manual kerja kursus 9105 2016

Upload: ngauhw

Post on 05-Jul-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    1/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    PEPERIKSAANSIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    ( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

    Manual Kerja Kursus (Kerja Projek)

    Bahasa Melayu

    Kertas 5 (910/5)

    Penggal 3 Tahun 2016

    PERINGATAN:

     Manual ini adalah khas untuk kegunaan  guru  atau  pemeriksa  dan  calon  sahaja dan  tidak boleh 

    dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

    Manual ini terdiri daripada 33 halaman bercetak.

    © Hak cipta Majlis Peperiksaan Malaysia 2016

     MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA( MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) 

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    2/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    2 TERHAD 

    KANDUNGANPerkara Halaman

    BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA1 Pengenalan 3

    2 Objektif 3

    3 Pelaksanaan Kerja Kursus3.1 Arahan Kerja Kursus

    3.2 Tanggungjawab Pengetua

    3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

    3.4 Tanggungjawab Pemeriksa3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu

    3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta

    BAHAGIAN II: CALON

    3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan3.6.1 Penulisan esei ilmiah3.6.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

    3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta3.7.1 Penulisan esei ilmiah3.7.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

    3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu3.8.1 Penulisan esei ilmiah3.8.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

    3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus

    33

    3

    4

    555

    6

    777

    888

    999

    94 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus

    4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan4.2 Sekolah Swasta4.3 Calon Persendirian Individu

    10

    101216

    5 Format Penulisan 18

    6 Struktur Penulisan 18

    7 Penskoran 19

    8 Kerangka Konseptual Penghasilan Kerja Kursus (Penulisan Esei Ilmiah) BahasaMelayu

    20

    9 Borang yang Digunakan 21

    10 Contoh Tajuk 21

    Lampiran 1: Struktur Penulisan Esei IlmiahLampiran 2: Muka Hadapan Kerja KursusLampiran 3: Borang Perakuan CalonLampiran 4: Borang Rekod Kerja Kursus Calon

    Lampiran 5: Borang Markah Kerja Kursus CalonLampiran 6: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon

    22242526

    2731

    Tema Kerja Kursus 2016 32

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    3/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    3 TERHAD 

    1  PENGENALAN

    Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus bagimata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 17%. Markahkerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3

     bagi tujuan penggredan mata pelajaran.

    2 OBJEKTIF

    Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dankeupayaan calon untuk

    2.1 memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu

    2.2 menerapkan domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini

    2.3 menerapkan kesedaran bahawa pembelajaran mata pelajaran ini adalah berasaskan pembelajaran sepanjang penggal

    3  PELAKSANAAN KERJA KURSUS

    3.1  Arahan Kerja Kursus

    (a)  Kerja kursus bahasa Melayu (penulisan esei ilmiah) wajib dilaksanakan oleh semuacalon pada penggal 3.

    (b)  Calon dikehendaki menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yangditetapkan oleh MPM.

    (c)  Tema penulisan esei ilmiah terdiri daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran.

    (d)  Tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran bagi penggal 3 juga boleh dijadikan tema kajianesei ilmiah oleh pihak MPM. Jika demikian, tajuk-tajuk yang berkenaan hendaklahdiajarkan pada awal penggal 3.

    (e)  Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang penggal 3.

    3.2 Tanggungjawab Pengetua

    (a) Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah

    (b) Memastikan semua calon yang menghasilkan penulisan esei ilmiah mendapat bimbingan daripada guru

    (c) Memastikan pelaksanaan penulisan esei ilmiah diserapkan dalam strategi pengajaran

    dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan

    (d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan penulisan esei ilmiah calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon

    (e) Memastikan penulisan esei ilmiah dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yangditetapkan

    (f) Memastikan penulisan esei ilmiah calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yangditetapkan

    (g) Memastikan guru menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPMmengikut tarikh yang ditetapkan

    (h) Mengesahkan markah penulisan esei ilmiah yang diperoleh calon denganmenandatangani borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)

    BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    4/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    4 TERHAD 

    (i) Memastikan guru menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah

    (j) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan esei ilmiah calondi sekolah

    (k) Memastikan guru menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

    (l) Memastikan evidens penulisan esei ilmiah calon dilupuskan dalam tempoh enam bulanselepas tarikh keputusan STPM diumumkan

    3.3  Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

    (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yangdisediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

    (b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah

    (c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang

    ditetapkan oleh MPM

    (d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah

    (e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan eseiilmiah

    (f) Mengisi borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4) pada setiap kali sesi pertemuandiadakan

    (g) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah

    (h) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih

    (i) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah tanpa meniru, menyalin, ataumenciplak esei daripada mana-mana sumber

    (j) Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewat-lewatnya pada 19/09/2016 untuk disemak dan dinilai

    (k) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh kumpulan calon

    (l)  Mengadakan sesi pembentangan mulai 3/9/2016 hingga 21/9/2016 

    (m)  Menilai pembentangan calon dan memberikan markah secara individu

    (n) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3) yang telah ditandatangani olehcalon, borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4), borang markah kerja kursus calon

