laman web berkualti

29
CIRI-CIRI LAMAN WEB BERKUALITI SYED AGIL ALSAGOFF

Upload: eyzaa-adawiah

Post on 15-Sep-2015

28 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Laman Web Berkualti

TRANSCRIPT

  • CIRI-CIRI LAMAN WEB BERKUALITISYED AGIL ALSAGOFF

  • Ciri-Ciri Laman Web BerkualitiMenurut Gerry McGrovern dan Rod Norton (2002) sebuah laman web yang berkualiti adalah merangkumi ciri-ciri empat tunjang arkitek maklumat (The four pillars of information architecture) kepelbagaian data dan klasifikasi (metadata and classification), pencarian (search), navigasi (navigation), paparan dan reka bentuk (layout and design).

  • Kepelbagian data dan klasifikasi

    Navigasi

    PencarianPaparan dan rekabentuk Sumber : The four pillars of information architecture, Gerry McGrovern dan Rod Norton (2002)

  • Kepelbagaian Data Kepelbagian data adalah merupakan maklumat yang terdapat di dalam kandungan laman web seperti tajuk utama, kata kunci, pengarang, penerbit, hakcipta, ringkasan, klasifikasi subjek dan klasifikasi geografi.

  • Kandungan

    RingkasanTajukutamaKatakunci

    HakciptaKlasifikasi geografiKlasifikasi subjek

    Penerbit

    Pengarang Sumber : The four pillars of information architecture, Gerry McGrovern dan Rod Norton (2002)

  • Kepelbagaian data juga adalah bertujuan untuk :-Menyediakan stor maklumat yang bersesuaian agar kandungan laman web menjadi lebih tersusun di dalam arkitek maklumat. Mengumpul maklukmat yang berguna untuk berfungsi sebagai kata kunci (keyword) agar memudahkan pengguna untuk mencari dokumen atau maklumat yang dikehendaki.Memastikan organisasi dapat menyelia dan mentadbir laman web dengan tersusun, profesional dan efisien kepada pengguna.

  • KlasifikasiKlasifikasi adalah mirip kepada format kepelbagaian data (metadata). Klasifikasi adalah merupakan pengasingan atau pengkelasan maklumat. Contoh klasifikasi adalah seperti produk, perkhidmatan, perundingan, perhubungan dan sebagainya.

  • KELAZIMAN PEMILIHAN KLASIFIKASIMenurut Carl (2000), lazimnya, pengguna cenderung untuk melakukan tiga perkara ketika mengunjungi sesebuah laman web iaitu membaca kandungan, melakukan pencarian dan memilih klasifikasi. Jika klasifikasi tersebut di dapati tidak mengandungi maklumat yang mereka kehendaki, maka pengguna akan meninggalkan laman web itu sekaligus meminggirkan organisasi laman web tersebut. Oleh yang demikian, klasifikasi di dalam laman web haruslah menyediakan kandungan maklumat yang tepat dan bersesuaian berdasarkan klasifikasi masing-masing.

  • TUJUAN KLASIFIKASIMemfokuskan tentang perkhidmatan atau perniagaan oganisasi dengan lebih terperinci kepada pengguna intenet. Membolehkan organisasi menyusun kandungan laman web dengan lebih efisien dan berkesan.Membantu pengguna untuk mendapatkan konteks yang bersesuaian untuk kandungan yang mereka kehendaki. Sebagai contoh jika pengguna mencari tentang buku yang ditulis oleh A. Samad Said di dalam Google.com, maka pengguna juga akan turut menemui hasil tulisan beliau dari senarai hasil penjanaan klasifikasi di dalam laman web tersebut

  • Pencarian (Search)Pencarian adalah merupakan tunjang kedua di dalam arkitek maklumat. Pencarian juga adalah merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada di dalam sesebuah laman web. Apabila pengguna internet mencari sesebuah laman web, dokumen, fail, kandungan atau maklumat yang mereka kehendaki, lazimnya pengguna tidak mencarinya secara langsung tetapi cenderung menggunakan indeks atau kata carian di dalam pencarian mereka.

  • Pencarian dikategorikan kepada dua cara iaitu :Pencarian asas (Basic search)Pencarian maju (Advanced search)

  • Pencarian Asas (Basic Search)

    Di dalam laman web pencarian asas atau lebih dikenali sebagai pencarian kata kunci adalah digunakan untuk kemudahan pencarian tentang kandungan maklumat asas yang terdapat di dalam sesebuah laman web. Pencarian asas boleh dilakukan dengan menggunakan kata kunci atau kombinasi kata kunci yang bersesuaian dengan kandungan maklumat yang dikehendaki.

