malaysia dewan negara aturan urusan mesyuarat … 29 julai 2019 (isnin).pdfsambanthan a/l manickam...

25
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 29 JULAI 2019, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 16 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1422-L02701 Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah usaha yang telah diambil oleh Kementerian dalam menangani ancaman cili import beracun dari Vietnam yang masuk ke negara ini. 2. PN-1422-L02851 Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian berdiam diri tanpa membela warga pendidik yang terlibat dalam isu merotan dan adakah Kementerian bercadang untuk melakukan sebarang pindaan dalam peraturan melaksanakan hukuman merotan terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin. 3. PN-1422-L02674 Datuk Sambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada golongan belia yang membantu pembangunan belia di sesuatu kawasan namun terdapat juga NGO yang dilihat kurang melaksanakan peranan mereka sebaliknya bertujuan demi kepentingan diri sendiri sahaja. Apakah perkara ini wujud dan dipantau serta diambil tindakan oleh pihak Kementerian. 4. PN-1422-L02908 Puan Siti Fatimah binti Yahaya minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk mewujudkan skim ataupun mekanisme khas bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan menghidap penyakit kronik atau luar biasa serta memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Upload: others

Post on 22-Sep-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 29 JULAI 2019, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

16

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1422-L02701

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah usaha yang telah diambil oleh Kementerian dalam menangani ancaman cili import beracun dari Vietnam yang masuk ke negara ini.

2. PN-1422-L02851

Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian berdiam diri tanpa membela warga pendidik yang terlibat dalam isu merotan dan adakah Kementerian bercadang untuk melakukan sebarang pindaan dalam peraturan melaksanakan hukuman merotan terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin.

3. PN-1422-L02674

Datuk Sambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada golongan belia yang membantu pembangunan belia di sesuatu kawasan namun terdapat juga NGO yang dilihat kurang melaksanakan peranan mereka sebaliknya bertujuan demi kepentingan diri sendiri sahaja. Apakah perkara ini wujud dan dipantau serta diambil tindakan oleh pihak Kementerian.

4. PN-1422-L02908

Puan Siti Fatimah binti Yahaya minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk mewujudkan skim ataupun mekanisme khas bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan menghidap penyakit kronik atau luar biasa serta memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

2 AUM DN 29/7/2019

5. PN-1422-L03010

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan :-

(a) sejauh manakah negara berpotensi untuk mendapatkan pasaran bahan eksport sawit Malaysia memandangkan pasaran sawit di Eropah agak tidak menentu; dan

(b) adakah persaingan dari Indonesia yang mengeluarkan minyak sawit sebanyak 42.2 juta tan (+7%) berbanding Malaysia 20.20 juta tan (+3.5%) akan menjejaskan lagi harga komoditi sawit di pasaran.

6. PN-1422-L02662

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) perkembangan terkini projek membina 950 unit rumah melalui syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Daerah Lambir, Miri, Sarawak; dan

(b) adakah Kementerian bercadang mengambil alih dua bidang tanah beralamat di Lot 2518, MCLD, Miri dan Lot 2317, CLD, Miri yang seluas 30 hektar untuk tujuan pembinaan rumah mampu milik dan sebagainya.

7. PN-1422-L03300

Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan punca sebenar syarikat kaitan Kerajaan LTAT dan Felda sebagai agensi Kerajaan tidak meluluskan cadangan pembayaran elaun untuk lembaga pengarah FGV.

8. PN-1422-L02610

Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah sebab Kementerian atau pihak berkuasa KLIA tidak mengambil tindakan untuk mengeluarkan dua buah kapal terbang jenis Boeing 747 yang terbengkalai di lapangan terbang KLIA melebihi 5 tahun.

9. PN-1422-L02792

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan merujuk kepada data terkini yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan, bilangan Harimau Malaya di dalam hutan kita tidak sampai 200 ekor. Oleh itu, Ops Belang di bawah Kempen Selamatkan Harimau Malaya telah dilancarkan baru-baru ini. Setakat ini, apakah kejayaan yang telah dicapai oleh Ops Belang dalam memastikan populasi harimau ini dapat diselamatkan.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

AUM DN 29/7/2019 3

10. PN-1422-L03217

Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah status terkini program Food Bank Malaysia sejak dilancarkan pada tahun lalu dan apakah perancangan masa depan terhadap program ini.

11. PN-1422-L02984

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ''Standard Operating Procedure'' (SOP) bagi hal ehwal pengutipan dan penyaluran bantuan zakat di negara ini.

12. PN-1422-L03051

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pendirian Kerajaan berkenaan penanaman industri hemp yang hanya dipromosikan oleh badan-badan berkanun Kerajaan seperti RISDA & KADA malah terdapat juga daripada kalangan Exco Negeri.

