malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … 29102018 - isnin.pdf · berlangsung baru-baru ini...

19
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 29 OKTOBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 28 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1412-L02535 Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan baru Pakatan Harapan bersedia untuk menandatangani (ratify) Konvensyen-konvensyen Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang selain daripada CEDAW dan CRC. 2. PR-1412-L02790 Datuk Seri M. Saravanan [ Tapah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan transformasi (tambah baik) yang telah dicadangkan Kementerian dalam meningkatkan pendapatan belia/golongan muda dalam bidang pertanian asas tani. 3. PR-1412-L02560 Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan prestasi atau pencapaian SUKMA yang telah berlangsung baru-baru ini di negeri Perak. Apakah harapan Malaysia dalam Sukan Olimpik 2020 dan persediaan-persediaan yang dilakukan untuk menghadapi temasya itu di Tokyo. 4. PR-1412-L02069 Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perkembangan terkini kajian holistik yang telah dibuat berkaitan dengan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan apakah perkara utama yang dipertimbangkan di dalam kajian terbabit.

Upload: vokhanh

Post on 20-Jul-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 29 OKTOBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

28

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1412-L02535

Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan baru Pakatan Harapan bersedia untuk menandatangani (ratify) Konvensyen-konvensyen Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang selain daripada CEDAW dan CRC.

2. PR-1412-L02790

Datuk Seri M. Saravanan [ Tapah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan transformasi (tambah baik) yang telah dicadangkan Kementerian dalam meningkatkan pendapatan belia/golongan muda dalam bidang pertanian asas tani.

3. PR-1412-L02560

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan prestasi atau pencapaian SUKMA yang telah

berlangsung baru-baru ini di negeri Perak. Apakah harapan Malaysia dalam Sukan Olimpik 2020 dan persediaan-persediaan yang dilakukan untuk menghadapi temasya itu di Tokyo.

4. PR-1412-L02069

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perkembangan terkini kajian holistik yang telah dibuat berkaitan dengan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan apakah perkara utama yang dipertimbangkan di dalam kajian terbabit.

2 AUM DR 29/10/2018

5. PR-1412-L02655

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah perkembangan terkini tentang kajian menyemak semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh Jawatankuasa Khas Kabinet.

6. PR-1412-L01934

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan apakah usaha untuk membantu para

peneroka dan pekebun kecil meningkatkan pendapatan mereka melalui industri sawit dan getah. Adakah sebarang bantuan Kerajaan bagi memberi nilai tambah kepada mereka.

7. PR-1412-L02859

Tuan Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah terbaik untuk memastikan

syarikat penerbangan tidak menaikkan harga ketika musim perayaan.

8. PR-1412-L02798

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan usaha yang telah dilakukan bagi penambahbaikan kedudukan mahkamah syariah dan penyeragaman undang-undang syariah di seluruh negeri Malaysia.

9. PR-1412-L01691

Tuan Muslimin bin Yahaya [ Sungai Besar ] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan apakah status sebenar pemegang Diploma Vokasional Malaysia dari segi penarafan agensi yang setara dengan diploma IPTA dan IPTS serta peluang mereka ke IPTA.

10. PR-1412-L02063

Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah sistem baharu yang dikatakan akan

digunakan di dalam penyaluran air bersih di kawasan pedalaman Negeri Sarawak yang belum mendapat bekalan air bersih. Nyatakan kawasan-kawasan yang terlibat dengan perlaksanaan sistem berkenaan dan bila ianya akan dilaksanakan.

11. PR-1412-L02194

Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan dasar Kerajaan baharu dalam isu tenaga buruh asing,

termasuk berapa kutipan levi, had kuota mengikut sektor industri.

AUM DR 29/10/2018 3

12. PR-1412-L01658

Dato' Haji Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan faktor kekurangan guru subjek Bahasa Inggeris di sekolah luar bandar sehingga mewujudkan jurang tahap literasi antara pelajar di kawasan bandar dan di luar bandar serta apakah usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah tersebut.

13. PR-1412-L02477

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status pembaikan semua sekolah-sekolah daif di Sarawak dan berapakah peruntukan yang telah disalurkan untuk pembaikan tersebut. Apakah status siasatan terhadap JEPAK HOLDING SDN. BHD. yang sepatutnya menyediakan PV solar sistem bagi 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

14. PR-1412-L01465

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang meneruskan hasrat mengambil sukarelawan dan guru-guru pencen menjadi pembantu guru untuk keberkesanan sistem pendidikan negara.

