malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … · oleh kementerian untuk membendung kes...

36
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 24 SEPTEMBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 18 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1312-L55128 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :- (a) sama ada Kerajaan terdesak untuk menandatangani TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement); dan (b) kerangka yang telah diolah oleh Kementerian bagi melindungi kepentingan negara dan pemain industri dalam TPPA dan manfaat negara sekiranya menyertai TPPA dan kesan sekiranya tidak menyertai TPPA. 2. PR-1312-L55911 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah tangkapan telah dibuat terhadap mereka yang terlibat dalam Jenayah Projek IC di Sabah seperti mana yang telah didedahkan semasa perjalanan siasatan Suruhanjaya Siasatan DiRaja. Berapa pula yang telah dibawa ke Mahkamah. 3. PR-1312-L56298 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :- (a) apakah pemantauan Kerajaan terhadap penyelewengan subsidi diesel yang diberikan kepada para nelayan yang sering berlaku; dan (b) apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah ini. 4. PR-1312-L56253 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah Duta dan Pesuruhjaya Tinggi serta Duta khas Malaysia dari kalangan lantikan politik dan nyatakan nama mereka dan negara manakah mereka berkhidmat.

Upload: nguyenmien

Post on 26-Aug-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 24 SEPTEMBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 18

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1312-L55128 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) sama ada Kerajaan terdesak untuk menandatangani

TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement); dan (b) kerangka yang telah diolah oleh Kementerian bagi

melindungi kepentingan negara dan pemain industri dalam TPPA dan manfaat negara sekiranya menyertai TPPA dan kesan sekiranya tidak menyertai TPPA.

2. PR-1312-L55911

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah tangkapan telah dibuat terhadap mereka yang terlibat dalam Jenayah Projek IC di Sabah seperti mana yang telah didedahkan semasa perjalanan siasatan Suruhanjaya Siasatan DiRaja. Berapa pula yang telah dibawa ke Mahkamah.

3. PR-1312-L56298 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) apakah pemantauan Kerajaan terhadap penyelewengan

subsidi diesel yang diberikan kepada para nelayan yang sering berlaku; dan

(b) apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi

masalah ini. 4. PR-1312-L56253

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah Duta dan Pesuruhjaya Tinggi serta Duta khas Malaysia dari kalangan lantikan politik dan nyatakan nama mereka dan negara manakah mereka berkhidmat.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

2

5. PR-1312-L55981 Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pihak-pihak mana yang telah dikenal pasti terlibat dengan ajaran dan fahaman Syiah di negara ini dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mereka bagi membendung penularan fahaman tersebut.

6. PR-1312-L56309

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah sebab penggunaan perwarna diesel diberhentikan setelah ianya berkesan dalam menangani sindiket menjual diesel subsidi. Apakah rancangan menyeluruh dan langkah Kerajaan bagi menangani isu menjual diesel subsidi.

7. PR-1312-L55152

Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan usaha Kerajaan untuk membaik pulih prestasi perniagaan MAS kerana keuntungannya hanya RM8 juta pada suku kedua tahun ini. Apakah Kerajaan sedar bahawa MAS memerlukan barisan pengurusan yang berwibawa dan lebih berpengalaman di dalam bidang produktiviti dan kawalan kos supaya prestasi MAS lebih membanggakan. Jika ya, kenapakah MAS melantik lapan (8) orang bukan rakyat tempatan untuk mengepalai beberapa bahagian operasi penting MAS.

8. PR-1312-L57009

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan untuk membantah amalan TNB yang mengeluarkan bil elektrik mengikut anggaran pembacaan bil elektrik yang menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi berbanding pembacaan bil elektrik “on-site” setiap bulan.

9. PR-1312-L55295

Tuan William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan untuk menambah program kampung tanpa wayar lebih banyak lagi ke luar bandar yang mana telah dibuat di rumah-rumah panjang dan kampung. Ini kerana program ini amatlah diminati oleh golongan belia dan beliawanis di kawasan tersebut.

10. PR-1312-L56573

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan secara persis keadaan perkhidmatan radioterapi awam dan swasta termasuk peruntukan di negara ini. Berapa bilangan pesakit setiap tahun dan bilangan yang akan dirawat di Pusat Radioterapi canggih di Putrajaya dan apakah implikasi MOU dengan Jepun untuk mesin terkini.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013 3

11. PR-1312-L55663 Dato' Sri Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sama ada pihak pengurusan kilang Lynas di Gebeng telah pun menurut arahan Kabinet yang mengarahkan sisa buangan proses ataupun produk sampingan dihantar keluar negeri.

12. PR-1312-L55859

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pembantu domestik asing yang sedang berkhidmat di dalam negara mengikut negara asal mereka dan pecahan terperinci bayaran atau "fee" (RM8 ribu) yang dikenakan kepada majikan untuk mendapat pembantu domestik Indonesia.

13. PR-1312-L55738

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah kriteria JPA dalam memberikan biasiswa kepada

pelajar cemerlang; dan (b) langkah-langkah yang jelas untuk proses permohonan

biasiswa ini supaya pelajar tidak berasa keliru. 14. PR-1312-L55748

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah sekolah-sekolah perubatan dan bilangan doktor yang lulus setiap tahun, jumlah doktor di negara ini dan nisbah doktor-penduduk bagi tempoh lima tahun lepas dan lima tahun akan datang. Adakah perangkaan ini akan membawa kepada lebihan bekalan doktor di negara ini dan apakah langkah-langkah Kementerian untuk mengelakkan ini daripada berlaku.

15. PR-1312-L55214

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta PERDANA MENTERI menyatakan salah satu tanda aras kepada pencapaian agensi pencegahan rasuah ialah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Apakah pengiktirafan yang telah diperolehi SPRM dalam tempoh empat tahun sejak agensi ini dinaik taraf ke status Suruhanjaya.

16. PR-1312-L56477

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan usaha jangka panjang dan pendek bagi mengatasi tenaga kerja berkemahiran tinggi dan apakah hasil Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Pekerjaan Malaysia 2008-2020 hingga kini.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

4

17. PR-1312-L56862 Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah terdapat sebarang langkah atau cadangan dari pihak Kerajaan bagi mewartakan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud khusus atau perkara yang boleh mencetuskan isu sensitiviti umat Islam seperti kalimah Allah dan sebagainya.

18. PR-1312-L55889 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan program penyusunan semula penjaja dan peniaga kecil di Kuala Lumpur yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh DBKL bagi menaik taraf sektor tersebut sesuai dengan peredaran masa.

19. PR-1312-L55915 Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan individu yang ditangkap dalam tahun 2012 dan 2013 atas pelbagai kesalahan yang berkaitan dengan dadah termasuklah kesalahan kerana menagih, mengedar dan memiliki dadah serta nyatakan langkah Kementerian bagi menjadikan negara bebas daripada dadah menjelang 2015.

20. PR-1312-L55333 Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah betul, hanya pemaju dan/atau pembeli rumah di Sabah yang mesti bayar yuran sambungan Sabah Electricity Sdn Bhd untuk rumah baru (lebih kurang RM4,500.00 setiap rumah). Berapakah yang dibayar di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Apakah alasan untuknya.

21. PR-1312-L55047 Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa jumlah keluasan tanah terbiar yang telah dimajukan di negeri Kedah mengikut daerah dan agensi yang terlibat membangunkannya.