13. PN-1422-L02740

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah pihak Kerajaan sudah merancang untuk melaksanakan semakan kenaikan kadar minimum gaji untuk mencapai kenaikan kepada RM1500 dalam penggal pertama pemerintahan yang juga merupakan salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan.

14. PN-1422-L02762

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan penjelasan terhadap kes pembuangan sisa kimia Sungai Kim Kim dari segi pendakwaan dan tindakan Kerajaan selanjutnya untuk mengelak tragedi berulang lagi.

15. PN-1422-L03342

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah unit Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kementerian yang telah siap dibina dan yang sedang dibina di Pulau Pinang sejak Jun 2018 sehingga kini.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

4 AUM DN 29/7/2019

16. PN-1422-L03332

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian akan mengkaji semula sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) memandangkan penambahan kuota kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi kepada 40 ribu tempat telah melebihi ketersediaan tempat di universiti awam.

17. PN-1422-L02842

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perkiraan unjuran penjimatan kos bagi merawat penagih dadah dengan Kementerian Kesihatan jika dibandingkan kos pemulihan di PUSPEN (Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik) pada ketika ini.

18. PN-1422-L03406

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah kes rayuan pencen ilat yang masih belum diselesaikan setakat Jun 2019 dan apakah tindakan atau bantuan diberi oleh PERKESO kepada pemohon-pemohon yang tidak tahu atau kurang arif mengenai kaedah permohonan untuk rayuan semula.

19. PN-1422-L03301

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah pertimbangan dan inisiatif yang diambil oleh Bank Negara untuk campur tangan dalam penentuan nilai mata wang ringgit.

20. PN-1422-L02969

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan dan BAM dalam memastikan nama negara tetap disegani dalam arena badminton selepas pengunduran Dato' Lee Chong Wei.

21. PN-1422-L03058

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh mana langkah-langkah kebajikan yang diambil untuk meningkatkan gaji atau elaun anggota bomba.

22. PN-1422-L03258

Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian akan mempertimbangkan untuk memansuhkan permit Visa masuk ke Malaysia bagi pelancong dari negara China pada tahun hadapan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

AUM DN 29/7/2019 5

23. PN-1422-L03174

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah bentuk tindakan yang di ambil ke atas akauntan dan juruaudit yang telah memalsukan akaun audit 2017.

24. PN-1422-L03412

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kerajaan menggalakkan rakyat bercucuk tanam di atas setiap inci tanah yang ada supaya tidak terbiar dengan mengadakan kempen 'Bumi Hijau 2' di seluruh negara.

25. PN-1422-L02568

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah pihak Kementerian bercadang untuk membantu negeri Perlis khususnya dari segi menaik taraf perumahan-perumahan dan flat-flat yang uzur.

26. PN-1422-L03106

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah perkembangan terkini berkenaan cadangan Kementerian bagi perlindungan insurans untuk pesakit mental.

27. PN-1422-L03076

Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah jumlah nilai transaksi jualan Program Barangan Luar biasa Eksklusif eUsahawan (Blee) sehingga Jun 2019 dan apakah usaha pihak Kerajaan dalam menambah bilangan peniaga tempatan di dalam program Blee.

28. PN-1422-L02950

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan usaha bersepadu untuk menangani masalah perparitan dan saliran di luar bandar khususnya di Penampang, Sabah untuk mengatasi masalah banjir yang merugikan rakyat berjuta-juta ringgit setiap tahun.

29. PN-1422-L03361

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan status pemberian peruntukan wang pentadbiran kepada Majlis Kelab Bell Belia Tamil. Adakah geran tahunan yang telah diberikan selama ini masih diberikan pada tahun ini.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

6 AUM DN 29/7/2019

30. PN-1422-L02943

Datuk Paul Igai minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Antidot (penawar) gigitan ular, umpamanya ular tedung di semua hospital, khasnya di hospital dan klinik di pedalaman.

31. PN-1422-L02752

Datuk Ng Chiang Chin minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan memberhentikan amalan pelantikan politik dalam sektor perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).

32. PN-1422-L03181

Dato' Zahari bin Sarip minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menaikkan had laju kenderaan di lebuh raya negara ini memandangkan kenderaan berkuasa tinggi semakin banyak di jalan raya.

33. PN-1422-L03004

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan bagaimanakah keadaan harga barang mentah semasa musim perayaan Aidilfitri yang lalu dan berapakah jumlah aduan yang telah diterima berkenaan peniaga yang menaikkan harga barang sepanjang musim perayaan tersebut.

34. PN-1422-L03383

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai sebarang rancangan untuk membina hospital baru di kawasan Melaka Tengah memandangkan Hospital Besar Melaka sedia ada mengalami masalah kesesakan yang teruk dengan bertambahnya bilangan pesakit setiap hari.

