malaysia dewan negara aturan urusan mesyuarat …khamis).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah...

21
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 17 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 12 MENGANGKAT SUMPAH PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1352-L00398 Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kelebihan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) yang bakal dilaksanakan dalam sistem imigresen negara 2021 terutamanya dalam usaha agar Malaysia disenaraikan antara negara yang diberi kelebihan Program Pengecualian Visa (VWP) ke Amerika Syarikat. 2. PN-1352-L00637 Tuan Haji Abdul Shukor Bin Mohd Sultan minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status terkini hala tuju negara dalam sektor perdagangan antarabangsa selepas Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Perjanjian Trans-Pasifik (TPPA). 3. PN-1352-L00559 Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :- (a) jumlah siswazah universiti yang menganggur dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian bagi tahun 2016 dan apakah kursus-kursus yang mempunyai kadar pengangguran yang paling tinggi di kalangan graduan ; dan (b) apakah langkah-langkah Kerajaan untuk membantu mereka dan memperbaiki sistem yang sedia ada dengan kerjasama institusi- institusi pengajian tinggi dalam negara supaya melahirkan siswazah yang berpengetahuan dan berkemahiran selaras dengan permintaan pasaran.

Upload: buiphuc

Post on 03-Apr-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 17 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

12

MENGANGKAT SUMPAH

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1352-L00398

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kelebihan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) yang bakal dilaksanakan dalam sistem imigresen negara 2021 terutamanya dalam usaha agar Malaysia disenaraikan antara negara yang diberi kelebihan Program Pengecualian Visa (VWP) ke Amerika Syarikat.

2. PN-1352-L00637

Tuan Haji Abdul Shukor Bin Mohd Sultan minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status terkini hala tuju negara dalam sektor perdagangan antarabangsa selepas Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Perjanjian Trans-Pasifik (TPPA).

3. PN-1352-L00559

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :-

(a) jumlah siswazah universiti yang menganggur dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian bagi tahun 2016 dan apakah kursus-kursus yang mempunyai kadar pengangguran yang paling tinggi di kalangan graduan ; dan

(b) apakah langkah-langkah Kerajaan untuk membantu mereka dan memperbaiki sistem yang sedia ada dengan kerjasama institusi-institusi pengajian tinggi dalam negara supaya melahirkan siswazah yang berpengetahuan dan berkemahiran selaras dengan permintaan pasaran.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

2 AUM DN 17/8/2017

4. PN-1352-L00451

Datuk Zali Bin Mat Yasin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pendirian mengenai isu liberalisasi tarif motor mulai 1 Julai 2017 di mana harga untuk produk itu akan diliberalisasikan. Apakah manfaat kepada rakyat khususnya golongan muda yang baru sahaja memiliki kenderaan.

5. PN-1352-L00201

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan dalam memastikan sisa buangan industri di tapak-tapak pelupusan dan pengumpulan sisa tidak mencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 lalu.

6. PN-1352-L00160

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk menaik taraf keupayaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Sabah memandangkan tugas harian yang semakin mencabar setiap hari.

7. PN-1352-L00491

Puan Hajah Khairiah Binti Mohamed minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah dan jenis bahan makanan yang diimport daripada Thailand dan kesan harga barang yang diimport tersebut ke atas pengguna dengan kejatuhan Ringgit Malaysia berbanding matawang Thailand.

8. PN-1352-L00532

Datuk Haji Kadzim M. Yahya minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah pencapaian Kementerian dalam membekalkan air terawat ke kawasan luar bandar di Sabah sejak tahun 2010 hingga 2016 berbanding tahun 2016 hingga kini.

9. PN-1352-L00685

Dato' Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh mana dasar pengambilan pekerja untuk bekerja di kaunter hadapan bagi sektor runcit dapat menarik pekerja tempatan.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

AUM DN 17/8/2017 3

10. PN-1352-L00424

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan strategi dan langkah yang diambil oleh Kementerian dalam memastikan penerima 1AZAM ini benar-benar dibantu dan berjaya mencapai matlamat.

11. PN-1352-L00609

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat.

12. PN-1352-L00307

Datuk Lihan Jok minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan jumlah dan jenis satelit Malaysia di angkasa lepas dan fungsinya.

