makna gramatikal

14
MAKNA GRAMATIKAL Darwis Harahap (1994:49), telah menyatakan bahawa gramatikal itu bermaksud nahuan atau tatabahasa dan makna gramatikal merupakan makna yang muncul akibat proses gramatikalnya. Makna gramatis ini ialah makna yang terkandung dalam imbuhan apabila ia bergabung dengan kata dasar mahupun dengan perkataan yang telah mendapat pengimbuhan sebelumnya atau kata terbitan. Makna gramatikal juga merupakan makna yang ditimbulkan oleh proses gramatis yang ditentukan oleh urutan kata, intonasi, dan juga bentuk. Abdullah Yusof (2009 : 3 ) telah menjelaskan bahawa makna gramatikal adalah bidang kajian semantik yang mengkaji makna yang hadir daripada proses gramatikal, seperti pengimbuhan, penggandaan dan penmajmukan. PROSES GRAMATIKAL : Penyisipan Sisipan ini merupakan sejenis imbuhan kerana bentuk yang ditambahkan pada kata dasar. Sisipan hadir di celah kata dasar. Walau bagaimanapun, sisipan tidak produktif lagi kerana sisipan tidak dapat menghasilkan bentuk-bentuk terbitan yang baharu. Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk sisipan, iaitu –em-, el-, er, dan –in-. Sisipan ini

Upload: adibah-ismail

Post on 27-Oct-2015

324 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

SEMANTIK

TRANSCRIPT

Page 1: MAKNA GRAMATIKAL

MAKNA GRAMATIKAL

Darwis Harahap (1994:49), telah menyatakan bahawa gramatikal itu bermaksud

nahuan atau tatabahasa dan makna gramatikal merupakan makna yang muncul akibat

proses gramatikalnya. Makna gramatis ini ialah makna yang terkandung dalam imbuhan

apabila ia bergabung dengan kata dasar mahupun dengan perkataan yang telah

mendapat pengimbuhan sebelumnya atau kata terbitan. Makna gramatikal juga

merupakan makna yang ditimbulkan oleh proses gramatis yang ditentukan oleh urutan

kata, intonasi, dan juga bentuk. Abdullah Yusof (2009 : 3 ) telah menjelaskan bahawa

makna gramatikal adalah bidang kajian semantik yang mengkaji makna yang hadir

daripada proses gramatikal, seperti pengimbuhan, penggandaan dan penmajmukan.

PROSES GRAMATIKAL :

Penyisipan

Sisipan ini merupakan sejenis imbuhan kerana bentuk yang ditambahkan pada

kata dasar. Sisipan hadir di celah kata dasar. Walau bagaimanapun, sisipan

tidak produktif lagi kerana sisipan tidak dapat menghasilkan bentuk-bentuk

terbitan yang baharu. Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk sisipan,

iaitu –em-, el-, er, dan –in-. Sisipan ini digunakan dalam pembentukan istilah

bahasa Melayu dan sebuah kata yang menerima sisipan berlaku perubahan

maknanya. Sisipan kata nama, iaitu el-, er-, dan –em- dan –in-, seperti selerak,

gemuruh dan juga kerlip. Semua makna di atas mendukung makna ‘bersifat’.

Manakala bentuk sisipan kata kerja, iaitu –el, er-, dan –em-, kata nama dan kata

kerja apabila melalui proses pengimbuhan, seperti menjelajah, berperigi, dan

juga gemuruh.

Page 2: MAKNA GRAMATIKAL

Penmajmukan / Penggabungan

Dalam kamus Tatatbahasa Dewan Edisi ketiga telah mendefinisikan proses

majmuk ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk

yang terhasil membawa makna tertentu. Manakala menurut Abdullah Abdullah

Hassan (2002 : 11) pula, kata majmuk terdiri daripada dua perkataan atau lebih,

tetapi bertabiat sama seperti satu perkataan. Makna kata majmuk merupakan

makna gramatikal kerana makna itu hadir setelah terjadinya proses gramatikal,

iaitu proses penmajmukan. Makna kata majmuk berkaitan hubungan makna

antara unsure yang membentuk paduan itu, hal ini ada atau tidak ada makna

yang muncul daripada hubungan makna antara unsur pertama dengan unsur

yang kedua dari paduan tersebut. Makna kata majmuk ini merupakan dua atau

lebih kata yang digabungkan dan membawa makna baharu yang berbeza

dengan maksud asal kata tersebut.

