malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … 15112018 - khamis (v1).pdftuan khoo poay tiong [...

19
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 15 NOVEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 8 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1412-MQT0236 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Kementerian mempunyai rancangan untuk menambah projek penjanaan kuasa solar berskala besar (large scale solar) bagi mencapai sasaran 20% Tenaga Boleh Baharui menjelang tahun 2025. 2. PR-1412-MQT0227 Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perincian mengenai pengecualian yang akan diberikan kepada Malaysia sekiranya negara mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) serta siapakah dan apakah indikator yang akan menentukan sama ada negara telah mencapai objektif seperti terkandung dalam Artikel 1(4) ICERD. 3. PR-1412-MQT0228 Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah hala tuju Kementerian bagi tahun 2019 dalam memperkasakan industri pelancongan khususnya dalam menonjolkan eko pelancongan dan kepelbagaian kaum serta budaya di Sabah.

Upload: others

Post on 08-Feb-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 15 NOVEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

8

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

1. PR-1412-MQT0236

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

menyatakan adakah Kementerian mempunyai rancangan untuk menambah projek penjanaan kuasa solar berskala besar (large scale solar) bagi mencapai sasaran 20% Tenaga Boleh Baharui menjelang tahun 2025.

2. PR-1412-MQT0227

Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perincian mengenai pengecualian yang akan diberikan kepada Malaysia sekiranya negara mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) serta siapakah dan apakah indikator yang akan menentukan sama ada negara telah mencapai objektif seperti terkandung dalam Artikel 1(4) ICERD.

3. PR-1412-MQT0228

Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah hala tuju Kementerian bagi tahun

2019 dalam memperkasakan industri pelancongan khususnya dalam menonjolkan eko pelancongan dan kepelbagaian kaum serta budaya di Sabah.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 15 NOVEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

37

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1412-L02225

Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status undang-undang terkini berkenaan dengan pemilikan Kapal Equanimity serta status dan prosedur lelongan awam kapal tersebut.

2. PR-1412-L01682

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili [ Kota Marudu ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pendekatan baru Kerajaan untuk mengurangkan air tidak berhasil Non-Revenue Water (NRW) di seluruh negara. Beri data terkini NRW bagi setiap Negeri untuk tahun 2017 dan 2018.

3. PR-1412-L01812

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengubah Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara supaya melarang semua sisa plastik yang diimport dari luar negara terutamanya dari China, Eropah dan Australia masuk ke Malaysia.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

AUM DR 15/11/2018 2

4. PR-1412-L02665

Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha-usaha penambahbaikan bagi memperketatkan kebenaran kahwin bawah umur serta adakah pihak Kerajaan bersedia meminda akta-akta berkaitan sedia ada bagi menghalang segala bentuk perkahwinan bawah umur pada masa hadapan.

5. PR-1412-L02149

Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kos pembinaan dan kos penyenggaraan serta operasi bagi setiap lebuhraya yang mengutip tol, pendapatan mereka melalui kutipan tol, pampasan kerajaan setakat ini dan tarikh tamat tempoh perjanjian konsensi.

6. PR-1412-L01782

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) berapakah jumlah syarikat yang sudah berdaftar dalam Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sehingga September 2018 ; dan

(b) apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan terhadap syarikat-syarikat yang gagal mendaftar dalam SST dan mengelak dari membayar cukai.

7. PR-1412-L02692

Tuan Jonathan Yasin [ Ranau ] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan jalan raya Persekutuan menghubungkan Tamparuli menuju Pekan Ranau menghadapi kesesakan yang semakin meruncing. Apakah perancangan pihak Kementerian dalam menangani masalah ini .