13. PN-1352-L00116

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah statistik terkini bilangan penghuni Desa Bina Diri (DBD) yang berjaya dibantu sepanjang pelaksanaan program dan bentuk-bentuk bantuan yang diberikan kepada mereka.

14. PN-1352-L00238

Tan Sri Nalla K.S. minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk melaksanakan projek penghasilan tenaga dari sisa buangan dibuat setelah mengambil kira tabiat pengurusan sisa buangan oleh rakyat.

15. PN-1352-L00441

Dato' Indera Hoh Khai Mun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian untuk menambahbaik sukatan pelajaran serta kualiti pendidikan di sekolah-sekolah Kerajaan memandangkan semakin ramai warga Malaysia memilih untuk belajar di sekolah antarabangsa dan swasta.

16. PN-1352-L00472

Datuk Zali Bin Mat Yasin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian mempunyai cadangan untuk mengatasi masalah pencerobohan hutan yang berlaku dan berapakah jumlah kes yang telah diambil tindakan oleh pihak Kementerian.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

4 AUM DN 17/8/2017

17. PN-1352-L00485

Puan Hajah Khairiah Binti Mohamed minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah pekerja asing yang didaftar dalam negara mengikut negeri dan statistik penglibatan mereka dalam kes jenayah.

18. PN-1352-L00578

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah Kerajaan bagi melaksanakan program bandar hijau bagi mengurangkan pencemaran karbon dan mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selesa dan kondusif.

19. PN-1352-L00335

Dr. Ariffin Bin S.M. Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menentukan agama tidak diperalatkan untuk tujuan politik.

20. PN-1352-L00669

Dato' Hajah Norahan Binti Abu Bakar minta MENTERI KESIHATAN menyatakan dewasa ini, ramai di kalangan rakyat menyatakan ketidakpuasan hati berikutan kandungan sumber air mengandungi kandungan klorin yang tinggi. Nyatakan langkah yang diambil oleh Kementerian dalam membantu Kerajaan Negeri memulihara dan memelihara sumber air khususnya di negeri Pahang.

21. PN-1352-L00222

Dr. Zaiedi Haji Suhaili minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah unit Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina setakat ini terutama di Sarawak dan bagaimanakah kedudukan bayaran balik pinjaman oleh peminjam-peminjam setakat ini. Apa perancangan Kerajaan untuk program ini di masa akan datang.

22. PN-1352-L00502

Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kesediaan Kementerian menambah jumlah pemberian subsidi kepada petani, penternak dan nelayan serta nyatakan kelayakan yang diguna pakai dalam menentukan pemberian subsidi.

23. PN-1352-L00037

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan majikan, terutamanya di pasar raya dan stesen minyak, yang didapati bersalah menggaji pekerja asing sebagai pekerja barisan hadapan 'frontliner' seperti juruwang dan penyambut tetamu sehingga 30 Jun 2017 dan tindakan yang telah diambil terhadap majikan tersebut.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

AUM DN 17/8/2017 5

24. PN-1352-L00278

Puan Siti Aishah Binti Shaik Ismail minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perkembangan terkini mengenai perancangan insurans kebangsaan yang telah dibangkitkan sejak hampir 20 tahun yang lalu.

25. PN-1352-L00385

Khairul Azwan Harun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha untuk memantau dan menghalang ideologi radikalisme dan ekstremisme di sekolah.

26. PN-1352-L00296

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan adakah Kementerian memperluaskan model pembayaran tiket parkir 'cashless' seperti pengunaan 'Touch N Go' pada mesin pembayaran di semua Wilayah Persekutuan untuk mempertingkatkan kecekapan Kementerian dalam pengurusan kutipan bayaran parkir.

27. PN-1352-L00106

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah Kementerian untuk mengatasi masalah kesesakan di Hospital Besar Melaka dan kekurangan kawasan letak kereta menyebabkan pengguna terpaksa meletakkan kenderaan di tepi jalan. Adakah kemungkinan untuk pihak Kementerian membina hospital baru di kawasan Melaka Tengah untuk menampung jumlah penduduk yang semakin meningkat.