22. PR-1312-L55878

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan menyokong pemberian kuasa penuh pendakwaan kepada SPRM dalam kes rasuah serta memberikan kuasa kepada SPRM menuntut kakitangan awam termasuklah Menteri, Ketua Menteri dan Menteri-Menteri Besar mengisytiharkan harta mereka sementara menunggu siasatan.

23. PR-1312-L55110 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bilakah Kedai Rakyat 1Malaysia akan dibuka di kawasan Parlimen Mas Gading.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013 5

24. PR-1312-L55677 Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik terkini isi rumah mengikut kategori pendapatan. Selain itu, berikan statistik anak muda yang berumur 30 tahun dan ke bawah mengikut kategori pendapatan.

25. PR-1312-L56973

Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan dalam tempoh 2 tahun sebelumnya (2011-2012), terdapat 5,933 kes dilaporkan (2011: 2268 kes dan 2012: 3,665 kes) dan sebanyak 103 kes membawa maut (2011: 55 kes dan 2012: 48 kes). Apakah langkah-langkah berkesan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan rakyat terhadap kes yang merbahaya ini.

26. PR-1312-L56002

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) jumlah anggota Polis Diraja Malaysia dan nisbah anggota

polis kepada rakyat di setiap negeri; dan (b) langkah-langkah yang diambil dan yang akan diambil

untuk menangani masalah kekurangan anggota polis di setiap negeri.

27. PR-1312-L55713

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan terkini yang sedang diambil oleh pihak polis dalam menangani jenayah yang melibatkan senjata api dan apakah pola/trend menunjukkan ianya terkawal.

28. PR-1312-L56818

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pindaan terhadap Akta Perkeso untuk menambahbaikkan terhadap keselamatan dan faedah terhadap pekerja di negara ini.

29. PR-1312-L56305

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak

Kementerian dalam menangani masalah kenaikan harga ayam terutama di negeri Sarawak yang kini telah menular ke Semenanjung di mana sudah mencecah harga melebihi RM9.00 sekilogram; dan

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

6

(b) adakah ini berpunca daripada pembekal untuk menaikkan harga ayam atau kekurangan bekalan ayam hidup dan langkah-langkah Kementerian untuk menyelesaikan masalah ini pada masa akan datang.

30. PR-1312-L55777

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa kali dan jumlah masa terlibat, pihak polis mengadakan rondaan helikopter di Sibu pada Julai, dan kos yang terlibat. Adakah rondaan udara akan mengurangkan kes jenayah di Sibu.

31. PR-1312-L55121

Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membina sebuah Institut Kemahiran Mara [IKM] di Bahagian Kapit.

32. PR-1312-L55578

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah jumlah perbelanjaan sepenuhnya yang ditanggung oleh BN dan semua parti lain dengan berdasarkan Penyata Belanja Pilihan Raya (Borang B Subseksyen 23(1) di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954).

33. PR-1312-L56888

Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan tindakan Kerajaan ke atas laman blog yang menyebarkan ajaran sesat dan Syiah serta nyatakan langkah-langkah Kerajaan bagi memberikan kesedaran kepada umat Islam tentang ajaran-ajaran sesat ini.

34. PR-1312-L55544

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan rasionalnya untuk membenarkan 1.4 juta pekerja Bangladesh di bawa masuk ke negara ini menjelang awal tahun 2014 walaupun Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk menangkap 450 ribu pendatang asing tanpa izin mulai 1 September 2013.

35. PR-1312-L55534 Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berkenaan tindakan yang akan diambil terhadap kumpulan kongsi gelap serta apakah akta baru yang akan dibuat bagi menangani masalah ini.

36. PR-1312-L55763

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan rancangan Kementerian untuk mengimplimentasikan "keselamatan sosial" untuk pemandu teksi.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013 7

37. PR-1312-L56545 Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menyemak semula kaedah pemberian elaun sara hidup RM 200 kepada nelayan dan apakah perancangan yang dicadangkan oleh Kementerian bagi menangani masalah elaun berkenaan yang tidak menepati sasaran penerima.

38. PR-1312-L55587

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan pembelajaran dan strategi-strategi untuk menarik pelancong untuk Tahun Melawat Malaysia 2014, khasnya ke negeri Melaka. Nyatakan produk pelancongan yang dipasarkan dan pasaran pelancong negara yang menjadi sasaran utama.

39. PR-1312-L55150 Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tentang kenapa pihak Unit Pusat Universiti (UPU) terlepas pandang atau tidak memberi peluang kepada 18 ribu pelajar cemerlang mengikuti pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam sesi pengambilan 2013/2014 ini sedangkan mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Apakah ruang masih dibuka untuk mereka di dalam sesi pengambilan yang akan datang kerana persaingan yang semakin sengit.

40. PR-1312-L55132

Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan segmentasi perbelanjaan Kerajaan daripada agihan royalti Petronas dari tahun 2010-2012.

41. PR-1312-L55244 Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan memberikan sedikit perincian mengenai tawaran Amerika Syarikat untuk memperluas “coastal surveillance radar” di kawasan strategik perairan Malaysia. Apakah Malaysia akan menerima tawaran ini; sekali gus memperteguh kekuatan kita di ESSCOMM dan ESSZONE. Apakah garis masa untuk kita menerima atau menolak tawaran ini.

42. PR-1312-L56840

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa peruntukan kewangan, tempat tinggal ataupun kemudahan sementara yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan bagi mangsa-mangsa kebakaran terutamanya di Parlimen Batu. Adakah pihak Bomba sudah mengenal pasti punca kebakaran dan apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh pihak DBKL.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

8

43. PR-1312-L56672 Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha yang telah diambil untuk memantau kegiatan kongsi gelap dan langkah yang diambil untuk mencegah kejadian penembakan yang disyaki melibatkan balas dendam kongsi gelap.

44. PR-1312-L55078

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapa tiada tindakan terhadap guru besar dan guru-guru yang membuli dan "ostracizing" anak perempuan Guneswari Kelly di SK Seri Pristana.

45. PR-1312-L56734 Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk memastikan sektor swasta tidak rasis di dalam pengambilan pekerja bagi sesetengah jenis pekerjaan.

46. PR-1312-L56331

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah- langkah yang diambil bagi meningkatkan literasi kewangan di kalangan belia yang menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.

47. PR-1312-L57031

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menutup operasi CTOS yang difahamkan masih lagi beroperasi dan menimbulkan banyak kesulitan kepada rakyat dari sudut pengurusan pinjaman kewangan, malah ada institusi kewangan yang masih merujuk kepada CTOS.

48. PR-1312-L56534

Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai hasrat untuk menswastakan MAS. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memulihkan kedudukan kewangan MAS yang sedang mengalami kerugian yang besar itu.

49. PR-1312-L56644

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) adakah pihak Kementerian bercadang untuk

memperluaskan program perumahan PRIMA di bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak; dan

(b) apakah tindakan yang akan Kementerian lakukan bagi

menangani masalah peningkatan harga rumah yang tinggi sejak 5 tahun lepas terutama di bandar-bandar utama Sabah dan Sarawak.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013 9

50. PR-1312-L55402 Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah keseluruhan kelab atau akademi bola sepak untuk golongan kanak-kanak dan remaja yang masih beroperasi di Malaysia.

51. PR-1312-L56739

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status perancangan projek tebatan banjir di kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu khususnya di kawasan Kulim, Junjong, Sungai Ular dan Terap.

