selain leptospirosis 7 cara - salam.com.my · penyakit stuttgart, dan demam canicola. pakar: dr....

1
56 57 rapi | 15 Mac 2013 15 Mac 2013 | rapi Susunan: Emy Haznida Hazairul Sham Pakar: Dr. Zulkarnain A. Hamidy Pakar Perubatan Salam (Shah Alam Specialist Hospital) Fokus Sihat 2 Hindar Air kencing adalah ‘senjata’ bahayanya yang boleh membawa maut! Walaupun fizikalnya kecil, ia musuh manusia paling berbahaya. Fahamilah bahaya Leptospirosis atau penyakit kencing tikus dalam paparan Fokus Sihat 2 kali ini. 7 Cara Dengan Leptospirosis S ebelum ini kita tahu nyamuk aedes penyebab penyakit berbahaya. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan kes serangan penyakit kencing tikus. Siapa sangka, air kencing haiwan kecil ini boleh menyebabkan kematian. Ia bermula dengan kiriman sebuah emel yang menceritakan tentang seorang lelaki tua jatuh sakit dan meninggal dunia kerana terminum air yang dicemari kencing tikus. Sejak kiriman emel berantai tersebut, radio dan televisyen pula mula menyiarkan tentang serangan penyakit ini. Pada Mei 2009, Malaysia digemparkan dengan berita jangkitan kencing tikus yang membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru, Pulau Pinang. Tidak cukup dengan itu, dikatakan beberapa kes serangan penyakit berkenaan mula merebak di kawasan air terjun sekitar Semenanjung Malaysia. Gempar satu Malaysia ketika itu! PENYAKIT KENCING TIKUS? Leptospirosis adalah nama lain bagi penyakit ini. Ia berpunca daripada pendedahan terhadap bacterium leptospira interrogans. Jangkitan terhadap manusia biasanya menerusi air yang tercemar daripada cuping telinga dan lendir hidung, mulut atau mata tikus. Bagaimanapun, penyakit ini tidak berjangkit sesama manusia. Leptospirosis terjadi di seluruh dunia terutamanya negara beriklim tropika. Walaupun penyakit ini dikatakan berpunca daripada tikus, virusnya juga boleh disebarkan melalui haiwan lain antaranya anjing, lembu, dan khinzir. Haiwan yang telah dijangkiti akan merembes bakteria menerusi air kencingnya secara berperingkat dan berpanjangan selama beberapa bulan. JANGKITAN DALAM DIAM Virus penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa disedari. Ia boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung menerusi beberapa cara. Bakteria penyakit ini mampu memasuki saluran darah melalui luka, kulit melecet, dan mebran bermukus seperti mata, hidung, dan mulut. Tahukah anda, leptospirosis juga boleh berjangkit melalui air mani haiwan-haiwan yang membawa kuman ini? Jika seseorang telah sembuh daripada penyakit ini dan kemudian dijangkiti kuman lain, kemungkinan leptospirosis akan berulang semula dan boleh menyebarkan bakterianya dalam waktu tertentu. Situasi ini biasanya berlaku kepada pesakit yang mengalami simptom satu hingga dua minggu selepas terdedah kepada air kencing haiwan pembawa itu. Kejadian inilah yang boleh menyebabkan kematian dalam kalangan penghidap leptospirosis apabila mereka kronik sehingga tidak dapat disembuhkan lagi. SIAPA BOLEH DIJANGKITI? Golongan berisiko adalah mereka yang banyak terlibat dengan haiwan. Sebagai contoh, pekerja zoo, penternak binatang, dan mereka yang banyak memelihara haiwan di rumah. Memandangkan jangkitan ini bermula dengan haiwan, seeloknya anda perlu menghindari kawasan yang mempunyai banyak haiwan apatah lagi jika persekitarannya kotor dan tidak kemas. Individu yang bekerja di rumah penyembelihan haiwan juga berpotensi dijangkiti leptospirosis. Kebarangkalian bakterianya tersebar adalah melalui air, lumpur, dan tanah di tempat tersebut. Sekiranya anda peminat aktiviti sukan air atau rekreasi, anda juga berpotensi untuk dijangkiti kerana berendam akan menggalakkan kemasukan bakteria. SELAIN LEPTOSPIROSIS, TERDAPAT NAMA- NAMA LAIN UNTUK PENYAKIT INI SEPERTI:- Penyakit weil, demam icterohemorrhage, penyakit swinehard, demam pesawah, demam pemotong tebu, demam swamp, demam lumpur, jaundis berdarah, penyakit stuttgart, dan demam canicola. Pop Up Bahaya leptospirosis! Ini merangkumi Penyakit Weil, yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput lendir. Meningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut. Pop Up Diagnos leptospirosis… Leptospirosis hanya boleh disahkan melalui ujian darah yang menunjukkan kehadiran bakteria Leptospira. Untuk membuat diagnosis Leptospirosis, dua ujian darah berasingan perlu diambil dalam tempoh lebih daripada dua minggu. Selain itu, bakteria Leptospira juga boleh didapati dari darah, cecair tulang belakang kepada otak dan air kencing.