28. PN-1352-L00479

Puan Hajah Khairiah Binti Mohamed minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan kesan yang terpaksa ditanggung oleh pusat-pusat pengajian tinggi awam apabila bajet kepada IPTA dipotong sebanyak 10% terutamanya daripada aspek kepakaran dan ketokohan tenaga akademik serta hasil penyelidikan.

29. PN-1352-L00185

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah import makanan negara bagi tempoh 2015, 2016 dan 2017 mengikut jenis dan nyatakan langkah Kerajaan bagi mengurangkan import makanan ini. Apakah inisiatif Kerajaan bagi menghasilkan makanan sendiri bagi memenuhi keperluan negara.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

6 AUM DN 17/8/2017

30. PN-1352-L00365

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan pelajar mengikut butiran keturunan Siam dan butiran keturunan Thai, mengikut sekolah rendah dan menengah yang menerima bantuan dari tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Apakah kriteria yang digunakan oleh Kementerian dalam menentukan pelajar yang layak menerimanya.

31. PN-1352-L00313

Datuk Lihan Jok minta MENTERI KESIHATAN menyatakan usaha untuk membendung wabak penyakit anjing gila di daerah Serian, Sarawak.

32. PN-1352-L00599

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan supaya mewujudkan Bank Peralatan (Equipment Bank) untuk membeli dan membekal peralatan yang diperlukan oleh OKU penglihatan dan pendengaran yang bekerja di pihak swasta. Ini kerana majikan swasta yang ingin menggaji OKU lebih cenderung menyewa peralatan dari membelinya kerana ia lebih bersesuaian dengan perkiraan untung rugi syarikat.

33. PN-1352-L00583

Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar Bin Hj. Mohd Nor (B) minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah pelan tindakan atau 'Blueprint' mengurangkan pencemaran karbon di bandar Kuala Lumpur.

34. PN-1352-L00625

Tuan Haji Abdul Shukor Bin Mohd Sultan minta PERDANA MENTERI menyatakan kekerapan kegagalan kontraktor menyiapkan prasarana dirancangkan mengikut tempoh yang ditetapkan sekaligus merencatkan pembangunan dan menyusahkan rakyat.

35. PN-1352-L00328

Dr. Ariffin Bin S.M. Omar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah kemajuan hasil siasatan terhadap beberapa pegawai Korea Utara yang terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam. Adakah mereka dapat diberkas atau tidak. Jika tidak, nyatakan sebab.

36. PN-1352-L00034

Datuk Koh Chin Han minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapa paten yang telah berjaya didaftarkan untuk produk inovasi Malaysia hasil penyelidikan (R&D) dan adakah produk-produk tersebut berjaya dipasarkan.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

AUM DN 17/8/2017 7

37. PN-1352-L00462

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kerajaan yang sedia ada dan dalam pembinaan di Malaysia. Bagaimana Kerajaaan akan membaikpulih dan menaiktaraf sekolah-sekolah sedia ada kerana terdapat banyak sekolah yang memerlukan bantuan, terutamanya masalah pendawaian dan tandas.

38. PN-1352-L00396

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah penerangan yang disalurkan kepada rakyat terutamanya di luar bandar serta di peringkat akar umbi berhubung Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan bagaimanakah penerimaannya setakat ini.

39. PN-1352-L00225

Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana Sistem Maklumat Elektronik (EIS) membantu pelaksanaan GST dengan lebih cekap serta adakah Kementerian akan mewajibkan para peniaga di seluruh negara memasang sistem tersebut pada masa akan datang.

40. PN-1352-L00519

Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah penjamin sosial hingga kini bagi Wilayah Persekutuan. Nyatakan sejauh mana penjamin sosial dikenakan tindakan kebankrapan oleh syarikat kewangan di bawah Akta Kebankrapan 1967. Adakah Kerajaan bercadang merangka polisi & dasar baru bagi melindungi mereka ini. Jika ada, nyatakan mekanisma bagaimana ia di jalankan.

