sungai ii (soalan)

15
* NURZATULWAHIDA BINTI ELLIAS * KELAS 6B6 SOALAN :- Bincangkan aktiviti manusia yang sesuai dijalankan di bentuk-bentuk muka bumi sungai . (13m)

Upload: meera-zaheed

Post on 12-Apr-2017

42 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUNGAI II (SOALAN)

* NURZATULWAHIDA BINTI ELLIAS* KELAS 6B6

SOALAN :-Bincangkan aktiviti manusia yang sesuai dijalankan di bentuk-bentuk muka bumi sungai . (13m)

Page 2: SUNGAI II (SOALAN)

1. Sumber bekalan air

• Pembinaan empangan di peringkat hulu sungai .• Contohnya Projek Pengairan Muda (Dataran Kedah) yang

dirancang oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) membina dua buah empangan di hulu Sungai Muda dan hulu Sungai Pedu .

• Dibina untuk membolehkan penanaman padi diusahakan 2 kali setahun .

• Sungai juga membekalkan air untuk kegunaan harian manusia .

Page 3: SUNGAI II (SOALAN)

CONTOH EMPANGAN DI KEDAH

Page 4: SUNGAI II (SOALAN)

2. Penjanaan kuasa hidroelektrik

* Empangan di hulu sungai dapat menjana kuasa hidroelektrik .

* Empangan Chenderoh adalah empangan hidroelektrik dan stesen kuasa hidroelektrik yang tertua di Malaysia .

* Dengan penjanaan ini , kos operasi lebih rendah , tiada penggunaan bahan api dan juga kemudahan untuk sukan air .

Page 5: SUNGAI II (SOALAN)

Aktiviti yang boleh manusia lakukan dengan bekalan elektrik

Page 6: SUNGAI II (SOALAN)

3. Pelancongan

• Kawasan air terjun sangat sesuai untuk aktiviti pelancongan .

• Contohnya, Air terjun Kota Tinggi di Johor dan Air Terjun Lata Kinjang di Tapah , Perak .

• Kesegaran dan udara yang damai serta airnya yg deras nampak unik dan menarik .

• Tempat yang boleh menarik minat pengunjung melakukan pelbagai aktiviti .

Page 7: SUNGAI II (SOALAN)

Contoh aktiviti pelancongan yang boleh dijalankan di kawasan air

terjun

Mandi-manda Berkelah Berkayak Flying fox

Page 8: SUNGAI II (SOALAN)

4. Pengangkutan• Terutamanya di kawasan

tetambak .• Merupakan satu jaluran

kawasan yang tinggi dan jauh daripada ancaman banjir .

• Jalan raya yang merupakan salah satu daripada pengangkutan darat dapat dibina .

• Lebih mudah dan selamat .

Page 9: SUNGAI II (SOALAN)

5. Penternakan

• Aktiviti penternakan ikan air tawar sangat sesuai dijalankan di sekitar dan di dalam tasik ladam .

• Tasik ladam merupakan tasik semula jadi yang dalam dan tenang .

• Kawasan ini telah menarik minat dan memudahkan pengusaha ikan air tawar di luar Bandar .

• Dapat menambah pendapatan penduduk .

Page 10: SUNGAI II (SOALAN)

Contoh aktiviti penternakan ikan air tawar

Page 11: SUNGAI II (SOALAN)

6. Pelombongan

• Pulau sungai merupakan salah satu bentuk muka bumi yang terhasil akibat pemendapan sungai .

• Kaya dengan pasir yang diperlukan oleh sektor pembinaan .• Pasir yang membentuk pulau sungai akan dilombong dan

kemudian dijual .• Pulau ini terdapat di bahagian hilir sungai berhampiran

dengan muara sungai .

Page 12: SUNGAI II (SOALAN)

Contoh aktiviti perlombongan di kawasan sungai

Page 13: SUNGAI II (SOALAN)

7. Pembentukan dataran aluvium

• Dataran banjir kaya dengan tanih aluvium di peringkat hilir yang subur dan sesuai untuk penanaman padi .

• Bentuknya yang rata memudahkan air bertakung .• Padi memerlukan jumlah air yang banyak semasa proses

pertumbuhannya .• Dapat menghasilkan buah padi yang banyak dan berkualiti .• Contohnya Dataran Kedah-Perlis sangat sesuai untuk aktiviti

penanaman padi .

Page 14: SUNGAI II (SOALAN)

Contoh Dataran Aluvium & Penanaman Padi

Dataran Aluvium

Penanaman Padi

Page 15: SUNGAI II (SOALAN)

Sekian terima kasih..