malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … filepenyelesaian secara pantas semasa berurusan di...

29
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 8 MAC 2011, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 2 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-000-L41155 Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pengundi baru yang telah mendaftar sebagai pengundi dan apakah rancangan Kerajaan bagi memastikan setiap penduduk berusia 21 tahun ke atas didaftarkan sebagai pengundi dan berikan pecahan pengundi baru yang berdaftar di bandar berbanding dengan yang berdaftar di luar bandar. 2. PR-000-L42423 Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapakah kos terkini bagi Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd untuk membina enam Kapal Peronda Generasi Kedua dan adakah proses tender dibuat sebelum kontrak dikeluarkan kepada BNS Sdn Bhd. Kini berapakah jumlah nilai kontrak pertahanan telah diberikan kepada anak-anak syarikat kumpulan Boustead sejak tahun 2005. 3. PR-000-L42938 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia mempunyai kaedah tertentu atau mencari jalan penyelesaian secara pantas semasa berurusan di kaunter Pembaharuan Cukai Jalan dan Pembaharuan Lesen Memandu di dalam kes-kes saman Polis atau JPJ di mana berlakunya pemalsuan nombor kenderaan tanpa pengetahuan pemilik kenderaan - kesalahan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 4. PR-000-L42392 Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai persediaan Kementerian di dalam menghadapi persaingan pengangkutan apabila siapnya double tracking kelak.

Upload: vothien

Post on 10-Apr-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 8 MAC 2011, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 2

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-000-L41155 Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pengundi baru yang telah mendaftar sebagai pengundi dan apakah rancangan Kerajaan bagi memastikan setiap penduduk berusia 21 tahun ke atas didaftarkan sebagai pengundi dan berikan pecahan pengundi baru yang berdaftar di bandar berbanding dengan yang berdaftar di luar bandar.

2. PR-000-L42423

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapakah kos terkini bagi Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd untuk membina enam Kapal Peronda Generasi Kedua dan adakah proses tender dibuat sebelum kontrak dikeluarkan kepada BNS Sdn Bhd. Kini berapakah jumlah nilai kontrak pertahanan telah diberikan kepada anak-anak syarikat kumpulan Boustead sejak tahun 2005.

3. PR-000-L42938

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia mempunyai kaedah tertentu atau mencari jalan penyelesaian secara pantas semasa berurusan di kaunter Pembaharuan Cukai Jalan dan Pembaharuan Lesen Memandu di dalam kes-kes saman Polis atau JPJ di mana berlakunya pemalsuan nombor kenderaan tanpa pengetahuan pemilik kenderaan - kesalahan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

4. PR-000-L42392

Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai persediaan Kementerian di dalam menghadapi persaingan pengangkutan apabila siapnya double tracking kelak.

AUM DR 8/3/2011

2

5. PR-000-L41713 Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh pihak Kerajaan dalam membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir baru-baru ini dan apakah status dan situasi terkini hubungan dua hala Malaysia dan Mesir.

6. PR-000-L42299 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan FDI masuk dan keluar untuk Malaysia tahun 2010 dan daya saing Malaysia berbanding dengan negara-negara Asia Tenggara dan Asia Timur untuk menarik FDI masuk.

7. PR-000-L42295 Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kedudukan dan perancangan serta kajian penyelesaian banjir di negeri Johor setelah banjir besar yang melanda negeri itu pada tahun 2006.

8. PR-000-L41739

Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapa ramaikah pekerja asing terlibat dalam sektor getah dan kelapa sawit berbanding pekerja-pekerja tempatan.

9. PR-000-L41378

Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah kejayaan pembangunan perkhidmatan Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) terutama oleh Telekom Malaysia Bhd (TM) atau Unifi khususnya bagi kawasan luar bandar.

10. PR-000-L41650

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan berapakah jumlah kediaman di negeri Pulau Pinang yang belum lagi disambung kepada sistem rawatan kumbahan utama dan sekunder. Adakah Kementerian berpuas hati bahawa kumbahan yang tidak dirawat tidak mencemari sungai-sungai dan laut dan apakah langkah-langkah yang akan diambil.

11. PR-000-L41548

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh manakah pelaksanaan gaji minimum RM700 bagi lebih 100,000 pengawal keselamatan yang sepatutnya bermula pada 1 Januari 2011.

AUM DR 8/3/2011

3

12. PR-000-L42098 Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan Kerajaan untuk membentuk Suruhanjaya Economic Governance untuk menambahtinggikan prestasi pengurusan ekonomi supaya menarik pelabur-pelabur ke Malaysia.

13. PR-000-L41686

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan berapa banyak bilangan inap desa (homestay) tidak berdaftar (palsu) di negara ini dan jumlah yang berdaftar dengan Kementerian.

14. PR-000-L42922

Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah keseluruhan kutipan tol lebuhraya bagi tempoh 2008 hingga 2010 mengikut syarikat-syarikat konsesi dan nyatakan jumlah pulangan kepada Kerajaan Malayisa dari kutipan tol tersebut.

