manual kerja kursus syariah

15
TERHAD 930/4 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) SYARIAH (930/4) PENGGAL 2: JANUARI HINGGA MEI 2015 Buku panduan ini mengandungi 15 halaman bercetak © Majlis Peperiksaan Malaysia 2015 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Upload: smk-dato-sheikh-ahmad

Post on 16-Jul-2015

138 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manual kerja kursus syariah

1

TERHAD 930/4 STPM/S930

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(STPM)

MANUAL KERJA KURSUS

(KERJA PROJEK) SYARIAH (930/4)

PENGGAL 2: JANUARI HINGGA MEI 2015

Buku panduan ini mengandungi 15 halaman bercetak © Majlis Peperiksaan Malaysia 2015

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Page 2: Manual kerja kursus syariah

2

KANDUNGAN

Halaman 1 PENGENALAN 3 2 OBJEKTIF 3 2.1 Kemahiran kognitif 2.2 Kemahiran manipulatif 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills) 3 PELAKSANAAN KERJA PROJEK SYARIAH 3 6 3.1 Arahan Kerja Projek Syariah 3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam 3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2) 3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3) 3.6 Tanggungjawab Calon 4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 7 8 5 FORMAT PENULISAN 8 9 6 STRUKTUR PENULISAN 9 7 GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA PROJEK SYARIAH

9 11

8 LAMPIRAN 12 15

Page 3: Manual kerja kursus syariah

3

1 PENGENALAN Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon

persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Syariah wajib melaksanakan Kerja Projek Syariah (KPS) sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi kerja projek adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran kerja projek diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan.

2 OBJEKTIF Kerja Projek Syariah (KPS) ini diadakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon dalam; 2.1 Kemahiran kognitif iaitu:

(a) mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum syarak;

(b) mengistinbatkan hukum syarak daripada sumber yang disepakati atau yang tidak disepakati bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit;

(c) mengaplikasikan Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum;

(d) membuat penilaian dan rumusan tentang isu dalam bidang Syariah;

(e) menganalisis isu yang berkaitan dengan Pengajian Fiqh;

(f) mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan semasa dalam bidang Syariah.

2.2 Kemahiran manipulatif iaitu:

(a) mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada daripada sumber primer atau sumber sekunder;

(b) menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan bagi menyiapkan hasil kajian;

(c) memproses dan menganalisis data. 2.3 Kemahiran insaniah iaitu:

(a) mahir berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan;

(b) berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan;

(c) berupaya menyelesaikan masalah;

(d) berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif;

(e) berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik;

(f) berupaya menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel;

(g) berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi. 3 PELAKSANAAN KERJA PROJEK SYARIAH 3.1 Arahan Kerja Projek Syariah

(a) KPS wajib diambil oleh semua calon pada penggal kedua.

(b) Calon dikehendaki memilih/menyediakan satu tajuk berdasarkan tema yang dikenal pasti daripada bidang muamalat, munakahat, mirath, dan jenayah.

Page 4: Manual kerja kursus syariah

4

(c) Tema tersebut adalah seperti berikut: (i) Jual beli (ii) Khiyar (iii) Riba (iv) Ijarah (v) al-Rahn (vi) Syarikat (vii) Wakalah (viii) Wadi’ah (ix) Hibah (x) Wasiat (xi) Praperkahwinan (xii) Perkahwinan (xiii) Talak (xiv) ’Iddah dan Rujuk (xv) Konsep Mirath (xvi) Liabiliti Harta Pusaka (xvii) Waris dalam pembahagian harta pusaka (xviii) Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka (xix) Konsep jenayah (xx) Qisas (xxi) Diyat (xxii) Kaffarah (xxiii) Hudud (xxiv) Ta’zir 3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam

(a) Memastikan calon yang mengambil KPS telah dibimbing dan diselia oleh guru mata pelajaran

(b) Mengesahkan penulisan KPS calon telah dilaksanakan, dinilai, dan diberikan markah oleh guru mata pelajaran mengikut peraturan yang ditetapkan dengan menandatangani Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(d) Memberi kerjasama yang sewajarnya bagi menjayakan KPS

(e) Memastikan guru mata pelajaran menghantar markah penulisan KPS kepada Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan

(f) Mengesahkan markah penulisan KPS yang diperoleh calon dengan menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission

(g) Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan evidens penulisan KPS di sekolah

(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan

(i) Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan

Page 5: Manual kerja kursus syariah

5

3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran

(a) Memastikan bahawa semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KPS

(b) Memuat turun Manual KPS dari portal MPM

(c) Memastikan calon menghasilkan penulisan KPS secara individu

(d) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(e) Memantau kemajuan kerja penulisan KPS calon mengikut masa yang ditetapkan

(f) Membimbing calon dari aspek yang berikut: (i) memilih tema, (ii) mengenal pasti isu, (iii) menetapkan tajuk dan skop KPS, (iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan (v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan.

(g) Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/ maklumat, dan menghasilkan penulisan KPS

(h) Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KPS

(i) Memastikan calon tidak memplagiat atau meminta orang lain menghasilkan KPS

(j) Memastikan calon menghantar KPS pada masa yang ditetapkan

(k) Menyediakan dan menghantar Jadual Pembentangan KPS ke MPM dua minggu sebelum sesi penilaian pembentangan dijalankan

(l) Menyelia dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

(m) Menilai penulisan akhir KPS setiap calon, mengisi, dan memperakui BMKKC (Lampiran 4). Borang tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani, dan dihantar ke MPM selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan

(n) Mengisi dan menghantar markah KPS calon melalui e-submission ke MPM mengikut tarikh yang ditetapkan

(o) Menghantar surat iringan, BMKKC, dan BRKKC yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu

(p) Menghantar salinan BMKKC yang telah disahkan oleh pengetua ke MPM (u.p : Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM, Bgn. MPM, Persiaran 1, Bdr. Baru Selayang, 68100 Bt. Caves Selangor). Kegagalan menghantar maklumat tersebut akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KPS dan dianggap tidak mengambil kertas 930/4

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM

(b) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(c) Menyemak dan menilai penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon

(d) Menghantar markah penulisan KPS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan.

(e) Menyediakan sampel penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

Page 6: Manual kerja kursus syariah

6

(f) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan

(g) Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan

3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM

(b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan KPS dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan

(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(d) Menyemak penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon

(e) Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon dan BMKKC (Lampiran 4)

(f) Menghantar markah penulisan KPS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(g) Menyediakan sampel penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah

(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan

(i) Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan

3.6 Tanggungjawab Calon

(a) Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KPS

(b) Melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(c) Menghasilkan penulisan KPS secara individu

(d) Melaksanakan tugas berikut: (i) memilih tema, (ii) mengenal pasti isu, (iii) menetapkan tajuk dan skop KPS, (iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan (v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan.

(e) Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KPS

(f) Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/ pengumpulan maklumat dan pembentangan KPS

(g) Mengisi maklumat yang terdapat dalam BRKKC (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

(h) Menghantar hasil KPS kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

(i) Membentangkan hasil KPS dalam sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh pihak sekolah

Page 7: Manual kerja kursus syariah

7

4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon

19 Dis 2014 Muat naik Manual Kerja Kursus

Melayari portal MPM Melayari portal MPM

12 Jan hingga 10 April 2015

Pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan, pemeriksaan, dan pembentangan KPS

Menyampaikan taklimat tugasan kepada calon

Memaklumkan tarikh akhir penyerahan KPS mengikut arahan MPM

Membimbing calon mengenal pasti tema dan memilih isu, tajuk, dan skop KPS

Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft skill) yang dinilai

Membimbing calon melaksanakan tugasan

Menilai elemen kemahiran insaniah (soft skill)

Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan KPS

Membimbing calon memproses dan menganalisis data

Membimbing calon untuk menulis mengikut format yang ditetapkan

Memantau kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan dengan merekodkan dan menandatangani Borang BRKKC (Lampiran 3)

Membimbing calon membuat penambahbaikan

Menerima KPS daripada calon

Menilai pembentangan KPS mengikut skema yang ditetapkan oleh MPM

Menerima tugasan KPS dan pemakluman tarikh akhir penyerahan KPS

Memahami skop KPS Membincangkan tema, isu,

tajuk, dan skop KPS yang telah dikenal pasti, dipilih, dan ditetapkan bersama-sama dengan guru

