maklumat asas tanaman (betik)

5
BETIK MAKLUMAT ASAS TANAMAN Carica papaya atau lebih dikenali dengan nama tempatannya, betik adalah merupakan sejenis tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditanam di Malaysia. Ia berasal dari keluarga Caricaceae di mana keluarga ini mempunyai ciri-ciri anatomi seperti batang kukuh, dan ada kelenjar kecil di dasar tangkai daun atau di hujungnya. Asal dan sejarah Walaupun tempat sebenar asal pokok betik tidak diketahui, namun dipercayai bahawa pokok betik ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika, mungkin Selatan Mexico dan Amerika Tengah. Biji benih tanaman ini dibawa ke Panama, kemudian ke Republik Dominica sebelum 1525. Penanamannya merebak ke seluruh Amerika Selatan dan Tengah, selatan Mexico, India Barat dan Bahamas dan ke Bermuda pada tahun 1616. Pelayar bangsa Sepanyol membawa biji benih ke Filipina di sekitar 1550 dan seterusnya ke Melaka dan India. Kemudian biji benih dihantar dari India ke Nepal pada tahun 1626. Ia sampai ke Hawaii pada 1800-1820. Kini betik terkenal hampir ke seluruh kawasan tropika. Keterangan botani Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Pokok betik boleh tumbuh tegak meninggi dan batangnya penuh dengan lingkaran parut bekas tangkai daun. Daun betik yang besar terbahagi kepada 5-9 cuping yang tidak sekata dan tumbuh pada sebelah atas bahagian pokok. Semua bahagian pokok betik termasuk daun, mengeluarkan getah putih apabila dicucuk.

Upload: wan-ahmad-fitri

Post on 30-Jun-2015

104 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Maklumat Asas Tanaman (Betik)

BETIK

MAKLUMAT ASAS TANAMAN

Carica papaya atau lebih dikenali dengan nama tempatannya, betik adalah merupakan

sejenis tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditanam di Malaysia. Ia berasal dari

keluarga Caricaceae di mana keluarga ini mempunyai ciri-ciri anatomi seperti batang

kukuh, dan ada kelenjar kecil di dasar tangkai daun atau di hujungnya.

Asal dan sejarah

Walaupun tempat sebenar asal pokok betik tidak diketahui, namun dipercayai bahawa

pokok betik ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika, mungkin Selatan Mexico dan

Amerika Tengah. Biji benih tanaman ini dibawa ke Panama, kemudian ke Republik

Dominica sebelum 1525. Penanamannya merebak ke seluruh Amerika Selatan dan

Tengah, selatan Mexico, India Barat dan Bahamas dan ke Bermuda pada tahun 1616.

Pelayar bangsa Sepanyol membawa biji benih ke Filipina di sekitar 1550 dan seterusnya

ke Melaka dan India. Kemudian biji benih dihantar dari India ke Nepal pada tahun 1626. Ia

sampai ke Hawaii pada 1800-1820. Kini betik terkenal hampir ke seluruh kawasan tropika.

Keterangan botani

Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Pokok betik boleh

tumbuh tegak meninggi dan batangnya penuh dengan lingkaran parut bekas tangkai daun.

Daun betik yang besar terbahagi kepada 5-9 cuping yang tidak sekata dan tumbuh pada

sebelah atas bahagian pokok. Semua bahagian pokok betik termasuk daun,

mengeluarkan getah putih apabila dicucuk.

Pokok betik membesar dengan baiknya di kawasan tropika. Ia hidup subur di kawasan

yang menerima jumlah hujan yang sama sepanjang tahun tanpa banjir atau air bertakung,

dan tempatnya terlindung daripada tiupan angin yang kencang.

Pokok betik mempunyai batang yang tegak meninggi dengan ketinggiannya mencapai 8

meter dan tidak bercabang. Lilitan pangkal pokok 30-40 cm. Getah akan meleleh keluar

dari mana-mana bahagian pokok yang tercedera atau terluka. Daun tumbuh dari bahagian

puncak pokok, tersusun melingkari batang. Tangkai daun ini agak panjang dan mendatar

dengan ukuran 35-105 cm. Daunnya besar dan lebar, terbahagi kepada 5-9 cuping yang

tidak sekata bentuknya. Tulang dan urat daun berwarna kuning. Pokok betik boleh

Page 2: Maklumat Asas Tanaman (Betik)

mengeluarkan bunga betina, jantan atau hermafrodit (sempurna). Bunga berlainan jantina

yang dihasilkan oleh pokok betik ini bergantung pada keadaan persekitaran dan tegasan.

Gambar Rajah 1 : Contoh pokok betik

Gambar Rajah 2 : Buah betik yang sudah masak

Bentuk buah betik bujur hingga bulat dengan ukuran panjang 15-50 cm dan lebar 10-20

cm. Buah yang besar boleh mencapai berat sehingga 9 kilogram. Buah yang belum masak

berwarna hijau dan keras dengan getah yang putih. Kulit buah yang masak berwarna

kuning cair hingga ke kuning pekat, manakala isinya yang sukulen berwarna kuning, oren,

jingga atau merah. Isinya juga manis berjus dengan bau haruman kesturi. Biji betik di

dalam buah biasanya berwarna hitam dan dikelilingi selaput berisi yang lut sinar.

Page 3: Maklumat Asas Tanaman (Betik)

KEPENTINGAN DAN POTENSI

Ia berpotensi menjadi produk makanan yang di awet

Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut.

Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa

untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos.

Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim

papain.Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya

untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’.

Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain

masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara

komersil hanya terdapat di Filipina.

Buah betik yang sudah matang selain boleh dimakan secara segar ia juga

boleh di buat jus, manakala yang separuh matang boleh di buat manisan.

Untuk buah yang muda ianya boleh dijadikan bahan masakan, dan daunnya

memang sesuai dengan keadaan di Malaysia dyang masih muda dan bunga

sesuai dijadikan ulam.

Gambar Rajah 3 : Syampu betik Gambar Rajah 4 : Halwa betik

Page 4: Maklumat Asas Tanaman (Betik)