8. PR-1412-L02212

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kementerian dalam membangunkan kemahiran kemanusiaan/insaniah dan modal insan berperibadi mulia ke arah mewujudkan pekerja mahir dan pekerja separuh mahir yang lebih berketrampilan dan apakah pelan pembangunan pekerja asing yang banyak mendatangkan implikasi negatif dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

3 AUM DR 15/11/2018

9. PR-1412-L01609

Dato' Seri Dr. Santhara [ Segamat ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan mengapakah kilang kelapa sawit bersebelahan bandar Jementah masih dibenarkan beroperasi walaupun mereka gagal mematuhi terma dan syarat sepertimana dalam kelulusan operasi sementara mahupun cadangan yang diberikan oleh Kementerian sendiri. Apakah jalan penyelesaian jangka panjang Kerajaan dalam menangani masalah ini.

10. PR-1412-L02349

Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan :-

(a) apakah usaha berterusan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi mempromosikan sektor pelancongan khususnya di kawasan Perak Tengah dan adakah Kementerian melaksanakan kolaborasi bersama pengusaha industri seperti inap desa bagi mempromosikan kawasan pelancongan tertentu; dan

(b) apakah bentuk bantuan yang telah diberikan oleh Kementerian kepada pengusaha inap desa dalam mempromosikan sesuatu kawasan pelancongan.

11. PR-1412-L01867

Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan status perkembangan terkini pembinaan menara

telekomunikasi di daerah Kecil Kemabong dan adakah pembinaannya telah mencapai tahap yang memuaskan untuk dinikmati oleh penduduk sama seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia di tempat yang lain.

12. PR-1412-L01816

Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan :-

(a) apakah perancangan Kerajaan untuk menaiktaraf Hospital Daerah Betong kepada tahap hospital daerah dengan kemudahan doktor pakar; dan

(b) apakah tindakan Kementerian bagi mengatasi masalah doktor pakar yang tidak suka bertugas di luar bandar.

13. PR-1412-L02506

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) tahap keberkesanan program pemulihan dadah agensi Kementerian berdasarkan prinsip ‘harm reduction’; dan

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

AUM DR 15/11/2018 4

(b) sama ada pihak Kementerian membuat sebarang perbandingan dengan negara luar yang meminda undang-undang untuk membolehkan penggunaan minyak kanabis sebagai penawar penyakit.

14. PR-1412-L02126

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapakah dilantik orang-orang yang berkepentingan politik sebagai ahli lembaga pengarah universiti-universiti awam yang nampaknya bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan yang pada awalnya menjamin kebebasan universiti dari pengaruh politik sebagai contoh kes di UIAM dan UUM.

15. PR-1412-L01721

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pendekatan baru Kerajaan dalam mengawal selia pengurusan GLC bagi memastikan prestasi buruk yang dialami oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda Global Ventures (FGV), TH Heavy Engineering Berhad (THHE) dan sebagainya tidak berulang lagi. Apakah Kerajaan akan membuat siasatan bebas bagi mencari punca sebenar kerugian yang begitu besar berlaku dalam setiap GLC ini.

16. PR-1412-L02703

Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan rancangan Kementerian untuk membina jalan/laluan alternatif Lebuhraya Pan Borneo tanpa melalui negara jiran Brunei. Nyatakan laluan, jarak, jenis jalan serta kos pembinaan jalan berkenaan seperti yang diumumkan pihak Kementerian kebelakangan ini.

17. PR-1412-L01552

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah yang

diambil untuk membanteras kilang-kilang haram yang merugikan dari segi menambahkan pendapatan negara.

18. PR-1412-L02010

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah projek naik taraf sekolah-sekolah luar

bandar di Sabah dan Sarawak yang diluluskan oleh Kerajaan baharu, untuk meningkatkan kemajuan akademik rakyat di kedua-dua negeri.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

5 AUM DR 15/11/2018

19. PR-1412-L02260

Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah untuk memastikan pembangunan buah durian sebagai bahan eksport adalah mampan. Adakah Kementerian bercadang mengkaji kesan-kesan daripada peningkatan kawasan tanaman durian. Apakah rancangan Kementerian untuk mengembangkan industri hiliran untuk pekebun-pekebun durian.

