maksud jerebu..-pbs-...docx

9
maksud Jerebu ialah keadaan kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara. Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. Ia juga dianggap fenomena udara kering. Punca jerebu pambakaran hutan secara besar-besaran faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El- Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di

Upload: tikar-mengkuang

Post on 29-Nov-2015

257 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

maksud jerebu

TRANSCRIPT

Page 1: maksud jerebu..-PBS-...docx

maksud

Jerebu ialah keadaan kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara.

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. Ia juga dianggap fenomena udara kering.

Punca jerebu

pambakaran hutan secara besar-besaran

faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran

Page 2: maksud jerebu..-PBS-...docx

yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama,

Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.

pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian

letupan gunung berapi.

 Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan

tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut

CONTOH KARANGAN JEREBU

 Sejak zaman dahulu lagi isu jerebu yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat. Hal ini disebabkan oleh impak  pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran,contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan di bandar Kuala Lumpur.H a l   i n i   k e r a n a   p r o s e s   k e h i d u p a n  d i   b a n d a r   l e b i h   t e r d e d a h   k e p a d a r i s i k o  i m p a k    pembangunan yang negatif berbanding di

Page 3: maksud jerebu..-PBS-...docx

kawasan luar bandar. Malah, bandar merupakan pusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang berterusankerana terdapat pelbagai masalah alam sekitar yang mengiringi setiap pembangunan, salahsatunya ialah masalah jerebu

Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udaraselain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang.

 Keadaan atmosferadikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatanyang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatanmenjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan.Bagi tempoh-

Page 4: maksud jerebu..-PBS-...docx

tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuacakering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan  p e n c e m a r a n   k e   u d a r a   s a m a   a d a  d a r i p a d a   p u n c a   t e m p a t a n   a t a u   l u a r   n e ga r a   a k a n menyumbang kepada pembentukan jerebu (Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia).1 

Hal ini termasuklah kandungan udara tulen yang wujud dalam keadaan yang lebihdari kandungan sepatutnya. Jerebu ini merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujudsecara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang,asap kenderaan dan asap pembakaran juga adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu.Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapungdi udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini

Page 5: maksud jerebu..-PBS-...docx

kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkankadar penglihatan.Jerebu telah menjadi satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketikadahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara.Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan cuaca jugamemburukkan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda fenomena El- Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dannegara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara daerah yangmengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan Kudat.

Page 6: maksud jerebu..-PBS-...docx

IPU adalah satu sistem yang dibangunkan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan dengan cara yang termudah.

Ia juga adalah satu sistem kepekatan pencemar yang diukur dan ditukarkan kepada suatu nombor pada skala antara 0 hingga 500. Oleh itu, IPU dikategorikan kepada lima tahap iaitu baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya.

Julat IPU bagi kelima-lima tahap ini adalah seperti berikut:

SKALA IPU KUALITI UDARAdari 0-50 Baikdari 51-99 Sederhanadari 100-199 Tidak sihatdari 200-299 Sangat tidak sihat300 ke atas Berbahaya

Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah :

1. Penguatkuasaan undang-undang.

Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi.

Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini.

2. Pendidikan alam sekitar.

Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains, diharap dapat menyemai rasa mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap oleh sektor rumah tangga dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi daripada fenomena cuaca seperti jerebu.

3. Kempen kesedaran alam sekitar.

Kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat mengatasi masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai alam sekitar.

4. Pembenihan awan untuk menghasilkan hujan.

Walaupun hujan yang turun merupakan hujan asid, tetapi dapat mengurangkan masalah jerebu! Udara akan kembali bersih selepas berlakunya hujan. 

4. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Page 7: maksud jerebu..-PBS-...docx

Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan udara.

5. Penggunaan catalytic converter

Penggunaan alat ini juga mampu mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat dikurangkan.

6. Memakai topeng muka.

Untuk mengatasi daripada mendapat kesesakan nafas, batuk dan selsema pemakaian topeng muka ketika berada di luar rumah amatlah digalakkan.

7. Kempen kitar semula.

Melalui kempen kitar semula bahan buangan/sisa pertanian boleh dikitar menjadi bahan baru. Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh dijadikan baja kompos ataupun makanan ternakan. Manakala kayu  getah pula boleh dijadikan perabot seperti meja dan kerusi.

Punca-punca Pencemaran Udara Dan Langkah MengatasinyaBaru-baru ini, negara kita dilanda jerebu yang teruk akibat pembakaran ladang kelapa sawit di negara Indonesia (selatan Sumatera dan Riau). Sebenarnya jerebu ini adalah satu fenomena pencemaran udara. Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Antaranya ialah

1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida.Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara persekitarannya.

Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.

2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung.

Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!

3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api fosil yang terdiri dari petrolium, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa berkenaan. Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu  adalah kerana pembakaran gas asli di stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu.

Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik, biomas dan tenaga suria.  Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina di Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang. 

Page 8: maksud jerebu..-PBS-...docx

4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu. 

Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuktenaga biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar.

5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di Sumatera dan Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu yang amat teruk.

Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan penyapu.

6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.

Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan hari-hari tertentu untuk mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat mengurangkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.

Cara imbas kembali apa yang diajarkan oleh guru

Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.

Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.

Imbas 5 minit setiap 2 minggu.

Imbas 5 – 10 minit dimusim peperiksaan

 

Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Wanita, lelaki, remaja, pakcik makcik, adik-adik dan sesiapapun diluar sana menghadapi masalah lingkari hitam di bawah mata? Sudah mencuba pelbagai petua namun masih belum hilang? Jika begitu, apa kata anda mencuba kaedah yang akan disebutkan di bawah ini.

Page 9: maksud jerebu..-PBS-...docx

Belum cuba belum tahu.Kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda. Terutamanya pada bahagian muka. Ini kerana ia mengandungi enzim catecholase.

Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, jom ikuti 7 langkah di bawah ini :1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.

2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.

3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.

4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.

7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.

Cubalah anda mengamalkan petua ini setiap hari jika berkesempatan. Lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan dengan diizinNYA