35. PN-1422-L03082

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan inisiatif atau pampasan yang diberikan kepada pengguna jika penerbangan mereka ditangguhkan atau dibatalkan.

36. PN-1422-L02738

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan prestasi kewangan terkini Khazanah Nasional dan berapakah pelupusan saham dan kepentingan yang dibuat bagi tahun 2019.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

AUM DN 29/7/2019 7

37. PN-1422-L02878

Datuk John Ambrose minta MENTERI KEWANGAN menyatakan penerangan tentang insiden "transhipment" beras rampasan KASTAM di SABAH. Adakah industri "transhipment" ini akan terkubur dengan sendirinya akibat insiden ini.

38. PN-1422-L03124

Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) langkah-langkah Kerajaan dalam mempercepatkan rancangan pelaksanaan bagi pembinaan beberapa hospital awam yang telah mendapat kelulusan; dan

(b) langkah-langkah Kementerian untuk memastikan cukup doktor dan doktor pakar bagi memenuhi keperluan kesihatan rakyat terutamanya di kawasan Iskandar Malaysia.

39. PN-1422-L03145

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan langkah-langkah yang telah diambil dan keberhasilan tindakan proaktif Kerajaan membantu pekebun kecil getah dalam persekitaran tidak menentu harga komoditi getah dunia kini.

40. PN-1422-L02822

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status projek untuk menaik taraf tapak Tamu Donggongon Penampang yang telah diluluskan oleh Kerajaan terdahulu. ini kerana Tamu ini adalah amat penting untuk ekonomi penduduk di kawasan ini khasnya masyarakat Kadazan di Penampang.

41. PN-1422-L02897

Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap Kerajaan Myanmar untuk menjamin keadilan bagi kaum Rohingya.

42. PN-1422-L03162

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan pesakit psikiatri muda dan bagaimana kes-kes bunuh diri serta ancaman awam di kalangan remaja dan belia boleh ditangani dengan baik.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

8 AUM DN 29/7/2019

43. PN-1422-L03050

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan Cukai Warisan (Inheritance Tax) yang dulu dikenali sebagai "Estate Duty" yang telah dimansuhkan pada tahun 1991.

44. PN-1422-L03003

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian dalam memastikan matlamat 30% penglibatan wanita dalam membuat dasar dan setakat ini berapa peratus pencapaiannya.

45. PN-1422-L03118

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah Kerajaan akan mengadakan sesi rundingan dan penerangan dengan pemegang taruh sebelum menandatangani keputusan dalam meratifikasikan sebarang konvensyen antarabangsa.

46. PN-1422-L02618

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI KESIHATAN menyatakan nasib klinik 1 Malaysia. Berapakah jumlah pesakit bagi tempoh dua tahun iaitu tahun 2017 dan 2018 dan adakah perkhidmatan klinik akan diteruskan seperti sedia ada atau akan diubah jenis perkhidmatan yang ditawarkannya.

47. PN-1422-L02672

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan adakah Kerajaan masih mengekalkan program 'Sukarelawan Pelancongan' dan bagaimana penyertaan masyarakat dalam program tersebut serta keberkesanan program tersebut dalam membantu usaha-usaha pelancongan.

48. PN-1422-L02682

Puan Sopiah binti Sharif minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah terkini hutang negara termasuk hutang-hutang baharu yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan setakat ini dan mekanisme yang telah dirancang untuk membayar dan melangsai semua hutang-hutang tersebut supaya negara tidak dilanda krisis ekonomi yang teruk.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

AUM DN 29/7/2019 9

49. PN-1422-L03244

Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan mekanisme yang telah diguna pakai dalam memastikan harga barangan kekal stabil dalam tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri yang lalu dan apakah langkah seterusnya agar harga barang tetap stabil di masa akan datang.

50. PN-1422-L03275

Dato' Sri Ti Lian Ker minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) apakah Kementerian merancang untuk mewujudkan satu mekanisme khusus berbentuk platform 'crowdfunding' bagi membantu para pesakit kronik mengumpul dana bagi tujuan rawatan yang melibatkan kos yang tinggi; dan

(b) Sejauh manakah Kementerian mempunyai rancangan untuk menarik golongan profesional yang berkhidmat di luar negara untuk kembali berkhidmat dalam industri kesihatan di negara ini.

51. PN-1422-L03035

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan langkah untuk memperkasakan agen budaya dalam komuniti maya.

52. PN-1422-L02630

Tuan Aknan Ehtook minta PERDANA MENTERI menyatakan peratus peserta yang ada dalam sistem e-Kasih mengikut pecahan kaum dan jumlah penduduk mengikut kaum masing-masing. Sejauh manakah kejayaan tindakan yang diambil untuk mengurangkan jumlah mereka yang tersenarai itu.