Upload: duongtuyen

Post on 26-Apr-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Selain Leptospirosis 7 Cara - salam.com.my · penyakit stuttgart, dan demam canicola. pakar: Dr. Zulkarnain A. Hamidy Pakar Perubatan SALAM (Shah Alam Specialist Hospital) Pop Up

56 57 rapi | 15 Mac 2013 15 Mac 2013 | rapi

Susunan: Emy Haznida Hazairul Sham

Pakar: Dr. Zulkarnain A. Hamidy Pakar Perubatan Salam

(Shah Alam Specialist Hospital)

Fokus Sihat 2

Hindar Air kencing

adalah ‘senjata’ bahayanya yang boleh membawa maut! Walaupun

fizikalnya kecil, ia musuh manusia

paling berbahaya. Fahamilah bahaya Leptospirosis atau penyakit kencing

tikus dalam paparan Fokus Sihat 2 kali ini.

7 CaraDenganLeptospirosis

Sebelum ini kita tahu nyamuk aedes penyebab penyakit berbahaya. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita dikejutkan

dengan kes serangan penyakit kencing tikus. Siapa sangka, air kencing haiwan kecil ini boleh menyebabkan kematian. Ia bermula dengan kiriman sebuah emel yang menceritakan tentang seorang lelaki tua jatuh sakit dan meninggal dunia kerana terminum air yang dicemari kencing tikus. Sejak kiriman emel berantai tersebut, radio dan televisyen pula mula menyiarkan tentang serangan penyakit ini.

Pada Mei 2009, Malaysia digemparkan dengan berita jangkitan kencing tikus yang membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru, Pulau Pinang. Tidak cukup dengan itu, dikatakan beberapa kes serangan penyakit berkenaan mula merebak di kawasan air terjun sekitar Semenanjung Malaysia. Gempar satu Malaysia ketika itu!

Penyakit kencing tikus?Leptospirosis adalah nama lain bagi penyakit ini. Ia berpunca daripada pendedahan terhadap bacterium leptospira interrogans. Jangkitan terhadap manusia biasanya menerusi air yang tercemar daripada cuping telinga dan lendir hidung, mulut atau mata tikus. Bagaimanapun, penyakit ini tidak berjangkit sesama manusia. Leptospirosis terjadi di seluruh dunia terutamanya negara beriklim tropika.

Walaupun penyakit ini dikatakan berpunca daripada tikus, virusnya juga boleh disebarkan melalui haiwan lain antaranya anjing, lembu, dan khinzir. Haiwan yang telah dijangkiti akan merembes bakteria menerusi air kencingnya secara berperingkat dan berpanjangan selama beberapa bulan.

Jangkitan dalam diamVirus penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa disedari. Ia boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung menerusi beberapa cara. Bakteria penyakit ini mampu memasuki saluran darah melalui luka, kulit melecet, dan

mebran bermukus seperti mata, hidung, dan mulut. Tahukah anda, leptospirosis juga boleh berjangkit melalui air mani haiwan-haiwan yang membawa kuman ini?

Jika seseorang telah sembuh daripada penyakit ini dan kemudian dijangkiti kuman lain, kemungkinan leptospirosis akan berulang semula dan boleh menyebarkan bakterianya dalam waktu tertentu. Situasi ini biasanya berlaku kepada pesakit yang mengalami simptom satu hingga dua minggu selepas terdedah kepada air kencing haiwan pembawa itu. Kejadian inilah yang boleh menyebabkan kematian dalam kalangan penghidap leptospirosis apabila mereka kronik sehingga tidak dapat disembuhkan lagi.

siaPa boleh diJangkiti?Golongan berisiko adalah mereka yang banyak terlibat dengan haiwan. Sebagai contoh, pekerja zoo, penternak binatang, dan mereka yang banyak memelihara haiwan di rumah. Memandangkan jangkitan ini bermula dengan haiwan, seeloknya anda perlu menghindari kawasan yang mempunyai banyak haiwan apatah lagi jika persekitarannya kotor dan tidak kemas.

Individu yang bekerja di rumah penyembelihan haiwan juga berpotensi dijangkiti leptospirosis. Kebarangkalian bakterianya tersebar adalah melalui air, lumpur, dan tanah di tempat tersebut. Sekiranya anda peminat aktiviti sukan air atau rekreasi, anda juga berpotensi untuk dijangkiti kerana berendam akan menggalakkan kemasukan bakteria.

Selain leptoSpiroSiS,

terdapat nama-nama lain

untuk penyakit ini Seperti:-

Penyakit weil, demam icterohemorrhage, penyakit

swinehard, demam pesawah, demam pemotong tebu, demam swamp, demam

lumpur, jaundis berdarah, penyakit stuttgart, dan

demam canicola.

pakar: Dr. Zulkarnain A. Hamidy Pakar Perubatan SALAM (Shah Alam Specialist Hospital)

Pop UpBahaya leptospirosis!Ini merangkumi Penyakit Weil, yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput lendir. Meningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut.

Pop UpDiagnos leptospirosis…Leptospirosis hanya boleh disahkan melalui ujian darah yang menunjukkan kehadiran bakteria Leptospira. Untuk membuat diagnosis Leptospirosis, dua ujian darah berasingan perlu diambil dalam tempoh lebih daripada dua minggu. Selain itu, bakteria Leptospira juga boleh didapati dari darah, cecair tulang belakang kepada otak dan air kencing.