Pengimbuhan

Dalam proses gramatikal terdapat proses pengimbuhan bentu kata yang terjadi

kesan daripada penggunaan imbuhan terhadap kata dasar yang akan

melahirkan makna-makna gramatis. Kata imbuhan merupakan bentuk kata yang

mengandungi kata dasar yang telah menerima imbuhan, sama ada awalan,

sisipan, akhiran ataupun apitan. Proses pengimbuhan dalam bahasa Melayu

merupakan satu cara untuk mengembangkan kata dasar. Contohnya, daripada

kata dasar batas, dapat diberikan pelbagai pegimbuhan pada kata tersebuut

seperti dibatas, perbatasan, batasan, membataskan, keterbatasan dan

pembatasan. Hal ini menunjukkan jika proses gramtikal tersebut telah berlaku

proses gramatikal maka makna kata tersebut juga akan berubah menjadi

pelbagai kegunaan dalam aplikasi bahasa.

Page 3: MAKNA GRAMATIKAL

MAKNA KONTEKSTUAL

Kamus Dewan telah (2004) telah mengatakan makna kontekstual berkaitan

dengan konteks. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari, (2009)

manyatakan bahawa makna kontekstual sebagai makna sebuah leksem atau kata yang

berada di dalam sesuatu konteks. Makna kontekstual juga boleh berkenaan dengan

situasinya iaitu tempat, waktu dan lingkungan penggunaan bahasa itu. Makna sesuatu

perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya.

Antara contoh makna kontekstual ialah

Budak itu mengambil buku saya, makna bagi ayat budak itu mengambil buku

saya ialah memungut. Megambil tersebut membawa kepada makna memungut.

Khabarnya Encik Arif akan mengambil Pak Abu menjadi pemandunya, makna

bagi ayat khabarnya Encik Arif akan mengambil Pak Abu menjadi pemandunya

bermaksud mengambil tersebut membawa maksud menjadikan.

Semester sebelum ini saya belum mengambil kuliah Sejarah Melayu, makna

bagi ayat semester sebelum ini saya belum mengambil kuliah Sejarah Melayu

tersebut bermaksud mengikuti.

Hal ini menunjukkan bahawa makna kontekstual tersebut dapat diaplikasikan

dengan satu perkataan yang mempunyai kaitan dengan konteks makna yang

serupa.

Page 4: MAKNA GRAMATIKAL

Konteks makna juga boleh berkenaan dengan situasi, waktu dan lingkungan bahasa ini

dapat digunakan contohnya “lapan kali dua belas berapa?” jika soalan ini kita ajukan

kepad murid-murid tentu akan menjawab sembilan puluh enam. Namun jika kita

berurusan dengan kedai gambar, maksud yang dinyatakan ialah saiz gambar tersebut

yang berukuran lapan kali dua belas inci. Sebagai penutur kita perlulah mengetahui

dengan siapa kita sedang berurusan dan berbicara. Hal ini sangat penting untuk

mewujudkan komunikasi yang berkesan antara dua pihak dan mengelakkan berlakunya

sebarang konflik akibat kesalahan isi yang kita tuturkan.

Page 5: MAKNA GRAMATIKAL

MAKNA ASOSIATIF

Menurut Leech (1976), makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata

dengan kata lain termasuklah di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna

afektif makna refleksi dan makna kolokatif. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu

dengan yang lain), perhubungan dan pertalian (Kamus Lingguistik, 1997). Menurut

Setiawati Dermojuwuno, makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam

benak seseorang apabila mendengar perkataan tertentu (kushartanti, et.al, 2005).

Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur psikis, pengetahuan dan pengalaman seseorang.