41. PN-1352-L00378

Tuan Ramli Bin Shariff minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah wujud sebarang kolaborasi di antara agensi-agensi pelaksana dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam hasrat dan usaha NGO untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang membelenggu rakyat seperti tindakan yang diambil oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

42. PN-1352-L00095

Dr. Mohd Nor Bin Haji Monutty minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bersetuju dengan pandangan pelbagai pihak bahawa isu pembulian di sekolah yang telah menyebabkan tragedi kematian 2 orang pelajar baru-baru ini berpunca dari kegagalan pendidikan karakter di institusi pendidikan negara.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

8 AUM DN 17/8/2017

43. PN-1352-L00186

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah keluasan pembalakan hutan secara haram dan jumlah keluasan hutan yang telah diteroka untuk aktiviti pertanian secara haram di seluruh negara sehingga kini. Berapakah jumlah kerugian di pihak Kerajaan serta nyatakan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil bagi mengekang kedua-dua aktiviti ini.

44. PN-1352-L00691

Dato' Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan inisiatif Kerajaan untuk menggerakkan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) untuk memainkan peranan yang lebih aktif terhadap isu penutupan masjid Al-Aqsa oleh rejim Israel.

45. PN-1352-L00596

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci jumlah sebenar wang tidak dituntut mengikut kategori dan apakah usaha yang dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

46. PN-1352-L00700

Datuk Haji Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Haji Omardin minta PERDANA MENTERI menyatakan setelah beberapa buah negara menghentikan hubungan dua hala dengan Qatar disebabkan terdapat berita bahawa Qatar menyokong kegiatan pengganas, apakah pendirian Kerajaan terhadap hubungan dua hala Malaysia-Qatar ini.

47. PN-1352-L00473

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan insentif-insentif sedia ada bagi pengusaha/peladang kelapa sawit dan getah untuk menjadikan penternakan sebagai pekerjaan sambilan. Adakah insentif sebegini diperuntukkan kepada penoreh-penoreh getah dan pekerja-pekerja ladang sawit yang tidak mempunyai ladang.

48. PN-1352-L00354

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rasional peraturan baharu yang menetapkan bahawa pemegang pasport asing dengan pas lawatan sosial perlu melalui 'break of stay' selama 7 hari sebelum boleh masuk semula ke Malaysia. Adakah Kementerian memberikan pengecualian kepada mana-mana pihak dan jika ada, apakah kriteria atau syarat yang perlu dipatuhi sebelum pengecualian tersebut diberikan.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

AUM DN 17/8/2017 9

49. PN-1352-L00042

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah bil perubatan yang masih tertunggak oleh warga asing di semua hospital/klinik Kerajaan dari 2012 hingga Jun 2017 dengan pecahan mengikut tahun dan langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengutip jumlah ini.

50. PN-1352-L00390

Tuan Ramli Bin Shariff minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah terdapat cadangan untuk menyerahkan sepenuhnya kes-kes buli di sekolah untuk dikendalikan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian bagi memastikan kes kejadian buli tidak berulang lagi pada masa hadapan.

51. PN-1352-L00565

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kementerian bagi menstabilkan harga barangan di negara ini, terutama untuk memastikan bahawa barangan yang tidak dikenakan GST tidak dinaikkan sewenang-wenangnya.

52. PN-1352-L00412

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menyekat aktiviti Skim Cepat Kaya yang melibatkan pengambilan deposit secara haram.

53. PN-1352-L00344

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-

(a) bilangan dan peratusan koperasi yang dianggap berjaya, nama 5 koperasi yang berjaya mengikut setiap klasifikasi dan kriteria pengukuran kejayaan ; dan

(b) bilangan dan peratusan koperasi yang dianggap gagal, punca kegagalan dan langkah yang diambil bagi menarik lebih orang ramai menyertai aktiviti pengkoperasian .

54. PN-1352-L00321

Dr. Ariffin Bin S.M. Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Suruhanjaya Siasatan Diraja akan dibentuk berhubung dengan skandal 1MDB. ini kerana Suruhan Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes kerugian pertukaran mata wang asing yang telah berlaku pada tahun 1990an.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

10 AUM DN 17/8/2017

55. PN-1352-L00649

Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapa banyak tangkapan dan denda yang dikenakan kepada peniaga-peniaga yang telah menaikkan harga barang dengan sengaja sejak GST diperkenalkan.

56. PN-1352-L00571

Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar Bin Hj. Mohd Nor (B) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah pelaksanaan Program 'Rehiring' dapat mengimbang kekurangan tenaga kerja di industri sektor perkhidmatan dan perladangan.

