manual penyediaan laporan maklum balas...

39
MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS (JKTU) BAHAGIAN KEUTUHAN PENGURUSAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA SELAKU URUS SETIA JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS PERINGKAT KEBANGSAAN

Upload: doquynh

Post on 31-Jan-2018

252 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS

JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS (JKTU)

BAHAGIAN KEUTUHAN PENGURUSAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

SELAKU URUS SETIA JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS PERINGKAT KEBANGSAAN

Page 2: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

PRAKATA Manual Penyediaan Laporan Maklum Balas JKTU ini diterbitkan untuk diguna pakai oleh semua urus setia JKTU peringkat Kementerian dan Kerajaan Negeri. Urusan penyediaan Laporan Maklum Balas JKTU adalah penting dan perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen dan berterusan sejajar dengan Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2009. Oleh yang demikian, Bahagian Keutuhan Pengurusan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selaku urus setia Penyelaras JKTU Peringkat Kebangsaan mengambil langkah proaktif untuk menyediakan manual khusus ini. Objektif manual ini adalah untuk:

i. Menerangkan peruntukan kuasa, keanggotaan dan tanggungjawab urus setia Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU);

ii. Menetapkan format penyediaan Laporan Maklum Balas JKTU yang seragam dan berkualiti; dan

iii. Memantapkan keberkesanan dan pemantauan tadbir urus JKTU secara menyeluruh bagi mengenal pasti isu, masalah dan langkah-langkah penambahbaikan berdasarkan terma-terma rujukan JKTU.

Semoga manual ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran urus setia dalam menyediakan Laporan Maklum Balas JKTU yang tepat dan berkualiti. Isu-isu keutuhan sistem pentadbiran, meningkatkan tadbir urus dan mengurangkan kerenah birokrasi dalam sektor awam yang dibangkitkan dalam Laporan Maklum Balas JKTU diharapkan dapat menghasilkan keputusan yang efektif dalam memperkukuhkan struktur sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia. Seterusnya Wawasan 2020 dan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dapat direalisasikan. Bahagian Keutuhan Pengurusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 20.11.2011

i

Page 3: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

KANDUNGAN

Muka Surat

Prakata i

Bahagian I Prinsip dan Falsafah JKTU 1

Bahagian II Punca Kuasa

3

Bahagian III

Peranan dan Struktur Tanggungjawab Urus Setia JKTU Kementerian atau Negeri

• Struktur Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Di Peringkat Persekutuan Dan Negeri

5

Bahagian IV Terma Rujukan JKTU (Terms of Reference-TOR) • Penjelasan Tujuh Terma Rujukan JKTU

8

Bahagian V Asas-Asas Mengenal Pasti Isu • Isu JKTU • Fokus Utama Isu JKTU • Asas-Asas Mengenal Pasti Isu

14

Bahagian VI Penjelasan Borang Laporan Maklum Balas • Penjelasan Kandungan Laporan Maklum Balas • Format Laporan Maklum Balas – Borang A

dan Borang B

17

Bahagian VII Kaedah Penyediaan Laporan Maklum Balas • Penyediaan Laporan • Contoh laporan

23

ii

Page 4: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

BAHAGIAN I

PRINSIP DAN FALSAFAH JKTU

1

Page 5: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

PRINSIP DAN FALSAFAH JKTU

“Untuk menterjemahkan aspirasi dan komitmen kepimpinan negara berlandaskan konsep “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan” dalam pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada

masyarakat umum. Justeru, kepuasan hati pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders) menjadi keutamaan dan prestasi

pencapaian ditambah baik secara berterusan”

Usaha untuk memantapkan keutuhan pentadbiran, mempertingkatkan tadbir urus dan mengurangkan karenah birokrasi dalam sektor awam

perlu dilaksanakan secara bersepadu dan menyeluruh. Tindakan-tindakan ini tidak boleh dilaksanakan dan bergerak secara bersendirian

kerana akan melibatkan isu pertindihan tugas yang pastinya akan membazirkan masa, tenaga dan kos.

Tindakan-tindakan yang dihuraikan dalam arahan ini perlu

dilaksanakan dengan penuh komitmen dan berterusan bagi memastikan pencapaian Wawasan 2020 dan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan. 2

Page 6: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

BAHAGIAN II

PUNCA KUASA

3

Page 7: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

PUNCA KUASA

1. Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2009 – Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia : Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) menetapkan:-

1.1 Penubuhan Jawatankuasa

Pengerusi JKTU, iaitu Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) di bawah kuasa dan kawalan masing-masing.

1.2 Kekerapan Mesyuarat JKTU

Semua Pengerusi JKTU perlu mengadakan mesyuarat masing-masing dalam bulan Januari, Mei dan September setiap tahun.

