mangsa tsun ami perubaha n pucu k ke pimp inan · ini dapat dilihat dari respon, cadangan dan...

12
(229990-M) Edaran Dalaman Keluaran April & Jun 2005 Jilid ke 3 & 4 Jaringan Maklumat Pos Malaysia Berhad Perubahan Pucuk Kepimpinan Pos Malaysia & Services Holdings Berhad BURUNG MALAYSIA SEBAGAI SETEM DEFINITIF BARU PMB BERUSAHA BANTU MANGSA- MANGSA TSUNAMI KARNIVAL SUKAN KE-XII GEN-2 , GEN-2 , TITIK PELUH WARGA MALAYSIA

Upload: ngonguyet

Post on 30-Dec-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

(229990-M)

Edaran Dalaman

Keluaran April & Jun 2005

Jilid ke 3 & 4

Jaringan Maklumat Pos Malaysia Berhad

Perubahan Pucuk Kepimpinan Pos Malaysia & Services Holdings Berhad

BURUNG MALAYSIA SEBAGAI SETEM DEFINITIF BARU

PMB BERUSAHA BANTU MANGSA-MANGSA TSUNAMI

KARNIVAL SUKAN KE-XII

GEN-2, GEN-2, TITIK PELUH WARGA MALAYSIA

2 I posnet

lidahpengarangAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu kembali kita di surat berita Pos Malaysia – PosNet untuk edisi April - Jun2005. Edisi ini merupakan edisi ‘kembar’ kerana Edisi April tidak dapat diterbitkanpada waktu yang sepatutnya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Walaubagaimanapun, kami amat terharu kerana PosNet terus mendapat tempat dihati warga kerja Pos Malaysia. Ini dapat dilihat dari respon, cadangan dan kritikanmembina yang kami terima dari warga Pos Malaysia. Kami juga menerima banyaksumbangan dari segi penulisan, gambar dan sebagainya. Ternyata semua inimemberikan semangat untuk kami terus menulis dan menerbitkan surat berita ini.

Sehubungan dengan itu, mulai keluaran ini, kami telah melakukan sedikitperubahan dan penambahan kandungan PosNet. Lebih banyak Berita Negeridisiarkan bagi membolehkan semua warga kerja Pos Malaysia di seluruh Negaramengikuti perkembangan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di setiap Negeri.Berita Warga Pos pula adalah satu sudut baru di mana berita-berita sepertiperkahwinan, kelahiran dan sebagainya akan disiarkan.

Di kesempatan ini, PosNet merakamkan penghargaan kepada mereka yang telahmenyumbang idea dan hasil karya kepada kami. Sememangnya sebagai sebuah‘keluarga’ besar, kerjasama anda dalam menjayakan surat berita ini amatlah disanjungtinggi. Sehubungan dengan itu, sumbangan anda dari segi idea, maklumat, karya,cadangan, kritikan dan sebagainya amatlah kami harapkan bagi memastikan PosNetterus unggul. Untuk itu, sila alamatkan segala sumbangan anda ke:-

Sidang Pengarang PosNetBahagian Komunikasi KorporatTingkat 8, Ibu PejabatKompleks Dayabumi, 50670 Kuala LumpurTel : 03 – 2694 2140Faks : 03 – 2694 8196E-mel : [email protected]

Akhir kata, diharapkan agar kita terus menjadi warga kerja yang berjaya dansehingga kita berjumpa lagi di keluaran PosNet Ogos nanti. Salam Hormat.

sidang pengarangPENASIHATDato’ Ikmal Hijaz Hashim

PENGARANGRohaiza Hashim

PENOLONG PENGARANGYazli SalehLing Siew Yen

PENYUMBANG• A. Halim, Ibu Pejabat• Norafizah Kamaruddin, Seremban, NS• Iza Fazlina BWT• Hanim, Parit Buntar

SUDUT SENI & SURAT KEPADA PENGARANGSemua warga Pos Malaysia Berhad adalah dijemput untuk menyumbang berita, rencana,aktiviti bahagian/Negeri dan maklumat lain untuk dimuatkan di dalam PosNet. Semuasumbangan boleh dihantar kepada:

Sidang Pengarang PosNetBahagian Komunikasi KorporatTingkat 8, Ibu Pejabat Pos Malaysia Berhad, 50670 Kuala LumpurTel : 03 – 2694 2140Faks : 03 – 2694 8196E-mel : [email protected]

isika

ndungan

Berita Semasa• Terima Kasih: Majlis Jamuan Perpisahan Bekas Pengerusi Lembaga

Pengarah Pos Malaysia & Services Holdings Berhad (PSH)• Selamat Datang! Pengerusi Baru PSH

Sudut PosIbu Pejabat• PMB Berusaha Bantu Mangsa-Mangsa Tsunami • Sambutan Maulidur Rasul • Menuju Ke Arah Warga Pos Yang Bersatu Padu • Mesyuarat Agung Tahunan PSH: Prestasi Membanggakan• Majlis Kesyukuran 2005

Kedah/Perlis• Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Dan Syarikat

Pulau Pinang• Eratkan Kerjasama Bersama Klinik Panel

Melaka• Bersama Banteras Denggi Di Tempat Kerja Untuk Kesihatan Dan

Keselesaan• Lagi Bantuan Untuk Mangsa-Mangsa Tsunami

Pahang• Pos Kenangi Jasa Warganya• Majlis Asyura Rapatkan Warga Pos• Taklimat Khas Pengkelasan Semula Produk-Produk Mel Kepada

Pelanggan Tetap

Terengganu• Gabung Tenaga Dalam Majlis ‘Bubur Asyura’ Sempena Maal Hijrah

Kelantan• Derma Darah Budaya Warga Pos• Puteri Pos Lawat Yayasan Murni Kelantan• Pos Malaysia Di Karnival Pembangunan Bachok • Puteri Pos Menyerlah Di Sambutan Hari Keputeraan DYMM

Sultan Kelantan

Sabah• Warga Pos Beaufort Ganding Bahu Promosi Insuran • Hari Politeknik Kota Kinabalu

Sarawak• Limau Mandarin Perkembangkan Talian Urusniaga• Pos Kuching Sambut Mesra Lawatan Rasmi YBhg. Datuk Pengerusi• Hari Keluarga Ceriakan Dewasa Dan Muda

Karnival Sukan

Sudut Setem & Filateli• Gen-2, Titik Peluh Warga Malaysia• Tarian Tradisional Tradisi Budaya • Songket Warisan Agung Perlu Disegani • Burung Malaysia Sebagai Setem Definitif Baru• Universiti Malaya Sambut 100 Tahun

Sudut Info• Memahami Pengkelasan Semula Produk-Produk Mel

Berita Warga Pos• Jodoh Di Depan Mata• Majlis Rai Pesara Pos Pusat Pemprosesan Mel Temerloh Dan

Pejabat Pos Bentong, Pahang

Sudut Seni• Kekasihnya• Tsunami• Kehidupan Seorang Ayah• Keinsafan

isikandungan

3 I posnet

Tanggal 28 Februari 2005 menyaksikan peralihan puncak kepimpinan dalam LembagaPengarah PSH. YBhg. Tan Sri Abdul Halim Ali telah menamatkan tempohperkhidmatannya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PSH setelah berkhidmat selamalebih daripada 3 tahun.