57. PN-1352-L00184

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bilangan remaja dan belia yang telah turut serta dalam program wacana TN50 dan setakat ini apakah aspirasi dan cadangan yang telah dikemukakan bagi membentuk generasi 2050 nanti.

58. PN-1352-L00303

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kes penyiasatan ke atas 'tax evasion' yang telah dibuka dan didakwa selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) oleh Jabatan Kastam DiRaja berbanding dengan pelaksanaan cukai jualan (SST).

59. PN-1352-L00100

Dr. Mohd Nor Bin Haji Monutty minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang pendirian Kementerian terhadap laporan 'World Happiness Report' 2017 yang meletakkan Malaysia di kedudukan ke-42 daripada 155 negara.

60. PN-1352-L00004

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah sasaran utama Jabatan Kesihatan Negeri dan Daerah dengan kerjasama semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha dan sasaran bagi memastikan wabak denggi dan kes jangkitan 'Leptospirosis' yang menular di seluruh negara dapat dikawal dengan efektif.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

AUM DN 17/8/2017 11

61. PN-1352-L00529

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Jabatan Veterinar dalam mengekang penularan penyakit anjing gila (rabies) di Sarawak setakat ini, serta perancangan jangka panjang untuk mempertingkatkan kelengkapan dan kemudahan Jabatan Veterinar di Sarawak.

62. PN-1352-L00463

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah kapasiti tahunan pengambilan doktor 'housemanship' dan berapa sesi pengambilan dibuat setiap tahun. Berapa jumlah graduan kedoktoran yang keluar tiap-tiap tahun dan apakah tempoh menunggu mereka.

63. PN-1352-L00252

Puan Siti Aishah Binti Shaik Ismail minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebab jumlah warga asing yang telah dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia dan telah memohon kad pengenalan biru (Mykad) tetapi masih belum membuat kutipan adalah begitu tinggi .

64. PN-1352-L00062

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah mekanisme yang telah diambil oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk menyelaras dan memantau TVET yang telah dikendali juga oleh pelbagai Kementerian lain setelah standard MQA dilancarkan pada awal tahun ini.

65. PN-1352-L00710

Datuk Haji Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Haji Omardin minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) apakah halangan dan punca-punca yang mengakibatkan projek-projek perumahan rakyat tidak dapat dibina dan dilaksana mengikut perancangan yang telah digaris dan telahpun mempunyai peruntukkan kewangan; dan

(b) apakah langkah segera dan jangka panjang pihak Kementerian menangani masalah tersebut memandangkan pemohon rumah rakyat kian bertambah.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

12 AUM DN 17/8/2017

66. PN-1352-L00016

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) berapakah jumlah tangkapan penjenayah yang terlibat dengan jenayah perjudian dan penggubahan wang haram, maksiat atau perdagangan manusia dan samseng atau kongsi gelap pada tahun 2016 hingaa Julai 2017 ; dan

(b) bagaimana pengurusan PDRM memastikan integriti pasukan polis dalam mengekang segelintir pegawai polis dan anggota melindungi aktiviti jenayah ini di seluruh negara.

67. PN-1352-L00085

Dr. Mohd Nor Bin Haji Monutty minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang ketiadaan iltizam di dalam perkhidmatan awam bagi memastikan dasar Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa komunikasi dalam Kerajaan .

68. PN-1352-L00024

Datuk Koh Chin Han minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah kerajaan bercadang meminda Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 bagi mengawal perniagaan online berdaftar dengan suruhanjaya syarikat dan membayar cukai.

69. PN-1352-L00071

Puan Hajah Azizah Binti Haji Harun minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha dan sasaran Kerajaan untuk memastikan perkhidmatan KTMB Komuter diintegrasikan dengan perkhidmatan MRT, LRT, Monorel dan bas MyRapid di Lembah Klang.

70. PN-1352-L00256

Tan Sri Nalla K.S. minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana Kerajaan menyanggah tuduhan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan bahawa Kerajaan kini dalam krisis kewangan kerana terpaksa mengurangkan bajet dan perbelanjaan semua Kementerian serta sekatan dan langkah penjimatan kewangan yang lain.