  • Pencarian Maju (Advanced Search)

    Bagi tujuan pencarian maju, kepelbagaian data (metadata) adalah amat berguna kepada para pengguna. Sebagai contoh kandungan mempunyai nama , nama pengarang dan tarikh yang dikenali sebagai kepelbagaian data. Maklumat ini kemudiannya boleh diklasifikasikan mengikut negara dan kawasan subjek. contoh, pengguna internet boleh melakukan pencarian maju untuk buku yang ditulis oleh John Brown diterbitkan di antara Januari hingga Mac 2001 berkaitan dengan komputer di pasaran Malaysia. Di dalam kawasan subjek pula taipkan komputer di pasaran Malaysia yang mengandungi kata kunci IBM. Melalui pencarian ini, laman web akan mengurangkan jumlah keputusan yang tidak relevan dengan begitu banyak sekali dan memudahkan pengguna mendapatkan buku yang mereka kehendaki.

  • NavigasiNavigasi adalah merupakan tunjang ketiga di dalam arkitek maklumat. Navigasi adalah merupakan isi kandungan (table of content) kepada sesebuah laman web (Wiliam, 2001). Navigasi adalah merupakan kebolehan pengguna untuk menjelajah serta panduan yang diberikan kepada pengguna ketika melayari sesebuah laman web. Oleh kerana laman web tidak seperti buku atau dokumen cetak yang boleh dibaca dengan menggunakan tangan, ianya memerlukan ciri-ciri navigasi bagi membolehkan pengguna menjelajah di segenap sudut laman sesebuah laman web. Justeru itu, ciri-ciri navigasi yang baik perlulah ada pada setiap laman web bagi membolehkan pengguna menjelajahi laman web dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah.

  • CIRI-CIRI NAGIVASI BAIKDireka bentuk untuk pengguna supaya dapat menggunakan ciri-ciri navigasi yang mudah difahami.Sentiasa memberitahu pengguna tentang lokasi mereka di dalam laman web.Memberitahu tentang laman web yang telah dikunjungi oleh pengguna. Ini lazimnya dilakukan dengan perubahan warna latar belakang klasifikasi atau ikon yang telah dikunjungi.Memberitahu tentang ke mana pengguna akan pergi melalui ikon-ikon atau butang-butang yang terdapat di sekitar laman web.Menyediakan konteks. Navigasi juga bertindak untuk mencari kandungan mengikut konteks berdasarkan rangkaian (link) yang dihubungkan dengan laman web yang lain.

  • Konsisten. Navigasi haruslah konsisten dari segi klasifikasi, reka bentuk, grafik, saiz dan warna hipertek. Ini bertujuan mengelakkan kecelaruan kepada pengguna tentang sesebuah laman web dengan laman web yang lain.Navigasi global bertujuan untuk memudahkan para pengguna untuk menjelajahi dari segenap sudut laman web termasuk rangkaian (link) yang terdapat di dalam laman web tersebut.Menggunakan klasifikasi home bagi mewakili homepage laman web.

  • Menggunakan klasifikasi About bagi mewakili kandungan tentang sejarah, misi,visi, prestsi kewangan, tumpuan perniagaan dan sebagainya bagi sesebuah organisasi. Kadang kala klasifikasi ini turut menggabungkan dengan nama organisasi. Sebagai contoh About Microsoft. Mempunyai klasifikasi contact atau contact us yang mengandungi butir-butir seperti e-mail, telefon, faksimili, alamat dan peta lokasi bagi organisasi. Lazimnya klasifikasi ini diletakkan di kaki laman web (footer).

  • Mempunyai logo organisasi yang diletakkan di bahagian atas sebelah kiri laman web. Logo juga haruslah mempunyai rangkaian (link) untuk kembali kepada homepage.Menyediakan kemudahan pencarian (search). Butang yang membantu melakukan pencarian haruslah dilabel sebagai cari (search). Bagi pencarian yang lebih kompleks, kemudahan pencarian maju (advanced search) juga haruslah disediakan. Kedua-dua pencarian ini haruslah ada pada setiap muka surat laman web.Petak pencarian (search box) haruslah diletakkan di bahagian bawah sebelah kiri di bawah logo organisasi atau di sebelah kanan atas laman web.

  • Mempunyai peraturan penggunaan (term of use), hakcipta (trademark) dan rangkaian persendirian (privacy link) di kaki laman web (footer).Warna bagi hipertek adalah biru jika tidak diklik dan berwarna ungu jika diklik oleh pengguna.Menyediakan butang sokongan (help). Ini bagi membantu para pengguna berhadapan dengan tugasan yang kompleks di mana butang sokongan haruslah membawa pengguna kepada topik yang sesuai untuk pengguna atau pilihan-pilihan yang berkaitan dengan pelayaran pengguna.

