malaysia dewan negara aturan urusan · pdf fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi...

18
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 23 APRIL 2015, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 9 MENGANGKAT SUMPAH PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1331-L21398 Dato' Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha pemuliharaan semula hutan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian untuk memulihkan tanah rezab hutan yang rosak teruk akibat penerokaan hutan tidak terkawal. 2. PN-1331-L21813 Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan keperluan internet jalur lebar di dalam negara telah semakin meningkat dan penggunaan yang semakin meluas, apakah langkah-langkah Kerajaan dalam memastikan supaya kemudahan internet jalur lebar ini dapat dipertingkatkan ke seluruh negara dan apakah perancangan khusus bagi negeri Perak Darul Ridzuan. 3. PN-1331-L21800 Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan pelaksanaan Pasukan Pengaman ASEAN dalam menubuhkan unit keselamatan rentas sempadan khas bagi memastikan ketenteraman rantau ini terus terjamin termasuklah menangani ancaman dan penularan pengganas seperti kumpulan militan Negara Islam (IS). 4. PN-1331-L21544 Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang ditawarkan ini mendapat sambutan di kalangan pengusaha di luar bandar. Sejak lima tahun lalu, berapa ramai yang telah mendapat kemudahan ini dan berapa ramai yang berjaya sebagai pengusaha Bumiputera luar bandar yang berpotensi dan berdaya maju.

Upload: vanduong

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 23 APRIL 2015, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 9

MENGANGKAT SUMPAH

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1331-L21398 Dato' Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha pemuliharaan semula hutan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian untuk memulihkan tanah rezab hutan yang rosak teruk akibat penerokaan hutan tidak terkawal.

2. PN-1331-L21813 Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan keperluan internet jalur lebar di dalam negara telah semakin meningkat dan penggunaan yang semakin meluas, apakah langkah-langkah Kerajaan dalam memastikan supaya kemudahan internet jalur lebar ini dapat dipertingkatkan ke seluruh negara dan apakah perancangan khusus bagi negeri Perak Darul Ridzuan.

3. PN-1331-L21800 Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan pelaksanaan Pasukan Pengaman ASEAN dalam menubuhkan unit keselamatan rentas sempadan khas bagi memastikan ketenteraman rantau ini terus terjamin termasuklah menangani ancaman dan penularan pengganas seperti kumpulan militan Negara Islam (IS).

4. PN-1331-L21544 Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang ditawarkan ini mendapat sambutan di kalangan pengusaha di luar bandar. Sejak lima tahun lalu, berapa ramai yang telah mendapat kemudahan ini dan berapa ramai yang berjaya sebagai pengusaha Bumiputera luar bandar yang berpotensi dan berdaya maju.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

2 AUM DN 23/4/2015

5. PN-1331-L21880 Dato' Jaspal Singh minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai sebab-sebab negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang telah mengalami banjir yang begitu teruk pada awal tahun ini. Apakah jumlah wang yang telah diperuntukkan untuk membantu keluarga-keluarga dan pembinaan semula infrastruktur di negeri-negeri ini.

6. PN-1331-L21252

Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak Kementerian sehingga mutu pendidikan negara merosot. Apakah pihak Kementerian perlukan peruntukan yang lebih atau perlu merombak sistem pendidikan sepenuhnya.

7. PN-1331-L22042 Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengikut laporan media, Polis masih meneruskan siasatan sama ada terdapat pembabitan sekolah tahfiz dalam penyebaran ideologi IS. Siasatan akan merangkumi latar belakang guru-guru. Apakah ada sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian di negara ini yang terlibat dalam penyebaran IS dan jika ada, apakah tindakan seterusnya oleh pihak KDN serta apakah tindakan yang bakal diambil terhadap mereka yang telah ke Syria menyertai IS dan pulang semula.

8. PN-1331-L21524 Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah usaha ataupun langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian dalam meningkatkan pendapatan pekebun-pekebun kecil khususnya penoreh getah.

9. PN-1331-L21730 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status terkini penambahbaikan Laluan Kerjaya dan Skim Perkhidmatan bagi Pensyarah dan Pegawai Akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik dan Kolej Komuniti dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.