Pada 22 Mac 2005, satu Majlis Perpisahan telah diadakan di Hotel Sheraton ImperialKuala Lumpur khusus untuk menzahirkan penghargaan PSH dan PMB kepada YBhg. TanSri Halim di atas segala jasa dan sumbangan beliau kepada syarikat.

Di majlis berkenaan, YBhg. Tan Sri Halim ditemani oleh isterinya YBhg. Puan Sri TehZahariah Jahidin. Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Adam Kadir, selaku Pengerusi PSH yangbaru, diiringi isteri YBhg. Puan Sri Maniseh Adam, YBhg. Datuk Abdul Majid HajiHussein, Pengerusi Lembaga Pengarah Pos Malaysia Berhad berserta isteri YBhg. PuanSri Absah Abeh, Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia &Services Holdings Berhad, YBhg. Dato’ Ikmal Hijaz Hashim ditemani isteri YBhg. Datin Dr. Siti Zaleha Abdullah Sani. Turut serta hadir di majlis tersebut adalahpegawai-pegawai kanan dari PSH dan PMB.

Sebelum YBhg. Tan Sri Halim menyertai PSH, beliau telah menjawat beberapa jawatan penting di dalam Kerajaan termasuklah sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysiadi New Delhi, Medan, Tokyo sehinggalah jawatan terakhir beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara. Beliau mempunyai rekod kerjaya yang amat cemerlang diPerkhidmatan Awam.

Berbekalkan pengalaman yang amat berharga di peringkat antarabangsa dan nasional serta tahap kepimpinan yang membanggakan, YBhg. Tan Sri Abdul Halimjuga telah memberi komitmen yang tinggi terhadap PSH dan PMB.

Sesungguhnya warga PSH dan PMB akan merasai perpisahan ini memandangkan sikap YBhg. Tan Sri Abdul Halim yang sederhana dengan semua warga kerjaPSH dan PMB sememangnya amat disanjung tinggi.

Warga PSH dan PMB ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Abdul Halim Ali di atas segala jasa, khidmat cemerlang serta sumbanganbeliau kepada PSH dan PMB serta berdoa agar YBhg. Tan Sri Abdul Halim Ali, YBhg. Puan Sri serta keluarga akan sentiasa dianugerahkan kesihatan dankesejahteraan dari Allah Subhanahu Wataala.

Seluruh warga PSH dan PMB mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Tan Sri Adam Kadir sebagai PengerusiLembaga Pengarah PSH yang baru mulai 1 Mac 2005.

YBhg. Tan Sri Adam Kadir sememangnya seorang tokoh yang mempunyai pengalaman yang luas dalam perkhidmatan awamdan arena korporat. YBhg. Tan Sri Adam telah berkecimpung dan menimba pengetahuan dalam pelbagai sektor awam dan swasta

termasuklah mengambil inisiatif sebagai seorang usahawan dengan syarikat perniagaannya sendiri, Kumpulan Wineka. Padatahun 1986 YBhg. Tan Sri Adam telah melibatkan diri di dalam arena politik.

Bermula sebagai Ahli Parlimen pada tahun tersebut, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen kepada KementerianKemajuan Tanah dan Wilayah pada tahun berikutnya. YBhg. Tan Sri Adam kemudiannya memegang jawatan

Senator dan Presiden Senat pada tahun 1990 dan pada tahun 1996, beliau merupakan Presiden KesatuanAntarabangsa Parlimen Bahagian Malaysia dan Persatuan Parlimen Komanwel. Selepas tamat tempoh

perkhidmatan dalam Senat pada 1997, YBhg. Tan Sri kembali berkhidmat dengan Kumpulan Wineka.

PSH dan PMB begitu yakin dengan kepimpinan YBhg. Tan Sri ditambah dengan kombinasipengetahuan dan pengalaman YBhg. Tan Sri di dalam sektor awam dan swasta yang pastinya akan

dapat memajukan lagi PSH dan anak-anak syarikatnya termasuklah PMB.

beritasemasa

TERIMA KASIH MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN BEKASPENGERUSI LEMBAGA PENGARAH POSMALAYSIA & SERVICES HOLDINGSBERHAD (PSH)

Pengerusi Lembaga Pengarah PSH, YBhg. Tan Sri Adam Kadir menyampaikan cenderamatakepada bekas Pengerusi Lembaga Pengarah PSH, YBhg. Tan Sri Abdul Halim Ali sambildiperhatikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif PSH, YBhg. Dato’Ikmal Hijaz Hashim.

SELAMAT DATANG!PENGERUSI BARU PSH

Pengerusi Lembaga Pengarah PSH yang baru, YBhg. Tan Sri Adam Kadir

4 I posnet

sudutpos

IBU PEJABAT

Sejumlah RM184,700.02 telah dikumpulkan oleh PMBdaripada warga Pos serta pelanggannya melalui 130Pejabat Pos Daerah dan 35 Pusat Poslaju di seluruhnegara. Wang berkenaan diperolehi hasil daripada kutipanTabung Kemanusiaan Mangsa Tsunami Aceh yang telahdilancarkan pada 10 Januari hinggalah 15 Februari 2005yang lalu. Di dalam satu majlis ringkas yang diadakan diTingkat 8, Ibu Pejabat Pos Malaysia Berhad pada Isnin, 5April 2005 lalu, Pengerusi Lembaga Pengarah PMB,YBhg. Datuk Abdul Majid Haji Hussein telah menyerahkancek tersebut kepada wakil Mercy Malaysia, Cik Zu Mian.Turut hadir di majlis tersebut adalah PengarahUrusan/Ketua Pegawai Eksekutif PMB, YBhg. Dato’ IkmalHijaz Hashim serta pegawai-pegawai kanan PMB.