71. PN-1352-L00265

Puan Siti Aishah Binti Shaik Ismail minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan pembinaan perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di seluruh negara dan kos yang terlibat.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

AUM DN 17/8/2017 13

72. PN-1352-L00619

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kementerian dalam memastikan harga rumah di kawasan pinggiran bandar yang mempunyai akses perkhidmatan pengangkutan awam seperti MRT dan LRT tidak melonjak tinggi seterusnya menggagalkan hasrat Kerajaan untuk membantu rakyat.

73. PN-1352-L00196

Dr. Zaiedi Haji Suhaili minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan di bawah Bajet 2017 untuk program pembangunan komuniti dan bagaimana ianya diagihkan kepada PBT. Apakah perancangan Kementerian untuk memohon peruntukan yang lebih banyak di bawah Bajet 2018.

74. PN-1352-L00264

Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta PERDANA MENTERI menyatakan status atau kemajuan perancangan untuk membina pagar keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand jika ada.

75. PN-1352-L00140

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah peruntukan tambahan yang disediakan pada tahun ini oleh Kementerian untuk meningkatkan prasarana di SMK Bawong, Sg. Siput, Perak yang masih ketiadaan dewan makan yang selesa dan asrama bagi pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2018.

76. PN-1352-L00134

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-

(a) tindakan terhadap Pengarah syarikat sewa-pajak kereta yang menipu peserta dan telah menjadi isu dan provokasi tindakan jenayah apabila campur tangan NGO PPIM dalam membantu peserta yang ditipu ; dan

(b) apakah tindakan yang dilakukan terhadap bank yang mana kereta-kereta yang dipajak ke syarikat AGR ditarik balik dan bayaran sewa beli di struktur semula di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 .

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

14 AUM DN 17/8/2017

77. PN-1352-L00654

Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah anak peneroka Felda yang mendapat bantuan melalui Dana Khas Pelajar Cemerlang ke luar negara Felda sehingga tahun 2016 dan pecahan bidang-bidang yang diceburi oleh mereka.

78. PN-1352-L00010

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik penyalahgunaan dadah oleh wanita di seluruh negara dan bagaimanakah Agensi Anti Dadah Kebangsaan bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau pihak-pihak berkepentingan menangani masalah penyalahgunaan dadah di kalangan wanita.

79. PN-1352-L00048

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilangan kes pencemaran 'leachate' dari tapak pelupusan (landfills) pada tahun 2016 dan 2017 dengan pecahan mengikut negeri-negeri dan inisiatif yang diambil untuk memastikan keselamatan air mentah termasuk meningkatkan hukuman terhadap mereka yang mencemarkan sungai.

80. PN-1352-L00643

Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik kes penceraian pada usia muda dan faktor menyebabkan ia berlaku.

81. PN-1352-L00213

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bagaimanakah Kerajaan dapat menerapkan satu budaya sayangi dan mendaulatkan negara di kalangan rakyat Malaysia dengan kerjasama semua syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan syarikat penyiaran Malaysia.

82. PN-1352-L00089

Puan Hajah Azizah Binti Haji Harun minta PERDANA MENTERI menyatakan fungsi dan keberkesanan pendekatan atau model baharu audit negara ke atas badan berkanun dan pelaburan Kerajaan agar isu penyelewengan serta isu ketidakcekapan pengurusan kewangan dapat diminimakan.

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

AUM DN 17/8/2017 15

83. PN-1352-L00207

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kes-kes kesalahan jenayah juvana, penyalahgunaan dadah dan samseng atau buli di seluruh negara serta bagaimana KDN melalui PDRM, AADK dan Jabatan Penjara Malaysia dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia mengekang jenayah ini.

84. PN-1352-L00077

Puan Hajah Azizah Binti Haji Harun minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan kawalan modal negara China terhadap pelabur-pelabur China di Malaysia dan bagaimanakah Kerajaan menangani implikasi ini sedangkan banyak pelaburan asing di Malaysia melibatkan pelaburan dari China.

85. PN-1352-L00664

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rancangan serta tindakan Kerajaan dalam memantau pelaksanaan dasar liberalisasi insurans agar pengguna tidak dibebani dengan kos atau perlindungan yang tidak munasabah dan apakah mekanisme pengaduan terhadap manipulasi perlindungan jika ada.