20. PR-1412-L01953

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan perkembangan terkini mengenai rancangan untuk menghapuskan hutang tidak wajar peneroka FELDA, agar menepati janji manifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

21. PR-1412-L01593

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

menyatakan proses dan cabaran untuk menguatkuasakan undang-undang untuk menaikkan had umur minimum untuk perkahwinan kepada 18 tahun bagi kedua-dua umat Islam dan bukan Islam memandangkan Undang-undang Syariah berada di bawah Senarai Negeri dan cadangan-cadangan untuk mengatasi cabaran.

22. PR-1412-L01524

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan bersedia untuk menempatkan alat defibrillasi luaran atau AED di lokasi tumpuan awam seperti di kawasan rehat dan rawat di lebuh raya yang dapat membantu menyelamatkan nyawa mangsa serangan jantung mengejut yang mungkin terjadi pada bila–bila masa dan di kalangan sesiapa sahaja.

23. PR-1412-L01507

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad [ Mersing ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh Kerajaan dalam mengukuhkan kerjasama Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa dan apakah perancangan Kerajaan untuk memastikan kerjasama antarabangsa ini memberi manfaat kepada agensi-agensi penguatkuasa Malaysia dalam menangani ancaman keselamatan.

24. PR-1412-L01542

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [ Kota Tinggi ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan kajian terperinci yang telah dijalankan dalam usaha menurunkan had umur wajib mengundi ke 18 tahun.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

AUM DR 15/11/2018 6

25. PR-1412-L02083

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan apakah mekanisme Kementerian di dalam meningkatkan harga getah di pasaran yang kian merosot sehingga menjejaskan pendapatan penoreh getah serta adakah Kementerian bercadang untuk menetapkan harga lantai getah agar dapat membantu dan sumber pendapatan pekebun kecil getah tidak terjejas.

26. PR-1412-L02596

Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan pendirian dan langkah-langkah Kementerian untuk mewujudkan keadaan yang lebih baik kepada banduan-banduan serta tahanan polis selari dengan United Nations Standard Minimum Rules for Treatment of Prisoners.

27. PR-1412-L02241

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dengan jujur, tepat dan faktual mengenai formula Kerajaan untuk menambah hasil Kerajaan tanpa membebankan rakyat serta menangani beban hutang Kerajaan tanpa mengurangkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

28. PR-1412-L02809

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan dalam masa kewangan negara terhad sekarang, apakah strategi dan langkah yang diambil untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang amat berkesan dan bermutu tinggi untuk rakyat pada kos operasi yang rendah.

29. PR-1412-L01994

Tuan Haji Awang bin Hashim [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah hasil siasatan oleh SPRM terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu YB Lim Guan Eng, dan apakah alasan yang membolehkan tuduhan ke atas beliau ditarik balik daripada kes pendakwaan.

30. PR-1412-L02170

Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah perkembangan langkah reformasi institusi-institusi dan agensi-agensi Kerajaan selain daripada GLIC dan GLC.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

7 AUM DR 15/11/2018

31. PR-1412-L02376

Datin Mastura binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian akan membuat kajian kepada semua modul-modul Kolej Komuniti supaya ia lebih sesuai dengan permintaan industri di kawasan lokaliti Parlimen Kolej Komuniti berkenaan.

32. PR-1412-L01486

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan apakah pelan tindakan ekonomi negara yang baru bagi memacu pertumbuhan ekonomi dalam tahun-tahun akan datang.

33. PR-1412-L02482

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sebab kelewatan perlepasan kapal perikanan (SF1-2929) yang telah ditahan oleh kerajaan Indonesia pada 20.9.2016 apabila memancing di kawasan Tanjung Datu, Sematan walaupun persetujuan telah dicapai di “Rundingan Tahunan Ke-12 antara bekas PM Malaysia dan TYT Presiden Indonesia” pada 22 November 2017.

34. PR-1412-L01758

Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah yang diambil oleh

Kementerian untuk mengurangkan harga rumah baru.

35. PR-1412-L01445

Dato' Masir Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

bilakah Kolej Komuniti akan dibina di Bandar Sri Aman.

36. PR-1412-L02735

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah perancangan garis masa kenaikan gaji minimum yang akan dilaksanakan Kerajaan bagi mencapai gaji minimum RM1,500 dalam masa 5 tahun.