10. PN-1331-L22050 Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan dasar YAB Ketua Menteri Sarawak yang baharu memberi penekanan kepada keperluan asas dan pembangunan di kawasan luar bandar dan pedalaman negeri Sarawak yang masih belum mencukupi. Bagaimanakah komitmen Kementerian dalam menentukan segalanya dapat dilaksanakan sepenuhnya dalam RMK 11 nanti.

11. PN-1331-L21375

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menghapuskan pihak tengah (“outsource company”) dalam prosedur pengumpulan dan pemprosesan visa warga asing ke Malaysia dan pemprosesan Visa bagi orang Malaysia ke luar negara.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

AUM DN 23/4/2015 3

12. PN-1331-L21978 Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :

(a) apakah faktor menyebabkan kedudukan negara jatuh merudum

berdasarkan ujian PISA “Programme For International Student Assessment" meskipun bajet besar diperuntukkan kepada Kementerian. Apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh Kementerian bagi memastikan universiti tempatan mencapai ranking terbaik sekurang-kurangnya di Asia ; dan

(b) adakah Kementerian berhasrat melaksanakan dasar

pengambilan golongan yang mempunyai kemahiran serta pengalaman kerjaya, bukan kelulusan akademik semata-mata sebagai tenaga pengajar di universiti. Adakah Kementerian bercadang mewujudkan satu sistem persekolahan yang seragam sebagai alat perpaduan.

13. PN-1331-L21818

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) berapa lamakah tempoh yang diambil bagi pihak Kementeiran

untuk menyelesaikan kes-kes yang membabitkan anggota polis yang disabitkan kesalahan jenayah dan bukan jenayah serta sabitan kesalahan yang diragui; dan

(b) adakah mereka ini diberikan khidmat bantuan guaman secara

percuma. 14. PN-1331-L21150

Datuk Seri Nalla K. S. minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan jumlah lesen perniagaan yang telah ditarik balik oleh DBKL dan berapakah lesen baru yang dikeluarkan, khususnya kepada kaum India. Apakah perancangan pihak DBKL untuk memastikan lebih banyak peluang perniagaan dapat diberikan kepada pemohon melalui pemberian lesen dan juga tapak-tapak yang lebih sesuai.

15. PN-1331-L21641 Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah pemegang lesen syarikat kawalan keselamatan yang didapati telah menyalahgunakan lesen mereka kepada pihak lain bagi menjalankan perniagaan itu dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan atas angin.

16. PN-1331-L21758 Tuan Zali bin Mat Yasin minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan Pertubuhan belia adalah nadi Kerajaan dalam membantu mengurus tadbir aktiviti dan program anak muda. Persoalannya, apakah perancangan Kementerian dalam memperkasakan pembangunan belia di peringkat cawangan pertubuhan belia dan berapa ramaikah golongan belia yang terkesan dan mendapat manfaat dari program-program yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

4 AUM DN 23/4/2015

17. PN-1331-L22027 Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan usaha yang dijalankan oleh DBKL untuk menjadikan Kuala Lumpur bandaraya yang mesra OKU menjelang pencapaian kedudukan "World Class City" pada tahun 2020.

18. PN-1331-L21779 Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah permohonan surat beranak yang masih dalam pertimbangan mengikut kaum sehingga kini dan apakah yang menyebabkan kelewatan dalam kelulusan permohonan tersebut.

19. PN-1331-L21806 Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapakah projek pengindahan Sungai Melaka Fasa 3, 4 dan 5 dari pengkalan Rama ke Pringgit lewat siap dan bilakah tarikh baru projek ini akan di siapkan dan adakah Kerajaan bercadang memanggil tender semula.

20. PN-1331-L21384 Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah wang yang dibelanja oleh Kerajaan untuk mencari kapal MH 370 dan sehingga bilakah pencarian ini akan diteruskan.

21. PN-1331-L21915

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

(a) apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan

supaya syarikat-syarikat telekomunikasi mengurangkan kadar caj telefon mudah alih dan internet memandangkan isu tersebut telah pun dibangkitkan beberapa kali di dalam Parlimen Malaysia; dan

(b) adakah Kerajaan akan mengkaji dan mencadangkan kepada

syarikat-syarikat telekomunikasi supaya menggantikan caj sekarang berdasarkan setiap seminit kepada setiap saat (per-second charge) untuk telefon mudah alih dan bagi pengguna internet pula digantikan berdasarkan setiap kilobait untuk data service yang mana kini adalah berdasarkan setiap megabait.

