laman web bahasa melayu

55
1

Upload: dzamiri-jahaya

Post on 22-Nov-2015

56 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Projek Integrasi Teknologi : Model PIT: Perancangan & Perincian PIT (Technology Integration Planning - TIP Model)

TRANSCRIPT

Hasil Penulisan oleh Kumpulan 10:

Program Pensiswazahan Guru (PPG) Semester 4 - Sesi Khas 2013/2014Bachelor Pendidikan (Pendidkan Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Bahasa Melayu)

PENSYARAH:PROFESOR MADYA DR. AHMAD FAUZI BIN MOHD AYUBFAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKANUNIVERSITI PUTRA MALAYSIASERDANG 43400 SELANGOR

Human is the highest form of Technology. What science has created (i.e. technology, gadjet or application) is just an extension of our minds.ISI KANDUNGAN

Pengenalan ... 4Definisi 4Model PIT 5Fasa 1: Menganalisa Kelebihan Relatif 6Kenapa perlunya laman web subjek Bahasa Melayu?..11Fasa 2: Menentukan Objektif & Penilaian12Fasa 3: Mencipta Strategi Integrasi .15Merekabentuk laman web mata pelajaran BM17Ciri-ciri yang diperlukan dalam sebuah laman web BM .25Fasa 4: Menyediakan Persekitaran P&P27Anggaran Belanjawan .. 28Fasa 5: Menilai dan Menyemak Semula Pengintegrasian Teknologi 32Senarai Semak ..34Kesimpulan 36Lampiran ...37Rujukan39

Human is the highest form of Technology. What science has created, (i.e. technology, gadjet, application) is just an extension of our minds

We are living in a new economy powered by technology, fueled by information, and driven by knowledge Alexis M. Herman (1991)PENGENALANKita kini hidup di dalam suatu ekonomi yang berkuasakan teknologi, yang bersumberkan maklumat dan yang berpandukan pengetahuan. Terjemahan kata hikmah daripada Alexis M. Herman (1991) ini adalah sangat berkaitan dengan tajuk penulisan kumpulan kami (K10) iaitu Membangunkan Laman WEB untuk Mata Pelajaran Bahasa Melayu.Setelah diberi beberapa pilihan, K10 berhasrat untuk menggunapakai model TIP (Technology Integration Planning) atau dengan mudahnya kita kenali sebagai model Perancangan Integrasi Teknologi atau Model PIT. Model ini akan kami huraikan berselari dengan pengisian tajuk tugasan.Tujuan utama penulisan adalah untuk mengintegrasikan Model PIT di dalam perancangan dan usaha untuk membangunkan laman web subjek BM. Bagi tujuan melancarkan penulisan beberapa abjad singkatan kata akan digunakan seperti BM, PIT, K10, ICT dan TMK. Singkatan abjad kata ini ada kami lampirkan di bahagian akhir penulisan bersama rujukan. Kumpulan sasaran penulisan adalah untuk golongan pendidik, warga guru serta pelajar peringkat atasan.DEFINISIBagi tujuan pemahaman bersama, mari kita singkap maksud web tersebut. WEB atau web adalah perkataan BI dan ia bermaksud sarang labah-labah. WEB bukanlah suatu singkatan kata untuk Worldwide Electronic Browser atau sebagainya. WEB dalam definisi teknologi bermaksud untuk menunjukkan kesemua komputer adalah saling berhubungan di antara satu sama lain seolah-olah seperti sebuah sarang labah-labah. WEB ialah Where Everybody Belongs iaitu kita saling dan sentiasa berhubungan di antara satu sama lain samada dengan mengunakan alat teknologi (komputer, gadjet dan applikasi) atau tanpa alatan teknologi. Harus kita faham bahawa manusia itu sendiri adalah suatu jenis teknologi peringkat tertinggi. MODEL PITRujuk gambarajah di bawah untuk memahami struktur asas Model PIT.