15. PR-1412-L01647

Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah Kerajaan Pakatan Harapan berpegang kepada manifestonya untuk membawa reformasi di dalam urusan GLC supaya badan-badan GLC seperti Khazanah Nasional bebas dari diterajui oleh ahli-ahli politik.

16. PR-1412-L02080

Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada program / Projek Jiwa Murni diteruskan dan apakah status jalan Jiwa Murni dari Ba'kelalan ke Bario dan bila projek tersebut akan disiapkan.

17. PR-1412-L02341

Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

berapakah jumlah peruntukan tahunan untuk SJKC dan SJKT bagi tahun 2018, dan berapakah jumlah yang masih belum diserahkan kepada sekolah-sekolah.

4 AUM DR 29/10/2018

18. PR-1412-L01980

Tuan Arthur Joseph Kurup [ Pensiangan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah perancangan khusus pihak Kementerian bagi membantu meningkatkan jumlah usahawan belia terutamanya belia luar bandar dan pedalaman Sabah Sarawak.

19. PR-1412-L01842

Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah jenis skim atau program yang ada pada masa ini dan akan diteruskan oleh Kerajaan baru bagi membantu usahawan Malaysia.

20. PR-1412-L02314

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah Kementerian

bercadang membantu menaik taraf infrastruktur pengusaha lemang di kawasan Manik Urai yang mana terdapat sekitar 50 pengusaha lemang di kawasan tersebut.

21. PR-1412-L02680

Tuan Wong Chen [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan

kenapa semua ahli Parlimen pembangkang tidak perlu mengisytiharkan aset mereka.

22. PR-1412-L02424

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan secara terperinci senarai ketua perwakilan Malaysia ke luar negara (iaitu Duta Besar, Konsul Jeneral, Pesuruhjaya Tinggi dan sebagainya) yang dilantik sejak 2009-2018 dan senaraikan bilangan yang merupakan lantikan politik.

23. PR-1412-L01712

Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan membubarkan Organisasi Perisikan Luar Malaysia atau Malaysia External Intelligence Organisation (MEIO) memandangkan kegiatan mereka tidak baik untuk Kerajaan/negara dan ia telah disalahguna oleh Kerajaan Barisan Nasional sepertimana skandal bekas pengarahnya, Datuk Hasanah Abdul Hamid baru baru ini.

AUM DR 29/10/2018 5

24. PR-1412-L01511

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [ Ketereh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah kutipan Tabung Harapan akan dihentikan dan apakah perincian kegunaan kutipan berkenaan setelah mengambil maklum kenyataan Menteri bahawa ekonomi negara kukuh dan kekal berdaya tahan yang tinggi.

25. PR-1412-L02625

Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan pemegang dokumen IMM13 pada

masa ini dan negara asal mereka.

26. PR-1412-L(5)00013

Datuk Liew Chin Jin @ Christina Liew [ Tawau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan mempunyai perancangan

untuk menaik taraf Lapangan Terbang Tawau sebagai lapangan terbang antarabangsa untuk membolehkan lapangan terbang tersebut dapat menerima penerbangan terus antarabangsa berjadual memandangkan kawasan Pantai Timur Sabah sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan unggul.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

27. PR-1412-L02759

Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Akta Hasutan 1948, Undang-undang Kesalahan Keselamatan (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta hukuman gantung sampai mati akan dimansuhkan dan apakah status setiap perincian tersebut.

28. PR-1412-L02787

Tuan Awang Husaini bin Sahari [ Putatan ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan apakah langkah drastik Kementerian untuk mengatasi nisbah pesakit berbanding Doktor Perubatan (1:1,200) [Nisbah Kebangsaan 1:600] dan nisbah pesakit berbanding Doktor Pergigian (1:12,000) [Nisbah Kebangsaan 1:400] bagi memberi rawatan kepada penduduk Sabah seramai 3,063,600 orang.

29. PR-1412-L02543

Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan sudahkah Kerajaan Persekutuan mengenalpasti mekanisme bagi melaksanakan pembayaran royalti 20% seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihanraya yang lepas.

6 AUM DR 29/10/2018

30. PR-1412-L01430

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menaikkan gaji dan elaun bagi semua anggota dan kakitangan beruniform seperti Polis, Tentera, Kastam, Bomba dan lain-lain lagi.