22. PN-1331-L21559

Dato' Dr. Hou Kok Chung minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kerajaan akan membenarkan hospital-hospital swasta dijadikan hospital latihan bertauliah untuk graduan dalam bidang perubatan menjalankan "internship", dan jika tidak, mengapa.

23. PN-1331-L21940

Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana agenda usaha "Malaysia International Islamic Financial Centre" (MIFC) telah membuahkan hasil dari segi pulangan dalam negara.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

AUM DN 23/4/2015 5

24. PN-1331-L21768 Tuan Zali bin Mat Yasin minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sektor pelancongan memberikan pulangan yang besar kepada negara dan penglibatan belia dalam sektor ini turut menyumbangkan peningkatan pendapatan negara. Persoalannya, adakah Kerajaan menyediakan dana khusus bagi golongan belia untuk menceburi industri pelancongan dan apakah tindakan Kerajaan Pusat dalam membantu Kerajaan Negeri menyelesaikan kesesakan di kawasan Bandar seperti di negeri Melaka.

25. PN-1331-L21589 Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah krisis pengangguran di negara ini merugikan dari segi kos dan apakah mekanisme dalam membantu siswazah menganggur mendapat pekerjaan mengikut kemahiran bagi memastikan kita mempunyai tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi 2020.

26. PN-1331-L21479 Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mencegah bencana banjir di negeri Johor semasa musim tengkujuh.

27. PN-1331-L21282

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) sedarkah pihak Kementerian dan pihak berkuasa bahawa

negara mengalami kerugian berbilion ringgit saban tahun angkara kegiatan penyeludupan rokok serta minuman keras di pintu-pintu sempadan negara; dan

(b) selain dari operasi serta rampasan, adakah Kementerian

berpandangan kegiatan ini sukar dibendung ekoran berlakunya ketirisan dan rasuah di kalangan penguatkuasa yang bertugas di sempadan.

28. PN-1331-L21910

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah risikonya ekoran terdapat pencawang telekomunikasi yang dipasang di merata tempat oleh syarikat telekomunikasi termasuk di sekolah dan rumah ibadah. Adakah Kementerian membuat pemantauan berkala untuk mengukur tahap radiasi yang dipancarkan dari pencawang ini.

29. PN-1331-L21967

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan badan-badan bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dengan usaha pemulihan penagih dadah dan bentuk bantuan yang diberikan oleh Kerajaan bagi NGO ini.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

6 AUM DN 23/4/2015

30. PN-1331-L21998 Dato' Boon Som a/l Inong minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Malaysia berhasrat untuk melaksanakan hukum hudud sebagai salah satu undang-undang utama bagi pencegahan jenayah di negara ini pada masa akan datang.

31. PN-1331-L21090

Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan pandangan Kementerian terhadap iklan dan papan tanda yang tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.

32. PN-1331-L21307

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian masih terbuka dengan cadangan mengasingkan fungsi klinik dan farmasi.

33. PN-1331-L21686

Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :

(a) pendirian terhadap laporan akhir berkaitan Malaysia melalui

“Universal Periodic Review” (UPR) yang diadaptasi semasa sesi ke 25 oleh Badan Hak Asasi pada 20.3.2015 di mana 150 saranan akan mendapat sokongan Kerajaan manakala 84 saranan lain tidak disokong; dan

(b) apakah kedudukan implementasi yang telah diambil oleh pihak Kementerian setakat ini dan apakah mekanisma kawalan dan pemerhatian yang dilaksanakan.

34. PN-1331-L21200

Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta PERDANA MENTERI menyatakan Skim Usahawan Bumiputera Permulaan atau SUPERB diperuntukkan dana sebanyak RM100 juta untuk membiayai Bumiputera memulakan perniagaan melalui cabaran perniagaan dengan “pitching ideas”. Sejauh mana berkesanannya program ini dalam melahirkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan kejayaan setakat ini.

35. PN-1331-L21605

Datuk Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah kemungkinan dan anggaran kos untuk jalanraya Utara-Selatan dilengkapkan dengan lampu jalan untuk sepanjang lebuhraya tersebut.