Jika dihalusi, pendekatan Model ADDIE, Model ASSURE dan Model PIT adalah agak serupa di mana kesemua model akan bermula dengan keperluan analisa untuk pemecahan masalah dan berakhir dengan penilaian sebagai modal penambahbaikan. Model PIT menggunakan pendekatan yang merangkumi keseluruhan aspek perancangan, pembangunan dan pelaksanaan projek. Model PIT menekankan pengintegrasian di mana usaha penyebatian yang jitu akan menghasilkan sebatian yang jitu. {sumber foto: dari halaman google}FASA 1: MENGANALISA KELEBIHAN RELATIFModel PIT memulakan prosesnya dengan menganalisa kelebihan relatif. Secara tidak langsung model PIT juga menganalisa akan kekurangan sesuatu pendekatan P&P kerana dengan mengenal pasti kelebihan, maka kita akan berjumpa dengan kekurangan dan kelemahan sesuatu projek.Bagi menentukan kelebihan relatif dalam pembangunan laman web subjek BM, kita akan bermula dengan persoalan dan permasalahan yang mesti dijawab. Jika tidak, ini akan menggagalkan tujuan dan niat kita untuk meraih kejayaan dalam apa yang dicitakan.Kejayaan atau kegagalan sesuatu projek bergantung kepada perancangan awal yang dibuat samada ia dapat dipenuhi atau tidak. Oleh itu, analisis yang tepat hendaklah dilaksanakan supaya proses pembangunan laman web ini akan dapat berjalan mengikut perancangan. Pembangun juga hendaklah memahami setiap ciri yang diperlukan di dalam pembinaan laman web. Pengumpulan data dapat membantu pembangun (web designer) untuk melaksanakan proses pembangunan laman web selaras dengan objektif yang akan dinyatakan seterus dalam Fasa2 model PIT. Dalam proses pembangunan ini, secara asasnya ia akan melibatkan 3 proses utama iaitu - input, proses dan output. Dalam Fasa1: keperluan analisis, K10 akan membincangkan tentang analisis kumpulan sasaran, analisis maklumat dan isi pelajaran, analisis keperluan perkakasan serta analisis keperluan perisian yang digunakan.ANALISA KUMPULAN SASARANBagi membina laman web subjek BM, K10 telah memilih perlaksanaan laman web tersebut hanya untuk sekolah rendah aliran perdana. Ianya akan melibatkan murid tahun 1 hingga tahun 5. Jadi ada 6 tahap modul yang diperlukan untuk membezakan murid Tahun 1 hingga murid Tahun 6. Kita ambil satu contoh, iaitu untuk membina laman web subjek BM untuk murid Tahun 1 sekolah rendah. Murid tahun 1 akan mempunyai beberapa buah kelas. Kelas ini selalunya dibahagikan kepada murid yang cemerlang, sederhana cemerlang dan yang kurang cemerlang. Secara amnya, modul laman web subjek untuk murid tahun 1 harus dikategorikan pula kepada 3 bahagian. Ringkasnya, kita sebagai pembangun laman web subjek BM harus mencipta 3 jenis pengisian untuk murid tahun 1. Begitu juga untuk murid tahun 2, 3, 4, 5 dan 6. Daripada jumlah tersebut, maka akan ada murid yang ketinggalan. Bagi murid ini modul khas harus dibangunkan untuk murid yang ketinggalan kerana tahap minda mereka yang terlalu lemah. ANALISA MAKLUMAT DAN ISI P&PSeperti yang telah K10 maklumkan, maklumat yang harus dimuatkan di dalam laman web subjek BM akan dibahagikan mengikut kategori Tahun 1 hingga 6 dan untuk setiap murid bagi tahun tersebut akan dibahagikan lagi kepada modul bagi laman web murid cemerlang, sederhana, kurang cemerlang dan modul khas untuk murid yang ketinggalan.Untuk tujuan spesifik yang telah disebutkan, pembangun laman web BM harus bekerjasama dengan guru untuk menentukan kandungan maklumat atau isi P&P yang sesuai mengikut tahap minda murid mengikut kategori masing-masing. Dalam penggunaan TMK untuk murid di sekolah rendah, kebolehan (ability) murid untuk berhubung dengan alam persekitaran ICT mereka akan kita namakan sebagai ebility. Ebiliti murid akan berbeza mengikut kebolehan penguasaan interaksi masing-masing.ANALISA KEPERLUAN PERKAKASANAnalisis keperluan perkakasan atau hardware akan melibatkan sumber kewangan. Modal kewangan akan menentukan kecanggihan perkakasan ICT di sekolah rendah. Berapa banyak jumlah komputer yang akan kita sediakan untuk murid, kelajuan akses talian internet, rupa, warna, spesifikasi, ketahanan perkakasan dan pelbagai ciri lain akan ditentukan oleh urusan belanjawan. Perkakasan ICT ini sebenarnya bukan hanya diperlukan di sekolah, malahan ianya turut menempati perkakasan ICT murid di rumah. Jika kita tinjau di kedai komputer, berbagai jenis jenama boleh di dapati seperti HewletPackard, Acer, Apple dan banyak lagi. Perkakasan ini pula terbahagi kepada CPU, Monitor, Keyboard, Mouse, serta gadjet dan aksesori komputer yang lain seperti wayar, speaker dan sebagainya.

