Sekolah

2. Klik Pengusaha Kantin yang dikehendaki dari Senarai Pengusaha

3. Klik menu Rekod - Maklumat Bayaran. Skrin 9.1 akan dipaparkan

Skrin 9.1: Maklumat Pembayaran Sewa Kantin

4. TAHUN - Taipkan tahun bagi maklumat bayaran yang ingin direkodkan

5. Tarikh - Taipkan tarikh yang tercatat di dalam resit bayaran sewa kantin

6. Sewa (RM) - Taipkan jumlah sewaan yang bagi bulan tersebut. Tanda RMtidak dimasukkan. Sekiranya bayaran sewa kantin dibayar sekaligus,perekodan hendaklah berdasarkan bulan tetapi tarikh adalah mengikut resitbayaran yang dikeluarkan.

7. Klik butang Simpan

8. Klik butang Padam Rekod untuk memadam rekod bayaran bagi tahun yangdipilih (Elakkan memadam sebarang rekod bayaran kecuali jika rekodtersebut adalah salah)

9. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama

- 22 -

Page 23: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

10.0 MAKLUMAT KERACUNAN

Sekiranya berlaku keracunan disekolah berkenaan, rekod keracunan hendaklah diisidengan kadar segera dan dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah atau PejabatPelajaran Negeri.

Bagi memasukkan maklumat keracunan, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, Pilih Negeri, PPD dan Sekolah

2. Klik Pengusaha Kantin yang dikehendaki dari Senarai Pengusaha

3. Klik menu Rekod - Maklumat Keracunan. Skrin 10.1 akan dipaparkan

Skrin 10.1: Maklumat Keracunan

4. Tarikh Berlakunya Kes Keracunan - Taipkan tarikh berlakunya keskeracunan di sekolah mengikut format hh/bb/tttt

5. Bilangan Pelajar Yang Terlibat - Nyatakan bilangan pelajar yang terlibat didalam kes keracunan tersebut

6. Tarikh Siasatan Oleh Pegawai Kesihatan - Nyatakan tarikh pegawai daripejabat kesihatan datang membuat siasatan kes keracunan berkenaanmengikut format hh/bb/tttt.

7. Adakah Melibatkan Rancangan Makanan Tambahan? - Pilih Ya jika keskeracunan disebabkan oleh makanan RMT yang dibekalkan. Pilih Tidak jikakes keracunan tidak melibatkan makanan RMT yang disediakan.

8. Adakah Melibatkan Program Susu Sekolah? - Pilih Ya jika kes keracunandisebabkan oleh susu dari Program Susu Sekolah (PSS). Pilih Tidak jika keskeracunan tidak melibatkan susu dari Program Susu Sekolah (PSS)

9. Nama Pegawai Kesihatan - Taipkan nama pegawai dari Pejabat Kesihatanyang datang membuat siasatan kes keracunan tersebut

- 23 -

Page 24: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

10. Adakah kes keracunan dilaporkan Akhbar? - Pilih Ya jika kes keracunanberkenaan disiarkan di dalam akhbar. Sila simpan keratan akhbar berkenaandalam fail. Pilih Tidak jika kes keracunan berkenaan tidak disiarkan di dalamakhbar.

11. Tarikh Dilaporkan Dalam Akhbar - Jika kes keracunan disiarkan dalamakhbar, nyatakan tarikh kes tersebut disiarkan. Biarkan kosong jika keskeracunan tidak disiarkan oleh akhbar.

12. Nama Akhbar - Jika kes keracunan disiarkan dalam akhbar, Pilih NamaAkhbar yang menyiarkan kes tersebut.

13. Punca-Punca Berlakunya Keracunan - Pilih dari senarai punca-puncayang disediakan. Punca keracunan boleh lebih dari satu. Punca keracunanhendaklah berdasarkan laporan yang diserahkan oleh Pegawai dari PejabatKesihatan.

14. Catatan - Jika ada maklumat tambahan seperti nama virus yangmenyebabkan keracunan, sila nyatakan dalam ruangan ini.

15. Klik butang Simpan untuk menyimpan rekod

16. Klik butang Tindakan Sekolah. Skrin 10.2 akan dipaparkan

Skrin 10.2: Maklumat Tindakan Sekolah

17. Kod - Pilih Kod mengikut urutan S001 hingga S008. Keterangan Kod akandipaparkan secara automatik.

18. Y/T - Pilih Y jika tindakan bagi kod yang dipilih telah dilaksanakan oleh pihaksekolah.

19. Tarikh - Taipkan Tarikh Tindakan tersebut diambil oleh pihak sekolah.

20. Rujukan - Bagi kod-kod S003, S004, S007 dan S008 - Nyatakan NoRujukan Sekolah bagi surat laporan yang dihantar ke JPN dan KPM. Bagi

- 24 -

Page 25: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

kod-kod lain, sekiranya ada surat iringan disertakan, sila nyatakan NomborRujukan Sekolah bagi tindakan tersebut.