Seperti tahun-tahun yang lepas, Pos Malaysia Berhadtelah tidak ketinggalan untuk turut serta dalam perarakansempena sambutan Maulidur Rasul 1426H/2005Mperingkat kebangsaan yang telah diadakan di StadiumBukit Jalil, Kuala Lumpur pada 21 April 2005. Dengandisertai anggota kontinjen seramai 100 orang, perarakankali ini juga telah turut disertai oleh Pengerusi PMB,YBhg. Datuk Abdul Majid Haji Hussein. PMB dengansepanduknya yang berbunyi “Ummah BerkualitiTuntutan Islam” telah meraih tempat kelima dalamkategori Syarikat Swasta. Syabas PosNet ucapkankepada usaha rakan-rakan kita.

Amanah, Inovatif dan Sepasukan Teras PekerjaMulia. Begitulah cogankata kontinjen PMBseramai 80 orang yang menyertai PerhimpunanPerpaduan Hari Pekerja 2005 dengan pakaianbaju batik yang melambangkan keseragaman.Berlangsung di Stadium Putra, Kompleks SukanNegara Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7 Mei2005, perhimpunan ini turut dihadiri oleh YBhg.Dato’ Ikmal Hijaz Hashim, PengarahUrusan/Ketua Pegawai Eksekutif PMB serta pihakpengurusan kanan PMB yang lain. Tetamukehormat perhimpunan ini ialah Perdana Menteri,YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

PMB BERUSAHA BANTUMANGSA-MANGSA TSUNAMI

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pos Malaysia & Services Holdings Berhad (PSH)telah mencatatkan kejayaan kewangan yangcemerlang bagi tahun 2004, iaitu peningkatansebanyak dua kali ganda berbanding denganpencapaian pada tahun 2003. Kejayaan ini telahdiumumkan kepada para pemegang saham PSHdalam Mesyuarat Agung Tahunan PSH yang ke-73yang telah berlangsung di Hotel Legend, KualaLumpur pada 7 Jun 2005. Para pemegang sahamjelas amat berpuas hati dengan pencapaian ini yangmana ianya adalah hasil daripada peningkatanpendapatan keempat-empat Unit PerniagaanStrategik (SBU) PMB, iaitu PosMel, PosNiaga,PosLaju dan PosLogistik, di samping langkah-langkah pengurangan kos yang telah dilaksanakanoleh Kumpulan. Kejayaan ini pastinya tidak akandapat dicapai tanpa usaha gigih daripada seluruhwarga PMB. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

MESYUARAT AGUNGTAHUNAN PSH: PRESTASIMEMBANGGAKAN

MAJLIS KESYUKURAN 2005MENUJU KE ARAH WARGAPOS YANG BERSATU PADU

MAJLIS PENYERAHAN ZAKATPERNIAGAAN DAN SYARIKATBertempat di Pejabat Zakat Negeri Kedah pada Rabu 23 Februari2005 yang lalu, satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan PosMalaysia Kedah/Perlis telah diadakan. Di majlis itu, PMB telahdiwakili oleh Tuan Haji Mohd Zin bin Abdul Manap selaku KetuaPegawai Operasi PosNiaga manakala Pejabat Zakat Negeri Kedahdiwakili oleh YBhg. Datuk Setiausaha Syeikh Ghazali bin Yaakob.Di samping penyerahan cek tersebut, Tuan Haji Mohd Zin jugamenyampaikan taklimat ringkas kepada para tetamu di majlisberkenaan yang turut dihadiri oleh Pengurus Negeri Kedah/PerlisTuan Haji Abdul Raof Suhimi dan Pn. Rosmey binti Hassan selakuKetua Operasi Retail Kedah/Perlis.

Sementara itu, bertempat di Pejabat Baitulmal negeri Perlis padaKhamis 24 Februari lalu turut telah berlangsungnya satu MajlisPenyerahan Zakat Syarikat yang telah dilakukan oleh Tuan HajiMohd Zin bin Abdul Manap, Ketua Pegawai Operasi PosNiaga PMBkepada wakil Pejabat Baitulmal negeri Perlis, YBhg. Dato’ Haji AbuBakar bin Haji Ahmad. Turut hadir di majlis tersebut adalah TuanHaji Abdul Raof Suhimi serta Pn. Rosmey binti Hassan.

KEDAH/PERLIS PULAU PINANG

Pos Malaysia Pulau Pinang akan mengadakan MajlisPerbincangan Pengurusan Pos Malaysia Pulau Pinangbersama klinik-klinik panel sebanyak 57 buah dalam duaperingkat. Peringkat pertama telah diadakan pada 18Februari lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat PengurusNegeri, Pos Malaysia Pulau Pinang. Seramai 23 anggotaklinik panel termasuk 17 orang doktor telah hadir di majlisperjumpaan tersebut. Beberapa keputusan dan persetujuantelah diambil sebagai langkah untuk mengawal warga PosMalaysia Pulau Pinang dari mengambil cuti sakit sewenang-wenangnya.

ERATKAN KERJASAMABERSAMA KLINIK PANEL

Pengerusi Lembaga Pengarah PMB, YBhg. Datuk Abdul MajidHaji Hussein menyampaikan replika cek Tabung BantuanMangsa Tsunami kepada wakil Mercy Malaysia, Cik Zu Miansambil diperhatikan oleh Pengarah Urusan/Ketua PegawaiEksekutif PMB, YBhg. Dato’ Ikmal Hijaz Hashim.

Kontinjen PMB yang diketuai oleh YBhg. Datuk Abdul MajidHaji Hussein, Pengerusi Lembaga Pengarah PMB.

Warga PMB di perhimpunan sempena Hari Pekerja 2005.

Antara paneldoktor klinikyang hadir dalamperbincangantersebut.

atas: Penyerahan cek oleh Tn. Hj. Mohd. ZinAbdul Manap, Ketua Operasi PosNiaga kepadaYBhg. Datuk Setiausaha Syeikh Ghazali Yaakob.bawah: Penyerahan cenderahati oleh Tn. Hj. Mohd.Zin Abdul Manap, Ketua Pegawai Operasi PosNiagakepada YBhg. Dato’ Hj. Abu Bakar Hj. Ahmad.

Barisan Lembaga Pengarah PSH.

Pada 10 Jun 2005, Japeni Pusat, dengan kerjasama Persatuan KebajikanIslam Pos Malaysia (PKIP) Ibu Pejabat dan Ahli Jawatankuasa Surau UtamaPMB telah menganjurkan Majlis Kesyukuran 2005 bertempat di SurauUtama, Tingkat 7, Ibu Pejabat PMB. Negeri-negeri lain juga telah turutmengadakan majlis tersebut secara serentak pada hari dan waktu yang sama.Bagi negeri yang bercuti pada hari Jumaat, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, danTerengganu, Majlis Kesyukuran telah diadakan pada 9 Jun 2005.