ANALISA KEPERLUAN PENGISIAN DAN PERISIANAnalisis keperluan pengisian dan perisian atau softwares memerlukan model aplikasi. Contohnya untuk menaip kita memerlukan software MsWord. Untuk melukis kita memerlukan software PaintBrush. Kita juga boleh menggunakan Open Office Writer untuk menaip di komputer. Kita juga boleh menggunakan Corel Draw untuk melukis. Ini adalah jenis perisian yang selain dari jenama Microsoft. Persoalannya, adakah kita akan menggunakan aplikasi sedia ada atau ingin merekacipta aplikasi baru yang bersesuaian dengan kehendak P&P murid?Oleh sebab itu, dalam membangunkan laman web BM beberapa soalan yang perlu dijawab dan K10 lebih suka menganalisa persoalan dari sudut apa?, siapa?, kenapa?, bila?, mana?, bagaimana?, dan, banyak mana atau berapa? Mari kita tinggalkan dahulu masalah analisa keperluan untuk membina laman web subjek BM. Bayangkanlah bahawa kita telah dapat merekabentuk sebuah laman web untuk subjek BM. Secara tidak langsung, ini telah menjawab persoalan apa yang harus dibina atau dibangunkan.Permasalahan pokok setelah terbinanya laman web subjek BM ialah bagaimana kita hendak mengimplementasikannya? Siapa yang akan melaksanakannya? Kenapa perlu laman web ini dilaksanakan dalam P&P di sekolah? Bila kita hendak bermula? Di mana hendak kita laksanakannya? Bagaimana sumber laman web tersebut boleh diakses oleh murid? Berapa banyak sekolah, atau guru, atau murid yang boleh mengakses laman web BM tersebut? Serta banyak lagi persoalan lain yang perlu kita jawab.Persoalan seterusnya ialah adakah kita betul-betul perlu untuk membangunkan laman web untuk mata pelajaran BM? Adakah pelaksanaan laman web BM ini setimpal dengan kos, masa dan tenaga kita semua?Jika kita terlalu fokus kepada persoalan dan permasalahan, maka kita tidak akan dapat mengorak langkah seterusnya. Oleh itu, fokus utama dalam menyelesaikan masalah ialah dengan mencari jawapan dan jalan penyelesian kepada masalah. Minda harus 20% fokus kepada soalan dan pernyataan masalah dan 80% fokus untuk mencari cara dan jalan menyelesaikan masalah atau mencari jawapan, bukannya sebaliknya. Jawapan relatif yang perlu ada dalam membina laman web ialah anggaran kos, masa, dan tenaga mestilah setimpal dengan pendekatan pengajaran guru. Fokus utama P&P pula ialah output atau hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran murid pula mestilah ke arah yang positif dan hasilnya hendaklah boleh dilihat, dicapai dan diukur. Hasil output inilah yang akan menggariskan sejauh mana keberkesanan pelaksanaan ICT atau laman web subjek BM tersebut. Harus kita tahu, bahawa laman web subjek BM ini hanyalah salah satu daripada beberapa produk TMK (ICT product) yang digunakan dalam P&P di sekolah. Ia hanya bertindak sebagai alat bantuan mengajar (ABM) kepada guru untuk murid/pelajar.ANALISA KEPERLUAN UMUMAnalisis, perincian, pentaksiran atau penilaian dalam membangunkan laman web yang telah dibincang sebelum ini adalah keperluan yang khusus. Keperluan am dan umum juga perlu diperhatikan dalam membina laman web bagi mata pelajaran BM. Oleh itu, di dalam Fasa 1: Analisis Keperluan ini juga boleh diperincikan melalui sudut berikut seperti dibawah:-i. Keperluan Muridii. Keperluan Guruiii. Keperluan Sekolahiv. Keperluan IbuBapa MuridKeperluan Murid Bagi murid, apa yang mereka perlukan ialah sebuah komputer, yang mempunyai talian lengkap untuk mengakses laman web tersebut lantas mempelajari mata pelajaran BM secara online. Keperluan TMK untuk murid kurang upaya dan murid normal harus selari dengan tahap intelek dan kebolehan serta pengalaman individu. Kebolehan psikomotor murid dalam mengendalikan komputer harus dibina di peringkat asas supaya mereka tidak merosakkan komputer dan juga perisian BM tersebut. Keperluan GuruBagi guru pula, apa yang mereka perlukan ialah sukatan mata pelajaran untuk jangkamasa 1 tahun. Bagi guru besar pula, beliau akan memerlukan sukatan mata pelajaran dalam laman web tersebut untuk jangkamasa 6 tahun untuk tahap 1 hingga 6. Laman web BM tersebut hendaklah menyediakan maklumat pembelajaran kepada murid untuk tempoh tersebut. Guru juga memerlukan ebiliti yang sepadan dengan tajuk RPH semasa yang hendak disampaikan. Sekiranya guru tidak terlatih atau tiada pengalaman TMK, guru bagi subjek BM tersebut hendaklah diberi tunjuk ajar, taklimat, dan latihan asas yang secukupnya sebelum memulakan P&P untuk murid di sekolah. Profesionaliti dan ketrampilan guru dalam menyampaikan P&P dalam bentuk TMK haruslah di tahap yang optima supaya mereka boleh menghasilkan sendiri pakej pengajaran berasaskan komputer, sekiranya diperlukan.Keperluan SekolahBagi sekolah pula, pihak kementerian seharusnya terbabit dalam menyediakan prasarana seperti bangunan dan makmal atau bilik komputer untuk P&P menggunakan TMK. Sekiranya tidak semua bilik boleh disediakan komputer, maka memadai dimulakan dengan sebuah makmal komputer untuk keperluan sekolah tersebut. Penyelanggaraan dan baik pulih untuk komputer juga perlu. Pakar ICT harus diwujudkan di setiap sekolah supaya guru boleh mendapat tunjuk ajar yang pantas sekiranya mereka menghadapi kesukaran untuk mengajar atau menggunakan laman web BM tersebut. Pakar ini juga harus mampu untuk tugas penyelenggaraan, tugas membaik pulih komputer, membaharui perisian pengajaran mengikut kesesuaian semasa atau mencipta pakej pengajaran berasaskan computer (PPBK).Keperluan Ibubapa MuridDalam membangunkan laman web subjek BM, keperluan ibubapa juga harus di ambil kira. Bagi ibu bapa yang tiada komputer dan talian internet untuk anak di rumah, mereka terpaksa menggunakan khidmat cyber caf. Khidmat komputer di cyber caf bukanlah percuma. Bagi murid yang duduk di luar bandar, mungkin tiada cyber caf dan juga berkemungkinan ibubapa mereka tidak dapat menyediakan komputer untuk mereka ini belajar. Ini adalah satu keperluan mendadak yang harus dikaji, dirinci, dianalisa dan diatasi terlebih dahulu supaya perkembangan pembelajaran subjek BM di luar bandar dengan menggunakan laman web BM tersebut adalah sejajar dengan perkembangan pembelajaran murid yang menginap di bandar.Selain itu, kita juga boleh menambah lagi keperluan umum ini kepada keperluan pihak kementerian, keperluan masyarakat setempat, negara dan juga keperluan global.

KENAPA PERLUNYA LAMAN WEB UNTUK SUBJEK BAHASA MELAYU?Masalah yang dihadapi sekarang ialah makmal komputer sedia ada di sekolah tidak digunakan sepenuhnya. Salah satu sebab ialah tiada perisian (software) subjek BM dalam bentuk TMK yang boleh dijadikan laman rujukan atau eTeks P&P di sekolah. Maka itu, membangunkan laman web subjek BM adalah satu langkah yang perlu dilaksanakan kerana dunia majmuk kini menuju ke arah era globalisasi dunia tanpa sempadan. Memetik ulasan dari Pn.Roslawati, di dalam www.lms.upm.edu.my pada 10 Julai 2014.membina laman web Bahasa Melayu memang sangat bertepatan dengan cara pembelajaran masa kini. Di sekolah pun telah ada Vfrog, murid telah mula didedahkan dengan penggunaan ICT, kalau ada laman web mudahlah murid mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara berkaitan Bahasa Melayu (ulasan ini telah disemak dan diperbetulkan untuk kesesuaian penulisan)

Dengan adanya laman web terutamanya dalam BM dan untuk subjek BM, maka mudahlah murid belajar di rumah atau di luar rumah seperti di cyber caf. Lebih mudahnya jika kita katakan murid boleh belajar di mana-mana jua dan pada bila-bila masa, asalkan mempunyai komputer sesuai yang boleh beroperasi dan ada talian akses kepada internet. Murid juga akan ada lebih banyak lagi pilihan kerana telah wujudnya laman web untuk mata pelajaran BM tersebut yang boleh dijadikan eTeks atau laman rujukan. Inilah yang dikatakan sebagai pengkayaan pembelajaran melalui ICT atau TMK.