Merancang jadual kerja Mengumpul data dan

maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik daripada pelbagai sumber

Menyusun dapatan (data dan maklumat)

Memproses data dan maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh

Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian

Membincangkan dapatan kajian dan menghubung-kaitkannya dengan teori yang bersesuaian

Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan

Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan KPS

Menyerahkan KPS mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru

Membentang KPS pada tarikh dan masa yang ditetapkan

Page 8: Manual kerja kursus syariah

8

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon

13 April hingga 13 Mei

2015

Pengisian dan penghantaran markah melalui e-submission

Membuat semakan dan penyelarasan semula markah bagi setiap calon

Menghantar markah KPS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission

Tidak berkenaan

2 Mac hingga 10 April 2015

Pemantauan Kerja Kursus oleh MPM

Mengemukakan sampel KPS untuk pemantauan markah oleh MPM

Tidak berkenaan

15 Okt 2016 Penyimpanan evidens

* Jadual ini terpakai juga untuk guru sekolah swasta

5 FORMAT PENULISAN 5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(TMK) untuk mencari maklumat tambahan. 5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan KPS mengikut format

berikut:

(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja

(b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm

(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)

(d) Langkau (spacing): 1.5

(e) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan.

5.3 Panjang penulisan antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan lampiran.

5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan. 5.5 Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi

permasalahan kajian, objektif kajian, kaedah kajian, dan dapatan utama kajian yang ditulis dalam satu perenggan.

5.6 Gaya penulisan rujukan dalam teks KPS hendaklah menggunakan sama ada sistem nota

kaki atau sistem pengarang-tarikh.

5.7 Susunan penulisan KPS adalah seperti berikut:

(a) Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)

(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

(d) Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

(e) Kerja Projek Syariah. 5.8 KPS yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan

seperti perkara 5.7 di atas.

Page 9: Manual kerja kursus syariah

9

6 STRUKTUR PENULISAN 6.1 Kandungan 6.2 Abstrak 6.3 Penghargaan 6.4 Pengenalan – latar belakang dan penyataan masalah kajian 6.5 Objektif kajian – penyataan objektif kajian 6.6 Kaedah kajian – huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan

menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya

6.7 Perbincangan dan dapatan kajian – huraian untuk mendapatkan dapatan kajian dengan

menghubung kait antara permasalahan kajian dengan konsep, prinsip, dan teori dalam bidang Syariah

6.8 Rumusan dan cadangan 6.9 Senarai rujukan 7 GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA PROJEK SYARIAH 7.1 MPM mengemukakan tiga tema. 7.2 Guru dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu, menetapkan tajuk, dan skop

tugasan daripada tema yang telah dipilih. 7.3 Jika calon menggunakan kajian lapangan, kajian itu hendaklah dihadkan kepada

kampung/bandar/ daerah/negeri sekolah calon sahaja Contoh:

Gambar Rajah Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Projek Syariah

Tema 1: Jual beli

Tema 2: Talak

Tema 3: Qisas

Calon pilih tema 2 Talak

Calon memilih satu tema, mengenal pasti isu, dan skop tugasan

A

Page 10: Manual kerja kursus syariah

10

A

Calon menentukan skop tugasan (Skop tugasan yang dimaksudkan ialah batasan kepada kerja projek yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan kerja projek berkenaan. Calon perlu menjelaskan batasan atau limitasi penghasilan kerja projeknya; seperti sampel kajian, tempoh kajian, dan limitasi tempat kajian)

Contoh: 1. Sampel kajian Kes-kes penceraian di Mahkamah Syariah Daerah Padang

Terap, Kedah 2. Tempoh kajian Dari Januari 2015 hingga Mac 2015 3. Limitasi tempat kajian Padang Terap Kedah

Calon menentukan objektif kajian (Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara yang diharap dapat dicapai pada akhir kajian. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, dan relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai)

Contoh: Menjelaskan konsep penceraian menurut perspektif Islam Mengenal pasti faktor peningkatan penceraian di Daerah Padang Terap,

Kedah

Calon mengenal pasti isu (Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri

sekolah calon jika menggunakan kajian lapangan)

Contoh: Peningkatan kes penceraian di Malaysia

Calon menentukan tajuk (Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti) Contoh:

Faktor peningkatan penceraian di Daerah Padang Terap, Kedah

B

Page 11: Manual kerja kursus syariah

11

Calon menentukan kaedah kajian Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan

maklumat, antaranya adalah seperti berikut: 1. Kajian perpustakaan/Dokumentasi Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada bahan bertulis, seperti

buku, majalah, akhbar, jurnal, dan lain-lain. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan Internet.