1.3 Penyediaan Laporan Maklum Balas

Semua Urus Setia JKTU peringkat kementerian dan negeri perlu membuat analisa terhadap isu-isu yang dikemukakan oleh JKTU Jabatan/Agensi dan menyediakan laporan maklum balas sebagaimana format di Lampiran A dan Lampiran B.

1.4 Mengemukakan Laporan Maklum Balas

Laporan Maklum Balas perlu dikemukakan sebelum atau pada minggu kedua bulan Januari, Mei dan September kepada Penyelaras JKTU/Urus Setia Bersama Kepada JKKMKPK di alamat: Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Blok D6 Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Peti Surat 6000 62007 PUTRAJAYA (U/P: Pengarah Bahagian Keutuhan Pengurusan)

4

Page 8: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

BAHAGIAN III

PERANAN DAN STRUKTUR TANGGUNGJAWAB URUS SETIA

JKTU KEMENTERIAN ATAU KERAJAAN NEGERI

5

Page 9: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB URUS SETIA JKTU KEMENTERIAN ATAU NEGERI

1. Menentukan pengurusan Mesyuarat JKTU Kementerian atau Negeri dilaksanakan berdasarkan terma-terma JKTU dan mengikut jadual.

2. Mengenal pasti isu, masalah dan langkah-langkah penambahbaikan

berdasarkan terma-terma rujukan JKTU untuk dibentangkan di Mesyuarat JKTU Kementerian atau Negeri.

3. Mengambil tindakan susulan ke atas keputusan Mesyuarat JKTU

Kebangsaan untuk dilaksanakan di peringkat agensi dan jabatan masing-masing di bawah Kementerian dan Kerajaan Negeri.

4. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti pemantauan ke atas

keputusan Mesyuarat JKTU dan melaporkan hasil pemantauan tersebut kepada Mesyuarat JKKMKPK.

5. Mencetuskan idea penambahbaikan atau pembaharuan berasaskan

isu berkaitan dengan pengurusan Kementerian atau Kerajaan Negeri yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat kementerian dan jabatan negeri.

6. Membangun, mengendali dan mengemaskinikan Sistem Pengurusan

Maklumat JKTU Kementerian atau JKTU Negeri.

6

Page 10: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

STRUKTUR JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS (JKTU)

DI PERINGKAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI

JEMAAH MENTERI 

JKKMKPK Pengerusi: 

YAB Perdana Menteri  Setiausaha Bersama: KP MAMPU dan Ketua Pesuruhjaya SPRM 

JAWATANKUASA KERJA KEPADA JKKMKPK 

Pengerusi: KP MAMPU Urus Setia: MAMPU 

JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS (JKTU) 

KEBANGSAAN Penyelaras: Ketua Pesuruhjaya 

SPRM Urus Setia: SPRM 

5 PASUKAN KHAS PERUNDING JKTU 

Pengerusi: PKPJKTU I – JPM 

PKPJKTU II – MAMPU PKPJKTU III – JPA PKPJKTU IV – IIM PKPJKTU V – BPA 

JKTU KEMENTERIAN Pengerusi: YB Menteri 

JKTU KERAJAAN NEGERI Pengerusi: YAB Menteri Besar/Ketua Menteri 

JAWATANKUASA KERJA KEPADA JKTU KEMENTERIAN Pengerusi: Ketua Setiausaha 

Kementerian 

JAWATANKUASA KERJA KEPADA JKTU NEGERI Pengerusi: YB Setiausaha 

Kerajaan Negeri 

JKTU JABATAN/AGENSI PERSEKUTUAN 

Pengerusi: Ketua Jabatan/Agensi 

JKTU JABATAN/AGENSI NEGERI Pengerusi: Ketua Jabatan/Agensi 

7

Page 11: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

BAHAGIAN IV

TERMA RUJUKAN JKTU (Terms of Reference-TOR)

8

Page 12: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

TERMA RUJUKAN JKTU

1. Dasar dan Perundangan

2. Sistem dan Prosedur Kerja

3. Nilai-nilai Murni dan Kod Etika

4. Pengurusan Pelanggan

5. Kawalan Dalaman

6. Tindakan Pengesanan, Punitif dan Pemulihan

7. Pengiktirafan dan Penghargaan

PENJELASAN TUJUH TERMA RUJUKAN JKTU

1. Dasar dan Perundangan

i. Mengenal pasti, mengkaji serta memperakukan pindaan kepada dasar dan perundangan serta peraturan-peraturan organisasi untuk mengatasi kelemahan pengurusan serta dapat menutup ruang dan peluang perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

ii. Mendokumenkan pelan strategik organisasi untuk

meningkatkan tadbir urus terbaik dan meminimumkan karenah birokrasi supaya sistem penyampaian berintegriti, akauntabiliti, amanah, jujur, telus dan responsif terhadap pelanggan.

iii. Melaksanakan pemantauan dan penilaian prestasi pelan

strategik melalui KPI.