37. PR-1412-L02042

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa bilangan pelajar pelbagai kaum dari

Sarawak seperti kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu (Kayan, Kenyah, Punan, Sakapan, Penan, Sihan, Seping, Beketan, Ukit, Tanjong dan Kejaman) telah diambil masuk ke UiTM pada tahun 2018.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

AUM DR 15/11/2018 8

38. PR-1412-L01584

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan jenis-jenis bantuan/sokongan yang dirancang akan diberikan kepada bakal usahawan/usahawan Bumiputera dan bukan bumiputera dalam tempoh lima tahun bermula sekarang.

39. PR-1412-L01786

Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan implikasi kewangan yang

dihadapi oleh PETRONAS dan Kerajaan daripada pemberian royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

40. PR-1412-L01699

Datuk Aaron Ago Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan status liputan selular dan “internet connectivity“ di Sarawak. Bilakah semua sekolah di pedalaman Sarawak akan dapat liputan tersebut.

41. PR-1412-L01619

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasionalnya pihak pendakwaan meminda pertuduhan yang dikenakan ke atas 57 individu yang terlibat dengan kumpulan jenayah terancang Geng 360 Devan daripada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) kepada Akta Pertubuhan 1966.

42. PR-1412-L02305

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah penambahbaikan sistem daftar pemilih dan jaminan pilihan raya yang lebih adil.

43. PR-1412-L02284

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menghentikan atau mengkaji semula skim bantuan di bawah Kementerian memandangkan Kerajaan telah menyatakan bahawa kewangan negara tidak stabil serta tidak mahu rakyat menjadi malas kerana mengharapkan bantuan Kerajaan.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

9 AUM DR 15/11/2018

44. PR-1412-L02849

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk membantu mendaftarkan pusat tahfiz yang berkelayakan dan memenuhi syarat, namun pada masa ini tidak berdaftar dengan pihak berkuasa.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

10 AUM DR 15/11/2018

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R 21/2018 ) Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 - Menyambung

semula perbahasan atas masalah, " Bahawa Rang

Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua

sekarang," ( 14 November, 2018 )

DAN

Usul dibuat oleh YB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang

Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah

wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh enam bilion tujuh ratus juta

ringgit (RM56,700,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang

Pembangunan bagi tahun 2019, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan

Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”)

dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019 yang

dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2018, adalah diuntukkan

di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang

bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh

senarai tersebut.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah ( 14 November, 2018 )

2. PR-1412-UL014 Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] akan

mencadangkan :- "Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya mengembalikan hak-hak dan kuasa autonomi semula Negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan prinsip, niat serta semangat yang termaktub dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Inter-Governmental Committee khususnya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) terutama dalam perkara penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak, hak untuk menggunakan sumber semula jadi yang berada dalam lebar wilayah 12 batu nautika bukan lagi dihadkan kepada 3 batu nautika, dengan menyegerakan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] atau mana-mana undang-undang lain yang berkaitan tanpa melengahkan masa lagi dengan pembentukan Jawatankuasa Kabinet yang baharu.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

AUM DR 15/11/2018 11

Hal ini demikian kerana rundingan dan kajian terhadap perkara-perkara ini telahpun dimulakan oleh Kerajaan sebelum ini dengan pembentukan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Penurunan Kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta Jawatankuasa Teknikal di peringkat negeri untuk memperincikan hal-hal tersebut dan perkara lain yang berkaitan di mana laporan rekomendasi-rekomendasi yang tertentu juga telah disediakan."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. PR-1412-U(27)014 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan dan pendirian yang nyata oleh Kerajaan berkenaan bagaimana menghadapi tekanan peringkat antarabangsa berhubung isu ratifikasi enam konvensyen Pertubuhan Bangsa-­Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia. Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) ke atas Malaysia akan berlaku sekali lagi pada bulan November 2018 dan adakah Kerajaan akan tunduk pada tekanan antarabangsa dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut. Dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut, adakah Kerajaan bersedia memberi penjelasan kepada rakyat dengan kemungkinan yang amat tinggi untuk mengubah pelbagai rang undang-undang berkaitan hak asasi terpaksa dilakukan seterusnya mengubah landskap geopolitik tempatan dan antarabangsa serta mengubah impak sosial masyarakat secara keseluruhan." [ Menteri Luar Negeri ]