21. Klik butang simpan.

22. Jika terdapat kesilapan susunan, klik butang Padam yang terdapat dihujungbaris rekod Tindakan tersebut.

23. Klik butang Tambah untuk menambah rekod tindakan berikutnya.

24. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama.

- 25 -

Page 26: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

11.0 MENGEKSPORT DATA

Setelah data-data dimasukkan, ia perlu dieksport untuk dihantar ke PejabatPelajaran Daerah. Data boleh dieksport ke disket atau pemacu USB. Untukmengeksport data, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, klik menu Kemudahan - Eksport Data. Skrin 11.1 akandipaparkan.

Skrin 11.1: Eksport Data sisMAKAN

2 Masukkan disket atau pemacu USB terlebih dahulu

3. Klik butang Sumber dan pilih lokasi disket atau pemacu USB

4. Untuk eksport data satu negeri, pilih Negeri dan kosongkan PPD sertaSekolah.

5. Untuk eksport data satu PPD, pilih Negeri dan PPD tetapi kosongkanSekolah.

6. Untuk eksport data satu Sekolah, pilih Negeri, PPD dan sekolah.

- 26 -

Page 27: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

7. Klik butang eksport. Terdapat 10 fail .TXT yang akan disalin masuk ke dalamdisket atau pemacu USB. Fail-fail tersebut ialaha. tblSekolah.txtb. tblPengusaha.txtc. tblPekerja.txtd. tblKursus.txte. tblSuntikan.txtf. tblKontrak.txtg. tblMarkah.txth. tblBayaran.txti. tblKeracunan.txtj. tblTindakan.txt

8. Sila semak semua fail-fail di dalam disket atau pemacu USB melaluiWindows Explorer.

9. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama

- 27 -

Page 28: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

12.0 MENGIMPORT DATA

Untuk mengimport data, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, klik menu Kemudahan - Import Data. Skrin 12.1 akandipaparkan

Skrin 12.1: Import Data sisMAKAN

2. Masukkan disket atau pemacu USB terlebih dahulu

3. Klik butang SUMBER dan pilih sumber yang mempunyai data sisMAKAN

4. Klik butang IMPORT DATA KE PANGKALAN DATA SEMENTARA. Statusimport akan ditunjukkan pada lajur Gabung. OK bermaksud data berjayadiimport ke pangkalan data sementara. Gagal bermaksud data tidak dapatdiimport ke pangkalan data sementara.

5. Klik butang TAMBAH DAN KEMASKINI PANGKALAN DATA UTAMA. Statusimport akan ditunjukkan pada lajur Tambah dan lajur Kemaskini. OKbermaksud data berjaya ditambah atau dikemaskini ke pangkalan datautama. Gagal bermaksud data tidak dapat ditambah atau dikemaskini kedalam pangkalan data utama

6. Klik nama sekolah dari Senarai Sekolah. Senarai nama pekerja akanditunjukkan dalam ruangan Senarai Pekerja.

7. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama

- 28 -

Page 29: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

13.0 MENCARI DATA

Untuk mencari maklumat, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Klik menu Edit - Cari Maklumat. Skrin 13.1 akan dipaparkan

Skrin 13.1: Cari Maklumat

2. Klik Jenis Carian dari Pilihan Carian.

3. Taipkan maklumat pada ruangan carian

4. Klik butang Cari Maklumat. Rekod carian akan dipaparkan dalam ruanganSenarai Rekod

5. Klik butang Tutup untuk kembali ke Skrin Utama

- 29 -

Page 30: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

14.0 MEMADAM DATA

sisMAKAN boleh menyimpan rekod-rekod berkaitan maklumat kantin dan keracunansehingga saiz fail sisMakan.MDE mencapai 2Gb (bagi Microsoft Access 2002).Pastikan pada setiap hujung tahun, fail sisMAKAN.MDE di salin ke dalam CakeraPadat (CD) dan disimpan di dalam Peti Besi Sekolah.