15. PR-000-L42260

Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam menangani isu agensi pembantu rumah yang melakukan aktiviti tidak bermoral seperti 'recycle Maid' untuk mengaut keuntungan sebanyak 4 kali dalam setahun bagi seorang pembantu rumah.

16. PR-000-L42828

Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan peranan Malaysia dalam menyelesaikan krisis Selatan Thailand dan setakat manakah pencapaiannya.

17. PR-000-L42415

Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah rasionalnya melantik seorang yang bukan warganegara sebagai pemegang jawatan penting dan kritikal di dalam syarikat telekomunikasi negara.

18. PR-000-L41702

Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan secara terperinci nilai dan status projek luar bandar di Sarawak dan nama kontraktor yang melaksana bagi projek dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK10).

AUM DR 8/3/2011

4

19. PR-000-L42167 Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi mengatasi masalah pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, yang terpaksa menangguhkan pengajian setelah dibawa pulang, sekiranya krisis politik di Mesir terus berlanjutan.

20. PR-000-L43060 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian telah meluluskan permohonan tanah oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Confucius di Sentul demi pemindahan sekolahnya. Apakah Kementerian mempunyai rancangan untuk menambah lebih Sekolah Menenagh Kebangsaan Cina untuk mengatasi peningkatan permintaan sekolah menengah Cina di seluruh negara.

21. PR-000-L41984 Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah peruntukan untuk pembinaan Jalan Persekutuan yang telah diagihkan dalam Rancangan Malaysia ke 7,8 dan 9 untuk negeri Sarawak dan berapa panjang jalan yang telah disiapkan.

22. PR-000-L41885 Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [ Tuaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan lanjut yang dilaksanakan oleh Kerajaan ke atas memorandum bertarikh 14 Disember 2010 mengenai dengan IC Projek di Sabah yang saya telah sampaikan kepada Kementerian pada bulan Disember yang lalu.

23. PR-000-L41237 Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan melalui saluran mana YAB. Perdana Menteri memperolehi maklumat email, nombor telefon bimbit peribadi warga Malaysia untuk menghantar Salam 1Malaysia sempena menyambut sesuatu perayaan. Nyatakan kos, jumlah mesej serta tidakkah ia melanggari prinsip perlindungan maklumat peribadi.

24. PR-000-L41610 Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kos membeli nyamuk Aedes GM daripada syarikat Oxitec dan nama syarikat Malaysia yang dikenal pasti untuk menguruskan perolehan ini.

25. PR-000-L42746

Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keberkesanan program e-Kasih dalam menentukan kedudukan rakyat negara ini yang miskin dan termiskin dan berapa ramaikah rakyat termiskin/miskin tegar dan rakyat miskin mengikut negeri setakat akhir tahun 2010.

AUM DR 8/3/2011

5

26. PR-000-L42621 Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil siasatan di atas aduan kepada SPR bahawa satu tempat membawa pengundi hantu di Dewan SJKC Ai Chun yang telah dikesan oleh dua orang petugas pilihan raya kecil Tenang pada 3 Februari 2011.

27. PR-000-L41638 Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apa sebenarnya objektif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). Jelaskan bagaimana TERAJU ini akan berfungsi.

28. PR-000-L41822 Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan daripada senarai penuh syarikat-syarikat GLC :-

(a) berapa di antaranya diterajui oleh pengarah urusan kaum

bukan bumiputera; dan (b) berapa di antaranya telah mencatat pulangan net profit

margin tahunan melebihi 35%

29. PR-000-L41965 Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kaedah atau pendekatan yang akan digunapakai bagi memastikan penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) seperti yang diumumkan Perdana Menteri benar-benar dapat mencapai matlamat penubuhannya serta dapat membantu Bumiputera dalam bidang keusahawanan.

30. PR-000-L41512 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah dasar dan langkah yang berkesan untuk mengatasi faktor-faktor utama yang menjejaskan kehidupan rakyat bagi memastikan perjuangan politik secara aman dapat dikekalkan di negara ini.

31. PR-000-L41734 Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapa peratuskah filem atau drama tempatan yang diberikan tempat di RTM dan mengapa tidak berlaku pengurangan tayangan drama atau filem dari Indonesia dan negara-negara lain di televisyen Malaysia.

AUM DR 8/3/2011

6

32. PR-000-L41221 Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci jumlah bilangan lawatan rasmi dan lawatan kerja di luar negara serta kos perbelanjaan yang terlibat untuk rombongan lawatan Yang Amat Berbahagia isteri Perdana Menteri sejak tahun 2008 hingga kini.

33. PR-000-L42442 Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia berhubung isu banjir yang melanda baru-baru ini lantaran hujan lebat, serta apakah terdapat sebarang kajian yang menyeluruh untuk mewujudkan amaran awal atau langkah berjaga-jaga bagi membolehkan langkah pencegahan awal diambil di kawasan dikhuatiri atau sering dinaiki air.