    (lampiran 5), dan borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) 

    (o) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan

     perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan(p) Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewat-lewatnya

    seminggu selepas penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan satu salinanborang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus guru)

    (q) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat hinggatarikh keputusan STPM diumumkan

    (s) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepastarikh keputusan STPM diumumkan

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    5/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    5 TERHAD 

    3.4 Tanggungjawab Pemeriksa(Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)

    3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta

    (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu

    yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon(b) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon

    sebelum sesi pembentangan

    (c) Menghadiri sesi pembentangan penulisan esei ilmiah mengikut jadual yangdiberikan oleh guru sekolah swasta

    (d) Menilai pembentangan calon secara individu

    (e) Menandatangani borang markah kerja kursus calon (lampiran 5) dan borangrumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)

    (f) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM denganmenggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

    (g) Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)  selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah. (Pemeriksa mestilahmenyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail

    kerja kursus pemeriksa)

    (h) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan daritarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagisekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei

    ilmiah sahaja)

    (i) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulanselepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak

    dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei ilmiah sahaja)

    3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu

    (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayuyang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

    (b) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurangnya-kurangnya dua kali, iaitukali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi semasa penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan

    (c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan eseiilmiah

    (d) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiahkepada calon

    (e) Memastikan calon menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang

    ditetapkan

    (f) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calonsebelum sesi pembentangan

    (g) Merancang jadual pembentangan penulisan esei ilmiah dan memaklumkannyakepada calon

    (h) Mengadakan sesi pembentangan penulisan esei ilmiah

    (i) Menilai pembentangan calon

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    6/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    6 TERHAD 

    (j) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM denganmenggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

    (k) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3), borang rekod kerja kursuscalon (lampiran 4), borang markah kerja kursus calon (lampiran 5), dan borangrumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)

    (l) Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewat-

    lewatnya seminggu selepas penghantaran markah. (Pemeriksa mestilahmenyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail

    kerja kursus pemeriksa) 

    (m) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan daritarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

    (n) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulanselepas tarikh keputusan STPM diumumkan

    3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta

    (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang

    disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

    (b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah

    (c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yangdiberikan oleh MPM

    (d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah

    (e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan eseiilmiah

    (f) Mengisi borang rekod kerja kursus calon pada setiap kali sesi pertemuan diadakan

    (g) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah

    (h) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih

    (i) Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewat-lewatnya pada 19/09/2016 untuk disemak oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM

    (j) Menyerahkan penulisan esei ilmiah yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yangdilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai

    (k)  Menyusun jadual pembentangan dan memaklumkannya kepada pemeriksa yang dilantikoleh MPM. Pembentangan hendaklah diadakan mulai 3/10/2016 hingga 14/10/2016. 

    (l)  Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 3) yang telah ditandatangani olehcalon dan borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 4)

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    7/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    7 TERHAD 

    3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

    3.6.1 Penulisan esei ilmiah

    (a)  Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayuyang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

    (b)  Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah

    (c)  Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untukmelaksanakan penulisan esei ilmiah

    (d)  Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan

    (e)  Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama denganguru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

    (f)  Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah

    (g)  Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikutformat yang ditetapkan oleh MPM (rujuk lampiran 1)

    (h)  Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untukmembincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan

    merekodkannya dalam borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4)

    (i)  Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3)

    (j)  Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah

    (k)  Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik

    (l)  Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripadasyarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada

    (m)  Melampirkan borang soal selidik, jika ada

    (n)  Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada gurumengikut tarikh yang ditetapkan

    3.6.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

    (a)  Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan olehsetiap ahli mengikut bahagian masing-masing.

    (b)  Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama 5

    hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab bagi setiap kumpulan.

    (c)  Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalanhendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab. 

    (d)  Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku. 

    (e)  Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi

     penting sahaja.

    (f)  Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.

    (g)  Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.

    (h)  Bahan pembentangan mestilah  dimasukkan dalam bahagian lampiran  eseiilmiah.

    BAHAGIAN II: CALON

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    8/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    8 TERHAD 

    3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta

    3.7.1 Penulisan esei ilmiah

    (a)  Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayuyang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

    (b)  Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah

    (c)  Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untukmelaksanakan penulisan esei ilmiah

    (d)  Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan

    (e)  Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama denganguru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

    (f)  Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah

    (g)  Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikutformat yang ditetapkan oleh MPM (rujuk lampiran 1)

    (h)  Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untukmembincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah danmerekodkannya dalam borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4)

    (i)  Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3)

    (j)  Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah

    (k)  Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik

    (l)  Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripadasyarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada

    (m)  Melampirkan borang soal selidik, jika ada

    (n)  Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepadaguru mengikut tarikh yang ditetapkan

    3.7.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

    (a)  Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan olehsetiap ahli mengikut bahagian masing-masing.

    (b)  Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama5 hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab bagi setiap kumpulan.

    (c)  Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan

    hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.

    (d)  Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku. 

    (e)  Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja.

