usaha sarakraf pavilion dalam … sot hoon(24 pages).pdf · 2.14 media cetak: akhbar ... ianya...

24
i USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM MENGKOMERSILKAN PRODUK KRAFTANGAN MANIK ORANG ULU DI KUCHING, SARAWAK KHOO SOT HOON Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007

Upload: vudieu

Post on 13-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

i

USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM MENGKOMERSILKAN PRODUK

KRAFTANGAN MANIK ORANG ULU DI

KUCHING, SARAWAK

KHOO SOT HOON

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

Pengurusan Seni

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 2: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

ii

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN

JUDUL : USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM MENGKOMERSILKAN PRODUK

KRAFTANGAN MANIK ORANG ULU DI KUCHING, SARAWAK.

SESI PENGAJIAN : 2004-2007

Saya KHOO SOT HOON

mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi

5. * sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan

oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan

dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan

_______________________ ________________________

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh : Tarikh :

Alamat Tetap :

No.66 Taman Bintang 1,

Fasa 2,

34900 Pantai Remis, Perak

Catatan : * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

* Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan

sebagai SULIT atau TERHAD

Page 3: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

iii

Projek bertajuk ‘Usaha Sarakraf Pavilion dalam Mengkomersilkan Produk kraftangan

Manik Orang Ulu di Kuching, Sarawak.’ telah disediakan oleh KHOO SOT HOON dan

telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat

untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

Puan Qistina Donna

Lee Abdullah

Tarikh:

Page 4: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu pengkaji ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak

terhingga kepada pensyarah Pengurusan Seni terutamanya penyelia saya iatu Puan

Donna Lee Abdullah yang telah banyak membimbing dan membantu pengkaji dalam

menyiapkan Projek Tahun Akhir (PTA) ini. Tunjuk ajar yang diberikan banyak

membantu saya memperbaiki kesilapan yang terdapat dalam melaksanakan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah dan tutor program Pengurusan Seni

iaitu Cik Karen Andrew Samy, Puan Noria AK Tugang, Puan Rahah Hj. Hasan dan Cik

Ema Shuhaida Yahya, kerana sudi meluangkan masa untuk menjadi pemerhati dan

pemeriksa di samping memberi teguran dan pandangan yang membina untuk kajian ini.

Pengkaji juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak yang terlibat yang

memberi sumbangan kepada penyelidikan pengkaji iaitu pengurus jualan dan pemasaran

dan kakitangan Sarakraf Pavilion. Kerjasama dan bantuan mereka dalam kajian ini amat

dihargai oleh pengkaji.

Begitu juga kepada kedua ibu bapa saya, saya ucapkan terima kasih yang tidak

terhingga terhadap mereka. Semangat dan dorongan yang telah diberikan oleh mereka

semasa saya menjalankan kajian ini amat saya hargai.

Page 5: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

v

Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua responden yang

terlibat dalam memberikan kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan. Dan juga, kepada

kawan-kawan sekelas yang telah memberi kerjasama dan pendapat secara langsung dan

tidak langsung, semangat dan dorongan daripada kalian amat saya hargai.

Akhir kata pengkaji berjaya menghasilkan dan menyiapkan kajian daripada

sumbangan orang yang terlibat dalam penyelidikan pengkaji. Saya ucapkan ribuan

terima kasih kepada semua yang telah terlibat. Oleh itu, pengkaji berharap agar ada

pengkaji akan datang yang menjadikan hasil kajian pengkaji sebagai rujukan seterusnya.

Begitu juga kepada pembaca-pembaca akan datang.

Page 6: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

vi

TAJUK KAJIAN i

PENGESAHAN STATUS LAPORAN ii

PENGAKUAN iii

PENGHARGAAN iv-v

ISI KANDUNGAN vi-ix

ABSTRAK x

ABSTRACT xi

ISI KANDUNGAN

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1-4

1.2 Definisi 5-7

1.3 Objektif 7

1.4 Hipotesis 7

1.5 Skop Kajian 8

1.6 Permasalahan Kajian 9-10

1.7 Kepentingan Kajian 10-12

1.8 Kesimpulan 12

Page 7: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

vii

BAB 2 : SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Sarakraf Pavilion 13-15