53. PN-1422-L02971

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah bentuk bantuan dan insentif yang disediakan kepada usahawan-usahawan tempatan yang ingin menganjurkan acara-acara yang bertaraf antarabangsa yang boleh memanfaatkan negara.

54. PN-1422-L03195

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian untuk memastikan isu seperti harga simen, gula dan sebagainya dapat dikawal selia secara efektif apabila harga barangan pengguna kerap terdedah kepada perubahan semasa dan antarabangsa.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

10 AUM DN 29/7/2019

55. PN-1422-L03210

Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah usaha Kerajaan bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia dalam mengamalkan gaya hidup yang 'go-green' dengan mengitar semula dan mengurangkan penggunaan plastik.

56. PN-1422-L03297

Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi memandangkan negara berdepan cabaran besar bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 dan revolusi pendidikan global yang memerlukan tumpuan khusus kepada pendidikan sektor ini.

57. PN-1422-L02938

Datuk Paul Igai minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah sudah dipastikan punca atau penyakit yang menyebabkan kematian mangsa di Kampung Kuala Koh.

58. PN-1422-L03326

Dato' Ong Chong Swen minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) bagaimana Kerajaan boleh meluluskan 62 'approved permits' (AP) untuk syarikat import sisa plastik pada 8 Jun 2019 apabila kenyataan Kementerian menyatakan "pengimport bahan sisa plastik tercemar ke dalam negara adalah pengkhianat" dalam laporan Bernama bertarikh 30 Mei 2019; dan

(b) adakan Kementerian akan membatalkan 62 AP import yang dikeluarkan sebagai langkah sokongan Kementerian kepada masalah pencemaran sisa plastik di negara ini.

59. PN-1422-L02836

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jumlah sumber tetap pencemaran udara yang diberikan kelulusan beroperasi dan bagaimana prestasi kawalan pencemaran yang direkodkan dari setiap sumber-sumber tetap ini.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

AUM DN 29/7/2019 11

60. PN-1422-L02604

Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan akan mengkaji dan mempertimbangkan cadangan Ketua Polis Negara untuk menaikkan pendapatan anggota PDRM supaya boleh menjauhkan mereka dari rasuah dan memberi perangsang untuk meningkatkan prestasi dan perkhidmatan mereka keseluruhannya.

61. PN-1422-L03400

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pemegang kad UNHCR setakat 1 April 2019 yang masih berada di sini dan adakah terdapat cadangan atau rancangan untuk mengizinkan pemegang kad UNHCR ini bekerja di bidang-bidang tertentu untuk menampung kehidupan mereka.

62. PN-1422-L03340

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perancangan untuk pengurusan sisa pepejal di Pulau Pinang memandangkan satu-satunya tapak pelupusan sampah di negeri ini akan mencapai kapasitinya tidak lama lagi.

63. PN-1422-L03308

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan apakah jadual masa untuk pelaksanaan penggunaan biodiesel B20 serta kos yang akan terlibat dan apakah jumlah penggunaan minyak sawit tambahan boleh dilihat dari pelaksanaan ini.

64. PN-1422-L03196

Dato' Zahari bin Sarip minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah peranan yang dimainkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam mengekalkan perpaduan di kalangan penduduk dan masyarakat.

65. PN-1422-L03029

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menjalankan kerjasama pintar untuk menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di institusi masjid dan pondok.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

12 AUM DN 29/7/2019

66. PN-1422-L03379

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status dan jumlah terkini penagihan dadah melibatkan negeri-negeri di utara bersempadan dengan Thailand serta langkah yang diambil Kerajaan untuk mencegah penyeludupan dadah ke dalam negara daripada terus berleluasa.

67. PN-1422-L03257

Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah laporan lengkap berkenaan keberkesanan sistem percukaian SST berbanding GST menjelang 1 tahun perlaksanaannya akan dibentangkan pada September ini dan setakat ini sejauh manakah penurunan harga barang dan perkhidmatan berlaku berbanding GST.

68. PN-1422-L02914

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan sejauh manakah rancangan Kerajaan dalam usaha memulihkan semula syarikat FGV dan membantu meningkatkan semula pendapatan bulanan peneroka-peneroka FELDA.

69. PN-1422-L02709

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah Kementerian akan mengambil pendirian untuk mewajibkan suntikan vaksin diberikan kepada kanak-kanak yang baru lahir dan bagaimanakah Kerajaan bercadang untuk menangani masalah ibu bapa yang menolak suntikan vaksin.

70. PN-1422-L03367

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah advokasi yang telah diambil oleh pihak Kementerian dalam melaksanakan usaha menurunkan had umur mengundi ke 18 tahun melalui kempen Undi Lapan Belas.