Majlis tersebut adalah bertujuan untuk mewujudkan warga Pos yangbertaqwa dan bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas nikmat kesihatan danrezeki yang telah diberikanNya. Seramai 250 orang warga Pos Malaysia telahhadir di majlis tersebut yang didahului dengan bacaan Yassin dan tahlilarwah, diikuti oleh ucapan dan taklimat YBhg. Dato’ Ikmal Hijaz Hashim,Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PMB. Seterusnya, semua wargaPos yang hadir bersolat Asar berjemaah dan memanjatkan doa kesyukurandengan diketuai oleh Tn. Hj. Yusof Ismail, Pegawai Agama PMB. Majlisdiakhiri dengan jamuan ringan dan tamat pada jam 5.30 petang.

5 I posnet

sudutposMELAKA PAHANG

Pengerusi Lembaga Pengarah PMB, YBhg. Datuk Abdul Majid Haji Hussein telahmelapangkan masa beliau untuk melawat Pos Malaysia Melaka pada 2 Mac 2005 lalu. YBhgDatuk Abdul Majid kemudiannya telah diberikan taklimat ringkas oleh Pengurus NegeriMelaka, En. Wan Sharpudin Wan Ramli di Bilik Mesyuarat Pengurus Negeri Melaka. YBhg.Datuk Abdul Majid turut membuat lawatan ke Pejabat Pos Tengkera, Pejabat Pos JalanLaksamana, Pejabat Pos Taman Melaka Raya, Pejabat Pos Ayer Molek, Pejabat Pos Bembansebelum menamatkan lawatan beliau ke negeri Melaka di Pejabat Pos Ayer Keroh.

BERSAMA BANTERASDENGGI DI TEMPATKERJA UNTUK KESIHATANDAN KESELESAAN

POS KENANG JASA WARGANYA

MAJLIS ASYURARAPATKAN WARGA POS

TAKLIMAT KHASPENGKELASAN SEMULAPRODUK-PRODUK MELKEPADA PELANGGANTETAP

YBHG. DATUK PENGERUSI PMB TURUNPADANG JENGUK WARGA POS

LAGI BANTUAN UNTUKMANGSA-MANGSATSUNAMI

Bagi menyahut seruan Kerajaan untuk mencegah dari merebaknya wabak denggi di tempatkerja, Pejabat Pos Besar Melaka telah mengadakan program gotong-royong pada 20 Februari2005 dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Program ini juga adalah ekoran dari sarananpihak Ibu Pejabat melalui Program OSHA iaitu ‘Dengue Prevention at Workplace’.

Seramai 198 orang warga kerja Pos Malaysia Melaka dan warga kerja dari agensi-agensi luarseperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Southern Waste Management dan JabatanPerkhidmatan Bomba dan Penyelamat Melaka telah bekerjasama membersihkan perkaranganPejabat Pos Besar Melaka dan juga di Pejabat Pengurus Negeri di Bukit Baru, Melaka.

Pihak pengurusan telah menyediakan peralatan asas manakala pihak berkuasa tempatan danwarga Kerja Pos Malaysia Melaka juga turut menyumbangkan peralatan seperti cangkul,pengais, pongkes, mesin rumput dan pam racun untuk program gotong-royong tersebut.Sementara itu, Southern Waste Management telah menyediakan dua buah lori pengangkutsampah dan Jabatan Perkhidmatan Bomba Melaka pula menyediakan sebuah jentera bagimengepam dan memancutkan air untuk kerja-kerja pembersihan.

Program gotong-royong bagi ‘Pencegahan Denggi di Tempat Kerja’ ini nyata berhasil dalammenepati objektif dan Pengurus Negeri, En. Wan Sharpudin Wan Ramli turut melahirkan rasapuas hati dan bangga terhadap komitmen yang telah diberikan oleh mereka yang terlibat didalam program gotong-royong ini.

Pada 19 Februari 2005 yang lalu, satu Majlis Penyerahan Cek/Faedah Kematiansebanyak RM26,472.62 untuk keluarga Allahyarham Rizal Badrin (NP 9775),Posmen (P12A) bertugas di Pejabat Pos Bentong yang meninggal dunia akibatkemalangan jalanraya pada 11 November 2004 yang lalu telah diadakan di PejabatPos Temerloh, Pahang. Pewaris yang dinamakan oleh Allaryaham ialah kedua ibu-bapanya iaitu Encik Badrin Amrah dan Puan Hamsiah Zakaria. Cek tersebut telahdiserahkan oleh Pengurus Negeri Pahang, Encik Abdul Razak Haji Samsuddin.

Bersempena dengan Maal Hijrah 1426, satu Majlis Asyura telah diadakan diperkarangan Pusat Pemprosesan Mel Temerloh. Hari Asyura adalah merupakan hariyang begitu sinonim dengan sikap bertoleransi dan muafakat sesama umat Islam, danianya sememangnya sesuatu yang sentiasa diamalkan di kalangan warga kerja PosMalaysia, baik di negeri Pahang mahupun di Negeri-negeri lain. Rata-rata mereka yangterlibat dalam majlis gotong-royong memasak bubur Asyura melahirkan rasa gembiradan biarpun agak keletihan tetapi mereka tetap puas apabila menikmati Bubur Asyurayang dimasak enak rasanya apatah lagi dimakan bersama rakan-rakan sekerja.

Satu taklimat khas oleh Pos Malaysia Pahang kepada Jabatan–jabatan Kerajaan,Badan-badan Berkanun dan Swasta serta NGO (organisasi bukan kerajaan) di DaerahKuantan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengurus Negeri Pahang pada jam9 pagi pada hari Rabu, 16 Mac 2005 yang lalu. Mereka ini adalah pelanggan tetapPos Malaysia Berhad yang banyak menggunakan perkhidmatan mel kita. Taklimatdisampaikan oleh Timbalan Pengurus Negeri yang juga Ketua Operasi Mel Pahang,En. Rahani Deraman. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh seramai 75 orang yangmewakili jabatan/syarikat masing-masing.

Pos Malaysia Melaka melalui Kempen Tabung Mangsa Tsunami telah berjaya mengumpulsejumlah RM5,610 hasil sumbangan daripada warganya serta para pelanggan. Menyedariakan sumbangan berbentuk kewangan tidak begitu diperlukan selain dari bentuk makanan,Pos Malaysia Melaka di atas saranan pihak MERCY Malaysia telah bersepakat untukmenukarkan sejumlah wang kutipan derma berkenaan kepada 4,080 kilogram gula denganharga RM1.375 sekilogram. Majlis penyerahan bantuan tersebut telah diadakan pada 17Februari lalu bertempat di perkarangan Pejabat Pos Besar Melaka dan telah disempurnakanoleh YB Datuk Hamdin Abdollah, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya dan Kemudahan AwamNegeri Melaka. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Negeri, En. Wan Sharpudin WanRamli serta warga kerja Pos Malaysia Melaka.

