maklumat

7
Sel Kering Voltan yang dihasilkan oleh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt. Sel ini digunakan dalam peralatan elektrik bervoltan rendah seperti radio, lampu suluh, jam, dan alatan mainan. Batang karbon yang terdapat di tengah-tengah sel bertindak sebagai punca positif. Di sekeliling batang karbon terdapat campuran ammonium klorida dan mangan dioksida yang bertindak sebagai elektrolit. Bahan ini terkandung dalam bekas zink yang bertindak sebagai punca negatif. Tindak balas kimia yang berlaku antara elektroilit dengan bekas zink akan menghasilkan arus elektrik. Kelemahan sel kering ialah sel ini tidak dapat digunakan lagi setelah casnya habis. Pelbagai jenis sel kering boleh didapati dipasaran, iaitu sel alkali, sel merkuri, sel lithium, dan sel nikel cadmium (Ni Cad). Sel kering 1. Bekas zink yang bertindak sebagai terminal negatif. 2. Rod karbon bertindak sebagai terminal positif. Rod karbon dikelilingi oleh campuran karbon dan mangan(IV) oksida untuk menambahkan luas permukaan terminal positif. 3. Elektrolitnya ialah ammonium klorida yang dicampurkan sengan zink klorida dan dijadikan dalam bentuk pasta. 4. Apabila sel digunakan (dinyahcas), bekas zink melepaskan elektron dan elektron bergerak ke terminal positif.

Upload: fahmi-zakaria

Post on 30-Dec-2014

101 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pck

TRANSCRIPT

Sel Kering

Voltan yang dihasilkan oleh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt.

Sel ini digunakan dalam peralatan elektrik bervoltan rendah seperti radio, lampu suluh, jam, dan alatan mainan.

Batang karbon yang terdapat di tengah-tengah sel bertindak sebagai punca positif.

Di sekeliling batang karbon terdapat campuran ammonium klorida dan mangan dioksida yang bertindak sebagai elektrolit.

Bahan ini terkandung dalam bekas zink yang bertindak sebagai punca negatif.

Tindak balas kimia yang berlaku antara elektroilit dengan bekas zink akan menghasilkan arus elektrik.

Kelemahan sel kering ialah sel ini tidak dapat digunakan lagi setelah casnya habis.

Pelbagai jenis sel kering boleh didapati dipasaran, iaitu sel alkali, sel merkuri, sel lithium, dan sel nikel cadmium (Ni Cad).

Sel kering 1. Bekas zink yang bertindak sebagai terminal negatif. 2. Rod karbon bertindak sebagai terminal positif. Rod karbon dikelilingi oleh campuran karbon dan mangan(IV) oksida untuk menambahkan luas permukaan terminal positif. 3. Elektrolitnya ialah ammonium klorida yang dicampurkan sengan zink klorida dan dijadikan dalam bentuk pasta. 4. Apabila sel digunakan (dinyahcas), bekas zink melepaskan elektron dan elektron bergerak ke terminal positif. Zn Zn2+ + e- 5. Di terminal positif, ion-ion ammonium menerima elektron untuk membentuk ammonia dan hidrogen. 2NH4

+ + 2e- 2NH3 + H2 6. Pengaliran elektron daripada bekas zink melalui litar luar ke karbon menghasilkan arus elektrik. 7. Ketika sel menghasilkan elektrik, bekas zink terlarut menjadi ion Zn2+. Semasa bekas zink pecah, elektrolit berasid mengalir dan mengakis logam yang bersentuhan dengannya.

Sel Alkali

Sel alkali merupakan sejenis sel yang mampu membekalkan tenaga elektrik dalam jangka masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan sel biasa.

Sel alkali Elektrod negatif – bekas zink Elektrod positif – mangan(IV) oksida Elektrolit – kalium hidroksida Persamaan di katod - Zn Zn2+ + e- Persamaan di anod – 2MnO2 + H2O + 2e- Mn2O3 + 2OH- Voltan = ±1.5 V Menghasilkan > tenaga elektrik berbanding sel kering.

Sel merkuri

Sel merkuri merupakan sejenis sel bersaiz kecil yang hanya digunakan untuk peralatan peranti atau perkakas elektrik seperti alat yang hanya memerlukan seperti alat yang hanya memerlukan arus yang rendah.

Sel Merkuri ·    Elektrod negatif – bekas zink ·    Elektrod positif – sebatian merkuri(II) oksida ·    Elektrolit – kalium hidroksida + Zink hidroksida ·    Persamaan di terminal negatif - Zn Zn2+ + e- ·    Persamaan di terminal positif –  HgO + H2O + 2e- Hg + 2OH-

·    Voltan = 1.5 V ·    Voltan tetap dan tahan lama ·    Merupakan bateri kecil dalam jam tangan digital, alat bantu pendengaran, dan perentak jantung.