71. PN-1422-L02956

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang proses dan status pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963).

72. PN-1422-L02771

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan pada tahun 2019 bagi bantuan tanaman semula kelapa sawit kepada pekebun kecil di negeri Pahang.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

AUM DN 29/7/2019 13

73. PN-1422-L03094

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha secara komprehensif dalam menyelesaikan isu tapak pelupusan sampah haram yang semakin berleluasa di negara kita yang menjadi punca pencemaran.

74. PN-1422-L02704

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perkembangan serta rancangan proaktif dari pihak Kerajaan dalam mengukuhkan kembali nilai mata wang ringgit dalam tempoh 3 tahun yang merupakan salah satu janji yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan.

75. PN-1422-L02617

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah rasional mengubah kaedah kontrak untuk Lebuhraya Pan Borneo. Adakah kaedah semasa tidak kos efektif.

76. PN-1422-L02721

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perancangan Dasar Automotif Negara dan kerjasama erat dengan pelabur dari China agar industri ini menyokong kuat pertumbuhan ekonomi negara menjelang 2020.

77. PN-1422-L02799

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan peratus liputan komunikasi dan jalur lebar 4G bagi Negeri Sembilan dan tindakan segera yang ambil bagi mengatasi masalah liputan yang lemah khususnya di daerah Rembau dan Jelebu.

78. PN-1422-L02829

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah terkini syarikat-syarikat 'out-sourcing' pekerja asing di Malaysia dan berapakah jumlah pekerja asing yang direkodkan bekerja dengan syarikat-syarikat ini sehingga Jun 2019.

79. PN-1422-L02569

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) adakah pihak Kementerian bercadang untuk membina tempat letak kenderaan bertingkat di hospital-hospital Kerajaan yang kini sesak sehingga mengganggu kenderaan awam yang lain di luar kawasan hospital; dan

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

14 AUM DN 29/7/2019

(b) adakah Hospital Padang Besar, Perlis yang telah diluluskan oleh Kerajaan terdahulu dari tahun 2012 terus dibatalkan atau akan dibina semula dalam masa terdekat.

80. PN-1422-L03223

Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan hanya bergantung kepada kutipan hasil cukai SST untuk menampung perbelanjaan bagi Kerajaan dan negara dan adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar SST pada masa hadapan.

81. PN-1422-L03238

Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah prosedur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) apabila terdapat laporan polis berkaitan isu-isu nasional yang menggemparkan negara seperti penyebaran video lucah. Adakah SKMM perlu menunggu arahan daripada pihak PDRM.

82. PN-1422-L02965

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah keberkesanan hukuman sebat terhadap pekerja asing tanpa izin (PATI).

83. PN-1422-L03064

Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan pendirian Kerajaan berkenaan cadangan mewujudkan peraturan untuk menyusun semula zon serta mewujudkan zon penampan antara zon industri dan zon perumahan sebagai salah satu penyelesaian bagi kes pencemaran di Pasir Gudang.

84. PN-1422-L03019

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan Adakah Kerajaan boleh menyediakan ruang untuk penternak lembu dan kambing secara kecil-kecilan di luar bandar (golongan B40) dengan menawarkan mereka tanah atas dasar sementara atau pajakan untuk membantu kegiatan penternakan mereka seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

AUM DN 29/7/2019 15

85. PN-1422-L03165

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan prosedur penempatan guru yang diguna pakai pada masa ini. Adakah Kementerian bercadang untuk melaksanakan konsep pertukaran atas arahan perkhidmatan antara negeri dan daerah supaya guru dapat ditempatkan ke kawasan yang lebih kritikal berdasarkan opsyen dalam menyeimbangkan taburan guru mengikut opsyen, seterusnya memberi ruang untuk memenuhi permohonan pertukaran guru terutamanya untuk kes-kes guru duka lara.

86. PN-1422-L03417

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kementerian akan mengusahakan supaya pasukan bola sepak ATM bermain dalam Liga Perdana tahun 2020 dengan menggunakan kekuatan pemain dalaman serta mendapatkan bantuan bekas jurulatih tentera seperti bekas jurulatih TLDM dan veteran ATM.

87. PN-1422-L03287

Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat pemberian elaun RM5,000 sebulan kepada Sasterawan Negara diperluaskan kepada Seniman-seniman Negara yang turut banyak berjasa menerusi karya-karya dan kegiatan seni mereka.

88. PN-1422-L03168

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perancangan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk penggunaan 'Drone' bagi memadam kebakaran hutan seterusnya mengurangkan risiko ke atas anggota Bomba yang menjalani operasi ini dan juga penggunaan 'Drone' untuk merekodkan tempat-tempat kebakaran dan kawasan sekeliling hutan yang terbakar.