86. PN-1352-L00406

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah Kerajaan bagi memperkasakan sektor pertanian supaya menjadi penyumbang utama ekonomi negara dan berkembang seiring dengan pembangunan negara termasuk menjamin bekalan makanan (food security) yang mencukupi dan selamat.

87. PN-1352-L00515

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perkembangan terbaru bagi penubuhan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership Agreement) dan Rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (Regional Comprehensive Economic Partnership) serta kebaikan dan cabarannya terhadap pembangunan ekonomi negara pada masa akan datang .

88. PN-1352-L00174

Dr. Zaiedi Haji Suhaili minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan daerah polis yang baharu yang diwujudkan di negeri Sarawak sejak tahun 2015 hingga sekarang dan adakah Kerajaan akan mewujudkan daerah polis untuk Daerah Polis Kuching Utara.

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

16 AUM DN 17/8/2017

89. PN-1352-L00437

Datuk Zali Bin Mat Yasin minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah jumlah sawit dan getah di Malaysia mampu memberikan hasil maksimum kepada Kerajaan dalam tempoh 20 tahun akan datang.

90. PN-1352-L00675

Dato' Hajah Norahan Binti Abu Bakar minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh manakah kejayaaan program yang dianjurkan oleh Kementerian mampu menarik minat golongan belia muda bahkan golongan warga emas untuk bersukan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan berterusan selain penjagaan pemakanan yang seimbang.

91. PN-1352-L00274

Datuk Haji Abdullah Bin Mat Yasim minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah kursus NPQEL yang melayakkan guru-guru yang tamat latihan dilantik menjadi guru besar dan pengetua akan diteruskan apabila kesemua kekosongan jawatan guru besar dan pengetua telah diisi memandangkan guru-guru yang layak memohon dan menghadiri kursus ini terdiri daripada guru-guru muda.

92. PN-1352-L00166

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rancangan Kerajaan untuk membuka lebih banyak Urban Transformation Centre (UTC) atau Mini UTC di Sabah dan daerah yang dikenalpasti serta tempoh masa yang ditetapkan.

93. PN-1352-L00631

Tuan Haji Abdul Shukor Bin Mohd Sultan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) jumlah anggaran sebenar pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditangkap atas kesalahan bekerja di negara ini; dan

(b) bagaimana pencapaian program E-Kad berdasarkan jumlah majikan dan PATI yang mendaftar dan apakah langkah seterusnya.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

AUM DN 17/8/2017 17

94. PN-1352-L00372

Tuan Ramli Bin Shariff minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi membantu golongan pensyarah terutamanya golongan pensyarah muda yang sukar mendapatkan pembiayaan kewangan kerana sistem saraan secara kontrak yang diamalkan di universiti pada ketika ini tidak menggambarkan jaminan tempoh pendapatan yang panjang.

95. PN-1352-L00610

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada sekolah khas bagi kanak-kanak autisme dapat dibina kerana ramai ibu bapa yang mahukannya supaya tumpuan yang lebih terperinci dapat diberikan kepada anak mereka.

96. PN-1352-L00121

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana Angkatan Tentera Malaysia membantu Agensi Kawalan Sempadan mengawal pencerobohan atau aktiviti penyeludupan haram di sempadan Malaysia-Thailand serta Malaysia-Indonesia di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) serta bagaimanakah cara terbaik dalam memastikan keselamatan kawasan sempadan agar tidak dicerobohi.

97. PN-1352-L00146

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah dibenarkan pihak GLC dan swasta yang berdaya saing terlibat dengan penghasilan projek tanaman secara komersial bagi tanaman kelapa sawit yang agak rendah oleh anak syarikat RISDA dan FELCRA terutamanya di Pahang Barat, Kelantan dan Perak.

98. PN-1352-L00555

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah keluasan hutan simpanan kekal yang masih ada serta peratusan hutan mengikut keluasan negeri-negeri, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri untuk membanteras pembalakan dan penerokaan tanah secara haram.

99. PN-1352-L00432

Dato' Indera Hoh Khai Mun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah mekanisme yang diguna oleh para guru untuk mengesan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran seperti 'dyslexia', ADHD, 'autism' dan lain-lain serta adakah para guru akan diberi latihan untuk mengendalikan pelajar istimewa.

