malaysia dan hubungan serantau

Upload: aloysius-raj

Post on 03-Jun-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Malaysia Dan Hubungan Serantau

    1/5

    Malaysia dan Hubungan Serantau (ASEAN)

    Keanggotaan dan matlamat

    Bentuk kerjasama

    Cabaran

    Pengenalan

    Dasar luar Malaysia bertujuan menjamin kemakmuran dan kestabilan negara serta keselamatan

    negara. Kerjasama antarabangsa dan hubungan luar melibatkan unsure politik, social, ekonomi dan

    budaya. Dasar luar Malaysia juga melibatkan usaha mencari cara-cara baharu untuk mencapai dan

    menjaga kepentingan negara dalam persekitaran antarabangsa yang sentiasa berubah.

    Perkembangan dasar luar negara dipengaruhi fahaman atau konsep kepimpinan setiap PerdanaMenteri. Jika sebelumnya dasar luar negara lebih menekankan hubungan serantau, kini penekanan

    lebih diberikan pada hubungan dengan negara lain pada peringkat antarabangsa demi memelihara

    kepentingan ekonomi dan politik selaras dengan era globalisasi.

    Keanggotaan dan Matlamat

    Keanggotaan ASEAN

    Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan di Bangkok, Thailand pada 8 Ogos

    1967 melalui Deklarasi Bangkok.

    ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Brunei Darussalam

    menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984, Vietnam pada tahun 1995, Laos dan Myanmar pada tahun

    1997 dan Kemboja (Kampuchea) pula menyertai ASEAN pada tahun 1999.

    Matlamat ASEAN

    Antara matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti berikut:

    Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan pembangunan kebudayaan di

    rantau Asia Tenggara.

    Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip

    Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

    Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk

    latihan dan penyelidikan

    Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor pertanian danperdagangan.

  • 8/12/2019 Malaysia Dan Hubungan Serantau

    2/5

    Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.

    Bentuk Kerjasama

    Kerjasama Politik

    1. Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN telah

    diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.

    2. Matlamat penubuhannya ialah:

    a. Memelihara keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mengelak campur

    tangan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal di

    rantau ini.

    b. Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara

    aman dan bukan menggunakan kekerasan.

    c. Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.

    d. Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.

    3. Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan

    kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.

  • 8/12/2019 Malaysia Dan Hubungan Serantau

    3/5

    4. ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan Vietnam di

    Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk

    menentukan nasib negara mereka sendiri.

    Kerjasama Ekonomi

    Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana tiada aktiviti

    dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian seperti

    Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan

    Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa

    Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.

    Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:

    Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:

    Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia

    Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia

    Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina

    Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura

    Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand

    Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.

    Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya dalam bidang automotif.

    Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk meningkatkan perdagangan antara

    negara anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan

    istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan perluasan tarif istimewa.

    Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan

    Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) ditubuhkan untuk menyelaras kegiatan bank-bank

    perdagangan di rantau ASEAN

    Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada negara-

    negara yang terlibat dalam projek-projek uasaha sama ASEAN.

    Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi

    Pemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota

    Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen

    Mengiktiraf lessen pemandu di rantau ASEAN

    Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian

    Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data mengenai

    masalah pertanian

    Penubuhan Plant Quarantine Traning Centre and Institute di Serdang

  • 8/12/2019 Malaysia Dan Hubungan Serantau

    4/5

    Mengadakan dialog dengan negara-negara maju

    Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan pembangunan dalam bidang

    perdagangan, perlancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:

    IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)

    IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura) BIMP-EAGA (Kawasan

    Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina)

    Kerjasama Sosial dan Kebudayaan

    Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negara ASEAN melalui

    aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dll.

    Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Tujuan penubuhan

    adalah seperti berikut:

    Mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan bahasa moden

    Meningkatkan semangat persaudaraan di antara negara anggota

    Meningkatkan peranan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan yang lebih luas

    Pembentukan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)

    Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan

    Menganjurkan projek berikut;

    Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC)

    Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH)

    Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.

  • 8/12/2019 Malaysia Dan Hubungan Serantau

    5/5

    Cabaran ASEAN

    Ekonomi

    Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah dan

    getah asli negara-negara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi dirantau ini.Negara-

    negara ASEAN terpaksa member perhatian kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan.

    Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkan persaingan yang sengit dikalangan

    negara ASEAN.Pergantungan kepada negara maju dari segi ekonomi masih berlanjutan. Indonesia

    dan Thailand dibebani hutang luar negara.

    Sosial

    Negara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan taraf hidup rakyatnya. Prosespembandaran yang pesat dan kadar pengangguran yang meningkat menjejaskan usaha

    meningkatkan taraf hidup penduduk di negara ASEAN.

    Politik

    Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN Percubaan rampasan kuasa atau keganasan di

    Filipina dan Indonesia. Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap kebebasan berpolitik

    di negara masing-masing.