mandi, bedung, tukar lampin.doc

6
Memandikan bayi anda secara selamat Bayi anda mungkin amat suka berkecimpung dalam air, namun begitu ada peraturan-peraturan yang harus dipatuhi untuk membuat waktu mandi selamat selain menyeronokkan. Yang utama dan paling penting ialah supaya jangan meninggalkan bayi anda berseorangan dalam besen atau tab mandi. Baca seterusnya untuk mendapatkan tip-tip tentang bagaimana memastikan bayi anda bersih dan tidak terancam. Apakah suhu yang sesuai untuk air mandi bayi saya? Pastikan air mandi itu suam selesa tetapi tidak panas sebelum memasukkan bayi anda ke dalamnya. Air yang dipanaskan sehingga 37 darjah C adalah paling sesuai. Anda boleh membeli termometer untuk menentukan suhu air mandi itu. Setengah termometer direka bentuk sebagai mainan mandi bayi yang selamat dan menyeronokkan. Jika anda tiada termometer, letakkan siku anda ke dalam air untuk menguji sama ada ia terlalu panas atau terlalu sejuk. Tuangkan air sejuk ke dalam besen dahulu, kemudian air panas. Ini akan mengurangkan risiko melecurkan bayi anda. Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda dalam besen atau tab semasa air paip sedang mengalir. Suhu air boleh berubah dengan pantas. Jika anda menggunakan tab orang dewasa, tutupkan semua kepala paip. Ajar bayi anda supaya tidak menyentuh kepala paip dalam masa dia sedang membesar dan bertatih. Walaupun dia tak pandai membukakan paip sekarang, namun, tak lama lagi dia akan mempunyai cukup tenaga untuk membukanya, dan dia boleh melecurkan kulit sendiri. Jika anda mempunyai kedua-dua kepala paip air panas dan sejuk, anda boleh memasang injap kepada kepala paip panas yang mencampurkan air. Ini akan mengawal suhu air supaya tidak terlalu panas apabila ianya keluar dari kepala paip. Kanak-kanak boleh melecur kulit darjah dua dan tiga dalam beberapa saat sahaja dia berendam dalam air yang terlalu panas. Walaupun air mandinya mungkin suam, suhu badan bayi anda boleh menurun dengan pantas apabila anda keluarkannya dari air mandi, jadi pastikan bilik anda panas selesa. Apabila mengangkat bayi anda dari besen mandi, balutkan dia dengan tuala dan tutup kepalanya sebelum memakaikan

Upload: alyaa

Post on 13-Sep-2015

240 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Memandikan bayi anda secara selamat

Bayi anda mungkin amat suka berkecimpung dalam air, namun begitu ada peraturan-peraturan yang harus dipatuhi untuk membuatwaktu mandiselamat selain menyeronokkan. Yang utama dan paling penting ialah supaya jangan meninggalkan bayi anda berseorangan dalam besen atau tab mandi. Baca seterusnya untuk mendapatkan tip-tip tentang bagaimana memastikan bayi anda bersih dan tidak terancam.

Apakah suhu yang sesuai untuk air mandi bayi saya?

Pastikan air mandi itu suam selesa tetapi tidak panas sebelum memasukkan bayi anda ke dalamnya. Air yang dipanaskan sehingga 37 darjah C adalah paling sesuai.

Anda boleh membeli termometer untuk menentukan suhu air mandi itu. Setengah termometer direka bentuk sebagai mainan mandi bayi yang selamat dan menyeronokkan. Jika anda tiada termometer, letakkan siku anda ke dalam air untuk menguji sama ada ia terlalu panas atau terlalu sejuk.

Tuangkan air sejuk ke dalam besen dahulu, kemudian air panas. Ini akan mengurangkan risiko melecurkan bayi anda. Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda dalam besen atau tab semasa air paip sedang mengalir. Suhu air boleh berubah dengan pantas.