2.2 Sejarah Manik 15-17

2.3 Asal – Usul Manik 17-18

2.4 Manik Orang Ulu 19-21

2.5 Penggunaan Manik 21-23

2.6 Kraftangan 23-24

2.7 Produk Kraftangan 25-26

2.8 Kraftangan Manik 26-27

2.9 Asal Usul Orang Ulu 28-30

2.10 Pasaran 31-34

2.11 Pemasaran 34-35

2.12 Promosi 35-37

2.13 Pengiklanan 37-40

2.14 Media Cetak: Akhbar 40-41

2.15 Kesimpulan 42

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 43

3.2 Lokasi kajian 43-44

3.2.1 Sarakraf Pavilion

3.2.2 UNIMAS dan UITM

Page 8: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

viii

3.3 Sumber Data 44 -46

3.3.1 Data Primer

3.3.1.1 Kuantitatif

3.3.1.2 Kuanlitatif

3.3.2 Data Sekunder

3.4 Populasi 46-48

3.5 Persampelan 48

3.6 Instrumen Kajian 48-49

3.7 Limitasi Kajian 49-50

3.8 Rumusan dan Kesimpulan 50

BAB 4: ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 51

4.2 Penganalisaan Data 52

4.2.1 Borang Soal Selidik

4.2.1.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 52-55

4.2.1.2 Bahagian B: Kaedah Promosi 56-61

4.2.1.3 Bahagian C: Usaha dan Strategi Promosi dalam 61-72

Mamasarkan Produk

4.2.1.4 Bahagian D: Cadangan 73-74

4.2.2 Temuramah 74-79

4.3 Kesimpulan 79-81

Page 9: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

ix

BAB 5 : CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 82-83

5.2 Rumusan 83-85

5.3 Cadangan 85-94

5.4 Cadangan untuk Kajian akan Datang 94-97

5.5 Kesimpulan 97-98

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 10: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

x

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti usaha dan pasaran Sarakraf Pavilion

dalam mengkomersilkan produk kraftangan manik Orang Ulu di Kuching, Sarawak.

Responden kajian ini terdiri daripada palajar-pelajar IPTA di sekitar Kuching dan

pengunjung di Sarakraf Pavilion. Diakhir penyelidikan, ianya diharap dapat memberi

pendedahan tentang kepentingan seni kraftangan manik kepada orang ramai supaya

ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru.

Page 11: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

xi

ABSTRACT

This research is to study and recognize the efforts and the marketing strategies

of Sarakraf Pavilion in commercializing Orang Ulu bead products in Kuching,

Sarawak. Respondents for this research are university students around Kuching and

visitors at Sarakraf Pavilion. The purpose of this research is to highlight the importance

of the Orang Ulu Bead Handicraft to society, especially to the younger generation.

Page 12: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Tajuk yang pengkaji pilih dalam membuat kajian penyelidikan ialah ‘Usaha

Sarakraf Pavilion dalam mengkomersilkan produk kraftangan manik Orang Ulu

di Kuching, Sarawak’. Tajuk ini menekankan kepada usaha yang dijalankan oleh

Sarakraf Pavilion dalam mengkomersilkan produk kraftangan kaum Sarawak iaitu

Orang Ulu dalam pembuatan kraftangan manik.

Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai budaya dan

warisan. Selain daripada Kampung Budaya Sarawak, muzium-muzium di Sarawak,

Sarakraf Pavilion juga merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan untuk

memperkembangkan lagi budaya dan warisan pelbagai kaum di Sarawak dengan lebih

luas kepada masyarakat terutamanya pelancong dari Semenanjung Malaysia dan juga

luar negara.

Sarakraf Pavilion telah ditubuhkan pada 24 September 2005, dimiliki oleh

Sarakraf Sdn. Bhd. terletak di Jalan Tabuan menggunakan bangunan kolonial lama

sebagai pusatnya. ( Utusan Sarawak, 1 Ogos 2006. p. 8 ). Sarakraf ini ditubuhkan oleh

Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) bertujuan untuk

memperkenalkan satu cara dan bentuk baru mengenai prinsip reka bentuk, perabot,

Page 13: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

2

pameran dan pemasaran kraftangan Sarakraf. Reka bentuk Kraftangan Sarawak

bergantung kepada beberapa elemen-elemen seperti tekstur dan cara tenunan tradisional.

