jerebu hapuskan ‘selimut’ melemaskan

1
EUSTAZ DR FIRDAUS YAHYA SEMENJAK 20 tahun kebelaka- ngan ini, kita dihantui masalah jere- bu akibat pembakaran ladang dan hutan di Sumatera dan Kalimantan. Masalah tersebut akan berterusan selagi manusia tidak mengambil pela- jaran daripada ujian Allah itu. Allah menjadikan bumi ini untuk didiami bukan sahaja oleh manusia, malah jutaan makhluk lain. Namun, Allah menganugerahkan akal kepada manusia justeru dijadi- kan khalifah di atas muka bumi – mentadbir bumi dengan baik dan me- mastikan ekologi bumi terjaga. Dengan kemampuan akal ber- fikir, dan tangan serta jari mencipta, manusia mampu mengubah dunia, sama ada ke arah kebaikan atau ke- burukan. Lihat sahaja gejala pencemaran alam yang semakin menular di sana sini. Manusia bukan sahaja mence- markan darat, malah laut yang begi- tu luas terkena juga. Atmosfera bu- mi yang begitu tinggi pun tidak terle- pas daripada angkara manusia. Di darat, hutan-hutan semakin kecil, digantikan ‘hutan’ batu dalam bentuk kota raya, ladang dan indus- tri. Sememangnya ini tidak dapat di- elakkan kerana bilangan penduduk dunia kian meningkat. 50 tahun dahulu, penduduk dunia hanyalah berjumlah sekitar 2 bilion orang. Sekarang, dianggarkan sekitar 7 bi- lion manusia mendiami bumi. Penduduk dunia yang semakin bertambah sudah pasti memberi ke- san kepada alam sekitar. Lebih ba- nyak tanah perlu dibersihkan demi membina kediaman, kedai, kilang dan kemudahan lain bagi urusan ser- ta riadah manusia. Dengan meningkatnya per- mintaan manusia terhadap barang dan keperluan asas, sudah pasti syarikat terdorong memenuhi per- mintaan tersebut. Bahan-bahan menghasilkan permintaan itu se- muanya diambil daripada bumi. Pembakaran hutan demi membu- ka ladang-ladang di Indonesia bagi tanaman kelapa sawit adalah contoh yang baik. Minyak kelapa sawit diperlukan dalam menghasilkan pel- bagai barangan, daripada sabun, ma- kanan sehingga hasil industri berat. Permintaan global terhadap mi- nyak kelapa sawit amat tinggi. Ini mendorong pembinasaan hutan yang sudah wujud puluhan ribu tahun bagi menanam kelapa sawit. Maka apabila jerebu melanda, ki- ta tidak boleh hanya menyalahkan pihak Indonesia ataupun pemilik ladang dan petani kecil di sana. Kita juga bersalah. Permintaan kita yang semakin meningkat terhadap pelbagai produk dan sifat pembaziran yang berleluasa dalam kalangan masyarakat negara dunia pertama seperti Singapura juga antara faktor pencetus kewujudan jerebu. Allah menurunkan ujian itu se- bagai peringatan. Kerana inilah sun- natullah. Agar manusia sedar. Allah mengingatkan kita dalam Surah Asy-Syura, ayat 30: “Dan apa saja musibah yang me- nimpa kamu maka adalah disebab- kan oleh perbuatan tanganmu sendi- ri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahan- mu).” Firmannya lagi dalam Surah Rum, ayat 41: “Kerosakan di darat dan di laut te- lah berlaku akibat perbuatan manu- sia, agar Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (aki- bat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Antara cara kembali ke jalan yang benar adalah mengambil lang- kah supaya kembali memainkan pe- ranan sebagai khalifah di bumi ini. LANGKAH PERTAMA Langkah pertama adalah me- ningkatkan kesedaran kepada diri ki- ta dan generasi akan datang betapa pentingnya menjaga ekologi dunia. Perubahan cuaca, binatang laut, terutama ikan yang semakin pupus, udara yang semakin tidak bersih, dan banyak lagi pencemaran alam adalah akibat sifat manusia yang acuh tidak acuh dengan kerapuhan ekologi dunia. Kita perlu memikirkan apakah je- nis bumi yang ingin kita wariskan ke- pada keturunan kita kelak. Adakah bumi yang telah rosak dengan pence- maran akibat perbuatan kita sekarang? Bumi yang panas sehingga mela- hirkan ribut taufan yang mendadak, serta paras air laut yang semakin tinggi lalu menenggelamkan banyak kawasan perairan? Atau bumi yang sekurang-kurang- nya masih boleh dinikmati generasi akan datang. LANGKAH KEDUA Mengurangkan sifat boros dan pembaziran. Sekiranya semua pen- duduk dunia ingin hidup mewah, dua bumi pun tidak akan mencukupi bagi menampung keinginan itu. Islam menekankan sifat jimat cer- mat dan kehidupan yang jauh daripa- da kemewahan yang melampau. Kita harus sentiasa ingat pesanan Al-Quran dalam Surah Al-Isra ayat 26 dan 27: “Janganlah kamu