Makna asosiatif biasanya dikaji dalam bidang psikolinguistik (Soenjono Dardjowidjojo,

2003). Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan

oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai sifat yang serupa, keadaan, atau ciri yang

ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. Contohnya perkataan ‘buaya’

dikaitkan dengan ‘jahat’ atau ‘ganas’ atau membawa erti seorang laki-laki yang suka

memujuk dan menipu wanita. Begitu juga dengan kata’mawar’ yang bermakna

konseptual iaitu sejenis bunya yang kuning tetapi cantik dan berbau harum dinyatakan

untuk perlambangan ‘bersih’ dan ‘suci’. Hal ini bermakna sesuatu yang berasosiasi

berhubung rapat dengan maka konotatif termasuklah dalam makna asosiatif kerana

kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu. Makna

afektif pula lebih terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan

perasaan atau emosi pembicara terhadap lawan bicara atau terhadap objek yang

dibicarakan dan disampaikan dengan penuh semangat, nada dan intonansi.

Selain itu terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat

bahasa kerana pengalaman, lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama.

Makna asosiatif turut memainkan pernan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan

sahaja makna referensial atau makna rujukan sahaja yang mesti dinyatakan. Makna

asosiatif memainkan peranan yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna

asosiatif dapat menjadikan pengikat makna-makna kata sehingga terbentuk

pemahaman suatu wacana.

Page 6: MAKNA GRAMATIKAL

Inteprestasi bagi sebuah puisi tidak dapat dipisahkan dari makna asosiatif kerana

inteprestasi puisi menjadi lebih mudah apabila seseorang itu memahami makna

asosiatif kenyataan ini telah dinyatakan oleh (Kushartanti et.al., 2005)

Manakala menurut Abdul Chaer, makna asosiasi adalah makna kata yang

berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar

bahasa. Misalnya, kata melati berasosiasi dengan sesuatu yang suci atau kesucian,

kata merah pula berasosiasi berani, kata buaya berasosiasi dengan jahat atau

kejahatan. Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan lambing atau perlambangan

yang digunakan oleh masyarakat penggunan bahasa untuk menyatakan konsep lain,

yang mempunyai persamaan dengan sifat keadaan, atau ciri yang ada konsep asal

tersebut.

Page 7: MAKNA GRAMATIKAL

MAKNA DENOTATIF

Menurut Setiawati Dermojuwuno di dalam buku Pesona Bahasa, makna denotative

juga sering disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal. Makna denotative ini

pada dasrnya sama dengan makna referensila, hal ini kerana makna denotative

lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan emerhatian, menurut

penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman lainnya (Nik Safiah Karim,

2004). Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang

bersifat objektif, maka ia juga disebut sebagai’makna sebenar’, ‘makna asal’, ‘makna

mutlak’ atau ‘makna dasar’. Dengan kata lain makna denotative ialah ‘makna

sebenarnya’. Hal ini dapat dilihat melalui contoh perkataan perempuan dan wanita

mempunyai makna denotative yang sama, iaitu manusia dewasa dan bukan laki-laki’.

Begitu juga dengan perkataan gadis dan perawan yang bermaksud ‘wanita yang belum

bersuami’ dan pasangan perkataan isteri dan bini bermaksud ‘wanita yang mempunyai

suami’. Samalah juga bagi perkataan ‘melantak’, ‘makan’, ‘sarapan’, atau ‘soru’. Semua

perkataan tersebut dikalitkan dengan makna makan. Tetapi perkataan melantak itu

lebih kasar, tidak sopan didengar dan tidak mengikut tatasusila yang sering dikaitkan

dengan orang Melayu. Masyarakat pastinya sering mempunyai pandangan yang

berbeza walaupun perkara yang dibincangkan itu sama. Contohnya, suatu ketika

dahulu perkataan aku jarang digunakan kerana perkataan itu sendiri melambangkan

kekasaran dan tidak manis didengar, namun kini rata-rata golongan muda telah

menggunakan perkataan aku ini sebagai bahasa seharian dan berkomunikasi dengan

orang lain.

Page 8: MAKNA GRAMATIKAL

Merujuk kepada makna referensial pula, ia sedikit berbeza dengan makna

nonreferensial. Perbezaan antara makna referensial dengan makna referensial

bergantung pada ada atau tidak referen bagi perkataan-perkataan berkenaan (Nik

Safiah Karim, 2004. Apabila perkataan mempunyai referen atau rujukan, maka

perkataan tersebut mempunyai makna refernsial. Contohnya beg, kasut dan pakaian.