    (f)  Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.

    (g)  Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.

    (h)  Bahan pembentangan mestilah  dimasukkan dalam bahagian lampiran  eseiilmiah.

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    9/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    9 TERHAD 

    3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu

    3.8.1 Penulisan esei ilmiah

    (a)  Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayuyang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

    (b)  Menghadiri pertemuan dengan pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan

    (c)  Mendengar penerangan pemeriksa mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah

    (d)  Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan pemeriksa berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

    (e)  Merancang jadual kerja

    (f)  Menyediakan penulisan esei ilmiah secara individu  berdasarkan tajuk yangdipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk lampiran 1)

    (g)  Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik

    (h)  Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada

    syarikat atau institusi, jika ada(i)  Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3)

    (j)  Melampirkan borang soal selidik, jika ada

    (k)  Menghantar penulisan esei imliah (berserta dengan disket atau CD) kepada pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan

    3.8.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

    (a)  Esei ilmiah yang dihasilkan secara individu perlu dibentangkan pada tarikh dantempat yang ditetapkan oleh pemeriksa.

    (b)  Setiap calon dikehendaki membuat pembentangan selama 10 hingga 15 minit.5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab.

    (c)  Dalam sesi soal jawab, calon wajib menjawab semua soalan yang dikemukakanoleh pemeriksa atau rakan calon yang lain.

    (d)  Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku. 

    (e)  Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja.

    (f)  Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.

    (g)  Bahan pembentangan mestilah  dimasukkan dalam bahagian lampiran  esei

    ilmiah.

    3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus

    (a) Calon mestilah menghasilkan penulisan esei ilmiah sendiri, berdasarkan tema yangditetapkan oleh MPM, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber.

    (b) Perbincangan tajuk dan kaedah penulisan esei boleh diadakan dalam waktu P&P. Namundemikian, calon mesti menulis esei sendiri, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak.

    (c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei, calonakan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan.

    (d) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan eseidaripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan.

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    10/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    10 TERHAD 

    4  JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS

    4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

    Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan

    1/6/16

    hingga12/6/16

     Manual kerja

    kursus

     Melayari portal MPM

    untuk memuat turunManual Kerja KursusBahasa Melayu yangdisediakan oleh MPMuntuk guru, pemeriksa,dan calon

     Melayari portal MPM

    untuk memuat turunManual Kerja KursusBahasa Melayu yangdisediakan oleh MPMuntuk guru, pemeriksa,dan calon

    MPM memuat

    naik manual pada31/5/2016.

    13/6/16hingga17/6/16

     Pengenalan penulisan eseiilmiah

     Memberikan penerangankepada calon tentang pelaksanaan penulisanesei ilmiah dari aspek

    tugasan dan tarikh akhir penyerahan tugasan

     Mendengar peneranganguru mengenai aspektugasan yang perludilaksanakan

     Memahami skop tugasan Merancang jadual kerja

     Penentuantajuk penulisanesei ilmiah

     Membimbing calonmenentukan tajuk penulisan esei ilmiahyang relevan dengan temayang dipilih

     Membincangkan penentuan tajuk bersama-sama denganguru berdasarkan temayang dipilih

    20/6/16hingga18/9/16

     P&P dan pelaksanaan penulisan eseiilmiah

      Mengadakan sesi P&P didalam bilik darjahtentang penulisan eseiilmiah

     Mengikuti sesi P&P danmempelajari teknik penulisan esei ilmiah

      Membimbing calonmelaksanakan tugasan

      Melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yangditentukan

      Mengadakan pertemuandengan guru untukmendapatkan bimbingan

    Guru dan calonmestimerekodkan butiran perjumpaandalam lampiran4.

      Menilai elemenkemahiran insaniah

     Mengumpul data danmaklumat yangdiperoleh daripada

     pelbagai sumber Menyusun dapatan

     Mempersembahkan datadalam bentuk penulisan

    esei ilmiah mengikutformat yang telah

    ditetapkan

     Menyemak danmembuat penambahbaikanterhadap kualiti

     penulisan esei ilmiah

    Penilaiankemahiran

    insaniah

    dilakukansepanjang pelaksanaan penulisan esei

    ilmiah.

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    11/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    11 TERHAD 

    Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan

    19/9/16hingga30/9/16

     Penghantaran, penyemakan,dan penilaian penulisan esei

    ilmiah

     Menerima penulisan eseiilmiah daripada setiapkumpulan calon

     Menghantar penulisanesei ilmiah mengikuttarikh yang telahditetapkan kepada guru

    Calon bolehmenghantar penulisan eseiilmiah sebaik

    sahaja siap tanpa perlu menunggutarikh akhir penghantaran.

    Guru hendaklahmenyemak danmenilai penulisanesei ilmiah calon

    sebaik sahajamereka

    menghantarnyatanpa perlu

    menunggusehingga tarikhakhir

     penghantaran.

    Guru perlumenyemak penulisan eseiilmiah calonsebelum sesi pembentangandijalankan.