membazir. Se- sungguhnya orang-orang yang suka membazir adalah saudara syaitan.” Ulama mengajar kita cara mengkategorikan benda yang ingin kita beli dan miliki. Sekiranya benda tersebut sesuatu yang diperlukan bagi meneruskan kehidupan, dan tanpanya seseorang tidak dapat hidup, maka barang tersebut mesti dibeli walaupun ber- hutang. Dengan cara tersebut, pembazi- ran dan sifat boros dapat dielakkan. Ini secara langsung bantu melegakan tekanan terhadap bumi akibat eks- ploitasi sumber-sumber aslinya. LANGKAH KETIGA Mengurangkan penggunaan ben- da yang telah dikenal pasti sebagai sumber pencemaran utama. Antara sumber pencemaran uta- ma adalah pembakaran hidrokarbon (minyak dan gas) melalui kenderaan dan penjana kuasa. Bagi pemilik kenderaan, mereka boleh berusaha mengurangkan pem- baziran minyak kereta. Pastikan penggunaan minyak kereta anda lebih mantap (‘efficient’), seperti menaikkan suhu hawa dingin ke paras 24 darjah Cel- sius dan mematikan enjin jika tidak memandu. Antara sumber pencemaran uta- ma juga adalah penggunaan plastik. Plastik ciptaan manusia yang tidak akan hancur walau ditanam atau tenggelam dalam lautan ratusan tahun lamanya. Plastik menyebabkan banyak bi- natang lautan merana sama ada kera- na termakannya atau terjerut. Malah, plastik menyebabkan ba- nyak sistem batu karang mati. Batu karang amat penting dalam memasti- kan keseimbangan ekologi binatang laut. Tanpa batu karang, ikan akan pupus dengan cepat. Oleh sebab itu, kita perlu mengu- rangkan penggunaan plastik. Atau gunakan plastik yang dibuat daripa- da bahan tumbuhan, bukan hidrokar- bon. Plastik sebegitu disifatkan se- bagai ‘biodegradable’ (terbiodegra- dasikan). KESIMPULAN Cogan kata 3R – Reuse, Reduce, Recycle’ (Gunakan Semula, Kurang- kan Penggunaan, Kitar Semula) – perlu dihayati dan diamalkan setiap warga dunia. Barang yang boleh digunakan semula sebaiknya gunakanlah walau- pun sudah lusuh. Tidak perlu beli yang baru. Barang yang tidak boleh di- gunakan lagi, kitar semula. Hantar kepada syarikat yang menawarkan khidmat kitar barang. Misalnya, syarikat SembCorp ba- gi barangan kertas, plastik dan kaca. Rujuk laman Agensi Sekitaran Ke- bangsaan (NEA) jika mahu mem- buang barangan elektronik dan elek- trik pula (‘e-waste’). Jangan buang begitu sahaja kerana ia boleh mera- cuni tanah dan udara. Kita ada satu bumi sahaja. Jika bu- mi ini rosak, manusia tiada tempat lain jika mahu melarikan diri sekalipun. Tanggungjawab menjaga alam ini merupakan amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita sebagai khali- fah. Jalankan tanggungjawab ini de- ngan bijaksana kerana sesungguh- nya kita akan ditanya kelak akan amanah ini. E Penulis pengasas pusat pendidikan Darul Huffaz. EOTHMAN SALAM MASALAH jerebu melanda beberapa negara Asia Tenggara sejak dua dekad lalu. Nampaknya, semakin lama, semakin teruk dan berulang. Menurut kajian, masalah itu berlaku akibat fenomena alam dan keraku- san serta kebebalan manusia. Dianggarkan 70 peratus musibah itu berpun- ca daripada kecuaian dan kejahilan manusia. Jerebu bermula daripada asap akibat pembakaran hutan belukar, se- mak-samun dan tanah gambut yang tidak dapat dikawal. Ringkasnya, punca utamanya ialah perbuatan manusia. Akibatnya, ber- bilion dolar pendapatan negara dan penduduk lesap begitu sahaja. Sifat semula jadi manusia yang sentiasa hendak mengejar keselesaan hidup dan kemewahan merupakan akar masalah. Malangnya, tidak ramai orang berani mengakui sifat lumrah itu. Mereka kerap menuding jari kepa- da orang lain demi menutup kesalah- an sendiri sehingga menjadi seperti duri dalam daging. Tindakan diambil syarikat tempa- tan bagi menghukum pesalah atau pe- laku, yang terdiri daripada syarikat penghasil kertas. Walhal syarikat berkenaan berperanan tidak lebih daripada 20 peratus pencemaran. Se- baliknya, 80 peratus punca pencetus kebakaran tidak dikenakan tindakan. Punca utama kebakaran yang ber- leluasa biasanya merupakan pekebun dan peladang kelapa sawit. Keadaan itu tidak dapat dinafikan kerana hasil minyak kelapa sawit menjadi sumber pencarian dan kemakmuran hidup mereka. Jika diperhatikan hasil kilang di rak-rak pasar raya atau kedai runcit, hampir 80 peratus bahan jualan mengandungi kelapa sawit – sabun, marjerin, alat solek dan sebagainya. Menanam kelapa sawit memang