52. PR-1312-L56415

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kos dan pecahan butir-butir perbelanjaan secara terperinci untuk tujuan pengerahan anggota-anggota PDRM yang bertugas sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut, Terengganu serta bilangan anggota yang dikerah mengikut jabatan dan rasionalnya.

53. PR-1312-L55823

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai niat untuk menubuhkan sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang baru. Jika ya, adakah Kementerian mempunyai rancangan untuk membina sekolah Tamil di kawasan Jelapang yang mempunyai lebih kurang 20% kaum India.

54. PR-1312-L55077 Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tentang insiden yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana di mana murid-murid yang tidak beragama Islam disuruh makan di bilik salinan yang berhampiran dengan tandas. Adakah sebarang siasatan telah diambil, jika ya, siapa yang mengetuai siasatan dan apakah hasil siasatan dan tindakan yang telah diambil.

55. PR-1312-L55389

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan misi Kerajaan untuk menggalakkan rakyat bersukan di setiap kawasan Parlimen di Malaysia bagi sesi ini.

56. PR-1312-L55280

Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah konkrit yang diambil oleh Kerajaan selain dari cadangan menguatkuasakan semula Ordinan Darurat, untuk tangani peningkatan kejadian-kejadian kes tembakan dan jenayah berat, rompakan dan jenayah ragut.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

10

57. PR-1312-L56553 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan tindakan pantas terhadap aduan tentang blogger Alvivi dan Vivian yang berbuka puasa dengan "Bak Kut Teh" manakala tidak mengambil tindakan tegas dan cepat terhadap blogger yang melemparkan tuduhan palsu bahawa saya mendesak wang zakat diberi kepada Orang Cina. Apakah "response time" Suruhanjaya terhadap aduan tuduhan berunsur sensitif di Internet.

58. PR-1312-L55286

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah bantuan per kapita yang telah diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat peringkat rendah dan menengah dari tahun 2010 hingga 2012.

59. PR-1312-L55393

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai aturan khas (special arrangement) dengan institusi-institusi pengajian tinggi tertentu di luar Negara untuk mengambil atau melatih pelajar-pelajar daripada Malaysia dan apakah butir-butir aturan khas tersebut.

60. PR-1312-L56367

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) adakah Kementerian telah berbincang dengan

Jawatankuasa-Jawatankuasa Penduduk di DUN Sungai Pelek sebelum bertindak menutup Pejabat Pendaftaran Negara Cawangan Sungai Pelek di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) dan Pejabat Imigresen Cawangan Sungai Pelek juga di BBST; dan

(b) adakah Kerajaan bersedia mendengar suara dan keluhan

rakyat di DUN Sungai Pelek supaya mewujudkan kembali Pejabat Pendaftaran Negara Cawangan Sungai Pelek di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) dan Pejabat Imigresen Cawangan Sungai Pelek di BBST.

61. PR-1312-L56916

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk mengawal peningkatan jumlah hutang Kerajaan dan hutang dijamin Kerajaan (Government Debt & Government Guaranteed Debt) bagi mengembalikan taraf 'bond' negara daripada 'negatif' kepada 'stabil'.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

11

62. PR-1312-L56774 Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pendirian rasmi Kerajaan terhadap Kerajaan Sementara Mesir yang diketuai oleh Adly Mansour hasil daripada rampasan kuasa tentera pada 3 Julai 2013 yang lalu.

63. PR-1312-L56929

Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapa jumlah peruntukan tahunan disediakan untuk operasi dan pengurusan BERNAMA TV bagi tempoh tiga tahun lalu.

64. PR-1312-L55851

Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kenapa Kementerian masih membiarkan pemaju-pemaju melaksanakan skim-skim DIBS (Developer Interest Bearing Scheme) yang telah diharamkan di Singapura pada 2009 meskipun skim-skim tersebut membawa akibat peningkatan harga hartanah di pasaran.

65. PR-1312-L55493

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-

(a) jumlah perbelanjaan Kerajaan daripada menaja jersi

Kelab Bolasepak Cardiff City dan tempoh penajaan; dan (b) bagaimana penajaan jersi bola sepak berkenaan dapat

menarik pelancong ke Malaysia.

66. PR-1312-L56366 Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) adakah Kementerian telah berbincang dengan

Jawatankuasa-Jawatankuasa Penduduk di Putra Perdana sebelum bertindak menutup Balai Polis Putra Perdana pada bulan Ogos 2013 yang lalu; dan

(b) adakah Kementerian bersedia untuk mendengar suara

rakyat di Putra Perdana untuk membina Balai Polis Putra Perdana yang tetap/kekal di tapaknya yang terletak di sebelah Masjid Putra Perdana.

67. PR-1312-L55306

Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kawasan yang bakal dibina rumah-rumah Program Perumahan Rakyat, jumlah yang akan dibina serta berapakah kos yang dianggarkan untuk membina sebuah rumah PPR di Bandaraya Kuala Lumpur sepanjang tahun 2013/2014.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

12

68. PR-1312-L55137 Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian OIC berhubung krisis-krisis di negara umat Islam.

69. PR-1312-L55213

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan SPAD dan langkah-langkah yang dilaksanakan untuk memastikan keselamatan pengguna bas supaya nahas yang terjadi di Genting dalam bulan Ogos 2013 dapat dielakkan.

70. PR-1312-L56128

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian rasmi Kerajaan Malaysia mengenai kedudukan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Mesir ekoran rampasan kuasa oleh tentera negara itu ke atas Presiden yang sah, yang telah dipilih oleh rakyat secara demokratik.

71. PR-1312-L56688

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tindakan susulan Kementerian untuk menangani masalah jangkitan virus kencing tikus atau leptospirosis yang mengakibatkan 14 kematian di Sarawak. Dari peruntukkan RM3.2 juta untuk Program Kawalan Vektor berapa bajet yang diperlukan untuk menangani masalah ini di Sarawak.

72. PR-1312-L55541

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan mengkaji semula keputusan Indah Water Konsortium (IWK) untuk meningkatkan kadar caj bagi perkhidmatan pengosongan “enapcemar” dari tangki jenis tandas curah ('pour flush') memandangkan keputusan tersebut membebankan golongan yang berpendapatan rendah.

73. PR-1312-L56297

Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pecahan peruntukan dan kegunaannya bagi sekolah-sekolah Tamil di Pulau Pinang dan nyatakan sebab mengapa tiada komitmen yang realistik dan serius dalam membantu sekolah vernakular ini.

74. PR-1312-L55194

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah skim pelaburan emas yang didapati beroperasi secara haram.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

13

75. PR-1312-L55546 Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada penurunan paras air di bawah tanah (“ground water level”) - (akibat projek perlongkangan (drainage) untuk memulihkan hutan gambut untuk pertanian komersial) adalah sebab utama untuk kebakaran gambut yang berulang-ulang di Sumatra dan Kalimantan.

76. PR-1312-L56955

Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan melalui peruntukan sebanyak RM606 juta bagi melaksanakan projek mitigasi Fasa 1 dan 2 bagi mengelak berlaku masalah kekurangan air yang serius di Lembah Klang, setakat mana sebenarnya kemampuan projek itu mampu melegakan keadaan dan mengatasi masalah air sekiranya tidak terlaksana Loji Rawatan Air Langat 2.

77. PR-1312-L55293 Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kerajaan membenarkan para mahasiswa dalam dan luar negara yang terlibat dengan mana-mana organisasi parti politik.