Contoh: a. Untuk meminda dasar-dasar organisasi yang ada elemen

percanggahan kepentingan (conflict of interest). b. Cadangan meminda undang-undang supaya

penguatkuasaan dapat dijalankan dengan baik.

9

Page 13: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

2. Sistem dan Prosedur

i. Mengenal pasti dan mengkaji kelemahan dalam sistem dan prosedur kerja yang lapuk ataupun terlalu rumit sehingga menimbulkan pelbagai karenah birokrasi serta boleh membuka ruang dan peluang perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta memperakukan penambahbaikan.

ii. Sistem dan prosedur perlulah telus, jelas, mudah difahami,

didokumenkan serta dimaklumkan kepada semua pelaksana.

iii. Mengurangkan, menggabungkan atau menghapuskan borang-borang yang tidak perlu.

iv. Menggalakkan penggunaan ICT dalam urusan .

v. Menggubal Piagam Pelanggan dan KPI organisasi.

Contoh: a. Memendekkan tempoh kelulusan sesuatu permohonan

lesen. b. Ada elemen akauntabiliti dan menetapkan time frame

untuk setiap tindakan dalam sesuatu proses kerja.

3. Nilai-nilai Murni dan Kod Etika

i. Melaksanakan aktiviti penggalakan, penerapan serta penghayatan nilai-nilai murni dan etika bagi memantapkan integriti warga kerja di kementerian, jabatan dan agensi.

ii. Berusaha menjadikan nilai-nilai murni dan kod etika

disepadukan dengan penggabungan dan pelaksanaan dasar, perundangan, peraturan serta sistem dan prosedur kerja sehingga dapat mengekang hawa nafsu warga kerja daripada melakukan segala bentuk perlakuan negatif termasuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

10

Page 14: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

iii. Menggubal dan sentiasa memperkemaskan Kod Etika kerja

jabatan sebagai panduan kepada warga kerja kementerian/jabatan/agensi.

Contoh: a. Melaksanakan program untuk menghayati dan

mengamalkan kod etika oleh semua warga organisasi. b. Merangka dan melaksanakan program-program nilai-nilai

murni berdasarkan isu-isu integriti yang berlaku dalam organisasi.

4. Pengurusan Pelanggan

i. Kementerian, jabatan dan agensi perlu mewujudkan satu sistem

pengurusan pelanggan agar ia dilihat sebagai cekap, peka, mesra dan responsif terhadap kehendak pelanggan.

ii. Kegagalan menangani kehendak pelanggan sama ada

stakeholders, pelanggan luar dan pelanggan dalaman boleh mengakibatkan kementerian, jabatan dan agensi dilihat sebagai gagal memenuhi peranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

iii. Pengurusan pelanggan yang strategik dan berkualiti

memperlihatkan penambahan nilai dan pembaharuan berterusan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan.

Contoh: a. Memberi latihan dan kemahiran kepada pegawai khidmat

pelanggan sebagai front liner organisasi supaya dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan pelanggan secara cekap, mesra dan responsif terhadap kehendak pelanggan.

b. Membuat kajian untuk mengukur kepuasan pelanggan

dan membuat penambahbaikan kepada sistem dan prosedur berkaitan bagi mencapai aduan sifar.

11

Page 15: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

5. Kawalan Dalaman

i. Mewujudkan struktur organisasi dan penurunan kuasa yang jelas, aliran kerja yang telus dan akauntabiliti, penggunaan sumber yang optimum dan sistem pengurusan maklumat yang cekap dan berkesan untuk membantu kementerian, jabatan dan agensi mencapai misi dan matlamat atau objektif utama yang ditetapkan.

ii. Kawalan dalaman membolehkan sumber-sumber organisasi

diarah, dipantau, diukur untuk mengurangkan karenah birokrasi serta mencegah perlakuan yang mendekati rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Contoh: a. Mengkaji sama ada mekanisme kawalan dalaman seperti

penyeliaan dan pemantauan adalah mencukupi bagi memastikan warga organisasi melaksanakan tugas dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan di samping membuat penambahan kepada kekurangan yang ada.

b. Melaksanakan job rotation untuk hot job, hot officer atau

hot spot.

6. Tindakan Pengesanan, Punitif dan Pemulihan

i. Mengesan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang, peraturan, sistem dan prosedur kerja atau kod etika kerja.

ii. Mengambil tindakan pembetulan dan pencegahan dengan

segera berdasarkan kepada undang-undang atau peraturan tatatertib terhadap mereka yang terlibat.

iii. Memberi kerjasama atau melaporkan kepada agensi penguat

kuasa berkenaan mengenai sebarang bentuk kesalahan atau jenayah yang dilakukan oleh warga kerja.

12

Page 16: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

Contoh: a. Mewujudkan satu mekanisme bagi membolehkan

organisasi mengesan sebarang perlanggaran undang-undang atau peraturan oleh warga organisasi.

b. Melaksanakan tindakan tatatertib secara adil dan

konsisten.