Bagi memberkati bulan Muharram tahun 1426 Hijrah, Persatuan Kebajikan Islam PosMalaysia (PKIP) Terengganu dengan kerjasama Puteri Pos Terengganu telah mengambil dayainisiatif mengadakan Majlis ‘Bubur Asyura’ pada Jumaat, 25 Februari 2005 bertempat diperkarangan Pejabat Pos Besar, Kuala Terengganu. Sebanyak 2 kawah bubur Asyura telahdisediakan pada hari tersebut, yang juga merupakan hari Mesyuarat Agong Tahunan kalike-13 bagi Persatuan Puteri Pos Terengganu.

Tujuan majlis tersebut diadakan ialah untuk menggiatkan aktiviti-aktiviti bagi PKIP dan

Puteri Pos Terengganu di samping mengeratkan lagi kerjasama di antara semua wargaPos Malaysia Terengganu dari peringkat atasan sehingga bawahan. Majlis bermula padapukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Menyediakan bubur asyura adalah satuamalan berkonsepkan gotong-royong dan kesabaran kerana ia mengambil masa yangpanjang. Seramai lebih kurang 100 orang warga Pos Malaysia Terengganu termasukPengurus Negeri Tuan Haji Din Hussain telah menghadiri majlis yang dianggap berjayawalaupun dirancang dalam masa yang singkat.

TERENGGANU

GABUNG TENAGA DALAM MAJLIS ‘BUBUR ASYURA’ SEMPENA MAAL HIJRAH

Warga Pos Melaka bergotong-royong membersihkankawasan Pejabat Pos Besar Melaka.

Sedikit sumbangan kepada ibu bapaAllahyarham Rizal bin Badrin di atas jasanya

kepada Pos Malaysia Pahang.

Ketua Pos Temerloh, Tn. Hj. Rosli (berkopiah)tengah mengacau bubur Asyura.

Tumpuan sepenuhnya oleh para hadirin.

Warga Pos gandingbahu mengacau

Bubur Asyura.

Bantuan dalam bentuk gula kepada mereka yangmemerlukannya.

6 I posnet

1

2 3

4 5

7 89

10

11

13

12

14

15

6

7 I posnet

Karnival Sukan Pos Malaysia pada tahun ini telah diadakan di Kampus UniversitiTeknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor bermula dari 2 Jun 2005 hingga 5 Jun2005. Karnival kali ini telah menyaksikan pengenalan logo baru yang direka olehEn. Mohd. Shafaries bin Abd. Wahab dari Pejabat Pengurus Negeri, Pos MalaysiaJohor melalui pertandingan Mencipta Logo yang telah dianjurkan oleh MajlisPenasihat Sukan Pos Malaysia Berhad.

Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti bola sepak, badminton,bola tampar, bola jaring dan lain-lain termasuklah golf yang menyaksikanpenyertaan daripada pihak pengurusan atasan seperti YBhg. Tan Sri Adam Kadirselaku Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Berhad serta YBhg. Dato’Ikmal Hijaz Hashim, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PMB.

Di samping mempromosikan gaya hidup yang sihat kepada seluruh warga PosMalaysia, Karnival Sukan ini juga telah berjaya mengeratkan lagi ikatansilaturrahim dan semangat kekeluargaan sesama warga Pos Malaysia seluruhnegara. PosNet mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan pastinyaramai di antara kita ingin kembali beraksi pada tahun depan. Jumpa anda diKarnival Sukan XIII Kuala Lumpur 2006.

1 – 4 : Perasmian Karnival Sukan Pos Malaysia Berhad ke-XII.

5 – 6 : Bowling... Boleh cungkil bakat tersembunyi?

7 – 8 : Bola sepak... Wow! Ala-ala Liga Perdana Malaysia.

9 : Bola tampar... Dah keletihan nampaknya peserta-peserta kita.

10 : Sepak takraw...Gabungan silat yang menarik.

11 – 12 : Bola jaring… Aksi dari peserta-peserta wanita yang lasak bertanding.

13 : Golf... Aksi YBhg. Tan Sri Adam Kadir, Pengerusi Lembaga Pengarah PSH.

14 – 17: Pasukan Bola Jaring PMB yang baru ke ni?

16

17

8 I posnet

sudutpos

DERMA DARAH BUDAYAWARGA POSMenyedari hakikat bahawa Tabung Darah HospitalUniversiti Sains Malaysia di Kubang Kerian sentiasamemerlukan insan yang murah hati untuk memastikan iatidak kekurangan bekalan darah, maka pada 19 April 2005,seramai 23 warga Pos Malaysia Kelantan telah menyahutseruan tersebut dan sekaligus membuat kebajikan kepadamasyarakat. Sememangnya warga Pos Malaysia seluruhnegara tidak akan lupa untuk menganjurkan kempensebegini apabila terdapat keperluan.

PUTERI POS MENYERLAH DISAMBUTAN HARI KEPUTERAANDYMM SULTAN KELANTANPada setiap tahun pada penghujung bukan Mac, Puteri PosKelantan akan mengambil bahagian dalam pelbagai acarayang dianjurkan oleh pihak Jabatan Istana Negeri. Pada tahunini Puteri Pos telah meraih anugerah Naib Johan dalamPertandingan Masakan Tradisional dan PertandinganKraftangan. Hadiah telah disampaikan oleh DYMM RajaPerempuan Kelantan. Tahniah diucapkan!

PUTERI POS LAWAT YAYASAN MURNI KELANTANYayasan Murni merupakan satu pusat perkhidmatan untukibu-ibu tunggal yang menjalankan pelbagai aktiviti yangboleh mendatangkan hasil kepada ibu-ibu tersebut.Lawatan tersebut telah memberikan keinsafan kepadaahli-ahli Puteri Pos Kelantan untuk membantu merekayang kurang bernasib baik. PosNet berharap warga Posjuga boleh menyokong aktiviti yang dijalankan olehYayasan Murni untuk memanfaatkan ibu-ibu tersebut.

WARGA POS BEAUFORTGANDING BAHUPROMOSI INSURANTanggal 12 Mac 2005 memperlihatkan warga PosMalaysia Sabah dari Unit Khidmat Pelanggan/Pemasaran, PosNiaga; Penyelenggaraan KomputerMikro; dan Kaunter Pejabat Pos Besar KotaKinabalu bekerjasama dengan syarikat insuransdalam mengedarkan risalah di sekitar DaerahBeaufort untuk mempromosikan insuranskenderaan bermotor. Pos Malaysia Kota Kinabalujuga mengambil kesempatan tersebut untukmemperkenalkan produk-produk pos yang lain.