31. PR-1412-L02206

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bersedia menilai semula pelaksanaan arahan bayaran balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji mandatori maksimum penjawat awam agar berpadanan dengan jumlah perbelanjaan kos sara hidup bulanan mereka.

32. PR-1412-L01907

Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan boleh diambil untuk memastikan pekerja-pekerja yang layak, menerima caruman KWSP dan PERKESO oleh majikan mereka.

33. PR-1412-L02008

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan langkah-langkah diambil bagi menyeragamkan dan menyeimbangkan kadar harga keperluan harian di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, dan apakah pandangan Kementerian mengenai isu dasar kabotaj.

34. PR-1412-L01606

Dato' Seri Dr. Santhara [ Segamat ] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan apakah kedudukan sebenar Projek Bangunan Pentadbiran Persekutuan termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat yang telah lama dirancang tetapi sehingga kini tidak dilaksanakan.

35. PR-1412-L02445

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan :-

(a) berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menaik taraf serta penyelenggaraan jalan raya dan jalan perhubungan desa terutamanya di kawasan luar bandar seperti dalam kawasan Parlimen Bintulu ; dan

AUM DR 29/10/2018 7

(b) bagaimanakah pihak Kementerian dapat memastikan bahawa setiap perunding teknikal yang dilantik oleh Kementerian dapat memenuhi piawaian dan justifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian dalam memastikan mutu kerja yang berkualiti dan efektif.

36. PR-1412-L01664

Dato' Dr. Noraini Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan apakah langkah dan dasar yang akan dilaksana serta

diperkenalkan dalam usaha Kerajaan untuk menumpukan agenda ‘memperkayakan rakyat’ menerusi lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat di negara ini.

37. PR-1412-L01641

Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan tentang status pembinaan jalan raya yang menghubungkan antara Felda Bukit Jalor dengan kawasan Pekan Gemas.

38. PR-1412-L01835

Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah usaha Kementerian bagi merombak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) agar Orang Asal diberi keupayaan untuk memperbaiki kehidupan mereka serta langkah-langkah efektif bagi membela hak komuniti Orang Asal seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.

39. PR-1412-L02742

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah sekolah tahfiz yang berdaftar dengan Kementerian dan apakah perancangan Kementerian dalam memperkasakan pendidikan sekolah tahfiz.

40. PR-1412-L02582

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) adakah penguatkuasaan ke atas prosedur operasi piawaian (SOP) perkahwinan bawah umur akan lebih tegas dengan mewajibkan rekod penulisan oleh "judicial opinion " atau Ketua Menteri yang meluluskan suatu kes perkahwinan bawah umur; dan

(b) apakah status semakan semula oleh Kerajaan bagi memperkemaskan SOP perkahwinan bawah umur yang sedia ada.

8 AUM DR 29/10/2018

41. PR-1412-L02110

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah perancangan yang telah dirangka dan dilaksanakan oleh Kementerian untuk memodenkan aktiviti pertanian bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0.

42. PR-1412-L02700

Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sama ada pihak Kementerian akan meneruskan subsidi pengangkutan untuk bahan api di kawasan pedalaman Sarawak. Nyatakan sama ada amalan pengangkutan yang melibatkan kontraktor utama adalah SOP yang berkesan.

43. PR-1412-L02127

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kenapa ditarik balik pasukan tentera kita dari misi keamanan di Arab Saudi dan alasan penutupan Pusat Anti Keganasan King Salman Centre di Putrajaya. Adakah kita tunduk kepada desakan negara Iran atau negara-negara lain.

44. PR-1412-L02302

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan berhasrat meminda Akta

Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman terhadap pesalah jenayah syariah.

45. PR-1412-L01796

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk merujuk Myanmar kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa supaya disiasat dan dipertanggungjawabkan atas jenayah hak asasi dan kemanusiaan yang dilakukan.

46. PR-1412-L02401

Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan akan memberi keutamaan kepada Rang Undang-Undang Gangguan Seksual dalam sesi Parlimen kali ini memandangkan kes-kes yang melibatkan gangguan seksual di pelbagai peringkat semakin meningkat.

AUM DR 29/10/2018 9

47. PR-1412-L01744

Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

adakah pihak Kementerian bercadang mengekalkan mata pelajaran tulisan jawi dalam buku teks sekolah di seluruh negara setelah tulisan jawi diabaikan akibat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang dikuatkuasakan pada tahun 1971.

