maksud sains

8
SCE3102 PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK Nama: Rohasimah binti Abd Rashid Kumpulan:P 1.5 1 a) Terangkan apakah Sains. Perkataan sains berasal daripada bahasa Latin "scientia," yang bermaksud pengetahuan. Menurut Kamus New Collegiate Webster, takrif sains adalah pengetahuan yang dicapai melalui kajian atau amalan, atau pengetahuan meliputi kebenaran am operasi undang-undang am. Ia diperolehi dan diuji melalui kaedah saintifik dan berkenaan dengan fizikal dunia. " Sains adalah satu sistem untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Sistem ini menggunakan pemerhatian dan penyiasatan untuk menerangkan dan menjelaskan fenomena semula jadi. Istilah sains juga merujuk kepada koleksi pengetahuan yang telah dikumpulan melalui sistem itu.Semasa melakukan penyiasatan ahli-ahli sains mengamalkan sikap dan nilai-nilai yang tertentu. Sains mencari maklumat terhadap sifat ingin tahu yang sedia ada dalam diri kita tentang alam semulajadi. Melalui sains kita akan tahu jawapannya.Sains itu bersifat kompleks dan “multi-faceted”.Fokus sains adalah tentang alam semulajadi.Selain itu,sains adalah satu cara pembelajaran tentang alam semulajadi,cara alam semulajadi berfungsi dan kenapa alam semulajadi itu begitu. Jadi sains bukan hanya tentang koleksi fakta tetapi proses untuk mencari kefahaman.Sains adalah berkaitan dengan menguji idea –idea , membuat kesimpulan berasaskan bukti penyiasatan. Sains juga merupakan ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik)yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya.Sains lebih merupakan sikap inkuiri,pemerhatian dan penaakulan mengenai duniaini.Sains diperkembangkan,bukan dengan cara menghafal fakta atau rumus demi mendapatkan jawapan,tetapi dengan cara benar- benar mengamalkan pemerhatian dan penaakulan.

Upload: rohasimah-abd-rashid

Post on 25-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

apa itu sains

TRANSCRIPT

SCE3102 PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAKNama: Rohasimah binti Abd RashidKumpulan:P 1.51 a) Terangkan apakah Sains.Perkataan sains berasal daripada bahasa Latin "scientia," yang bermaksud pengetahuan. Menurut Kamus New Collegiate Webster, takrif sains adalah pengetahuan yang dicapai melalui kajian atau amalan, atau pengetahuan meliputi kebenaran am operasi undang-undang am. Ia diperolehi dan diuji melalui kaedah saintifik dan berkenaan dengan fizikal dunia. " Sains adalah satu sistem untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Sistem ini menggunakan pemerhatian dan penyiasatan untuk menerangkan dan menjelaskan fenomena semula jadi. Istilah sains juga merujuk kepada koleksi pengetahuan yang telah dikumpulan melalui sistem itu.Semasa melakukan penyiasatan ahli-ahli sains mengamalkan sikap dan nilai-nilai yang tertentu.

Sains mencari maklumat terhadap sifat ingin tahu yang sedia ada dalam diri kita tentang alam semulajadi. Melalui sains kita akan tahu jawapannya.Sains itu bersifat kompleks dan multi-faceted.Fokus sains adalah tentang alam semulajadi.Selain itu,sains adalah satu cara pembelajaran tentang alam semulajadi,cara alam semulajadi berfungsi dan kenapa alam semulajadi itu begitu. Jadi sains bukan hanya tentang koleksi fakta tetapi proses untuk mencari kefahaman.Sains adalah berkaitan dengan menguji idea idea , membuat kesimpulan berasaskan bukti penyiasatan. Sains juga merupakan ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik)yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya.Sains lebih merupakan sikap inkuiri,pemerhatian dan penaakulan mengenai duniaini.Sains diperkembangkan,bukan dengan cara menghafal fakta atau rumus demi mendapatkan jawapan,tetapi dengan cara benar-benar mengamalkan pemerhatian dan penaakulan. Sains juga merupakan sebagai proses. Proses sains merujuk kepada cara kerja yang diamalkan oleh ahli sains semasa mengumpul dan mentafsir maklumat.Cara kerja ini dikenali sebagai kaedah saintifik.Sains sebagai proses akan mempertonjolkan bahawa sains akan memperihalkan alam semulajadi dengan menguji ujian empirikal dan analisa.Setiap prinsip sains hanya akan diterima sekiranya disokong dengan bukti yang emperikal. Sains juga sebagai produk.Produk sains yang terhasil daripada proses sains adalah terdiri daripada fakta,konsep,prinsip dan hukum , dan teori.Fakta adalah penyataan khusus tentang sesuatu objek atau insiden dan diperolehi melalui pemerhatian dan pengukuran.Konsep pula adalah idea abstrak yang dibina tentang kejadian,objek,atau fenomena yang mempunyai sifat atau ciri sepunya antara mereka.Prinsip dan hukum pula adalah idea kompleks berdasarkan kepada beberapa konsep yang berkaitan.Hukum sains menerangkan bagaimana sesuatu kejadian terjadi.Teori mengandungi prinsip-prinsip umum yang berkaitan untuk menerangkan sesuatu fenomena.Tujuan sesuatu teori adalah untuk digunakan untuk menerangkan sesuatu berdasarkan bukti.Teori boleh digunakan untuk menerang,menghubungkait,dan meramal. Sains juga sebagai sikap.Sikap saintifik adalah tanggapan mental terhadap seseorang,objek,matapelajaran atau kejadian.Sikap terhadap sains penting sebab sekiranya sikap kanak-kanak positif terhadap sains ,mereka akan bersedia untuk menerima proses pembelajaran sains dengan mudah. Kesimpulannya sains merupakan ilmu pengetahuan tentang apa yang tedapat di sekeliling kita dan ia dikumpul daripada proses sains dan semasa proses sains dijalankan ahli-ahli sains membuat kerja mengikut budaya yang berasaskan kepada sikap dan nilai-nilai murni.