FASA 2: MENENTUKAN OBJEKTIF DAN PENILAIANObjektif utama bagi membangunkan laman web subjek BM ialah untuk merealisasikan penggunaan TMK [ICT] dalam P&P bagi mata pelajaran tersebut. Ianya dipanggil ePembelajaran (eLearning). Dengan adanya laman web BM tersebut sebagai laman rujukan atau e-Teks utama kepada murid dan guru, secara tidak langsung, laman tersebut dapat menggalakkan penggunaan ICT dalam kalangan murid.Pembelajaran hanya boleh berlaku sekiranya murid dapat berhubung (associate) dengan persekitaran. Pembelajaran berlaku apabila murid dapat memberi makna (give meaning) dengan persekitarannya. Persekitaran ini termasuklah, guru, ibu bapa, rakan sebaya, alam sekitar, rumah, sekolah, pasaraya dan apa jua yang terdapat di sekeliling kita. Apabila murid dapat berhubung, memberi makna, maka datanglah nilai (value) untuk perhubungan yang telah murid lakukan dengan alam sekitarnya.Objektif seterusnya membina laman web tersebut ialah untuk memberi kemudahan dan penjimatan kepada murid dan guru. Kemudahan yang dimaksudkan ialah dengan adanya produk TMK itu tadi, P&P sekarang boleh berlaku bukan hanya disekolah, tetapi di mana-mana jua (contoh: di rumah, di cyber caf, dengan ipad dan tablet) dan pada bila-bila masa seperti yang telah disebutkan sebelum ini. Dengan adanya produk TMK itu, murid tidak perlu lagi menggunakan buku latihan. Guru juga tidak lagi perlu mengagihkan lembaran kerja murid. Penyimpanan dokumen (document storage) seperti buku latihan murid dan lembaran kerja guru sekarang boleh dilakukan secara maya. Tambahan pula dengan cloud storage system yang telah diperkenalkan baru-baru ini, ianya membolehkan murid yang sedang bercuti di luar negara mengakses rujukan fail simpanannya tanpa membawa tumbdrive atau cakera padat (Rouse, 2011).Objektif lain ialah untuk meningkatkan daya kreativiti dan psikomotor murid dalam menganalisa sesuatu maklumat untuk belajar subjek BM secara kendiri. Untuk menentukan objektif, kita harus tahu hala tuju yang tepat akan penyaluran dan penyebaran nilai atau maklumat yang hendak di sampaikan oleh guru kepada murid. Dari mana dan hendak ke mana? Bagaimana? Kenapa? Apa? Siapa? Bila? Banyak mana? Ini adalah persoalan umum yang harus dijawab untuk mencari fokus dan objektif membina laman web BM. Arah tujuan inilah yang dikatakan fokus atau titik pertemuan kita. Setelah tahu arah tujuan, maka kita perlu pula mencari cara, peralatan serta jalan yang terbaik untuk sampai ke destinasi yang seterusnya

Bagi tujuan pembentangan tajuk membangunkan laman web subjek BM ini, K10 telah memilih untuk menggunakan model PIT untuk diaplikasikan dalam melaksanakan portal TMK (laman web) tersebut untuk diaplikasikan dalam P&P di sekolah.Objektif utama P&P ialah hasil pembelajaran murid atau output pembelajaran. Seperti yang ditekankan, hasil atau output yang diharapkan hendaklah boleh dinilai, diukur, dilihat dan dicapai. Terdapat beberapa instrument yang boleh digunakan untuk menilai prestasi murid dalam pembelajaran menggunakan laman web subjek BM.Seperti yang telah kami bincangkan di dalam forum Kumpulan10 kami di laman http://lms.upm.edu.my/ berikut adalah beberapa instrument yang boleh digunapakai oleh guru dan pihak sekolah atau kementerian untuk menilai murid:i. Latihan di dalam Kelas (menggunakan Lembaran Kerja Murid)ii. Mengadakan Ujian Berkala (menggunakan Kertas Ujian/Soalan)iii. Mengadakan Pop Kuiz (di awal/akhir pembelajaran)iv. Soalan Peperiksaan Bersepadu (seperti UPSR)Penilaian yang dijalankan juga boleh berbentuk penilaian berkala (formative) atau penilaian berkumpul (summative), formal dan tidak formal, objektif dan subjektif, umum (berkumpulan, kelas, sekolah) dan khusus (peribadi, individual). Bentuk penilaian dalam Bilik Darjah Berbagai bentukcara penilaian formal dan tidak formal InformalFormal

-pemerhatian-lisan-kuiz-soal jawab-perbincangan-penilaian kendiri-kertas ujian objektif- soalan subjektif-laporan-latihan harian- tugasan/folio- peperiksaan akhir

Markah penilaian boleh dilakukan mengikut skala berikut:i. Skala Positif dan Negatif - Ya atau tidak (Yes or No)ii. Skala Abjad A,B,C,D,E cemerlang, baik, sederhana, memuaskan, gagaliii. Skala 3 - Tinggi, Sederhana, Rendahiv. Skala 5 - Sangat Tinggi, Tinggi, Sederhana, Rendah, Sangat Rendahv. Skala 10 memberi markah dari 1 hingga 10Kandungan KBSR merangkumi pengetahuan (intelek), kemahiran (jasmaniah), sikap (emosi) dan nilai (rohaniah) yang berkaitan dengan bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Kurikulum ini bertujuan mengembangkan potensi J.E.R.I. murid. Oleh itu, penilaian menggunakan laman web subjek BM juga hendaklah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid.Skop penilaian murid pula boleh dilakukan dalam cara berikut:i. secara serta mertaii. secara berperingkatiii. secara menyeluruhiv. secara berterusan