HARI POLITEKNIK KOTA KINABALUBersempena dengan Hari Politeknik KotaKinabalu 2005, PMB Sabah telah dijemput untukmengadakan pameran dan jualan di DewanRafflesia Politeknik Kota Kinabalu selama duahari bermula dari 23 hingga 24 April 2005.Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.

KELANTAN

SARAWAK

SABAH

POS MALAYSIA DI KARNIVAL PEMBANGUNAN BACHOK Pos Malaysia Kelantan telah mengadakan pameran filateli dan produk-produk pos yang lain selama sehari bersempenaKarnival Pembangunan Bachok yang berlangsung di SMK Dato’ Perdana, Bachok pada 1 Mei 2005. Karnival tersebut telahdirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin. Pamerantersebut bukan sahaja bertujuan untuk menjual produk-produk pos tetapi juga bagi membolehkan orang ramai terutamanyapelajar sekolah untuk mempelajari dan mengenali dengan lebih dekat lagi Pos Malaysia Berhad selaras dengan misi PMB iaituuntuk membentuk sebuah syarikat yang berteraskan pelanggan. Satu pendekatan yang boleh dicontohi!

YBhg. Datuk Abdul Majid Haji Hussein, Pengerusi LembagaPengarah PMB telah mengadakan lawatan rasmi ke beberapabuah Pejabat Pos di Sarawak dari 30 Mac hingga 1 April2005 lalu. Selain menerima taklimat daripada PengurusNegeri Sarawak, Tuan Haji Muhamad bin Mat Noor, YBhg.Datuk Pengerusi juga telah membuat lawatan ke Pusat MelKuching serta Pejabat-pejabat Pos di Tebedu, Serian,Siburan, Kota Sentosa, Kota Samarahan, Bau dan Lundu.

POS KUCHING SAMBUT MESRA LAWATAN RASMI YBHG. DATUK PENGERUSILIMAU MANDARIN

PERKEMBANGKAN TALIANURUSNIAGABuah limau mandarin sememangnya cukup sinonimdengan Perayaan Tahun Baru Cina dan bersempenasambutan perayaan berkenaan pada 9 dan 10Februari 2005 lalu, banyak aktiviti pemberian buahlimau mandarin dilakukan di seluruh negara danSarawak tiada bezanya. Di Kuching, pelangganberkontrak utama Poslaju negeri berkenaan yang

berbangsa Tionghua tidak dilupakan. Kunjungan ke premis mereka dengan membawacenderahati berupa beberapa kotak limau mandarin disambut dengan penuh perasaanmuhibbah justeru mengeratkan lagi perhubungan yang akrab dan mesra denganpelanggan utama kita yang telah sedia terbina selama ini. Seramai 14 pelanggan utamasempat dikunjungi oleh kumpulan dari Bahagian Pemasaran dan Pelanggan Utama (KeyAccounts) Pusat Poslaju Kuching. Difahamkan, aktiviti ini dilakukan setiap tahun dantelah menjadi kelaziman Poslaju Kuching.

HARI KELUARGA CERIAKANDEWASA DAN MUDAPada 1 Mei 2005 lalu, Pos Malaysia Sarawak telahmengadakan Hari Keluarga di Santubong Resort,Kuching dan telah dihadiri oleh seramai 600 warga PosMalaysia Sarawak beserta keluarga masing-masing.Selain mengeratkan lagi tali silaturahim sesama wargaPos Malaysia Sarawak, Hari Keluarga yang dipenuhidengan aktiviti menarik seperti senamrobik, sukaneka(untuk dewasa dan kanak-kanak), permainan pantai sertaacara kemuncaknya pada Majlis Makan Malam Cowboy’sNite turut bertujuan mengembalikan semangat dan untukmenghargai warga kerja Pos Malaysia yang telahbertungkus-lumus berkhidmat untuk PMB. Antara acara-acara lain yang dijalankan pada majlis makan malamtersebut ialah nyanyian karaoke, permainan kanak-kanakdan cabutan bertuah.

Semangat dermawan warga Pos Malaysia Kelantan. Puteri Pos yang prihatin.

Peminat-peminat setem.

Wajah gembira pelanggan terimalimau mandarin daripada EncikAbdurahman Khatib, wakil pengurusanPoslaju Kuching.

Kecergasan, keceriaan dangelak ketawa penting untukkesihatan badan dan minda.

YBhg. Pengerusi LembagaPengarah PMB, Datuk AbdulMajid Haji Hussein mendalamioperasi harian PMB.

Giat edar risalah.

Para pengunjung mengenaliproduk-produk PMB.

Puteri Pos sememangnya kebanggaan PMB.

9 I posnet

TARIAN TRADISIONAL TRADISI BUDAYA

sudutsetem & filateli

7 Mac 2005

PROTON Gen.2 sememangnya kereta kebanggaan negara kita. Ia merupakan model kereta pertama yang dikeluarkan di kilangPROTON yang bertaraf dunia di Tanjung Malim, Perak. Model pertama yang dipasang dengan enjin buatan dalam negara,CAMPRO serta ia memperkenalkan logo platinum PROTON yang melambangkan keteguhan produk dan jaminanperkhidmatan kepada semua pelanggan PROTON.

Sesungguhnya Setem Khas dan Sampul Surat Hari Pertama merupakan satu pengiktirafan daripada Pos Malaysia Berhadkepada pencapaian PROTON yang bermula sebagai sebuah syarikat pemasang kereta kepada syarikat yang mempunyaikebolehan sepenuhnya dalam bidang kejuruteraan automotif.

Setem khas dan Sampul Surat Hari Pertama tersebut telah dilancarkan pada 21 Mac 2005 oleh YABhg Tun Dr. MahathirMohamad, Penasihat PROTON di Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Majlis tersebut turut dihadiri olehMenteri Tenaga, Air dan Komunikasi, YB Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, di samping YBhg. Tan Sri Adam Kadir selaku PengerusiLembaga Pengarah PSH, YBhg. Datuk Abdul Majid Haji Hussein, Pengerusi Lembaga Pengarah PMB dan YBhg. Dato’ IkmalHijaz Hashim, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PMB serta Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, YM Tengku Tan SriMahaleel Tengku Ariff.

Sementara itu, pada hari yang sama bertempat di perkarangan Pejabat Pos Besar Melaka, satu Majlis Pelancaran Setem &Sampul Surat Hari Pertama PROTON Gen.2 telah turut berlangsung. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh En. WanSharpudin Wan Ramli selaku Pengurus Negeri yang kemudiannya turut menandatangani beberapa keping Sampul Surat HariPertama. Sebagai gimik, majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran 3 buah kereta PROTON Gen.2 berlainan warnakerjasama dari PROTON-EON. Majlis tersebut nyata mendapat sambutan yang menggalakkan dimana setelah sebaik sahajaselesai pelancaran, kaunter penjualan yang disediakan di ruang legar Pejabat Pos Besar Melaka terus dikerumuni pelanggan-pelanggan yang ingin mendapatkan setem dan Sampul Surat Hari Pertama berkenaan.