Jika anda menggunakan tab orang dewasa, tutupkan semua kepala paip. Ajar bayi anda supaya tidak menyentuh kepala paip dalam masa dia sedang membesar dan bertatih. Walaupun dia tak pandai membukakan paip sekarang, namun, tak lama lagi dia akan mempunyai cukup tenaga untuk membukanya, dan dia boleh melecurkan kulit sendiri. Jika anda mempunyai kedua-dua kepala paip air panas dan sejuk, anda boleh memasang injap kepada kepala paip panas yang mencampurkan air. Ini akan mengawal suhu air supaya tidak terlalu panas apabila ianya keluar dari kepala paip. Kanak-kanak boleh melecur kulit darjah dua dan tiga dalam beberapa saat sahaja dia berendam dalam air yang terlalu panas.

Walaupun air mandinya mungkin suam, suhu badan bayi anda boleh menurun dengan pantas apabila anda keluarkannya dari air mandi, jadi pastikan bilik anda panas selesa. Apabila mengangkat bayi anda dari besen mandi, balutkan dia dengan tuala dan tutup kepalanya sebelum memakaikan lampinnya.

Lepas itu, balutkan bayi dalam tuala kering atau selimut sekali lagi, dan peluk dia selama 10 minit untuk memanaskan badannya. Apabila dia sudah memakai baju, balutkan dia dalam selimut yang kering dan suam.

Berapa dalamkah sepatutnya air mandi itu?

Untukbayi baru lahirdan bayi lebih kurang daripada enam bulan, penuhkan besen dengan 13 sentimeter (5 in) air. Atau pastikan air cukup untuk bayi berbaring dalam air dengan bahunya betul-betul terendam. Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda ke dalam air besen yang lebih tinggi dari pinggangnya (posisi duduk) untuk bayi lebih tua dan juga kanak-kanak. Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda ke dalam besen atau tab semasa air sedang mengalir turun. Kedalaman air boleh naik sehingga menjadi terlalu dalam.

Bagaimanakah untuk memegang bayi dengan selamat di dalam air?

Anda mungkin mahu menggunakan alat penyangga untuk membebaskan tangan anda supaya boleh mencuci bayi. Jika bayi anda belum boleh duduk, endul mandi bayi akan membendungkan bayi di dalam air. Jika dia sudah boleh duduk sendiri, anda boleh menggunakan kerusi mandi bayi.

Sentiasalah berada di samping bayi semasa dia sedang mandi, samada anda menggunakanbesen atau penyangga mandi. Bayi boleh tenggelam lemas dalam air kurang dari 3 sentimeter dan dalam beberapa saat sahaja bayi boleh tergelincir ke dalam air dan tak berupaya menyelamatkan diri. Jika anda menggunakan tab mandi, letakkan pelapit getah di lantai tab. Semasa bayi anda sedang membesar, latihkan supaya dia tetap duduk dalam tab pada bila-bila masa. Ini menggalakkan dia untuk tidak berdiri, tergelincir atau hilang imbangan.

Berapa kerapkah harus saya mandikan bayi saya?

Terpulang kepada anda berapa kerap anda memandikan bayi anda. Waktu mandi boleh menjadi acara harian yang seronok dan relaks bagi anda dan bayi anda. Tetapi, jika anda enggan memandikan bayi anda setiap hari, sekali atau dua kali seminggu adalah sesuai semasa bulan pertama.

Asalkan anda menggelap dari atas ke bawah, dan menyapukan semua kekotoran yang ternampak pada hari-hari dia tidak dimandikan, bayi anda sudah cukup bersih. Apabila bayi andaberusia dua bulananda mungkin mahu membuatkan mandi bayi sebagai sebahagianrutin tidur. Walau bagaimanapun, anda tak perlu membasuh rambut bayi setiap hari. Rambutnya mengeluarkan hanya sedikit minyak sahaja, jadi sekali seminggu adalah memadai.

Gunakan sabun lembut dan tiada mengandungi air wangi atau produk cecair mandi bayi neutral pH. Jika kulit bayi anda terasa kering atau kemerahan, anda boleh mencampurkan sedikit emolien mandi ke dalam air mandi. Menggunakan emolien boleh membuatkan kulit bayi anda licin, jadi peganglah bayi anda dengan kukuh tetapi lembut semasa dia di dalam air.