89. PN-1422-L03042

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah kajian terperinci yang dilaksanakan bagi meneliti faktor-faktor peminjam PTPTN tidak membayar hutang mereka.

90. PN-1422-L02944

Datuk Paul Igai minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bagaimana kesediaan Malaysia dalam RCEP (Regional Comprehensive Economic Partnership).

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

16 AUM DN 29/7/2019

91. PN-1422-L03311

Dato' Ong Chong Swen minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pelaksanaan ujian Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) secara atas talian berkesan untuk memastikan pemandu bersedia sepenuhnya memandangkan tugas pemandu melibatkan kemahiran praktikal.

92. PN-1422-L02807

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah status rancangan pembinaan projek jana kuasa Geotermal yang pertama di Malaysia di Tawau yang terbengkalai. Adakah projek ini akan diteruskan dan apakah jangka masa yang disasarkan untuk pelaksanaannya.

93. PN-1422-L03139

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan bagaimana usaha Kementerian untuk mewujudkan platform digital khusus bagi perusahaan kecil dan sederhana agar platform ini boleh digandingkan dengan platform digital nasional dan antarabangsa secara efektif.

94. PN-1422-L02597

Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kementerian mempunyai rancangan untuk menambah kemudahan perumahan untuk anggota PDRM di semua bandar di Sabah. Jika ya, sila nyatakan jumlah rumah yang sudah, sedang dan akan dibina.

95. PN-1422-L02660

Datuk Sambanthan A/L Manickam minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapakah jumlah golongan belia kaum Cina dan India yang terlibat dalam pengambilan anggota tentera seperti Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari tahun 2016 hingga kini.

96. PN-1422-L02648

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sejauh manakah keberkesanan tindakan yang diambil bagi mengurangkan penggunaan bahan plastik oleh entiti perniagaan dan pengguna. Adakah Kementerian bercadang untuk mengambil langkah yang lebih drastik seperti mengharamkan penggunaan bahan plastik ini dan menyediakan insentif yang menarik untuk mereka yang menggunakan bahan yang mesra alam.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

AUM DN 29/7/2019 17

97. PN-1422-L02996

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan memandangkan penyusutan nilai ringgit begitu ketara semenjak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, apakah Kerajaan bercadang untuk menambat nilai ringgit seperti mana yang pernah dilakukan oleh Perdana Menteri ke-4.

98. PN-1422-L02574

Dr. Yaakob bin Sapari minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk mengatasi ketidakcukupan bilik darjah ekoran pembangunan pesat di kawasan bandar kerana ketidakseimbangan pembinaan sekolah dengan pembangunan perbandaran dan perumahan.

99. PN-1422-L02757

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan perkembangan terkini usaha Kerajaan dalam membolehkan penubuhan Majlis Media Malaysia. Pada Mac 2018, Rundingan Nasional bagi Majlis Media Malaysia (MMM) telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa pemandu bagi membincangkan secara terperinci langkah seterusnya untuk menjadikan badan pengawalseliaan itu suatu realiti.

100. PN-1422-L02903

Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana keberkesanan penguatkuasaan larangan merokok di premis restoran berjaya dilaksanakan dan berapa notis saman sudah dikeluarkan kepada perokok di kawasan larangan.

101. PN-1422-L03205

Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian akan memasukkan Employee Assistance Program (EAP) dalam pindaan Akta Pekerjaan 1955 memandangkan EAP dapat memberi banyak manfaat buat pekerja dan majikan.

102. PN-1422-L02690

Puan Sopiah binti Sharif minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah hasil siasatan dan adakah pihak-pihak yang bertanggungjawab telah di bawa ke muka pengadilan serta kenapa perkara ini berulang kembali berikutan dari insiden pencemaran terbaru yang berlaku di Pasir Gudang, Johor.

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

18 AUM DN 29/7/2019

103. PN-1422-L03385

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengenai hasrat Perdana Menteri untuk mewujudkan kembali PPSMI. Adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan semula dasar ini dan adakah MBMMBI akan dihapuskan bagi menggantikan pembelajaran baru ini. Bilakah PPSMI akan dijalankan sepenuhnya.

104. PN-1422-L02730

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan Malaysia menjalinkan kerjasama serantau dengan negara-negara ASEAN agar isu pencerobohan nelayan asing di perairan negara ditangani dengan berkesan.

105. PN-1422-L02884

Datuk John Ambrose minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan pencapaian utama Kementerian untuk tahun 2019 bagi kemajuan sukan belia dalam negara ini dan apakah program cemerlang yang telah mendapat sambutan di Sabah.

106. PN-1422-L02976

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah bilangan terkini sekolah yang diklasifikasikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) di seluruh negara dan apakah perancangan jangka panjang pihak Kementerian terhadap sekolah yang terlibat.