     Menyemak dan menilaikerja kursus setiapkumpulan calon mengikutkriteria penilaian yangditetapkan oleh MPM

     Menyediakan bahanuntuk pembentangan

    3/9/16hingga21/9/16

     Pembentanganoleh calon

     Penilaian olehguru

     Menilai pembentangan penulisan esei ilmiahcalon secara individu

     Membentangkan penulisan esei ilmiahdalam masa 5 hingga 10minit seorang padatarikh dan masa yangditetapkan

    26/9/16hingga

    26/10/16

      Penghantaranmarkahkeseluruhankepada MPM

      Menghantar markah penulisan dan pembentangan eseiilmiah kepada MPMdengan menggunakan

     perisian e-submission 

     Tidak berkenaan

     November2016

    hinggaOktober

    2017

     Penyimpananevidens

      Menyimpan evidens penulisan esei ilmiahcalon di sekolah daritarikh penyelarasan tamathingga enam bulanselepas keputusan STPM

    diumumkan

      Tidak berkenaan

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    12/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    12 TERHAD 

    4.2 Sekolah Swasta

    Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan CalonTindakan

    PemeriksaCatatan

    1/6/16hingga12/6/16

     Manual

    kerja kursus

     Melayari portal

    MPM untukmemuat turunManual Kerja

    Kursus BahasaMelayu yangdisediakan oleh

    MPM untukguru, pemeriksa,

    dan calon

     Melayari portal

    MPM untukmemuat turunManual Kerja

    Kursus BahasaMelayu yangdisediakan oleh

    MPM untuk guru, pemeriksa, dan

    calon

     Melayari portal

    MPM untukmemuat turunManual Kerja

    Kursus BahasaMelayu yangdisediakan

    oleh MPMuntuk guru,

     pemeriksa, dancalon

    MPM memuatnaik manual pada 31/5/2016.

    13/6/16hingga17/6/16

     Pengenalan

     penulisanesei ilmiah

      Memberikan

     penerangankepada calontentang pelaksanaan penulisan eseiilmiah dariaspek tugasandan tarikh akhir penyerahantugasan

      Mendengar

     penerangan gurumengenai aspektugasan yang perludilaksanakan

      Memahami skoptugasan

      Merancang jadualkerja

      Tidak

     berkenaan

     Penentuantajuk

     penulisanesei ilmiah

     Membimbingcalon

    menentukan tajuk penulisan eseiilmiah yangrelevan dengantema yang dipilih

     Membincangkan penentuan tajuk

     bersama-samadengan guru berdasarkan temayang dipilih

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    13/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    13 TERHAD 

    Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan CalonTindakan

    PemeriksaCatatan

    20/6/16hingga18/9/16

     P&P dan pelaksanaan penulisan

    esei ilmiah

      Mengadakan sesiP&P di dalam bilik darjah

    tentang penulisanesei ilmiah

      Mengikuti sesi P&Pdan mempelajariteknik penulisan

    esei ilmiah

     Tidak berkenaan

      Membimbingcalonmelaksanakantugasan

      Melaksanakantugasan berdasarkan tajukyang ditentukan

      Mengadakan pertemuan denganguru untuk

    mendapatkan

     bimbingan

    Guru dan calonmestimerekodkan butiran perjumpaandalam lampiran4.

      Menilai elemenkemahiraninsaniah

      Mengumpul datadan maklumat yangdiperoleh daripada pelbagai sumber

      Menyusun dapatan

      Mempersembahkandata dalam bentuk penulisan eseiilmiah mengikut

    format yang telahditetapkan

      Menyemak danmembuat

     penambahbaikanterhadap kualiti penulisan eseiilmiah

     Tidak berkenaan

    Penilaian

    kemahiraninsaniahdilakukan

    sepanjang pelaksanaan

     penulisan eseiilmiah.

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    14/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    14 TERHAD 

    Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan CalonTindakan

    PemeriksaCatatan

    19/9/16hingga30/9/16

     Penghantaran, penyemakan,

    dan penilaian

     penulisan eseiilmiah

      Menerima penulisan eseiilmiah daripada

    setiap kumpulancalon untukdiserahkan kepada pemeriksa

      Menghantar penulisan eseiilmiah mengikut

    tarikh yang telahditetapkankepada guru

     Menerima penulisan eseiilmiah

    daripada gurusekolah swasta

    Calon bolehmenghantar penulisan esei

    ilmiah sebaiksahaja siap tanpa perlu menunggutarikh akhir penghantaran.

    Pemeriksa

    hendaklahmenyemak danmenilai penulisanesei ilmiah calonsebaik sahaja

    merekamenghantarnya

    tanpa perlumenunggusehingga tarikhakhir penghantaran.

    Pemeriksa perlumenyemak penulisan eseiilmiah calonsebelum sesi

     pembentangandijalankan.