36. PN-1331-L21713

Dato' Dr. Johari bin Mat minta PERDANA MENTERI menyatakan kekerapan banjir yang berlaku di negeri-negeri yang terlibat dan anggaran kerosakan yang dialami serta berapakah anggaran kerosakan yang ditaksirkan akibat banjir 2014 baru-baru ini mengikut negeri yang terlibat.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

AUM DN 23/4/2015 7

37. PN-1331-L21305 Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah wujud slot rancangan sama ada televisyen mahupun radio (RTM) yang memberikan pendidikan dan maklumat mengenai hak-hak para pekerja.

38. PN-1331-L21494 Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang akan di ambil oleh Kerajaan berhubung dengan kesesakan yang terdapat di Sempadan Bukit Kayu Hitam dan Danok setiap kali hari cuti di mana rakyat di kedua-dua buah negara membuat lawatan.

39. PN-1331-L21649

Tuan Chong Sin Woon minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha-usaha yang diambil oleh Kementerian untuk mempertingkatkan sistem e-learning di Malaysia, memandangkan e-Learning akan mengganti sistem pendidikan yang seadanya pada masa depan.

40. PN-1331-L21838

Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah kos keseluruhan yang ditanggung oleh pihak Kerajaan bagi melaksanakan sistem pencukaian GST.

41. PN-1331-L21412 Dato' Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik bilangan warga asing yang tinggal lebih tempoh setelah memasuki Malaysia semenjak lima tahun lalu dan apakah usaha Kementerian dalam mengesan dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka sebelum menghantar mereka pulang ke negara asal sesuai dengan penggunaan sistem biometrik dan e-kad yang yang digunakan sekarang ini.

42. PN-1331-L21514

Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk mengkaji semula pemberian komisyen jualan minyak kepada pengusaha stesen kerana kali terakhir kadar komisyen tersebut dinaikkan adalah pada tahun 2006.

43. PN-1331-L22017 Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah antara kesemua Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia yang telah menubuhkan Jawatan Kuasa Teknikal atau Jawatan Kuasa Khas untuk memantau penguatkuasaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 1991 di PBT masing-masing.

44. PN-1331-L21080

Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jaminan Kerajaan dan Khazanah Nasional berhubung pelan penstrukturan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) agar kepentingan aset MAS seiring dengan fungsinya sebagai syarikat penerbangan nasional dilindungi.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

8 AUM DN 23/4/2015

45. PN-1331-L21100 Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang telah diambil terhadap anggota polis yang didapati bertanggunjawab keatas kematian Chandran Perumal pada 10 September 2012, C. Sugumar pada 23 Januari 2013 dan P. Karuna Nithi pada 1 Jun 2013.

46. PN-1331-L21232

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah orang Islam yang telah menukar agama mereka kepada agama lain dan apakah sebab-sebab kes ini berlaku.

47. PN-1331-L21125

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah kes penyalahgunaan rumah PPR di bawah kelolaan Kementerian yang telah dilaporkan di seluruh negara khususnya Negeri Sabah dari tahun 2011 hingga sekarang dan apakah penyelesaian yang telah dibuat.

48. PN-1331-L21110

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan hasil siasatan isu penerbangan “drone” di lapangan Terbang KLIA baru-baru ini dan langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan kejadian sedemikian tidak berulang dan penggunaan “drone” atau UAV (“Unmanned Aerial Vehicles”) tidak menjadi ancaman kepada keselamatan awam.

49. PN-1331-L21435 Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah GST akan dikenakan terhadap buku-buku latihan, buku teks sekolah dan buku-buku ilmiah dan apakah usaha Kementerian bagi memastikan harga buku-buku ini tidak membebankan rakyat.

50. PN-1331-L21469

Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tapak pelupusan yang sedia ada di Kampung Ayer Putih, Pekan Nenas, Johor telah ditutup pada tahun 2010. Pihak Kerajaan telah berjaya memperolehi sebuah tapak yang baru di Mk Jeram Batu, Pontian, Johor seluas 26.38 ekar. Bilakah tapak baru tersebut boleh digunakan.