Perkataan yang tidak mempunyai referen, seperti kerana, namun, walaupun, tetapi

dikenali sebagai makna nonreferensial. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata

penuh makan, tidur, cerdik, cantik tergolong sebagai perkataan yang mempunyai

makna rujukan. Manakala perkataan yang tergolong sebagai kata tugas seperti kata

hubung, kata sendi nama, dan kata bantu termasuklah dalam perkataan nonrefernsial.

Makna leksikal juga pula adalah perkataan leksikal yang diterbitkan daripada istilah

leksikon yang bermaksdu kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ialah

leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna (Ibrahim Ahmad, 1994). Makna leksikal

bermaksud makna yang bersifat leksikon, makna yan sesuai dengan referennya, makna

yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adriene Lehrer,

1992). Makna leksikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak

hanya terdiri daripadda kata sahaja, tetapi juga terdiri daripada beberapa kata.

Contohnya, kambing hitam. Makna kambing hitam bukan merupakan gabungan makna

kambing hitam dan makna hitam, tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu orang yang

dipersalahkan. Maka jelas bahawa makna tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata

pembentuknya, maka perkataan ‘kambing hitam’ dikatan mempunyai idomatis ataupun

dikenali sebagai makna gramatikal

Page 9: MAKNA GRAMATIKAL

MAKNA KONOKATIF

Makna konokatif ialah makna yang mempunyai perkaitan dengan nilai

rasa, baik positif mahupun negatif (Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu

tidak wujud, maka sifat perkataan itu tidak akan mempunyai nilai positif mahupun nilai

negatif. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatoif

yang sama, namun kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza.

Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yng rendah, manakal perkataan wanita itu

mempunyai nilai rasa yang tinggi. Begitu juga dengan perkataan jantan dan lelaki.

Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna dan nilai rasa yang berbeza.

Samalah juga dengan perkataan babi dan khinzir. Bagi masyarakat yang beragama

Islam, nilai rasa masyarkat yang beragama Islam berbeza dengan nilai rasa dan

pandangan masyarakat bukan islam. Bagi masyarakat Islam, babi itu haram, jijik dan

kotor, najis atau sesuatu yang membawa kepada nilai yang negatif. Makna konotatif

atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk pada faktor-faktor yang tertentu.

Antaranya ialah perkataan ‘khalwat’, perkataan ini pada mulanya membawa aksud

‘mendekati Allah dengan beribadah, duduk bersendirian atau dengan kata lain perihal

perbuatan mengasingkan atau memencilkan diri untuk menenangkaan fikiran atau

bertafakur (Kamus Dewan, 2004). Tetapi pada hari ini, maksud perkataan ini telah

berubah, iaitu ‘pengasingan diri berdua-duaan di tempat yang terpencil atau

tersembunyi, oleh lelaku dan juga perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula

suami isteri sehingga dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang (Kamus

Dewan, 2004). Makna konotatif ini juga boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu,

makna konotatif ini tidak hanya spesifik padaa bahsa sahaja, namun ianya juga

dikongsi bersama-sama dengan sistem komunikatif seperti seni visual dan juga muzik.

Page 10: MAKNA GRAMATIKAL

Hal ini dapat digambarkan melalui contoh barangan atau produk yang diiklan di

televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Kedua, ialah, makna konotatif

bersifat peripheral. Makna konotatif yang tidak stabil, bervariasi menurut budaya,

tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau orang yang

menimba ilmu, dan berpengalaman menjadkannya berbeza pendapat apabila melihat

sesuatu atau memberikan pendapat. Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan

bersifat keterbukaan. Penggunaan kata yang sopan, sedap didengar tapat dan sesuai

pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya

perkataan kudapan itu telah digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi.

Makna konotatif juga dapat ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna afektif.

Makna asosiatif tersebut mempunyai perkaitannya dengan makna konotatif, makna

asosiatif tersebut telah diterangkan dalam tugasan ini, namun saya kana menerangkan

apa yang dimaksudkan dengan makna afektif yang mempunyai perkaitan dengan

makna konotatif. Makna afektif ini berkaitan dengan perasaan dan emosi, bukannya

fikiran atau daya berfikir.

Page 11: MAKNA GRAMATIKAL

MAKNA KOLOKATIF