FASA 3: MENCIPTA STRATEGI INTEGRASIDalam mencipta strategi kita harus tahu apakah yang menarik minat murid untuk belajar. Kita juga harus tahu apakah yang boleh menarik minat guru untuk mengajar dengan menggunakan TMK. Tiada satu cara yang mudah dalam menzahirkan tujuan sedemikian. Jika P&P berpusatkan kepada murid, maka di mana pula kita ingin menempatkan guru. Adakah guru hanya akan menjadi sebagai suatu alat? Jika P&P berorientasikan kepada guru, maka bagaimana pula kita ingin melihat daya kreatif dan kritis murid. Maka cara yang agak wajar untuk mengajar dan belajar ialah untuk menjadikan P&P itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Murid harus seronok belajar dan guru juga harus seronok mengajar. Belajar itu mestilah dijadikan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan membebankan. (Learning is Fun). Dengan mengambil pemahaman ini, maka tugas untuk menyelitkan unsur permainan (the gaming of education) ke dalam P&P di sekolah telah menjadi tajuk baharu di kebanyakan sekolah negara maju (McClarty, 2012). Ini adalah satu ciri futuristik yang harus di terapkan di dalam P&P di sekolah sekarang.Oleh sebab itu juga, bagi tujuan merekabentuk atau mencipta strategi P&P TMK di sekolah, pengisian RPH dan juga laman web BM tersebut harus berfokuskan kepada permainan, kerana perkara yang paling menyeronokkan bagi kebanyakan murid ialah bermain (Pn Saba, forum www.lms.upm.edu.my). Kita boleh belajar dan mengajar sambil bermain. Belajar sambil bermain mungkin akan memenatkan tetapi ianya tidak menjadi sesuatu yang membosankan. Murid akan sentiasa seronok belajar semasa bermain. Pembelajaran terjadi bila berlakunya perhubungan. Perhubungan pula terjadi apabila berlakunya interaksi. Interaksi pula berlaku lebih cepat dan kerap dalam bentuk permainan. Dengan adanya unsur permainan dalam pengajaran, murid boleh mendapat kepuasan dan pelajaran pada masa yang sama. Dengan sebab yang demikian juga, maka P&P, pada pendapat K10 harus berpusatkan kepada ilmu. Guru harus belajar mendalami ilmu dalam TMK sementelah murid pula akan mengikuti jejak langkah guru dalam mempelajari subjek BM tersebut dengan menggunakan TMK. Tiada hujungnya di dalam menimba ilmu. Cuma ilmu itu boleh dipelajari di sekolah atau di rumah, yakni secara formal dan tidak formal. Akan tetapi pembelajaran iu tidak akan dapat menimbulkan kesan yang mendalam sekiranya P&P itu hanya menyusahkan, membebankan dan juga membosankan.

MEREKA BENTUK LAMAN WEB MATA PELAJARAN BAHASA MELAYUTerdapat banyak jenis laman web. Contohnya laman web peribadi, laman web perniagaan, laman web syarikat dan korporat, laman web sekolah dan laman web jabatan kerajaan. Kesemua laman web ini mempunyai 1 persamaan yang ketara - iaitu untuk menyampaikan maklumat mereka, secara pantas dan meluas. Penyebaran maklumat atau informasi berlaku dalam jarak beribu batu. Murid di Amerika boleh mengakses bahan murid di Malaysia, dan juga negara lain, dan begitu juga murid di Malaysia boleh mengakses bahan murid lain di mana-mana jua lokasi yang mempunyai akses kepada internet. Ini menjadikan dunia alam maya TMK tiada bersempadan. Segala maklumat boleh dipetik di hujung jari sahaja. Tidak semua maklumat yang disampaikan itu betul dan bernilai. Sesetengah maklumat mampu memprovokasi minda seseorang murid.Oleh itu pihak yang berkewajipan harus tahu cara untuk menyampaikan maklumat yang bernilai, betul dan bermutu sahaja kepada murid. Untuk menjadikan maklumat itu bernilai dan bermutu, ianya hendaklah dilakukan secara tepat, ringkas dan padat. Tepat bermaksud maklumat itu menepati sasarannya. Ringkas bermaksud maklumat itu tidak perlu panjang dan boleh mengelirukan tetapi pendek. Intipati sahaja yang diperlukan. Padat bermaksud maklumat itu hendaklah menyeluruh dan meliputi segala subjek pengajaran dan pembelajaran untuk hari itu. Maklumat itu hendaklah berupaya menarik minat murid untuk belajar dan mengajarkannya kepada murid yang lain.Bagaimanakah kita hendak menyediakan maklumat yang disebutkan itu? Membina laman web subjek BM akan bermula dengan Carta Perjalanan (road mapping or flowcharting). Menggunakan Gantt Chart juga boleh membantu perancangan dan perincian dalam penyediaan bahan dan pengumpulan data sebelum membina laman web BM tersebut. Proses sumbang saran (brainstorming) juga diperlukan semasa proses input berlaku. Contoh carta perjalanan ada ditunjukkan di dalam gambarajah berikutnya.

Di atas adalah contoh carta perjalanan membina laman web subjek Bahasa Melayu (BM).

Di atas adalah pecahan bagi Laman Bahasa Melayu

Di atas adalah pecahan bagi Laman Bank Soalan

Di atas adalah pecahan bagi Laman Media Sosial

MUKA UTAMA (MasterHomePage)

Di muka utama kita akan memaparkan hubungan (linkage) umum untuk:i. muka laman utama, ii. muka maklumat amiii. muka prasarana iv. muka nama ahli (murid sekolah rendah)Sambungan (WebLink) Muka Utama:i. Halaman Bahasa Melayu kotak warna orenii. Halaman Bank Soalan kotak warna hijauiii. Halaman Media Sosial kotak warna biru

Halaman Utama akan memainkan slaid gambar yang sering bertukar:i. Gambar - Logo KPM (foto1)ii. Gambar - Murid Sekolah (foto2)iii. Gambar Tema - Laman web BM (foto3) .Seterusnya, foto 3 di atas menggambarkan keseluruhan rekabentuk lamanweb subjek BM tersebut dari atas hingga ke bawah jika di lihat di paparan skrin komputer. Di bawah muka utama kita boleh memaparkan maklumat am yang penting seperti alamat perhubungan untuk laman web subjek BM, nombor talian yang boleh dihubungi sekiranya murid ingin mendapatkan maklumat dan alamat emel untuk kemudahan murid. Gambar slaid di halaman utama ini boleh ditambah dengan gambaran yang lain supaya muka utama ini tidak membosankan murid, seperti gambar kartun dan sebagainya yang difikirkan wajar. Katakan kita memuatnaik 20 slaid gambar di Muka Utama laman web subjek BM. Daripada 20 gambar ini, kita boleh pilih 3 gambar yang sesuai untuk dijadikan sambungan halaman (link pages) kepada Muka Utama untuk laman (subwebpages) berikutnya iaitu :-i. Gambar Tema untuk halaman Bahasa Melayuii. Gambar Tema untuk halaman Bank Soalaniii. Gambar Tema untuk halaman Media Sosial

HALAMAN BAHASA MELAYUSambungan Halaman Bahasa Melayu akan dipecahkan mengikut darjah murid:-i. Subjek BM Tahun 1ii. Subjek BM Tahun 2iii. Subjek BM Tahun 3iv. Subjek BM Tahun 4v. Subjek BM Tahun 5vi. Subjek BM Tahun 6

LAMAN BM TAHUN 1Untuk laman web subjek BM bagi Tahun 1, boleh dipecahkan lagi kepada 3 tahap:-i. Tahap 1 (Band 5&6) - cemerlangii. Tahap 2 (Band 3&4) - sederhanaiii. Tahap 3 (Band 1&2) - memuaskanLAMAN TAHAP 1 UNTUK SUBJEK BMUntuk laman web subjek BM bagi tahap 1, barulah kita akan mengikuti pelajaran yang sebenarnya bagi murid berkenaan. Akan tetapi tiada halangan bagi murid tersebut untuk membuat soalan bagi mana-mana tahap. Contohnya, bagi murid Tahun 1 yang belajar di Tahap 3, mereka boleh mempelajari dan membuat soalan murid Tahap 2 dan Tahap 1 sekiranya mereka mahu.Untuk setiap tahap, kita akan menyediakan P&P murid mengikut saranan KBSR, seperti halaman berikut:-i. eTeksii. eLatihaniii. eRujukanLAMAN eTEKSHalaman eTeks ini diwujudkan bagi menggantikan buku teks sedia ada. Dengan adanya laman eTeks ini murid boleh belajar secara online, bagi menggantikan pembelajaran secara tradisi atau secara manual dengan menggunakan buku teks sekolah sedia ada.LAMAN eLATIHANHalaman eLatihan ini juga diwujudkan bagi menggantikan latihan yang guru berikan di sekolah. Murid boleh download soalan dari eLatihan, menyiapkan latihan, dan menghantarkan eLatihan tersebut kepada guru untuk disemak. Latihan boleh diadakan secara objektif dan juga subjektif. Di laman ini, guru sekolah boleh membuat muatturun (download) soalan kepada murid di dalam portal subjek BM tersebut. Murid juga boleh menghantar latihan secara muat naik (upload) kepada emel guru yang berkenaan.LAMAN eRUJUKAN Halaman eRujukan disediakan kepada murid untuk pembelajaran tambahan, selain teks sedia ada. Di dalam laman eRujukan ini boleh dimasukkan perbendaharaan kata baru, kamus BM, simpulan bahasa, bidalan, pepatah, kata adat, sajak, pantun, puisi, syair, contoh karangan dalam BM, perkataan sama erti dan berlawanan maksud, dan berbagai lagi rujukan yang difikirkan sesuai dan wajar untuk murid.HALAMAN BANK SOALANHalaman Bank Soalan pula merupakan latihan tambahan. Halaman bank soalan ini boleh merupakan soalan terkumpul dari sekolah-sekolah lain yang berdekatan atau di seluruh Malaysia. Murid boleh menguji minda mereka dengan menjawab soalan dari sekolah yang lain. Skema jawapan untuk bank soalan dari sekolah lain boleh diupload dan didownload melalui portal dan email guru yang berkenaan. HALAMAN MEDIA SOSIALHalaman Media Sosial juga perlu diwujudkan untuk murid. Di halaman ini, murid dibenarkan membuat blog sendiri, berforum dan juga berchatting. Penggunaan ruangan forum dan chatting perlu dikawal selia. Oleh itu, ada etika sosial yang perlu dipatuhi dan perlu ada moderator untuk memantau blog yang tidak diingini atau chatting dan forum yang lari dari tajuk asal P&P. Guru boleh bertindak sebagai moderator. Murid hanya dibenarkan berforum dan berchatting selaras dengan kehendak pembelajaran. Ruangan blog adalah peribadi. Di sini murid boleh membina profil mereka untuk tayangan kepada murid yang lain. Ruangan seperti facebook, twitter, instagram, youtube, skype dan whatsapp berkemungkinan boleh diintegrasikan di dalam ruangan subjek BM ini sekiranya wajar dan sesuai.CIRI-CIRI YANG DIPERLUKAN DALAM SEBUAH LAMAN WEB BMSeterusnya, dengan mengambil contoh ulasan rakan daripada forum www.lms.upm.edu.my, berikut adalah ciri-ciri yang perlu ada dalam mereka cipta laman web bagi subjek BM:-1/ Maklumat & PengisianMaklumat (information) yang disogokkan dalam laman web tersebut hendaklah yang berkaitan dengan subjek BM harian untuk murid yang tertentu tahap mindanya. Seperti yang disebutkan, maklumat pengisian laman itu mestilah tepat, ringkas dan padat (TRP).Muka Asal (HomePage) atau muka utama laman web tersebut hendaklah mengandungi alamat, nombor talipon dan emel guru sekolah yang boleh dihubungi. Maklumat juga hendaklah mengandungi soalan lazim dan jawapannya (Frequently Ask Question FAQ).Maklumat ini boleh dikategorikan sebagai maklumat am yang utama dan maklumat khusus yang lainnya, yang boleh dimasukkan di ruangan prasarana.2/ KeselamatanKeselamatan (security) data murid hendaklah menjadi satu kerahsiaan peribadi bagi murid dan juga guru. Seorang murid tidak boleh mengakses data peribadi murid yang lain. Ini termasuk markah pencapaian dalam latihan dan bank soalan murid tersebut. Namun demikian, ranking murid di sekolah atau pencapaian murid bagi keseluruhun sekolah di Malaysia boleh diwujudkan. Ini untuk menggalakkan murid tersebut bersaing dengan pencapaian murid di sekolah yang lain dan bukan hanya di sekolah mereka.3/ Reka BentukReka Bentuk (design) yang menarik adalah sesuatu yang unik dan tersendiri. Ianya adalah sangat subjektif untuk dijamakkan secara umum. Oleh itu rekacipta haruslah bertukar-tukar bentuk setiap kali murid mengakses pengkalan web BM tersebut. Perubahan hanya boleh dilakukan kepada slaid gambar iringan yang digunakan, manakala yang lainnya harus dikekalkan sebagai identiti asal laman web tersebut. Sekiranya web tersebut mempunyai ruangan mutiara kata, ini juga boleh ditukar ganti dengan mutiara kata yang lain, setiap kali murid mengkases laman web subjek BM mereka. Rekabentuk juga perlu menekankan unsur warna, grafik dan fon yang digunakan.4/ Kemudahan/PrasaranaKemudahan (prasarana) yang dimaksudkan di sini ialah seperti ikon, manual, penerangan rinci cara menggunakan laman web, cara membina blog, cara dan etika berforum, berchatting atau membina blog peribadi, FAQ dan cara untuk upload dan download soalan dan latihan kepada guru 5/ Nama laman webNama URL laman web juga hendaklah ringkas, seperti www.BMT1.com untuk pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu atau www.BMSR.com untuk pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tidak perlu nama URL yang panjang, mengelirukan dan payah untuk diingati. Di bawah ini diperturunkan lagi beberapa isu penting dalam pembinaan laman web yang dikutip daripada google.1/ Hubungan dengan media sosial semasa yang lain (other social website links)2/ Boleh diaplikasikan dengan talipon bimbit (mobile ready version)3/ Pergerakan yang mudah (easy navigation) tidak tersangku-sangkut4/ Mudah difahami dan mudah digunakan (user friendly) tidak perlu penerangan rumit5/ Ringkas (simplicity) tidak padat dengan pengisian, warna dan pelbagai perkara.6/ Sentiasa rawak, sentiasa berubah, dan sentiasa serba baru (up to date)FASA 4: MENYEDIAKAN PERSEKITARAN P&PSeterusnya setelah merekabentuk laman web tersebut, maka haruslah kita bergerak menyediakan persekitaran untuk P&P. Menyediakan persekitaran P&P adalah jawapan kepada segala pokok persoalan berkaitan TMK. Menyediakan bahan dan peralatan adalah isi kepada TMK. Penyediaan persekitaran ini pula harus diintegrasikan dengan cara untuk mengunakan bahan (manual pengguna). Suasana pembelajaran juga harus diambil kira. Keadaan cuaca yang panas atau bising sudah tentunya mengganggu persekitaran P&P. Ini adalah kekangan dan masalah yang harus diatasi dalam menyediakan persekitaran P&P.Harus kita tahu bahawa persekitaran yang ideal bukan hanya ruang belajar yang disediakan di sekolah, tetapi juga di rumah oleh ibubapa kepada murid. Jika ini tidak disediakan kepada murid, maka ianya akan menjadi permasalahan yang akan mengganggu gugat kejayaan pelaksanaan TMK secara total.Di dalam menyediakan persekitaran, guru atau pihak sekolah harus menyediakan peralatan utama, perkakasan iringan dan juga bahan bantu mengajar yang lain. Keperluan utama persekitaran yang lain ialah keperluan guru dan keperluan murid Untuk menyiapkan persekitaran tersebut sudah tentu ianya akan melibatkan kos dan belanjawan dari pihak sekolah, kementerian dan juga masyarakat (ibubapa). Oleh itu, sebagai permulaan, memadailah dengan mengadakan sebuah bilik atau makmal komputer di setiap sekolah.Makmal ini mestilah menpunyai sekurang-kurangnya 30 set kelengkapan komputer, yakni CPU, monitor, keyboard dan mouse. Perkara lain yang diperlukan ialah alat pencetak (printer) dan juga skrin paparan (whiteboard) serta skrin projektor. Setiap murid perlu memiliki thumbdrive untuk tujuan muatturun eTeks, eLatihan dan eRujukan, untuk menyalin dan juga menyimpan maklumat lain yang berada di luar kotak pembelajaran. Guru pula perlu perkakasan lain seperti scanner, kamera digital, headphone dan speaker.

Gambarajah asas keperluan perkakasan/peralatan komputer

Sumber: Support (2012) Computer Parts Diagram Pictures.

Gadjet lain seperti CD ROM dan backup tape juga perlu untuk menyimpan perisian software pembelajaran. Bagi tujuan mewujudkan makmal komputer ini, meja untuk komputer dan kerusi diperlukan oleh murid dan juga guru. Domain atau web hosting juga diperlukan bagi tujuan perisian isi pembelajaran secara online. Disamping itu kemudahan internet juga perlu untuk semua rangkaian komputer murid. Sekolah juga memerlukan server yang boleh menampung keperluan rangkaian komputer murid.

Berikutnya pula ini kami ketengahkan beberapa kelebihan dalam menyediakan persekitaran berasaskan TMK yang dipetik daripada International Society for Technology in Education (1998):-Persekitaran Pembelajaran Tradisional (Pembelajaran berpusatkan Guru)Persekitaran Pembelajaran Alaf Baru-TMK (Pembelajaran berpusatkan Murid)

Stimulasi melalui deria pendengaran, penglihatan, dan menulisStimulasi menggunakan pengintegrasian deria mata, telinga dan juga psikomotor

Menggunakan media cetak buku teks, buku latihan, buku rujukanMenggunakan pelbagai media audio, video, foto (pengintegrasian sumber TMK)

Kerja berasingan (individu) kerja kumpulan perlu semuka secara fizikalKerja berpasukan (colaborative) boleh dilakukan dalam jarak yang jauh dgn TMK

Guru menyampaikan maklumat (ilmu) kepada murid pembelajaran sehalaMurid dan guru saling bertukar maklumatPembelajaran secara dua hala

Pembelajaran secara pasif hanya mendengar guru, membuat latihan, ujianPembelajaran secara aktif berasaskan penerokaan dan penemuan dengan TMK

Pembelajaran berasaskan fakta dan maklumat yang disogokkan sahajaPembelajaran secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dengan maklumat

Pembelajaran dalam konteks buatan (artificial learning)Pembelajaran dalam konteks dunia sebenar (real life learning)

Sumber : ISTE standards for students resourceshttp://www.iste.org/standards/standards-for-students

Membina laman web subjek BM untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah perlu untuk tujuan berikut (EDU 3105: Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran):-i. Menarik perhatian muridii. Memotivasikan muridiii. Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran kooperatif, kolaboratif, kemahiran berfikir aras tinggi, pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan projek.iv. Melibatkan murid melalui kerja-kerja penghasilanv. Meningkatkan anggapan bahawa murid sendiri yang mengawal pembelajaranvi. Membantu guru menghubungkan murid kepada sumber pembelajaranvii. Membantu guru menjejak perkembangan pembelajaran muridviii. Menyediakan murid untuk menghadapi dunia yang sentiasa berubahSegala tujuan yang diterangkan di atas adalah sangat berkaitan dengan penyediaan persekitaran untuk P&P di sekolah.

FASA 5: MENILAI & MENYEMAK SEMULA INTEGRASI TEKNOLOGISetiap projek yang hendak dilaksanakan harus dinilai terlebih dahulu. Selepas setiap pelaksanaan projek, ia harus dikaji, dan disemak semula. Test-run harus dilakukan. Penelitian harus dicatatkan. Post morterm juga perlu selepas pelaksanaan projek integrasi teknologi.Bagi menilai dan menyemak semula pengintegrasian teknologi, kita harus kembali kepada 3 langkah utama seperti yang disebutkan di gambarajah di bawah. Pertamanya adalah visi dan misi yang telah kita cipta. Logo dan motto juga memainkan peranan dalam mengenal visi dan misi kita. Keduanya, kita harus kembali semula kepada matlamat, objektif atau tujuan kita membina laman web subjek BM tersebut. Akhirnya, kita harus membangunkan langkah yang praktikal, sesuai dan wajar dalam mencapai matlamat kita. Dengan kata lainnya, kita harus mengenal pasti cara atau kaedah yang dipilih untuk membangunkan matlamat membina laman web tersebut.

{Sumber: EDU3105}Membina laman web subjek BM dengan kaedah PIT memerlukan perancangan dan pelaksanaan. 5 langkah utama dalam merancang dan melaksanakan pengintegrasian teknologi setelah terbinanya laman web tersebut ialah (EDU3105): 1 Menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk melihat semula perancangan pembangunan sedia ada di sekolah dan membuat penyelidikan terhadap keperluan-keperluan baharu yang difikirkan perlu.2 Jawatankuasa bertindak harus memulakan tugasan dengan membina asas ilmu pengetahuan dan maklumat dalam proses pembelajaran yang hendak dilaksanakan dengan membandingkan maklumat teks, latihan dan rujukan pembelajaran sedia ada.3 Seterusnya, jawatankuasa tersebut akan mendapatkan sebutharga dari pembekal dan membuat perbandingan harga peralatan TMK dengan belanjawan sekolah, daerah atau syor daripada pihak kementerian.4 Jawatankuasa juga harus membangunkan tahap profesionalisme TMK guru ke aras yang lebih tinggi supaya penggunaan TMK dapat dilaksanakan secara total di sekolah. Sokongan dan latihan harus diberi dalam menggunakan teknologi di dalam bilik darjah.5 Jawatankuasa juga harus memikirkan bagaimana cara untuk mengadaptasikan TMK kepada murid di sekolah. Murid harus diberi jarak, ruang dan masa serta tunjuk ajar untuk mengenali dunia TMK.Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (BPK) telah menggariskan 3 kaedah bagaimana TMK dapat diserapkan dalam pembelajaran murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011: Buku panduan teknologi maklumat dan komunikasi merentas kurikulum) 1. Belajar mengenai TMK2. Belajar dengan TMK3. Belajar melalui TMK

Senarai semak yang disediakan hanyalah sebagai contoh panduan kepada pembinaan laman web bagi mata pelajaran BM.

KESIMPULANPerancangan dan pelaksanaan pengintegrasian teknologi dalam pendidikan dimulai dengan perancangan asas yang akhirnya akan melibatkan pihak kementerian, pejabat pelajaran negeri dan daerah. Pihak sekolah, guru dan juga murid memainkan peranan utama dalam pengintegrasian TMK. Tidak ketinggalan ibubapa juga memainkan peranan yang tidak langsung dalam menjayakan model PIT secara menyeluruh.Langkah yang paling utama adalah untuk membina visi dan mengenalpasti matlamat serta kaedah atau cara. Salah satunya ialah dengan menggunakan model PIT. Skop pelaksanaan juga boleh dibuat dalam 4 cara iaitu, secara serta merta, berperingkat, menyeluruh dan secara berterusan. Model PIT terdiri daripada lima (5) fasa (rujuk laman lampiran berikutnya). Kesemua fasa ini menyediakan satu garis panduan untuk merancang dan mengintegrasikan teknologi atau penggunaan TMK (laman web subjek BM) secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

LAMPIRAN

5 Fasa Utama Model P.I.T. Perancangan Integrasi Teknologi - (dari perspektif yang berbeza)SingkatanBMBahasa MelayuBIBahasa InggerisICTInformation and Communication TechnologyJERIJasmani Emosi Rohani IntelekK10Kumpulan 10P&PPengajaran dan PembelajaranPITPerancangan Integrasi TeknologiPPBKPakej Pengajaran Berasaskan KomputerRPHRancangan Pengajaran HarianTIPTechnology Integration PlanningTMKTeknologi Maklumat dan Komunikasi WEBWhere Everybody Belongs

RUJUKAN

Alexis M. Herman (1999). Labor Day 1999: Futurework - Trends and Challenges for Work in the 21st Century: Executive Summary (Repot daripada US Department of Labor: Office of the Secretary). Dipetik pada 11hb April 2014 daripada http://www.dol.gov/oasam/programs/history/herman/reports/futurework/execsum.htm

EDU 3105 (n.d). EDU3105: Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Bab 11: Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (muka 1-47). Dipetik pada 31 Julai 2014 daripada http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203105/Bab%2011-Pengintegrasian_TMK.pdf

ISTE (1998). Section 2: National Educational Technology Standards for Students: Technology Foundation Standards for Students (Terbitan International Society for Technology in Education (ISTE), NETS Project). Dipetik pada 31 Julai 2014 daripada http://www.iste.org/docs/pdfs/nets_for_students_1998_standards.pdf?sfvrsn=2

McClarty, Katie Larsen et.al. (2012) A Literature Review of Gaming in Education: Research Report. Dipetik pada 1hb Ogos 2014 daripada http://researchnetwork.pearson.com/wp-content/uploads/Lit_Review_of_Gaming_in_Education.pdf

Rouse, Margeret (2011). Cloud Storage. Dipetik pada 1hb Ogos 2014 daripada http://searchcloudstorage.techtarget.com/definition/cloud-storage

Support (2012). Computer Parts Diagram Pictures. Dipetik pada 31 Julai 2014 daripada http://www.hdwallpaperspics.com/computer-parts-diagram-pictures.html3

MuridSekolahGuruMasyarakatNegaraAntaraBangsaIbuBapaFasa1: Menentukan Kelebihan RelatifFasa5: Menilai & Menyemak Strategi Integrasi