Sarakraf menghasilkan pelbagai kraftangan yang mempunyai reka bentuk tersendiri di

mana mereka mengekalkan ciri- ciri tradisional etnik di Sarawak. Contohnya seperti

kraftangan Orang Ulu yang dihasilkan dalam bentuk cenderamata dan hadiah, produk

kegunaan rumah dan perhiasaan dalaman mengikut citarasa masa kini.

Keaslian serta ketulenan kraftangan Sarawak yang diwarisi secara turun-temurun

ini dapat dikekalkan dan diperkenalkan kepada masyarakat pada masa sekarang dan

pada masa akan datang. Seni kraftangan adalah satu hasil seni yang mempunyai unsur-

unsur seni yang unik dan menarik dan secara tidak langsung akan memberi suatu hasil

yang amat kreatif dan berestetika. Penciptaan sesuatu hasil kraftangan itu memerlukan

kemahiran dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas dari proses awal

pembuatan sehingga kepada penghasilan keseluruhan kraftangan tersebut. Proses

penciptaan kraftangan ini memerlukan kepakaran untuk menjaga nilai estetika dalam

reka bentuk tersebut selain daripada menjadikanya kelihatan cantik dan menarik.

Selain itu, Sarakraf Pavilion ditubuhkan untuk mewujudkan satu tempat yang

dapat memenuhi keinginan pengunjung untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara

pembuatan kraftangan asli Sarawak, di samping mempelajari tentang keunikan

kraftangan, muzik, makanan tempatan dan kebudayaan. Sarakraf Pavilion menawarkan

pelbagai jenis kraftangan yang unik, berkualiti dan nilai yang tinggi.

Page 14: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

3

Di Sarakraf, terdapat satu bahagian yang dinamakan “handicraft shopping”.

Bahagian ini bertujuan untuk mengkomersilkan produk kraftangan Sarawak yang asli.

Bahagian ini juga membolehkan orang ramai memperolehi dan membeli hasil

kraftangan yang dikeluarkan oleh Sarakraf. Produk kraftangan di Sarakraf telah

membentuk pelbagai keunikan tersendiri dan barangan perhiasan yang berkualiti tinggi.

Selain itu, barangan yang dihasilkan akan dijadikan hadiah bagi tujuan perayaan dan

juga sebagai cenderamata bagi sesuatu persembahan yang diadakan. Pengkomersilan

yang dilakukan oleh Sarakraf ini dapat membantu menambahkan nilai ekonomi pada

nilai budaya kraftangan Sarawak.

Sarakraf juga bertindak dalam membeli hasil kraftangan daripada individu dan

mempromosikannya menerusi pelbagai sesi demostrasi kraftangan. Selain itu juga,

Sarakraf memasarkan kraftangan ini kepada beberapa cawangan iaitu di Kuching

International Airport Outlet, Sarawak Plaza Shopping Center dan Sarawak Paradise in

Borneo Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

Staf-staf yang bekerja di Sarakraf merupakan golongan yang berpengalaman

dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menghasilkan serta mambuat kraftangan

Sarawak yang asli . Barangan kraftangan yang dihasilkan oleh Sarakraf Pavilion adalah

seperti produk yang berasaskan manik, batik, anyaman, tenunan, seramik, dan

sebagainya. Ini bertujuan untuk memperkembangkan budaya etnik Sarawak seperti

budaya Iban, Orang Ulu, Bidayuh, dan Melayu kepada orang awam khususnya

pelancong dari luar negara.

Page 15: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

4

Pengkaji memilih kraftangan manik Orang Ulu sebagai penyelidikan kajian,

disebabkan keinginan untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai keunikan

kraftangan manik Orang Ulu. Perhiasan tradisional Orang Ulu adalah diperbuat daripada

manik-manik yang diwarisi secara turun temurun yang tidak ternilai harganya.

Terdapat enam jenis manik yang terdapat dalam Sarakraf Pavilion iaitu manik

kaca, manik kayu, manik kerang, manik batu, manik tanah liat dan manik plastik.