4. PR-1412-U(27)015 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjelaskan adakah benar bahawa Kerajaan Malaysia ada membuat permintaan kredit sebanyak USD40 billion daripada Kerajaan China. Kerajaan perlu menjelaskan berapakah jumlah kos lawatan serta butiran-butiran termasuk terma-­terma dan tujuan yang terlibat dalam perjanjian tersebut di dalam Dewan ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

12 AUM DR 15/11/2018

5. PR-1412-U(27)016 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menyatakan pendirian berhubung usaha memenuhi satu janji manifesto Pakatan Harapan iaitu menjadikan Malaysia sebagai ahli Konvensyen Pelarian 1951 Pertubuhan Bangsa-­Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa maksud akan menerima pakai peraturan dan kehendak konvensyen itu. Penerimaan sebagai ahli konvensyen tersebut akan menimbulkan masalah kerana salah satu kehendak konvensyen adalah layanan sama rata perlu diberikan kepada pelarian dan ini termasuk dalam hal ehwal pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. Pada ketika ini terdapat 145 negara ahli PBB yang menyertai konvensyen pelarian tersebut. Tetapi hakikatnya walaupun Malaysia tidak menyertainya, layanan yang diberikan adalah jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan sebahagian daripada negara yang berada dalam konvensyen tersebut." [ Menteri Luar Negeri ]

6. PR-1412-U(27)017 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan pelan terperinci dan strategi khusus untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan terutama kepada anak muda dalam negara kita dengan gaji sekurang-­kurangnya seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan." [ Menteri Sumber Manusia ]

7. PR-1412-U(27)018 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memulakan inisiatif memperkenalkan sistem persekolahan yang seragam untuk semua pelajar sebagai satu usaha mewujudkan perpaduan nasional. Dengan usaha kerajaan mewujudkan sistem persekolahan satu aliran akan membantu merealisasikan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Perkara ini amat penting kerana persekolahan dilihat sebagai antara acuan yang penting untuk membina generasi muda yang memahami dan saling menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama diperingkat awal sebelum perubahan dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Kebimbangan kehilangan identiti dan bahasa ibunda kaum-­kaum lain terutamanya penggunaan bahasa Cina dan bahasa Tamil yang timbul apabila usaha ini dilaksanakan perlu diteliti oleh pihak Kerajaan untuk penyelesaian yang terbaik tanpa menjadikan ia alasan untuk tidak meneruskan sistem persekolahan satu aliran." [ Menteri Pendidikan ]

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

AUM DR 15/11/2018 13

8. PR-1412-U(27)019 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan mengambil langkah dalam memperkasakan institusi hal ehwal agama Islam di negara ini iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mempunyai peranan utama menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam memartabatkan fatwa di Malaysia, jawatankuasa ini dilihat berperanan besar melalui pengurusan, penyelarasan dan penyelidikan namun dari segi perlaksanaan fatwa tersebut oleh pihak Kerajaan tidak konsisten dalam beberapa perkara. Isu-­isu keagamaan yang berlaku seperti penyebaran ajaran sesat, fahaman liberal dan songsang serta keterbukaan yang melampau memerlukan tindakan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan bersandarkan kepada rujukan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. PR-1412-U(27)020 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"YAB Perdana Menteri telah membayangkan bahawa Bajet 2019 merupakan “Bajet Korban” yang memerlukan pengorbanan seluruh rakyat, maka Kerajaan baharu pasti akan menaikkan cukai yang sedia ada atau memperkenalkan bentuk cukai baharu. Bahawa Dewan Rakyat digesa untuk mengambil keputusan agar cukai warisan/pusaka (Inheritance Tax) yang telah dimansuhkan pada awal tahun 90an tidak harus diperkenalkan semula kerana ianya adalah jenis percukaian yang membebankan rakyat termasuk golongan B40 dan M40. Di samping itu, Dewan ini juga menolak cukai keuntungan modal (Capital Gain Tax) kerana ianya akan menindas pelabur tempatan serta menghindari pelabur asing daripada melabur dalam pasaran saham tempatan. lni akan menjejaskan pertumbuhan pasaran modal negara ini." [ Menteri Kewangan ]