34. PR-000-L42003 Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing tanpa izin yang telah disabit hukuman sebatan dan jumlah pesalah yang dikecualikan hukuman tersebut di bawah program pengampunan dari tahun 2002 sehingga kini.

35. PR-000-L42436 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) langkah-langkah untuk mengatasi masalah sampah yang

berlonggok di kawasan perumahan dan kawasan kilang; dan

(b) status terbaru bagi pelantikan baru syarikat angkat

sampah di negeri Johor. 36. PR-000-L43044

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) bilakah program pengagihan komputer riba melalui

MCMC kepada Ketua Masyarakat dan Sekolah-sekolah untuk kawasan Parlimen Tanjong Manis akan bermula dan berapa unitkah akan diagihkan kepada setiap sekolah; dan

(b) adakah yang dimaksudkan setiap ketua kaum / tuai

rumah hingga ke temenggong akan menerima komputer riba.

AUM DR 8/3/2011

7

37. PR-000-L41354 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah perlu penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sedangkan sudah memperkenalkan Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi dan tidakkah ia bercanggah dengan konsep 1Malaysia itu sendiri dan usaha-usaha untuk membantu kaum-kaum yang lain.

38. PR-000-L41427 Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keputusan bancian statistik bilangan penduduk di setiap negeri di negara Malaysia pada tahun 2010 dan statistik bilangan mengikut suku kaum di negeri Sabah.

39. PR-000-L42620 Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai jumlah terkini pekerja asing yang bekerja dalam sektor pembinaan mengikut daerah dalam Kedah dan apakah dokumen yang diberikan kepada mereka bagi membuktikan mereka adalah pekerja asing dan bukannya PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin), adakah orang awam dibenarkan memeriksa dokumen tersebut.

40. PR-000-L42833 Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan rasional pembinaan loji air yang canggih di Kota Belud tetapi tidak membina sistem perpaipan yang mencukupi sehinggakan loji tersebut beroperasi di bawah kapasiti maksimum.

41. PR-000-L41720 Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah status Jawatankuasa Kesaksamaan Gender yang dinyatakan oleh YB Padang Rengas dalam Dewan pada sidang yang lalu.

42. PR-000-L41895 Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah 19 Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) mampu menjana pendapatan negara dan apakah manfaatnya pada rakyat dalam konteks rakyat didahulukan.

43. PR-000-L42772 Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tujuan lawatan rasmi isteri YAB Perdana Menteri ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh pada bulan Januari 2011, senarai delegasi tersebut serta kos yang ditanggung oleh kerajaan secara terperinci untuk lawatan tersebut.

AUM DR 8/3/2011

8

44. PR-000-L41322 Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah bukti dan kekuatan konsep 1Malaysia yang telah diperkenalkan serta transformasi pengurusan, ekonomi dan politik yang dilakukan ini telah dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada Kerajaan dan sejauh mana serta apakah usaha-usaha tegas Kerajaan dalam menangani tohmahan dan tipu muslihat pembangkang.

45. PR-000-L41777 Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah nama dokumen-dokumen yang terkandung di dalam senarai Akta Rahsia Rasmi dan berapakah senarai dokumen yang dikategorikan tidak rahsia lagi mengikut peruntukan Seksyen 2C, Akta Rahsia Rasmi.

46. PR-000-L42595 Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam penugasan keselamatan global terutama apabila berlaku sesuatu konflik dalam sesebuah negara yang mana ramai rakyat Malaysia termasuk pelajar dan pekerja tinggal di negara tersebut.

47. PR-000-L42510 Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) hubungan dan kaitan antara Jabatan Perdana Menteri

dengan pertubuhan NGO 1Malaysia; dan (b) peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri atau

kerajaan kepada NGO 1Malaysia secara langsung atau tidak langsung.

48. PR-000-L41193

Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan telah mengkaji punca banjir di negeri-negeri yang dilanda banjir besar contohnya di Johor dan apakah rancangan keseluruhan (master plan) penebatan banjir telah disediakan.

AUM DR 8/3/2011

9

49. PR-000-L42271 Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah pendirian Kerajaan Malaysia seperti yang

didakwa oleh Wikileaks yang mendakwa Perdana Menteri Malaysia terlibat dalam kes jenayah ; dan

(b) apakah langkah Kerajaan memantau Wikileaks.

50. PR-000-L42675

Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai satu sasaran untuk melahirkan jutawan Super Rich melalui Program Transformasi Ekonomi negara supaya mereka ini akan menolong Kerajaan menentukan arah tuju politik, sosial dan ekonomi negara nanti.

51. PR-000-L42796

Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah dasar dan syarat untuk memastikan yang drama dan filem sama ada tempatan atau dari luar Negara yang disajikan di televisyen mempunyai unsur serta nilai yang mampu membina nilai positif, sahsiah mulia kepada minda penonton.

52. PR-000-L42229

Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pertindihan peranan Kementerian dan Talent Corporation yang baru ditubuhkan oleh Kerajaan.

53. PR-000-L41651

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah status permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menaik tarafkan kawasan MPPP menjadi sebuah bandaraya.