Sel lithium

Sel ini mampu membekalkan arus yang tinggi dan jangka hayat yang lama serta boleh dicas semula.

Sel lithium biasanya digunakan pada peralatan yang kecil (mudah alih) seperti kamera, kalkulator, dan komputer (memori sokongan).

Sel nikel cadmium (NiCad)

Sel ini banyak digunakan pada peralatan pada peralatan tanpa wayar (cordless).

Sel ini boleh dicas semula sehingga 1000 kali dengan meggunakan peralatan khas yang membekalkan arus yang stabil serta mengelakkan litar pintas.

Sel nikel kadmium-(Penting Dalam SPM) 1. Sel ini tediri daripada kepingan positif nikel(IV) oksida dan kepingan negatif kadmium yang terendam dalam elektrolit kalium hidroksida. 2. Apabila digunakan, terminal negatif kadmium mengion bagi membentuk ion Cd2+. Cd + + 2OH- Cd(OH)2 + 2e- 3. Apabila digunakan, terminal positif nikel(IV) oksida diturunkan kepada nikel(II) hidroksida. NiO2 + 2H2O + 2e- Ni(OH)2 4. Tindak balas keseluruhannya adalah seperti berikut: Cd + NiO2 + 2H2O Cd(OH)2 + Ni(OH)2 5. Jika dibandingkan dengan sel-sel lain, kelebihan sel ini adalah seperti berikut: (a)   Casnya tidak hilang walaupun sel ini tidak digunakan dalam jangka masa yang panjang. (b)   Bekas kelulinya menjamin sel ini tidak mudah pecah dan memerlukan pengendalian yang minimum sahaja. (c)   Kepekatan elektrolitnya tidak berubah, maka air tidak perlu ditambahkan.

Sel Basah

Sel basah digunakan dalam kenderaan seperti bas, kereta, lori, dan motosikal.

Tenaga yang dihasilkan oleh sel basah lebih tinggi jika dibandingkan dengan sel kering.

Sel ini boleh dicas semula apabila kuasanya berkurangan atau lemah.

Sel ini menghasilkan voltan 2 volt. Bagi penggunaan biasa, sel ini dibuat dalam 6 volt dan 12 volt.

Akumulator asid-plumbum 1. Sel terdiri daripada kepingan plumbum yang dicelup ke dalam larutan asid sulfurik cair sebagai elektrolit. 2. Sekeping plumbum dijadikan sebagai terminal negatif (katod). 3. Terminal positif terdiri daripada sekeping plumbum yang lain yang dsalut dengan plumbum(IV) oksida. 4. Semasa sel/akumulator digunakan, atom plumbum terdiri daripada terminal negatif membebaskan elektron dan larut dalam asid. Sewaktu itu, sel sedang dikatakan menyahcas. Pb Pb2+ + 2e-

5. Elektron yang dibebaskan di terminal negatif bergerak ke terminal positif melalui litar luar. 6. Di terminal positif, plumbum(IV) oksida menerima elektron dan bertindak balas dengan ion H+ dalam asid sulfurik cair untuk membentuk ion Pb2+ dan air. PbO2 + 4H+ + 2e- Pb2+ + 2H2O 7. Semasa nyahcas, ion Pb2+ di kedua-dua elektrod bergabung dengan ion SO4

2- untuk membentuk plumbum(II) sulfat yang tidak larut. Tindak balas keseluruhan: Pb + PbO2+ 4H+ + 2SO4

2- PbSO42- + 2H2O

8. Pumbum(II) sulfat dikatakan akan menutup permukaan kedua-dua elektrod dan lantaran itu, tindak balas akan berhenti dan tenaga elektrik tidak dihasilkan. 9. Untuk memulihkan sel itu, akumulator dicas semula dengan mengalirkan arus elektrik.

Nickel-metal hydride(NiMH)

Electric vehicles Telecommunication - to provide reliable backup power to load equipment located in a

network environment of a typical telecommunications service provider

Lithium-ion(Li-ion) Lithium-ion batteries are widely used in the area of mobile phone, cordless phone, laptop, backup power source, UPS, power tools, digital products, etc. Li-polymer batteries could be used in even more applications because of the changeable shape, such as bluetooth, toys, aeromodelling, GPS, etc

Lithium-polymer(Li-Poly) Radio controlled equipments - Li-poly batteries are also gaining favor in the world of radio-

controlled aircraft, radio-controlled cars and large scale model trains, where the advantages of both lower weight and greatly increased run times and power delivery

Personal electronics - Li-poly batteries are also gaining ground in PDAs and laptop computers

Electric vehicles - also power the next generation of battery electric vehicles

Fuel cells portable power generation – use in military field stationary power generation power for transportation – many tranposrt now using fuel cell as alternative power

solar cells