10. PR-1412-U(27)021 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Memandangkan projek kereta nasional ketiga telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat jelata dan ianya dikhuatiri akan membebankan rakyat (khususnya pembeli kereta) melalui pelaksanaan duti import ke atas kereta import dari luar negara. Maka Dewan ini menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020." [ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

14 AUM DR 15/11/2018

11. PR-1412-U(27)022 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut Iaporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa merangka Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. lni bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai pra-syarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan." [ Menteri Pendidikan ]

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

AUM DR 15/11/2018 15

12. PR-1412-U(27)023 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 1 Oktober 2014, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs-SAME) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dalam tempoh 3 tahun 7 bulan, SAME telah berperanan sebagai agensi yang membangunkan perusahaan kecil dan sederhana dalam kalangan usahawan kaum Cina. Ianya iuga berfungsi sebagai perantara Kerajaan dengan para pengusaha SME Cina. SAME telah berjaya mendampingi dan membantu 50,000 SME Cina melalui program “outreach”, O20, Champions Club, Halal Forum, Bengkel Keusahawanan, Sesi “Pitching” VC, Angel Fund, Crowd Funding dan lain-lain. Namun begitu, setelah Kerajaan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan negara, SAME sudah berhenti operasi dan kesemua kakitangan telah ditempatkan ke jabatan-jabatan lain, malahan peralatan komputer di pejabat juga telah dipindahkan. Walaupun YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (Ahli Parlimen Lumut) telah mengiktiraf sumbangan SAME di dalam sidang Parlimen yang lalu, SAME tetap ditamatkan pengoperasiannya. Menyedari hakikat SAME dapat memacu bidang SME dalam kalangan usahawan SME Cina seperti mana yang dilakukan oleh TERAJU dan SEED yang masing-masing membantu SME bumiputra dan India, maka Dewan ini mengesa kerajaan baharu meneruskan pengoperasian SAME demi membuktikan Kerajaan baharu bersifat inklusif dan tidak mendiskriminasikan kaum Iain." [ Menteri Pembangunan Usahawan ]

13. PR-1412-U(27)024 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :- "Pada 12 September 2018, YB Menteri Tenaga Manusia telah mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan kadar levi RM10,000 setahun ke atas setiap pekerja asing yang telah bekerja lebih daripada 10 tahun. Kabinet juga membenarkan lanjutan tempoh 3 tahun lagi bagi mereka yang telah bekerja di sini melebihi 10 tahun. lni bermakna levi 3 tahun bagi pekerja asing seumpama ini ialah RM30,000. lni pasti membebankan para pengusaha SME. Penetapan kadar levi RM10,000 setahun adalah terlalu tinggi, berbanding RM1,850 setahun yang dikenakan ke atas mereka yang bekerja kurang daripada 10 tahun. Dasar ini tidak munasabah dan ianya bakal meningkatkan kos pengoperasian SME. YB Menteri Kewangan pada 24 September 2018 telah mengumumkan bahawa hanya 20% daripada levi sebanyak RM10,000 itu ditanggung oleh majikan manakala bakinya 80% levi iaitu RM8000 akan ditanggung oleh pekerja asing. Namun pada realitinya tiada pekerja asing yang sanggup membayar RM666 sebulan sebagai levi melainkan majikan sanggup menaikkan gaji pekerja asing. Sepatutnya pekerja asing yang telah lama berkhidmat di Malaysia harus diutamakan kerana mereka taat setia kepada majikan asal, mempunyai kemahiran yang lebih baik dan produktiviti yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja baru. Akan tetapi, pada 25 September 2018, YB Menteri Kewangan sekali lagi melakukan "flip-flop” dengan mengumumkan bahawa levi pekerja asing sebanyak RM10,000 setahun bagi mereka yang bekerja melebihi 10 tahun bakal