54. PR-000-L41218

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) keberkesanan usaha Kerajaan dalam

mentransformasikan jentera Kerajaan terutama sekali sistem penyampaian Kerajaan; dan

(b) apakah tahap pencapaian program yang dijalankan oleh

Kerajaan, misalnya KPI, NKRA, NKEA, GTP dan sebagainya.

AUM DR 8/3/2011

10

55. PR-000-L42309 Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kebaikan dan keburukan cadangan membenar anggota bebas melawat lokap-lokap polis pada bila-bila masa, dan apakah langkah-langkah diambil untuk mencegah berlaku kematian dan kecederaan suspek dalam lokap.

56. PR-000-L42616

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai kiriman email dan khidmat SMS yang mengandungi ucapan Selamat Tahun Baru Cina pada Februari 2011 kepada rakyat:-

(a) berapakah jumlah keseluruhan; dan (b) jumlah rakyat yang menerima SMS dan e-mel tersebut

dan nombor telefon dan alamat e-mel peribadi diperolehi dari mana.

57. PR-000-L41859

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah wang yang diberi jaminan oleh Kerajaan kepada pinjaman-pinjaman Agensi yang seakan-akan perbadanan Kerajaan (quasi-Govt agencies) dan Syarikat di bawah Kerajaan (GLC) pada tahun 2001 hingga 2010.

58. PR-000-L41409

Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci jumlah warga asing yang bertaraf penduduk tetap mengikut negara, berapa lama masa mereka berada di Malaysia dan berapakah jumlah yang telah diberi kerakyatan setakat ini dan jumlah yang layak diberi kerakyatan.

59. PR-000-L42551 Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada beliau akan mendapatkan undi dan sokongan Parlimen terhadap Model Baru Ekonomi (NEM) untuk menunjukkan bahawa ianya tidak "dilemahkan" berikutan dengan tekanan dari Perkasa serta lain-lain kumpulan sayap kanan; sekiranya tidak, mengapa tidak.

60. PR-000-L42348

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang syor-syor daripada ahli-ahli ekonomi NEAC dalam merangka Model Baru Ekonomi yang telahpun digugurkan, selain daripada pembatalan Majlis Peluang Samarata dan kuota kaum ekuiti syarikat, selepas bantahan oleh pertubuhan kanan dan ekstremis seperti PERKASA. Nyatakan rasional ianya digugurkan.

AUM DR 8/3/2011

11

61. PR-000-L42632 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) berapakah luas Tanah Rezab Melayu dalam ukuran ekar

di seluruh Semenanjung pada tahun 1957 dan berapa pula keluasannya hingga 2010; dan

(b) senaraikan keluasan tanah tersebut mengikut negeri.

62. PR-000-L42996

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan peranan Malaysia dalam membantu menyelesaikan krisis di Mesir dan apakah perancangan penerusan pelajaran pelajar Malaysia di Mesir sehingga sekarang.

63. PR-000-L42553

Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos untuk mengirim email dan SMS ucapan salam Tahun Baru Cina daripada keluarga Perdana Menteri kepada rakyat dan bagaimana kerajaan pusat mendapat email dan nombor telefon bimbit tersebut. Sama ada tindak laku sebegini telah mencabuli hak privasi rakyat Malaysia.

64. PR-000-L41141

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah nilai perdagangan melalui halal hub sehingga kini.

65. PR-000-L42847

Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan Dasar Penapisan dan Filem dan Drama Televisyen yang mutakhir banyak menayangkan filem drama bercorak mistik, khurafat dan amalan berunsur syirik.

66. PR-000-L42447

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapa murid-murid darjah enam tahun ini yang sudah mempelajari Matematik dan Sains sejak darjah satu dalam bahasa Inggeris akan diperlukan mempelajari mata pelajaran-mata pelajaran tersebut dalam bahasa Melayu mulai tahun depan. Adakah Kementerian bersedia menukar keputusan yang tidak masuk akal ini.

67. PR-000-L42207 Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah apa-apa program pengubahsuaian dijalankan untuk keselamatan bangunan dan tempat tinggal kakitangan di Ibu Pejabat Polis Karamunsing Kota Kinabalu. Jika ya, bilakah kerja akan dimulakan.

AUM DR 8/3/2011

12

68. PR-000-L42085

Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kos sepenuhnya bagi pembelian enam buah Offshore Patrol Vessel (OPV) yang siap sepenuhnya hampir sepuluh tahun selepas dipesan oleh Kementerian Pertahanan dan daripada kos tersebut berapakah kos tambahan susulan kegagalan pembekal pertama untuk menyiapkan OPV tersebut mengikut kontrak.

69. PR-000-L42477

Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) sila berikan butiran terperinci nama tiap GLC dan

syarikat-syarikat (awam/ persendirian) dan jumlah zakat yang dikeluarkan mereka bagi tahun 2005-2010; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang mengusul kepada Majlis

Raja-Raja supaya mewujudkan satu Lembaga Zakat Korporat untuk mengumpul kutipan zakat korporat ini dan diurus oleh sebuah agensi Persekutuan.