78. PR-1312-L56467

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status penyiasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia atas tuduhan rasuah mengenai Ketua Menteri Sarawak.

79. PR-1312-L56307

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah rancangan menyeluruh dan langkah Kerajaan untuk membanteras kegiatan pelacuran yang berleluasa dan apakah tindakan Kerajaan bagi mengenal pasti kedai refleksologi yang sebenarnya menjalankan kegiatan pelacuran.

80. PR-1312-L56194

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bila negara kita akan "accept" Perkara 7 Konvensyen Hak Kanak-kanak dan sama ada Kerajaan kita berniat untuk "ratify" dan "accept" konvensi tersebut tanpa sebarang "reservation".

81. PR-1312-L56050

Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah kadar tariff elektrik akan dinaikkan dan apakah kesan kenaikan kepada pengguna isi rumah dan industri.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

14

82. PR-1312-L55812 Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramaikah orang yang pernah didakwa serta dihukum di bawah Seksyen 3(1), Akta Kesalahan Pilihanraya, 1954 atas kesalahan membekalkan maklumat palsu berkenaan dengan pendaftaran pemilih dan minta butir terperinci mengenai kesalahan yang mereka telah lakukan.

83. PR-1312-L56011

Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapakah kos sebuah helikopter Super Cougar EC725 yang diperoleh untuk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan berapakah kos keseluruhannya dan adakah ia masih dalam tempoh jaminan serta nyatakan status operasi helikopter dan berapa buah yang dalam status Aircraft On Ground (AOG).

84. PR-1312-L56041

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa anggaran pasaran harga barang curi di negara ini dan apakah langkah khusus untuk menyekat pasaran ini untuk mengatasi kes ragut, samun dan lain-lain. Berapa tangkapan yang dibuat di bawah kesalahan menjual atau berurusan barang curi, berapa jumlah rampasan dan apakah langkah untuk mengekang pasaran barang curi ini.

85. PR-1312-L56670

Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab sebenar kenaikan kadar jenayah dan kes bunuh di negara ini dalam beberapa bulan yang lalu. Adakah ianya ada kaitan dengan pemansuhan beberapa akta yang berkaitan dengan jenayah tersebut.

86. PR-1312-L56992

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan hasil siasatan Jawatankuasa Penyiasatan Khas Kemalangan Bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands. Apakah punca dan langkah yang dicadangkan bagi mengelak tragedi sedemikian daripada berulang.

87. PR-1312-L55762

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status terkini mengenai perjanjian FTA EU-Malaysia. Apakah kemungkinan Malaysia akan menyokong "Investment Chapter" termasuk ISDS dalam perjanjian ini.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

15

88. PR-1312-L55508 Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kementerian berhasrat menukar kadar bayaran elektrik untuk hotel-hotel serta pengusaha-pengusaha pelancongan tempatan lain daripada kategori "komersial" kepada "industri" memandangkan kos industri pelancongan yang makin meningkat tinggi dan sumbangan besar sektor pelancongan kepada ekonomi negara.

89. PR-1312-L55202

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah NGO Wanita yang aktif di seluruh negara mengikut bidang serta berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan setiap satu bagi tahun 2000 hingga 2013.

90. PR-1312-L55537

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan graduan kejururawatan baru yang memohon Sijil Amalan Tahunan (Annual Practising Certificate) pada tahun 2010. Daripada bilangan ini berapakah yang membaharui Sijil Amalan Tahunan mereka pada tahun 2011 dan pada 2012.

91. PR-1312-L56012 Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pemegang-pemegang amanah Yayasan 1MDB, penandatangan kewangan, kedudukan kewangannya, sumbangan yang diberikan 1MDB kepada Yayasan 1MDB serta senarai kegiatannya setakat ini.

92. PR-1312-L57026

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes penceraian yang membabitkan pasangan Islam dari tahun 2003 hingga 2013 dengan pecahan kes yang telah selesai dan masih dalam proses mahkamah serta apakah sebab utama kes tersebut masih tertunggak dan belum diselesaikan.

93. PR-1312-L56709

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah "Standard Operating Procedures" (SOP) yang perlu dipatuhi sebelum Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak merobohkan kuil atau tempat-tempat ibadat bukan Islam yang lain.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

16

94. PR-1312-L57058 Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) apakah Kementerian dapat memastikan bahawa

kepentingan politik, ekonomi, alam sekitar akan terjamin tidak bakal digugat jika Kerajaan menandatangani TPPA; dan

(b) apakah Kementerian dapat memastikan bahawa

kepentingan dan kebajikan peniaga, pengusaha dan rakyat jelata khususnya kaum Bumiputera dijamin tidak akan digugat.

95. PR-1312-L55316

Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) apakah faktor penetapan Purata Nilai Gred Kumulatif

(PNGK) untuk setiap institusi pengajian tinggi bagi melayakkan graduan mendapat Ijazah kelas pertama dan seterusnya melayakkan graduan tersebut dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ; dan

(b) siapakah yang dipertanggungjawabkan ke atas penilaian

penentuan tahap gred PNGK bagi institusi pengajian tinggi di negara ini.

96. PR-1312-L56754

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) berapa bilangan penduduk asing atau bukan

warganegara yang telah dianugerah permit masuk dalam tempoh 5 tahun; dan

(b) dalam membantu penduduk-penduduk kawasan

sempadan yang telah berkahwin dengan bukan warganegara yang memiliki dokumen tidak lengkap atau tidak ada, apakah usaha menyelesaikan masalah tersebut.

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

17

97. PR-1312-L55115 Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menambah bilangan doktor termasuk doktor pakar di Hospital Kapit dan Belaga:-

(a) adakah pihak Kementerian bercadang untuk

membekalkan kenderaan pacuan 4 roda untuk kegunaan Klinik Kesihatan Desa (KKD) seperti KKD Sg. Tunoh, Kapit, KKD Long Busang, Belaga dan KKD Lusong Laku, Belaga; dan

(b) adakah pihak Kementerian bercadang untuk menambah

bilangan pusat hemodialisis di Hospital Kapit, Hospital Song dan di Hospital Belaga.

98. PR-1312-L56003

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) sama ada GST akan dilaksanakan dan jika ada, bila; dan (b) kesan atau impak yang dibawa kepada Kerajaan dan

rakyat oleh pelaksanaan GST. 99. PR-1312-L55111

Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah Kementerian akan menaik taraf jalan dari simpang Jalan Biawak ke Kampung Kendaei, Lundu.

100. PR-1312-L55460

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah Kerajaan untuk menyelesaikan masalah warga Malaysia tanpa kerakyatan (stateless Malaysian). Apakah masalah yang dihadapi apabila memproses permohonan dan apakah cara-cara untuk memperbaiki masalah tersebut.

101. PR-1312-L55127

Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk membantu meningkatkan hasil pelancongan di negeri Terengganu.

102. PR-1312-L55475

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Dasar Kabotaj menyebabkan wujudnya perbezaan harga di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Apakah langkah yang sedang atau akan diambil oleh kerajaan untuk mengimbangi harga barangan di antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung.

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

18

103. PR-1312-L55324 Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah status siasatan tentang sebab timbulnya masalah kekurangan bekalan diesel di Sabah, khususnya Sandakan. Bagaimana memantau kegunaan kuota syarikat-syarikat memegang Lesen Kommuniti Drumming (menghantar barangan perlu ke luar bandar).