Di Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu, Sabah pula, pameran dan jualan setem PROTON Gen.2 telah diadakan selama 2 hari iaitudari 7 hingga 9 Mac 2005 telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran wakil-wakil dari Syarikat Proton Edar Sdn. Bhd.

GEN-2, TITIK PELUH WARGA MALAYSIA

9 April 2005

Negara kita telah dikurniakan dengan rakyat yang berbilang bangsa dan budaya, danmasing-masing mewarisi kesenian tarian yang penuh dengan kehalusan dan kelembutandan mempunyai maknanya yang tersendiri.

Atas kesedaran itulah maka Pos Malaysia telah mengambil inisiatif dengan mengabadikantarian-tarian tradisional di Malaysia melalui setem keluarannya. Di antara tarian yangdiabadikan sebagai setem kenang-kenangan oleh Pos Malaysia Berhad ialah tarian Melayu(Asyik dan Zapin), tarian Cina (Kipas dan Payung), tarian India (Kathak dan Bharata Natyam),tarian dari Sabah (Sumazau), dan tarian dari Sarawak iaitu Datun Julud dan Kanjet Ngeleput.

Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan Sarawak, YB Dato Sri Wong Soon Koh,telah melancarkan koleksi setem kenang-kenangan tersebut di Kompleks AuditoriumPelancongan Sarawak di Kuching. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Abdul Majid Haji Hussein,Pengerusi Lembaga Pengarah PMB.

Selain pelancaran setem kenang-kenangan tersebut, pelbagai aktiviti telah turut diadakandari 8 hingga 10 April 2005, antaranya ialah peraduan mewarna setem untuk kanak-kanakserta persembahan tarian tradisional yang melibatkan pelajar dari 6 buah sekolah rendah danmenengah di Sarawak.

1

2

3 41&2: Pelancaran di Auditorium YayasanKepimpinan Perdana, Putrajaya.

3: Kehadiran kereta nasional Gen.2 di Pejabat PosBesar Melaka.

4: Kehadiran Gen.2 ceriakan suasana di PejabatPos Besar Kota Kinabalu, Sabah.

Pelancaran di Kompleks Auditorium Pelancongan Sarawak di Kuching.

10 I posnet

29 April 2005

Hasil kerjasama Pos Malaysia Berhad dengan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), telah melahirkan satukoleksi setem khas bertemakan Songket, seni warisan agung turun-temurun masyarakat Melayu. Setem khastersebut memaparkan 5 corak songket iaitu Pucuk Rebung Gigi Yu, Bunga Bertabur Pecah Lapan, Pucuk RebungGigi Yu & Bunga Kayohan, Teluk Berantai Bunga Pecah Empat dan Potong Wajik Bertabur.

YABhg. Datin Paduka Seri Endon Mahmood telah melancarkan koleksi setem khas tersebut di Sri Pentas, TV3dengan turut disaksikan oleh YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan.Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengerusi Media Prima Berhad, YBhg. Dato’ Abdul Mutalib bin Datuk SeriMohamed Razak, Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Berhad, YBhg. Tan Sri Adam Kadir, PengarahUrusan/Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad, YBhg. Dato’ Ikmal Hijaz Hashim, Ketua Pegawai EksekutifTV3, YBhg. Dato’ Farid Ridzuan, serta pegawai-pegawai kanan Pos Malaysia Berhad dan TV3. Pos MalaysiaBerhad dan TV3 berharap dapat memperkenalkan seni warisan negara yang menggambarkan keharmonian dankeseimbangan ini ke mata dunia. Di samping itu, koleksi setem khas ini juga merupakan tanda penghargaankepada industri tekstil tempatan dan individu lain yang berusaha mengekal dan meningkatkan imej songket diperingkat antarabangsa.

sudutsetem & filateli

BURUNG MALAYSIA SEBAGAISETEM DEFINITIF BARU14 Mei 2005

Setelah bertahun-tahun orang ramai menggunakan setem bermotifkan tumbuhan untukmenghantar surat, kini surat mereka akan diwarnai oleh burung-burung tempatan.

Bagi para pengumpul setem pula, mereka merupakan antara orang pertama yang telahberpeluang memiliki koleksi setem definitif yang baru ini pada 14 Mei 2005. Parapengumpul setem menghayati kecantikan dan keunikan burung-burung Malaysia sepertiTekukur, Merbah Beringin, Kelicap Bukit, Bayan Nuri, Murai Batu, Punai Tanah, Pacat Bukitdan Pergam Besar.

UNIVERSITI MALAYA SAMBUT 100 TAHUN9 Jun 2005

Bersempena ulang tahun Universiti Malaya yang ke-100, Pos Malaysia Berhad dengan kerjasama UniversitiMalaya telah memperkenalkan koleksi setem kenang-kenangan Universiti Malaya sebagai tanda penghargaankepada sebuah institusi yang telah berpenat lelah memperjuangkan kepentingan ilmu pengetahuan sebagaiasas pembangunan individu dan negara.

Koleksi setem tersebut memaparkan beberapa buah bangunan yang membentuk sebahagian daripada tulangbelakang Universiti Malaya. Antaranya ialah Dewan Tunku Canselor yang tanpa gagal menyambut ketibaanpelajar baru, menguji pemahaman dan pengetahuan mereka dalam peperiksaan serta mengucapkan tahniahkepada yang berjaya dalam istiadat konvokesyen.

Setem kenang-kenangan tersebut telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Professor Dr Hashim Yaacob, NaibCanselor University Malaya di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya pada 9 Jun 2005, dengan turutdisaksikan oleh Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Berhad, YBhg. Tan Sri Adam Kadir.

SONGKET WARISAN AGUNGPERLU DISEGANI

Setem Songket mendapat penaungan daripada tetamu kehormat YABhg. Datin Paduka Seri Endon Mahmood.

Universiti Malaya, lambang institusi pendidikan bertaraf antarabangsanegara kita.

Keunikan burung-burung Malaysia perlu dikongsi bersama rakyat negara ini.

11 I posnet

MEMAHAMI PENGKELASAN SEMULA PRODUK-PRODUK MELBermula 1 Mac 2005, produk-produk mel telah diklasifikasikan sebagai Surat Standard, Surat Bukan Standard dan Terbitan Berkala. Dalam edisi PosNet yang lepas, kadar-kadar meldomestik dan antarabangsa yang baru telah disiarkan.