70. PR-000-L41948

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) jumlah kes membunuh diri dari tahun 2001 hingga 2010

dengan memberikan angka setiap tahun dan punca kejadiannya; dan

(b) terdapat berapa buah badan NGO yang berusaha untuk

mencegah kejadian ini.

AUM DR 8/3/2011

13

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

* Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 2. Menteri Pertahanan

* Rang Undang-undang Veteran 2011 ______________________________________________________________ * Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan di bawa pada semua

peringkat di mesyuarat ini.

AUM DR 8/3/2011

14

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-

“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “

2. Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] akan

mencadangkan:-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat

Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.”

3. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

Bacaan Kali Yang Kedua

4. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

5. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 [ Kementerian Kesihatan ]

AUM DR 8/3/2011

15

6. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

7. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

8. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 [ Perdana Menteri ]

9. (D.R. 44/2010) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

10. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

11. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

12. (D.R. 48/2010) Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

13. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

14. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

AUM DR 8/3/2011

16

15. PR-000-U41312 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sejak akhir-akhir ini, negara kita sering dilanda bencana banjir kilat yang bukan sahaja mendatangkan kerugian kepada rakyat dan negara, malah terdapat juga kehilangan nyawa. Dan mengambil maklum bahawa sebahagian besar punca berlakunya bencana banjir kilat ini disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri, di mana sungai-sungai, saliran-saliran dan kolam-kolam takungan air telah menjadi cetek disebabkan oleh mendapan lumpur dan pasir.Dan mengambil maklum juga bahawa mendapan lumpur dan pasir-pasir di tempat-tempat yang disebutkan tadi adalah disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri, misalnya penimbusan tanah secara terbuka, pembangunan tidak terancang, pembukaan ladang-ladang dan lain-lain lagi aktiviti pembangunan. Dan mengambil maklum bahawa dalam banyak kes, laporan kesan alam sekitar (EIA) tidak disediakan langsung atau tidak dipatuhi. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian yang berkaitan untuk meminda mana-mana akta yang perlu bagi menguatkuasakan peraturan sedia ada atau peraturan baru bagi mengatasi masalah yang mendatangkan kerugian besar kepada negara dan rakyat ini."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

16. PR-000-U41326 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa terdapat banyak tanah-tanah perkuburan yang tidak terurus atau dikendalikan dengan baik, di mana ianya tidak disusun dengan rapi yang menyebabkan banyak kawasan kubur yang tidak dapat digunapakai. Dan mengambil maklum bahawa kos penyelenggaraan dan pemuliharaan tanah perkuburan kian meningkat, banyak tanah perkuburan yang terbiar dan menjadi seperti kawasan belukar. Dan mengambil maklum juga bahawa kebanyakan tanah perkuburan tidak dijaga ataupun diselia dengan baik kecuali sesetengah tanah perkuburan yang ditadbir oleh badan JKKK atau JK tanah perkuburan di kampung yang berkaitan. Dan mengambil maklum juga bahawa pada ketika ini belum ada mana-mana peraturan sedia ada yang memastikan satu-satu tanah perkuburan diselenggara atau dijaga dengan baik bagi memastikan ianya sentiasa bersih dan terpelihara. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menubuhkan satu lembaga atau yayasan yang akan bertanggungjawab untuk menyelenggara dan menyelia tanah-tanah perkuburan di seluruh negara agar ianya sentiasa terpelihara sama ada dari segi kesihatan, kebersihan mahupun keindahan."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

AUM DR 8/3/2011

17

17. PR-000-U41335 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa masalah tanah terbiar kian berleluasa. Dan mengambil maklum bahawa masalah bukan sahaja tidak mendatangkan sebarang hasil kepada pemilik tanah tersebut, malah ianya akan mendatangkan masalah lain seperti tempat pembiakan nyamuk aedes, ular, tikus dan sebagainya yang boleh mendatangkan berbagai jenis penyakit. Dan mengambil maklum juga bahawa perkara ini berlaku kerana beberapa sebab misalnya si pemilik tidak mampu untuk mengusahakan tanah tersebut , tanah tersebut terlalu kecil keluasannya, keluasan tanah yang tidak mencukupi bagi syarikat besar seperti FELCRA untuk mengusahakannya dan lain-lain sebab lagi. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menggubal satu akta atau peraturan di mana ianya akan dapat mendorong atau memastikan bahawa pemilik tanah-tanah terbiar tersebut untuk mengusahakannya. Di samping itu, menubuhkan satu koperasi bagi memajukan tanah-tanah tersebut dengan dana disumbangkan oleh syarikat swasta (di bawah Program CSR) dan Kerajaan."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