7. Pengiktirafan dan Penghargaan

i. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai yang menunjukkan perkhidmatan cemerlang dan menunjukkan nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti sukarela, memberi nasihat dan bimbingan agama.

ii. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai yang

melaporkan kes-kes rasuah, penyelewengan dan salah laku dalam kementerian, jabatan dan agensi.

Contoh: a. Mempelbagaikan bentuk pengiktirafan dan penghargaan

kepada warga organisasi yang berintegriti seperti Anugerah Pegawai Contoh Bulanan atau menghantar mereka menghadiri seminar di dalam atau ke luar negara.

c. Mewujudkan kriteria yang jelas, telus dan adil dalam

pemilihan untuk pengiktirafan dan penghargaan supaya tidak timbul persepsi negatif terhadap organisasi.

13

Page 17: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

BAHAGIAN V

ASAS-ASAS MENGENAL PASTI ISU

14

Page 18: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

ISU JKTU Isu-isu JKTU adalah isu-isu berkaitan masalah integriti, tadbir urus dan karenah birokrasi dalam organisasi yang sekiranya tidak ditangani, boleh membuka ruang dan peluang kepada rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta kelemahan-kelemahan pengurusan dalam organisasi. Sebaiknya isu-isu yang dibangkitkan adalah berbentuk generik. Penyelesaian isu-isu tersebut bukan sahaja dapat meningkatkan integriti dan tadbir urus baik dalam organisasi serta meminimumkan karenah birokrasi, tetapi ianya juga dapat menjimatkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan organisasi dan negara, seperti kutipan cukai.

Fokus Utama Isu JKTU

32

FOKUS UTAMA JKTU

Rasuah, penyelewengan & salahguna kuasa

Aspekpembangunan

Kutipan hasil

Pengurusan kewangan & 

akaun

Pengurusan stor

Pengurusan pelanggan

Pengurusanperolehan

Penguatkuasaan

Agihanbantuan & subsidi

Pengurusan tatatertib

15

Page 19: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

ASAS-ASAS MENGENAL PASTI ISU

Isu-isu JKTU boleh diperolehi melalui kaedah seperti berikut:

Secara Proaktif : i. Kajian ii. Laporan Biro Pengaduan Awam (BPA) iii. Laporan Audit iv. Maklumat daripada SPRM v. Media massa/elektronik/berita vi. Pemerhatian vii. Sistem Pengurusan Akauntabiliti dan Integriti (SPAI)

Secara Reaktif :

i. Laporan hasil siasatan/khidmat nasihat SPRM/Polis ii. Aduan-aduan pelanggan iii. Keputusan Mesyuarat iv. Arahan pihak pengurusan

16

Page 20: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

BAHAGIAN VI

PENJELASAN BORANG LAPORAN MAKLUM BALAS

17

Page 21: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

PENJELASAN KANDUNGAN LAPORAN MAKLUM BALAS BORANG A DAN B

BORANG A i. Isu

Menyatakan perkara yang berbangkit berkaitan integriti, tadbir urus dan karenah birokrasi yang membuka kepada ruang dan peluang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

ii. Masalah

Menyatakan perkara atau masalah yang boleh berlaku sekiranya isu tersebut tidak ditangani.

iii. Punca Isu/Masalah

Menyatakan punca atau sebab-sebab mengapa isu tersebut boleh berlaku.

iv. Penambahbaikan

Menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dibuat atau dirancang untuk mengatasi atau menangani punca-punca kepada isu tersebut.

v. Kesan Penambahbaikan (Kepada Organisasi dan Pelanggan)

Menyatakan apakah kesan positif atau faedah diperolehi dari penambahbaikan yang dibuat atau dirancang kepada organisasi dan pelanggan (jangkaan atau sebenar).

18

Page 22: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

vi. Usaha-usaha Penyelesaian

Menyatakan apakah tindakan yang diambil atau dibuat untuk menyelesaikan isu berdasarkan penambahbaikan yang dibuat atau dicadangkan.

vii. Status Kemajuan

Menyatakan status kemajuan usaha-usaha penyelesaian kepada isu, iaitu sehingga isu tersebut selesai.

19

Page 23: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

BORANG A FORMAT

LAPORAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS (JKTU)

A. Laporkan mengikut pecahan 7 terma rujukan JKTU mengikut format di bawah:

1. Dasar dan Perundangan 2. Sistem dan Prosedur Kerja 3. Nilai-nilai Murni dan Kod Etika 4. Pengurusan Pelanggan 5. Kawalan Dalaman 6. Tindakan Pengesanan, Punitif dan Pemulihan 7. Pengiktirafan dan Penghargaan

ISU &

MASALAH PUNCA

ISU/MASALAH & PENAMBAHBAIKAN

KESAN PENAMBAHBAIKAN (ORGANISASI DAN

PELANGGAN)