Kebanyakan produk kraftangan manik yang dihasilkan oleh Sarakraf adalah daripada

kaca dan plastik. Jenis kraftangan manik yang asal iaitu manik tanah liat adalah

diperbuat daripada tanah liat. Kesemua produk Kraftangan manik adalah untuk

perhiasan seperti Gelang persahabatan, Gelang Biki , Gelang manik Lawas, Cincin Biki,

Kalung manik rata dan lain-lain.

Secara keseluruhannya, usaha yang dimainkan oleh Sarakraf Pavilion

merupakan satu usaha yang penting dalam mengkomersilkan produk kraftangan manik

di Kuching, Sarawak. Namun sambutan terhadap produk kraftangan manik pada masa

kini terutamanya kepada golongan belia didapati semakin hari semakin menurun. Oleh

itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesahihan situasi ini.

Page 16: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

5

1.2 Definisi

Dalam bahagian definisi, pengkaji akan menerangkan definisi beberapa

perkataan utama yang berkaitan dengan tajuk kajian untuk memahami dengan lebih

jelas.

Usaha

Berdasarkan kamus Dewan, Edisi Ketiga. Usaha bermaksud daya upaya atau

ikhtiar untuk mencapai sesuatu. (http://www.karyanet.com.my, 17 Ogos 2006)

Sarakraf Pavilion

Menurut laman web (http://www.sarakraf.com.my, 27 Julai 2006) yang

merupakan laman web utama bagi Sarakraf Pavilion yang mendefinisikan bahawa

Sarakraf Pavilion merupakan sebuah pusat membeli-belah dalam kalangan

pelancongan yang datang ke Sarawak supaya dapat membawa balik cenderamata dari

Sarawak.

Komersil

Menurut Kamus Dewan, Edisi Kedua (1984), p. 596. Komersil bermaksud hal

perdagangan atau secara dagangan.

Page 17: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

6

Produk

Menurut Kamus Dwibahasa, Edisi ketiga (1997). p. 271. Produk bermaksud

hasil pengeluaran.

Kraf

Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan,

dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan

secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf. (United Nations

Conference on Trade and Development UNCTAD, diperolehi Ogos 8, 2006, dari

http:// www.kraftangan.gov.my)

Manik

Gubahan manik merupakan satu seni kraftangan yang begitu popular di

Sarawak. Sejak zaman berzaman kemahiran menggubah manik telah menjadi satu seni

tradisi di kalangan masyarakat etnik Sarawak. Berdasarkan Kamus Saku, Edisi Kedua

(1984), p. 366. Manik (manek) merupakan butiran kaca, batu dan lain-lain yang

berlubang dan dicucuk banyak-banyak untuk dijadikan kalung.

Orang Ulu

Kelembutan Orang Ulu terserlah dalam seni lukisan, ukir, muzik, nyanyian dan

tarian mereka. Suatu ketika dahulu mereka adalah pembuat pedang yang hebat. Rumah

Page 18: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

7

panjang yang dibina dengan struktur tiang tinggi ini bertujuan untuk menghindari

ancaman haiwan liar. Kayan, Kenyah, Kelabit dan Lun Bawang adalah antara suku yang

termasuk dalam kelompuk Orang Ulu. (Welcome to TravelRhapsody.com, 27 Julai

2006).

1.3 Objektif

Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti usaha Sarakraf Pavilion dalam

mengkomersilkan produk kraftangan manik Orang Ulu di Kuching, Sarawak.

Objektif sampingan bagi kajian ini adalah mengenal pasti pasaran produk

kraftangan manik Orang Ulu di pasaran Kuching.

1.4 Hipotesis

Sarakraf Pavilion dijadikan satu organisasi utama dalam mengkomersilkan

produk kraftangan manik Orang Ulu di Kuching, Sarawak.

Page 19: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

8

1.5 Skop Kajian

Pengkaji akan mengkaji usaha dan strategi Sarakraf Pavilion dalam

mengkomersilkan produk kraftangan manik Orang Ulu. Pengkaji menumpukan kajian

ini kepada pelajar-pelajar IPTA di sekitar Kuching. Selain itu, skop kajian pengkaji juga

melibatkan pengunjung yang mengunjungi Sarakraf. Kajian lebih menekankan usaha

dan strategi Sarakraf Pavilion dari segi promosi iaitu melalui media cetak seperti

pengiklanan di surat khabar. Ini bertujuan untuk mencapai sasaran pasaran yang lebih

luas dan pengedaran risalah juga digunakan untuk memberi maklumat yang lebih

mendalam tentang produk kraftangan manik yang dikomersilkan oleh Sarakraf Pavilion.