51. PN-1331-L21504

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan kepada MALAYSIAN AIRPORT BERHAD yang mengenakan sewa yang terlalu tinggi kepada syarikat-syarikat yang beroperasi di Bangunan KLIA2 sehingga terdapat syarikat-syarikat yang telah menutup perniagaaan mereka khususnya daripada kalangan Bumiputera.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

AUM DN 23/4/2015 9

52. PN-1331-L21439 Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) kaedah memperkenalkan aturan kerja fleksibel (FWA) untuk

kakitangan awam wanita yang di jangka mampu untuk meningkatkan produktiviti pekerja dan negara; dan

(b) adakah kajian lebih mendalam di jalankan agar dasar ini sesuai

dilaksanakan untuk semua peringkat kakitangan serta cadangan untuk diperluaskan ke sektor swasta.

53. PN-1331-L21665

Datuk Jamilah Sulaiman minta PERDANA MENTERI menyatakan komitmen Kerajaan dari segi kesanggupan memperuntukan bajet yang mencukupi bagi kegiatan agama dan moral bagi tempoh 5 tahun akan datang, menjelang tahun 2020 apabila negara mencapai tahap negara maju.

54. PN-1331-L21459

Datuk Lihan Jok minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah Kerajaan akan menghadkan penubuhan sekolah-sekolah untuk anak-anak pekerja asing dari Indonesia sepertimana yang telah dipersetujui oleh Kerajaan baru-baru ini.

55. PN-1331-L21930

Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk membantu proses pembersihan sistem pengundian dalam Majlis Peguam dengan meminda Akta Profesion Undang-Undang 1976 supaya lebih telus sejajar dan selari dengan usaha pihak BERSIH yang dipelopori oleh sebahagian ahli "senior" Majlis Peguam.

56. PN-1331-L21828

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang meneruskan program penurunan harga barang kepada agensi lain setelah melaksanakannya kepada peniaga di bawah FAMA.

57. PN-1331-L21175

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang sedang beroperasi di seluruh negara masakini mengikut negeri dan bilangan warga emas mendaftar di PAWE ini serta nyatakan langkah Kerajaan bagi menyediakan PAWE dalam menampung permintaan warga emas yang terus meningkat.

58. PN-1331-L21594

Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah kejayaan "Visit Malaysia Year 2014" dan statistik pelancong pada tahun lepas mengikut pecahan negara.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

10 AUM DN 23/4/2015

59. PN-1331-L21534 Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah pencapaian pihak Kementerian dapat membantu warga emas yang hidup melarat mengalami kemiskinan tegar agar dapat meneruskan kehidupan seperti masyarakat biasa dengan pemberian bantuan sara hidup oleh Kementerian.

60. PN-1331-L21217

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kes penculikan yang berlaku setiap negeri di Malaysia sejak tahun 2000 sehingga 2014 dan tindakan apakah yang diambil oleh pihak berkenaan untuk membendung kes-kes penculikan setakat ini.

61. PN-1331-L21345

Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mana-mana kajian saintifik yang mengenal pasti bahawa faktor utama kesan pembalakan adalah antara punca utama banjir.

62. PN-1331-L21174

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pelancaran Indeks Syariah Malaysia (ISM) akan membantu meningkatkan tahap keyakinan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini dan peringkat antarabangsa terhadap pelaksanaan dasar ekonomi berteraskan syariah di negara ini.

63. PN-1331-L21295

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan lambakan pekerja asing dari Nepal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di negara ini yang dibimbangi jika tidak dikawal, ianya mampu menggugat keselamatan negara.

64. PN-1331-L21416

Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapakah kita masih menghantar pelajar-pelajar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran mereka sedangkan kita menggalakkan pelajar-pelajar asing menyertai universiti-universiti di negara kita.

65. PN-1331-L21158

Datuk Seri Nalla K. S. minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang akan diambil ke atas sesetengah golongan yang lantang mengkritik serta menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri-menteri lain serta ahli keluarga mereka secara terang-terangan.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

AUM DN 23/4/2015 11

66. PN-1331-L21274 Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) apakah langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan sejak

pengumuman perlaksanaan GST 17 bulan yang lepas sehingga hari ini untuk mendidik rakyat mendapat informasi yang sahih dan tepat berkenaan GST ini; dan

(b) berapakah jangka masa yang telah ditetapkan kepada pihak

kastam untuk memproses dan membayar balik yuntutan cukai yang dibuat oleh peniaga setelah mengenakan kepada pengguna.