      Menyediakan jadual pembentangandanmemaklumkannyakepada pemeriksa

      Menyediakan bahan untuk pembentangan

     Menyemakdan menilaikerja kursussetiapkumpulancalonmengikutkriteria penilaian yang

    ditetapkanoleh MPM

    3/10/16

    hingga14/10/16

     Pembentanganoleh calon

     Penilaian oleh pemeriksa

     Tidak berkenaan  Membentangkan penulisan esei

    ilmiah dalam masa5 hingga 10 minit

    seorang padatarikh dan masayang ditetapkan

     Menilai pembentangan

     penulisan eseiilmiah calon

    secaraindividu

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    15/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    15 TERHAD 

    Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan CalonTindakan

    PemeriksaCatatan

    14/10/16hingga

    28/10/16

      Penghantaranmarkahkeseluruhankepada MPM

      Tidak berkenaan  Tidak berkenaan  Menghantarmarkah penulisan dan pembentangan

    esei ilmiahkepada MPM

    denganmenggunakan perisiane-submission 

     November2016

    hinggaOktober

    2017

      Penyimpananevidens

      Menyimpanevidens penulisan esei

    ilmiah calon disekolah dari

    tarikh penyelarasantamat hingga

    enam bulanselepaskeputusan STPMdiumumkan(bagi sekolahswasta yang

    dibenarkan

    menyimpan

    evidens

     penulisan esei

    ilmiah)

      Tidak berkenaan  Menyimpanevidens penulisan esei

    ilmiah calon disekolah dari

    tarikh penyelarasantamat hingga

    enam bulanselepaskeputusanSTPMdiumumkan

    (bagi sekolahswasta yang

    tidak

    dibenarkan

    menyimpan

    evidens

     penulisan esei

    ilmiah)

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    16/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    16 TERHAD 

    4.3 Calon Persendirian Individu

    Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

    1/6/16hingga12/6/16

     Manual kerjakursus

      Melayari portal MPMuntuk memuat turunManual Kerja KursusBahasa Melayu yangdisediakan oleh MPMuntuk guru, pemeriksa,dan calon

      Menghubungi calon persendirian individuyang ditetapkan olehMPM untukmemaklumkan tarikh,masa, dan tempat untuk

     bertemu

      Melayari portal MPMuntuk memuat turunManual Kerja KursusBahasa Melayu yangdisediakan oleh MPMuntuk guru, pemeriksa,dan calon

    MPM memuatnaik manual pada31/5/2016.

    13/6/16hingga17/6/16

     Pengenalan penulisan esei

    ilmiah

      Mengadakan pertemuandengan calon

     persendirian individuuntuk memberikan

     penerangan tentang pelaksanaan penulisanesei ilmiah, dari aspek

    tugasan dan tarikh akhir penyerahan tugasan

      Bertemu dengan pemeriksa untuk

    mendapatkan maklumattentang pelaksanaan

     penulisan esei ilmiahdari aspek tugasan yang perlu dilaksanakan dan

    tarikh akhir penyerahantugasan

      Memahami skop

    tugasan  Merancang jadual kerja

     Penentuan tajuk penulisan eseiilmiah

     Membimbing calonmenentukan tajuk penulisan esei ilmiahyang relevan dengantema yang dipilih

      Membincangkan penentuan tajuk bersama-sama dengan pemeriksa berdasarkantema yang dipilih

    20/6/16hingga18/9/16

     Pelaksanaan penulisan eseiilmiah

      Tidak berkenaan  Melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yangditentukan

     Mengumpul data danmaklumat yangdiperoleh daripada

     pelbagai sumber

     Menyusun dapatan

     Mempersembahkan datadalam bentuk penulisanesei ilmiah mengikutformat yang telahditetapkan

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    17/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    17 TERHAD 

    Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

     Menyemak dan membuat penambahbaikanterhadap kualiti penulisan esei ilmiah

    19/9/16hingga30/9/16

     Penghantaran, penyemakan, dan penilaian penulisan eseiilmiah

     Menerima penulisan eseiilmiah daripada setiapcalon

     Menghantar penulisanesei ilmiah mengikuttarikh yang telahditetapkan kepada pemeriksa

    Calon bolehmenghantar penulisan eseiilmiah sebaiksahaja siap tanpa perlu menunggutarikh akhir penghantaran.

    Pemeriksa

    hendaklah

    menyemak danmenilai penulisanesei ilmiah calonsebaik sahajamerekamenghantarnya

    tanpa perlumenunggusehingga tarikhakhir penghantaran.

    Pemeriksa perlu

    menyemak penulisan esei

    ilmiah calonsebelum sesi pembentangandijalankan.

     Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah

    setiap calon mengikutkriteria penilaian yang

    ditetapkan oleh MPM

     Menyediakan bahanuntuk pembentangan

    3/10/16hingga

    14/10/16

     Pembentanganoleh calon

     Penilaian oleh

     pemeriksa

     Menilai pembentangan penulisan esei ilmiahcalon secara individu

     Membentangkan penulisan esei ilmiahdalam masa 10 hingga 20minit seorang pada

    tarikh, masa, dan ditempat yang ditetapkan

    14/10/16hingga

    28/10/16

     Penghantaranmarkahkeseluruhankepada MPM

      Menghantar markah penulisan dan pembentangan eseiilmiah kepada MPMdengan menggunakan perisian e-submission 

     Tidak berkenaan

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    18/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    18 TERHAD 

    Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

     November2016 hingga

    Oktober2017

      Penyimpananevidens

      Menyimpan evidens penulisan esei ilmiahcalon di sekolah daritarikh penyelarasan tamat

    hingga enam bulanselepas keputusan STPMdiumumkan

      Tidak berkenaan

    5  FORMAT PENULISAN

    (a) Panjang esei ilmiah hendaklah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, tidak termasuk

    lampiran dan bibliografi.