104. PR-1312-L56270

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengikut fasal perjanjian manakah pembahagian pungutan bayaran saman AES dibuat antara Kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan seperti yang diumumkan Kerajaan membayar pada syarikat RM13,550,758.00 dan Kerajaan hanya mendapat RM3,429,910.00 sahaja daripada keseluruhan kutipan RM20,020,500.00 bayaran kompaun.

105. PR-1312-L56483 Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan keadaan terkini di Lahad Datu. Apakah Kementerian bercadang untuk membeli aset pertahanan terutamanya sistem radar dan lain-lain yang baru bagi menangani keselamatan di Sabah.

106. PR-1312-L55893

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan berikut sehingga akhir Ogos 2013:-

(a) bilangan banduan yang dibebaskan di bawah Ordinan

Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan langkah susulan ke atas mereka serta bilangan lapor diri yang dibuat; dan

(b) jenayah bunuh melibatkan bekas banduan.

107. PR-1312-L56217

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) kos pembinaan untuk Lebuh Raya Kinrara-Damansara

(KIDEX) dan syarat-syarat utama penswastaan ini, termasuk tempoh dan kadar tol; dan

(b) tahap perlaksanaan dan pembinaan KIDEX.

108. PR-1312-L56811

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pindaan Akta Kerja 1995 dari 'sub-contractor labour' kepada 'contractor labour' dan implikasinya terhadap masa depan rakyat pekerja.

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

19

109. PR-1312-L55230 Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kerajaan sedar bahawa penagihan daun ketum mempunyai gejala-gejala yang menyerupai penagihan dadah serta menyebabkan masalah-masalah seperti penagihan dadah. Apakah yang telah dilakukan oleh Kerajaan untuk mengawal penagihan ini.

110. PR-1312-L56994

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah bentuk bantuan dan jumlah peruntukan Kementerian yang boleh diberikan dalam membantu menjayakan bandar Bachok sebagai bandar pelancongan Islam.

111. PR-1312-L56237

Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menambahkan kemudahan Hemodialisis atau mesin buah pinggang di Hospital Bahagian Mukah dan Hospital Daerah Dalat, kalau tidak ada sila senarai kan kemudahan yang sedia ada dan berapa ramaikah pesakit yang didaftar sekarang pada tahun 2013.

112. PR-1312-L55338

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah faktor-faktor yang menyebabkan harga rumah di Sabah lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan harga rumah berpatutan dan seterusnya mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

113. PR-1312-L55321

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci sebab Kerajaan bercadang mengambil alih sistem penguatkuasa automatik (AES) daripada syarikat konsesi serta kos yang terlibat.

114. PR-1312-L56827

Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk menguatkan kebebasan dan kuasa SPRM dalam usaha melawan rasuah.

115. PR-1312-L55561

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Kementerian akan melaksanakan “dredging” Kuala Sungai Limbang yang telah diluluskan dua tahun yang lepas untuk mengatasi masalah banjir yang melanda bandar Limbang dan kampung-kampung di sepanjang Sungai Limbang semasa air pasang.

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

20

116. PR-1312-L55799 Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa ramai pengusaha-pengusaha kapal nelayan laut dalam di Kelantan yang terdiri dari kalangan anak tempatan. Berapa banyak lesen-lesen yang telah diberi dan siapakah sebenarnya pengusaha dan pekerja-pekerja di atas kapal ini.

117. PR-1312-L56360

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan yang konkrit bilakah jambatan di antara Pengkalan Kubor dengan Takbai (Thailand) akan dibina.

118. PR-1312-L56164

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan statistik lima kumpulan etnik termiskin masing-masing di Sabah dan Sarawak dan lima kumpulan etnik termiskin di Malaysia dari segi kadar kemiskinan dan kategori kumpulan seperti kumpulan Murut, Melayu, Kadazan, Cina dan seumpama.

119. PR-1312-L56831

Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci apakah siasatan yang sedang dijalankan oleh Kementerian berkenaan kemalangan bas Genting pada 21.8.2013 dan apakah hasil siasatan yang telah diperolehi setakat ini.

120. PR-1312-L55599

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan punca kekerapan kejadian kes membunuh dengan senjata api di tempat awam sejak kebelakangan ini. Berapakah kes yang telah berjaya diselesai, dituduh dan dijatuhi hukuman sejak tahun 2008 sehingga hari ini.

121. PR-1312-L55407

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) jumlah graduan pendidikan yang akan dilahirkan oleh

semua IPTA yang mempunyai fakulti pendidikan serta 27 buah IPGM bagi tahun 2013 hingga 2017; dan

(b) adakah senario lambakan guru terlatih berlaku dalam

tempoh terdekat dan adakah Kementerian bercadang untuk menaikkan norma perjawatan berdasarkan nisbah guru kepada kelas yang lebih tinggi.

122. PR-1312-L56191

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan warga tanpa kewarganegaraan di negara kita.

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

21

123. PR-1312-L55399 Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan atas dasar ketelusan dan urus tadbir baik Kerajaan (good governance), nyatakan markah “cut-off” berdasarkan setiap IPTA bagi 8 kursus kritikal untuk sesi pengambilan pelajar ke IPTA tahun ini. Apakah tindakan dan langkah Kementerian untuk menyelesaikan kekusutan yang timbul semasa pengambilan.

124. PR-1312-L55744

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengenai kemajuan memperkenalkan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di kesemua 45 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara serta bilangan pelajar yang mendaftar, guru yang terlibat, dan belanja yang dilakukan bagi keseluruhan program ini dan juga belanja bagi setiap satu sekolah. Mengapakah sekolah menengah harian tidak boleh menawarkan program yang sama.

125. PR-1312-L56089

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan proses pengagihan dana daripada Tabung Lahad Datu, kepada anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan jumlah kutipan yang diperolehi daripada tabung tersebut.

126. PR-1312-L56076

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah dana KWSP akan terus digunakan untuk Projek Perumahan Rakyat.

127. PR-1312-L56654

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah peruntukan daripada Kerajaan pusat untuk menaik taraf jalan raya (Pan Borneo Trunk Road) dari Kuching ke Miri dalam Rancangan Malaysia ke 10. Bilakah jalan raya ini akan dinaiktaraf sebagai lebuhraya.

128. PR-1312-L55305 Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang atau memikirkan untuk melantik mana-mana Ahli Parlimen (Bukan Barisan Nasional) yang berkelayakan untuk mengetuai atau sekurang-kurangnya menganggotai sesebuah Agensi Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun ataupun GLC sebagaimana yang diamalkan di negara-negara maju.

129. PR-1312-L56572

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah tindakan Kementerian untuk mengatasi masalah pengangguran yang semakin meningkat di kalangan belia khususnya lulusan institut pengajian tinggi.

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

22

130. PR-1312-L56471 Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kesan inflasi yang akan diakibatkan oleh kenaikan harga petrol dan diesel di kebelakangan ini.

131. PR-1312-L55182

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) adakah pembangunan perumahan dan lot-lot komersial

mutakhir ini sebagai memenuhi tuntutan keperluan penduduk atau hanya semata-mata memberi ruang perniagaan kepada pemaju-pemaju perumahan; dan

(b) bolehkah projek perumahan terbengkalai dijadikan projek

perumahan mampu milik dan dijual kepada pembeli sedia ada.

132. PR-1312-L56626 Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik-statistik mengikut warganegara, berapa jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah ditahan dan berapa pula yang telah dihantar balik ke negara asal mereka dalam Operasi 6P Bersepadu setakat 16 September 2013.