di- gemari peladang dan pekebun kecil kerana mereka memerlukan pendapa- tan, lebih-lebih lagi bilangan anggota keluarga kerap bertambah. Justeru, mereka terpanggil meluaskan kebun dan ladang mereka. Mereka menggunakan cara mudah dan murah bagi meluaskan kebun dan ladang. Walaupun ada undang-undang yang mencegah, mereka meng- gunakan pula cara menyabit, menebas, memotong dan membakar. Cara begini tidak akan diketahui ramai selagi apinya tidak merebak se- hingga tidak terkawal. Masalah jerebu akan timbul apabila kebakaran merebak akibat perci- kan api dan membara di tanah gambut. Sudah tiba masanya semua pihak mencari penyelesaian muktamad dan terjamin selama-lamanya. Pihak berkenaan perlu bermuhasabah dan memikirkan secara bermuafakat, sejajar maksud peribahasa akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba, agar musibah itu tidak berulang. Kalau Switzerland boleh mencipta jentera gerudi gunung raksasa se- masa mereka menangani kesusahan membina terowong demi penakatan, sudah tentu kebijaksanaan serantau juga boleh menangani musibah itu de- ngan penggunaan jentera hasil teknologi tinggi serantau. Jika projek menggunakan teknologi tinggi bagi meluaskan ladang demi menambah penghasilan memerlukan pelaburan banyak, syarikat besar di- galakkan melabur. Syarikat-syarikat berkaitan pemerintah berbentuk kooperasi juga boleh dibangunkan dengan modal berbentuk saham bagi membiayai peng- gunaan jentera semasa memperluas kebun milik pekebun kecil seperti pro- jek persawahan daerah Boria oleh syarikat Ceria di Malaysia. Apabila pekebun kecil menggunakan jentera canggih milik kooperatif dengan teratur, sudah tentu aktiviti ‘slash and burn’ (tebang dan bakar) tidak dilakukan. Malah, sampah dedaunan dan kayu yang terkumpul boleh diproses menjadi produk sampingan. Kepintaran boleh digunakan supaya mencipta stesen jana kuasa kecil yang menggunakan biogas hasil sampah dedaun dan kayu ekoran pember- sihan hutan dan semak-samun. Akhirnya, semua pengendalian kerja pe- ladang dan pekebun dapat diatur dengan baik. Penggunaan semua bentuk rezeki pemberian Allah swt tidak akan diba- zirkan. Bukankah ciptaan Allah swt hadir demi menjana kemakmuran kita bersama? Negara serantau perlu bekerjasama seperti maksud peribahasa kuat lilit kerana simpulnya. E Penulis mantan pendidik. KETIKA masalah jerebu mula menye- lubungi rantau ini pada 1997, Presiden Su- harto, yang ketika itu masih dianggap an- tara tokoh terkuat rantau ini, meminta maaf kerana menyusahkan jiran-jirannya. Namun, masalah jerebu masih terus menyesakkan ruang udara Asean setiap tahun, sehinggalah memuncak tahun ini, dengan indeks pencemaran udara (PSI) di Jambi dan Kalimantan Tengah mencapai paras 2,000. PERUNDANGAN Memang bukan mudah mentadbir nega- ra 17,000 pulau seluas 1.9 juta km persegi. Namun, masalah pembakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan bukanlah perka- ra baru. Sering ia dikaitkan dengan pe- ladang kecil membersihkan lahan secara tebas dan bakar. Ternyata tuduhan tadi tidak cukup te- pat kerana syarikat besar seperti yang di- kaitkan dengan konglomerat Indonesia, Si- nar Mas lewat Asia Paper and Pulp, turut terkait. Demi mengatasi masalah ini, Singapura mengambil tindakan berani membentuk undang-undang rentas sempadan bagi men- jebak pesalah sekitaran. Para pengamat berpendapat akta tadi masih ‘terlalu lunak’ pukulannya ke atas syarikat sawit dan kayu-kayan. Namun, ia penting bagi memaparkan tekad politik Sin- gapura. Dalam pada itu, terdapat perundangan di peringkat Asean dalam mengatasi masalah pencemaran rentas sempadan yang akhirnya dimeterai oleh Indonesia. Memang Asean amat memelihara hak kedaulatan tanpa campur tangan anggotan- ya. Namun, isu jerebu tidak lagi dinilai se- bagai masalah Indonesia semata. Hakikatnya, memanglah Indonesia merupakan sauh pemantap rantau ini dan kedudukannya dihargai. Sayangnya, masalah jerebu kali ini memperlihat semacam drama yang luar biasa sehingga membingungkan jirannya. Naib Presiden Indonesia, Encik Jusuf Kalla, memberitahu media bahawa Singa- pura dan negara Asean tidak perlu bersu- ngut kerana 11 bulan Indonesia memberi- kan udara segar kepada rantau ini. KERUGIAN Jelas sekali kenyataannya tidak tepat. Ini memandangkan masalah jerebu tahun ini sudah memasuki bulan ketiga. Kerugian yang