18. PR-000-U41341 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa masalah kebanyakan benteng sungai-sungai di pekan-pekan utama dibina dengan konkrit. Dan mengambil maklum bahawa sungai-sungai konkrit ini bukan sahaja tidak mesra alam, tumbuhan yang lazimnya tumbuh di tebing-tebing sungai juga tidak dapat tumbuh. Dan mengambil maklum juga bahawa sungai-sungai konkrit ini juga tidak memberikan ruang bagi ikan-ikan di sungai untuk meletakkan telur mereka dan membiak, seperti mana lazimnya berlaku di sungai-sungai semulajadi. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menambah mana-mana peraturan sedia ada, supaya benteng-benteng sungai dibina dengan menggunakan cerucuk kayu keras ataupun "interlocking bricks" bagi membolehkan rerumput tumbuh dan juga ikan-ikan bertelur dan membiak (sebagaimana yang dibina di bandar Sibu, Sarawak). Kaedah ini adalah lebih mesra alam di samping mengekalkan flora dan fauna serta kehidupan marin sungai tersebut."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

AUM DR 8/3/2011

18

19. PR-000-U41523 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan faktor-faktor seperti inflasi, dasar yang tidak adil, keadaan hak asasi, kedudukan kekurangan kebebasan media yang menjejaskan kehidupan rakyat. Bahawa Dewan ini juga membincangkan apakah perbezaan di antara Malaysia berbanding dengan negara Mesir yang mengalami pemberontakan 'bunga melati' moden."

(Perdana Menteri)

20. PR-000-U41525 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendebatkan keperluan untuk mengkaji secara menyeluruh kekurangan kualiti sesetengah doktor di negara ini serta cara-cara untuk mengatasinya. Dewan ini juga membicarakan sebab-musabab Majlis Perubatan Malaysia tidak dapat mengawal dengan berkesan standard graduan perubatan lebih 3,500 orang setiap tahun."

(Menteri Kesihatan)

21. PR-000-U43074 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk membenarkan siaran langsung sidang Dewan Rakyat melalui televisyen supaya rakyat boleh menonton ucapan para ahli berhormat dan proses Dewan Rakyat membuat keputusan terhadap dasar dan undang-undang."

(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

22. PR-000-U43075 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk memulihkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan demi menjadikan perkhidmatan Kerajaan tempatan di negara kita lebih berkesan di samping memulangkan hak kepada rakyat untuk memilih Datuk Bandar dan ahli Majlis Kerajaan Tempatan."

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

AUM DR 8/3/2011

19

23. PR-000-U43076 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak Kerajaan untuk melaksanakan kempen kitar semula dan kempen pengurangan penggunaan plastik dengan lebih gigih demi memelihara kebersihan alam sekitar."

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

24. PR-000-U43077 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993 sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Dunia Pertama."

(Perdana Menteri)

25. PR-000-U43078 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan Suruhanjaya DiRaja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB Perdana Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC)."

(Menteri Dalam Negeri)

26. PR-000-U41480 Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan Yang Mulia ini menetapkan dan membincangkan mengenai perjanjian di antara pihak Petronas dangan Kerajaan negeri Sabah dan Persekutuan berkaitan cari gali minyak yang bukan sahaja mengandungi minyak mentah tetapi juga terdapat bahan-bahan lain seperti gas agar pihak-pihak yang berkenaan dapat menentukan dasar dan cara untuk meneliti dan mengkaji semula hasil galian tersebut demi untuk kebaikan bersama".

(Perdana Menteri)

AUM DR 8/3/2011

20

27. PR-000-U41484

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan Yang Mulia ini menetapkan dan meluluskan supaya kakitangan Kerajaan yang ditugaskan oleh SPR semasa pilihan raya berlangsung dan mereka yang bertugas di luar kawasan pada ketika itu termasuklah anggota polis, tentera dan sebagainya yang membuang undi secara undi pos seharusnya mengundi dengan sebebas-bebasnya tanpa dipengaruhi atau diarah oleh mana-mana pihak. Para pengundi pos ini mesti dan haruslah membuang undi untuk calon dari kediaman asal atau alamat tetapnya dan bukan di kawasan di mana pengundi itu bertugas."

(Perdana Menteri)

28. PR-000-U41490 Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan Yang Mulia ini membincangkan dengan seriusnya mengenai kemuliaan rakyat negara kita sebagai Rakyat Malaysia dengan suku-suku kaum masing-masing dan bukan hanya dengan sebutan suku kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain yang jelas mengetepikan suku-suku kaum dari Sabah dan Sarawak. Keadaan tersebut merupakan satu penghinaan bagi kaum-kaum dari Sabah dan Sarawak yang dicatat sebagai 'lain-lain' dalam borang-borang pentadbiran Kerajaan yang perlu dicatat sejelas-jelasnya mengikut suku bangsa rakyat Malaysia yang telah wujud sekian lama di negara ini."

(Menteri Dalam Negeri)

29. PR-000-U41436 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Pilihanraya Kerajaan Tempatan hendaklah dipulihkan semula bagi melengkapi sistem demokrasi di Malaysia dan mengembalikan hak rakyat untuk memilih perwakilan mereka sendiri dalam Kerajaan Tempatan".