133. PR-1312-L55447

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan dengan terperinci dasar dan kriteria untuk mendapatkan bantuan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M). Berapakah projek penyelenggaraan rumah-rumah pangsa dan jumlah peruntukan yang diluluskan dalam program TP1M di seluruh Negara mengikut negeri.

134. PR-1312-L56049

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

(a) bila Kementerian akan mewujudkan jawatankuasa

Parlimen khas perjanjian perdagangan sebelum meratifikasi TPPA, RCEP dan EU-Malaysia FTA; dan

(b) anggaran kos guaman yang dibayar setakat ini dalam

mempertahankan cabaran guaman di bawah BIT. 135. PR-1312-L55785

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan usaha-usaha Kerajaan dalam mengekalkan tahap persaingan kenderaan buatan Malaysia yang semakin diasak oleh kenderaan keluaran negara asing yang semakin murah harganya dibandingkan kenderaan keluaran tempatan dan apakah kesan daripada AFTA akan memberi impak yang lebih negatif kepada industri permotoran negara.

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

23

136. PR-1312-L55610 Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan bekalan elektrik khususnya di kawasan Sabah yang sering kali mengalami gangguan bekalan elektrik.

137. PR-1312-L57039

Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bagaimanakah Kerajaan menyelesaikan masalah "Blackout" yang kerap berlaku dan juga masalah penjanaan membekalkan 'baseload requirement' untuk negeri Sabah.

138. PR-1312-L55648

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan penilaian pihak Kerajaan, sejauhmanakah pembinaan benteng hakisan ombak di Pantai Sabak dan Semut Api dalam kawasan Pengkalan Chepa berjaya menghalang hakisan pada masa hadapan.

139. PR-1312-L56507

Tuan Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status berhubung tindakan menarik minat pelabur luar ke negeri Perlis.

140. PR-1312-L56686

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk menyelesaikan masalah kekurangan doktor di Sarawak yang nisbahnya seorang doktor untuk 3,500 penduduk (1:3500) berbanding 1 doktor untuk 700 penduduk (1:700) di Semenanjung, selain masalah doktor yang kurang berpengalaman kerana masih pada tahap “housemanship”.

141. PR-1312-L56570

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah rancangan jangka panjang Kerajaan untuk memartabat dan meningkatkan imej negara melalui penganjuran dan penajaan produk-produk sukan.

142. PR-1312-L56559

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab Malaysia sedia menerima 1.4 juta pekerja asing yang baru dari Bangladesh tetapi gagal menjalankan pemutihan ke atas 669,335 PATI yang mempunyai majikan yang sah. Berapa PATI yang terima tawaran kerja dari Ejen “Outsourcing” di negara asal mereka dan apakah langkah Kerajaan untuk mencegah pekerja asing baru menjadi PATI.

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

24

143. PR-1312-L56728 Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah nilai timbal balik yang boleh dinikmati oleh mereka yang menggunakan sistem pengangkutan awam dan adakah Kerajaan mempunyai pelan untuk menggalakkan sektor swasta memberi rebat kepada pekerja yang menggunakan pengangkutan awam untuk bekerja seperti mana yang dilakukan di UK.

144. PR-1312-L55177

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) peranan yang dimainkan oleh Galeri MUFORS

(Malaysian United for Road Safety) dalam membantu memastikan keselamatan jalan raya terjamin; dan

(b) adakah aspek-aspek keselamatan telah dikongsi secara

berkesan kepada pengguna jalan raya secara umumnya dan apakah usaha-usaha untuk mempromosikannya.

145. PR-1312-L56727

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes-kes mohon cerai yang tertangguh dan kemudian dirujuk kepada peguam sedangkan kadi boleh membuat keputusan.

146. PR-1312-L56615

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak PDRM untuk meningkatkan prestasi polis dalam pencegahan jenayah dan menambahbaikkan tatacara penyiasatan terutamanya dalam memerangi jenayah yang serius. Apakah fakta dan bukti dapat menunjukkan peningkatan jenayah berpunca pemansuhan Ordinan Darurat.

147. PR-1312-L56627

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik terkini laporan kes-kes tembak oleh penjenayah mengikut bulan dan negeri sejak tahun 2009, berapa penjenayah dan anggota polis maut dalam kes-kes tersebut, berapa ramai yang masih dalam senarai dikehendaki polis dan bilangan senjata api tanpa lesen yang dirampas mengikut jenis senjata api.

148. PR-1312-L56743

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) sejauh mana transformasi pendidikan menerusi inisiatif

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 membantu melahirkan golongan ilmuan Islam, terutama selepas pengambilalihan Sekolah Rendah Agama Bersepadu atau SRAB yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Johor sebelum ini; dan

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

25

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk membantu meningkatkan nilai profesional dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru-guru SRAB seperti di garis dalam PPPM.

149. PR-1312-L55746

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada pelaksanaan 1M1S (Satu Murid Satu Sukan) mencapai matlamatnya. Apakah kos yang ditanggung oleh Kementerian dan pecahan perbelanjaan yang terlibat.

150. PR-1312-L56978

Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di bandar dan lebuh raya.

151. PR-1312-L56806 Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bilangan perniagaan dalam talian yang memanipulasi pelanggan sama ada produk yang ditawarkan atau penipuan lain terhadap pengguna untuk tempoh 2008-2013. Apakah agensi bertanggungjawab dalam memantau aktiviti ini.

152. PR-1312-L55821 Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana tapak Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Taman Merdeka Negara yang diwartakan sebagai ruang awam boleh dijual kepada pihak swasta pada tahun 90-an dan sekarang telah dijadikan tapak pembinaan projek Menara Warisan.

153. PR-1312-L56171

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jikalau Peruntukan untuk Kawasan Parlimen Daerah Penampang dan Daerah-daerah yang diwakili oleh Ahli-Ahli Wakil Rakyat yang Bukan Kerajaan akan disalur melalui Ahli-Ahli Wakil Rakyat daerah tersebut dengan tujuan khas untuk menolong dan menyumbang kepada daerah tersebut.

154. PR-1312-L55864

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah kampung-kampung di dalam Kawasan Kota Raja masih di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan semenjak 2008 berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk kampung-kampung ini dan untuk tujuan apa.

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

26

155. PR-1312-L56776 Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tindakan yang diambil Kerajaan untuk mendapatkan balik tunggakkan pinjaman daripada Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. selain pelupusan pinjaman 16 tahun berjumlah RM1,626 juta. Jelaskan apakah logiknya untuk melupuskan pinjaman yang begitu besar apabila Perwaja kini disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan sedang mencatatkan keuntungan.

156. PR-1312-L56240

Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bila sekolah gantian Kampong Tellian Tengah akan dibina memandangkan telah diletakkan pada rolling plan Kedua.

157. PR-1312-L55224

Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan ukuran ekonomi untuk menentukan bahawa seseorang itu berpendapatan RM3000 ke bawah untuk melayakkan beliau sebagai penerima BR1M. Sedarkah Kementerian permohonan BR1M sebilangan rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah ditolak atas alasan rekod pemilikan kenderaan empat roda yang masih terhutang.

158. PR-1312-L55903

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) jumlah jenayah indeks yang melibatkan senjata api yang

dilaporkan sejak Januari 2010 dan jumlah kes yang berjaya diselesai oleh pihak polis; dan

(b) apakah langkah-langkah yang telah dirancang dan akan

dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi mengatasi jenayah berat ini yang amat membimbangkan masyarakat kini.