    (b) Jika menggunakan komputer, calon dikehendaki mematuhi format seperti yang berikut:

    (i)  Saiz huruf: 12

    (ii)  Jenis font: Times New Roman 

    (iii)  Langkau: Dua

    (iv)  Margin:

      Kiri- 1.5"   Atas- 1"

      Kanan- 1"   Bawah- 1"

    (v)  Saiz kertas: A4

    (c) Calon juga boleh menghasilkan esei dengan tulisan tangan.

    6  STRUKTUR PENULISAN

    Penulisan esei ilmiah oleh calon perlulah mengandungi perkara-perkara yang berikut:

    (Rujuk lampiran 1)

    1. Tajuk kajian 8. Batasan Kajian

    2. Senarai Kandungan 9. Kaedah Kajian

    3. Penghargaan 10. Dapatan Kajian

    4. Pengenalan 11. Rumusan Kajian

    5. Objektif Kajian 12. Penutup

    6. Kepentingan Kajian 13. Bibliografi/Nota akhir

    7. Skop Kajian 14. Lampiran

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    19/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    19 TERHAD 

    7  PENSKORAN

    (a)  Pemarkahan Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan

    Pemarkahan penulisan esei ilmiah bagi setiap kumpulan  hendaklah dibuat berdasarkan perkara dalam jadual yang berikut:

     Bil. Perkara

    1. Tajuk Kajian

    2. Senarai Kandungan

    3. Penghargaan

    4. Pengenalan

    5. Objektif Kajian

    6. Kepentingan Kajian

    7. Skop Kajian

    8. Batasan Kajian

    9. Kaedah Kajian10. Dapatan Kajian

    11. Rumusan Kajian

    12. Penutup

    13. Lampiran

    14. Bibliografi/Nota akhir

    15. Bahasa

    (b)  Pemarkahan Pembentangan Esei Ilmiah

    Pemarkahan bagi pembentangan esei ilmiah untuk setiap calon hendaklah dibuat berdasarkan perkara dalam jadual yang berikut:

     Bil. Perkara

    1. Kerelevanan

    2. Kelancaran

    3. Keterampilan

    4. Kebahasaan

    5. Penggunaan Alat/Bahan Bantu

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    20/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    20 TERHAD 

    8 KERANGKA KONSEPTUAL PENGHASILAN KERJA KURSUS

    (PENULISAN ESEI ILMIAH) BAHASA MELAYU

    Tema 1: Fonetik dan Fonologi

    Tema 2: Pragmatik

    Calon memilih tema

    Tema 1: Fonetik dan Fonologi

    Calon merumuskan kajian

    Calon menjelaskan dapatan kajian

    Calon menentukan batasan kajian

    Calon menentukan skop kajian

    Calon menentukan kepentingan kajian

    Calon menentukan objektif kajian

    Calon menentukan tajuk kajian

    Calon mengenal pasti isu

    Calon menentukan kaedah kajian

    Calon menutup kajian

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    21/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    21 TERHAD 

    9  BORANG YANG DIGUNAKAN

    Terdapat empat jenis borang yang digunakan untuk menilai kerja kursus ini, iaitu:

    (i) Muka hadapan kerja kursus (lampiran 2)

    (ii) Borang perakuan calon (lampiran 3)

    (iii) Borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4)

    (iv) Borang markah kerja kursus calon (lampiran 5)

    (v) Borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)

    10  CONTOH TAJUK

    Bidang Kajian Esei Ilmiah Tahun 20XX

     Bil Skop Kajian Contoh Tajuk Kajian

    1 Bahasa Melayu

    Klasik

      Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dari Abad ke-15

    hingga Abad ke-19

      Sejarah Perkembangan Ejaan Bahasa Melayu pada zamanBahasa Melayu Klasik

      Perkembangan Aksara Jawi pada Zaman Bahasa MelayuKlasik

    2 Morfologi   Penggunaan Kata Ganti Nama Diri dalam KalanganMasyarakat Melayu

      Kosa Kata Asing dalam Dialek Daerah X  

      Kesalahan Morfologi dalam Media Cetak

    Catatan:

    Tajuk kajian boleh merentasi bidang. Contohnya, tajuk Kosa Kata Asing dalam Daerah X  boleh juga dikaji dari sudut morfologi, atau dari aspek sejarah perkembangan bahasa Melayu ataugabungan kedua-dua bidang.