48. PR-1412-L02336

Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah pendirian Kementerian dalam

melaksanakan janji pilihan raya Pakatan Harapan berhubung penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN bagi peminjam berpendapatan RM4,000 sebulan dan ke bawah.

10 AUM DR 29/10/2018

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan

* Rang Undang-Undang Perbekalan 2019.

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

AUM DR 29/10/2018 11

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-

"Bahawa Dewan ini, , menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas ; ; merestui usaha Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk

menambah baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018-2020 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD.22 Tahun 2018; dan dan Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia

Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama." Menyambung semula Perbahasan atas masalah [ 25 Oktober, 2018 ]

2. PR-1412-UL014 Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya mengembalikan hak-hak dan kuasa autonomi semula Negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan prinsip, niat serta semangat yang termaktub dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Inter-Governmental Committee khususnya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) terutama dalam perkara penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak, hak untuk menggunakan sumber semula jadi yang berada dalam lebar wilayah 12 batu nautika bukan lagi dihadkan kepada 3 batu nautika, dengan menyegerakan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] atau mana-mana undang-undang lain yang berkaitan tanpa melengahkan masa lagi dengan pembentukan Jawatankuasa Kabinet yang baharu. .

12 AUM DR 29/10/2018

Hal ini demikian kerana rundingan dan kajian terhadap perkara-perkara ini telahpun dimulakan oleh Kerajaan sebelum ini dengan pembentukan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Penurunan Kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta Jawatankuasa Teknikal di peringkat negeri untuk memperincikan hal-hal tersebut dan perkara lain yang berkaitan di mana laporan rekomendasi-rekomendasi yang tertentu juga telah disediakan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. PR-1412-U(27)014 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan dan pendirian yang nyata oleh Kerajaan berkenaan bagaimana menghadapi tekanan peringkat antarabangsa berhubung isu ratifikasi enam konvensyen Pertubuhan Bangsa­Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia. Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) ke atas Malaysia akan berlaku sekali lagi pada bulan November 2018 dan adakah Kerajaan akan tunduk pada tekanan antarabangsa dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut. Dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut, adakah Kerajaan bersedia memberi penjelasan kepada rakyat dengan kemungkinan yang amat tinggi untuk mengubah pelbagai rang undang­undang berkaitan hak asasi terpaksa dilakukan seterusnya mengubah landskap geopolitik tempatan dan antarabangsa serta mengubah impak sosial masyarakat secara keseluruhan." [ Menteri Luar Negeri ]

4. PR-1412-U(27)015 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjelaskan adakah benar bahawa Kerajaan Malaysia ada membuat permintaan kredit sebanyak USD40 billion daripada Kerajaan China. Kerajaan perlu menjelaskan berapakah jumlah kos lawatan serta butiran­butiran termasuk terma­terma dan tujuan yang terlibat dalam perjanjian tersebut di dalam Dewan ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. PR-1412-U(27)016 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menyatakan pendirian berhubung usaha memenuhi satu janji manifesto Pakatan Harapan iaitu menjadikan Malaysia sebagai ahli Konvensyen Pelarian 1951 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa maksud akan menerima pakai peraturan dan kehendak konvensyen itu. Penerimaan sebagai ahli

AUM DR 29/10/2018 13

konvensyen tersebut akan menimbulkan masalah kerana salah satu kehendak konvensyen adalah layanan sama rata perlu diberikan kepada pelarian dan ini termasuk dalam hal ehwal pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. Pada ketika ini terdapat 145 negara ahli PBB yang menyertai konvensyen pelarian tersebut. Tetapi hakikatnya walaupun Malaysia tidak menyertainya, layanan yang diberikan adalah jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan sebahagian daripada negara yang berada dalam konvensyen tersebut." [ Menteri Luar Negeri ]

6. PR-1412-U(27)017 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan pelan terperinci dan strategi khusus untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan terutama kepada anak muda dalam negara kita dengan gaji sekurang­kurangnya seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan." [ Menteri Sumber Manusia ]

7. PR-1412-U(27)018 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memulakan inisiatif memperkenalkan sistem persekolahan yang seragam untuk semua pelajar sebagai satu usaha mewujudkan perpaduan nasional. Dengan usaha kerajaan mewujudkan sistem persekolahan satu aliran akan membantu merealisasikan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Perkara ini amat penting kerana persekolahan dilihat sebagai antara acuan yang penting untuk membina generasi muda yang memahami dan saling menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama diperingkat awal sebelum perubahan dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Kebimbangan kehilangan identiti dan bahasa ibunda kaum­kaum lain terutamanya penggunaan bahasa Cina dan bahasa Tamil yang timbul apabila usaha ini dilaksanakan perlu diteliti oleh pihak Kerajaan untuk penyelesaian yang terbaik tanpa menjadikan ia alasan untuk tidak meneruskan sistem persekolahan satu aliran."

[ Menteri Pendidikan ]

8. PR-1412-U(27)019 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan mengambil langkah dalam memperkasakan institusi hal ehwal agama Islam di negara ini iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mempunyai peranan utama

14 AUM DR 29/10/2018

menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam memartabatkan fatwa di Malaysia, jawatankuasa ini dilihat berperanan besar melalui pengurusan, penyelarasan dan penyelidikan namun dari segi perlaksanaan fatwa tersebut oleh pihak Kerajaan tidak konsisten dalam beberapa perkara. Isu-isu keagamaan yang berlaku seperti penyebaran ajaran sesat, fahaman liberal dan songsang serta keterbukaan yang melampau memerlukan tindakan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan bersandarkan kepada rujukan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. PR-1412-U(27)020 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"YAB Perdana Menteri telah membayangkan bahawa Bajet 2019 merupakan “Bajet Korban” yang memerlukan pengorbanan seluruh rakyat, maka Kerajaan baharu pasti akan menaikkan cukai yang sedia ada atau memperkenalkan bentuk cukai baharu. Bahawa Dewan Rakyat digesa untuk mengambil keputusan agar cukai warisan/pusaka (Inheritance Tax) yang telah dimansuhkan pada awal tahun 90an tidak harus diperkenalkan semula kerana ianya adalah jenis percukaian yang membebankan rakyat termasuk golongan B40 dan M40. Di samping itu, Dewan ini juga menolak cukai keuntungan modal (Capital Gain Tax) kerana ianya akan menindas pelabur tempatan serta menghindari pelabur asing daripada melabur dalam pasaran saham tempatan. lni akan menjejaskan pertumbuhan pasaran modal negara ini."

[ Menteri Kewangan ]

10. PR-1412-U(27)021 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Memandangkan projek kereta nasional ketiga telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat jelata dan ianya dikhuatiri akan membebankan rakyat (khususnya pembeli kereta) melalui pelaksanaan duti import ke atas kereta import dari luar negara. Maka Dewan ini menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020."

[ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

AUM DR 29/10/2018 15

11. PR-1412-U(27)022 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut Iaporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa merangka Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. lni bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai pra-syarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan."

[ Menteri Pendidikan ]

12. PR-1412-U(27)023 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 1 Oktober 2014, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs-SAME) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dalam tempoh 3 tahun 7 bulan, SAME telah berperanan sebagai agensi yang membangunkan perusahaan kecil dan sederhana dalam kalangan

16 AUM DR 29/10/2018

usahawan kaum Cina. Ianya iuga berfungsi sebagai perantara Kerajaan dengan para pengusaha SME Cina. SAME telah berjaya mendampingi dan membantu 50,000 SME Cina melalui program “outreach”, O20, Champions Club, Halal Forum, Bengkel Keusahawanan, Sesi “Pitching” VC, Angel Fund, Crowd Funding dan lain-lain. Namun begitu, setelah Kerajaan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan negara, SAME sudah berhenti operasi dan kesemua kakitangan telah ditempatkan ke jabatan-jabatan lain, malahan peralatan komputer di pejabat juga telah dipindahkan. Walaupun YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (Ahli Parlimen Lumut) telah mengiktiraf sumbangan SAME di dalam sidang Parlimen yang lalu, SAME tetap ditamatkan pengoperasiannya. Menyedari hakikat SAME dapat memacu bidang SME dalam kalangan usahawan SME Cina seperti mana yang dilakukan oleh TERAJU dan SEED yang masing-masing membantu SME bumiputra dan India, maka Dewan ini mengesa kerajaan baharu meneruskan pengoperasian SAME demi membuktikan Kerajaan baharu bersifat inklusif dan tidak mendiskriminasikan kaum Iain."