Adakah selamat untuk berkongsi tab mandi dengan bayi saya?

Adalah selamat untuk berkongsi tab mandi dengan bayi anda apabila diaberusia dua bulan, selagi anda yakin boleh memegangnya dengan baik. Anda akan memerlukan seorang berdekatan untuk membantu menghulurkan bayi kepada anda dalam tab, dan mengambilnya daripada anda semasa anda keluar dari tab. Sebaliknya, suami anda boleh masuk bersama bayi dalam tab, dengan anda membantu. Tiada yang boleh menandingi sentuhan kulit-ke-kulit untukmengukuhkan pengikatanantara bapa dan bayi. Sesiapa yang akan bersama bayi dalam tab mestilah mandi atau mencuci badannya dahulu. Kemudian sediakan bilik mandi dan tab mandi seperti disebutkan di atas.

Bolehkah saya keluar dari bilik mandi untuk sebentar?

Tidak. Jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda dalam besen atau tab tanpa kawalan. (Ya, ini adalah penting, sebab itu kami mengulanginyasekali lagi. Sediakan semua yang anda perlukan untuk memandikan bayi anda sebelum bermula, iaitu tuala-tuala, sabun dan lain perlengkapan mandi, lampin yang bersih dan baju tidur, di tempat yang senang untuk dicapai. Jika ada orang yang mengetuk pintu atau jika telefon berbunyi dan anda merasakan anda perlu menjawabnya, angkat bayi, balutkan dia dengan tuala dan bawa bersama anda.

Bagaimana untuk membedung bayi

Apakah maksudnya membedung bayi?

Membedung ialah seni purba di mana bayi dibungkus dengan kemas untuk membantunya terasa selamat dan terjaga. Ianya boleh menghindarkan dia daripada diganggu oleh refleks penyentakan badannya sendiri (sentakan badan yang agak menakutkan itu, yang dikenali sebagai kejutan hipnagogik, sebenarnya adalah paling normal). Bedung juga boleh membantumententeramkan bayiapabila dia terlalu terangsang.

Pastikan bayi tidak lapar atau basah sebelum anda bermula dan pastikan anda tidak menutup muka atau kepalanya sebab dia boleh menjadi terlalu panas. Jika bayi anda dibedung, dia mungkin tidak memerlukan selimut lagi.

Hentikan bedung sebaik sahaja bayi anda mencapai usia kira-kirasatu bulan, sebab, selepas itu, bedung boleh mengganggu pergerakan dan pembesarannya. Apabila bayi anda mulamenendang buang kain selimut, itu satu petanda yang dia tidak lagi mahu dibedung begitu rapi!

Bagaimana saya membedung bayi saya?

Ambillah langkah-langkah berikut.

Letakkanhelain kain benang kapasatas satu permukaan yang rata dan lipatkan sudut di sebelah kanan kira-kira 15cm ke bawah.

Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya atas lipatan tadi.

Tarik sudut terdekat dengan lengan kirinya, sambil menutupi badannya, dan masukkan bahagian depan di bawah lengan kanannya dan mengelilingi belakang bayi.

Tarik sudut di hujung bawah ke atas hingga sampai ke bawah dagunya.

Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakangnya di sebelah kiri.

Sesetengah bayi lebih suka dibebaskan lengan, jadi anda mungkin mahu membedung bayi anda dari bawah ketiaknya, supaya dia dapat menggunakan tangan dan jarinya.

Menukar lampin

Berapa kerapkah harus saya menukar lampin bayi?

Menukar lampin bayi secara kerap adalah penting, sebab air kencing yang mengandungi bakteria dalam najis boleh membuat kulit menjadi merah radang dan menyebabkanruam lampin. Anda boleh menganggar akan perlu menukar lampin setiap kali sebelum bayi bersarapan atau selepasnya (kecuali pada waktu malam, sebab menukar lampin boleh mengganggu tidur bayi), dan juga apabila bayi membuang air besar.