159. PR-1312-L56416

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai 10 projek awam terbesar dari segi nilai projek yang memerlukan perbelanjaan dana Kerajaan yang sedang dirancang atau dipertimbangkan oleh Kerajaan serta kos anggaran untuk setiap projek tersebut.

160. PR-1312-L56783

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah pelaburan 1MDB di negeri Pulau Pinang serta jumlah terbitan bon yang diuruskan oleh Goldman Sachs dengan menyatakan jumlah, kadar kupon, tarikh, jenis dan untuk siapa. Nyatakan sebab ia dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

27

161. PR-1312-L55882 Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyakkah jumlah tanah yang telah dimiliki oleh warga asing di Wilayah Iskandar Johor.

162. PR-1312-L55778 Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah perkembangan merebaknya CRE di Sarawak dan Sibu. Mengapa orang awam tidak diberitahu pemerebakan CRE pada peringkat awal pemerebakan itu dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak hospital untuk mencegah pemerebakan CRE.

163. PR-1312-L55983

Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dasar pelaburan Tabung Haji serta faktor-faktor yang dipertimbangkan dalam memilih lokasi pelaburan, khususnya apabila membuat pelaburan hartanah umpamanya lebih baik sekiranya pelaburan dalam hartanah boleh dilaksanakan di sekitar Tanah Suci daripada di negara barat atau zionis. Adakah Kerajaan bercadang supaya bangunan-bangunan yang sesuai dijadikan tempat penginapan dibeli atau dibangunkan oleh Tabung Haji di persekitaran Tanah Suci yang boleh digunakan oleh bukan sahaja rakyat kita tetapi juga boleh disewa kepada rakyat negara lain dalam musim haji dan umrah.

164. PR-1312-L56029

Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Malaysia masih lagi boleh mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 berikutan dengan unjuran pertumbuhan KDNK 2013 Malaysia telah disemak semula kepada antara 4.5% dan 5% oleh Bank Negara Malaysia ekoran daripada ketidaktentuan keadaan ekonomi global.

165. PR-1312-L56052

Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian dan peranan yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia terutama dalam soal menangani konflik antarabangsa yang tidak menentu sejak kebelakangan ini terutama di Mesir dan Syria.

166. PR-1312-L55694

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah peranan Malaysia sebagai anggota gabungan OIC dalam isu Mesir.

167. PR-1312-L55657

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bolehkah Kerajaan menyenaraikan negeri-negeri yang tidak pernah mendapat kemudahan pembinaan stadium daripada Kerajaan Persekutuan.

Page 28: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

28

168. PR-1312-L55522 Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan menimbangkan kelonggaran pengambilan pekerja asing pasangan suami-isteri, memandangkan masalah sosial yang berleluasa antara pekerja-pekerja asing yang 'single'.

169. PR-1312-L56429

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-

(a) hasil perbincangan The Asean Commission on the

Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (ACWC) yang diadakan pada 22hb hingga 24hb Julai 2013; dan

(b) menjelaskan dengan terperinci deklarasi baru mengenai

pencegahan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak yang akan ditandatangani pada bulan Oktober nanti.

170. PR-1312-L56586

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah tiba-tiba menaikan 20 sen harga minyak.

171. PR-1312-L56907

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tujuan pelaksanaan Lab Bahasa Inggeris, serta mengapa ia hanya dimulakan sekarang selepas penerbitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

172. PR-1312-L56579

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci tahap pelaksanaan setiap cadangan yang diberi oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM terkini.

173. PR-1312-L56451

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah justifikasi bagi pelantikan Dato’ Seri Shahrizat Abd. Jalil sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri sedangkan Kerajaan telah melantik Menteri Wanita bagi tugasan yang sama.

Page 29: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

29

174. PR-1312-L55163 Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapa Polis gagal membanteras kegiatan jenayah ringan dan berat sedangkan data dan perangkaan sudah diperolehi Pengarah Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah yang menurut rekod Polis mengenai anggota kumpulan geng yang dikenali mendedahkan bahawa 71 peratus daripadanya adalah kaum India, 23 peratus Cina dan 5 peratus Melayu.

175. PR-1312-L56933

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) bagaimanakah perancangan Kementerian untuk

membantu meningkat dan memajukan "eco-tourism" di kawasan Sg. Linggi, Masjid Tanah memandangkan lokasi ini berpotensi dibangunkan dengan menarik ramai pelancong luar dan dalam negara; dan

(b) statistik pencapaian sambutan pelancong setakat ini

terhadap pelancongan "eco-tourism". 176. PR-1312-L56408

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini pelaksanaan Automatic Enforcement System (AES). Nyatakan jumlah kemalangan sebelum dan selepas pelaksanaan AES ini serta keberkesanan sistem ini dalam mengurangkan kadar kemalangan di kawasan tersebut.

177. PR-1312-L57061 Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seiring dengan perkembangan sistem percukaian global di mana 160 negara telah pun melaksanakannya dan nyatakan langkah Kerajaan bagi memberikan kesedaran dan kefahaman rakyat tentang GST.

178. PR-1312-L57074

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah ada perancangan serta mekanisme "strategik dan inovatif" Kerajaan untuk membantu bekas anggota tentera yang tidak berpencen kerana bersara awal bagi tujuan menjaga kebajikan hidup mereka selepas bersara dan adakah Kementerian akan melaksanakan suatu skim ekonomi mampan yang boleh diagihkan manfaatnya kepada para pesara tidak berpencen ini.

179. PR-1312-L55308

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah penerima semua jenis subsidi, gran dan insentif serta nilai masing-masing mengikut kaum bagi tempoh 5 tahun yang lalu.

Page 30: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

30

180. PR-1312-L55927 Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada bilangan anggota polis akan ditambah di kawasan Parlimen Puchong memandangkan ratio antara polis dan penduduk sangat tinggi iaitu 1:4670 di Puchong Jaya, 1:2346 di Bandar Kinrara dan 1:851 di kawasan Serdang, dan sekiranya tidak, kenapa.

181. PR-1312-L55951

Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dalam menangani masalah kemalangan maut terutama yang melibatkan bas penumpang dan pelancong.

182. PR-1312-L56229

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pihak Perbadanan PRIMA telah mengambil tindakan untuk membina perumahan mampu milik di negeri Melaka khususnya di kawasan Alor Gajah. Sekiranya ada sila nyatakan tapak berkenaan.

183. PR-1312-L55124

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) jumlah kes jenayah berat yang melibatkan senjata api

dan kes bunuh yang telah diselesaikan dalam tempoh 2010-2013; dan

(b) langkah yang diambil bagi memartabatkan lagi PDRM di

kaca mata rakyat dan bilakah pemasangan EMD (Elektronik Monitoring Device-Alat pengesan elektronik) ke atas penjenayah tegar dilakukan.

Page 31: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

31

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 5/2013) Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (23 September, 2013)

2. (D.R. 6/2013) Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 7/2013) Rang Undang- Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 [ Menteri Kewangan ]

4. PR-1312-U56793

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian secara tegas untuk tidak bersetuju dengan apa jua kaedah menumbangkan Kerajaan selain dari kaedah demokrasi. Pada masa yang sama memainkan peranan penting untuk meminta bantuan OIC dan komuniti antarabangsa bagi mengembalikan Mohamad Morsi kepada jawatan Presiden Mesir ataupun mendesak Kerajaan Mesir mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat demi mengekang dan menghentikan keganasan dan pembunuhan rakyat Mesir yang sedang berlaku."