ditanggung Indonesia sa- haja dikatakan berbilion dolar secara lang- sung – seperti berkurangnya jumlah pelan- cong, kos tenaga melawan api sehingga ter- jejas jadual penerbangan, penutupan sekolah dan kegiatan ekonomi, kos rawa- tan hospital dan sebagainya. Seyogia, kesan jerebu perlu dinilai dalam tempoh jangka panjang iaitu kerosa- kan pada kesihatan rakyat, terutama anak-anak masyarakat petani seperti di ka- wasan yang teruk jerebunya. Malah, Indonesia menanggung kepupu- san sumber alam semula jadi yang tidak mungkin dapat digantikan. Misalnya, menurut Pertubuhan Kesiha- tan Sedunia (WHO), Indonesia merupakan gedung sumber asli bahan-bahan jamu. Sebahagian bahan jamu tadi dapat dita- nam secara komersial, tetapi banyak lagi masih tersimpan dalam hutannya yang ternyata disesiakan oleh kebakaran. Di YouTube, bintang Hollywood dan juara alam sekitar, Harrison Ford, dipapar- kan telah menaiki helikopter bagi menin- jau kerosakan alam Indonesia akibat kegia- tan perladangan sawit dan pembalakan. Kemudian, Ford menemui Menteri Ke- hutanan Indonesia yang dipaparkan tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik dan menyalahkan proses reformasi demokrasi yang seolah ‘mengikat’ kaki dan tangan- nya supaya bertindak. IMEJ KEPEMERINTAHAN Imej daripada tayangan tadi, sama ada diolah atau sebagainya, benar-benar menje- jas imej Indonesia. Hal ini memang tidak adil. Kebakaran hutan bukan unik di Indone- sia. Ia juga berlaku saban tahun di Califor- nia, Amerika Syarikat dan hutan Russia. Namun, pada tahun ini, Agensi Pener- bangan dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) menegaskan bahawa ke- san jerebu dari negara itu menjejas sekita- ran dunia. Kita memang perlu bersimpati pada In- donesia. Memang terdapat semangat na- sionalismenya supaya berdikari meng- gunakan sumber sendiri. Namun, skala kebakaran hutan dan la- han kali ini amat besar dan menuntut pena- nganan besar juga. Ia akan menguji kepe- merintahan Presiden Joko Widodo yang berasal daripada latar bukan tentera, tetapi merupakan usahawan. Dengan pertumbuhan lembap di Indo- nesia, beliau tertekan menyuntik keranca- kan ekonomi. Oleh sebab itu, beliau amat memerlu- kan bantuan dan harus menunjukkan sikap telus kepada jiran-jiran Asean. MASYARAKAT ASEAN Hujung tahun ini, Masyarakat Ekonomi Asean bakal dibentuk. Walaupun disedari perbezaan taraf pembangunan antara nega- ra Asean, tekad politik yang realistik telah menyatukan rantau ini. Pada waktu inilah masalah jerebu perlu ditangani dengan pelbagai disiplin dan kekuatan tekad agar ia tidak berulang – tidak dengan skala besar seperti kali ini. Menyalahkan fenomena El Nino atau gelombang panas sebagai punca kebaka- ran atau haba panas tidaklah munasabah. Sebabnya, masalah ini bukanlah baru, teta- pi berterusan memasuki dekad kedua. Jika seluruh kepakaran Asean dalam memelihara sekitaran dapat dipadukan dan disalurkan demi menangani isu jerebu, memelihara rimba yang tiada ternilai, flora dan faunanya (haiwan), rantau ini akan ter- pandang di persada dunia. Indonesia tidak perlu berasa tersudut oleh masalah ini, namun bangkit menun- jukkan kesanggupannya menerima ban- tuan jiran, membina ketahanan dari segi benteng sekitaran dan menyelamatkan warisan alamnya demi generasi masa depan. Inilah yang terpapar daripada bencana jerebu – bencana buatan manusia yang per- lu diatasi dengan ikhlas, tegas dan jelas. Tugas kita pelihara bumi Hapuskan ‘selimut’ melemaskan MOHD RAMAN DAUD [email protected] Pengajaran daripada jerebu mampu perkukuh ‘lilitan serantau’ Imej Asean dijerebukan bencana buatan manusia PANDANGAN JEREBU SALAH SIAPA?: Penulis menyarankan tiga cara warga boleh memainkan peranan memperbaiki keadaan, misalnya meningkatkan kesedaran dan mengurangkan penggunaan barang pencemar alam. Presiden Joko Widodo dirakam ketika memeriksa kawasan yang sebelum itu dikendalikan operasi melawan kebakaran di Banjar Baru, Kalimantan selatan, bulan lalu. – Foto AFP “Sudah tiba masanya semua pihak mencari penyelesaian muktamad dan terjamin... Pihak berkenaan perlu bermuhasabah dan memikirkan secara bermuafakat, sejajar maksud peribahasa akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba, agar musibah itu tidak berulang.” – Penulis. JEREBU Berita Harian | Isnin, 19 Oktober 2015 7 Wacana PANDANGAN