Sekiranya saiz fail telah mencapai satu tahap yang sangat besar, makanrekod-rekod yang telah dimasukkan boleh dipadam. Untuk memadam rekod, ikutilangkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, klik menu Edit - Hapus Rekod. Skrin 14.1 akan dipaparkan

Skrin 14.1: Hapus Rekod sisMAKAN

2. Pilih jenis rekod yang ingin dipadam dari senarai Pilihan Memadam Rekod.

3. Taipkan Kod pada ruangan kod.

4. Klik butang Papar Rekod Spesifik untuk memaparkan rekod berdasarkankod yang dimasukkan atau klik butang Papar Semua Rekod untukmemaparkan semua rekod bagi pilihan yang dibuat

5. Klik rekod yang diingini dari Senarai Rekod

6. Klik butang Padam Rekod Dipilih untuk memadam satu rekod yang dipilihsahaja.

- 30 -

Page 31: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

7. Klik butang Padam Semua Rekod untuk memadam semua rekod yang wujuddalam sisMAKAN.

8. Klik butang Tutup untuk kembali ke Skrin Utama

- 31 -

Page 32: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

15.0 MENYEMAK MAKLUMAT SISMAKAN

Bagi memastikan data-data yang telah dimasukkan merupakan data yang tepat,lengkap dan terkini, proses penyemakan data perlu dilakukan. Sebarangpembetulan data hendaklah dilakukan dari skrin sisMAKAN. Elakkan pembetulandari kaedah pintasan.

Untuk menyemak data dalam sisMakan, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, klik menu Semak. Skrin 15.1 akan dipaparkan

Skrin 15.1: Semak Kesilapan Pengisian Data

2. Jika hendak menyemak satu Sekolah, pilih Kod Sekolah dari senarai KodSekolah. Jika hendak menyemak semua data yang disimpan dalamsisMAKAN, kosongkan ruangan Kod Sekolah.

3. Klik butang AUTO SEMAK SEMUA MAKLUMAT. Proses penyemakan akandilaksanakan dan hasil semakan dan bilangan kesalahan akan dipaparkanpada ruangan dibawah butang AUTO SEMAK SEMUA MAKLUMAT.

4. Dwi-Klik jenis kesilapan untuk memaparkan rekod kesalahan. Sila betulkandari Skrin sisMAKAN.

5. Untuk menyemak satu jenis kesalahan sahaja, klik jenis semakan dariSenarai Jenis Semakan dan klik butang MULA SEMAK BAGI JENISSEMAKAN YANG DIPILIH.

6. Bagi memaparkan sekolah-sekolah yang belum menghantar data, pilih KodPPD dan klik butang SENARAI SEKOLAH BELUM HANTAR DATA IKUTPPD.

7. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama

- 32 -

Page 33: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

16.0 MENCETAK LAPORAN-LAPORAN

Laporan yang terdapat di dalam sisMAKAN boleh dibahagikan kepada

1. Laporan Melibatkan Pengusaha2. Laporan Melibatkan Syarikat3. Laporan Melibatkan Markah Pemantauan4. Laporan Melibatkan Pekerja5. Borang Kosong6. Notis-Notis7. Lain-Lain

PERHATIAN: Laporan-laporan ini masih di dalam pembangunan. Ia akandikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan kehendak Sekolah, PPD, JPNdan KPM.

Untuk mencetak laporan sisMAKAN, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, klik menu Laporan. Skrin 16.1 akan dipaparkan.

Skrin 16.1: Laporan sisMAKAN

2. Klik butang Kategori Laporan yang dikehendaki. Senarai laporan bagikategori berkenaan akan dipaparkan dalam Senarai Laporan.

3. Klik jenis laporan

4. Taipkan Tahun

5. Pilih Negeri dan kosongkan PPD untuk mencetak laporan mengikut Negeri.

6. Pilih Negeri dan PPD untuk mencetak laporan mengikut PPD

7. Klik butang PAPAR LAPORAN. Contoh satu Laporan seperti Skrin 16.2

- 33 -

Page 34: Manual Sistem Maklumat Kantin(sisMAKAN)

Skrin 16.2: Contoh Laporan Pekerja

8. Klik ikon Mesin Cetak untuk mencetak Laporan. Pastikan kertas A4 telahdimasukkan ke dalam pencetak.

9. Klik butang Close untuk menutup paparan Laporan

10. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama

- 34 -