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

18 AUM DN 17/8/2017

100. PN-1352-L00232

Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah insiatif Kementerian untuk menwujudkan pusat 'Command, Control, Communications' yang meningkatkan integrasi semua jenis CCTV dengan Sistem Laporan Polis (PRS) di seluruh negara.

101. PN-1352-L00127

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah cara Kementerian membantu calon-calon pelajar program IGCSE / 'Middle year Program' (IB) di Institusi Pendidikan, MRSM atau SBP mengambil peperiksaan subjek tunggal Bahasa Melayu agar mereka mempunyai kelayakan untuk dilantik dalam Perkhidmatan Awam.

102. PN-1352-L00244

Tan Sri Nalla K.S. minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah insentif yang akan diberikan kepada atlet negara yang telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa seperti Azizul Hasni Awang, Cheong Joon Hong, Ziyad Zolkefli serta atlet-atlet yang lain.

103. PN-1352-L00291

Datuk Lihan Jok minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah dan senarai sekolah yang akan ditutup di Sarawak akibat jumlah pelajar yang terlalu sedikit.

104. PN-1352-L00497

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada terdapat perancangan untuk membina Balai Polis Pusat Bandar Raya Miri yang baru memandangkan balai sekarang agak kecil dan mempunyai batasan untuk memenuhi keperluan bandar raya Miri yang pesat membangun.

105. PN-1352-L00154

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan penambahbaikkan kualiti pelekat cukai jalan kenderaan yang telah dilakukan dan adakah Kerajaan bercadang untuk menggantikannya dengan pelekat pelbagai guna yang lebih moden untuk memudahkan rakyat dan juga pihak penguatkuasa JPJ dan PDRM.

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

AUM DN 17/8/2017 19

106. PN-1352-L00056

Datuk Yoo Wei How minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah perancangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ke atas program Teksi 1Malaysia (TEKS1M) dan bantuan seperti baucar tayar baru teksi yang telah dilaksanakan oleh SPAD untuk mentransformasikan teksi konvensional. Sejauh mana hasil program sehingga kini; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang agar program serta bantuan sedemikian turut diperluaskan kepada pengusaha teksi konvensional, 'Grab' dan 'Uber' selepas pindaan akta dilaksanakan kelak. Sekiranya ada, berapakah anggaran perbelanjaan diperlukan serta dapat memanfaatkan berapa ramai rakyat.

107. PN-1352-L00357

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah pendirian Malaysia berkaitan perjanjian perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sekiranya TPPA diteruskan tanpa penyertaan Amerika Syarikat (USA).

108. PN-1352-L00418

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC) membimbing guru terpilih bagi melahirkan golongan pendidik berkemahiran tinggi (P&P) supaya lebih menarik dan berkesan dengan penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid.

109. PN-1352-L00339

Dato' Dr. Hou Kok Chung minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah berkesan yang diambil untuk memerangi tingkahlaku penunggang motosikal yang tidak mengendahkan peraturan jalan raya terutamanya dalam kawasan bandar, termasuk melintasi jalan tanpa mematuhi aturan lampu isyarat, menunggang atas laluan pejalan kaki dan sebagainya.

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

AUM DN 17/8/2017 20

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R. 20/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

Bacaan Kali Yang Kedua

2. ( D.R. 23/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. ( D.R. 21/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

Bacaan Kali Yang Kedua

4. ( D.R. 22/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

Bacaan Kali Yang Kedua

5. ( D.R. 33/2017 ) Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

6. ( D.R. 26/2017 ) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017 [ Menteri Kewangan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

7. ( D.R. 30/2017 ) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) 2017 [ Menteri Kewangan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

Page 21: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT …KHAMIS).pdfmencemar sungai atau sumber air mentah sebagaimana yang berlaku di Simpang Renggam pada Jun 2017 ... Thailand dan kesan

21

AUM DN 17/8/2017

8. ( D.R. 31/2017 ) Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017 [ Menteri Pertahanan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

9. ( D.R. 13/2017 ) Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 [ Menteri Dalam Negeri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

10. ( D.R.17/2017 ) Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 [ Menteri Dalam Negeri ]

Bacaan Kali Yang Kedua