( Kementerian Luar Negeri )

5. PR-1312-U56794

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengesa agar diwujudkan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mencapai persetujuan semua pihak agar Kalimah Allah hanya boleh digunapakai di dalam konteks agama Islam dan tidak boleh dibahas secara terbuka untuk kepentingan politik mana-mana pihak."

( Perdana Menteri )

Page 32: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

32

6. PR-1312-U55173 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, ramai golongan belia di negara ini terutama sekali dari golongan graduan yang masih tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan. Dan mengambil maklum juga, bahawa kebanyakan golongan graduan ini sedang menghadapi masalah untuk membuat pembayaran balik pinjaman mereka terutama sekali pinjaman perbadanan tabung pendidikan negara-PTPTN dan berisiko untuk disenaraihitamkan dalam sistem CRISS. Dan mengambil maklum juga bahawa, walaupun terdapat banyak program keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan, seperti Majlis Amanah Rakyat-MARA, Yayasan Inovasi Malaysia dan lain-lain agensi Kerajaan, namun masih ramai lagi kalangan belia kita yang tidak mengetahui mengenai dengan program tersebut, mungkin kerana kurangnya sebaran mengenai program tersebut. Dan mengambil maklum juga bahawa, ramai golongan belia di negara ini mempunyai minat ataupun hobi yang boleh dimanfaatkan secara positif bagi tujuan pengkomersilan sekiranya dikembangkan di mana sekali gus dapat menjana pendapatan negara. Maka, bagi menangani masalah pengangguran di kalangan belia terutama sekali golongan graduan, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kerajaan hendaklah memperbanyakkan lagi program keusahawanan berorientasikan minat atau hobi golongan belia tersebut, serta promosi terus kepada golongan sasar melalui pengkalan data Kerajaan terutama sekali pengkalan data para graduan."

( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Idustri )

7. PR-1312-U55107

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum kebelakangan ini ramai orang dibunuh dengan sewenang-wenangnya kerana dengan mudah boleh memperolehi senjata api. Dan perasaan takut menghantui rakyat. Dewan ini menggesa pihak polis untuk menumpukan kepada isu ini agar suatu penyelesaian dapat diambil untuk membanteras kegiatan tembak-menembak ini. 125 syor-syor oleh Suruhanjaya Diraja Polis pada tahun 2005 hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya dengan kadar segera."

( Kementerian Dalam Negeri )

Page 33: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

33

8. PR-1312-U56596 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini membahaskan Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan peranan Malaysia di dalam perundingannya."

( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri )

9. PR-1312-U56602

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memperbincangkan perkembangan perhubungan kaum sejak Kemerdekaan Malaysia."

( Perdana Menteri )

10. PR-1312-U56986

Tuan Surendran a/l K. Nagarajan [ Padang Serai ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini telah mengambil perhatian bahawa tempoh notis berkenaan pertanyaan-pertanyaan (questions) menurut Peraturan 22(2) selama 14 hari bekerja sebelum mesyuarat dimulakan adalah tempoh yang terlalu panjang, tidak munasabah dan membantutkan keberkesanan sesi pertanyaan-pertanyaan sebagai suatu cara bagi memastikan akauntabiliti Kerajaan kepada Dewan ini; dan meminta Kerajaan membawa usul untuk meminda Peraturan Majlis Mesyuarat untuk memendekkan tempoh notis kepada 2 hari sebelum hari bila mana pertanyaan itu akan dijawab."

( Perdana Menteri )

11. PR-1312-U55499

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan Malaysian Association of Foreign Maid Agencies (PAPA) untuk menaikkan fi pengambilan pekerja kepada RM6700 oleh majikan dan RM1800 oleh pekerja domestik. Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani Kerajaan Malaysia-Indonesia, yang menetapkan fi tetap pada RM4,511; RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pekerja domestik jelas menunjukkan agensi pekerjaan mengaut keuntungan yang tinggi melalui pemerdagangan ini. Ia akan membawa kepada tangga gaji yang rendah kepada pekerja domestik untuk sekurang-kurangnya 6-9 bulan.

Page 34: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

34

Ianya juga bercanggah dengan Akta Pekerjaan (Artikel 24-8) yang menghalang majikan menolak gaji sehingga 50% dan bercanggah dengan Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure) di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Manusia di mana sekiranya gaji tidak dibayar untuk tiga bulan atau lebih, maka majikan boleh didakwa kerana eksploitasi."

( Kementerian Dalam Negeri )

12. PR-1312-U55500

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mendesak agar segala projek pembangunan yang dibina di kawasan Bukit Gasing dihentikan agar hakisan tanah dan penduduk di kawasan pinggir bukit tidak hidup dalam ketakutan setiap kali hujan turun.”

( Kementerian Wilayah Persekutuan )

13. PR-1312-U56272

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan keluarga mangsa yang mati dalam tahanan Polis Diraja Malaysia, memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi menjalankan bedah siasatan."

( Kementerian Dalam Negeri )

14. PR-1312-U56273

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam di dalam membendung gejala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia."

( Kementerian Pendidikan )

Page 35: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

35

15. PR-1312-U56886 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membincangkan Malaysia selaku anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa agar membawa kes ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa supaya semua pelaku jenayah pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Mesir sekarang ini didakwa ke muka pengadilan di peringkat antarabangsa."

( Kementerian Luar Negeri )

16. PR-1312-U56893

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengesa Kerajaan meningkatkan usaha diplomatik di kalangan anggota ASEAN agar muafakat dapat dicapai untuk menangani krisis pencemaran alam sekitar yang kerap berulang setiap tahun. Kerajaan juga mengarahkan Pejabat Pendakwa Raya untuk mengkaji dan mengambil tindakan undang-undang dan seterusnya dibicarakan di mahkamah apabila berlaku isu pencemaran alam sekitar yang melintasi sempadan antarabangsa".

( Kementerian Luar Negeri )

17. PR-1312-U56896

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memperbahaskan komitmen Kerajaan Persekutuan mengekalkan subsidi kepada petrol, bahan-bahan api, makanan dan barang-barang keperluan asas pada tahap yang memuaskan supaya inflasi dapat dikawal dengan berkesan".

( Kementerian Kewangan )

Page 36: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · oleh Kementerian untuk membendung kes leptospirosis yang banyak meragut nyawa dan usaha Kementerian bagi meningkatkan kesedaran

AUM DR 24/9/2013

36

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh

Ucapan

Ahli Yang Berucap

Tajuk Ucapan

Menteri Yang

Bertanggungjawab

1. 2.

24.9.2013 (Selasa) 24.9.2013 (Selasa)

1. 2.

YB Datuk Madius Tangau (Tuaran) YB Tuan Michael Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput)

1. 2.

Elaun Perumahan Wilayah (EPW) Dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Kakitangan Kerajaan Daripada Semenanjung Dan Sarawak Ke Sabah Dan Juga Dari Sabah Ke Semenanjung Dan Sarawak Perlu Segera Diselaraskan di atas Prinsip 1Malaysia Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Apakah Cadangan Kerajaan untuk Mengatasi Kelemahan dalam Pengendalian Kes Menukar Status Agama.

1. 2.

YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri