malaysia dewan negara aturan urusan mesyuarat …rabu).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu...

25
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 16 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 11 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1352-L00500 Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan prestasi pengeluaran Proton dan pemasaran dalam negeri dan eksport, dan apakah impak kerjasama Proton- Geely Automobile Holdings Ltd terhadap kesan ekonomi negara dan jaminan pekerjaan terhadap pekerja-pekerja di syarikat tersebut bagi menjamin masa depan negara. 2. PN-1352-L00231 Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab- sebab kadar pemohonan E-Card dalam kalangan buruh asing masih rendah dan adakah sasaran Kementerian menyeluruh termasuk kepada golongan majikan. 3. PN-1352-L00608 Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan sama ada tempat perhentian sementara bas persiaran berhadapan Dataran Merdeka boleh di uruskan dengan baik supaya tempat itu selamat untuk penumpang. Tempat tersebut sering sesak dengan bas-bas persiaran yang tidak menghiraukan keselamatan penumpang yang menunggu di sana termasuk penumpang warga emas dan OKU. 4. PN-1352-L00145 Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tindakan yang telah diambil oleh JAKOA kepada Tok Batin dan Pengerusi JKKK Kampung Orang Asli yang ditamatkan atau dilucutkan jawatan dan sebab perlucutan.

Upload: others

Post on 11-Oct-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 16 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

11

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1352-L00500

Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan prestasi pengeluaran Proton dan pemasaran dalam negeri dan eksport, dan apakah impak kerjasama Proton-Geely Automobile Holdings Ltd terhadap kesan ekonomi negara dan jaminan pekerjaan terhadap pekerja-pekerja di syarikat tersebut bagi menjamin masa depan negara.

2. PN-1352-L00231

Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebab kadar pemohonan E-Card dalam kalangan buruh asing masih rendah dan adakah sasaran Kementerian menyeluruh termasuk kepada golongan majikan.

3. PN-1352-L00608

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan sama ada tempat perhentian sementara bas persiaran berhadapan Dataran Merdeka boleh di uruskan dengan baik supaya tempat itu selamat untuk penumpang. Tempat tersebut sering sesak dengan bas-bas persiaran yang tidak menghiraukan keselamatan penumpang yang menunggu di sana termasuk penumpang warga emas dan OKU.

4. PN-1352-L00145

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tindakan yang telah diambil oleh JAKOA kepada Tok Batin dan Pengerusi JKKK Kampung Orang Asli yang ditamatkan atau dilucutkan jawatan dan sebab perlucutan.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

2 AUM DN 16/8/2017

5. PN-1352-L00287

Datuk Haji Abdullah Bin Mat Yasim minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan Kementerian berhubung persaingan di antara syarikat penerbangan Malaysia yang mempunyai jadual waktu penerbangan yang hampir sama. Contohnya, penerbangan Fire Fly pada jam 11.00 pagi dan Malindo Air pada jam 11.05 pagi. Perkara ini dilihat mengenepikan kebajikan penumpang dalam membuat pilihan.

6. PN-1352-L00041

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah slot latihan pakar (Program Sarjana Tempatan) yang tersedia setiap tahun, jumlah doktor yang sedang menjalani latihan pakar dan langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan bilangan slot latihan pakar.

7. PN-1352-L00262

Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah laporan PEIA (Preliminary Environmental Impact Assessment) yang telah dihantar untuk Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) untuk setiap negeri dari tempoh 2013 hingga 2017 dan bagaimanakah pemantauan terhadap PPLH dilakukan.

8. PN-1352-L00066

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

(a) apakah definisi jalan raya yang akan diselenggara serta dikawalselia oleh Kementerian. Bagaimana ia berbeza dengan jalan yang diselenggara oleh agensi Kerajaan yang lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); dan

(b) didapati wujudnya jalan-jalan di negara kita yang tidak terletak di bawah kawalselia oleh mana-mana Kementerian ataupun Kerajaan Tempatan. Kes sebegini wujud di kawasan Alor Setar, Kedah. Mohon penjelasan dan cara penyelesaian .

9. PN-1352-L00364

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan bahawa negara Malaysia belum lagi mampu bersaing dengan negara maju dalam menerokai bidang R&D. Negara kita bukan sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi perlu menjadi penyumbang kepada pembangunan teknologi. Lantaran itu, apakah usaha dan peranan Kementerian dalam menggalakkan kerjasama antara Universiti dan Industri Kemahiran Tenaga Kerja dalam membangun keupayaan R&D negara sesuai dengan polisi-polisi Kerajaan sedia ada.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

AUM DN 16/8/2017 3

10. PN-1352-L00200

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan Jumlah Tabika Kemas di seluruh negara dan jumlah pelajar, serta berapakah jumlah tabika kemas yang perlu dibaikpulih dan memerlukan perolehan aset baru pembelajaran agar kemudahan tabika ini selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.

11. PN-1352-L00658

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah kedudukan kompaun AES yang dikeluarkan sebelum keputusan dibuat oleh Kerajaan untuk mengambil alih dan dinamakan sistem AWAS dan adakah ia diambil kira dalam sistem KEJARA yang berkuatkuasa April 2017 bagi kompaun-kompaun yang dikeluarkan sebelum tarikh tersebut.

12. PN-1352-L00153

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta PERDANA MENTERI menyatakan kali terakhir elaun anggota APMM disemak semula dan adakah Kerajaan bercadang untuk memberikan mereka imbuhan setelah APMM dikategorikan oleh SPRM sebagai badan penguatkuasa yang paling baik dalam aspek melaporkan dan menentang perlakuan rasuah dalam kalangan anggotanya .

13. PN-1352-L00003

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengenai polisi dan halatuju Malaysia dalam CDM (Clean Development Mechanism) dan 'carbon trade' seiring dengan ketetapan dan prosedur yang ditetapkan oleh United Nation Framework on Climate Change Control dan kedudukan terkini isu 'carbon trade' Kerajaan negeri Kelantan yang menjalankan usahasama dengan sebuah firma swasta.

14. PN-1352-L00642

Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk melaksanakan kempen pelupusan kenderaan lama yang berpotensi untuk rosak serta boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

15. PN-1352-L00459

Dato' Jaspal Singh minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana Kerajaan akan memastikan pelan-pelan yang dirangka di 'Malaysian Indian Blueprint' dilaksanakan dan bagaimanakah Kerajaan bercadang untuk meningkatkan 'household saving' bagi kumpulan B40 kaum India.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

4 AUM DN 16/8/2017

16. PN-1352-L00403

Tuan Zahari bin Sarip minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan peratusan siap kerja bagi projek pelebaran Jalan Segamat-Tangkak dan Jalan Segamat- Gambang.

17. PN-1352-L00047

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status kemajuan rancangan Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih pembersihan tandas awam, tindakan yang diambil untuk memastikan kebersihan tandas awam tersebut dan peruntukan tahunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan penambahbaikan dan penyelenggaraan tandas awam untuk tahun 2015, 2016 dan 2017.

18. PN-1352-L00496

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah Kerajaan dalam menggalakkan rakyat memiliki perlindungan insurans kesihatan dan sama ada terdapat perancangan untuk mengecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas premium insurans kesihatan bagi tujuan tersebut.

19. PN-1352-L00674

Dato' Hajah Norahan Binti Abu Bakar minta PERDANA MENTERI menyatakan ramai pemandu teksi mengadu apabila periuk nasi mereka diganggu dengan kehadiran perkhidmatan 'Grab Car' dan 'Uber'. Kita sedia maklum 'Grab Car' dan 'Uber' bukanlah perkhidmatan kenderaan yang berdaftar di bawah kerajaan :-

(a) adakah Kerajaan mengkaji semula bagaimana untuk meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan teksi kerana mereka merupakan duta kecil negara; dan

(b) apakah langkah proaktif yang boleh diambil Kerajaan bagi memastikan kebajikan pemandu teksi terus terpelihara .

20. PN-1352-L00223

Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah pendekatan yang diambil oleh Kementerian bagi menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang tidak cenderung kepada bidang akademik untuk memasuki program Pendidikan Asas Vokasional setelah sistem arkreditasi MQA dilaksanakan.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

AUM DN 16/8/2017 5

21. PN-1352-L00061

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status perlaksaaan terkini 'special mobile task force' oleh Kementerian bersama agensi-agensi Kerajaan yang lain dalam menangani isu 'stateless children' di seluruh negara. Setakat ini berapakah bilangan 'stateless children' yang telah didaftarkan mengikut negeri.

22. PN-1352-L00478

Puan Hajah Khairiah Binti Mohamed minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sehingga kini adakah terdapat bahan-bahan sejarah atau artifak sejarah negara yang berada di luar negara yang berupaya menjadi tarikan pelancongan dan kebudayaan negara dan jika ada, apakah usaha yang dibuat untuk membawanya kembali ke negara kita.

23. PN-1352-L00126

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah peruntukan selenggaraan pusat sukan di setiap daerah dibelanjakan dan bagaimanakah perancangan Kementerian mempercepatkan bantuan kos baik pulih kemudahan sukan yang daif.

24. PN-1352-L00699

Datuk Haji Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Haji Omardin minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh manakah impak semasa bagi pelaksanaan Program Hala Tuju MINDEF 2017 yang berfokuskan kepada lima teras setelah dilancarkan oleh pihak Kementerian.

25. PN-1352-L00663

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kanak-kanak yang berstatus 'stateless' walaupun salah seorang ibu bapa mereka berwarganegara Malaysia, serta apakah usaha dan tindakan Kerajaan agar kanak-kanak ini tidak dijadikan mangsa akibat masalah ibu bapa mereka agar masa depan kanak-kanak ini terjamin.

26. PN-1352-L00195

Dr. Zaiedi Haji Suhaili minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan di bawah Bajet 2017 untuk Program Pembinaan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan baik pulih rumah dan bagaimana ia diagihkan kepada bahagian Parlimen dan apa item perbelanjaannya. Apakah perancangan Kementerian untuk memohon peruntukan yang lebih banyak di bawah Bajet 2018.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

6 AUM DN 16/8/2017

27. PN-1352-L00389

Tuan Ramli Bin Shariff minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah dan pendekatan yang diambil bagi mewujudkan tapak perniagaan sementara berkonsepkan mobiliti bagi memudahkan 'Gen Y' menceburi bidang keusahawanan di kawasan strategik di bandar-bandar besar khususnya.

28. PN-1352-L00139

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah jumlah koperasi dan produknya yang telah menembusi pasaran perniagaan di luar negara.

29. PN-1352-L00206

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha Jabatan Pertanian menggalakkan aktiviti pertanian dalam usaha meningkatkan hasil tanaman makanan dengan memantapkan program penyertaan belia dalam sektor tani atau menggalakkan 'Urban Agriculture' serta memaksimakan penggunaan tanah-tanah pertanian terbiar di seluruh negara agar pengeluaran hasil tanaman makanan ditingkatkan dan menstabilkan harga sayuran dan buah-buahan di pasaran tempatan.

30. PN-1352-L00036

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah yang dibelanjakan di bawah Program Kita Juara dan Program Podium sejak dilancarkan sehingga kini dan kemajuan yang dicapai setakat ini dari segi objektif program-program tersebut.

31. PN-1352-L00312

Datuk Lihan Jok minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah dan panjangnya jalan persekutuan di Sarawak dan adakah Lebuhraya Pan Borneo dikira sebagai jalan persekutuan.

32. PN-1352-L00527

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status perancangan bagi peningkatan kapasiti dan penaiktarafan kemudahan di Lapangan Terbang Miri demi menangani kesesakan ruang penumpang, operasi pengurusan, lalulintas, dan tempat letak kereta.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

AUM DN 16/8/2017 7

33. PN-1352-L00648

Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah yang diambil dalam usaha membendung lambakan sisa makanan terutama sewaktu bulan puasa dan musim perayaan.

34. PN-1352-L00509

Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) adakah pihak Kementerian sudah mengenal pasti bangunan-bangunan warisan yang ada di seluruh Malaysia; dan

(b) apakah langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan bagi memastikan bangunan warisan ini dipelihara kerana ia pasti mempunyai nilai sejarah yang tinggi seterusnya bakal menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia .

35. PN-1352-L00084

Dr. Mohd Nor Bin Haji Monutty minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah-langkah praktis bagi meminimakan kesesakan kenderaan sepanjang waktu di Plaza Tol PLUS Sungai Besi.

36. PN-1352-L00581

Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar Bin Hj. Mohd Nor (B) minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan manfaat yang akan diperolehi daripada pembangunan 'River City Kuala Lumpur'.

37. PN-1352-L00395

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status terkini inisiatif Kementerian dalam merealisasikan pengecualian dikenakan visa oleh Kerajaan Amerika Syarikat terhadap rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara tersebut.

38. PN-1352-L00271

Datuk Haji Abdullah Bin Mat Yasim minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah pihak Kementerian sedar atau tidak sistem pengaliran air di kawasan Rantau Panjang berada dalam keadaan tidak sempurna, di samping limpahan air dari Sungai Golok yang menyebabkan kawasan Rantau Panjang akan dilanda banjir pada setiap tahun.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

8 AUM DN 16/8/2017

39. PN-1352-L00624

Tuan Haji Abdul Shukor Bin Mohd Sultan minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan tekanan terhadap sektor minyak sawit negara dengan tohmahan penggunaan biodiesel oleh beberapa negara barat yang sekaligus menjejaskan hubungan dagangan dua hala.

40. PN-1352-L00618

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah peranan FAMA di dalam memastikan orang tengah tidak menjadikan harga makanan asas ayam, daging, ikan dan sayur dimanipulasi seterusnya membebankan rakyat dengan harga makanan asas yang mahal.

41. PN-1352-L00490

Puan Hajah Khairiah Binti Mohamed minta PERDANA MENTERI menyatakan pelajar tajaan Kerajaan di luar negara dan kursus yang diambil serta jumlah perbelanjaan bagi setiap pelajar mengikut kursus yang diambil.

42. PN-1352-L00343

Tuan Aknan Ehtook minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan Kerajaan untuk membangunkan pesisiran pantai di Tumpat, Kelantan dengan mengambilkira kemudahan pengangkutan yang akan disediakan oleh ECRL sehingga ke daerah Tumpat dan jarak Tumpat dengan pelabuhan-pelabuhan di luar negara seperti Vietnam, Korea dan Jepun.

43. PN-1352-L00182

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan bercadang melahirkan graduan ijazah berkembar (double degree) dalam bidang pengajian agama seperti Syariah, Usuluddin, Al-Quran dan Hadith dan lainnya dengan pengajian sains dan teknologi seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan dan sebagainya bagi melahirkan generasi ulul al-bab.

44. PN-1352-L00171

Dr. Zaiedi Haji Suhaili minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan penguasaan serta kemajuan pelajar-pelajar sekolah di negara ini dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan juga mata pelajaran yang lain yang diajar dalam Bahasa Inggeris.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

AUM DN 16/8/2017 9

45. PN-1352-L00099

Dr. Mohd Nor Bin Haji Monutty minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian rasmi Kerajaan tentang status Sheikh Yusuf al-Qaradawi, Ketua Ikatan Ulama' Sedunia yang telah disenaraikan sebagai pendukung keganasan oleh beberapa buah negara Arab dan beberapa agensi penyelidikan Barat walhal beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Malaysia.

46. PN-1352-L00400

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :-

(a) cara menangani kes-kes kelulusan akademik palsu terutamanya penggunaan Ijazah Kedoktoran (PHD); dan

(b) adakah Kementerian melihat kes-kes ini sebagai kes jenayah serius yang perlu digubal bentuk hukuman yang lebih berat sebagai satu bentuk pengajaran.

47. PN-1352-L00180

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan setakat manakah kemajuan cadangan projek Lebuhraya Pantai Timur 3 yang menghubungkan Gemuruh, Terengganu ke Tumpat, Kelantan dan adakah Kerajaan bercadang untuk menaiktaraf jalan laluan pantai Terengganu ke Kelantan sebagai jalan alternatif.

48. PN-1352-L00070

Puan Hajah Azizah Binti Haji Harun minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan statistik terkini bilangan premis perumahan awam, apartmen atau kondominium yang didaftarkan mempunyai kelengkapan kawalan kebakaran dan bagaimana jabatan bomba memastikan pematuhan perundangan oleh pemilik premis dan jaminan kebolehgunaan kelengkapan kawalan kebakaran tersebut.

49. PN-1352-L00105

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah statistik terkini bilangan guru yang mendapatkan khidmat kaunseling, sebab-sebab mengapa mereka mendapatkan khidmat kaunseling serta bentuk bantuan sokongan yang disediakan pihak Kementerian untuk membantu guru yang bermasalah.

50. PN-1352-L00327

Dr. Ariffin Bin S.M. Omar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah kesan terkini siasatan tentang penculikan Pastor Raymond Koh, Pastor Joshua Hilmi dan isterinya dan juga Amri Che Amat.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

10 AUM DN 16/8/2017

51. PN-1352-L00120

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI KEWANGAN menyatakan prestasi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dan bayaran dividen GLC atau pelaburan Kerajaan pada tahun 2017 sehingga 31 Julai 2017 serta bagaimana Kerajaan dapat mengawal unjuran capaian sasaran pengurangan defisit fizikal tahun 2017.

52. PN-1352-L00055

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana penaiktarafan Unit Anti-Keganasan kepada Bahagian Anti-Keganasan akan dapat membantu dalam menangani masalah keganasan di negara ini.

53. PN-1352-L00029

Datuk Koh Chin Han minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah hasil usaha Kementerian untuk mengoptimumkan produktiviti pengeluaran makanan melalui perancangan dan pelaksanaan projek berimpak tinggi di samping usaha Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri Akuakultur (ZIA), Ladang Kontrak dan Pembangunan Usahawan Asas Tani.

54. PN-1352-L00250

Puan Siti Aishah Binti Shaik Ismail minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perlaksanaan kaedah sewa untuk beli (rent to own) bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) setakat ini.

55. PN-1352-L00411

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah syarat-syarat utama bagi pemohon Skim Rumah Pertamaku (SRP) dan adakah golongan belia yang bekerja sendiri dan tiada slip gaji juga layak memohon untuk skim ini. Jika tidak, apakah strategi Kementerian untuk membantu golongan belia yang bekerja sendiri memohon SRP.

56. PN-1352-L00133

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimana Kerajaan Persekutuan dan agensi penguatkuasaan Persekutuan serta PBT dapat membantu Majlis Sumber Air Negeri dalam memastikan kualiti air di kawasan sumber air mentah seluruh negeri tidak mengalami risiko pencemaran ketara yang akan menyebabkan masalah bekalan air bersih.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

AUM DN 16/8/2017 11

57. PN-1352-L00263

Puan Siti Aishah Binti Shaik Ismail minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mempertimbangkan untuk menggunakan sistem pemilihan (electoral system) yang lain untuk menggantikan sistem 'First-Past-The-Post' (FPTP) yang sedia ada, seperti 'Alternative Voting' (AV) yang diamalkan di Australia.

58. PN-1352-L00212

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah enrolmen dalam Kolej Komuniti dan Politeknik dan bagaimanakah penggabungan dua jabatan ini dapat memberi manfaat kepada pembangunan sektor pendidikan negara.

59. PN-1352-L00607

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang mengkaji semula sukatan atau sistem pembelajaran di sekolah-sekolah rendah yang dikatakan membebankan murid-murid membawa beg ke sekolah.

60. PN-1352-L00352

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh manakah bantuan tanaman sawit yang disediakan dapat membantu meningkatkan tahap ekonomi di luar bandar dari segi bilangan penduduk yang telah dibantu dan juga pendapatan bulanan yang diperoleh mereka. Adakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk membolehkan lebih ramai penduduk dibantu.

61. PN-1352-L00668

Dato' Hajah Norahan Binti Abu Bakar minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh manakah peranan 'Computer Emergency Response Team' (CERT) dan bilangan kes yang diterima secara aduan atau melibatkan insiden keselamatan ICT khususnya di negeri Pahang semenjak ditubuhkan.

62. PN-1352-L00423

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah penerima bantuan 1AZAM bagi tahun 2015 dan 2016 dan berapakah jumlah peserta yang telah berjaya keluar dari kepompong kemiskinan yang merupakan matlamat utama 1AZAM.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

12 AUM DN 16/8/2017

63. PN-1352-L00277

Puan Siti Aishah Binti Shaik Ismail minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perkembangan terkini mengenai rancangan membina hospital veterinar dan setakat ini dimanakah lokasi yang telah dikenal pasti .

64. PN-1352-L00588

Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar Bin Hj. Mohd Nor (B) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan jangka panjang mengambil kira golongan pesara Kerajaan dan warga emas di dalam wawasan TN50.

65. PN-1352-L00690

Dato' Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan perlaksanaan rondaan bersama tiga negara (Malaysia, Filipina dan Indonesia) di perairan Sulu akan mengurangkan kes pencerobohan lanun serta kesannya terhadap keselamatan di kawasan perairan tersebut.

66. PN-1352-L00554

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah dan persediaan Kerajaan di bawah Dasar Warga Emas Negara untuk menghadapi peningkatan populasi warga tua negara yang dijangka akan memberi kesan kepada sosioekonomi negara kita berikutan dengan laporan Kementerian yang mengatakan bahawa Malaysia dijangka menjadi negara tua menjelang 2030 apabila lebih 15 peratus daripada populasi rakyat mencapai umur 60 tahun ke atas pada waktu itu .

67. PN-1352-L00302

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan bagaimanakah proses pembahagian ke atas hasil kutipan cukai pelancongan kepada negeri masing-masing untuk tujuan promosi dan penambahbaikan infrastruktur sektor pelancongan dilakukan memandangkan pejabat-pejabat pelancongan Malaysia di seluruh negara telah ditutup.

68. PN-1352-L00094

Dr. Mohd Nor Bin Haji Monutty minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian bagi mengatasi kerunsingan guru-guru pelatih dan ibu bapa akibat pemotongan elaun sara hidup guru-guru setelah mereka diarah membuat pinjaman PTPTN.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

AUM DN 16/8/2017 13

69. PN-1352-L00636

Tuan Haji Abdul Shukor Bin Mohd Sultan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah pelan tindakan Kementerian dalam mengatasi masalah peningkatan kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja.

70. PN-1352-L00434

Datuk Zali Bin Mat Yasin minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapakah kategori lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia .

71. PN-1352-L00594

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah komprehensif yang dijalankan bagi membendung gejala penagihan najis dadah memandangkan kes tersebut kini semakin meningkat dari semasa ke semasa.

72. PN-1352-L00181

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan setakat manakah pengetahuan remaja mengenai kesihatan reproduktif (Reproductive Health) dan apakah langkah Kerajaan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan remaja negara ini mengenai kesihatan reproduktif.

73. PN-1352-L00334

Dr. Ariffin Bin S.M. Omar minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan berapakah bilangan cawangan universiti-universiti dari negara China yang telah didirikan di Malaysia dan jumlah pelajar (termasuk pelajar Melayu) yang sedang menyertai universiti-universiti ini.

74. PN-1352-L00284

Datuk Haji Abdullah Bin Mat Yasim minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan cadangan daripada Kementerian untuk menaik taraf kedai-kedai sedia ada atau membina kedai-kedai untuk ditawarkan kepada rakyat tempatan bagi membolehkan mereka berniaga secara sistematik dan menguntungkan di kawasan lapang di Rantau Panjang yang merupakan kawasan komersial .

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

14 AUM DN 16/8/2017

75. PN-1352-L00219

Dr. Zaiedi Haji Suhaili minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pesakit kencing manis/diabetes yang dibiayai oleh PERKESO yang menjalani rawatan dialisis di hospital/pusat rawatan swasta. Apakah PERKESO ada rancangan untuk menambah bantuan kos rawatan tersebut bagi meringankan tanggungan kewangan pesakit.

76. PN-1352-L00165

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status terkini peruntukkan RM1 bilion yang disediakan bagi membina sistem Bus Rapid Transit di Kota Kinabalu melalui bajet 2016 dan apakah cabaran yang dihadapi Kerajaan dalam melaksanakan projek ini dalam masa yang terdekat.

77. PN-1352-L00023

Datuk Koh Chin Han minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil laporan bagi program ''Makmal Transformasi Industri Bas Ekspres'' untuk meningkatkan taraf perkhidmatan serta menerapkan budaya keselamatan di dalam industri bas dan meningkat profesionalisme dalam perkerjaan pemandu bas.

78. PN-1352-L00350

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah rasional pemansuhan elaun sara hidup bagi pelajar program pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada ketika ini walhal negara mempunyai pendapatan tambahan melalui pelaksanaan GST.

79. PN-1352-L00111

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang diambil pihak Kementerian untuk membantu pengguna yang telah ditipu oleh sindiket kereta pajak sehingga kerugian ribuan ringgit seperti dilaporkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia baru-baru ini.

80. PN-1352-L00460

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menjadikan Malaysia satu hub kreatif terutamanya dalam bidang 'art and design' dengan menggunakan teknologi terkini. Apakah peluang-peluang geran yang sedia ada untuk pemuda-pemuda yang mempunyai bakat dalam bidang ini.

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

AUM DN 16/8/2017 15

81. PN-1352-L00449

Datuk Zali Bin Mat Yasin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah cadangan Kementerian untuk mengatasi masalah buli dan kes-kes berat yang berlaku di 402 buah sekolah panas dan bermasalah yang tidak dikenal pasti di seluruh Malaysia .

82. PN-1352-L00323

Dato' Dr. Hou Kok Chung minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan peranan BERNAS dalam urusan import dan pengedaran dalaman beras import, jumlah purata beras dan nilai yang diimport setiap tahun. Namakan negara-negara sumber utama beras yang diimport serta nilainya mengikut negara.

83. PN-1352-L00159

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), jumlah aset dan jumlah aset baru di Sabah.

84. PN-1352-L00384

Khairul Azwan Harun minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah rancangan untuk meningkatkan bilangan penderma organ di kalangan rakyat Malaysia.

85. PN-1352-L00461

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah kes guru yang telah menggunakan hukuman berbentuk fizikal terhadap murid sekolah terutamanya di sekolah rendah. Apakah SOP Kementerian sedia ada untuk menghadapi pelajar yang tidak bersopan santun atau nakal.

86. PN-1352-L00015

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam, badan berkanun dan syarikat berkaitan atau pelaburan Kerajaan pada tahun 2017 dan bagaimanakah prestasi pengambilan baru bagi mengisi kekosongan jawatan ini.

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

16 AUM DN 16/8/2017

87. PN-1352-L00653

Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah kawasan kampung yang telah menerima WIFI melalui inisiatif Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia sehingga kini dan adakah pihak Kementerian berhasrat untuk menambah bilangannya agar kemudahan internet dapat digunapakai oleh semua peringkat masyarakat.

88. PN-1352-L00684

Dato' Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sejauh mana usaha TNB untuk menggalakkan perkembangan tenaga boleh guna serta jelaskan inisiatif kepada syarikat-syarikat yang menggunakan teknologi tersebut.

89. PN-1352-L00630

Tuan Haji Abdul Shukor Bin Mohd Sultan minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) jumlah terkini kamera AES yang beroperasi di seluruh negara dengan pecahan mengikut negeri; dan

(b) sejauh manakah saman yang dikeluarkan melalui kamera AES ini mampu mendidik para pengguna jalan raya agar sentiasa berhemah dan mematuhi had laju kenderaan.

90. PN-1352-L00086

Puan Hajah Azizah Binti Haji Harun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimanakah Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah dalam sektor pendidikan rendah atau menengah dapat membantu Kerajaan memanfaatkan kecemerlangan pendidikan anak-anak semenjak ia mula dilaksanakan pada tahun 2013.

91. PN-1352-L00237

Tan Sri Nalla K.S. minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah tindakan pihak DBKL dalam menangani masalah lampu-lampu jalan yang tidak menyala dan membahayakan pengguna jalan raya dan apakah kajian dibuat untuk mengurangkan kos selenggara lampu jalan dan cadangan untuk menukar kepada sistem lampu jalan yang lebih kos efektif.

92. PN-1352-L00377

Tuan Ramli Bin Shariff minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mempertimbangkan SOP dan kaedah baru dalam melaksanakan operasi sekatan Jalan raya seperti tidak mengecilkan laluan atau lorong bagi mengurangkan kesesakan yang teruk semasa operasi .

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

AUM DN 16/8/2017 17

93. PN-1352-L00243

Tan Sri Nalla K.S. minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah yayasan atau pemegang amanah yang berdaftar di dalam negara dan berapakah jumlah pendaftaran yang telah dibatalkan. Apakah sebab utama pembatalan tersebut.

94. PN-1352-L00295

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah Kementerian meningkatkan lebih bilangan polis atau polis bantuan di kawasan sekolah untuk menangani gejala buli dan masalah gengtserisme.

95. PN-1352-L00076

Puan Hajah Azizah Binti Haji Harun minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bagaimana Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengawal wabak anjing gila (rabies) yang menular di Sarawak dan Perak serta membuat kawalan bagi menjamin wabak ini tidak menular ke seluruh negara.

96. PN-1352-L00679

Dato' Hajah Norahan Binti Abu Bakar minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengenai program ujian mamogram dan suntikan 'Vaksinasi Human Papillomavirus ' (HPV) yang diberi secara percuma dan merupakan inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kesedaran wanita mengenai kesihatan payudara dan pangkal rahim :-

(a) adakah pihak Kementerian akan mengekalkan peraturan ujian mamogram seperti tahun-tahun dahulu; dan

(b) sejauh mana kejayaan Kementerian dalam pelaksanaan program ini di kalangan wanita dan adakah program ini berjaya menurunkan peratusan peningkatan wanita yang menghidap kanser payudara dan kanser serviks.

97. PN-1352-L00417

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status terkini berkenaan elaun guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) dan apakah sebab mereka diarahkan untuk memohon PTPTN bagi membiayai pengajian.

98. PN-1352-L00431

Dato' Indera Hoh Khai Mun minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) apakah kadar langganan komuniti yang telah mengambil 'Feed-in Tariff' (FiT) solar' kuota komuniti sehingga kini mengikut negeri ; dan

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

18 AUM DN 16/8/2017

(b) adakah di bawah kategori tersebut Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) memperluaskan kuota tarif kepada komuniti di Kampung Tradisional, Kampung Baru Cina, estet India dan lain-lain .

99. PN-1352-L00597

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada kursus penjagaan warga emas dan OKU dikendalikan oleh Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) selama ini telah berjaya mewujudkan sekumpulan penjaga mahir yang dapat memberi perkhidmatan kepada keluarga yang memerlukannya. Apakah ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada pembantu asing yang melibatkan perbelanjaan yang tinggi.

100. PN-1352-L00570

Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar Bin Hj. Mohd Nor (B) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk menangani gejala dera serta buli di kalangan pelajar.

101. PN-1352-L00363

Tuan Aknan Ehtook minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memohon tanah yang kini menjadi tapak wat dan tapak perkuburan Siam dari Kerajaan Negeri untuk dijadikan tanah yang dikhususkan bagi wat dan perkuburan serta didaftarkan atas nama pemegang amanah yang dilantik.

102. PN-1352-L00439

Dato' Indera Hoh Khai Mun minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah inisiatif yang sedang dijalankan oleh Kementerian untuk memajukan penyelidikan dan pembangunan produk minyak kelapa yang terkenal dengan khasiatnya yang tinggi.

103. PN-1352-L00564

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah bagaimana untuk menyelamatkan graduan dan belia-belia daripada masalah pengangguran.

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

AUM DN 16/8/2017 19

104. PN-1352-L00371

Tuan Ramli Bin Shariff minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada peraturan dan garis panduan sedia ada berjaya mengekang urusniaga tidak sah dan diragui oleh pedagang matawang bagi mengawal kejatuhan nilai ringgit Malaysia.

105. PN-1352-L00009

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) jumlah statistik ternakan lembu tempatan di seluruh negara dan berapakah jumlah import lembu ke dalam negara bagi tahun 2017; dan

(b) apakah perancangan Kerajaan dalam memastikan bekalan daging lembu di pasaran tempatan dapat memenuhi permintaan pengguna.

106. PN-1352-L00512

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perancangan dan hala tuju transformasi pendidikan dalam melahirkan sumber tenaga pengajar yang berkualiti serta jumlah pengambilan pelajar ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi tahun 2011 hingga 2017 dengan mengikut kursus, kaum, jantina dan negeri.

107. PN-1352-L00518

Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah kajian dibuat tentang keberkesanan Pusat Serenti di Malaysia. Apakah yang menyebabkan penagih yang sama berulang kali keluar masuk ke Pusat Serenti dan apakah langkah Kerajaan untuk mempertingkatkan usaha pencegahan dan pemulihan.

108. PN-1352-L00306

Datuk Lihan Jok minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jumlah pusat tenaga solar yang dibina di Sarawak dalam tahun 2017 dan kos pembinaan .

109. PN-1352-L00470

Datuk Zali Bin Mat Yasin minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kementerian mempunyai cadangan untuk memberikan Skim Pelajar Cemerlang (SPC) kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM untuk ke kolej-kolej di bawah MARA dan tidak hanya diberikan kepada pelajar lepasan MRSM sahaja seperti sekarang.