Bayi membuang air besar beberapa kali sehari pada awalnya, dan terkencing setiap satu hingga tiga jam. (Baca lebih lanjut mengenainajis bayi anda: apa yang normal dan apa yang tidak.Lampin basah tidak mengganggu kebanyakan bayi, oleh itu jangan fikirkan yang bayi akan menangis atau menunjukkan ketidakselesaannya setiap kali lampinnya basah.Lampin pakai buangmenyerap lembapan dengan baik, jadi anda mungkin tidak menyedari yang lampin bayi sudah basah lencun. Untuk mengelakkan masalah ini, periksa sama ada lampin itu basah dua jam sekali dengan meraba-raba dengan jari yang bersih.

Lampin manakah yang lebih baik, pakai buang atau kain?

Ini adalah salah satu perdebatan hebat berhubung keibubapaan. Mereka yang memilih lampin kain berhujah bahawa ianya kurang mahal dan sesetengah merasakan bahawa lampin kain kurang menyebabkanruam lampin. Juga, lampin pakai buang mempunyai pelapik plastik yang tidak boleh reput, manakala lampin kain boleh dikitar semula, sekali gus mengurangkan impak ke atas tanah kambus kita. Di sebaliknya, membasuh lampin secara kerap boleh membahayakan alam sekitar, lebih-lebih lagi jika kita menggunakan peluntur dan bahan pencuci yang bukan jenis biodegradabel.

Perkara ini elok difikirkan dengan teliti sebelum bayi anda dilahirkan, tetapi sedarilah yang anda mungkin bertukar fikiran, oleh itu janganlah membeli terlalu banyak lampin yang mahal. Fikirkan tentang isu-isu praktikal seperti sama ada anda mempunyai mesin basuh dan mungkin juga mesin pengering (ya, walaupun di Malaysia di mana matahari sentiasa memancar, ada kemungkinan kita tidak banyak mendapat matahari semasajerebuatau linkmusim monsun).

Jika anda memilih lampin pakai buang, bolehkah anda mendapatkannya dengan mudah dan adakah anda mempunyai tempat untuk menyimpannya? Berbincanglah dengan rakan-rakan yang mempunyai bayi muda dan ketahuilah pilihan mereka. Bandingkan harga lampin kain dengan lampin pakai buang bagi tempoh dua ke tiga tahun iaitu tempoh anda akan menggunakannya. Dalam perkiraan ini, anda boleh juga mengambilkira kemungkinan mendapat anak-anak yang kedua atau ketiga.Sekiranya anda sudah memilih untuk menggunakan lampin kain, ada juga masa-masanya anda mendapati lampin pakai buang berguna seperti semasa dalam perjalanan atau untuk kegunaan kecemasan.

Apakah yang saya perlu sediakan setiap kali saya menukar lampin?

Sebelum anda menukar lampin bayi anda, pastikan anda mempunyai semua yang diperlukan berdekatan anda:

Ruang yang selamat dengan permukaan yang bersih, dan boleh dicuci.

Lampin bersih.

Tong atau beg untuk membuang lampin yang kotor.

Tisu basah untuk lap atau kapas dan air suam.

Krim lampin jika bayi anda mempunyairuam lampin.

Sesalinan pakaian untuk masa-masa lampin yang kotor itu telah bocor.

Alihkan perhatian bayi. Contohnya, anda boleh menukar lampin bayi di bawah mainan bergantung atau berikan dia anak patung lembut supaya dia asyik dan tidak sedar akan apa yang anda lakukan terhadapnya di bahagian bawah pinggangnya.Bagaimanakah cara betul melakukannya?

Setelah anda dapat menguasai cara menukar lampin, ia menjadi sesuatu yang dibuat secara otomatik, dan sesungguhnya anda mempunyai banyak peluang untuk belajar membiasakan diri, sebab di peringkat awal, bayi memerlukan pertukaran lampin lapan hingga 10 kali dalam sehari.Namun begitu, menukar lampin pada kali-kali pertama boleh merupakan pengalaman yang mencabar. Untuk memastikan anda bersedia, kami telah menyediakan panduan secaralangkah demi langkah.