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

16 AUM DR 15/11/2018

ditanggung sepenuhnya oleh majikan kerana cadangan sebelum ini dibantah kuat oleh pihak majikan dan kesatuan pekerja. lni amat merunsingkan para majikan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan harus membantu pengusaha SME mengurangkan kos mereka. Satu penyelesaian pragmatik yang dicadangkan ialah levi RM10,000 setahun dikurangkan kepada RM2,000-RM3,000 setahun bagi pekerja asing yang telah bekerja lebih dari 1O tahun di Malaysia."

[ Menteri Sumber Manusia ]

14. PR-1412-U(27)025 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Kementerian perlu mempunyai satu pendekatan yang sistematik dalam menyalurkan peruntukan tahunan dan dana khas untuk pembangunan serta penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) (confirming school) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tanpa mengabaikan Sekolah Kebangsaan serta sekolah aliran lain. Kementerian juga perlu mengumumkan garis panduan kelulusan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu. Kementerian juga digesa untuk mengumumkan rancangan penempatan semula SJK(C) yang kurang murid ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi agar SJK(C) kekal relavan dalam arus perdana sistem pendidikan kebangsaan." [ Menteri Pendidikan ]

15. PR-1412-U(27)011 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun Negara telah merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi Negara secara bersama dan merealisasikan Impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

16. PR-1412-U(27)012 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan memulihkan pilihanraya Kerajaan tempatan seluruh Negara supaya urustadbir Kerjaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat." [ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

AUM DR 15/11/2018 17

17. PR-1412-U(27)013 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyatakan kehilangan kepercayaan dan ketidakyakinan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) iaitu Tan Sri Othman Bin Haji Mahmood dan lima anggota SPR yang lain iaitu Dato' Md Yusop Bin Haji Mansor, Datuk Haji Abdul Aziz Bin Khalidin, Haji Sulaiman Bin Haji Narawi, Dato' Bala Singam A/L Karupiah dan Dato' Lee Chong Cheong dan oleh itu menuntut agar mereka meletak jawatan sebagai anggota SPR dengan serta-merta." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

18. PR-1412-U(27)026 Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya membawa isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk dibahaskan kerana ia menyentuh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Hal demikian kerana dalam Konvensyen ini istilah “diskriminasi kaum” adalah terlalu luas di mana pemberian keistimewaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan juga boleh diklasifikasikan sebagai suatu bentuk diskriminasi. Kerajaan telah menjelaskan bahawa ratifikasi Konvensyen ini boleh dibuat dengan pengecualian tanpa melibatkan pindaan kepada undang-undang sedia ada. Hakikatnya, komitmen dalam sesebuah Konvensyen antarabangsa seperti ICERD pastinya akan mendesak dan menekan negara kelak untuk membuat pindaan undang-undang yang selari dengan pendirian Konvensyen ini untuk menghapus sebarang bentuk diskriminasi kaum. Justeru, penjelasan umum yang lebih spesifik serta perbahasan dengan ahli-ahli Dewan Rakyat perlu dilaksanakan sebelum Kerajaan bertindak untuk mengesahkan Konvensyen tersebut kerana ia mampu melibatkan implikasi yang besar kepada negara." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 15112018 - Khamis (V1).pdfTuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN

18 AUM DR 15/11/2018

**UCAPAN-UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 15.11.2018 (Khamis)

1. YB Tuan Cha Kee Chin (Rasah)

1. Status Terkini Pembinaan Semula Pasar Besar Seremban

1. YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

2. 15.11.2018 (Khamis)

2. YB Tuan Charles Anthony Santiago (Klang)

2. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Harus Mengkaji Semula Dan menyelesaikan Masalah Pembeli Rumah Kedai Bandar Armada Putra Di Pelabuhan Klang

2. YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)