Strategi promosi yang dikaji juga termasuk dalam elemen media elektronik

seperti internet. Ini kerana internet merupakan elemen yang penting dan penggunaannya

amat luas dan memudahkan orang ramai mendapat maklumat tentang sarakraf pavilion

yang terkini. Sarakraf Pavilion juga mengadakan pameran berkaitan dengan penggunan

barangan kraftangan dalam kalangan pengunjung tempatan dan pelancong. Oleh itu,

pengkaji juga akan mengkaji kaedah dan strategi dari segi pameran yang diadakan oleh

Sarakraf Pavilion.

Pengkaji juga akan mengkaji kraftangan manik Orang Ulu dari segi pembuatan

perhiasan kerana ingin mengetahui cara untuk menghasilkan kraftangan tersebut.

Page 20: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

9

1.6 Permasalahan Kajian

Kraftangan manik adalah sejenis kraftangan yang unik dan mempunyai

kepentingan serta kegunaan bukan sahaja kepada kaum Orang Ulu itu sendiri malah

juga menjadi barangan komersial untuk dijual kepada masyarakat tempatan mahu pun

luar negara dan seterusnya dapat mengembangkan lagi industri kraftangan di Kuching,

Sarawak.

Kebanyakan generasi kini semakin kurang berminat dan kurang berpengetahuan

terhadap hasil kraftangan warisan kerana mereka sering beranggapan bahawa kraftangan

manik tidak penting dan tidak bernilai. Generasi kini kurang melibatkan diri dan juga

kurang diberi pendedahan kepada cara dan bentuk penghasilan kraftangan manik yang

diwarisi sejak turun-temurun ini. Hanya golongan tua yang melibatkan diri dalam

bidang ini. Kesannya, akan wujud masalah seperti ketiadaan pewaris dalam mewarisi

penghasilan kraftangan manik terutamanya masa yang akan datang.

Hal ini dapat dibuktikan melalui masalah yang telah wujud misalnya barangan

kraftangan dan batik keluaran Negara masih gagal menembusi pasaran antarabangsa

malah Malaysia tidak tersenarai dalam data negara-negara pengeksport produk seni

warisan dunia ini. (Utusan Malaysia, 4 Ogos 2006. p. 4). Kegagalan ini menyebabkan

Malaysia tidak mampu menjadikan hasil seni ini sebagai bahan dagang yang boleh

memberikan pulangan kepada ekonomi Negara. (Dewan Budaya, Julai 2006. p. 12).

Page 21: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

10

Selain itu, kekurangan pasaran untuk mengkomersilkan kraftangan manik di

Kuching menjadi punca kepada perkara ini berlaku. Hal ini kerana kraftangan manik di

sekitar Kuching kurang mendapat sambutan daripada masyarakat Kuching. Generasi

kini tidak lagi berminat terhadap pembuatan dan penghasilan kraftangan tradisional

kerana dianggap sudah ketinggalan zaman. Mereka lebih berminat dalam mengikuti arus

zaman moden iaitu seperti sektor sains dan teknologi yang semakin maju dan canggih.

Permasalahan yang seterusnya adalah penerimaan produk kraftangan oleh

golongan belia akan manyebabkan produk tersebut tidak mendapat sambutan di pasaran.

Lantaran itu, pengkomersilan produk kraftangan mungkin tidak akan berjaya di pasaran.

Justeru, Sarakraf perlu mempergiatkan lagi usaha- usaha mereka bagi mengkomersilkan

hasil kraftangan mereka.

1.7 Kepentingan Kajian

Oleh sebab kekurangan kajian tentang kraftangan manik, maka pengkaji telah

memilih tajuk berkenaan dengan kraftangan manik ini untuk dijadikan kajian.

Rasionalnya adalah untuk membantu dalam memberikan lebih banyak maklumat dan

juga data-data mengenai produk kraftangan manik di dalam pasaran.