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

AUM DR 8/3/2011

21

30. PR-000-U41440 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan supaya Kerajaan menyalurkan peruntukan tahunan kepada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mewakili kawasan-kawasan yang dimenangi sebagaimana yang diberikan kepada wakil-wakil rakyat BN, supaya peruntukan dapat disalurkan untuk manfaat pengundi dan kawasan yang diwakili, sepertimana yang diamalkan di negara Taiwan. Langkah menyekat peruntukan tahunan wakil rakyat PR sebenarnya adalah satu diskriminasi politik ke atas para pengundi dan rakyat keseluruhannya dan sekatan amalan demokrasi sendiri".

(Perdana Menteri)

31. PR-000-U41442 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan supaya Kementerian Pelajaran menyemak dan menyusun semula sukatan pelajaran subjek Sejarah Malaysia bagi memasukkan input yang tertinggal supaya ia lebih komprehensif, terbuka dan menjadi menarik untuk dipelajari".

(Menteri Pelajaran)

32. PR-000-U42596 Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini harus meminta Kerajaan supaya menubuhkan satu badan bebas bagi menjalankan kajian terperinci untuk mengenalpasti keperluan untuk membina sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang baru."

(Menteri Pelajaran)

33. PR-000-U42599 Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini harus mengambil maklum bahawa Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang bagi mensyaratkan semua wakil rakyat mengumumkan aset milikan/kekayaan peribadi secara terbuka".

(Perdana Menteri)

AUM DR 8/3/2011

22

34. PR-000-U42601 Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini harus meminta Kerajaan supaya mengambil ketetapan yang rasional dalam pemilihan jumlah golongan bukan melayu secara seimbang dalam sektor perkhidmatan awam."

(Perdana Menteri)

35. PR-000-U42289 Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan Persekutuan mengembalikan hak kepada Negeri untuk melantik Pegawai Eksekutif Ex-officio yang memberi kuasa kepada Menteri Besar yang dipilih rakyat dan menghormati kedaulatan negeri. Jelasnya, pemindahan Perlembagaan pada Tahun 1983 terbukti adalah memusatkan kuasa kepada Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara untuk campur tangan dalam pentadbiran negeri."

(Perdana Menteri)

36. PR-000-U41589 Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat membincangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya mencadangkan kepada Kerajaan agar:-a) mengurangkan umur minimum kelayakan mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun;b) menjadikan pendaftaran untuk mengundi adalah satu perkara yang automatik; dan c) pengundi berdaftar adalah diwajibkan keluar mengundi." (Perdana Menteri)

37. PR-000-U41590 Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat membahaskan agar satu mekanisma yang efektif dalam bentuk jangka masa pendek dalam menangani masalah banjir di negara ini."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

AUM DR 8/3/2011

23

38. PR-000-U41591 Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar Kerajaan dapat mengawal harga barangan asas seperti susu, gula dan tepung yang kerap naik harga tanpa mengambil kira kesannya terhadap rakyat yang rata-ratanya berpendapatan sederhana dan rendah."

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan)

39. PR-000-U41592 Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat mengambil perhatian secara serius di mana terdapat ramai golongan muda kini telah diisytiharkan muflis akibat dari penggunaan kad kredit yang tidak terkawal."

(Menteri Kewangan)

40. PR-000-U41594 Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat mengarahkan Kerajaan untuk meminta semua penerima konsesi tol agar mengkaji semula kadar tol di negara ini bagi mengurangkan beban rakyat."

(Menteri Kerja Raya)

41. PR-000-U41597 Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengadakan satu mata pelajaran tambahan di sekolah yang mengajar agama, adat istiadat, budaya serta cara hidup semua kaum di negara ini yang terdiri dari pebagai kaum bagi mengelakkan perkara yang berlaku baru-baru ini di mana seorang pelatih beragama Sikh dipotong rambut panjangnya di Kem Pusat Khidmat Negara tidak berulang. Isu ini adalah pelanggaran hak asasi manusia dan hak beragama di Malaysia. Suruhan Siasatan Diraja harus ditubuhkan untuk menyiasat pekara ini. Jikalau orang ramai mengenali agama, adat istiadat, budaya serta cara hidup kaum lain, pekara seumpama ini tidak akan berlaku dan isu perkauman juga dapat dihindari."

(Menterian Pelajaran)

AUM DR 8/3/2011

24

42. PR-000-U41600 Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan Malaysia memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat miskin tanpa mengira agama dan bangsa serta orang yang kurang upaya menjawat jawatan di sektor awam."

(Perdana Menteri)

43. PR-000-U41606 Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan Wifi di seluruh negara untuk menggalakkan rakyat menggunakan internet bagi menambah pengetahuan mereka dan ini dapat menggalakkan semua lapisan masyarakat menggunakan internet."

(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

44. PR-000-U41609 Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan mendesak pengusaha-pengusaha stesen minyak untuk menyedia lebih banyak perkhidmatan membekalkan gas bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan gas bagi kenderaan mereka yang mana ini dapat mengurangkan pencemaran udara."