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

20 AUM DN 16/8/2017

110. PN-1352-L00530

Datuk Haji Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian telah membuat kajian sama ada 'cabotage policy' adalah penyumbang besar dan utama kepada hanya barangan di Sabah dan jika ada, berapakah kadar peratus daripada harga barang di Sabah yang disebabkan oleh 'cabotage policy'.

111. PN-1352-L00584

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah usaha pihak Kerajaan untuk mengatasi masalah penduduk luar bandar yang tidak memiliki Surat Beranak.

112. PN-1352-L00310

Datuk Lihan Jok minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah sayur dan buah-buahan yang diekspot ke luar negara dalam enam bulan pertama 2017.

113. PN-1352-L00712

Dr. Ariffin Bin S.M. Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan kawalan serta tindakan yang dapat diambil untuk mencegah perbuatan vandalisme di MRT.

Page 21: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

AUM DN 16/8/2017 21

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R.18/2017 ) Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. ( 15 Ogos, 2017 ) [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan ]

2. ( D.R.19/2017 ) Rang Undang-undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2017 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. ( D.R. 25/2017 ) Rang Undang-Undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

4. ( D.R. 28/2017 ) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2017 [ Menteri Pengangkutan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

5. ( D.R. 20/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

Bacaan Kali Yang Kedua

6. ( D.R. 23/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

Bacaan Kali Yang Kedua

Page 22: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

22 AUM DN 16/8/2017

7. ( D.R. 21/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

Bacaan Kali Yang

Kedua

8. ( D.R. 22/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

Bacaan Kali Yang Kedua

9. ( D.R. 33/2017 ) Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

10. ( D.R. 26/2017 ) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017 [ Menteri Kewangan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

11. ( D.R. 30/2017 ) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) 2017 [ Menteri Kewangan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

12. ( D.R. 31/2017 ) Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017 [ Menteri Pertahanan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

13. ( D.R. 13/2017 ) Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 [ Menteri Dalam Negeri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

14. ( D.R.17/2017 ) Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 [ Menteri Dalam Negeri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

Page 23: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

AUM DN 16/8/2017 23

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN NEGARA)

TAHUN 2017

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST.42 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 Perintah

Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) 2017 P.U(A) 159/2017 yang telah diwartakan pada 31 Mei 2017

16 Ogos 2017

ST.43 Akta Kastam 1967 [ Seksyen 11(1)] Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2017 P.U(A) 101/2017 yang telah diwartakan pada 31 Mac 2017

16 Ogos 2017

ST.44 Akta Kastam 1967 [ Seksyen 11(1)] Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.2) 2017 P.U(A) 118/2017 yang telah diwartakan pada 12 April 2017

16 Ogos 2017

ST.45 Akta Eksais 1976 [Seksyen 6(1)] Perintah Duti Eksais 2017 P.U(A) 92/2017 yang telah diwartakan pada 31 Mac 2017

16 Ogos 2017

ST.46 Akta Eksais 1976 [Seksyen 6(1)] Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2017 P.U(A) 120/2017 yang telah diwartakan pada 12 April 2017

16 Ogos 2017

ST.47 Akta Eksais 1976 [Seksyen 6(1)] Perintah Duti Eksais (Kenderaan Bermotor) (Bayaran) 2017 P.U(A) 93/2017 yang telah diwartakan pada 31 Mac 2017

16 Ogos 2017

ST.48 Akta Pelindung 2006 (Akta 657) dan Akta Kastam 1967 (Akta 235) Perintah Kastam (Duti Pelindung Muktamad) 2017 P.U(A) 122/2017 yang diwartakan pada 13 April 2017

16 Ogos 2017

ST.49 Akta Pelindung 2006 (Akta 657) dan Akta Kastam 1967 (Akta 235) Perintah Kastam (Duti Pelindung Muktamad) (No.2) 2017 P.U(A) 123/2017 yang diwartakan pada 14 April 2017

16 Ogos 2017

ST.50 Akta Pelindung 2006 (Akta 657) dan Akta Kastam 1967 (Akta 235) Perintah Kastam (Duti Pelindung Muktamad) (Pindaan) 2017 P.U(A) 155/2017 yang diwartakan pada 30 Mei 2017

16 Ogos 2017

Page 24: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p

24 AUM DN 16/8/2017

TAHUN 2017

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST.51 Akta Kastam 1967 [Seksyen 11 Subseksyen 2]

Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.3) 2017 P.U(A) 196/2017 yang diwartakan pada 14 Julai 2017

16 Ogos 2017

ST.56 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji Bagi Tahun 2016

16 Ogos 2017

ST.58 Perintah Ekstradisi (Ukraine) 2017

16 Ogos 2017

ST. 59 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Bagi Tahun 2016

16 Ogos 2017

Page 25: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …RABU).pdf · selamat untuk digunakan dan membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 11. PN -1352 L00658 Puan S. Bagiam a/p