Upload: others

Post on 23-Nov-2021

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JEREBU Hapuskan ‘selimut’ melemaskan

EUSTAZ DR FIRDAUS YAHYA

SEMENJAK 20 tahun kebelaka-ngan ini, kita dihantui masalah jere-bu akibat pembakaran ladang danhutan di Sumatera dan Kalimantan.

Masalah tersebut akan berterusanselagi manusia tidak mengambil pela-jaran daripada ujian Allah itu.

Allah menjadikan bumi ini untukdidiami bukan sahaja oleh manusia,malah jutaan makhluk lain.

Namun, Allah menganugerahkanakal kepada manusia justeru dijadi-kan khalifah di atas muka bumi –mentadbir bumi dengan baik dan me-mastikan ekologi bumi terjaga.

Dengan kemampuan akal ber-fikir, dan tangan serta jari mencipta,manusia mampu mengubah dunia,sama ada ke arah kebaikan atau ke-burukan.

Lihat sahaja gejala pencemaranalam yang semakin menular di sanasini. Manusia bukan sahaja mence-markan darat, malah laut yang begi-tu luas terkena juga. Atmosfera bu-mi yang begitu tinggi pun tidak terle-pas daripada angkara manusia.

Di darat, hutan-hutan semakinkecil, digantikan ‘hutan’ batu dalambentuk kota raya, ladang dan indus-tri.

Sememangnya ini tidak dapat di-elakkan kerana bilangan pendudukdunia kian meningkat. 50 tahundahulu, penduduk dunia hanyalahberjumlah sekitar 2 bilion orang.Sekarang, dianggarkan sekitar 7 bi-lion manusia mendiami bumi.

Penduduk dunia yang semakinbertambah sudah pasti memberi ke-san kepada alam sekitar. Lebih ba-nyak tanah perlu dibersihkan demimembina kediaman, kedai, kilangdan kemudahan lain bagi urusan ser-ta riadah manusia.

Dengan meningkatnya per-mintaan manusia terhadap barangdan keperluan asas, sudah pastisyarikat terdorong memenuhi per-mintaan tersebut. Bahan-bahanmenghasilkan permintaan itu se-muanya diambil daripada bumi.

Pembakaran hutan demi membu-ka ladang-ladang di Indonesia bagitanaman kelapa sawit adalah contohyang baik. Minyak kelapa sawitdiperlukan dalam menghasilkan pel-bagai barangan, daripada sabun, ma-kanan sehingga hasil industri berat.

Permintaan global terhadap mi-nyak kelapa sawit amat tinggi. Inimendorong pembinasaan hutanyang sudah wujud puluhan ributahun bagi menanam kelapa sawit.

Maka apabila jerebu melanda, ki-ta tidak boleh hanya menyalahkanpihak Indonesia ataupun pemilikladang dan petani kecil di sana.

Kita juga bersalah.Permintaan kita yang semakin

meningkat terhadap pelbagai

produk dan sifat pembaziran yangberleluasa dalam kalanganmasyarakat negara dunia pertamaseperti Singapura juga antara faktorpencetus kewujudan jerebu.

Allah menurunkan ujian itu se-bagai peringatan. Kerana inilah sun-natullah. Agar manusia sedar. Allahmengingatkan kita dalam SurahAsy-Syura, ayat 30:

“Dan apa saja musibah yang me-nimpa kamu maka adalah disebab-kan oleh perbuatan tanganmu sendi-ri, dan Allah memaafkan sebagianbesar (dari kesalahan-kesalahan-mu).”

Firmannya lagi dalam SurahRum, ayat 41:

“Kerosakan di darat dan di laut te-lah berlaku akibat perbuatan manu-sia, agar Allah merasakan kepadamereka sebahagian daripada (aki-bat) perbuatan mereka, agar merekakembali (ke jalan yang benar).

Antara cara kembali ke jalanyang benar adalah mengambil lang-kah supaya kembali memainkan pe-ranan sebagai khalifah di bumi ini.

LANGKAH PERTAMALangkah pertama adalah me-

ningkatkan kesedaran kepada diri ki-ta dan generasi akan datang betapapentingnya menjaga ekologi dunia.

Perubahan cuaca, binatang laut,terutama ikan yang semakin pupus,udara yang semakin tidak bersih,dan banyak lagi pencemaran alamadalah akibat sifat manusia yangacuh tidak acuh dengan kerapuhanekologi dunia.

Kita perlu memikirkan apakah je-nis bumi yang ingin kita wariskan ke-pada keturunan kita kelak. Adakahbumi yang telah rosak dengan pence-maran akibat perbuatan kitasekarang?

Bumi yang panas sehingga mela-hirkan ribut taufan yang mendadak,serta paras air laut yang semakintinggi lalu menenggelamkan banyakkawasan perairan?

Atau bumi yang sekurang-kurang-nya masih boleh dinikmati generasiakan datang.

LANGKAH KEDUAMengurangkan sifat boros dan

pembaziran. Sekiranya semua pen-duduk dunia ingin hidup mewah,dua bumi pun tidak akan mencukupibagi menampung keinginan itu.

Islam menekankan sifat jimat cer-mat dan kehidupan yang jauh daripa-da kemewahan yang melampau.

Kita harus sentiasa ingat pesananAl-Quran dalam Surah Al-Isra ayat26 dan 27:

“Janganlah kamu membazir. Se-sungguhnya orang-orang yang sukamembazir adalah saudara syaitan.”

Ulama mengajar kita caramengkategorikan benda yang inginkita beli dan miliki.