67. PN-1331-L21347

Tuan Koh Chin Han minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) apakah statistik jumlah pelancong yang telah datang ke

Malaysia pada tahun 2014 sehingga kini mengikut pecahan negara dan sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian; dan

(b) apakah langkah yang dilakukan oleh Kementerian untuk meningkatkan pelancong asing ke Malaysia terutamanya selepas berlakunya tragedi MH370.

68. PN-1331-L21689

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang langkah-langkah yang akan diambil bagi membangunkan Daerah Meradong serta kebolehlaksanaan cadangan pembinaan jalan baru yang menghubung Kampung Sungai Sian, Bintagor dengan Jalan Tanjung Manis-Sibu yang dipercayai dapat menarik aktiviti ekonomi ke Bintagor.

69. PN-1331-L21199 Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :

(a) mengapa masih wujud individu mahupun organisasi yang masih

terus mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan serta kedudukan Raja-raja Melayu; dan

(b) adakah Kementerian berpandangan kebebasan bersuara yang diamalkan di negara ini adalah secara tidak bertanggungjawab sekaligus berisiko mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.

70. PN-1331-L21449

Datuk Lihan Jok minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk memperbaiki sistem satelit bagi memperhebatkan sistem perhubungan siber di luar bandar Sarawak.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

12 AUM DN 23/4/2015

71. PN-1331-L21673 Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada terdapat rancangan untuk menaiktaraf Hospital Umum Bintulu atau mendirikan hospital baru bagi meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan dan perubatan, terutama dalam bidang yang berkaitan dengan penyakit jantung, kanser dan kecemasan kritikal.

72. PN-1331-L21881 Datuk Dr. Lucas Umbul minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah penambahbaikan terhadap pengurusan banjir di seluruh negara setelah berlaku bencana banjir paling buruk baru-baru ini.

73. PN-1331-L21702

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah trend notifikasi semasa penyakit berjangkit pasca banjir di negeri-negeri yang terjejas banjir baru-baru ini dan sehingga kini, berapa ramaikah mangsa banjir yang masih menerima rawatan psikologi akibat trauma dan tekanan emosi.

74. PN-1331-L21369

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan selain daripada Program Pengurusan Permintaan Air, adakah Kementerian akan mempertimbangkan langkah komprehensif seperti mengehadkan masa operasi terhadap operator mencuci kereta sebagai langkah jangka masa panjang yang akan dilaksanakan untuk mengatasi krisis air.

75. PN-1331-L21317

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah mereka yang diisytiharkan sebagai muflis dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan berapakah jumlah hutang yang menjadi syarat untuk seseorang itu boleh diistiharkan sebagai muflis.

76. PN-1331-L21911

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian Kesihatan telah membuat kajian terhadap mee segera,isi kandungan bahan perencah mee segera dan pek pembungkusan (dalam bentuk mangkuk atau cawan) dan jika ada, adakah produk tersebut mengandungi bahan-bahan yang akan memberi kesan negatif kepada kesihatan pengguna.

77. PN-1331-L21579

Dato' Goonasakaran A/L Raman minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah halangan atau rintangan yang dihadapi dalam mempromosikan panel solar dalam sektor pembinaan rumah-rumah kediaman bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

78. PN-1331-L21951

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan tahap penggunaan perkhidmatan pembelian secara atas talian berbanding tahap aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berkaitan perkhidmatan pembelian secara atas talian.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

AUM DN 23/4/2015 13

79. PN-1331-L21848 Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pelajar lepasan SPM dan STPM yang keciciran bagi melanjutkan pelajaran ke IPTA serta adakah sebarang bantuan atau peluang diberikan kepada pelajar yang mendapat gred sederhana untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.

80. PN-1331-L21329

Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bilangan Harta Intelek yang telah didaftarkan. Apakah usaha-usaha yang diambil untuk meningkatkan bilangan tersebut.

81. PN-1331-L21624

Dato' Chai Kim Sen minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dapat memerangi rasuah di sektor perdagangan terutama seketika peniaga-peniaga berurus dengan pegawai-pegawai Kerajaan.