Menerusi kajian ini, diharap ia akan memberi bahan rujukan kepada masyarakat

tempatan khususnya masyarakat Orang Ulu sebagai rujukan pada masa akan datang dan

juga dapat menambahkan minat generasi kini untuk melibatkan diri dalam penghasilan

Page 22: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

11

barangan kraftangan manik. Selain itu, pengkaji sendiri juga dapat mempelajari dan

mengetahui dengan lebih mendalam tentang budaya Orang Ulu khususnya dalam

penghasilan kraftangan manik.

Kajian ini juga dapat menyedarkan masyarakat khususnya golongan belia

tentang kepentingan seni kraftangan manik supaya ia tidak pupus dan dilupakan. Kajian

ini juga diharapkan dapat menghidupkan lagi warisan kraftangan tempatan dan dikenali

oleh orang ramai.

Kajian ini bukan sahaja berfaedah kepada golongan belia tetapi ia juga penting

untuk organisasi Sarakraf Pavilion untuk mengekalkan warisan budaya Sarawak.

Sarakraf Pavilion dilihat berpotensi untuk menjadi tunjang utama dalam mengekalkan

kraftangan dan kesenian di Sarawak, sebagai pusat untuk mengadakan demonstrasi serta

bagi memudahkan para pelancong untuk melihat bagaimana kraftangan itu dihasilkan

dan pada masa yang sama bertanya kepada pembuat kraftangan kemusykilan yang ada.

(Utusan Sarawak, 1 Ogos 2006. p. 8).

Kajian ini juga secara tidak langsung dapat membantu dalam memperkenalkan

Sarakraf Pavilion kepada masyarakat khususnya di Kuching. Ini boleh berlaku apabila

kajian pengkaji ini dapat dipamerkan di dalam kalangan masyarakat Kuching dan

secara tidak langsung ia dapat memberi pendedahan kepada masyarakat Kuching

khususnya golongan belia seperti pelajar-pelajar di IPTA. Selain itu, kajian pengkaji

juga dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk Sarakraf Pavilion mengenai

Page 23: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

12

cadangan-cadangan pengkaji terhadap usaha Sarakraf Pavilion dalam mengkomersilkan

produk kraftangan manik Orang Ulu di Kuching, Sarawak.

1.8 Kesimpulan

Kesimpulannya, dalam bab ini pengkaji membuat kajian tentang usaha Sarakraf

pavilion dalam mengkomersialkan produk kraftangan manik Orang Ulu di Kuching,

Sarawak. Selain itu, bab ini juga menerangkan tentang pengenalan, skop kajian,

permasalahan dan kepentingan kajian dalam kajian ini. Bab yang seterusnya akan

menerangkan bahan rujukan yang berkaitan dengan kajian bagi membuktikan dan

menyokong kajian ini.

Page 24: USAHA SARAKRAF PAVILION DALAM … SOT HOON(24 pages).pdf · 2.14 Media Cetak: Akhbar ... ianya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi baru. xi ... secara sendiri atau tidak langsung

13

BAB 2

SOROTAN KESUSASTERAAN

Sorotan kajian lepas merupakan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh

pengkaji terdahulu dalam mencari bahan bukti untuk membuktikan kesahihan sesuatu

kajian yang dikaji oleh pengkaji. Sorotan kajian penting untuk menyokong kajian yang

telah dibuat dan sebagai pembekal maklumat tambahan kepada kajian pengkaji.

2.1 Sarakraf Pavilion

1) Alfean Aziz, ‘Sarakraf Pavilion Pusat Kraf Tangan Kuching’. (2006, August 1).

Utusan Sarawak, p. 8. Retrieved August 5, 2006.

Menurut Alfean Aziz, Utusan Sarawak, p. 8., Sarakraf Pavilion menjadi tempat

tumpuan membeli-belah pelancong-pelancong domestik dan asing yang ingin mencari

buah tangan sebagai kenangan untuk dibawa pulang. Wujudnya pusat kraftangan ini

pastinya menjadi sumber kepada orang ramai dan pelancong yang ingin memahami,

serta mempelajari sekaligus menyaksikan keunikan pelbagai kebudayaan etnik-etnik di

Sarawak melalui hasil kraftangan, makanan-makanan serta khazanah yang menjadi

tarikannya.