[ Menteri Pembangunan Usahawan ]

13. PR-1412-U(27)024 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 12 September 2018, YB Menteri Tenaga Manusia telah mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan kadar levi RM10,000 setahun ke atas setiap pekerja asing yang telah bekerja lebih daripada 10 tahun. Kabinet juga membenarkan lanjutan tempoh 3 tahun lagi bagi mereka yang telah bekerja di sini melebihi 10 tahun. lni bermakna levi 3 tahun bagi pekerja asing seumpama ini ialah RM30,000. lni pasti membebankan para pengusaha SME. Penetapan kadar levi RM10,000 setahun adalah terlalu tinggi, berbanding RM1,850 setahun yang dikenakan ke atas mereka yang bekerja kurang daripada 10 tahun. Dasar ini tidak munasabah dan ianya bakal meningkatkan kos pengoperasian SME. YB Menteri Kewangan pada 24 September 2018 telah mengumumkan bahawa hanya 20% daripada levi sebanyak RM10,000 itu ditanggung oleh majikan manakala bakinya 80% levi iaitu RM8000 akan ditanggung oleh pekerja asing. Namun pada realitinya tiada pekerja asing yang sanggup membayar RM666 sebulan sebagai levi melainkan majikan sanggup menaikkan gaji pekerja asing. Sepatutnya pekerja asing yang telah lama berkhidmat di Malaysia harus diutamakan kerana mereka taat setia kepada majikan asal, mempunyai kemahiran yang lebih baik dan produktiviti yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja baru. Akan tetapi, pada 25 September 2018, YB Menteri Kewangan sekali lagi melakukan "flip-flop” dengan mengumumkan bahawa levi pekerja asing sebanyak RM10,000 setahun bagi mereka yang bekerja melebihi 10 tahun bakal ditanggung sepenuhnya oleh majikan kerana cadangan sebelum ini dibantah kuat oleh pihak majikan dan kesatuan pekerja. lni amat merunsingkan para majikan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan harus membantu pengusaha SME mengurangkan kos

AUM DR 29/10/2018 17

mereka. Satu penyelesaian pragmatik yang dicadangkan ialah levi RM10,000 setahun dikurangkan kepada RM2,000-RM3,000 setahun bagi pekerja asing yang telah bekerja lebih dari 1O tahun di Malaysia."

[ Menteri Sumber Manusia ]

14. PR-1412-U(27)025 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Kementerian perlu mempunyai satu pendekatan yang sistematik dalam menyalurkan peruntukan tahunan dan dana khas untuk pembangunan serta penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) (confirming school) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tanpa mengabaikan Sekolah Kebangsaan serta sekolah aliran lain. Kementerian juga perlu mengumumkan garis panduan kelulusan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu. Kementerian juga digesa untuk mengumumkan rancangan penempatan semula SJK(C) yang kurang murid ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi agar SJK(C) kekal relavan dalam arus perdana sistem pendidikan kebangsaan."

[ Menteri Pendidikan ]

15. PR-1412-U(27)011 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun Negara telah merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi Negara secara bersama dan merealisasikan Impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

16. PR-1412-U(27)012 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan memulihkan pilihanraya Kerajaan tempatan seluruh Negara supaya urustadbir Kerjaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

18 AUM DR 29/10/2018

17. PR-1412-U(27)013 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyatakan kehilangan kepercayaan dan ketidakyakinan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) iaitu Tan Sri Othman Bin Haji Mahmood dan lima anggota SPR yang lain iaitu Dato' Md Yusop Bin Haji Mansor, Datuk Haji Abdul Aziz Bin Khalidin, Haji Sulaiman Bin Haji Narawi, Dato' Bala Singam A/L Karupiah dan Dato' Lee Chong Cheong dan oleh itu menuntut agar mereka meletak jawatan sebagai anggota SPR dengan serta-merta."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DR 29/10/2018 19

**UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 29.10.2018 (Isnin)

1. YB Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu)

1. Isu Projek Penyatuan Dan Pemulihan (P&P) FELCRA

1. YB Menteri Hal Ehwal Ekonomi

2. 29.10.2018 (Isnin)

2. YB Tuan Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar)

2. Isu Pembinaan Balai Polis Di FELDA Lepar Utara, Kuantan, Pahang

2. YB Menteri Dalam Negeri

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)