Namun, apakah yang anda semua faham tentang Surat Standard?

Surat Standard membolehkan proses penyisihan yang lebih cepat dan berkesan kerana ia boleh dimasukkan ke dalam mesin penyisihan dan juga boleh dibaca oleh mesin tersebut.Surat Standard boleh dikenalpasti melalui 5 ciri. Berikut adalah cirri-ciri utama Surat Standard.

Berat: 50g atau kurangSaiz: Minima : 90mm x 140mm

Maksima : 165mm x 250mmKetebalan: Minima : 0.25mm

Maksima : 6.00mmWarna Sampul Surat: Kertas yang tidak berkilat dan berwarna putih atau lembut. (Sampul surat mesti digamkan)Ruang Kelegaan: Di bawah sampul surat, jarak 15mm hendaklah dibiarkan kosong untuk cetakan kod barPoskod: Nombor Poskod hendaklah ditulis sebelum nama bandar di barisan yang sama pada sesuatu alamat

Oleh kerana terdapat pengguna yang mempunyai stok sampul surat yang tidak menepati kelima-lima ciri tersebut, maka pada 28 April 2005, Pos Malaysia Berhad telah mengumumkankelonggaran dari segi warna sampul surat dan ruang kelegaan (ruang kosong). Kedua-dua ciri tersebut hanya akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2006.

Selain daripada 5 ciri-ciri yang dinyatakan di atas, perkara-perkara di bawah yang menjadi persoalan di kalangan para pelanggan PMB tidak akan memberi kesan terhadap istilah SuratStandard:

1. Struktur alamat2. Posisi alamat penerima melainkan ruang kelegaan3. Penggunaan Poskod4. Tulisan tangan5. Nama penerima yang ditulis samada di dalam rumi atau tidak6. Saiz tingkap pada sampul surat7. Bilangan tingkap pada sampul surat8. Kotak Poskod9. Sama ada mempunyai alamat pengirim atau tidak10. Jenis dan warna dakwat

Untuk edisi seterusnya PosNet akan menyorot pula apakah yang dinamakan dengan Surat Bukan Standard. Jangan lupa untuk dapatkan edisi berikutnya!

sudut info

beritawargapos

JODOH DI DEPAN MATADua warga Pos Malaysia darI Ibu Pejabat iaitu Mazlin bt. Mokhtaruddin dariBahagian Komunikasi Korporat dan Damanhuri bin Zainudin dari BahagianSistem Maklumat telah mengakhiri zaman bujang mereka pada 30 April 2005.Mazlin, 25, berasal dari Ipoh, Perak manakala pasangannya Damanhuri, 34,berasal dari Kundang, Sungai Buloh bertemu jodoh semasa Mazlin bertugas diBahagian Sistem Maklumat. Majlis perkahwinan bagi pihak perempuan telahdiadakan pada 1 Mei 2005 di Ipoh, Perak manakala pihak lelaki pada 8 Mei2005. PosNet mendoakan agar mereka berbahagia sehingga ke akhir hayat.

MAJLIS RAI PESARA POSPUSAT PEMPROSESAN MELTEMERLOH DAN PEJABAT POS

BENTONG, PAHANGPada 2 Mac yang lalu, satu Majlis Perpisahan telah diadakan di DaerahTemerloh sempena persaraan wajib Encik Abu Dardak Haji Jaafar, Kerani KananPusat Pemprosesan Mel Temerloh dan persaraan pilihan Tuan Haji Zulkifli ImanLebar, Posmen Kanan Pejabat Pos Bentong. Majlis tersebut telah dihadiri olehwarga kerja Pos Malaysia dari kedua-dua Pusat Pemprosesan Mel Temerlohdan Pejabat Pos Bentong. PosNet ingin mengucapkan ribuan terima kasih atasjasa Encik Abu Dardak dan Tuan Haji Zulkifli. Selamat maju jaya!

berita

warg

apos

Kuning emas... Anggunnya pasangan pengantin kita.

Jamuan persaraan Tn. Hj. Zulkifli Iman Lebar dan Encik Abu Dardak Hj. Jaafar.

12 I posnet

KEKASIHNYATerbang angkasaTerbang gagahPahlawanBangsaNegara dicintai

Darah mengalirDituntut mesti

Bunga popiWarna merahLambang Negara Dicintai

-A. Halim, Ibu Pejabat-

TSUNAMITsunamiKedatanganmu tanpa amaran,Kedatanganmu tanpa dapat dikesan,Tsunami yang datang menghempas dan terus mengganas,Memukul pantai, arusmu kuat,Meragut ratusan ribu nyawa,Melenyapkan semua harta benda,Sekejap tiada siapa yang menyangka

TsunamiKedatanganmu amat menakutkan,Menggegarkan bangunan-bangunan tinggi,Menghanyutkan isi-isi bumi,Menenggelamkan segala-gala,Tiada siapa yang dapat menghalang,Yang selamat bernasib baik,Masih diberi peluang untuk menerus kehidupan

TsunamiHidup ini hanya sementara,Kekayaan seketika,Kesenangan tak selamanya,Dugaan dan rintangan mesti diharungi jua,Berat mata memandang,Apatah lagi berat bahu yang memikul,Tetapi sedikit sebanyak ramai yang bersimpati,Hilang sikap pentingkan diri sendiri,Kerana kita manusia biasa

-Norafizah Kamaruddin, Seremban NS-

KEHIDUPAN SEORANG AYAHAyah,Tatkala tabuh berbunyi,Dikala azan berkumandang,Engkau kulihat bergegas bangun,Untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga

Ayah,Harapanmu besar,Mencari rezeki untuk dibawa pulang,Untuk isteri serta anak-anakmu,Siang-malam tak pernah kenal penat

Ayah,Kini kau menjadi pendorong cita-cita anakmu,Kehilanganmu amat kuterasa,Kerana tuhan lebih menyayangimu,Jasa dan pengorbananmu amat kubanggakan

Ayah,Terima kasih anakmu ucapkan,Hanya doa mewangi mengiringimu,Semoga kau diberkati olehnya,Yang maha memberi lagi maha pemurah,

Al – Fatihah…

-Iza Fazlina BWT-

KEINSAFANIngin ku berlariMengejar impianBila kusedariKu jauh ketinggalan

Ingin ku gapaiApa yang mendatang Bila kusedari Terlepas yang kugenggam

Tiada yang mustahilDalam kehidupan iniSegala yang dimilikiTiada berkekalan

Sedarilah Hidup ini hanya persinggahanRenungilah Kemana arah hendak dituju Usahlah kita mementing diriMarilah kita bermuafakatAgar rezeki kita diberkatiInsya’allah

-Hanim, Parit Buntar

sudutseni