  • Paparan dan Reka BentukMudah untuk dibaca. Bagi pembacaan yang optimum, teks haruslah menggunakan warna hitam dan warna latar belakang putih. Kombinasi warna yang kontra haruslah digunakan bagi pilihan warna lain. Teks seharusnya menggunakan kecerahan (contrast) yang tinggi supaya lebih mudah dibaca.

    Tidak digalakkan menggunakan terlalu banyak tulisan italik kerana ini akan menjadikan teks kelihatan kabur.

  • Hanya menggunakan tulisan hitam bold bertujuan untuk tajuk atau sesuatu perkara yang penting sahaja. Jangan menggunakan bold untuk isi kandungan jika tidak perlu kerana ia akan mengelirukan pengguna apabila menganggapnya sebagai rangkaian (link).Tidak meletakkan garisan yang tidak perlu di bawah teks kerana pengguna akan menganggapnya sebagai rangkaian (link).

  • Menggunakan saiz tulisan 8 point hingga 10 point untuk teks, 10 point hingga 12 point untuk tajuk/promosi di dalam laman web. Teks haruslah tidak terlalu panjang. Perenggan haruslah diwujudkan bagi memudahkan pengguna untuk membaca secara imbasan (scan read).Paparan haruslah mempunyai rangkaian (link) yang kukuh dengan dokumen yang lain.

  • Interaktif. Sesuatu penerbitan haruslah disertakan dengan nama pengarang dan alamat e-mail bagi memberi peluang kepada pengguna memberi respon kepada pihak yang berkenaan. Tarikh. Satu ciri yang amat penting di dalam paparan kerana pengguna sering memerlukan sumber yang terkini untuk dijadikan maklumat dan rujukan.

  • Hak cipta haruslah sentiasa disertakan di dalam sesebuah penerbitan, buku, dokumen dan sebagainya memandangkan di alam internet pengguna mudah untuk menyalin maklumat-maklumat tersebut.Sentiasa menyatakan jenis-jenis dokumen di dalam paparan. Sebagai contoh (Word, PDF, Excel dan lain-lain).Menyatakan saiz dokumen bagi memudahkan pengguna memilih storan yang sesuai.

  • Menyediakan rangkaian (link) kepada perisian yang sesuai untuk dokumen.Menyediakan ringkasan untuk setiap dokumen.Mempunyai reka bentuk yang konsisten di mana pengguna tidak keliru di antara sesebuah laman web dengan laman web yang lain

  • Mempunyai keseimbangan dari segi kandungan maklumat, muat turun yang cepat, fungsi yang pelbagai, mesra pengguna dan mudah untuk dijelajah.Menggunakan gambar yang sesuai mengikut keperluan fizikal laman web dan saiz fail. Grafik yang terlalu besar tidak digalakkan untuk digunakan kerana ia akan melambatkan proses muat turun (download) melainkan jika perlu.

  • Kriteria Laman Web (Linda C. Joseph (1999)

    1.Tanggapan pertama (First impression)Tanggapan pertama adalah merupakan daya tarikan pengguna terhadap laman web sama ada ia mampu untuk menarik minat untuk terus dijelajah atau pun berhenti.

    2.NavigasiNavigasi adalah merupakan kebolehan sesebuah laman web sama ada mudah dijelajahi dan menyediakan kemudahan panduan yang cukup untuk pengguna.

    3.KandunganKandungan adalah merupakan faktor yang kritikal di dalam laman web di mana kandungan dinilai berdasarkan kepada kegunaan sesuatu kandungan itu atau pun tidak, kandungan kerap dikemaskini atau pun tidak, kandungan boleh diakses pada bila-bila masa dan kandungan yang bersesuaian dengan objektif pembinaan laman web tersebut.

  • 4. RekabentukRekabentuk adalah dinilai berdasarkan kepada penggunaan grafik yang sesuai dengan konteks kandungan laman web atau sebagai sokongan untuk teks kandungan. Selain itu, tulisan (jenis dan saiz), penggunaan warna, susun atur laman web dan juga audio yang bersesuaian dengan dengan konsep laman web.

    5.KomunikasiKomunikasi adalah merupakan saluran perhubungan yang terdapat di dalam sesebuah laman web dan dinilai dari sudut kemudahan yang disediakan seperti e-mel, menu perbincangan, perbualan (chatting) dan soalan yang lazim ditanya (FAQ).

  • 6. KelajuanKelajuan adalah merupakan masa untuk mengakses setiap kandungan berbentuk teks seperti dalam bentuk dokumen, acrobat dan power point. Kelajuan juga boleh dikategorikan sebagai masa untuk untuk mengakses kandungan berbentuk multimedia. Kelajuan dinilai dari segi masa untuk mencapai fail sesuatu dokumen bagi paparan di skrin pengguna.

    7. Maklumat tambahanMaklumat tambahan adalah merupakan kandungan maklumat lain yang relevan disediakan di dalam laman web berserta rangkaian (link) yang berkaitan.