b) Bezakan di antara sains dan pendidikan sains.

c) Huraikan struktur dan fungsi otak. Otak manusia terdiri daripada berjuta-juta neuron yang merupakan struktur asas otak.Saiz otak manusia adalah kira-kira 325gram yang terdiri daripada 10 hingga 12 bilion sel.Kranium dan bendalir member perlindungan kepada otak.Otak manusia terdiri daripada beberapa bahagian.Antaranya saraf tunjang,Medula Oblongata dan Pons,otak tengah,diensefalon,serebelum dan serebrum.Bahagian-bahagian otak manusia ini ditunjukkan seperti rajah di bawah.

Setiap bahagian otak mempunyai fungsi yang tertentu.Antaranya,saraf tunjang.Saraf tunjang berfungsi menerima maklumat daripada sistem sensori(kulit,mata,telinga,lidah dan hidung),sendi otot dan anggota lain lalu mengeluarkan arahan motor untuk bertindak balas seperti melakukan pergerakan. Medula oblongata dan pons terletak di bawah serebrum.Medula oblongata dan pons merupakan sambungan atau jambatan antara saraf tunjang dan bahagian atas otak.Fungsi utama medula ialah mengawal tindakan luar kawal atau otomatik.Tindakan luar kawal adalah tindakan tanpa disedari dan gerakbalas berlaku tanpa kehendak kita.Contoh tindakan luar kawal seperti respirasi,denyutan jantung,tekanan darah,menelan,batuk,bersin dan lain-lain. Otak tengah pula berfungsi mengawal proses pendengaran,proses visual dan pengendalian gerakan mata.Selain itu otak tengah juga mengawal sistem homeostasis dan lintasan refleks.

Selain itu bahagian otak yang lain ialah diensefalon.Diensefalon terdiri daripada hipotalamus dan talamus.Fungsi diensefalon ialah mengawal fungsi involuntari iaitu mengawal pernafasan dan suhu badan manusia.Selain daripada itu fungsi dienselafon ialah memproses maklumat yang berkaitan dengan penglihatan,pendengaran dan deria rasa manusia. Serebelum terletak di bahagian belakang .Terdapat dua bahagian dalam serebelum iaitu bahagian luar dan dalam.Bahagian luar atau permukaan serebelum terdiri daripada jirim kelabu dan berlipat-lipat.Manakala bahagian dalam serebelum terdiri daripada jirim putih yang memenuhi ruang dalamnya.Serebelum menerima impuls dari organ-organ deria yang berkaitan dengan keseimbangan badan.Fungsi serebelum ialah sebagai pengawal imbangan badan sama ada ketika berjalan atau berlari dan juga sebagai bantuan kepada otot-otot untuk menyelaraskan kedudukan,pergerakan dan ketegangan.Serebrum pula merupakan bahagian otak yang paling besar iaitu kira-kira 2/3 daripada otak manusia dan ia memenuhi bahagian atas serta hadapan ruang kranium.Serebrum terbahagi kepada dua hemisfera yang sama saiz iatu hemisfera kiri dan hemisfera kanan.Hemisfera kiri mengawal otot-otot dan menerima maklumat(impuls)dari organ yang terletak di bahagian sebelah kanan .Manakala hemisfera kanan menerima impuls dari bahagian sebelah kiri badan.Kedua dua bahagian serebrum ini dihubungi dengan Kopus Kasolum.Kopus Kasolum lebih banyak lipatan dan terdiri daripada jirim kelabu.Permukaan serebrum dipenuhi lipatan untuk menambahkan luas permukaan supaya dapat menyusun lebih banyak neuron yang aktif.Bahagian belakang serebrum berfungsi mentafsirkan impuls dari retina mata.Gambar warna dan bentuk imej dihantar ke sini untuk perbandingan dan ingatan.Dua kawasan berbentuk jalur di tengah sisi serebrum ialah kawasan deria dan motor.Kawasan deria menerima impuls dari mata,hidung,telinga,lidah dan reseptor deria dari bahagian badan lain.Impuls akan dihantar dari kawasan motor ke pelbagai otot dalam badan untuk membolehkan tindakan gerak balas berlaku.