107. PN-1422-L03349

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah untuk membanteras eksploitasi kanak-kanak secara seksual.

108. PN-1422-L03268

Dato' Sri Ti Lian Ker minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan penilaian kewajaran oleh Kementerian dalam menerima 12 dron (UAV) ScanEagle melalui program yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Amerika Syarikat (AS) memandangkan ianya melibatkan rahsia pertahanan dan keselamatan negara. Sejauh manakah Kementerian boleh memberi jaminan bahawa AS tidak memperoleh data yang sama melalui tinjauan yang akan dilakukan melalui dron berkenaan.

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

AUM DN 29/7/2019 19

109. PN-1422-L02778

Tuan Manolan bin Mohamad minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Perdana Menteri sendiri bercadang untuk mengadakan perjumpaan khas setiap tahun atau berkala dengan masyarakat Orang Asli seperti yang diamalkan di beberapa negara lain.

110. PN-1422-L03250

Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan secara terperinci Dasar Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang akan diperkenalkan kelak.

111. PN-1422-L03022

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan langkah Kerajaan untuk memanfaatkan inovasi teknologi 'Industri 4.0' bagi meningkatkan kuantiti hasil sawit dan mengurangkan pergantungan tenaga kerja kepada warga asing di ladang-ladang kelapa sawit.

112. PN-1422-L03394

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada negeri Selangor untuk membaik pulih sistem perparitan dan sungai untuk mengatasi masalah banjir di negeri Selangor.

113. PN-1422-L02920

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam dan Badan Berkanun Persekutuan sehingga Jun 2019 dan bagaimana JPA menjalankan program "right-sizing'' bagi semua jabatan untuk menjimatkan perbelanjaan emolumen kakitangan awam.

114. PN-1422-L03100

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengawal selia dan memantau berpuluh pusat perkhidmatan autisme yang telah ditubuhkan oleh pihak swasta yang mengenakan yuran yang amat tinggi tetapi tidak menyediakan perkhidmatan yang memuaskan serta kakitangan dan ahli terapi yang bertauliah.

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

20 AUM DN 29/7/2019

115. PN-1422-L02858

Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan krisis bekalan air di Kedah selain daripada pengumuman projek menaik taraf loji air Bukit Selambau dan Tupah yang bernilai RM69 Juta.

116. PN-1422-L03113

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah proaktif Kerajaan melatih golongan muda berkemahiran dalam teknologi rel khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan supaya mampu menguruskan dan mengendalikan ECRL semasa dan selepas pembinaan.

117. PN-1422-L03088

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memperluas penggunaan dron dalam industri pertanian luar bandar khususnya di negeri Pantai Timur.

118. PN-1422-L02736

Tuan Ismail bin Yusop minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan dalam mengukuhkan perpaduan di Malaysia kerana Kerajaan dilihat gagal dalam mempromosikan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat susulan dengan pelbagai isu persepsi perbezaan bangsa yang semakin meruncing.

119. PN-1422-L03310

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-

(a) apakah rancangan untuk tempoh 10 tahun yang akan datang bagi memperkembangkan sektor sukan negara selepas beberapa jaguh sukan negara mengumumkan persaraan mereka; dan

(b) sejauh manakah persediaan dan persiapan negara yang bakal menghadapi Sukan Olimpik 2020 di Tokyo serta sasaran pingat yang ditetapkan oleh Kementerian.

120. PN-1422-L02816

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah Kerajaan akan meneruskan cadangan untuk membina sebuah sekolah menengah SMK Kepayan di Kawasan Kepayan, Penampang untuk memenuhi keperluan mendesak penduduk di sekitarnya.

Page 21: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

AUM DN 29/7/2019 21

121. PN-1422-L03373

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pendirian rasmi Kerajaan dalam isu "decriminalization of drugs".

122. PN-1422-L02639

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk menangani kenaikan harga produk import yang ditetapkan oleh pengimport tunggal. Adakah Kerajaan bercadang untuk memecah monopoli ini melalui kaedah perundangan.

123. PN-1422-L03151

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan rasional kepada program kesedaran seks kepada kanak-kanak dan menjelaskan modul kepada program ini.

124. PN-1422-L03128

Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perancangan bagi menaikkan taraf dan menambah jumlah doktor di Klinik Kesihatan Taman Universiti, Skudai, Johor. Ini kerana jumlah pesakit ketika ini adalah terlalu ramai dan sistem penghawa dingin yang rosak.

125. PN-1422-L02926

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kutipan Cukai Petroleum hasil pengeluaran minyak dan gas di Luar Pesisir Pantai di negeri Kelantan dan Utara Semenanjung Malaysia pada tahun 2018 hingga Jun 2019.