USAHA-USAHA PENYELESAIAN DAN STATUS KEMAJUAN

Isu: Masalah:

Punca: Penambahbaikan:

Kesan penambahbaikan:

Usaha-usaha penyelesaian: Status Kemajuan:

20

Page 24: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

BORANG B i. Usaha-Usaha Pembaharuan Dan Pencegahan

Menyatakan pembaharuan atau pencegahan yang telah dibuat dalam usaha membendung amalan rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan dalam organisasi termasuk yang dapat menjimatkan perbelanjaan (value for money) atau meningkatkan hasil organisasi dan negara.

ii. Faedah Kepada Organisasi

Menyatakan apakah faedah yang diperolehi oleh organisasi hasil dari usaha-usaha yang dibuat.

iii. Faedah Kepada Pelanggan

Menyatakan apakah faedah yang diperolehi oleh pelanggan organisasi hasil dari usaha-usaha yang dibuat.

21

Page 25: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

Borang B FORMAT

LAPORAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS (JKTU)

Sekiranya organisasi ada melaksanakan usaha-usaha pembaharuan dan pencegahan untuk meningkatkan aspek integriti dalam organisasi, melaporkan dalam Borang B.

B. Laporkan usaha-usaha pembaharuan dan pencegahan untuk meningkatkan aspek-aspek integriti dalam organisasi yang memberi faedah berbanding kepada pelanggan

BIL. USAHA-USAHA

PEMBAHARUAN DAN PENCEGAHAN

FAEDAH KEPADA ORGANISASI

FAEDAH KEPADA PELANGGAN

22

Page 26: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

BAHAGIAN VII

KAEDAH PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS

23

Page 27: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

KAEDAH PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS

Borang A Salah satu cara untuk penyediaan Laporan Maklum Balas dalam Borang A adalah dengan mengenal pasti terlebih dahulu apakah isu JKTU yang ada atau wujud dalam organisasi. Setelah itu dibuat analisis terhadap isu tersebut dan seterusnya mengisi Borang A berdasarkan Terma Rujukan JKTU. Kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

Kenal Pasti Isu JKTU

Kenal Pasti Punca-Punca Kepada Isu

Kenal Pasti TOR JKTU Terlibat Berdasarkan Setiap Punca

Kenal Pasti Masalah Yang BolehWujud Sekiranya Isu Itu Tidak Ditangani

Menentukan Langkah-langkah Penambahbaikan Untuk Mengatasi Berdasarkan Setiap Punca

Kenal Pasti Kesan Positif Atas Penambahbaikan Kepada Organisasi dan Pelanggan Organisasi

Apakah Usaha-Usaha Penyelesaian Dan Status Kemajuan

Isi Borang A

24

Page 28: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

Contoh 1: Isu Kelewatan Penyiapan Pembinaan Hospital

i. Proses menganalisis punca, menentukan terma rujukan dan cadangan penambahbaikan, boleh menggunakan peta minda seperti di bawah:

ISU PUNCA-PUNCA TOR PENAMBAHBAIKAN

Pembinaan Hospital lewat disiapkan

kontraktor - masalah kewangan

pemilihan kontraktor - proses direct nego

kementerian lewat ambil tindakan

penyelia - kurang pemantauan

1 1 2 5

Pilih syarikat yang kukuh kewangan

Pinda dasar/peraturan

Pinda prosedur

Sediakan jadual pemantauan projek

ii. Senaraikan apakah masalah yang boleh berlaku sekiranya isu itu tidak

ditangani:

a. Hospital tidak dapat disiapkan mengikut perancangan b. Diperlukan kos tambahan untuk menyiapkannya

iii. Senaraikan kesan positif kepada organisasi dan pelanggan sekiranya

penambahbaikan dibuat:

a. Projek akan datang dapat disiapkan mengikut jadual b. Boleh meningkatkan imej dan keyakinan rakyat terhadap

perkhidmatan awam dan kerajaan c. Dapat mengurangkan persepsi negatif rakyat d. Tambahan kos boleh dielakkan/dijimatkan

iv. Nyatakan setakat mana usaha-usaha telah dibuat untuk berhubung

dengan cadangan penambahbaikan serta status kemajuannya.

v. Isikan Borang A mengikut Terma Rujukan JKTU yang terlibat.

25

Page 29: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

LAPORAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS (JKTU)

BILANGAN .....1...... TAHUN ..2011.....

