manual laman web

3
Manual Laman Web Sebelum membina laman web, kami sekumpulan telah meninjau dahulu program platform yang sesuai dan senang digunakan setelah beberapa kali berbincang. Kami bersepakat untuk menggunakan tumblr dan selesai mendaftar sebagai pemilik blog. Kami menggunakan alamat URL yang sangat mudah dan ringkas iaitu tamanbangi.tumblr.com. Kami memilih Taman Bangi kerana lebih umum. Ini disebabkan kami melibatkan dua buah taman iaitu Taman Bangi Villa dan Bangi Ria. Untuk menjayakan program khidmat masyarakat ini. Fokus utama kami ialah memastikan laman web yang dibangunkan memenuhi keperluan pengunjung atau pelawat laman web. Selain itu, untuk memastikan laman web kita menepati matlamat dan objektif kami, pelbagai panduan telah kami ambil kira. Kami merancang dan mengatur isi kandungan seperti gambar ataupun teks kepada unit-unit kecil agar memudahkan pengguna. Secara tidak langsung, ini dapat mengelakkan pengguna atau pelawat laman web pening kepala apabila mengunjungi laman web kami. Antara ciri laman web terbaik yang telah kami ambil kira ialah paparan yang bersih. Bagi kami, laman web yang baik perlu mempunyai paparan dan susunan antara muka (interface) yang bersih dan teratur. Paparan terlalu padat dan serabuk akan menyukarkan pelawat untuk mencari maklumat yang mereka perlukan. Seterusnya, untuk memudahkan pengguna untuk melayari laman

Upload: the-national-university-of-malaysia

Post on 14-Aug-2015

54 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manual Laman Web

Manual Laman Web

Sebelum membina laman web, kami sekumpulan telah meninjau dahulu program

platform yang sesuai dan senang digunakan setelah beberapa kali berbincang. Kami

bersepakat untuk menggunakan tumblr dan selesai mendaftar sebagai pemilik blog. Kami

menggunakan alamat URL yang sangat mudah dan ringkas iaitu tamanbangi.tumblr.com.

Kami memilih Taman Bangi kerana lebih umum. Ini disebabkan kami melibatkan dua

buah taman iaitu Taman Bangi Villa dan Bangi Ria. Untuk menjayakan program khidmat

masyarakat ini. Fokus utama kami ialah memastikan laman web yang dibangunkan

memenuhi keperluan pengunjung atau pelawat laman web.

Selain itu, untuk memastikan laman web kita menepati matlamat dan objektif kami,

pelbagai panduan telah kami ambil kira. Kami merancang dan mengatur isi kandungan

seperti gambar ataupun teks kepada unit-unit kecil agar memudahkan pengguna. Secara

tidak langsung, ini dapat mengelakkan pengguna atau pelawat laman web pening kepala

apabila mengunjungi laman web kami. Antara ciri laman web terbaik yang telah kami

ambil kira ialah paparan yang bersih. Bagi kami, laman web yang baik perlu mempunyai

paparan dan susunan antara muka (interface) yang bersih dan teratur. Paparan terlalu

padat dan serabuk akan menyukarkan pelawat untuk mencari maklumat yang mereka

perlukan. Seterusnya, untuk memudahkan pengguna untuk melayari laman web kita, kita

perlu memastikan laman web kita mempunyai capaian Internet yang laju. Penggunaan

flash video yang melampau dan autoplay seperti lagu hanya akan menyebabkan laman

web kita menjadi lambat.

Penggunaan lagu dalam laman web juga tidak sesuai. Bayangkan, sesetengah laman web

menggunakan lagu rock sudah semestinya pelawat atau pengguna laman web akan

merasa terkesan ataupun tidak dapat melayari laman web dengan baik. Seterusnya, laman

web perlu mempunyai ruangan carian. Ini memudahkan pelawat untuk mencari sesuatu

dalam laman tersebut. Selain itu, Kami juga menggunakan gaya bahasa yang baik.

Penggunaan font dan saiz font juga sangat penting. Penggunaan font seperti Arial dan

Times New Roman sangat digalakkan kerana ia mudah dibaca. Kami juga memastikan

laman web mempunyai navigasi dan butang yang mudah dicapai untuk membolehkan

Page 2: Manual Laman Web

pelawat lihat apa yang ada pada laman web kita. Navigasi yang sesuai membantu pelawat

untuk melayari semua kandungan lama web kita dengan senang.

Disediakan oleh;

KUMPULAN 2

Mohamad Afiudin bin Jalaludin A151574

Siti Atiqah binti Mokhter A151751

Nurul Amiera binti Norazizan A151713

Nur Nadhirah Nasuha binti Rozaimi A152059

Yong Yi Ying A149058

Faqihah binti Abul Khair A151944