Sekiranya benda tersebut sesuatuyang diperlukan bagi meneruskankehidupan, dan tanpanya seseorangtidak dapat hidup, maka barangtersebut mesti dibeli walaupun ber-hutang.

Dengan cara tersebut, pembazi-ran dan sifat boros dapat dielakkan.Ini secara langsung bantu melegakantekanan terhadap bumi akibat eks-ploitasi sumber-sumber aslinya.

LANGKAH KETIGAMengurangkan penggunaan ben-

da yang telah dikenal pasti sebagaisumber pencemaran utama.

Antara sumber pencemaran uta-ma adalah pembakaran hidrokarbon(minyak dan gas) melalui kenderaandan penjana kuasa.

Bagi pemilik kenderaan, merekaboleh berusaha mengurangkan pem-baziran minyak kereta.

Pastikan penggunaan minyakkereta anda lebih mantap(‘efficient’), seperti menaikkan suhuhawa dingin ke paras 24 darjah Cel-sius dan mematikan enjin jika tidakmemandu.

Antara sumber pencemaran uta-ma juga adalah penggunaan plastik.Plastik ciptaan manusia yang tidakakan hancur walau ditanam atautenggelam dalam lautan ratusantahun lamanya.

Plastik menyebabkan banyak bi-natang lautan merana sama ada kera-na termakannya atau terjerut.

Malah, plastik menyebabkan ba-nyak sistem batu karang mati. Batukarang amat penting dalam memasti-kan keseimbangan ekologi binatanglaut. Tanpa batu karang, ikan akanpupus dengan cepat.

Oleh sebab itu, kita perlu mengu-rangkan penggunaan plastik. Ataugunakan plastik yang dibuat daripa-da bahan tumbuhan, bukan hidrokar-bon. Plastik sebegitu disifatkan se-bagai ‘biodegradable’ (terbiodegra-dasikan).

KESIMPULANCogan kata 3R – ‘Reuse, Reduce,

Recycle’ (Gunakan Semula, Kurang-kan Penggunaan, Kitar Semula) –perlu dihayati dan diamalkan setiapwarga dunia.

Barang yang boleh digunakansemula sebaiknya gunakanlah walau-pun sudah lusuh. Tidak perlu beliyang baru.

Barang yang tidak boleh di-gunakan lagi, kitar semula. Hantarkepada syarikat yang menawarkankhidmat kitar barang.

Misalnya, syarikat SembCorp ba-gi barangan kertas, plastik dan kaca.

Rujuk laman Agensi Sekitaran Ke-bangsaan (NEA) jika mahu mem-buang barangan elektronik dan elek-trik pula (‘e-waste’). Jangan buangbegitu sahaja kerana ia boleh mera-cuni tanah dan udara.

Kita ada satu bumi sahaja. Jika bu-mi ini rosak, manusia tiada tempatlain jika mahu melarikan dirisekalipun.

Tanggungjawab menjaga alam inimerupakan amanah yang diberikanoleh Allah kepada kita sebagai khali-fah.

Jalankan tanggungjawab ini de-ngan bijaksana kerana sesungguh-nya kita akan ditanya kelak akanamanah ini.

E Penulis pengasas pusatpendidikan Darul Huffaz.

EOTHMAN SALAM

MASALAH jerebu melanda beberapa negara Asia Tenggara sejak duadekad lalu. Nampaknya, semakin lama, semakin teruk dan berulang.

Menurut kajian, masalah itu berlaku akibat fenomena alam dan keraku-san serta kebebalan manusia. Dianggarkan 70 peratus musibah itu berpun-ca daripada kecuaian dan kejahilan manusia.

Jerebu bermula daripada asap akibat pembakaran hutan belukar, se-mak-samun dan tanah gambut yang tidak dapat dikawal.

Ringkasnya, punca utamanya ialah perbuatan manusia. Akibatnya, ber-bilion dolar pendapatan negara dan penduduk lesap begitu sahaja.

Sifat semula jadi manusia yang sentiasa hendak mengejar keselesaanhidup dan kemewahan merupakan akar masalah. Malangnya, tidak ramaiorang berani mengakui sifat lumrah itu. Mereka kerap menuding jari kepa-da orang lain demi menutup kesalah-an sendiri sehingga menjadi sepertiduri dalam daging.

Tindakan diambil syarikat tempa-tan bagi menghukum pesalah atau pe-laku, yang terdiri daripada syarikatpenghasil kertas. Walhal syarikatberkenaan berperanan tidak lebihdaripada 20 peratus pencemaran. Se-baliknya, 80 peratus punca pencetuskebakaran tidak dikenakan tindakan.

Punca utama kebakaran yang ber-leluasa biasanya merupakan pekebundan peladang kelapa sawit. Keadaanitu tidak dapat dinafikan kerana hasilminyak kelapa sawit menjadi sumberpencarian dan kemakmuran hidupmereka.

Jika diperhatikan hasil kilang dirak-rak pasar raya atau kedai runcit,hampir 80 peratus bahan jualanmengandungi kelapa sawit – sabun,marjerin, alat solek dan sebagainya.