2. Soal Selidik Kaedah soal selidik ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan

lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik digunakan untuk memudahkan kajian yang hendak dilakukan. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan objektif kajian yang dilaksanakan untuk mendapat maklumat yang berkaitan. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian.

3. Temu bual Kaedah temu bual ialah proses menemu bual individu yang mempunyai

maklumat mengenai bidang kajian. Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan orang persendirian. Contoh temu bual secara formal seperti menemu bual Pendaftar Mahkamah Syariah, manakala temu bual tidak formal seperti menemu bual Imam, JKKK, dan orang awam di tempat kajian.

4. Pemerhatian Kaedah pemerhatian ialah proses mendapatkan maklumat melalui

pemerhatian dan penelitian terhadap proses, prosedur, peristiwa, perjalanan kes, gelagat, dan sebagainya.

Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian

Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dengan menghubungkait antara permasalahan kajian dengan objektif kajian dalam bentuk esei bertulis. Perbincangan mestilah disertakan dengan rujukan dan boleh disokong dengan jadual/carta/graf, dan sebagainya.

Calon menghasilkan rumusan kerja projek Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan. Calon juga diharapkan dapat menunjukkan sejauh mana dapatan kajian yang dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan. Calon juga boleh menyatakan kepentingan (signifikan) kajian dan cadangan daripada hasil kajian yang telah dijalankan.

B

Page 12: Manual kerja kursus syariah

12

8 Lampiran

Lampiran 1 TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA PROJEK

PENGGAL 2 TAHUN 2015 MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH

TAJUK: FAKTOR PENINGKATAN PENCERAIAN DI DAERAH PADANG TERAP, KEDAH.

NAMA CALON

NOMBOR KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON

NAMA GURU/ PEMERIKSA

TANDATANGAN GURU/PEMERIKSA

TARIKH

TERHAD

Page 13: Manual kerja kursus syariah

13

Lampiran 2 TERHAD BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2015

MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan dilampirkan bersama-sama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat Kerja Kursus Calon

Makluman kepada calon: Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja projek tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek............................................. tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ...................... di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja projek mata pelajaran ........................................ (untuk calon persendirian individu). Tandatangan Calon Tarikh

Perakuan oleh Guru/Penilai: Saya mengesahkan bahawa kerja projek............................................. telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh

TERHAD

Page 14: Manual kerja kursus syariah

14

Lampiran 3 TERHAD

BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2015

MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran: ........................................ No. Kad Pengenalan: ...............................

Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan

Kerja Projek (diisi oleh calon)

Ulasan Guru Tandatangan Guru

Tandatangan Calon

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Mata Pelajaran: ......................................... Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja projek bagi mata pelajaran Syariah Tahun 2015 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: .............................................

Nama Guru: .......................................................

Tarikh: .......................................

Cap Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan kerja projek.

TERHAD

Page 15: Manual kerja kursus syariah

15

Lampiran 4 TERHAD BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2015

MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: .......................................

No. Kad Pengenalan: .................................................

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)

Kriteria Penilaian Markah Penuh

Markah Guru/Pemeriksa

Markah Penyelaras

A. Penulisan 1. Abstrak 4 2. Pengenalan 4 3. Objektif Kajian 4 4. Kaedah Kajian 4 5. Perbincangan dan Dapatan Kajian 20 6. Rumusan dan Cadangan 4 7. Senarai Rujukan 3 8. Kemahiran Manipulatif 3 9. Kemahiran Insaniah 4

B. Pembentangan dan Soal Jawab 1. Pembentangan Kerja Projek 4 2. Soal Jawab 2 3. Kreativiti 2 4. Keterampilan 2 Jumlah Markah 60

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: ..................................... Nama: .................................................................. Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. Tarikh: ................................................................. No. Telefon (sekolah) : ..................................... (bimbit) : .....................................

No. Telefon (sekolah) : .................................... (bimbit) : ....................................

Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

TERHAD