82. PN-1331-L21569

Datuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk mengawal penjualan "Drones" sebagai alat permainan biasa, dengan menguatkuasakan penjualan "Drones" kepada pihak-pihak tertentu sahaja dan memerlukan permit khas demi menjaga keselamatan awam dan juga negara.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

14 AUM DN 23/4/2015

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 10/2015)

Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (23 April, 2015) [ Menteri Dalam Negeri ]

2. (D.R. 30/2014) Rang Undang-undang Teknologis dan Juruteknik 2014 [ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ]

Bacaan Kali Yang

Kedua

3. (D.R 6/2015) Rang Undang-undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R. 5/2015)

Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) (No.2) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

5. (D.R. 4/2015)

Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

6. (D.R. 8/2015)

Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

7. (D.R. 7/2015)

Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

AUM DN 23/4/2015 15

8. (D.R. 17/2015)

Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

Bacaan Kali Yang

Kedua

9. (D.R 29/2014) Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014

[ Menteri Pendidikan ]

10. (D.R 26/2014) Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2014 [ Menteri Sumber Manusia ]

11. (D.R 23/2014) Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

12. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-

“Bahawa Majlis ini membuat resolusi menurut subseksyen (4), Seksyen 1, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 supaya akta ini hendaklah terus berkuatkuasa bagi tempoh 5 tahun lagi mulai dari 15 Jun 2015.”

13. PN-1331-U21745

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum akan rungutan orang ramai tentang kenaikan mendadak harga susu untuk kanak-kanak berumur 1 bulan hingga 6 tahun (bagi Jenama Bukan Premium). Situasi ini ekoran peniaga dan pembekal memberikan alasan kejatuhan nilai ringgit berbanding US Dollar dan Implikasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan bermula 1 April 2015. Melalui semakan dan pemerhatian terhadap “trend” susu kanak-kanak bukan jenama premium ini, ianya mengalami kenaikan mendadak dari RM 19.00 pada tahun 2013 hingga RM 29.00 satu pek dengan kapasiti berat bersih 1kg atau 900gm. Terdapat juga jenama premium ini, membuat penjenamaan semula “packaging” dan berat bersih dikurangkan kepada 900gm. Justeru, saya mohon mencadangkan agar Kerajaan membekalkan susu untuk kegunaan kanak-kanak ini dengan menjualnya melalui Klinik-Klinik Ibu dan Anak, Poliklinik Kerajaan, Klinik 1Malaysia dan Hospital Kerajaan dengan Harga yang murah agar eksploitasi pengilang, pembekal dan peruncit untuk susu kanak-kanak ini dapat dibendung." [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

16 AUM DN 23/4/2015

14. PN-1331-U21746 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu meminda akta sedia ada bagi mengutip cukai pendapatan individu bagi semua pekerja asing di Malaysia tanpa mengira berapa banyak pendapatan mereka. Ini kerana setiap bulan, berbilion Ringgit Malaysia wang hasil pendapatan mereka dihantar pulang ke negara asal mereka menyumbang kepada persekitaran tidak sihat ekonomi tempatan." [ Menteri Kewangan ]

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

AUM DN 23/4/2015 17

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN NEGARA)

TAHUN 2015

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

CMD. 5 Laporan Ketua Audit Negara 2014 23 April 2015 Aktiviti Kementerian / Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 1

CMD. 6 Laporan Ketua Audit Negara 2014 23 April 2015

Siri 1 Pengurusan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Dan Pengurusan Syarikat Subsidiari

CMD. 7 Maklum Balas Ke Atas Laporan Ketua 23 April 2015

Audit Negara Siri 1 Tahun 2014 Mengenai Aktiviti Kementerian / Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Serta Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Dan Pengurusan Syarikat Subsidiari

CMD. 8 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 23 April 2015

Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Siri 1

CMD. 9 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 23 April 2015

Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Siri 1

CMD. 10 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 23 April 2015

Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan Siri 1

CMD. 11 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 23 April 2015

Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Siri 1

CMD. 12 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 23 April 2015 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan Siri 1

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileatas angin. ... tenaga mahir yang mencukupi dalam menuju ke arah negara maju ... usahawan Bumiputera yang berdaya saing serta peratusan

18 AUM DN 23/4/2015

CMD. 13 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 23 April 2015 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Siri 1

CMD. 14 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 23 April 2015

Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak Siri 1

CMD. 15 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 23 April 2015 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perlis Siri 1

CMD. 16 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 23 April 2015 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Siri 1

CMD. 17 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 23 April 2015 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah Siri 1

CMD. 18 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 23 April 2015 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sarawak Siri 1

CMD. 19 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 23 April 2015 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Siri 1

CMD. 20 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 23 April 2015 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Siri 1