Menanam kelapa sawit memang di-gemari peladang dan pekebun kecilkerana mereka memerlukan pendapa-tan, lebih-lebih lagi bilangan anggotakeluarga kerap bertambah. Justeru,mereka terpanggil meluaskan kebundan ladang mereka.

Mereka menggunakan cara mudah dan murah bagi meluaskan kebundan ladang. Walaupun ada undang-undang yang mencegah, mereka meng-gunakan pula cara menyabit, menebas, memotong dan membakar.

Cara begini tidak akan diketahui ramai selagi apinya tidak merebak se-hingga tidak terkawal.

Masalah jerebu akan timbul apabila kebakaran merebak akibat perci-kan api dan membara di tanah gambut.

Sudah tiba masanya semua pihak mencari penyelesaian muktamad danterjamin selama-lamanya. Pihak berkenaan perlu bermuhasabah danmemikirkan secara bermuafakat, sejajar maksud peribahasa akal tak sekalidatang, runding tak sekali tiba, agar musibah itu tidak berulang.

Kalau Switzerland boleh mencipta jentera gerudi gunung raksasa se-masa mereka menangani kesusahan membina terowong demi penakatan,sudah tentu kebijaksanaan serantau juga boleh menangani musibah itu de-ngan penggunaan jentera hasil teknologi tinggi serantau.

Jika projek menggunakan teknologi tinggi bagi meluaskan ladang demimenambah penghasilan memerlukan pelaburan banyak, syarikat besar di-galakkan melabur.

Syarikat-syarikat berkaitan pemerintah berbentuk kooperasi jugaboleh dibangunkan dengan modal berbentuk saham bagi membiayai peng-gunaan jentera semasa memperluas kebun milik pekebun kecil seperti pro-jek persawahan daerah Boria oleh syarikat Ceria di Malaysia.

Apabila pekebun kecil menggunakan jentera canggih milik kooperatifdengan teratur, sudah tentu aktiviti ‘slash and burn’ (tebang dan bakar)tidak dilakukan. Malah, sampah dedaunan dan kayu yang terkumpulboleh diproses menjadi produk sampingan.

Kepintaran boleh digunakan supaya mencipta stesen jana kuasa kecilyang menggunakan biogas hasil sampah dedaun dan kayu ekoran pember-sihan hutan dan semak-samun. Akhirnya, semua pengendalian kerja pe-ladang dan pekebun dapat diatur dengan baik.

Penggunaan semua bentuk rezeki pemberian Allah swt tidak akan diba-zirkan. Bukankah ciptaan Allah swt hadir demi menjana kemakmuran kitabersama? Negara serantau perlu bekerjasama seperti maksud peribahasakuat lilit kerana simpulnya.

E Penulis mantan pendidik.

KETIKA masalah jerebu mula menye-lubungi rantau ini pada 1997, Presiden Su-harto, yang ketika itu masih dianggap an-tara tokoh terkuat rantau ini, memintamaaf kerana menyusahkan jiran-jirannya.

Namun, masalah jerebu masih terusmenyesakkan ruang udara Asean setiaptahun, sehinggalah memuncak tahun ini,dengan indeks pencemaran udara (PSI) diJambi dan Kalimantan Tengah mencapaiparas 2,000.

PERUNDANGANMemang bukan mudah mentadbir nega-

ra 17,000 pulau seluas 1.9 juta km persegi.Namun, masalah pembakaran hutan di

Sumatera dan Kalimantan bukanlah perka-ra baru. Sering ia dikaitkan dengan pe-ladang kecil membersihkan lahan secaratebas dan bakar.

Ternyata tuduhan tadi tidak cukup te-pat kerana syarikat besar seperti yang di-kaitkan dengan konglomerat Indonesia, Si-nar Mas lewat Asia Paper and Pulp, turutterkait.

Demi mengatasi masalah ini, Singapuramengambil tindakan berani membentukundang-undang rentas sempadan bagi men-jebak pesalah sekitaran.

Para pengamat berpendapat akta tadimasih ‘terlalu lunak’ pukulannya ke atassyarikat sawit dan kayu-kayan. Namun, iapenting bagi memaparkan tekad politik Sin-

gapura.Dalam pada itu, terdapat perundangan

di peringkat Asean dalam mengatasimasalah pencemaran rentas sempadanyang akhirnya dimeterai oleh Indonesia.

Memang Asean amat memelihara hakkedaulatan tanpa campur tangan anggotan-ya. Namun, isu jerebu tidak lagi dinilai se-bagai masalah Indonesia semata.

Hakikatnya, memanglah Indonesiamerupakan sauh pemantap rantau ini dankedudukannya dihargai.

Sayangnya, masalah jerebu kali inimemperlihat semacam drama yang luarbiasa sehingga membingungkan jirannya.

Naib Presiden Indonesia, Encik JusufKalla, memberitahu media bahawa Singa-pura dan negara Asean tidak perlu bersu-ngut kerana 11 bulan Indonesia memberi-kan udara segar kepada rantau ini.

KERUGIANJelas sekali kenyataannya tidak tepat.Ini memandangkan masalah jerebu

tahun ini sudah memasuki bulan ketiga.Kerugian yang ditanggung Indonesia sa-

haja dikatakan berbilion dolar secara lang-sung – seperti berkurangnya jumlah pelan-cong, kos tenaga melawan api sehingga ter-jejas jadual penerbangan, penutupansekolah dan kegiatan ekonomi, kos rawa-tan hospital dan sebagainya.