A. Laporkan mengikut pecahan 7 terma rujukan JKTU mengikut format di bawah: Terma Rujukan 1 : Dasar dan Perundangan

ISU & MASALAH

PUNCA ISU/MASALAH & PENAMBAHBAIKAN

KESAN PENAMBAHBAIKAN (ORGANISASI DAN

PELANGGAN)

USAHA-USAHA

PENYELESAIAN DAN STATUS KEMAJUAN

Isu: Pembinaan Hospital lewat disiapkan Masalah: 1. Hospital tidak

dapat digunakan dan menjejaskan perancangan Kementerian

2. Kos tambahan diperlukan untuk menyiapkannya

Punca: 1. Kontraktor tidak dapat

menyiapkan projek mengikut tempoh kerana masalah kewangan

2. Pemilihan kontraktor yang tidak tepat kerana proses ‘direct nego’

Penambahbaikan: 1. Memilih syarikat yang

kukuh kewangannya 2. Meminda peraturan

supaya projek yang memerlukan kepakaran dibuat secara ‘open tender’

Kesan penambahbaikan: 1. Projek dapat disiapkan

mengikut tempoh ditetapkan 2. Boleh meningkatkan imej

dan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam dan kerajaan

3. Dapat mengurangkan persepsi negatif rakyat (kelewatan)

4. Tambahan kos boleh dielakkan/dijimatkan

Usaha-usaha penyelesaian: Pindaan peraturan dalam Pekeliling telah disediakan dan dikemukakan kepada KSP Status Kemajuan: KSP telah bersetuju cadangan pindaan dan akan dibentangkan dalam mesyuarat

26

Page 30: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

A. Laporkan mengikut pecahan 7 terma rujukan JKTU mengikut format di bawah: Terma Rujukan 2: Sistem dan Prosedur

ISU & MASALAH

PUNCA ISU/MASALAH & PENAMBAHBAIKAN

KESAN PENAMBAHBAIKAN (ORGANISASI DAN

PELANGGAN)

USAHA-USAHA

PENYELESAIAN DAN STATUS KEMAJUAN

Isu: Pembinaan Hospital lewat disiapkan Masalah: 1. Hospital tidak

dapat digunakan dan menjejaskan perancangan Kementerian

2. Kos tambahan diperlukan untuk menyiapkannya

Punca: Kementerian lewat mengambil tindakan apabila terdapat tanda-tanda kontraktor bermasalah Penambahbaikan: Meminda prosedur sedia ada yang menyebabkan kelemahan tersebut

Kesan penambahbaikan: 1. Projek dapat disiapkan

mengikut tempoh ditetapkan 2. Boleh meningkatkan imej

dan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam dan kerajaan

3. Dapat mengurangkan persepsi negatif rakyat (kelewatan)

4. Tambahan kos boleh dielakkan/dijimatkan

Usaha-usaha penyelesaian: 1. Pindaan MPK & FM telah

dilaksanakan dan dikemukakan kepada KSU

2. Memastikan prosedur dipatuhi melalui latihan dan penyeliaan

3. Taklimat akan diadakan berkaitan pindaan tersebut

Status Kemajuan: KSU telah bersetuju cadangan pindaan dan dalam tindakan menyediakan dokumen pindaan MPK dan FM

27

Page 31: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

A. Laporkan mengikut pecahan 7 terma rujukan JKTU mengikut format di bawah:

Terma Rujukan 5 : Kawalan Dalaman

ISU & MASALAH

PUNCA ISU/MASALAH & PENAMBAHBAIKAN

KESAN PENAMBAHBAIKAN (ORGANISASI DAN

PELANGGAN)

USAHA-USAHA

PENYELESAIAN DAN STATUS KEMAJUAN

Isu: Pembinaan Hospital lewat disiapkan Masalah: 1. Hospital tidak

dapat digunakan dan menjejaskan perancangan Kementerian

2. Kos tambahan diperlukan untuk menyiapkannya

Punca:

1. Kurang pemantauan daripada penyelia projek

Penambahbaikan:

1. Menyediakan jadual pemantauan projek yang perlu dipatuhi oleh penyelia yang online kepada pejabat KSU

Kesan penambahbaikan:

1. Projek dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan

2. Boleh meningkatkan imej dan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam dan kerajaan

3. Dapat mengurangkan persepsi negatif rakyat (kelewatan)

4. Tambahan kos boleh dielakkan/dijimatkan

Usaha-usaha penyelesaian:

1. Jadual Pemantauan Projek telah disediakan dan telah dibuat secara online kepada KSU

Status Kemajuan: Penggunaan Jadual Pemantauan Projek dan sistem online telah dimulakan sejak Mei 2010

28

Page 32: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

Contoh 2: Isu Kehilangan Peralatan Pejabat

i. Proses menganalisis punca, menentukan terma rujukan dan cadangan penambahbaikan, boleh menggunakan peta minda seperti di bawah:

ii. Tindakan seterusnya seperti Contoh 1.