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    22/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    22 TERHAD 

    Lampiran 1

    Struktur Penulisan Esei Ilmiah

    Skop kajian: Bahasa Melayu Klasik

    (a)  Tajuk Kajian

    Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dari Abad ke-15 hingga Abad ke-16

    (b)  Senarai Kandungan

    Menyenaraikan kandungan yang terdapat dalam esei yang ditulis, bermula daripadasenarai kandungan hingga bibliografi/rujukan

    (c)  PenghargaanMenyatakan penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

    dalam penulisan esei

    (d)  1.0 PengenalanMenyatakan gambaran khusus tentang aspek penting yang akan dibincangkan dalam

    esei

    (e)  2.0 Objektif KajianMenjelaskan tujuan kajian berdasarkan tajuk esei

    (f)  3.0 Kepentingan Kajian

    (g)  4.0 Skop Kajian

    (h)  5.0 Batasan Kajian

    (i)  6.0 Kaedah KajianMenghuraikan cara untuk melaksanakan kajian secara literatur

    (j)  7.0 Dapatan Kajian Memaparkan dan menghuraikan hasil kajian, contohnya:

    7.1 Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan dan perdagangan antara kerajaan

    Melayu dengan pihak Barat, seperti Portugis, Belanda, Inggeris, dan Perancis.

    −  Buktinya, Sultan Acheh menghantar surat kepada pihak Inggeris denganmenggunakan bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.

    −  Pihak Barat menggunakan bahasa Melayu dalam surat-menyurat, misalnyasurat daripada Harry Middleton kepada Raja Acheh dalam abad ke-17dengan menggunakan bahasa Melayu.

    7.2 Bahasa Melayu digunakan dalam penulisan pelbagai ilmu pengetahuan.

    −   Naskhah-naskhah Melayu dalam pelbagai ilmu, seperti perubatantradisional, hikayat, syair, undang-undang, ketatanegaraan, dan sebagainya.

    7.3 Kerajaan-kerajaan Melayu yang ada di Asia Tenggara, seperti Acheh, Melayu,dan Pasai dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Arab.

    −  Kepesatan perdagangan menyebabkan bahasa Melayu menjadi terkenal dandigunakan sebagai bahasa perhubungan utama.

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    23/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    23 TERHAD 

    7.4 Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah menerima bahasa asing.

    −  Penyerapan unsur bahasa asing, seperti bahasa Hokkien, Arab, Portugis,

    Belanda, dan sebagainya ke dalam bahasa Melayu.

    7.5 Tokoh-tokoh Barat turut berminat terhadap bahasa Melayu dan menjalankan pelbagai kajian tentang bahasa Melayu. Lahir tokoh-tokoh Barat yangterkemuka, contohnya:

    −  Sheallabear dan Hooykas dalam bidang sastera−  Wilkinson dan Winstedt dalam bidang bahasa−  Winstedt dan Skinner dalam bidang budaya

    (k)  8.0 Rumusan KajianMenjelaskan kesimpulan yang dibuat, sama ada memenuhi objektif kajian atau tidak

    (l)  9.0 Penutup 

    (m)  Bibliografi/Nota akhirMenyenaraikan rujukan yang relevan dalam kajian

    (n)  Lampiran Lampiran merupakan bahan sokongan terhadap kajian, seperti foto, salinan naskhah,surat, dan sebagainya.

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    24/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    24 TERHAD 

    Lampiran 2

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016

    PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

    PENGGAL 3 TAHUN 2016

    MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5)

    TEMA

     NAMA, NOMBOR

    KAD PENGENALAN,DAN ANGKA GILIRAN

    CALON

    1. 

    2. 

    3. 

    4. 

    ALAMAT SEKOLAH/ALAMAT CALON

     NAMA GURU/PENILAI

    TANDATANGAN

    GURU/PENILAI

    TARIKH

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    25/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    25 TERHAD 

    Lampiran 3BPC

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

    KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

    Borang Perakuan Calon

    Mata pelajaran: Bahasa Melayu

    Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar

    kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang

    dihasilkan.

    Makluman kepada Calon:Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerjakursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi

    menghasilkan kerja kursus tersebut.

    Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana

     pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan pemeriksa yang dilantik.

    Calon 1 Calon 2  Calon 3  Calon 4 

    Tandatangan Calon

     Nama Calon

     No. Kad Pengenalan Calon

    Angka Giliran CalonTarikh

    Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja

    kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

    Tandatangan Guru/Pemeriksa

     Nama Guru/Pemeriksa

    Tarikh

    Alamat

    MANUAL KERJA KURSUS

    TERHAD25

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    26/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    26 TERHAD 

    Lampiran 4BRKKC

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016

    BAHASA MELAYU: PENULISAN ESEI ILMIAH (910/5)PENGGAL 3 TAHUN 2016

    BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

    Tarikh Nama calon

     Aktiviti

    (Untuk diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Guru Catatan

    ( Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

    Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

    Saya mengesahkan bahawa kumpulan calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

    Tahun 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

    Tandatangan Guru: ............................................................

     Nama Guru: ......................................................................

    Tarikh: ..............................................................................