Seyogia, kesan jerebu perlu dinilai

dalam tempoh jangka panjang iaitu kerosa-kan pada kesihatan rakyat, terutamaanak-anak masyarakat petani seperti di ka-wasan yang teruk jerebunya.

Malah, Indonesia menanggung kepupu-san sumber alam semula jadi yang tidakmungkin dapat digantikan.

Misalnya, menurut Pertubuhan Kesiha-tan Sedunia (WHO), Indonesia merupakangedung sumber asli bahan-bahan jamu.

Sebahagian bahan jamu tadi dapat dita-nam secara komersial, tetapi banyak lagimasih tersimpan dalam hutannya yangternyata disesiakan oleh kebakaran.

Di YouTube, bintang Hollywood danjuara alam sekitar, Harrison Ford, dipapar-kan telah menaiki helikopter bagi menin-jau kerosakan alam Indonesia akibat kegia-tan perladangan sawit dan pembalakan.

Kemudian, Ford menemui Menteri Ke-hutanan Indonesia yang dipaparkan tidak

dapat berbahasa Inggeris dengan baik danmenyalahkan proses reformasi demokrasiyang seolah ‘mengikat’ kaki dan tangan-nya supaya bertindak.

IMEJ KEPEMERINTAHANImej daripada tayangan tadi, sama ada

diolah atau sebagainya, benar-benar menje-jas imej Indonesia.

Hal ini memang tidak adil.Kebakaran hutan bukan unik di Indone-

sia. Ia juga berlaku saban tahun di Califor-nia, Amerika Syarikat dan hutan Russia.

Namun, pada tahun ini, Agensi Pener-bangan dan Angkasa Lepas AmerikaSyarikat (Nasa) menegaskan bahawa ke-san jerebu dari negara itu menjejas sekita-ran dunia.

Kita memang perlu bersimpati pada In-donesia. Memang terdapat semangat na-sionalismenya supaya berdikari meng-gunakan sumber sendiri.

Namun, skala kebakaran hutan dan la-han kali ini amat besar dan menuntut pena-nganan besar juga. Ia akan menguji kepe-merintahan Presiden Joko Widodo yangberasal daripada latar bukan tentera, tetapimerupakan usahawan.

Dengan pertumbuhan lembap di Indo-nesia, beliau tertekan menyuntik keranca-kan ekonomi.

Oleh sebab itu, beliau amat memerlu-kan bantuan dan harus menunjukkan sikap

telus kepada jiran-jiran Asean.

MASYARAKAT ASEANHujung tahun ini, Masyarakat Ekonomi

Asean bakal dibentuk. Walaupun disedariperbezaan taraf pembangunan antara nega-ra Asean, tekad politik yang realistik telahmenyatukan rantau ini.

Pada waktu inilah masalah jerebu perluditangani dengan pelbagai disiplin dankekuatan tekad agar ia tidak berulang –tidak dengan skala besar seperti kali ini.

Menyalahkan fenomena El Nino ataugelombang panas sebagai punca kebaka-ran atau haba panas tidaklah munasabah.Sebabnya, masalah ini bukanlah baru, teta-pi berterusan memasuki dekad kedua.

Jika seluruh kepakaran Asean dalammemelihara sekitaran dapat dipadukandan disalurkan demi menangani isu jerebu,memelihara rimba yang tiada ternilai, floradan faunanya (haiwan), rantau ini akan ter-pandang di persada dunia.

Indonesia tidak perlu berasa tersudutoleh masalah ini, namun bangkit menun-jukkan kesanggupannya menerima ban-tuan jiran, membina ketahanan dari segibenteng sekitaran dan menyelamatkanwarisan alamnya demi generasi masadepan.

Inilah yang terpapar daripada bencanajerebu – bencana buatan manusia yang per-lu diatasi dengan ikhlas, tegas dan jelas.

Tugaskita

peliharabumi

Hapuskan ‘selimut’ melemaskan

MOHD RAMAN [email protected]

Pengajarandaripada jerebu

mampu perkukuh‘lilitan serantau’

Imej Asean dijerebukan bencana buatan manusiaPANDANGAN

JEREBU SALAH SIAPA?: Penulis menyarankan tiga cara warga boleh memainkan peranan memperbaiki keadaan, misalnyameningkatkan kesedaran dan mengurangkan penggunaan barang pencemar alam. Presiden Joko Widodo dirakam ketikamemeriksa kawasan yang sebelum itu dikendalikan operasi melawan kebakaran di Banjar Baru, Kalimantan selatan, bulan lalu.– Foto AFP

“Sudah tiba masanyasemua pihak mencaripenyelesaianmuktamad danterjamin... Pihakberkenaan perlubermuhasabah danmemikirkan secarabermuafakat, sejajarmaksud peribahasaakal tak sekalidatang, runding taksekali tiba, agarmusibah itu tidakberulang.”

– Penulis.

JEREBU

Berita Harian | Isnin, 19 Oktober 2015 7

Wacana PANDANGAN