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan)

45. PR-000-U41611 Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan menggubal undang-undang agar anak-anak dihadapkan ke mahkamah sekiranya mereka mengabaikan ibu bapa mereka yang sudah tua."

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

AUM DR 8/3/2011

25

46. PR-000-U42038 Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara sebagai syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Jet Sukhoi dan Kapal Selam Scorpene yang telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara". (Menteri Pertahanan)

47. PR-000-U42040 Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyokong bahawa Perdana Menteri untuk menjelaskan kekeliruan yang disebabkan atas jawapan beliau tentang perbelanjaan Isteri Perdana Menteri pada Dewan yang lepas iaitu pada November 2010 yang tidak dipadani dengan kewujudan "First Lady of Malaysia Division” seperti yang ditunjukkan oleh direktori laman web Jabatan Perdana Menteri."

(Perdana Menteri)

48. PR-000-U42020 Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, Kerajaan Arab Saudi, Majlis Keselamatan Negara, Angkatan Tentera Malaysia dan pihak lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan "Ops Piramid" untuk menyelamatkan rakyat Malaysia yang terperangkap dalam pergolakan berdarah di bumi Mesir".

(Menteri Luar Negeri)

AUM DR 8/3/2011

26

49. PR-000-U42023 Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri supaya keanggotaan Panel Perunding dan Pencegah Rasuah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dikaji semula bagi mengelakkan sebarang tindakan anggota panel yang mencatatkan imej SPRM dan Kerajaan."

(Perdana Menteri)

50. PR-000-U42025 Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mendesak YAB Perdana Menteri mengkaji semula pengurusan dana dan bentuk pelaburan Lembaga Tabung Haji Malaysia. Dewan ini sedar tentang wujudnya kerisauan di kalangan umat Islam tentang penglibatan Lembaga Tabung Haji dalam pelaburan berisiko tinggi di dalam dan luar negara".

(Perdana Menteri)

51. PR-000-U42028 Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mendesak YB Menteri Dalam Negeri dan YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil langkah-langkah perlu untuk membersihkan bandaraya-bandaraya kita daripada sindiket "pengemis dan peminta derma" yang memperalatkan kanak-kanak, orang tua, orang kurang upaya dan pendatang asing. Dewan sedar bahawa tindakan 'pengemis dan peminta derma' ini menjejaskan imej negara dan menimbulkan persepsi negatif terhadap Kerajaan dan rakyat, selain masalah keselamatan."

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

AUM DR 8/3/2011

27

52. PR-000-U42030 Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mendesak YB Menteri Kewangan memansuhkan pendekatan penghapusan subsidi secara total dalam kerangka Model Baru Ekonomi (NEM). Dewan mengambil iktibar bahawa tindakan drastik penghapusan subsidi akan menggugat kestabilan sosial dan mungkin mengancam keselamatan negara seperti yang pernah berlaku di beberapa negara jiran, termasuk Indonesia pada lewat tahun 90an dan situasi terkini di negara Mesir."

(Menteri Kewangan)

53. PR-000-U42273 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu pada 18 Disember 2007 di mana negara-negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan penggunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Moratorium tersebut."

(Menteri Dalam Negeri)

54. PR-000-U42275 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketatapan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009 akibat kerja perobohan Jaya Supermarket, Petaling Jaya. Daripada siasatan yang dijalankan kerja perobohan tersebut tidak mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)."

(Menteri Sumber Manusia)

AUM DR 8/3/2011

28

55. PR-000-U42278 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) menjalankan siasatan ke atas kematian adik Aminulrasyid yang ditembak mati oleh anggota polis. Dewan juga mendesak mengenai perlantikan panel khas di dalam siasatan kes ini. Polis didakwa menyalahgunakan senjata api sehingga menyebabkan Aminulrasyid terbunuh oleh polis. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar Suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi."

(Perdana Menteri)

56. PR-000-U42196 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan supaya Kerajaan mengambil langkah segera bagi meringankan beban rakyat dengan menghapus dan memansuhkan semua jenis tol di lebuh raya Malaysia." (Perdana Menteri)

57. PR-000-U42197 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan supaya Kerajaan mengambil tindakan membatalkan semua jenis saman ekor tertunggak yang berjumlah 15 juta saman setelah pelaksanaan format dan Akta Pengangkutan Jalan pindaan 2010 dikuat kuasakan."

(Menteri Dalam Negeri

58. PR-000-U42199 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan supaya Kerajaan menutup syarikat Felda Plantation dan mengagihkan tanah milik Felda Plantation kepada generasi kedua dan ketiga peneroka Felda."

(Perdana Menteri)

AUM DR 8/3/2011

29

59. PR-000-U42201 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan supaya Kerajaan memberikan pengiktirafan peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan kepada guru."

(Perdana Menteri)

60. PR-000-U42203 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan supaya Kerajaan menaikkan royalti minyak kepada negeri Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus."

(Perdana Menteri)