    MANUAL KERJA KURSUS

    TERHAD26

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    27/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    27 TERHAD 

    Lampiran 5

    BMKKC 

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016

    BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

    BAHASA MELAYU 910/5

    (a)  Senarai Nama Ahli Kumpulan

    (Untuk diisi oleh calon) 

    1.  Nama: …………………………………………………. Tandatangan: ………………… 

     No. Kad Pengenalan: - -

    2.  Nama: …………………………………………………. Tandatangan: ………………… 

     No. Kad Pengenalan: - -

    3.  Nama: …………………………………………………. Tandatangan: ………………… 

     No. Kad Pengenalan: - -

    4.  Nama: …………………………………………………. Tandatangan: ………………… 

     No. Kad Pengenalan: - -

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    28/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    28 TERHAD 

    (b)  Borang Penilaian Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan

    (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa dan penyelaras)

    Kriteria Penilaian Markah

    Penuh

     Markah

    Guru/Pemeriksa

     Markah

    Penyelaras

    1.  Tajuk Kajian

    2.  Senarai Kandungan

    3.  Penghargaan

    4.  Pengenalan

    5.  Objektif Kajian

    6.  Kepentingan Kajian

    7.  Skop Kajian

    8.  Batasan Kajian

    9.  Kaedah Kajian

    10.  Dapatan Kajian

    11.  Rumusan Kajian

    12.  Penutup

    13.  Bibliografi/Nota akhir

    14.  Lampiran

    15.  Bahasa

    Jumlah markah

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    29/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    29 TERHAD 

    (c) Borang Penilaian Pembentangan Individu dan Kumpulan

    Perincian Markah Pembentangan

    Calon

    1 2 3 4

    Kerelevanan

    Kesesuaian teknik memulakan pembentangan [ ]

    Ketepatan kandungan dengan kehendak tajuk [ ]

    Keupayaan membentangkan kandungan esei mengikut agihan [ ]

    Kesesuaian teknik mengakhiri pembentangan dan menepati masa [ ]

    JUMLAH [ ] 

    Kelancaran 

    Keupayaan membentangkan kandungan kajian tanpa membacakeseluruhan teks

    [ ]

    Pertautan idea [ ]

    Kejelasan penyampaian [ ]

    Keberkesanan penyampaian [ ]

    JUMLAH [ ] 

    Keterampilan 

    Kekemasan berpakaian [ ]

    Kesopanan tutur kata [ ]

    Keyakinan diri [ ]

    Keupayaan menarik minat khalayak [ ]

    Keupayaan menjawab soalan secara spontan dan relevan [ ]

    JUMLAH [ ] Kebahasaan 

    Kegramatisan ayat [ ]

    Kepelbagaian kosa kata [ ]

    Ketepatan dan kejelasan sebutan [ ]

    Kesesuaian intonasi [ ]

    Kesesuaian bahasa badan [ ]

    JUMLAH [ ] 

    Penggunaan Alat/Bahan Bantu 

    Persediaan alat bantuKesesuaian alat bantu

    Kecekapan penggunaan alat bantu [ ] 

    Kesesuaian teknik paparan bahan

    Kreativiti

    JUMLAH [ ]

    JUMLAH MARKAH [ ]

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    30/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    30 TERHAD 

    (d) Komen Penilai:

    PERAKUAN GURU/PEMERIKSA

    Saya memperakui bahawa markah dan butiran diatas adalah benar.

    ……………………………………………………

     Nama: ……………………………………………

     No. Kad Pengenalan: …………………………… 

    Tarikh: ………………… 

     No. Telefon (sekolah): …………………. 

    (bimbit): …………………. 

    PENGESAHAN PENYELARAS

    Saya mengesahkan bahawa markah dan butirandi atas adalah benar.

    ……………………………… …….…………… 

     Nama: …………………………………………..

     No. Kad Pengenalan: …………………………. 

    Tarikh: ………………… 

     No. Telefon (sekolah): …………………. 

    (bimbit): …………………. 

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    31/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    31 TERHAD 

    Lampiran 6

    BRuMKK

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

    PENGGAL: _________________ TAHUN: _________________

    MATA PELAJARAN: _______________________________

    NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________

    (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

    BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

    (Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

    PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA

    Saya memperakui bahawa markah danbutiran di atas adalah benar.

    Saya memperakui bahawa markah dan butirandi atas adalah benar.

    Tandatangan Guru/Pemeriksa: ………..……...  Tandatangan Pengetua: ………………………….. 

    Nama: ……………………..……………………..  Nama: ……………………………………………….. 

    No. Kad Pengenalan: ………………………..…  No. Kad Pengenalan: ………………………………. 

    Tarikh: ………………………………………..….  Tarikh: ……………………………………………... 

    No. Telefon (sekolah) : ……………………….  No. Telefon (sekolah): …………………………… 

    (bimbit): ………………………….  (bimbit): ………………………………

    Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan

    Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisiane-submission.

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    32/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    32 TERHAD 

  • 8/16/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2016

    33/33

    TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    Pilih satu tema sahaja.

    Tema 1

    Fonetik dan Fonologi [100]

    Tema 2

    Pragmatik [100]