PUNCA-PUNCA TOR PENAMBAHBAIKAN

1. PENYELIAAN

TIDAK BERKESAN

Kurang Komitmen TOR 3 •Kaunseling •Kursus Motivasi

Tiada Garis Panduan TOR 2 • Mewujudkan Garis Panduan Penyeliaan

Tiada Pemantauan Pihak Atasan

TOR 5 • Meningkatkan Pemantauan Garis Panduan

Tiada Peraturan yang jelas TOR 1 • Mewujudkan Peraturan Jelas

2. SISTEM

KESELAMATAN TIDAK EFEKTIF

Ada prosedur tapi tidak dipatuhi

TOR 3

TOR 5

•Kursus meningkatkan integriti •Penguatkuasaan •Motivasi

Sistem ada telah lapuk TOR 2 •Mewujudkan sistem baru

Tiada penyelenggaraan TOR 1 •Mewujudkan dasar berkaitan penyelenggaraan

3. PEGAWAI

TIDAK AMANAH

Kurang Komitmen TOR 3 •Latihan •Motivasi

Tidak Mengikut Peraturan TOR 3 •Latihan •Motivasi

29

Page 33: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

CONTOH LAPORAN MAKLUM BALAS

JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS (JKTU) BILANGAN .....2..... TAHUN ...2011.......

A. Laporkan mengikut pecahan 7 terma rujukan JKTU mengikut format di bawah: Terma Rujukan 1 : Dasar & Perundangan

ISU & MASALAH PUNCA ISU/MASALAH &

PENAMBAHBAIKAN

KESAN PENAMBAHBAIKAN (ORGANISASI DAN PELANGGAN)

USAHA-USAHA PENYELESAIAN DAN STATUS KEMAJUAN

Isu: Kehilangan Peralatan Pejabat Masalah: Menyukarkan tugas harian dilaksanakan kerana kekurangan peralatan di pejabat

• Mengakibatkan kerugian kepada jabatan

• Menjejaskan imej jabatan

Punca: Tiada Peraturan yang jelas berkaitan Kawalan dan Penyelenggaraan Peralatan Pejabat Penambahbaikan: 1. Mewujudkan satu Peraturan yang jelas mengenai kawalan dan penyelenggaraan Peralatan Pejabat

2. Memberikan kursus/latihan berkaitan pengendalian peralatan pejabat

Kesan penambahbaikan: • Masalah kehilangan peralatan

pejabat dapat dikurangkan

• Mengurangkan kerugian kepada jabatan

• Meningkatkan imej jabatan

Usaha-usaha penyelesaian: 1. Peraturan Mengenai Kawalan dan Penyelenggaraan Peralatan Pejabat telah disediakan dan diluluskan oleh Pengurusan Tertinggi 2. Dua kursus mengenai Peraturan Mengenai Kawalan dan Penyelenggaraan Peralatan Pejabat dirancang pada tahun 2012 Status Kemajuan: 1. Peraturan Mengenai Kawalan dan Penyelenggaraan Peralatan Pejabat telah dikuatkuasakan mulai 1 Disember 2011 dan kajian akan dibuat untuk melihat keberkesanannya 2. Bahagian Latihan sedang menyediakan modul kursus

29

30

Page 34: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

A. Laporkan mengikut pecahan 7 terma rujukan JKTU mengikut format di bawah: Terma Rujukan 2 : Sistem & Prosedur

ISU & MASALAH PUNCA

ISU/MASALAH & PENAMBAHBAIKAN

KESAN PENAMBAHBAIKAN (ORGANISASI DAN PELANGGAN)

USAHA-USAHA PENYELESAIAN DAN STATUS KEMAJUAN

Isu: Kehilangan Peralatan Pejabat Masalah:

• Menyukarkan tugas harian dilaksanakan kerana kekurangan peralatan di pejabat

• Mengakibatkan kerugian kepada jabatan dan kerajaan

• Menjejaskan imej jabatan

Punca: MPK dan FM sedia ada telah lapuk dan tidak relevan dengan masa kini Penambahbaikan: Mengemas kini MPK dan FM mengenai tatacara kawalan dan penyelenggaraan Peralatan Pejabat yang jelas dan relevan dengan keadaan semasa

Kesan penambahbaikan:

• Masalah kehilangan peralatan pejabat dapat dikurangkan

• Mengurangkan kerugian kepada jabatan

• Meningkatkan imej jabatan

Usaha-usaha penyelesaian: 1. MPK dan FM mengenai Kawalan dan Penyelenggaraan Peralatan Pejabat telah dikemas kini termasuk memasukkan elemen akauntabiliti, check and balance serta time frame 2. Satu taklimat mengenai pindaan tersebut akan diadakan setelah diluluskan oleh Bahagian Dasar Status Kemajuan: Bahagian Dasar masih mengkaji pindaan MPK dan FM berkaitan

31

Page 35: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

A. Laporkan mengikut pecahan 7 terma rujukan JKTU mengikut format di bawah: Terma Rujukan 3 : Nilai-nilai Murni dan Kod Etika

ISU & MASALAH

PUNCA ISU/MASALAH &

PENAMBAHBAIKAN

KESAN PENAMBAHBAIKAN (ORGANISASI DAN PELANGGAN)

USAHA-USAHA PENYELESAIAN DAN STATUS KEMAJUAN

Isu: Kehilangan Peralatan Pejabat Masalah:

• Menyukarkan tugas harian dilaksanakan kerana kekurangan peralatan di pejabat

• Mengakibatkan kerugian kepada jabatan

• Menjejaskan imej jabatan

Punca: Kurang Komitmen dan sikap tidak bertanggungjawab pegawai dan kakitangan Penambahbaikan: • Memberi Kursus

Motivasi dan latihan kepada pegawai / kakitangan

• Mengadakan sesi kaunseling kepada pegawai dan kakitangan

Kesan penambahbaikan:

• Masalah kehilangan peralatan pejabat dapat dikurangkan kerana wujud kesedaran dan perasaan tanggungjawab di kalangan pegawai dan kakitangan di pejabat

• Mengurangkan kerugian kepada jabatan

• Meningkatkan imej jabatan

Usaha-usaha penyelesaian: • Empat Kursus Motivasi dirancang

diadakan pada tahun 2012 untuk meningkatkan sikap integriti dan tanggungjawab pegawai dan kakitangan

• Sesi kaunseling akan diberikan kepada pegawai dan kakitangan bermasalah dari semasa ke semasa

Status Kemajuan: Bahagian Latihan sedang merangka modul Kursus Motivasi untuk dilaksanakan pada tahun 2012

32

Page 36: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

A. Laporkan mengikut pecahan 7 terma rujukan JKTU mengikut format di bawah: Terma Rujukan 5 : Kawalan Dalaman

ISU & MASALAH PUNCA

ISU/MASALAH & PENAMBAHBAIKAN

KESAN PENAMBAHBAIKAN (ORGANISASI DAN PELANGGAN)

USAHA-USAHA PENYELESAIAN DAN STATUS KEMAJUAN

Isu: Kehilangan Peralatan Pejabat Masalah:

• Menyukarkan tugas harian dilaksanakan kerana kekurangan peralatan di pejabat

• Mengakibatkan kerugian kepada jabatan

• Menjejaskan imej jabatan

Punca: Tiada mekanisme kawalan atau pemantauan ke atas peralatan pejabat Penambahbaikan: • Melantik pegawai

penyelia yang berperanan memantau ke atas peralatan dan pejabat

• Mewujudkan

jadual pemantauan penyelenggaraan peralatan pejabat secara berkala

Kesan penambahbaikan:

• Masalah kehilangan peralatan pejabat dapat dikurangkan kerana wujud kesedaran dan perasaan tanggungjawab di kalangan pegawai dan kakitangan di pejabat

• Mengurangkan kerugian kepada jabatan

• Meningkatkan imej jabatan

Usaha-usaha penyelesaian: • Melantik Pegawai Pemantau/

Penyelia yang akan berperanan ke atas penyeliaan dan pemantauan peralatan pejabat

• Satu senarai tugas dan checklist

untuk tugas-tugas penyeliaan dan pemantauan telah disediakan

• Menyediakan Jadual Pemantauan

Peralatan Pejabat Status Kemajuan: Pengurusan Tertinggi bersetuju melantik seorang pegawai Gred 44 sebagai Pegawai Pemantau/Penyelia berkuat kuasa pada 1 Januari 2012

33

Page 37: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

B. Laporkan usaha-usaha pembaharuan dan pencegahan untuk meningkatkan aspek-aspek integriti dalam organisasi

yang memberi faedah berbanding kepada pelanggan BIL. USAHA-USAHA

PEMBAHARUAN DAN PENCEGAHAN

FAEDAH KEPADA ORGANISASI

FAEDAH KEPADA PELANGGAN

Kelulusan Lesen Perniagaan: 1. Permohonan lesen

dibuat secara online 2. Tempoh kelulusan

dipendekkan dari satu bulan kepada tiga hari untuk permohonan yang lengkap

3. Pembayaran dibuat secara

online 4. Pemohon yang berjaya

boleh mencetak sendiri lesen

5. Prosedur baru ini

dimasukkan dalam laman web organisasi dan boleh diakses oleh orang ramai

1. Boleh menutup ruang dan peluang

berlakunya perbuatan rasuah 2. Mengurangkan tohmahan/ aduan

terhadap organisasi 3. Dapat menjimatkan kos seperti

kertas 4. Boleh meningkatkan keyakinan

masyarakat terhadap organisasi 5. Meningkat imej positif organisasi

1. Memudahkan urusan pelanggan 2. Menjimatkan masa pelanggan

34

Page 38: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat

PERTANYAAN Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

BAHAGIAN KEUTUHAN PENGURUSAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

ARAS 7, BANGUNAN 26 BOULEVARD LOT 3C4, PRESINT 3

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA 62675 PUTRAJAYA

: 03-88900613

: 03-88886929 03-88905144

: [email protected]

35

Page 39: MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/Manual_JKTU.pdf · yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKTU Kebangsaan untuk disalurkan kepada peringkat