126. PN-1422-L03232

Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah warganegara China yang masuk ke negara ini mulai tahun 2015 sehingga kini dan berapa ramai daripada jumlah tersebut dapat dikesan keberadaan mereka. Adakah tempoh visa mereka masih sah atau tidak dapat dikesan di dalam sistem imigresen.

Page 22: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

22 AUM DN 29/7/2019

127. PN-1422-L03187

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah bentuk kajian yang telah dilakukan bagi membuktikan persetujuan 88 peratus pemilik dan pewaris tanah di Kampong Bharu Kuala Lumpur bagi menjual tanah mereka kepada Kerajaan untuk dibangunkan semula dan apakah desakan keperluan semasa yang menyebabkan Kerajaan berhasrat untuk membeli tanah mereka dalam situasi ekonomi negara pada hari ini.

128. PN-1422-L02638

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan merancang untuk menggabungkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jika ada, apakah rasionalnya dan bila akan dilaksanakan. Jika tidak, mengapa.

129. PN-1422-L02561

Tuan Kamarudin bin Abdun minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah status dan perkembangan terhadap usaha Kerajaan memperkasakan institusi Parlimen sebagai sebuah badan bebas dalam membuat keputusan.

130. PN-1422-L02871

Datuk John Ambrose minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah polisi serta syarat-syarat pengambilan pekerja asing di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Semenanjung adalah sama bagi pemegang Kad IMM13 dari Sabah atau ia berbeza berdasarkan keperluan zon masing-masing.

131. PN-1422-L03070

Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk membina stesen pencerapan gas automatik di setiap kawasan berisiko tinggi yang dapat memberi amaran bencana kimia dengan lebih cekap sebagai langkah proaktif pengesanan awal kualiti udara dan kehadiran gas berbahaya.

132. PN-1422-L02891

Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk memperuntukkan dana-dana 1MDB yang dipulangkan dari negara-negara asing kepada sebarang tujuan tertentu.

Page 23: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

AUM DN 29/7/2019 23

133. PN-1422-L02864

Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perkembangan laporan siasatan terhadap sembilan syarikat yang menjadi pembekal utama benih padi di negara ini.

134. PN-1422-L03418

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah status siasatan skandal RM90 juta dari 1MDB yang didakwa bahawa pemimpin PAS dan UMNO terlibat setelah Ahli Parlimen Bachok mengesahkan suara beliau dalam audio berkenaan penerimaan dana oleh pemimpin PAS sebelum PRU-14.

135. PN-1422-L02784

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status permohonan untuk membaiki kerosakan dan bantuan kelengkapan asrama daif di Sekolah Menengah Kebangsaan Karak, Pahang yang telah dikemukakan kepada Kementerian pada November 2018.

136. PN-1422-L03133

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah komitmen dan sasaran baru Kerajaan agar semua anggota Kabinet Kerajaan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama komunikasi dalam semua urusan rasmi Kerajaan Persekutuan bersesuaian dengan prinsip Perlembagaan Malaysia.

137. PN-1422-L03320

Dato' Ong Chong Swen minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah perkembangan dalam kerjasama dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Development Programme - UNDP) seperti projek warga emas di Taiping. Sekiranya projek ini dianggap berkesan, bilakah ianya akan dilaksanakan di tempat-tempat lain.

138. PN-1422-L02987

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah kutipan SST yang dikutip oleh Kerajaan untuk suku kedua tahun ini dan adakah Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan semula GST memandangkan lebih dari 170 negara telah melaksanakannya.

Page 24: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

24 AUM DN 29/7/2019

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R 16/2019 ) Rang Undang-Undang Perikanan (Pindaan) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani ]

2. ( D.R 22/2019 ) Rang Undang-Undang Penyemakan Undang-Undang (Pindaan) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. ( D.R 20/2019 ) Rang Undang-Undang Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Sumber Manusia ]

4. ( D.R 19/2019 ) Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) (No.2) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. ( D.R 18/2019 ) Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. ( D.R 17/2019 ) Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ]

Page 25: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 29 JULAI 2019 (ISNIN).pdfSambanthan A/L Manickam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan di bawah Kementerian terdapat banyak Pertubuhan

AUM DN 29/7/2019 25

UCAPAN PENANGGUHAN

Bil.

Tarikh

Ucapan

Ahli Yang Berucap

Tajuk Ucapan

Menteri Yang

Bertanggungjawab

1.

29.7.2019 (Isnin)

YB. Senator Puan Asmak binti Husin

Kanak-kanak Merogol Kerana Pengaruh Media Sosial

YB. Menteri Komunikasi dan Multimedia

2.

29.7.2019 (Isnin)

YB. Senator Puan Asmak binti Husin

Isu Birokrasi Pembukaan Klinik Swasta

YB. Menteri Kesihatan